Terlajak Beli BTS Meal McDonald

Monday 31 May 2021

Dua minggu lepas dah tahu dah McDonald ada kolaborasi dengan kumpulan Kpop yang terkenal di Hollywood ni. Dah mark dalam kalendar dah yang 26 haribulan BTS Meal akan keluar. Kebetulan tarikh tu jatuh masa public holiday Hari Gawai. Confirm sesak punya semua outlet McD. 


Sebenarnya Pana bukanlah seketul Army pun. Cuma fangirl kepada Jungkook je itupun baru bulan lepas jatuh cinta. Niat asal nak beli BTS Meal ni bukan sebab peminat tegar BTS tapi sebab nak dapat photo card Jungkook yang akan diletakkan bersama dalam set tu. Tiga hari sebelum BTS Meal ni keluar, lagu Butter released dulu. 

Yang syoknya dengan lagu baru dari BTS ni haruslah sebab intro dari Jungkook dan visual Jungkook lebih lama dari ahli lain. Kalah V yang menang 100 Most Handsome Men 2020. Dah boleh agak yang nama Jungkook dah naik lately so kalau tak dapat photo card memang redho je lah, nak buat cemana khennn. 


Pukul 9 pagi dah standby depan laptop sebab nak order BTS Meal ni tapi pukul 2 lebih baru dapat order online. Patutnya pagi tu keluar je pergi outlet sebab ramai yang order online instead pergi beratur. McD bukannya jauh pun dari rumah tapi sebab malas wei. Bila dah excited sangat place order, tak perasan yang I dah order sampai 3 set. 

Kalau ada photo card Jungkook takde la rasa macam mehh sangat. Dah la tak dapat photocard sebab ikut negara. Dah la set ni mahal dari biasa. Nasib baik lah packaging dia cantik. Warna ungu memang warna favorite jadi tak lah rasa bazir sangat beli. Tetap cantik dekat mata gittewww (ayat justify seketul Pana). 

Nasib baik adik dah book siap-siap bekas BTS Meal ni. Semua dah siap cuci dah. Tinggal nak bawak balik Sabak Bernam je yang entah bila dapat peluang tu entah....

Btw hari Khamis tu lepas balik kerja terus singgah Mr. DIY sebab nak beli frame untuk simpan packaging BTS Meal ni. Kosong okay shelf frame gambar tu. Tinggal yang dah pecah je semua. Nasib baik lah di timbunan yang retak tu ada satu yang elok. Memang satu-satunya tinggal. Rasa macam takdir frame ni memang akan berakhir di tangan I hshshs


Frame ni sebenarnya belum lengkap lagi sebab gambar Jungkook tak ada. Nanti nak print letak dalam ni tapi bila tu entah lah. Ada kawan tanya kenapa plastik sos tu pun nak frame sekali. Jawapan dia sebab sos tu BTS pick. Dekat set lain tak ada sos ni so dekat situ lah tempat yang sesuai kalau beli benda rare ni hahaha


Untuk menaikkan semangat bekerja dalam keadaan pandemik, secebis dari packaging BTS Meal tu sangat lah perlu ye....

Packaging BTS Meal ni cantik sampai ada yang buat keychain ataupun background untuk casing phone. Bagi I cukup lah frame je then gantung dekat bilik supaya aura kebahagiaan dari Jungkook tu menyinar setiap hari. 

Ni kalau mak aku baca ni confirm dia berletiaq. Nasib lah dia tak reti bukak blog hahahaha selamat berkuncitara semua. Stay safe and be strong ❤🌸

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

 

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan di Hello Doktor

Setiap kali mengalami kondisi hidung berair dan tersumbat, mungkin ramai yang akan menyangka bahawa ia adalah disebabkan alahan rhinitis. Tidak kurang juga yang turut akan menganggap ia sebenarnya didalangi oleh penyakit biasa seperti selesema atau flu akibat jangkitan virus.

Namun dalam era pandemik bertaraf global yang dialami seantero dunia kini, ia juga mungkin jadi petanda anda dijangkiti wabak Covid 19. Persoalannya, apakah perbezaan yang wujud di antara 4 penyakit hampir serupa ini? Jom teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Persoalannya, apakah perbezaan yang wujud di antara 4 penyakit hampir serupa ini? Jom teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Kesemuanya serupa tapi tidak sama?

Kondisi selesema, flu, alahan rhinitis serta COVID-19 kesemuanya adalah hampir serupa tetapi tidak sama kerana wujud perbezaan yang ketara.Ini kerana keempat-empat jenis penyakit ini akan menyerang bahagian pada tubuh badan yang sama iaitu sistem pernafasan manusia.

Mungkin salah satu perkara yang boleh dilakukan untuk membezakan penyakit-penyakit ini adalah dengan melihat pada punca dan simptom.

“Membezakannya adalah sangat penting agar penderita mampu mendapat rawatan yang tepat dan mengambil ubatan yang betul,” jelas Pakar Penyakit Jangkitan Pernafasan Dr. Teresa Hauguel.

Jadi, apakah yang kita semua perlu tahu tentang perbezaan 4 penyakit ini sebelum diagnosis?

Perbezaan punca 4 jenis penyakit ini!

Untuk pengetahuan anda, kondisi selesema, flu, alahan rhinitis serta COVID-19 kesemuanya didalangi oleh penyebab yang berbeza. Memang benar bahawa 3 daripada 4 penyakit ini dicetuskan oleh jangkitan virus namun 1 daripadanya disebabkan oleh perkara lain.

Berikut adalah perbezaan punca penyakit-penyakit ini:

i. Selesema

Selesema berlaku akibat daripada jangkitan virus bernama rhinovirus yang boleh berjangkit dari individu ke individu lain melalui udara serta kontak rapat.

ii. Flu

Flu berlaku akibat daripada jangkitan virus bernama influenza yang juga berjangkit dari individu ke individu lain melalui udara serta kontak rapat.

iii. Alahan rhinitis

Alahan rhinitis terjadi akibat alergen yang terdapat di udara seperti debu, habuk, pasir, asap, debunga, bulu haiwan serta pelbagai lagi perkara lain.

iv. COVID-19

Wabak Covid 19 yang sedang menular di seluruh dunia kini berpunca daripada virus korona baharu yang boleh merebak melalui udara, sentuhan dan titisan kontak rapat sesama manusia.

Meskipun kesemuanya dikatakan akan mendatangkan simptom yang serupa seperti hidung berair dan tersumbat, namun masih wujud perbezaannya!


Perbezaan simptom 4 jenis penyakit ini!

Meskipun tanda-tanda menghidap 4 penyakit ini adalah hampir serupa namun ia tidak sama, perhatikan gambar rajah di bawah ini:

Sebagai tambahan, wabak Covid 19 juga akan mendatangkan beberapa simptom lain yang tidak terdapat pada 3 penyakit itu termasuklah:

  • Hilang deria rasa dan bau
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit

Dapat disimpulkan di sini adalah wabak Covid 19 akan membawa simptom yang paling teruk dan perlu segera mendapatkan rawatan. Pun begitu, tidak wajar juga untuk anda hanya membiarkan sahaja simptom penyakit yang lain kerana ia juga berisiko sebabkan komplikasi.

Apa anda perlu buat jika menghidap penyakit ini?

Sudah tentu perkara pertama yang kalian perlu buat adalah berjumpa dengan doktor untuk melakukan diagnosis bagi menentukan jenis penyakit terbabit. Selepas itu, sila berkonsultasi dengan doktor untuk mendapat rawatan dan mengambil ubatan yang diperlukan bagi merawat penyakit yang tertentu.

Bagi kondisi alahan rhinitis, mungkin apa yang kalian perlu lakukan adalah mengambil ubat antihistamin selain mengelak daripada segala alergen. Bagi kondisi selesema dan flu pula, pengambilan ubat antiviral serta ubatan lain mungkin akan diperlukan untuk merawat simptom-simptom tersebut.

Sekiranya anda sah dijangkiti COVID-19, sila patuhi arahan untuk menjalani kuarantin di rumah bagi mengelakkan virus itu tersebar dengan makin teruk.

Drama Review | The Big Bang Theory Season 12

Sunday 30 May 2021

 

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, John Ross Bowie, Brian Posehn, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith, Sean Astin, Kal Penn, Lauren Lapkus, Rati Gupta, Lindsey Kraft

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 24 September 2018 – 16 May 2019

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :


Lepas tercetusnya teori super asymmetry dari Sheldon Cooper (Jim Parsons) dan Amy (Mayim Bialik)masa majlis perkahwinan diorang dalam season 11, diorang berdua teruskan kajian tersebut dalam season 12. Hasil dari kajian mereka berdua menjadi formula penyelesaian kepada dua orang ahli fizik yang hampir kemurungan dalam bidang masing-masing - Dr. Greg Pemberton (Sean Astin) dan Dr. Kevin Campbell (Kal Penn). 

Disebabkan perkara tersebut, nama Sheldon dan Amy tercalon dalam senarai penerima anugerah prestij Nobel. Malangnya disebabkan penemuan super asymmetry tu dibuktikan oleh Dr. Greg dan Dr. Kevin, mereka terpaksa berkongsi anugerah tersebut. Tapi hanya 3 nama sahaja yang boleh terima satu anugerah Nobel. Masing-masing taknak mengalah sehingga lah Dr. Barry Kripke (John Ross Bowie) datang dengan dokumen sulit. 

Tak tahu lah pengarah sengaja simpan idea untuk kenakan Sheldon ataupun tiba-tiba dapat idea sebab dah episod terakhir. Scene Howard Wolowitz (Simon Helberg)  tiru gaya Sheldon dalam episod 6 "The Imitation Perturbation" tu lawak gila. Tak berhenti gelak sampai Sheldon dengan Amy pun balas dengan benda yang sama. Amy memang jenis tak chill langsung padahal dia pun tahu Sheldon sejenis narsistik dan pentingkan diri. Sebelum ni dalam Season 7 dia dah potong mood bila cerita tentang kebaikan Sheldon padahal tak ada kaitan pun. 

Bila dah semua watak ada pasangan masing-masing, Raj (Kunal Nayyar) mula stress dan murung sebab semua kawan dia dah berkahwin. Even Stuart (Kevin Sussman) pun dah berjumpa dengan Denise (Lauren Lapkus) yang minat komik macam dia. So Raj minta ayah dia carikan perempuan untuk jadi calon isteri dalam episod 3 - "The Procreation Calculation”. Since Raj desperate untuk berkahwin, memang dia mudah sangat jatuh cinta dengan Anu (Rati Gupta) tapi Penny (Kaley Cuoco) dengan Bernadette (Melissa Rauch) tak setuju dengan keputusan kawan baik mereka. Awalnya nak buat background check dekat Anu tapi end up jadi kawan pulak sebab Anu ada ramai kenalan untuk dapat pas VIP. 

Bila Sheldon dah ada life sendiri, Leonard (Johnny Galecki) mula rasa kosong dalam hidup dia sebab selama ni kena layan perangai Sheldon je. Penny pula dah bagitau awal-awal yang dia taknak ada anak so bila Zack (Brian Thomas Smith) dengan isteri dia, Marissa Johnson (Lindsey Kraft) minta bantuan Leonard untuk derma sperm, dia tak teragak-agak dah nak bagi. Tapi Penny pula yang rasa awkward dan Sheldon throw tantrum sebab Zack prefer nak guna sperm Leonard sedangkan dia genius, tinggi, tak ada asma dan bukannya lactose intolerant. 

Dalam season akhir ni baru berjaya tengok muka anak-anak Howard dengan Bernadette. Kemain team production sorok muka Halley dengan Michael sampai episod akhir. Halley dah besar dah pun so dia dah tak menangis macam nenek dia dah. Tapi macam kelakar lah sebab kulit dia agak tan padahal Bernadette dengan Howard kulit pucat. 

Sepatutnya sitcom The Big Bang Theory di bawah terbitan CBS ni ada lagi 3 season dan skrip dah siap dah pun tapi disebabkan Jim Parson dah taknak berlakon dah, so diorang terpaksa lah stop tayangan. Tapi tengok gaya episod last dan ending scene, ada kemungkinan besar sitcom ni akan mula rakaman balik. Team production bagitahu bila Jim ready nak berlakon balik, diorang semua akan datang ke set. 

Anyway thanks to The Big Bang Theory cast and crew sebab menghiburkan hari-hari yang muram, stress dan menjengkelkan. Thanks to Netflix sebab tayang sitcom ni dekat platform diorang. Lepas ni mungkin akan tengok Young Sheldon, itupun kalau jumpa complete season lah. Kalau tak jumpa, mungkin layan balik How I Met Your Mother hehe

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, John Ross Bowie, Brian Posehn, Laurie Metcalf, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 25 September 2017 – 10 May 2018

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :


Episod 1 untuk season 11 The Big Bang Theory ni dah diberikan kejutan bila Sheldon Cooper (Jim Parsons) ambil flight untuk pergi ke Princeton, New Jersey untuk melamar  Amy (Mayim Bialik). Kira dah boleh agak lah yang season ni akan focus lebih terhadap pasangan ni sebab diorang nak kahwin. Dah boleh agak macam mana serabutnya Amy nanti bila nak berbincang pasal majlis perkahwinan diorang. 

Masa Sheldon cakap ada lagi sorang dia kena bagitahu pasal lamaran tu dan mintak restu, ingatkan dia nak bagitahu family dia ataupun family Amy, rupanya dia mintak restu dengan Stephen Hawking lol this man. Sitcom ni dah mula berubah dari lawak orang bujang kepada lawak married adults. Walaupun Raj single, dia tetap ada komitmen kepada Cinnamon dan Halley. 

Dalam episod 2 - "The Retraction Reaction", Leonard (Johnny Galecki) tanpa sengaja mengaku dekat radio stesen yang fizik sebenarnya dah mati. Pendapat dia mempengaruhi pendapat Sheldon kemudiannya Howard Wolowitz (Simon Helberg)  dan Raj Koothrapalli (Kunal Nayyar). Murung semua orang disebabkan pendapat Leonard. Dah la projek diorang dah kena rampas dengan Air Force. Scene diorang pergi kubur Richard Feynman tu kelakar and at the same time, inspiring. 

Dalam season 11 ni Howard dengan Raj bergaduh lepas 11 tahun berkawan rapat sepanjang sitcom ni bersiaran. Friendship diorang rapat sangat sampai Bernadette (Melissa Rauch) pun anggap suami dia bercinta dengan Raj. Punca diorang bergaduh bila Howard suka sangat mengusik dan merendahkan Raj sampai dia rasa tak confident untuk pergi jauh. Bila ayah Raj, Dr. V. M. Koothrappali (Brian George) pointed out benda tu baru dia nampak masalahnya dekat mana. 

‘Standing up to him was hard but it made me realize that I can do anything and yeah, it’s a little sad but you know, life is all about…’ – Raj 

Nasib baik director dan penulis bagi peluang kepada watak Raj untuk berkembang dalam kerjaya dia dan ubah penampilan diri walaupun tak sepenuhnya. Dalam season 10 Raj merajuk bila kawan-kawan dia tak mention pasal perubahan dan achievements dia tapi dalam season ni Raj diberikan perhatian. But still kecewa betul bila relationship dia gagal lagi. 

Season lepas Will Wheaton tak ada langsung sepanjang tayangan tapi dalam season ni dia buat kemunculan untuk program Professor Proton lepas Arthur Dr. Arthur Jeffries (Bob Newhart) meninggal. Setiap kali muncul mesti akan bergaduh dengan Sheldon. Kali ni sebab Will yang dapat watak Professor Proton sedangkan Sheldon dah minta tips lakonan dari Penny (Kaley Cuoco) dan ada youtube channel sendiri – Fun With Flags. 

Selain Will Wheaton dan Stephen Hawking, season 11 agak menarik lah sebab ada cameo dari Bill Gates dalam episod 18 - "The Gates Excitation" dan beberapa selebriti ataupun saintis terkenal di US. Dalam season ni juga fans dapat tengok abang sulung Sheldon, George Cooper (Jerry O'Connell) yang dah lama terasa hati sebab perangai adik genius dia tu. Disebabkan Mary (Laurie Metcalf) dah letak syarat yang dia akan pergi ke wedding Sheldon kalau George ada, maka terpaksa lah sheldon berjumpa dan berbaik balik dengan abang dia. 

‘Leonard, you know how I got the money to open up my first store? I busted my ass for it. All the extra money we had, had to go to Sheldon so he could go to college and he could go study in Germany. And you know what he’s never said to me? Thank you.’ – George Cooper

Dekat episod 24 paling berdebar nak tengok sebab Sheldon dengan amy akan berkahwin. Suka sangat tengok wedding dress Amy, cantik sangat even gaunt u banyak layer dan kembang. Makeup Amy pun simple dan cantik. Nasib baik lah Amy dengan Sheldon decide untuk invite semua orang, tak macam wedding Howard-Bernadette dengan Leonard-Penny. Happy sangat tengok season ni tapi cuak jugak sebab dah nak habis dah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10