Shopee | Adjustable Wood Display Desk Shelf

Tuesday 13 July 2021

Makin lama makin banyak file dengan barang kena letak dekat work station so belek lah dekat Shopee kot kot ada table organizer yang boleh muat dengan ruang sekecil tu. Nak letak dekat bahagian bawah meja pun dah penuh dengan kotak. 
Belek punya belek ternampak adjustable wood display desk shelf ni. Sesuai sangat dengan ruang atas meja sebab shelf ni boleh adjust ikut keluasan ruang tu. Sekarang ni tengah kosong sebab mesin taip dipinjam sementara waktu sebab tu nampak luas. Kalau ada mesin tu memag tak banyak pun ruang yang ada. 


Tak lama pun parcel ni nak sampai lepas order. Harga pun tak mahal sangat around RM19.90 - RM23.00 exclude postage. Kayu dia pun tebal so puas hati lah kalau letak file yang berat dekat shelf ni nanti. Dalam parcel yang dia bagi tu ada manual tapi masalah dia cuma satu lah, semuanya dalam bahasa Cina so tengok gambar je lah dengan harapan yang dipasang tu betul. 



Setengah jam je nak pasang shelf ni sebab dia dah siap label dan buat lubang untuk masukkan skru. Lubang pun tak banyak sebab shelf ni main tindan menindan antara satu sama lain. Bahagian tepi je la yang kena masukkan skru betul-betul. Esok lusa kalau tak suka dengan style ni boleh tukar style lain pulak. 

Material kayu ni bukan setakat tebal, anti-scratch dan waterproof. Bab berkulat tu tak tahu lah pulak sebab belum bekerja dari rumah lagi sampai office terbiar lama. 


Lepas dah pasang, dah letak semua atas shelf ni memang betul lah banyak barangnya. Saiz dia pun ngam-ngam je dekat ruang tu. Masa pasang ni tunggu Rose Gold Document Holder sampai sebab tak suka document holder kotak tu. Dia pun tunggu masa je nak rabak sebab entah dari zaman bila menapak dekat office ni. 

Movie Review | Polis Evo 2 (2018)

 

Pengarah :  Joel Soh, Andre Chiew, Ahmad Izzuddin

Penulis Skrip :  Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf

Pelakon :  Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Rusdi Ramli, Tanta Ginting, Syafie Naswip, Riz Amin, Mike Lucock, Hairul Azreen, Jay Iswazir, Hairie Othman

Syarikat Produksi :  Astro Shaw, Surya Citra Media, Blackflag

Pengedar :  Astro Shaw / Netflix

Genre :  Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 138 minit

Tarikh Tayangan : 22 November 2018 (Malaysia), 18 April 2019 (Indonesia)

Trailer :


Sekuel dan installment kedua franchise Polis Evo (2015) membawakan kembali dinamik duo Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) dengan mengangkat tema terrorism selain dari penjualan haram dadah syabu. 

Diinspirasikan dari jenayah pengganas yang pernah berlaku di Malaysia, Khai dan Sani mengetuai misi menangkap Riky Kumolo (Tanta Ginting) dengan bantuan dari Inspektor Adli yang datang dari Jabatan Polis Indonesia. Misi mereka gagal disebabkan Rian (Raline Shah) dan kemudiannya membawa mereka semua ke Pulau Cherong di mana Hafsyam aka Saif (Hasnul Rahmat) menawan 200 orang penduduk pulau sebagai tebusan supaya Imam Husyairi dibebaskan oleh pihak polis. 

Tanpa menyedari serangan tersebut, Sani dan anak buah dia, Mat Dan (Syafie Naswip) ditangkap bersama tebusan lain sementara Khai menyiasat aktiviti di pulau tu di bahagian lain. Bila Khai terjumpa dengan Rian, nak tak nak dia terpaksa bekerjasama supaya dapat cari Sani dan minta bantuan dari SAC Dato' Azizat (Erra Fazira), ketua bahagian narkotik. 

Jalan cerita Polis Evo 2 lebih terarah kepada terrorism berbanding penjualan dadah. 10 minit awal je berkisar tentang syabu tapi bila dah ke Pulau Cherong tu sepenuhnya tentang Saif dan perjuangan sesat dia. Kalau dialog dalam previous installment banyak sembang santai dan komedi, dalam sekuel ni banyak pada drama dan mencetuskan provokasi sesuai dengan tema. 

‘Kalau aku betul ahli neraka, kenapa atas takdir Tuhan, aku yang berdiri kau yang melutut? - Saif

Lepas kejayaan filem Polis Evo yang berjaya mengutip sebanyak RM17 juta selepas 20 hari tayangan, franchise ni kembali dengan barisan penulis dan pengarah yang berbeza. Nak bandingkan yang mana lagi best tu macam tak perlu sebab dua-dua pun ada kekuatan sendiri bila installment pertama lebih kepada pengenalan watak Inspektor Sani dan Inspektor Khai kemudiannya mengubah pertemuan mereka kepada persahabatan. Dalam installment kedua pula masing-masing diuji ketahanan fizikal dan mental. Scene Khai suruh Sani untuk kuat untuk lawan dengan puak Saif antara scene yang memberi impak pada penceritaan dan dalam masa yang sama suntik elemen drama dengan lebih mendalam lagi. 

Tak hairan kalau peminat franchise Polis Evo akan tunggu kehadiran installment ketiga sebab kutipan sekuel pun sama hebat dengan yang pertama. Bak kata Khai, selagi laku boh. Dinamik dan keserasian Sam dan Zizan antara kekuatan utama franchise aksi di bawah terbitan Astro Shaw ni. Kalau hilang seorang, terasa kurang umpphh dia. Tapi lakonan Zizan masih lemah terutama pada scene dalam gudang dengan mayat UKAP yang lain. Sama macam sebelum ni dia tak mampu nak carry solo screen dengan skala emosional yang tinggi. 

Dalam Polis Evo, Inspektor Sani kata dia nak selesaikan kes tak main pistol senapang semua ni tapi dalam Polis Evo 2 dia siap main shotgun dan bom buatan. Props dan set dalam filem ni diberi perhatian supaya nampak realistik ditambah pula dengan teknik kamera dan suntingan visual juga sinematografi yang cemerlang. Cuma ada beberapa scene intense, kamera sengaja gegar untuk tonjolkan ketegangan tu tapi sebenarnya tak perlu pun sebab lakonan Hasnul dah cukup cemerlang. 

Banyak watak sampingan dibintangi oleh pelakon atau selebriti ternama seperti Erra Fazira, Rusdi Ramli, Hairul Azreen, Jay Iswazir, Riz Amin dan ramai lagi. Masing-masing deliver watak dengan baik walaupun dalam screentime yang terhad. Watak Rian bawa keseimbangan dalam franchise Polis Evo dan mungkin akan diteruskan dalam installment ketiga dengan karakter yang kuat dan aksi yang mantap di samping watak Khai dan Sani. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.9, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

Movie Review | Polis Evo

Pengarah :  Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip :  Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Adib Zaini.

Pelakon : Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Mimi Ernida, Harun Salim Bachik, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi Husain, Pablo Amirul, Azliyuszaini Mohd Noor, Amerul Affendi, Eyka Farhana, Ungku Hariz, Ariel Ganu, Kamaliah Mat Dom, Fadilah Mansor, Adnan Dzulkafli, Sol Azmie, Tisha Shamsir, Amily Iswadi, Amidin, Nazim Shah

Syarikat Produksi :  Tayangan Unggul

Pengedar :  Astro Shaw, Netflix

Genre :  Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 117 minit

Tarikh Tayangan : 17 September 2015

Trailer :


Franchise aksi drama yang terkenal di industri perfileman Malaysia ditayangkan di Netflix selepas kejayaan di box office yang mengutip keuntungan sebanyak RM17 juta pada tahun 2015. Diterbitkan oleh Tayangan Unggul dan ditayangkan oleh Astro Shaw, filem arahan Ghaz Abu Bakar mengangkat tema penggunaan dadah syabu yang dihasilkan secara haram. 

Inspektor Khai (Shaheizy Sam) diarahkan ke Kuala Terengganu untuk bekerja bersama Inspektor Sani (Zizan Razak) untuk satu kes pembunuhan Cikgu Adli (Wan Hanafi Su), cikgu kimia yang mencipta formula syabu naga untuk dijual di sempadan. Dari kes pembunuhan tersebut mereka berdua berjaya membongkar sindiket dadah terbesar di Terengganu yang diketuai oleh Izrail (Ayie Hushairi Husain). 

Berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat di Kuala Terengganu, gabungan empat penulis menggunakan halaman kampung sendiri dan juga dua orang pelakon ternama – Zizan Razak & Nora Danish yang berasal dari negeri penyu tu membuatkan alur penceritaan nampak hidup dan menjadi. Perbualan antara dua beradik ni langsung tak nampak kekok walaupun tak berapa suka dengan lakonan Nora Danish sebelum ni. 

Pengarah Ghaz pun berjaya tonjolkan sisi ganas dan tegas Zizan selain lontarkan banyak dialog kelakar semasa bertugas sebagai polis senior. Scene Jemang (Azliyuszaini Mohd Noor) terbakar lepastu Sani menjerit jangan bergerak tu sebab dia kaget pertama kali nampak situasi macam tu nampak lemah sebab Zizan tak berjaya deliver panik dan kaget dalam acuan yang tepat. 

‘Ada waktu-waktunya kita boleh bergurau. Gelak-gelak. Tapi ada waktunya kita serius dan saya tengah serius sekarang ni!’ - ASP Mokhtar (Harun Salim Bachik)

Watak Khai dalam movie ni seorang yang serius sesuai dengan nama jolokan Super Cop tapi bila berjumpa dengan Sani, ketegangan tu mula berkurang. Nampak lah lengkungan karakter dengan pelbagai variasi emosi tambah pula bila berbicara soal keluarga yang rosak dek syabu. Walaupun ada sub-plot drama dan babak romantis tapi tak dikembangkan dengan mendalam kemudiannya gagal mempengaruhi babak di hujung movie. 

Watak sampingan seperti Mat Yam (Amerul Affendi) mencuri tumpuan dengan karakter gedik bila berjumpa dengan Inspektor Khai. Lakonan dia compliment karakter Inspektor Khai dengan baik. Walaupun kemunculan dia sekejap je dalam beberapa babak tapi dari situ lah nama Amerul Affendi naik dan dapat peluang lain dalam industri. Eyka Farhana dan Ungku Hariz pun bagus dalam watak masing-masing.

First half movie Polis Evo nampak menarik tapi pada second half mula longgar terutamanya pada babak Sani dengan Khai maklumkan pada Asp Mokhtar tentang lokasi rahsia Izrail selepas berjaya decode peta Cikgu Adli. Kalau dah kena ambush sekali, mesti lah tuan punya tempat dah lari. Perjalanan untuk ke sana pun agak jauh. Agak lemah bila Khai dengan Sani bawa satu unit untuk geledah sedangkan data Inspektor Sani pun dah terdedah. Mungkin sebab penulis nak naikkan elemen drama tapi agak buang masa dekat situ. 

Stunt choreography dari Stunt My Production menghasilkan stunt yang sharp, kemas dan sesuai dengan fizikal pelakon utama. Teknik syot dari Haris Hue Abdullah juga banyak membantu memaparkan visual yang cantik di samping kekuatan panorama yang indah di Terengganu. Musik latar EVO nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne menaikkan impak dan intensiti pada beberapa babak aksi. 


Penceritaan, visual, musik dan props dalam movie Polis Evo ni berjaya tanam perkataan Evo pada penonton sampaikan pada waktu tu ramai yang tergilakan kereta Mitsubishi Lancer Evo. Siapa yang ada Evo memang boleh berlagak dekat medsos sebelum munculnya kereta Honda. Tercapai lah impian penulis Joel Soh untuk cipta benchmark pada filem aksi di Malaysia. Bukan sahaja pada kualiti filem tapi pada branding juga marketing. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Movie Review | Geez & Ann

Sunday 11 July 2021

Pengarah : Rizki Balki

Penulis Skrip :  Cassandra Massardi, Adi Nugroho

Pelakon : Junior Roberts, Hanggini, Roy Sungkono

Syarikat Produksi : MVP Pictures

Pengedar : Netflix

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan : 105 minit

Tarikh Tayangan : 25 Februari 2021

Trailer :


Diadaptasikan dari novel popular Geez & Ann karya Rintik Sedu, filem drama romantik terbitan MVP Pictures mengisahkan tentang kisah percintaan antara Keana Amanda / Ann (Hanggini Purinda Retto) yang jatuh cinta dengan Gazza Cahyadi / Geez (Junior Roberts).

Dari trailer dah nampak yang kisah percintaan ni berlatarkan kehidupan remaja di bangku sekolah so tak boleh lah nak letak expectation tinggi sebab konflik remaja sekolah tak berpijak di dunia nyata sangat. Lagipun perjalanan mereka berdua masih jauh untuk diambil peduli dengan serius. 

Pertemuan pertama mereka berdua di konsert alumni sekolah di mana Ann menjadi event manager kemudiannya tanpa sengaja bertemu dengan Geez, vokalis kacak yang akan membuat persembahan pada malam tersebut. Kagum dengan ulasan musik dari Ann, Geez dapat idea untuk serahkan demo music supaya dapat perbaiki apa yang kurang. 

Sejak dari situ mereka mula rapat walaupun Ann kurang suka dengan musik Geez yang menurutnya kurang jiwa. Too cliché but it’s true. Lirik tu macam tangkap muat walaupun melodi bagus. Dalam masa yang sama ibu Geez (Dewi Rezer) selalu remind anak tunggalnya supaya fokus dengan pengajian di Berlin nanti. Ada lagi 2 bulan supaya dia terbang ke sana. 

Bila Ann dapat tahu dia mula meradang sebab LDR macam sesuatu yang tak mungkin untuk dia adapt. Nasib baik lah watak utama movie ni masih bersekolah menengah sebab dia punya emo Geez tak dapat datang majlis hari jadi tu macam kesalahan besar serupa curang dah. Padahal dia pun tahu flight Geez sama tarikh dengan birthday dia. 

Ingatkan Ann je macam tu rupanya Geez yang tua setahun pun lebih kurang je cara berfikir. Boleh pulak dia lari dari airport lepastu buat surprise dekat Ann. Kalau jadi mak Geez pun mengamuk bila dah minta tolong dengan kawan supaya pick up anak dekat airport Berlin. Tunggu punya tunggu tak datang, dah satu hal kena pergi buat police report. Dekat German risau, yang dekat Indonesia apatah lagi. 

Konflik dalam movie ni bagus sebenarnya bila Geez terpaksa ikut kemahuan mak dia dan tinggalkan dunia musik dan dalam masa yang sama pertahankan hubungan cinta dia dengan Ann. Tapi penulisan skrip tu macam pelajar sekolah yang buat sebab terserlah sangat point of view dia dari perspektif tu. Sayang lah bila kehidupan watak Geez ada potential untuk kacau emosi penonton dengan trauma selepas ditinggalkan oleh ayah kemudian si ibu pula berperang sama ada anak akan ikut acuan suami ataupun mendengar kata.

Lakonan Junior Roberts dan Hanggini sebagai pasangan romantis pun menjadi dengan keserasian yang tinggi tapi supporting cast terlampau ramai dan tak membantu penceritaan. Sepertimana ulasan Ann terhadap music Geez tak ada jiwa, sama lah seperti movie ni sendiri, susah nak connect dengan relationship yang bergaduh sebab birthday party. 

Latar masa dia bergerak laju dari zaman sekolah menengah kemudiannya fast forward ke 4 tahun akan datang tapi level pemikiran tu masih sama. Buat keputusan terburu-buru lepastu emo. Bila watak mereka berdua buat konklusi dari kisah percintaan yang gagal untuk diambil sebagai pengajaran pun rasa macam mehhhh. 

Dialog yang lemah, babak kelakar yang hambar, konflik yang sengaja diulang-ulang dan banyak lagi kelompongan membuatkan movie Geez & Ann adalah naskhah yang lemah. Mungkin kalau pengarah buat franchise dengan dua atau tiga installment dengan konflik drama yang lebih jelas dan realistik, filem ni akan nampak lebih menarik. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4/10

Telemovie Review | Chomel (2021)

 

Pengarah :  Jason Chong

Penulis Skrip : Natasha Azlan, Nadim Hisham, Zulaikha Zakaria, Amira Nasiruddin

Pelakon : Airiezara Jasmin, Zahiril Adzim, Aniq Suhair, Yuyun Hikmah, Azizah Mahzan, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Gavin Yap, Nadia Aqilah

Syarikat Produksi :  Double Vision, Astro Shaw

Pengedar :  Astro First

Genre :  Drama / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 25 Jun 2021

Trailer :


Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga kecil yang berubah setelah berjumpa dengan kucing yang dibuang di tong sampah. Selepas kematian ibunya, Mimi (Airiezara Jasmin) merasa kehilangan dan sunyi tambahan pula bila ayah dia, Imran (Zahiril Adzim) sibuk bekerja dan mencari pembeli baru untuk karya batik cerap. Kakak dia, Nora (Yuyun Hikmah) dah jarang luangkan masa bersama. 

Mencari kawan bukanlah suatu perkara yang mudah bila syarat utama untuk join kumpulan Diva Girlz kena ada haiwan peliharaan seperti kucing. Mimi cuma ada ikan laga berwarna biru yang diberi nama Pinky. Mustahil untuk Mimi bela kucing sebagai haiwan peliharaan sebab Imran ada alahan dengan bulu kucing. 

Tapi takdir pertemukan Mimi dengan Chomel kemudian dibawa pulang secara curi-curi dan sembunyikan di dalam bilik tidur. Malangnya rahsia dia terbongkar bila Chomel masuk ke bengkel batik Imran dan rosakkan design penting untuk presentation kepada Mr. Chen (Gavin Yap). Nak tak nak, Imran terpaksa juga bawa design tersebut sebab dah tak ada masa lagi untuk hasilkan yang baru. 

Dalam masa yang sama Wan (Azizah Mahzan) failkan hak penjagaan cucu-cucu dia sebab dia menyampah dengan Imran yang dianggap tak mampu laksanakan tanggungjawab sebagai ayah yang baik. Dalam masa sebulan, dah berapa kali dapur rumah hampir terbakar. Bumbung rumah rosak, bil elektrik lupa nak bayar dan banyak lagi lah.  

Not bad lah penceritaan yang bertemakan haiwan peliharaan ni sebab Chomel pun pandai berlakon walaupun alur cerita tak bersandarkan pada kucing tersebut tapi lebih kepada konflik keluarga. Tak tahu lah macam mana team production ajar Chomel untuk buat ekspresi muka ataupun wink sebab semuanya nampak natural dan bukannya VFX. 

Lakonan Airiezara Jasmin, Aniq Suhair dengan Yuyun Hikmah pun bagus dalam semua scene cuma sayanglah watak Zain (Aniq Suhair) tak dikembangkan lagi sebab ada potential untuk jadi lebih dari si kacak persis Song Joong-ki. Entah lah celah mana tapi dia handsome lah. Mungkin sebab telemovie ni target audience dia golongan kanak-kanak dan remaja jadi naskhah dia lebih santai dan ringan. 

Selain dari mesej kekeluargaan yang mendalam, mesej tersirat dari telemovie Chomel ni adalah bela kucing jalanan bukan beli sebab mesej ni yang diketengahkan PETA sejak berdekad lamanya. Memandangkan makin ramai yang jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan atau ahli keluarga, mesej ni sangat penting kepada golongan bawah umur. 

Sayangnya mesej ni tak ditekankan sangat walhal boleh je masukkan dialog bermesej dekat scene Zain ternampak Nora usap Chomel depan rumah. Well I guess industri seni tempatan masih jauh lagi untuk menjadi medium edukasi dan social awareness berbanding Korea Selatan dan India. But you can always prove me wrong in comment box. 

Another missed point dari telemovie ni bila Imran dan Liz (Nadia Aqilah) adalah pereka batik cerap dan mempromosikan batik tempatan. Recently ada perdebatan kenapa batik tempatan tak dipandang tinggi seperti batik Indonesia dan rata-rata jawapannya sebab batik tempatan outdated. Bila nampak Imran pakai kemeja batik untuk berjumpa dengan Mr. Chen tu agak mehhhh jugak lah sebab betul apa yang dikatakan tu. Padahal scene John (Douglas Lim) pakai scarf batik dekat leher tu quite trendy and I was expecting more lah dari Imran.

Nevertheless telemovie Chomel berjaya sampaikan mesej kekeluargaan dengan baik. Btw, happy bila nampak bilik Nora penuh dengan poster Stray Kidz instead of BTS hahaha

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.6/10

Director : Ken Ghosh

Writer : William Borthwick, Simon Fantauzzo, Farhan Salaruddin (dialogues)

Cast : Akshaye Khanna, Gautam Rode, Vivek Dahiya, Parvin Dabas, Samir Soni, Abhimanyu Singh, Mir Sarwar, Manjari Fadnnis, Kallirroi Tziafeta, Akshay Oberoi, Abhilash Choudary, Dhanveer Singh, Mridul Das, Mihir Ahuja

Production Company : Contiloe Pictures

Distributor : ZEE5

Genre : Crime / Action / Thriller

Running Time :110 minutes

Release Date : 9 July 2021

Trailer :

Diinspirasikan dari jenayah serangan pengganas di kuil Akshardham, Gandhinagar, Gujarat pada September 24, 2002. Seramai 33 orang awam terbunuh dalam serangan tersebut termasuklah seorang komando National Security Guard (NSG), 2 orang pegawai polis Gujrat dan 80 orang awam cedera. 

Kisah bermula dengan serang hendap dari team Komando Hanut Singh (Akshaye Khanna) di sempadan India-Pakistan pada tahun 2001. Misi menyelamatkan anak Perdana Menteri India pada ketika itu berjaya namun mengorbankan beberapa unit kerana Komando Hanut langgar arahan ketua. Sejak dari misi tersebut, dia mengalami trauma kerana kehilangan Kapten Bibek (Abhimanyu Singh) yang dianggap seperti adik sendiri. 

September 2002, Komando Hanut dapat arahan untuk mengetuai unit NSG berkawal di kawasan kuil. Task yang disangka mudah oleh Kapten Rohit Bagga (Vivek Dahiya) bertukar ngeri bila mereka dapat info tentang 4 orang pengganas – Iqbal (Abhilash Choudary), Hanif (Dhanveer Singh), Farooq (Mridul Das), Omar (Mihir Ahuja) yang menembak secara rambang semua pengunjung yang datang. 

Misi menyelamatkan dan balas serangan bermula dengan lancar tapi tergendala selepas mereka tertipu dengan helah Iqbal yang hantar tebusan bersama bom sampaikan Komando Hanut tercedera ditembak kemudiannya diganti oleh Mejar Samar (Gautam Rode). Malangnya pelan kedua juga gagal selepas ada yang bocorkan maklumat kepada pengganas tersebut. Unit NSG perlu selesaikan misi neutralize dan selamatkan tebusan di dalam kuil tersebut sebelum Bilal Naikoo (Mir Sarwar) dibebaskan ke Pakistan.

Dah lama tak layan movie arahan Ken Ghosh lepas movie Fida (2004) yang juga genre crime thriller. Movie State of Siege : Temple Attack ni adalah installment kedua di bawah franchise State of Siege selepas web series 8 episod yang menceritakan tentang serangan pengganas di Hotel Mumbai 26/11. Walaupun movie ni berdasarkan kes jenayah sebenar tapi fakta asal jauh berbeza sebab ‘inspired by’ sahaja. 

Macam mana I enjoy layan Uri : The Surgical Strike (2019), macam tu jugak lah I melekat tengok State of Siege : Temple Attack baik dari drama ataupun action stunt yang dipersembahkan dalam naskhah bertemakan unsung heroes. Unsur patriotik, kekeluargaan, keberanian, agama, persahabatan, kerjasama semuanya diselitkan untuk membina alur cerita yang menarik. 

Lakonan Akshaye Khanna menyerlah dalam setiap kemunculan sama ada solo screen atau sharing space bersama pelakon lain. Range of emotions dia diserlahkan dengan karakter yang keras kepala, trauma, dipandang rendah oleh sub-unit ataupun emosi dengan kehilangan Bibek. Rasa nak menangis sekali sebab backstory bantu elemen drama yang disuntik untuk mengenang jasa dan pengorbanan NSG demi melindungi negara dan orang awam. 

Emotional coaster ride dari awal sampai habis sebab tak boleh nak expect apa akan jadi. Serangan rambang dan serangan balas berdasarkan apa yang terjadi pada ketika tu. Ada babak yang draggy atau tak perlu dimasukkan pun macam part pembantu kuil berjumpa dengan pengganas untuk bagi nasihat sedangkan dari awal dah nampak semuanya hati kering bunuh orang awam tanpa belas. Part Perdana Menteri (Samir Soni) pun tak perlu ada sebab watak dia tak dikembangkan dengan baik. 

Tak tahu lah kalau penulis atau pengarah cuba masukkan beberapa watak extra beragama Islam untuk menampakkan sisi neutral ataupun memang dekat sana ada pekerja kuil yang beragama Islam. Tak kisah lah yang mana pun alasannya, pengganas bukan berlandaskan ajaran Islam yang sebenar pun. Dalam sirah pun dah digariskan panduan supaya jangan serang orang awam yang berada di dalam rumah ibadat. Jangan serang kanak-kanak, wanita dan orang tua. 

Visual yang dipaparkan dalam State of Siege antara kekuatan bila menggunakan panorama kawasan sempadan yang penuh dengan salji dan hutan. Ada juga beberapa babak yang menggunakan hand camera untuk tampak real dan menambahkan elemen saspen. Makeup pun nampak real untuk kesan tembakan, luka melecur dan banyak lagi. Even CGI yang digunakan untuk letupan pun nampak kemas. 

ZEE5 makin lama makin improve dengan content yang dipersembahkan, jauh berbeza dengan tahun lepas bila tangkap muat tanpa ambil kira faktor lakonan, penulisan skrip ataupun olahan pengarah. Keputusan yang tepat bila Akshaye Khanna pilih untuk berlakon dalam movie State of Siege : Temple Attack sebab tak banyak movie yang diterbitkan sekarang ni. Hopefully lebih banyak director yang akan offer meaty roles kepada dia lepas ni especially action atau thriller genre memandangkan dia pandai deliver suspense. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Movie Review | Surga Yang Tak Dirindukan 3

Saturday 10 July 2021

 

Pengarah :  Pritagita Arianegara

Penulis Skrip :  Alim Sudio

Pelakon :  Fedi Nuril, Marsha Timothy, Reza Rahadian, Zara Leola, Ali Fikry, Lydia Kandou, Zsazsa Utari, Jenny Zhang, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang, Patrick Milligan, Indra Jegel, Mbok Tun

Syarikat Produksi : MD Pictures, MD Entertainment

Pengedar : Disney+ Hotstar

Genre :  Drama / Romantik

Durasi Tayangan : 124 minit

Tarikh Tayangan : 16 April 2021

Trailer :


Tak tahu apa obsesi MD Pictures atau produsernya, Manoj Punjabi untuk sentiasa bekerja dengan Reza Rahadian dalam kebanyakan franchise atau movie terkenal dia. Atau mungkin Reza adalah pelakon di bawah kontrak MD Pictures? Sebab watak dia cuma didera oleh penulis Alim Sudio sama seperti dalam movie Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017). Bak kata ibu dia (Lydia Kandou)'Emang enak ya terpenjara dalam masa lalu?'

Meirose (Marsha Timothy) dan Pras (Fedi Nuril) hidup bersama setelah pemergian Citra Arini (Laudya Cynthia Bella) di Jogjakarta. Kali ni Pras mengalami masalah di tempat kerja bila syarikatnya ditipu oleh financial manager. Habis duit syarikat dibawa lari sampaikan dia terpaksa jual rumah yang punya banyak kenangan manis bersama Ariani. 

Nadia (Zara Leola) yang meningkat remaja pula mula hilang minat pada storytelling seperti arwah ibunya tapi lebih suka menari dan muat naik video tariannya di Youtube channel. Ekoran dari hal tersebut, pelajaran Nadia mula merudum dan Meirose mendapat aduan dari guru sekolah. Dalam masa yang sama Nadia mula rapat dengan Keenan (Patrick Milligan), senior di sekolah yang kaya dan baik hati. Pras tidak suka dengan perubahan anak sulungnya. 

Tak cukup dengan masalah tu, Ray (Reza Rahadian) datang kembali dalam hidup Meirose dan menuntut janji untuk hidup bersama setelah menjadi kambing hitam akibat hutang ayah Meirose. Ray nak hak dia sebagai ayah kepada Akbar (Ali Fikry). Pras syak Meirose mula curang dan berpindah keluar dari rumah tersebut. 

Konflik dalam installment ketiga franchise yang berkonsepkan poligami dalam perkahwinan ni cuma kitar semula konflik yang ada dalam Surga Yang Tak Dirindukan 1 (2015). Bezanya, Meirose yang dituduh isteri yang nusyuz. Sama seperti Ariani, Pras juga tak beri peluang kepada Meirose untuk jelaskan hal yang sebenar. Watak Meirose pun sama je dengan Ray, didera dan dimanipulasi untuk menghidupkan elemen drama atau cengeng yang tiada berkesudahan. Kemelut yang melanda keluarga ni nampak tak realistik sebab campur aduk hal kerja dan peribadi. 

Selain dari konflik keluarga, ada beberapa persoalan juga dengan pendirian Pras, Hartono (Tanta Ginting) dan Amran (Kemal Pahlevi) bila mereka cross out otion untuk pinjaman bank sebab unsur riba. Tak pasti lah uruf di Indonesia bagaimana sebab dekat Malaysia ada perbankan Islamik. Kalau interest tu tak dikira riba sebab lebihan duit tu yang akan digunakan bayar semua expenses dan salary. Menyampah juga bila Amran cakap gaya berpakaian Meirose sama seperti Arini walhal pakaian dia biasa je, sama macam dalam previous installment. 

Pendirian Pras untuk biarkan Amran bekerja pun merepek juga sebab malas bekerja tapi lebih suka habiskan masa dengan flirting sedangkan isteri sudah dua. Di saat Pras bingung dengan masalah kewangan syarikat, Amran sibuk stalk IG Ray dan provok tentang nusyuz. 

Dalam Surga Yang Tak Dirindukan 3 ni bukan setakat watak Meirose bertukar pelakonnya malah rumah Arini dan Pras juga berubah. Billboard yang sentiasa tayang iklan simPATI juga berubah kepada billboard kosong. Mungkin sebab covid-19 jadi team produksi terpaksa berpindah lokasi. Yang best dalam movie ni selain Reza Rahadian adalah main OST Surga Yang Tak Dirindukan 3 bila Bunga Citra Lestari bekerja dengan Melly Goeslaw untuk lagu Selamanya Cinta. Suara lembut BCL sesuai dengan lirik lagu yang melankolik.

 

Watak sampingan terlampau ramai dalam movie ni sampaikan terasa sesak sebab ada scene yang draggy dan try hard untuk hadirkan unsur komedi. Kehadiran watak-watak sampingan tak membantu watak-watak utama mahupun penceritaan. Ada cuma kerana pengarah minta untuk ada. Except for Ali Fikry. Dah la comel, pandai berlakon pulak tu. Anyway, timbul persoalan utama kenapa franchise ni dilanjutkan jika cuma memaparkan naskhah yang lemah? 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

Pengarah :  Hanung Bramantyo

Penulis Skrip :  Alim Sudio, Hanung Bramantyo, Manoj Punjabi

Pelakon :  Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang, Sandrinna Michelle, Keefe Bazli, Zaskia Adya Mecca, Nora Danish, Muhadkly Acho

Syarikat Produksi : MD Pictures, MD Entertainment

Pengedar :  MD Pictures, Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan : 124 minit

Tarikh Tayangan : 9 Februari 2017

Trailer :


Lepas penerbitan novel kedua Citra Arini (Laudya Cynthia Bella) dalam Surga Yang Tak Dirindukan 1 (2015), nama dia semakin terkenal di Indonesia dan negara luar. Arini melantik Sheila (Nora Danish) sebagai manager yang menguruskan hal-hal berkaitan publisher, wartawan dan segala pihak yang terlibat. 

Sequel movie ni berlatarkan Budapest, Hungary bila Arini, Sheila dan Nadia (Sandrinna Michelle) pergi ke sana selama 5 hari bila dijemput oleh Majlis Kounsil Komuniti Islam. Di sana Arini secara kebetulan terjumpa Meirose (Raline Shah) dan Akbar (Keefe Bazli) setelah 3 tahun menghilang tanpa khabar berita. Meirose yang dia jumpa dulu dah jauh berbeza dengan Meirose sekarang sebab dia pandai berdikari, kuat dan makin cantik berhijab. Meirose buka butik di bandar untuk menyara diri dia dan Akbar di sana. 

Alur cerita sequel ni agak predictable sebab dalam trailer pun dah ceritakan dengan jelas apa akan terjadi pada keluarga kecil ni. Berbeza dengan yang pertama, kali ni team production tidak lagi menggunakan novel Asma Nadia dalam pembikinan skrip sebab pengarah dan penulis bertukar kepada Hanung Bramantyo yang terkenal dengan franchise Ayat-Ayat Cinta (2008) dan franchise Perahu Kertas (2012)

Elemen komedi makin banyak dalam movie Surga Yang Tak Dirindukan 2 bila watak Amran (Kemal Pahlevi) jatuh cinta dengan Sheila. Awalnya okay tapi bila berulang-ulang jadi try hard. Dekat awal movie pun kelakar sebab Prasetyo (Fedi Nuril) terjumpa kereta yang kemalangan. Bukan dia je cuak, doktor, Arini dan watak-watak lain pun cuak sekali sebab takut jadi lagi macam sebelum ni. 

Tak suka bila dapat tahu Arini jatuh sakit gara-gara kanser serviks tahap 4 bila dia pilih untuk pergi sedangkan dia boleh dirawat. Tak suka bila dia gunakan sakit dia untuk satukan Meirose dengan Pras sedangkan Meirose ada hidup sendiri. Kesian lah watak Dr. Syarief Kristof (Reza Rahadian) sebab kena bagi laluan pada Pras. Kalau dia bukan Reza Rahadian pun tetap kesian tau! 

‘Pada hakikatnya, nyawaku dan nyawamu akan terlahir di langit. Anak kita akan dilahirkan di cakerawala. Dan semuanya kita akan selalu saling bertatapan berabad lamanya. Juwita ku yang cantik, tanpa dandanan. Hidupku terbuka untukmu’ - Rendra 

Walhal watak Meirose dan Pras tak simpan perasaan pada satu sama lain pun. Masing-masing dah tekad untuk bercerai dan mulakan kehidupan baru. Tak ada masalah pun kalau pengarah buat Meirose berkahwin dengan Dr. Syarief dan Pras hidup bahagia dengan Nadia sebab konsep poligami tu memang dah habis dekat previous installment dah pun. Mesej dalam movie kedua ni pun kurang jelas apa yang nak disampaikan. Sepenuhnya bersandarkan pada kejayaan Surga Yang Tak Dirindukan 1. 

Sama seperti yang pertama, music album Surga Yang Tak Dirindukan 2 menggunakan khidmat Tya Subiakto yang menggunakan lagu gubahan Melly Goeslaw dan Anto Hoed. OST berjudul ‘Dalam Kenangan’ - Krisdayanti sementara lagu kedua bertajuk ‘Surga Yang Kurindukan’ dinyanyikan oleh pelakon utamanya sendiri, Laudya Cynthia Bella dan Warda.


Selain terpukau dengan keindahan Budapest di benua Eropah, wardrobe Meirose dan Arini antara yang mencuri tumpuan sebab imej Muslimah yang dibawa nampak cantik dan sofistikated. Props pada ruang kerja Pras, rumah sewa Meirose dan butik dia pun cantik sebab direka mengikut karakter juga kesenian budaya kawasan setempat. 

Walaupun Reza Rahadian cuma watak sampingan tapi kemunculan dia lebih meninggalkan kesan dan chemistry dengan Raline lebih meyakinkan berbanding Fedi Nuril. Nampak Fedi lebih selesa dengan Bella, mungkin juga kalau watak dia memerlukan dia deliver sebegitu. Pokoknya, franchise ni makin terlihat lemah selepas bertukar team produksi. Mungkin sepatutnya cuma terhenti pada yang pertama. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10