Movie Review | Photocopier (2021)

Saturday 22 January 2022

 

Pengarah : Wregas Bhanuteja

Penulis :  Henricus Pria, Wregas Bhanuteja

Pelakon : Shenina Syawalita Cinnamon, Lutesha, Chicco Kurniawan, Dea Panendra, Jerome Kurnia, Giulio Parengkuan, Lukman Sardi, Ruth Marini

Syarikat Produksi :  Rekata Studio, Kaninga Pictures

Penyiaran : Netflix

Genre : Misteri / Drama

Tarikh Tayangan :  8 Oktober 2021 (Busan International Film Festival), 13 Januari 2022 (Netflix)

Durasi Tayangan : 130 minit

Trailer :


Suryani (Shenina Syawalita Cinnamon) hilang kelayakan untuk mendapat biasiswa selepas beberapa keping selfie yang dimuatnaik di laman sosialnya sampai ke tangan pihak universiti. Salah satu syarat kelayakan adalah berkelakuan baik. Mana mungkin pihak universiti akan membiarkan duit biasiswa tersebut dilaburkan di kelab malam atau parti untuk membeli alkohol. 

Itu pertama kali Suryani minum arak dek kerana permainan Medusa di success party tersebut. Dia bukannya alcoholic atau suka berparti seperti yang dituduh oleh pihak universiti. Suryani cuba mengumpulkan bukti ada sesuatu yang dimasukkan dalam minuman dia pada malam tu menyebabkan dia langsung tak sedarkan diri. Tak mungkin lah 4 gelas sudah pengsan? 

Dengan bantuan dari kawan baik dia, Amin (Chicco Kurniawan) yang bekerja di kedai fotokopi, Suryani menggunakan ilmu dan skill dalam bidang sains komputer untuk menjejak siapa dalang yang bersembunyi dalam kumpulan teater Mata Hari. 

Sebelum ni ada nampak notification dari Netflix untuk movie Photocopier arahan dan penulisan Wregas Bhanuteja tapi tak sampai mood nak tengok lagi. Bila nampak review dan post blogger Aienieka, terus pilih untuk layan on weekend. 

Bertemakan misteri, Photocopier berlatarkan kehidupan mahasiswa universiti di mana umurnya lebih bersifat ingin tahu yang tinggi dan tak berfikir panjang. Baik protagonis mahupun antagonis kedua-duanya mempunyai perkembangan karakter yang diolah dengan bagus oleh penulis. 

Masa tengok babak CCTV tu dah mula annoyed dengan perangai Sur yang melulu tuduh Tariq (Jerome Kurnia) masukkan dadah dalam minuman dia. Lagi menyampah bila dia terburu-buru bawa semua bukti berjumpa dengan dekan universiti walhal senior dia, Farah (Lutesha) dah pesan jangan. Menyampah sebab bukti dia tak kuat. Menyampah sebab keluarga dia tak punya duit untuk turun naik mahkamah. 

Tapi kita lupa yang trauma tu masih melekat di kepala. Trauma dan persoalan-persoalan yang tak mampu dijawab tu bukan mudah nak tepis. Sedangkan orang pakai barang kita tanpa izin pun kita marah, inikan pula biasiswa ditarik dan dicabul. Trauma yang akan melekat sampai ke mati. 

Sememangnya layak naskhah Penyalin Cahaya ni menang anugerah Best Original Story di Indonesia Film Festival tempoh hari sebab tak pernah terfikir mesin fotostat boleh jadi saksi dan medium untuk bercerita. Macam mana mesin fotostat jadi senjata tu kena tengok sendiri lah di Netflix. 

Selain menjadi medium awareness untuk kes gangguan seksual, movie Photocopier juga adalah medium spektrum untuk Wregas Bhanuteja mengangkat kisah benar ke dalam naskhahnya bila mangsa dari keluarga miskin diperkosa. Macam mana keluarga pemangsa cuba tutup masalah ni dari meledak dengan menggunakan duit. Keluarga Suryani juga tak kurang toksiknya bila meletakkan beban tanggungjawab orang tua pada anaknya terutamanya ayahnya (Lukman Sardi). 

Sinematografi Gunnar Nimpuno mungkin terikat pada genre movie Photocopier yang bersifat misteri tapi kalau kelam sangat pun tak syok juga nak layan kan? Kalau kisah Medusa ditukarkan kepada kisah mitos atau lagenda Indonesia mungkin lebih menarik. Nevertheless, art team did a great job. Music score dari Yennu Ariendra membantu menambahkan impak pada penceritaan. 

Kekuatan lakonan Shenina Syawalita Cinnamon dan semua pelakon sampingan membuatkan screenplay dipaparkan dengan cemerlang. Babak Suryani naik atas Amelia untuk dapatkan jawapan dari gambar yang dicetaknya antara babak genting dan mendebarkan. Not recommended for all sebab ada beberapa disturbing scenes but all in all berpuas hati sangat dapat menonton Filem Terbaik 2021 dari negara seberang. Kudos to debutante Wregas Bhanuteja for his bravura project! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

Movie Review | Backstage (2022)


Pengarah : Guntur Soeharjanto
Penulis :  Robert Ronny
Pelakon : Sissy Priscillia, Vanesha Prescilla, Achmad Megantara, Karina Suwandi, Verdi Solaiman, Roy Sungkono, Aulia Sarah, Ferry Salim
Syarikat Produksi : Paragon Pictures, Ideosource Entertainment, Astro Shaw, Endeavor Content, NFC Indonesia
Genre : Musikal / Drama
Tarikh Tayangan : 29 November 2021 (JAFF), 30 Disember 2021 (Indonesia), 20 Januari 2022 (Malaysia)
Durasi Tayangan : 115 minit
Trailer : 



Elsa (Vanesha Prescilla) dan Sandra (Sissy Priscillia) diberhentikan kerja kerana restoran tempat mereka bekerja mempunyai masalah kewangan dan terpaksa ditutup. Pampasan mereka berdua juga lesap bersama manager. Ibu mereka, Andini (Karina Suwandi) menjadi tempat bergantung sementara mereka berdua dapat kerja baru. Tapi berapa lah sangat yang ibu mereka boleh dapat hasil jualan dumpling. 

Elsa tak putus asa mencuba nasib dengan uji bakat sebagai pelakon. Bagi dia impian yang satu itu tak perlu disimpan. Berbeza dengan Sandra yang mempunyai suara emas tapi tak berkeyakinan untuk pertontonkan pada orang luar selain Elsa dan Andini. 


Satu hari Bayu (Verdi Solaiman), penerbit Big entertainment bersama dua orang pembantunya datang ke rumah untuk mencari Elsa selepas melihat video uji bakat untuk filem terbaru. Menurut Bayu, Elsa mempunyai pakej lengkap sebagai superstar dengan wajah yang cantik dan juga suara merdu. Malangnya harapan dia untuk kekal sebagai produser berkecai bila nampak Sandra yang menyanyi dan bukan Elsa. 

Bayu datang dengan cadangan supaya Elsa menyanyi menggunakan suara Sandra di atas pentas. Elsa tak ada masalah asalkan dia boleh jadi pelakon tapi Sandra keberatan sebab dia akan menipu ramai orang. Kerana sayang dia turutkan jua permintaan Elsa tambahan pula ibu dia dah berusia untuk membanting tulang menyara mereka bertiga. Namun rahsia mereka tak bertahan lama bila Michael Nara (Achmad Megantara) dapat tahu dan mengugut bayu dengan video yang dia dapat di backstage.


Idea untuk menghasilkan naskhah Backstage ni dah lahir sejak 2016 lagi bila penulis dengar Sissy Priscillia menyanyi atas pentas untuk promosi filem Ada Apa Cinta 2 (2016). Sissy setuju untuk berlakon dan bagitahu tentang adik dia, Vanesha juga boleh menyanyi. Tak sangka langsung adik-beradik ni boleh menyanyi sebab tak kenal sangat dengan Sissy. Kenal Vanesha pun dari franchise movie Dilan tapi dalam movie tu tak tunjuk pula bakat terpendam. 


Kekuatan movie Backstage ni haruslah pada kekuatan lakonan adik-beradik Sissy Priscillia dan Vanesha Prescilla. Konflik tu tak lah teruk mana pun tapi kalau adik-beradik bergaduh mesti over. Pinjam baju pun dah boleh berperang satu rumah. Tengok The Kardashians boleh keluar sampai 12 musim pun dah boleh nampak macam mana kan level drama diorang? Sama jugak lah dalam movie ni, yang sorang ego nak minta maaf padahal jelas dia yang salah, yang sorang lagi dah meletup macam gunung berapi. 

For me, konflik dalam movie Backstage yang menghidupkan elemen drama di hujungnya terasa tak begitu dalam dan kuat. Konflik juga muncul terlalu awal sehinggakan drag sampai ke second half. Lebih menarik kalau penulis berpihak pada Elsa bila kita sedia maklum menjadi selebriti bukan mudah sebabtu kebanyakan penyanyi lebih memilih untuk miming pada beberapa event. 


Elsa kena menyanyi atas pentas, kena pergi rancangan wawancara, fanmeeting, diskusi bersama penerbit, dance training, award events sementara Sandra cuma menyanyi di belakang pentas atau studio sahaja. Bila Elsa menjerit dia penat jaga rahsia ni, I rasa lebih kesian dengan dia walaupun pengarah lebih berpihak pada Sandra dengan scene dia menangis dalam bilik. 

Selain sinematografi dari Hani Pradigya yang cantik dalam memaparkan profesion penyanyi dan juga kota Jakarta dengan menarik, music album Backstage hasil kerja Andi Rianto pun cemerlang. Lagu Seberapa Pantas diberikan nafas baru dan beberapa lagu famous yang lain. Lagu duet Elsa dengan Michael Nara tu best tapi sayangnya hanya ada dalam movie. 


Rasa goosebump tengok scene Elsa dengan Sandra nyanyi lagu Melangkah atas stage sebab lega konflik adik-beradik ni dah habis satu hal, diorang berdua dapat keluar dari manipulasi Bayu pun satu hal juga. Bonding dengan emotion jelas terasa masa babak tu muncul. Bukan setakat buktikan pada penonton dalam movie tu tapi pada penonton luar juga supaya ramai tahu bakat besar dua beradik ni. 

Boleh kata movie Backstage ni adalah platform kepada Sissy Priscillia dan Vanesha Prescilla untuk berkarya sebagai penyanyi dan sebagai buah tangan kepada peminat dua generasi. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 6.7/10


BACKSTAGE Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini | Penerbit  Astro  Shaw  kembali  merancakkan  industri perfileman  tanah  air  dengan  kemunculan  filem  pertama  di  tahun  2022  menerusi  drama kekeluargaan, BACKSTAGE! 

Istimewanya, filem ini adalah hasil kolaborasi strategik julung kali bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta  membabitkan  perusahaan  teknologi,  Endeavor  Content;  dan  informasi,  digital  dan telekomunikasi,  NFC  Indonesia.  Buat  peminat  dan  penggemar  filem,  Backstage  bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 20 Januari ini. 

Menariknya,  Backstage  mempertaruhkan  gandingan  adik-beradik  terkenal  Indonesia  iaitu pelakon dari filem drama romantik no 1 terlaris di Indonesia, Dilan 1990, Vanesha Prescilla dan filem popular Ada Apa Dengan Cinta, Sissy Prescillia. Mereka berdua juga mendapat kepercayaan untuk  menyanyikan  lagu-lagu  di  dalam  filem.  

Lagu  ‘Melangkah’  menjadi  lagu tema utama filem dan ia hasil kolaborasi antara Vanesha, Sissy dengan komposer ternama Indonesia, Andi Rianto dan lirik oleh Monty Tiwa. Selain lagu ‘Melangkah', lagu lain yang turut menghiasi  filem  adalah  ‘Apa  Adanya’,  ‘Aku  Takkan  Berhenti’‘Seberapa  Pantas’‘Terbaik Untukmu’, ‘I Remember’, ‘Bagaikan Langit’


Filem  arahan  pengarah  Guntur  Soeharjanto  ini  turut  dibintangi  oleh  Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. Backstage  telah  ditayangkan  di  pawagam  seluruh  Indonesia  sejak  30  Disember  2021 sehingga kini. 

“Setelah hampir dua tahun Astro Shaw  tidak  menampilkan  filem  di  layar  lebar,  tahun  ini  kami  kembali  dengan  sebuah  filem terbaru, Backstage. Selepas meneliti perkembangan sambutan pawagam di Malaysia yang baru sahaja bermula selepas penutupan di sebabkan pandemik, kami yakin kini adalah masa yang tepat untuk meneruskan momentum positif dan merancakkan lagi perfileman tempatan. Tambahan  pula  dengan  prosedur  operasi  standard  (SOP)  terbaru  yang  membenarkan kedatangan kanak-kanak bersama ibu bapa yang lengkap vaksin untuk menonton bersama, lantas ia menjadi lebih meriah dengan tontonan dari kalangan keluarga.

“Filem  Backstage  mempersembahkan  jalan  cerita  yang  dekat  di  hati  penonton  dengan mengangkat elemen kekeluargaan, pengorbanan dan kesungguhan dalam menggapai impian ini. Ia turut dimantapkan lagi dengan babak-babak muzikal yang memperlihatkan sisi berbeza oleh gandingan julung kali oleh pelakon adik-beradik popular Indonesia, Sissy Prescillia dan Vanesha  Prescilla.  Kami  mengharapkan  kehadiran  filem  Backstage  mampu  mencetus keterujaan penonton Malaysia dan sekali gus menjadi penanda aras dan menggalakkan lagi penerbit-penerbit tempatan untuk kembali yakin pertaruhkan filem di pawagam.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad

Sementara  itu  Ketua  Pegawai  Eksekutif  yang  juga  merangkap  Eksekutif  Produser Ideosource  Entertainment,  Andi  Boediman  berkata  “Kami  pernah  bekerjasama  dengan Astro sebelum ini. Menerusi sokongan padu dari pihak Astro terdahulu, ia meyakinkan kami bahawa Astro mempunyai keupayaan dalam menghasilkan konten terbaik, dan jika kami terus berkolaborasi  lagi,  ia  mampu  menghasilkan  sinergi  yang  mantap.  Kami  harap  menerusi kerjasama  kali  ini,  ia  dapat  mengangkat  industri  filem  Indonesia  dan  Malaysia  ke  standard yang lebih tinggi dan sekali gus mampu menguasai pasaran Asia. Filem Backstage adalah permulaan buat kami dalam  mempersembahkan  konten  berkualiti  kepada  penggemar  dan penonton filem di Malaysia. Sokongan positif anda pasti akan menyuntik lagi semangat buat kami dalam menerbitkan filem terbaik yang memenuhi cita rasa penonton di sana.” 

"Filem  Backstage  begitu  istimewa  di  hati saya  kerana  Backstage  adalah  idea  asal  daripada  saya  dan  saya  turut  terlibat  dalam penghasilan skrip. Saya berharap penonton di Malaysia dapat menerima dan terhibur dengan filem ini seperti mana kami teruja menghasilkannya. Jadi saya menyeru penonton di Malaysia agar menonton bersama keluarga anda di pawagam berhampiran dan saksikan penampilan pertama  gandingan  oleh  Vanesha  dan  Sissy  di  dalam  filem.  Mereka  adalah  adik-beradik popular dan di dalam filem ini juga mereka membawakan watak sebagai adik-beradik dengan ‘chemistry’  yang  mampu  meninggalkan  kesan.  Malah,  Backstage  juga  mempertaruhkan elemen muzikal dengan drama realiti yang mana ia jarang diketengahkan menerusi filem-filem di Indonesia mahu pun di Malaysia. Sementara itu, menerusi kolaborasi bersama Astro, kami berharap dapat bekerjasama lagi dengan pihak Astro di masa hadapan dalam menghasilkan lebih banyak filem yang mengangkat elemen serumpun dan jalan cerita yang dekat dengan penonton di Malaysia serta Indonesia." - Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny 

Nantikan filem Backstage yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Januari  2022.  Ikuti  perkembangan  dan  info  tentang  filem  Backstage  menerusi  akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

*****************************

Mengenai Astro Shaw  

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw  juga  giat  dalam  memasar  serta  mengedar  filem-filem  tempatan  dan  serantau  sekaligus  mengukuhkan kedudukannya di pasaran global.  Sejak ditubuhkan pada tahun 1996,  kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 90 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists.  

Tentang Ideosource Entertainment 

Ideosource Entertainment (IDEO), anak perusahaan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX), Grup PT M Cash Integrasi Tbk (MCAS),  didirikan  pada  tahun  2017  dengan  fokus  bisnis  dalam  penyaluran  investasi  kesektor  Film  &  Media nasional. Pada periode berikutnya, IDEO telah berhasil memperluas sektor bisnisnya ke bidang Produksi Film & Media, Agensi Pemasaran Digital, dan Platform Analisa Film & Media. Investasi Film dan Media menitikberatkan pada pembiayaan beragam film Indonesia. Model investasi film dibangun dengan kerjasama yang baik dengan para produser ternama nasional.  

Tentang Paragon Pictures 

Didirikan pada tahun 2019, Paragon Pictures berfokus pada pengembangan, produksi, pemasaran, dan distribusi film  IP  untuk  pasar  Indonesia  &  Global.  Paragon  Pictures  merupakan  afiliasi  dari  Ideosource  Entertainment, sebuah perusahaan media yang berinvestasi dalam industri film dan ekosistemnya. Bermitra dengan produser terbaik  Indonesia,  Ideosource  Entertainment  berinvestasi  dalam  berbagai  film  layar  lebar  termasuk  Keluarga Cemara, Sobat Ambyar, Aruna & Lidahnya, Gundala, Bebas, Guru-Guru Gokil, Backstage, Losmen Bu Broto dan lainnya. 

Pertama Kali Minum Gigi Coffee, One Utama

 

Outlet Gigi Coffee dekat One Utama jadi checkpoint untuk e-hailing so sementara nak tunggu Grab driver sampai pekena la dulu secawan kopi. Tak pernah lagi minum Gigi Coffee ni walaupun Kak Nora selalu menyebut everytime kitorang nak order kopi. Cadangan dia selalu diendahkan sebab aura Starbucks lagi kuat. 

Masa nak order Gigi Coffee ni tak tahu signature coffee dia yang mana satu so ambil pilihan selamat dengan Iced Hazelnut Latte dengan Cafe Latte. Both coffee pilih Columbia beans sebab dekat Gigi Coffee ni ada dua pilihan sama ada Columbia beans yang lebih berlemak rasa kacang dan tak pekat sangat sementara biji kopi Indonesia untuk yang suka ras akopi yang lebih pekat. 


Lepas order tu terus naik tingkat atas sebab assume dekat atas cantik. Rupanya kekecewaan yang menanti sebab atas bersepah dengan cup dan tray atas meja. Not sure dekat sini layan diri ataupun staff Gigi Coffee yang akan bersihkan. Nasib baik lah jumpa port cantik untuk ambil gambar drinks hahaha for the sake of Instagram gittew.

Personally I tak suka sangat rasa biji kopi Columbia ni sebab rasa berlemak kacang tu tak ada sangat pun. Rasa kopi dia pekat jugak lah kalau nak dibandingkan dengan Starbucks walaupun jenis kopi sama je, 100% arabica. 

Cheesecake dia pun hmmm dekat bawah tu dah berminyak which I don't know why. Nasib baik lah bahagian yang berminyak tu tak kacau bahagian atas so bearable lah untuk dimakan. Mungkin first and last lah kot unless ada yang belanja Gigi Coffee hahaha

Klik banner untuk join :)

 


Nice to C U Store One Utama


First time nampak Nice to C U ni dekat BU8 Mall tapi takde pulak menjengah masuk ke dalam walaupun nampak macam ceria je warna tema dia, hijau muda dengan ungu. Tengah rushing masa tu pandang sekilas lalu je lah. 

Masa dekat One Utama ada masa lebih sikit, saja lah singgah masuk kejap. Nak tengok apa yang menariknya dekat convenience store baru dari Korea ni. Kalau Family Mart dari Jepun, Nice to C U pulak dari Korea Selatan. Sama macam Family Mart jugak, ada ready-to-eat products, frozen dengan makanan pek. 



I frust bila pergi ke section ni sebab chocolate mint tak ada. Malaysia dah ban chocolate mint flavor ke? Dekat Korea tengah laku keras tapi sini hambar pulak.



Memandangkan datang dari Korea jadi makanan dia pun lebih terarah pada makanan snek Korea lah. Surprisingly ada jual goguma jugak dekat sini. Untuk yang berdiet mudah lah nak makan goguma sebab kalori dia rendah. Ada pulak goguma ungu lagi syok lah nak berdiet. I selalu beli ubi keledek ungu ni dekat NSK tapi menyampah sebab asyik dapat yang buruk so I paid for nothing. Rugi lah kat situ kan? 

Goguma yang dijual dekat Nice to C U ni elok lah kejadiannya sebab dia dah siap direbus. Tinggal buka bungkusan plastik dengan kulit je lah. 


Banyak kan kimbap dekat sini? Memang syok kalau Nice to C U dekat Oasis Square sebab boleh makan kimbap hari-hari. I malas nak buat sendiri walaupun suka makan kimbap. Benda renyah ni elok ita beli je lah ye dak? Tteobokki pun ada jugak tapi sedap ke idak tu tak rasa lah pulak.


Kalau dekat Family Mart banyak makanan dengan kuah kari sebab orang Jepun suka makan kari tapi dekat Nice to C U ni ada banyak makanan dengan kimchi lorrr. I tak suka kimchi so it's a big no no for me lah hahaha. 



Nak compare Family Mart dengan Nice to C U, I lagi suka dengan kualiti makanan dekat Family Mart sebab eomuk dia kembang, tak macam Family Mart. Nak kata eomuk tak boleh rendam lama dalam kuah oden tu macam tak jugak sebab dekat FM, diorang rendam dari pagi sampai ke petang. Elok je dia even rasa pun still sedap. Sosej dia pun kecut macam sosej pasar malam walhal harga sama je dengan Family Mart. 

Tak pasti lah kalau store dekat OU je masalah tapi dekat tempat lain okay je. Mungkin I should try tengok store dekat area lain. Lagi satu yang tak syoknya, dia takde kopi. Dining place dia pun kecik sangat so kalau nak makan kat sini memang tak selesa. Bila dah hujung entry banyak pulak disadvantages dia ek. Korang dah pernah jejak kaki ke Nice to C U ke? Best tak? 

The reason I asyik compare CU dengan Family Mart sebab Korea tamatkan service Family Mart dekat sana lepas 22 tahun beroperasi dan buka convenience store diorang sendiri. Supposedly bila you buang bisness orang, you kena come up dengan something better kan? CU macam Huawei jugak lah, buang Playstore lepastu letak Huawei Gallery yang hauk tu. 

Movie Review | T&F (2021)

Tuesday 18 January 2022


 

Director : Taranveer Singh

Writer : Taranveer Singh

Cast : Anmol Dhillon, Jhataleka Malhotra, Zoa Morani, Nayan Shukla, Kamini Khanna, Niki Walia, Aashim Gulati, Neha Kakkar

Production Company : SCIPL, Bhansali Productions

Distributor : Hi-Hat Productions, Netflix

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 106 minutes

Release Date : 19 February 2021

Trailer :


Lepas patah hati dengan Jatin Singh (Aashim Gulati), kekasih selebriti merangkap klien pejabat guamannya, Sia (Jhataleka Malhotra) ambil cuti selama 2 bulan untuk melawat ibu dia di London. Di sana dia semakin rapat dengan penulis novel, Varun Sarin (Anmol Dhillon). 

Dari perkenalan tersebut mereka semakin rapat dan tertarik dengan each other tapi Varun tak nak bercinta kerana dia takut dengan komitmen akibat trauma melihat ibu bapanya bercerai. Varun buat seven week rules di mana hubungannya akan bertahan selama 7 minggu tanpa bergaduh. Tak payah tunggu 7 minggu pun sebab Varun ni ada perangai susah untuk tepati masa walhal Sia sejenis yang on time. 

Sia tak nak hubungan mereka cuma bertahan selama 7 minggu sebab dia betul-betul jatuh cinta dengan Varun jadi dia buat peraturan di mana mereka hanya akan berjumpa setiap hari Selasa dan Jumaat sahaja. Hari lain, masing-masing bebas berjumpa dengan sesiapapun. 

‘My sweetheart, love never comes with a guarantee of happiness. But this is the only way to love. To love wholeheartedly. You cannot put conditions on love.’ – Dr. Radhika Malhotra (Niki Walia)

Rules ni macam susah jugak lah nak follow sebab weekdays, masing-masing busy dengan kerja. Walaupun Sia ambil cuti tapi dia tetap kena review agreement dari klien secara online. Kenapa tak tukar pada weekend je, kan senang sebab masing-masing pun cuti so boleh lah fokus dengan partner. Kalau ikutkan bercinta lepas kerja ni macam tu lah, weekdays bukannya contact sangat pun sebab busy dengan kerja. 

Idea untuk movie ni fresh lah tapi macam mehhh jugak sudahnya sebab masing-masing tak boleh nak keep up with the rules itself. Agak kecewa dengan klimaks dia sebab I prefer kalau Varun tu sendiri berubah tanpa mak dia. Sayang lah naskhah cinta tapi tak mampu nak jadikan cinta tu sebagai faktor paling kuat pada pasangan yang datang dari broken family. Cinta tu tak kuat untuk lawan trauma yang diorang hadap. 

Movie T&F arahan Taranveer Singh adalah movie debut kepada anak pelakon Poonam Dhillon, yang terkenal masa zaman 80-an dulu. Sayangnya Anmol Thakeria Dhillon nampak kekok dan chemistry bersama Jhataleka Malhotra pun kelihatan hambar. Music album T&F sepenuhnya menggunakan lagu Punjabi jadi tak syok sangat lah sebab tak minat lagu-lagu Punjabi. 

Jhatalekha adalah pemenang Miss India yang beralih arah ke dunia lakonan jadi kebanyakan masanya I tertarik dengan kecantikan dia. Compared to Anmol, Jhataleka lebih menyerlah dalam solo screen dan selamatkan relationship mereka dari tenggelam terus ke dasar lautan. Suka scene birthday party Tanya tu sebab Jhataleka pakai sari biru as tribute to Sridevi dalam Mr. India (1987).


Kalau ikutkan dua kali berturut-turut lah Sanjay Leela Bhansali Productions gagal untuk jadi platform kepada pelakon baru untuk debut di Bollywood selepas movie Malaal (2019). Bukan setakat gagal pada skrip, music album malah pada lakonan juga. Mungkin SLB dah boleh buat bengkel lakonan khas kepada newcomer? Macam Sia cakap pasal watak dalam novel Varun lah

‘When it’s about that special someone, then relationships need a little more time.’ 

Sepatutnya movie T&F ditayangkan pada tahun 2020 tapi disebabkan pandemik terpaksa lah tunda sampai tahun 2021 dan tayang di Netflix sahaja. Mungkin tu antara salah satu sebab movie ni tak dapat perhatian juga lah kot. Kalau nak tengok secara santai, not bad lah movie T&F ni. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10

Drama Review | Aranyak (2021)

Sunday 16 January 2022

Director : Vinay Waikul

Writer : Rohan Sippy, Charudutt Acharya

Cast : Parambrata Chattopadhyay, Raveena Tandon, Ashutosh Rana, Taneesha Joshi, Breshna Khan, Anna Ador, Indraneil Sengupta, Vivek Madaan, Zakhir Hussain, Priyanka Setia, Meghna Malik

Production Company : Ramesh Sippy Entertainment, Roy Kapur Films

Distributor : Netflix

Genre : Mystery / Thriller

Running Episodes :  8 episodes (48 minutes per episode)

Release Date : 10 December 2021

Trailer : 


Mitos di Sironah, kawasan pedalaman di pergunungan Himalaya dihantui oleh Leopard-Man di mana dia akan memburu perempuan muda sebagai mangsanya. Mereka akan dirogol dan dibunuh kemudiannya digantung di dalam hutan. Leopard-Man akan keluar memburu pada malam bulan gerhana dan mangsanya akan dicakar di bahagian leher.

19 tahun kemudian perkara yang sama berlaku bila mayat Aimee Baptise (Anna Ador) digantung di hutan. Perkara pertama yang terlintas di fikiran pihak polis ialah Leopard-Man tapi SHO baru, Angaad (Parambrata Chattopadhyay) rasa benda tu merepek. Zaman sekarang ni tak mungkin lah ada makhluk separuh manusia separuh lagi harimau?

Inspektor Kasturi Dogra (Raveena Tandon) terpaksa tangguhkan cuti dia selama setahun bila muncul kes besar di Sironah. Tak mungkin lah dia nak biarkan Angaad uruskan seorang sebab dia lebih tahu selok-belok Sironah dan penduduk di situ. Anak perempuan dia, Nutan (Taneesha Joshi) dah faham sangat dengan perangai mak dia. Baik dia yang tolong uruskan rumah daripada tengok Kasturi sepahkan dapur sebab hati tak tenang. 

Sementara penduduk kampung percaya dengan Leopard-Man, menteri Jagdamba (Meghna Malik) lebih risaukan anak tunggal dia, Kanti yang buat hal ketika dalam parol. Dia tahu Kanti ada kaitan dengan pembunuhan Aimee jadi dia perlu minta bantuan dengan DC supaya tutup jejak anak dia. Angaad syak Govind, owner café di Sironah yang culik Aimee sebab dia mesra dengan gadis tersebut malangnya sangkaan dia meleset, tak sama langsung dengan laporan forensik. 

'Politics, Inspector. It's very easy to use Kanti to target me at this crucial times.' - Ms Jagdamba. 

Manhas (Zakhir Hussain) pula cuba tutup rahsia dan halang pihak polis bila kejadian tersebut bermula di Hotel Bom kepunyaannya. Dia tak nak imej dia tercalar tambah pula majlis perkahwinan anak dia makin dekat. Siapa sebenarnya pembunuh sebenar Aimee antara semua watak yang terlibat di kampung tersebut? 

Lepas nampak Kak Sal share pasal series Aranyak ni terus rasa berminat nak layan series yang bertemakan misteri pembunuhan di kampung tersebut. Happy bila Raveena Tandon ikut saranan kawan baik dia, Neelam Kothari dalam reality show Fabulous Life of Bollywood Wives (2020). Sayang lah kalau Raveena peram je bakat lakonan dia sedangkan banyak pengarah dan production house hasilkan movies dan series untuk streaming platform. 

Lakonan Raveena sebagai Kasturi pun hebat dan lebih bermutu kalau nak dibandingkan pada zaman glamor dulu yang lebih fokus pada rupa fizikal dia yang cantik. Of course dia struggle untuk deliver tapi kalau bekerja dengan director yang bagus, hasil dia pasti memuaskan. Pertelagahan dia dengan Angaad pun tak lama sebab masing-masing ada misi yang sama cuma cara mereka sahaja yang berbeza. Dekat pertengahan series ni macam ada hint yang dua watak ni macam selesa dan tertarik antara satu sama lain. Not saying it should happen but both of them need their equals. 

Penghujung setiap episod antara punca cepat sangat habis layan series ni sebab rasa ingin tahu siapa pembunuh tu meliar dalam kepala bila pengarah tunjuk setiap hubung kait semua watak yang mencurigakan dengan watak Aimee pada malam kejadian. Kita nak percaya pada fakta pun susah bila ada scene yang tak masuk akal atau disorok dan lebih terarah kepada Leopard-Man. 

Nasib baik watak sampingan dalam series Aranyak ni tak ramai dan tak susah pun untuk kita cam siapa bila penulis kembangkan dengan baik. Sedikit demi sedikit penulis kupas karakter tanpa dedahkan rahsia dan misteri sehingga di akhir cerita. Equation Kasturi dengan bapa mertua (Ashutosh Rana) pun menarik sebab jarang mertua dengan menantu nak rapat bila mereka berdua ada perbezaan pendapat. Walaupun bapa mertua dia lebih banyak berkias tapi Kasturi boleh faham apa maksud di sebaliknya. Pengalaman bapa mertua dia antara petunjuk yang dia guna dalam kes ni. 

Sinematografi yang dipaparkan menggunakan kekuatan lokasi Sironah yang terletak di kawasan hutan dan pergunungan. Misteri pembunuhan yang dikaitkan dengan hutan di mana menyimpan banyak rahsia. Walaupun kawasan Sironah agak berkabus tapi tona warna yang digunakan cerah dan ceria, berbeza dengan tema cerita. Mungkin dalam masa yang sama nak promote Manali sebagai destinasi pelancongan sebab set yang digunakan cantik dengan interior dan senibina. 



Walaupun I tak suka dengan ending series Aranyak ni tapi penulisan yang bagus dengan olahan menarik buatkan series ni layak diberi perhatian dan pujian. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

Director : Patrick Hughes

Writer : Tom O'Connor

Cast : Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Gary Oldman, Salma Hayek, Élodie Yung, Joaquim de Almeida, Kirsty Mitchell, Richard E. Grant

Production Company : Summit Entertainment, Millennium Media, Cristal Pictures

Distributor : Lionsgate, Netflix

Genre : Action / Comedy

Running Time : 118 minutes

Release Date : 18 August 2017

Trailer :


Michael Bryce (Ryan Reynolds) seorang bodyguard yang bertaraf Triple A hidup dalam keadaan yang menyedihkan selepas klien dia ditembak mati. Michael percaya Amelia Roussel (Élodie Yung) yang bocorkan maklumat tersebut sebab dia tak bagitahu sesiapa langsung kecuali teman wanita dia. Amelia putuskan hubungan dengan Michael walaupun dia nafikan tuduhan tersebut. 

2 tahun kemudian Amelia terpaksa minta bantuan Michael untuk jaga tahanan dia, Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) yang perlu dibawa ke International Criminal Court sebagai saksi utama untuk kes Vladislav Dukhovich atas tuduhan ethnic cleansing. Amelia tak boleh percaya dengan orang dalam Interpol sebab Darius diserang pada hari dan masa yang sama mereka rancang untuk pindahkan hitman tersebut. 

‘I can protect someone from bullets and explosives, but there's nothing I can do against indiscriminate use of mayonnaise for 68 straight years.’ – Michael Bryce

Darius adalah musuh utama Michael sebab kebanyakan klien dia jadi sasaran utama untuk dibunuh. Manakala Darius pula anggap diri dia tak bersalah bila dia cuma membunuh kapitalis yang jahat. Hitman yang membunuh penjenayah korup ataupun Bodyguard yang menjaga keselamatan white collar criminal yang jahat? 

‘The Bible says to never take revenge, to leave it to the Lord. But I wasn't prepared to wait that long.’ – Darius Kincaid

To be honest plot The Hitman’s Bodyguard arahan Patrick Hughes ni predictable ditambah pula bila dua watak yang bermusuhan terpaksa bekerja bersama untuk kes yang lebih besar. Tapi layan je lah sebab Ryan Reynolds kan. Letak lah dia dalam movie mana pun semua menjadi tapi dia pun lebih kurang sama lah dengan The Rock, genre, konsep dan watak yang sama je lah dok ulang sejak famous. Ye lah siapa tak nak benda senang. Bajet movie ni pun dalam USD60 juta tapi dapat pulangan USD176 juta. Letopppss! 

Casting director pulak cari pelakon yang memang ada impian nak bekerja bersama macam Samuel L. Jackson setuju bekerja dalam movie ni sebab ada Ryan. Salma Hayek pula happy dapat offer berlakon sebagai Sonia, isteri kepada Darius. So chemistry, bonding dan mood tu mudahkan lagi kerja team production dan hasil dari positivity tu terserlah dalam movie. 

Personally for me ada scene yang lawak dan menghiburkan tapi banyak juga scene yang menjengkelkan. Mungkin sebab menyampah dengan watak Darius yang jenis suka memaki dan memekak. Yes of course movie ni tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab dari awal sampai habis tak putus kata makian tu. Dalam setiap perkataan ada je nak dihembusnya. 

Bab sinematografi hasil kerja Jules O'Loughlin dengan music score dari Atli Örvarsson diadun dengan sempurna lantas menambahkan impak pada penceritaan. Screenplay pun bagus terutamanya pada action stunt dan juga babak-babak Vladislav Dukhovich. Tak faham kenapa peguambela Vladislav ni bantah statement dari saksi sebagai hearsay padahal hearsay tu kalau khabar angin atau dengar dari mulut orang lain. Ni saksi cerita apa yang jadi depan mata dia, I mean solid evidence lah untuk present depan hakim. 

Anyway untuk tontonan santai, The Hitman’s Bodyguard ni not bad lah nak layan. I nak layan sequel pulak sebab Salma Hayek ada screentime lebih panjang dan action stunts lebih power sebagai isteri kepada Darius. Tak sure ada dekat Netflix jugak ke tak. Kalau takde kena tunggu lah jawabnya hihu

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10