Movie Review | Dubai My Love (2017)

Sunday 31 October 2021

Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos

Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah

Pelakon : Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Ben Ali, Putri Najuwa

Syarikat Produksi : Tsar Asia Sdn Bhd

Pengedar : Suria TV, Netflix

Genre : Romantik / Drama

Durasi Tayangan : 97 minit

Tarikh Tayangan : 26 Oktober 2017

Trailer :


Trauma dengan masa lalu membuatkan Amar (Erwin Dawson) takut dengan perkahwinan sampaikan lamaran Maryam (Putri Najuwa) dibiarkan sepi. Kawan baik dia, Ilham (Ben Ali) banyak kali nasihatkan supaya jangan biar Maryam tunggu lama sebab mereka berdua pun dah bercinta selama 5 tahun. Mana ada perempuan yang sanggup melamar lelaki kalau bukan sebab sayang sangat. 

Satu hari Amar terjumpa dengan Fazlina (Hanna Aqeela) di padang pasir masa main skate. Pelik perangai Fazlina ni sebab dia macam sengaja nak cari gaduh. Dia yang langar orang lepastu dia yang beria nak Amar minta maaf. Fazlina ada agenda dia tersendiri bila dia cuba tarik perhatian Amar dengan gelang kepunyaan Balqis. 

Balqis lah punca Amar trauma dan sakit ditinggalkan masih berbekas di hati. Fazlina datang berjumpa dengan Amar di pejabat untuk ajak berjumpa di Dubai Marina pada malamnya. Siap pesan suruh ajak Maryam sekali. Watak Fazlina ni macam biadap sebab tak reti hormat masa orang. Suka hati dia je minta Amar dengan Maryam jumpa dia. Tak sempat Amar nak cakap tak nak dia dah blah. 

Ingatkan ada hal penting nak jumpa dekat Marina tu rupanya dia nak ajak Amar dengan Maryam temankan dia jalan-jalan dekat Dubai. Balqis dah buat senarai tempat-tempat yang dia nak pergi dan dia minta Fazlina serahkan kepada Amar. At this point, I pun dah meluat dengar nama Balqis. Dah la batalkan pernikahan last minute lepastu muncul balik 5 tahun kemudian nak ajak jalan-jalan. Sis, kau dah kenapa? 

Kalau I jadi Maryam, buang masa je lah nak follow dia lepastu tanya nak buat apa. I upah je tourist guide untuk Fazlina sebab kesian tak ada duit nak book lepastu kacau boyfriend orang. Yang Amar pun satu hal jugak, benda dah lepas biarlah lepas. Dia nak tension Maryam membebel padahal banyak kali Maryam ajak pergi Burj Khalifa dia tak nak pergi tapi bila Fazlina ajak kemain terhegeh pulak dia beria. 

Sepanjang movie ni boleh nampak banyak betul red flags dekat watak Amar. Dia trauma dengan past relationship, okay takpe lah tapi kenapa dia nak kena tahan Maryam? Nak cakap nak, taknak cakap je lah taknak. Maryam bukannya ugut nak bunuh diri ataupun paksa dia. 5 tahun tunggu dia cakap setuju nak kahwin punya lah susah. Dia tak pernah cerita tau masa silam dia sebab tu Maryam asyik dok asak soalan yang sama. Dah tak pasal kena marah padahal boyfriend dia yang bangang. 

Fazlina tu pulak macam saiko sebab cara dia sama sangat dengan cara Balqis just because dia saudara. Eiii adik-beradik pun tak tiru sebijik lah style beradik sendiri. Memang la pinjam baju, tudung, selipar, bracelet bagai tapi style lain-lain jugak. Creepy tau cara makan, cara gelak pastu cara dress up pun sama. Lepastu bagi hint dekat Amar dia tak kahwin lagi sebab dia tunggu lelaki macam Amar. Eh kau, dekat Malaysia banyak lagi lelaki macam Amar untuk kau pilih tau, tak perlu gigih cari sampai Dubai pun lah. 

Sinematografi movie Dubai, My Love ni memang lah cantik tapi kenapa visual dia tak diedit guna tone yang cantik sikit eh? I macam confuse ni sebenarnya movie ke telemovie? Sayang lah sebab banyak tempat cantik dan famous Amar dengan Fazlina pergi tapi macam shooting dekat KLCC je. Baik tak payah beria shoot dekat Dubai haha. Anyway I excited tengok scene Amar dengan Maryam jalan-jalan dekat shopping mall sebab I nampak banyak poster Bollywood actress. Dubai kan memang one of famous spot for Bollywood haha

Music album Dubai, My Love karya komposer Pamela Yuen ada banyak koleksi lagu romantik yang menarik macam lagu Senyum Saja - Aisyah Aziz & Haikal Ali, Jauh – Velvet Aduk ataupun lagu Dengarkanlah – Sheila Majid. 


Movie ni ada elemen kejutan tapi I tak rasa terkejut pun sebab I lagi risau fikir masa depan watak tu sebab watak lagi satu tak nak dengar cakap Amar. Told ya this guy has many red flags. Seram. Tapi kalau dia bahagia dengan pilihan dia, siapalah I untuk menidakkan perasaan yang datang dari keputusan yang dibuat tu ye dak? Happy ending but hmmm yeah whatever….

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought +0 = 3.7/10

Movie Review | Dybbuk : The Curse Is Real

Director : Jay K

Writer : Jay K

Cast : Emraan Hashmi, Nikita Dutta, Manav Kaul, Imaad Shah, Darshana Banik, Yuri Suri, Denzil Smith, Resh Lamba, Anil George

Production Company : T-Series, Panorama Studios

Distributor : Amazon Prime Videos

Genre : Horror 

Running Time : 112 minutes

Release Date : 29 October 2021

Trailer :


Bila tengok movie Dybbuk tentang kotak yang menyimpan roh jahat rasa macam familiar je kotak ni. Rupanya kotak misteri ni sama dengan kotak yang dibeli oleh Youtuber Princemeed sampai kena kacau walaupun dah berpindah rumah. Buang kotak tu dekat Karak pun kena kacau jugak. Sesuai betul tajuk movie ni untuk bagitahu orang yang sumpahan tu betul-betul wujud. Hmmm kesian.

Dalam sejarah mitos Yahudi, kotak Dybbuk dipercayai menyimpan roh si mati dan akan merasuk badan seseorang untuk melunaskan hajat ataupun membalas dendam. Dalam movie ni ada diceritakan lah macam mana upacara memindahkan roh dari badan kemudian masuk ke dalam Dybbuk ni. 

Movie Dybbuk ni adalah official remake kepada movie Ezra (2017) yang ditulis dan diarahkan oleh orang yang sama, Jay K. I tak pernah tengok Ezra tapi kalau dah dibikin oleh orang yang sama, tak perlu lah kot nak tengok dua karya sebab dapat sentuhan yang sama kan? Bahasa dan pelakon je yang lain. Honestly I tengok movie ni sebab Emraan Hashmi je so I tak letak expectation tinggi pun untuk jalan cerita dia haha

Sembang pasal jalan cerita Dybbuk, tak jauh beza pun dengan template naskhah cerita seram yang lain. Sam Isaac (Emraan Hashmi) dan isteri dia, Mahi (Nikita Dutta) berpindah ke Mauritius lepas Sam dapat naik pangkat dan ditugaskan untuk jaga produk baru syarikat kimia tersebut. Sam happy je dapat pindah ke sana sebab dia nak Mahi keluar tengok dunia baru lepas keguguran. 

Di Mauritius, Sam dengan Mahi tinggal di rumah yang disediakan oleh Syarikat Zyka. Rumahnya besar, cantik, dekat dengan kawasan laut dan mempunyai kejiranan yang baik. Tapi ketenangan tu tak lama pun bila Mahi beli kotak Dybbuk di kedai vintage yang baru sahaja kematian pekerjanya dalam keadaan yang ngeri. 

Mahi sering diganggu oleh roh perempuan ataupun terdengar suara berbisik nama Ezra. Awalnya bila Mahi bagitahu pasal gangguan tu, Sam anggap tu semua halusinasi akibat tak cukup rehat tapi bila Sam sendiri yang kena kacau setiap malam, dia panggil Father Gabriel (Denzil Smith) datang ke rumah. Dari kotak Dybbuk tu mereka dapat berjumpa dengan Rabbi Benyamin (Anil George) dan anaknya Rabbi Markus (Manav Kaul). 

Katanya roh dalam kotak Dybbuk ni tak akan mengganggu sekiranya dia tak jumpa perantara yang tak bersatu jiwa dan minda melainkan ada perempuan yang mengandung ataupun seseorang yang sakit mental. Kebetulan Sam dapat tahu Mahi mengandung tapi dia tak boleh nak happy lah sebab roh Ezra tu akan rasuk Mahi. Rabbi Markus larang Sam daripada gugurkan kandungan tu sebab badan Mahi tak kuat. 

Movie Dybbuk ni tak lah seram mana pun sebab Nikita tak pandai berlakon langsung. Nak kata harapkan muka pun tak lah cantik yang wow pun. Tak tahu lah macam mana dia boleh terpilih untuk projek ni. Nasib baik lah ada Emraan dengan Manav Kaul yang memang berbakat tapi sayang lah sebab dialog lemah, olahan dan teknik penceritaan pun lemah. 

Paling mengecewakan haruslah pada music album sebab movie Emraan Hashmi memang terkenal dengan lagu yang best. Lagu romantik pun tak ada dalam movie Dybbuk ni. Movie Emraan Hashmi untuk tahun ni boleh kata semuanya mengecewakan baik dari ceritanya ataupun music albumnya. 

Berbeza dengan visual sebab sinematografi dari Satya Ponmar menghidupkan suasana seram baik di dalam rumah ataupun di luar. Scene paling seram bila Mahi bawa beg penuh dengan darah dekat luar rumah. Visual effects pun kemas dan hantu dia tak nampak kartun macam sesetengah movie seram yang lain. Ikutkan movie asal lebih panjang durasinya so babak seram dipaparkan dengan baik tapi bila edit ikut selera Bollywood, ada part kena cut off mungkin sebab tu la kot movie ni kurang umpph dia.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10

Movie Review | Mekah, I’m Coming (2020)

Pengarah : Jeihan Angga

Penulis Skrip  : Jeihan Angga

Pelakon : Rizky Nazar, Michelle Ziudith, Ephy Sekuriti, Totos Rasiti, Ria Irawan, Rasyid Karim

Syarikat Produksi : MD Pictures, Dapur Film

Penerbit : Disney+ Hotstar, Netflix, Vidio, Viu

Genre : Satira / Komedi

Durasi Tayangan : 93 minit

Tarikh Tayangan : 21 November 2019 (JAFF), 5 March 2020 (Indonesia)

Trailer :


Sebelum ni pernah nampak blogger Tiara share pasal movie satira komedi arahan Jeihan Angga ni dekat blog dia. Masa scroll Netflix ternampak pulak movie ni terus tekan play sebab naskhah santai. Mengisahkan tentang Eddy (Rizky Nazar) yang ingin menunaikan haji di Mekah supaya dapat berkahwin dengan kekasihnya, Eni (Michelle Ziudith). 

Malangnya dia ditipu oleh ejen pelancongan tapi salah dia jugak sebab dengan mudah percaya dengan penjual tiket yang dia jumpa di tepi jalan. Watak Eddy ni seorang yang tak boleh diharap sebab buka bengkel pun gagal bila tak ada ilmu mengenai automotive pun. Mak dia selalu lemah jantung bila nampak ada kereta meletup dekat kampung tu. Dah tahu dah siapa punya angkara. 

Sama la jugak dalam kes nak pergi Haji ni bila dia tak buat research langsung tentang ejen tersebut. Kita yang tengok ni pun dah nampak that guy is shady. Tapi nak dijadikan cerita jugak kan, menangis lah Eddy dengan si Fajrul (Ephy Sekuriti) lepas tahu ditipu dengan ejen yang sama. Nak balik ke kampung, takut. Nak tak nak terpaksa lah bekerja dengan Pak Rojak (Rasyid Karim) dan tumpang tinggal di rumahnya. 

Nasib baik lah Eddy dengan Fajrul ni ada skills masing-masing sampai perniagaan Pak Rojak yang hampir melingkup boleh berkembang dengan baik. Dalam masa yang sama, Eddy minta bantuan Fajrul untuk edit gambar dia di Mekah untuk dihantar kepada Eni dan bapanya (Totos Rasiti). Cadangnya Hari Raya Aidilfitri nanti dia akan pulang ke Jawa kemudian berkahwin dengan Eni. Berjaya tak plan tersebut kena tengok sendiri lah. 

First half movie ni memang I tak enjoy langsung sebab menyampah dengan watak Eddy dan juga beberapa babak yang try hard untuk buat lawak. Lagipun I tak boleh nak relate dengan keputusan Eddy untuk pergi ke Mekah sampai gadai aset yang dia ada. Tapi tu lah realiti masyarakat Muslim sekarang sampai berhutang sana-sini walhal pergi Haji tu untuk yang mampu. Masuk second half baru lah syok nak layan especially part Eddy balik ke kampung dia tu dengan scene Pak Soleh mute suara Eni dekat gunung tu. 

Memandangkan movie Mekah, I’m Coming ni terbitan MD Pictures jadi tak hairanlah kalau sinematografi hasil karya Robby Herbi memukau dengan keindahan kawasan pergunungan. Walaupun pengarah Jeihan Angga baru debut dengan movie ni tapi paparan visualnya diolah dengan bagus sekaligus menghidupkan babak kelakar dengan pergerakan kamera yang kreatif. Wardrobe dan art team juga menyerlah dengan busana yang cantik terutamanya pada kumpulan qasidah Eni.  

Lakonan Rizky Nazar sebagai Eddy yang loser tapi baik hati antara kekuatan movie satira ni. Dia tak berlebihan untuk buat komedi ataupun tak berlebihan dalam babak putus cinta dengan Eni. Scene dalam tempayan tu kelakar. Movie ni adalah movie terakhir untuk pelakon senior Ria Irawan. Nampak sesuai benar dia jadi ibu kepada Eddy. Cantik anak-beranak tapi kepala masuk air. 

Selain dari mesej untuk berwaspada dengan ejen travel haji yang pernah menjadi isu besar di negara Indonesia, mesej supaya jangan menghakimi seseorang pun diketengahkan beberapa kali di dalam naskhah ni. Betul lah apa yang Eddy cakap tu, dia cuma tipu dia berada di Mekah melalui beberapa gambar uang diedit tapi dia tak pernah mencuri duit sesiapa pun. 

Movie Mekah I’m Coming ni sesuai untuk tontonan keluarga secara santai supaya dapat ambil pengajaran yang dipaparkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8/10

Movie Review | Hum Do Hamare Do

Saturday 30 October 2021

Director : Abhishek Jain

Writer : Prashant Jha

Cast : Rajkummar Rao, Kriti Sanon, Paresh Rawal, Ratna Pathak Shah, Aparshakti Khurrana

Production Company : Maddock Films

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 129 minutes

Release Date : 29 October 2021

Trailer :


Selalunya konflik untuk pasangan yang nak berkahwin ni diorang akan susah cari tempat untuk majlis kahwin ataupun tarikh yang sesuai tapi movie terbaru dari Maddock Films arahan Abhishek Jain ni mempunyai masalah yang unik bila pengantin lelaki, Dhruv Shikhar (Rajkummar Rao) mencari ibu bapa palsu. 

Dhruv jatuh cinta dengan Anya Mehra (Kriti Sanon), freelance blogger yang datang untuk cover majlis perasmian peranti Jaadugar yang menggunakan VR untuk melawat keindahan destinasi pelancongan yang popular di India. Cinta berputik antara mereka berdua tapi masalah timbul bila Anya nak erkahwin dengan lelaki yang ada keluarga dan seekor anjing. 

Tak mungkin lah Dhruv nak berterus-terang tentang status anak yatim piatu dia dan kehilangan Anya. Overthinking buatkan dia tekad untuk cipta ibu bapa palsu dengan bantuan kawan baik dia, Shanty (Aparshakti Khurrana) melalui Shaadiram (Sanand Verma). Semuanya tak menepati cita rasa sehingga lah Dhruv termimpikan Premi (Paresh Rawal), penjaga dia masa kecil dulu. 

Awalnya Premi menolak tapi bila Deepti (Ratna Pathak Shah) setuju dengan plan tersebut, dia tak mungkin dapat tolak permintaan cinta mati dia. Semua plan Dhruv berjalan dengan lancar walaupun ada la hiccups sana sini tapi Deepti sempat pujuk supaya jujur saja dengan Anya tentang keluarga palsu ni. Macam mana kalau Anya dapat tahu? 

Kalau ikutkan betul lah apa yang watak Deepti risaukan tu, macam mana kalau Anya tahu? Sebelum kahwin mungkin lah boleh berlakon tapi lepas dah kahwin nanti macam mana? Masa majlis pertunangan tu takkan family Anya tak syak langsung kenapa saudara-mara Dhruv ni diam je dekat meja masing-masing? 

Cerita ni ada idea yang menarik tapi penceritaan tu merepek. Patutnya tak perlu pun masukkan saudara-mara tu sebab risky gila kot. Cakap je lah family diorang dah tak contact dengan saudara-mara lepas kes kahwin lari tu. Klimaks pun sengaja buat watak Dr. Sanjeev marah beria padahal tak ada lah sampai tahap scam pun. Lambat jugak untuk sampai ke klimaks ni tapi bila dah sampai, sekejap je dah reda balik sebab dah nak habis dah cerita dia. 

To be honest I dah jelak dah dengan jalan cerita movie terbitan Maddock Films sebab produser Dinesh Vijan guna template yang sama je. Hero dengan heroin bercinta lepastu si hero ada kawan baik yang setia susah dan senang tolong hero walaupun benda tu merepek – Luka Chuppi (2019), Arjun Patiala (2019), Roohi (2021).  Raj dengan Kriti pun macam dah terbiasa dengan template ni sebab setiap tahun ada movie diorang dengan Maddock. I tak kisah sangat dengan Kriti tapi sedihnya tengok talent Raj tersia dengan movie half baked macam ni. 

Bukan takat tak kelakar, elemen drama pun tak mendalam sedangkan watak Premi dan Deepti boleh dikembangkan lagi. In fact, pengarah boleh ubah highlight dari kisah cinta Anya-Dhruv kepada kisah cinta tak kesampaian Deepti-Premi. Chemistry diorang berdua lebih menyerlah dan lakonan yang dipersembahkan dari ekspresi muka dan pandangan mata. Konflik keluarga Anya pun terlampau singkat sedangkan masalah keluarga tu adalah babak pembuka mata kepada watak Anya dan penonton. 

Music album movie Hum Do Hamare Do karya composer duo Sachin–Jigar dengan lirik yang dikarang oleh Shelle ni biasa je except lagu Vedha Sajjeya masa majlis pertunangan Dhruv dengan Anya. Lagu tu bukan takat sarat dengan romantic vibe tapi syahdu jugak sebab relate dengan perasaan semua watak dekat majlis tu. 


Suka tengok dress warna krim yang Kriti Sanon pakai masa majlis pertunangan dia sebab ala princess. Terletak cantik pulak tu dekat Kriti yang tinggi lampai. Earrings warna ruby tu pun cantik sebab padan dengan dress dia. Decoration dekat majlis tu pun cantik sangat. Wardrobe team perform betul dalam movie ni sebab style Raj dengan Kriti cantik belaka. 

Movie Hum Do Hamare Do ni mungkin sesuai lah untuk tontonan santai sebab jalan cerita yang ringan yang dipaparkan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Movie Review | Bucket List (2018)

Director : Tejas Prabha Vijay, Deoskar

Writer : Tejas Prabha Vijay, Deoskar, Devashree Shivadekar

Cast : Madhuri Dixit, Sumedh Mudgalkar, Sumeet Raghavan, Vandana Gupte, Renuka Shahane, Ritika Shrotri

Production Company : Dark Horse Cinemas, DAR Motion Pictures, Blue Mustang Creations 

Distributor : Dharma Productions, AA Films

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 130 minutes

Release Date : 25 May 2018

Trailer :


‘Bucket list is my identity. Without it, my life holds no purpose.’ – Radhika (Ritika Shrotri)

Madhura Sane (Madhuri Dixit Nene) hanya seorang suri rumah biasa tapi mengalami masalah jantung. Disebabkan kemalangan jalan raya, Sai meninggal dunia dan keluarganya bersetuju untuk mendermakan jantung kepada Madhura. Terhutang budi dengan penderma jantungnya, Madhura buat keputusan untuk lunaskan semua impian Sai sebelum hari jadinya yang ke-21. 

Mohan (Sumeet Raghavan) tak ada masalah dengan keputusan Madhura asalkan isteri dia ingat tanggungjawab terhadap keluarga dan mertua. Tak mungkin juga Madhura mampu tunaikan semua impian yang ditulis dalam bucket list tersebut bila ada impian yang merepek seperti digari oleh pihak polis, going viral ataupun bergambar dengan pelakon terkenal, Ranbir Kapoor. 

Movie debut Madhuri Dixit di industri perfileman Marathi ni seakan sama dengan movie English Vinglish (2012) lakonan mendiang SriDevi. Bezanya, skrip movie tersebut lebih kemas dengan mesej sosial yang membuka mata dan bersifat women empowerment. Manakala Bucket List terbitan Dharma Productions ni lebih kepada hiburan yang menggunakan genre komedi supaya alur cerita tampak relevan. 

Sepanjang 130 minit kita cuma nampak keterujaan Madhura untuk lunaskan impian Sai tapi kita tak diceritakan macam mana bucket list Sai ni membantu Madhura sebagai individu ataupun sebagai si ibu. Lagi bertambah pelik bila Madhura bertegas untuk stay di India sedangkan Mohan perlu berpindah ke San Jose selepas naik pangkat. Bukan ke sepatutnya perubahan ni jadi peluang untuk dia hidup dengan nafas baru dengan keluarga kecil dia? 

Kenapa Madhura nak terkesan dengan pendirian Salil Deshpande (Sumedh Mudgalkar) sedangkan watak dia tak cuba nak faham pun situasi Madhura sebagai seorang ibu dan isteri? Dia tahu nak marah je setiap kali muncul. Penulis juga sengaja timbulkan elemen drama dengan wujudkan konflik dalam rumahtangga Madhura dan Mohan beberapa jam sebelum berlepas sedangkan boleh diselesaikan dengan cara baik. Sepatutnya Madhura jadi lebih matang tapi dia pula bersikap keanakan lepas penuhi bucket list milik Sai. Baik penulis tambah momen Madhura dengan mak Sai sampai dia tersentuh kemudiannya karang puisi. 

Patutnya scene dekat Langkawi tu dah boleh tick satu wishlist Sai tapi pengarah sengaja je drag. Dah la movie ni tak lah kelakar mana, panjang pulak tu sampai 130 minit. Fans Madhuri mungkin akan kecewa lah dengan movie ni sebab tak ada pun dance performance dari Madhuri macam dalam movie dia yang lain.  Ingatkan babak dia jumpa Ranbir Kapoor tu diorang nak menari sama-sama sebab chemistry diorang cantik kot masa menari lagu Ghagra dalam movie Yeh Jawaani Hai Deewani (2015). Got excited for nothing tskkkk

Patutnya pengarah kurangkan babak Madhura dengan Mohan ataupun buat watak mereka ada masalah rumahtangga sebab Madhuri nampak canggung dengan Muneet. Lagu romantik tu pun macam tak perlu sebab draggy. Better kalau pengarah letak sebagai promo materials je dan buat Hindi version sebab lagu dia best. By the way saree yang Madhura pakai dekat Langkawi tu kemain panjang, bersih Langkawi dia sapu.


Sayang lah bila debut movie Madhuri tersia dengan skrip yang lemah dan cliché padahal Madhuri boleh buat lebih dari yang pengarah paparkan dari watak Madhura tu. Facepalm bila tengok trailer movie Bucket List ni sebab apa yang menarik dalam full movie semua dah ditayangkan dekat dalam trailer so what’s the point of watching? 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

Movie Review | Sa Balik Baju (2021)


Pengarah : Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar, Afiza Asram
Penulis Skrip : Junad Nor, Sarah Lois, Rafidah Abdullah, Afiza Asram
Pelakon : Nadiya Nissa, Elena Laurel Moujing, Juliana Evans, Sarancak, Mira Filzah, Kaka Azraff,  Jo Kukathas, Chelsia Ng, Kahoe Hon, Jad Hidhir, Nicole Rinai Joachim, Alif Satar, Amirah Azmi, Lee Yvonne, Idris Khan, Haleeda, Azman Hassan, Joanne Kam
Syarikat Produksi : Red Communications Sdn Bhd
Pengedar : Netflix
Genre : Drama / Komedi
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan : 21 Oktober 2021
Trailer :



Kisah 1: Hak Peribody - Junad Muhammad Nor

Mengisahkan tentang Dahlia (Nadiya Nisaa), seorang penulis di syarikat majalah perempuan Tinta Biru merasa tertekan apabila hilang punca pendapatan gara-gara media cetak makin dilupakan sejak meningkatnya penggunaan media sosial.  


Satu hari Dahlia terdengar pertengkaran di antara pasangan suami isteri mengenai pakaian dalam kemudiannya dia mendapat inspirasi untuk buat bisnes menjual pakaian dalam perempuan yang seksi supaya dapat menghangatkan perhubungan antara suami isteri. Dari perniagaan tersebut dia semakin rapat dengan Mia dan melihat kebaikan media sosial. 

Kisah 2: Love Clicks - Sarah Lois

Hannah (Elena Moujing) yang sentiasa gagal dalam percintaan menggunakan platform digital aplikasi mencari jodoh, “Love Clicks”. Di situ dia berkenalan dengan Pengguna Nombor 721 dan merasakan mereka berdua serasi Bersama. Uniknya applikasi ni bila semua pengguna tidak mempunyai profil sebaliknya menggunakan avatar.

 
Bagi Hannah features applikasi Love Clicks ni cool sebab dia boleh kenal seseorang bukan hanya bersandarkan pada rupa. Tapi bagi kawan-kawan dia, apa lah bezanya sebab semua orang boleh berlakon. 

Kisah 3: Bukan Salah Ibu Mengandung - Umie Salwana Omar

Sejak mengandung Myra Merlis (Juliana Evans) mempunyai alahan yang teruk dengan alat solek sampaikan punca pendapatan dia sebagai beauty blogger terjejas teruk. Ramai klien terpaksa tamatkan kontrak bila hasil kerja Myra tak memuaskan. Tambahan pula views dan komen tak memberansangkan seperti sebelumnya. 


Irfan (Aliff Satar) cuba pujuk Myra supaya lawan perasaan tu dari melarat sebab pendapatan mereka sekeluarga akan terjejas bila dia bekerja sebagai pengurus isterinya. Kesian dengan Didi juga, pembantu mereka berdua kalau gaji terpaksa dipotong. 

Kisah 4: Dalam Kain - Sarah Lois

Sierra (Sarancak) mempunyai pengikut media sosial yang ramai kerana dia adalah Relationship Coach di mana dia sentiasa memberikan nasihat-nasihat yang berkait dengan alam perkahwinan. Suaminya, Hanif berasa terkongkong dan hilang privasi bila semua momen mereka berdua diceritakan di media sosial. 


Kecoh di media sosial bila Hanif menggunakan aplikasi “Hunny Bunny” untuk bercinta dengan perempuan lain. Sierra bertambah curiga dengan Hanif sebab suami dia pernah curang sebelum mereka berkahwin. Tapi betul ke pengguna applikasi tersebut adalah Hanif ataupun lelaki yang curi profil bila maklumat tentang Hanif disebarkan oleh isterinya sendiri?

Kisah 5: Angkat Kaki - Afiza Asram


Mempunyai bapa yang konservatif membuatkan Aria (Mira Filzah) berasa lemas untuk tinggal serumah. Di pejabat dia dipuji oleh majikan dan rakan sekerja tapi di rumah Aria direndahkan hanya kerana dia seorang perempuan. Lagi bertambah stress bila bapanya nak jodohkan dengan Juan yang mempunyai karakter yang tak senonoh. 

Kisah 6: Aset - Afiza Asram

Pertemuan Salina (Kaka Azraff) dengan Sally (Joanne Kam) mengubah pandangan dan karakter dia yang sering berasa segan dengan payudaranya yang bersaiz DD. Bagi Sally bukan salah perempuan jika dia mempunyai aset yang besar tapi lelaki yang tak hormat dan menjaga pandangan. Dalam sehari banyak yang Salina belajar tentang payudara.


Kesemua kisah saling berkait antara satu sama lain dan mempunyai konflik yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Tengok pada barisan penulisnya ada nama Rafidah Abdullah dah boleh agak dah cerita tu mesti menarik sebab dia antara figura yang aktif dalam menyebarkan awareness. Cerita dia santai je tapi sarat dengan pengajaran. 

Kisah Dalam Kain tu not bad tapi disebabkan I tak minat dengan Sarancak, jadi tak enjoy dan menyampah dengan watak dia. Watak Hanif tu muncul sekejap je tapi dia bagi pertanyaan yang padu jugak lah kepada Sierra. Kisah Love Click pula terlalu ringkas dan kurang menarik berbanding 5 kisah yang lain. Kalau pengarah atau penulis kembangkan lagi watak Daniel Lee menjadi watak yang mengubah perspektif Hannah dan terangkan lebih mendalam lagi projek Sa Balik Baju dia mungkin lebih menarik dan mantap penceritaannya. 


Tak ada masalah pun dengan lakonan sebab genre movie ni santai dan semua watak tak mempunyai screentime yang panjang. Kalau tak pandai berlakon sangat pun tak la ketara sebab tak banyak watak yang ada solo screen macam Kisah Hak Peribody yang dijayakan oleh Nadiya Nissa. I just had one complaint lah dalam kisah tu, kenapa editor majalah Tinta Biru tak justify artikel Dahlia? Dah la majalah tak menarik, no wonder lah tutup. 


Good job untuk team production Sa Balik Baju yang berani terbitkan naskhah yang mengangkat kisah kaum wanita dengan skrip dan olahan yang bagus. Sinematografi yang dipaparkan menggunakan tone grading yang cantik menambahkan lagi kecantikan visual setiap babak dalam movie ni. 

Hopefully lebih banyak lagi movie women-centric dengan tema memperkasakan wanita yang boleh diterbitkan di streaming platform. Bukan setakat wanita dapat ambil pengajaran malah kaum lelaki juga boleh belajar banyak perkara berkenaan wanita memandangkan sekarang tengah hangat tentang period poverty. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10

Movie Review | Office (2015)

Friday 29 October 2021

Director : Hong Won-chan

Writer : Choi Yun-jin

Cast : Go Ah-sung, Park Sung-woong, Bae Seong-woo, Kim Eui-sung, Son Soo-hyun, Lee Chae-Eun

Production Company : Film Blossom

Distributor : Little Big Pictures

Genre : Horror / Thriller

Running Time : 111 minutes

Release Date : 18 May 2015 (Cannes), 3 July 2015 (Neuchâtel International Fantastic Film Festival), 3 September 2015 (South Korea)

Trailer :


Kecoh di media sosial dan berita bila Kim Byeong-gook (Bae Seong-woo) membunuh kesemua ahli keluarganya dengan kejam. Isterinya dihentak dengan tukul sehinggaa pecah kepalanya, anak lelaki dia yang sakit pun terima nasib yang sama dan ibu dia yang tua meninggal disebabkan sakit jantung kerana terkejut yang amat sangat. 

Rakan sekerja Mr. Kim mula cuak dan cuba sembunyikan sesuatu apabila disiasat oleh Detektif Jong-hoon (Park Sung-woong). Intern Lee Mi-rae (Go Ah-sung) juga dinasihatkan supaya kunci mulut kalau tak nak hilang kerja. Ketua bahagian Sales di syarikat tersebut, Kim Sang-gyu (Kim Eui-sung) arahkan supaya mereka semua siapkan Sales Strategy memandangkan prestasi jualan di syarikat tersebut makin menurun setiap tahun. 


Awalnya Lee Mi-rae anggap tu peluang dia untuk dapat status tetap di syarikat tersebut malangnya kehadiran intern baru, Shin Da-mi (Son Soo-hyun) buatkan dia tergugat. Lantas dia teringat kata-kata Mr. Kim tentang pisau di dalam laci mejanya. 

‘To tell you the truth, when you clasp it like this, I feel somehow at ease. All my frustration and anxiety seems to melt away. To me, this knife is like a talisman.’ – Kim Seong-woo


Olahan pengarah Hong Won-chan yang baru debut dengan movie Office membuatkan penceritan naskhah dengan genre thriller ni kelihatan menarik dan mengerikan. Music background dari Kim Tae-seong antara yang mainkan peranan sampai lemah semangat setiap kali babak waktu malam di pejabat tu muncul. 


Lakonan Bae Seong-woo tak kurang hebat juga dalam avatar pekerja syarikat korporat yang tertekan dengan keadaan sekeliling. Rasa stress yang dia hadap tu memang semua orang boleh relate sebab kita pun tahu tahap kompetitif di bandar pesat bagaimana. Tak hairan lah kalau Seong-woo menang Best Supporting Actor di KOFRA Film Awards.

Tak boleh move on dengan movie ni lepas tengok sebab rasa seram tu masih ada. Tak memasal takut dah nak OT sebab semua ahli dalam Sales team tu kena kacau dengan watak Seong-woo. Cuma peliknya bila detektif macam tak function padahal dia berjaga je dekat bangunan tu. Patutnya request lah letak CCTV dekat Sales department tu bila Seong-woo belum ditangkap lepas kes pembunuhan tu. 


Ramai yang tak suka dengan ending movie ni sebab ada beberapa persoalan yang tak terjawab tapi kalau ikutkan tema psikologi yang dipaparkan, boleh nampak satu team tu tengah takut gara-gara layanan diorang terhadap Mr. Kim dan Mi-rae jadi bila diorang kena serang, bayangan Mr. Kim menghantui walhal watak tu tak ada kena-mengena pun. Konsep lebih kurang macam movie IT lah bila apa yang kita takut, benda tu lah yang datang mengganggu. Kita nampak apa yang kita nak nampak walaupun realiti sebenarnya bukan. 

Sama juga bila detektif tu ambil keputusan sebegitu supaya pengarah dapat paparkan betapa teruk dan dalamnya tahap korupsi dan kebobrokan yang berlaku di negara Korea Selatan. Dekat first half pun CEO syarikat dah geram bila kes macam ni boleh menjejaskan imej syarikat. Bila detektif dapat panggilan telefon dari ketua dia, dah boleh faham apa yang penulis cuba sampaikan dari babak tu sahaja. 


Movie Office terbitan Film Blossom dapat tayangan perdana di Cannes dan beberapa festival filem yang lain sebelum ditayangkan di panggung wayang. Rata-ratanya puji naskhah seram thriller ni kerana diolah dengan bagus dan mempunyai kekuatan dialog yang tepat menceritakan beberapa situasi. Dialog Mi-rae dengan Detektif dekat hospital tu yang paling padu bila dia ucap tahniah sebab Detektif Jong-hoon dapat naik pangkat. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

Movie Review | Jungle Cruise

Thursday 28 October 2021

Director : Jaume Collet-Serra

Writer : Michael Green, Glenn Ficarra, John Requa

Cast : Dwayne Johnson, Emily Blunt, Édgar Ramírez, Jack Whitehall, Jesse Plemons, Paul Giamatti

Production Company : Walt Disney Pictures, Davis Entertainment, Seven Bucks Productions, Flynn Picture Company

Distributor : Walt Disney Studios Motion Pictures

Genre : Adventure / Fantasy

Running Time : 127 minutes

Release Date : 24 July 2021 (Disneyland Resort), 30 July 2021 (United States)

Trailer :


Mitos yang terdapat di Amazon iaitu kewujudan pokok ajaib Lágrimas de Cristal bila bunganya mampu mengubat segala jenis penyakit, kecederaan dan menghilangkan sumpahan. Pada tahun 1556, Don Aguirre (Édgar Ramírez) dan askar dia pergi ke Amazon untuk mencari pkok ajaib tersebut tapi ketamakan dia sehingga sanggup membunuh ketua puak Puka Michuna dan membakar kampung tersebut. Akibatnya dia dan disumpah akan hidup selamanya di hutan tersebut dan tidak boleh berjauhan dengan sungai Amazon. 

"Look, I just think if you’re lucky enough to have one person in this life to care about, then that’s world enough for me."- Frank

Tahun 1916, Dr. Lily Houghton (Emily Blunt) bersama adiknya, MacGregor Houghton (Jack Whitehall) pergi ke Brazil untuk mencari pemandu boat yang mahir selok-belok untuk ke Amazon supaya mereka dapat mencari Tears of the Moon. Di sana mereka berjumpa dengan Frank (The Rock) yang gagah dan berani berlawan dengan harimau bintang. 

Terpedaya dengan lakonan Frank dan haiwan peliharaan dia, Dr. Lily setuju dengan tawaran harga yang diberikan oleh Frank. Bukan senang nak jumpa pokok ajaib tersebut sebab Frank sendiri dah pernah mencari tapi gagal. Dalam masa yang sama, mereka dihendap oleh Prince Joachim (Jesse Plemons) yang mempunyai niat yang sama di Amazon. 

Masa tengok movie ni memang tak letak harapan tinggi pun sebab movie ni movie santai terbitan Walt Disney Pictures jadi target audience dia sebenarnya kanak-kanak dan keluarga. Lagipun dah bosan tengok The Rock berlakon dalam avatar yang sama, dah masuk 7 kali dah lepas movie The Mummy Returns (2001), The Rundown (2003), Journey 2: The Mysterious Island (2012), Jumanji: Welcome to the Jungle (2017), Rampage (2018) dan Jumanji: The Next Level (2019)

Movie Jungle Cruise ni diinspirasikan oleh taman tema air yang wujud di Disney Park sebab tu dalam babak Frank bawa pengunjung melawat sungai, props dia sama macam dalam taman tema especially back side of water. Karakter watak Frank pun sama dengan skipper di taman tema tersebut bila dia sejenis yang suka buat lawak hambar. Movie ni dah lama dah siap skrip dia sejak tahun 2003 lagi tapi tak jumpa produser yang nak laburkan dana untuk naskhah bertemakan pengembaraan mencari mitos bersejarah ni. 

Well, folks, you were all outstanding today, now I need you all out, standing on the dock. That means "get off my boat." I'm only serious. - Frank

Penulis letak banyak sangat reference yang berkait dengan dunia Disney dan memandangkan I bukanlah peminat tegar so reaction I biasa-biasa je lah bila layan movie ni selama 127 minit. Tapi kalau untuk peminat tegar Disney dan pernah melawat Disney Park, feels dia mungkin teruja lah bila tengok karya Jaume Collet-Serra ni. 

Walaupun layan secara santai tetap boleh nampak loopholes dalam movie ni bila Putera Joachim boleh jumpa Aguirre dan anak buah dia sedangkan hanya seorang saja yang tau mereka diperangkap di mana selama beratus tahun. Lagi satu macam pelik jugak kenapa Dr. Lily nak ambil bunga yang susah untuk dicapai sedangkan dia boleh dapat banyak bekalan untuk dibawa pulang. Pengarah sengaja letak elemen saspen dan drama padahal tak perlu pun.



Sinematografi memukau hasil karya Flavio Labiano memaparkan kecantikan semua lokasi yang wujud dalam movie Jungle Cruise. Tapi tak hairan pun kan sebab movie ni movie Disney jadi hasil visual memang dipaparkan dengan cemerlang ditambah pula dengan music score dari komposer James Newton Howard yang dah beberapa kali menang di Oscar Award, Emmy Award dan banyak lagi. 

Untuk yang mencari movie santai tontonan keluarga, movie Jungle Cruise sangat sesuai sebagai hiburan di hujung minggu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.9, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10