Movie Review | Roh (2019)

Saturday 5 June 2021

Pengarah :  Emir Ezwan

Penulis Skrip :  Nazri M. Annuar, Emir Ezwan, Amir Hafizi

Pelakon : Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron, June Lojong, Junainah, Putri Qaseh  

Syarikat Produksi :  Kuman Pictures

Pengedar :  TGV Pictures, Netflix

Genre :  Seram

Durasi Tayangan :  83 minit

Tarikh Tayangan : 22 November 2019 (Singapore International Film Festival), 6 Ogos 2020 (Malaysia, Singapore)

Trailer :


Berlatarkan kehidupan kampung, jauh di dalam hutan terdapat sebuah pondok daif. Along (Mhia Farhana) dan Angah (Harith Haziq) diarahkan oleh Mak (Farah Ahmad) untuk pergi jenguk perangkap. Masa dalam perjalanan balik, mereka diekori oleh seorang budak kecil yang comot. Mak pelawa si Adik (Putri Qaseh) tinggal bersama sementara mereka bawa ke kampung seberang. 

Malamnya si Mak bercerita tentang Pemburu yang disumpah oleh semangat hutan sebab memburu dan membunuh rusa atau kanak-kanak yang dia jumpa sehingga dia jumpa hati rusa putih yang dicari. Tanggapan awal mereka si Adik seorang yang bisu tapi dia bersuara bagitahu mereka semua ‘Dia’ dah sampai. 

Esok paginya si Adik bagi amaran yang mereka semua akan mati bila bulan mengambang kemudian kerat leher sendiri. Kejadian ngeri tersebut buatkan mereka bertiga berhati-hati ditambah pula dengan longgokan batu yang berselerak di kawasan halaman rumah. Lepas Angah bawa mayat Adik ke kawasan padang, rumah mereka didatangi oleh Tok (June Lojong). Tujuan dia datang untuk minta izin ambil daun di kawasan paya. Tok berpesan supaya datang berjumpa dia kalau perlukan bantuan. Rumah dia di atas bukit sana. 

Selepas Along mula diganggu dengan roh Adik, datang pula seorang lelaki dengan lembing (Namron) yang mencari budak perempuan. Mereka bertiga menipu dan menghalau dia pergi. Tok nasihatkan supaya berhati-hati dengan lelaki tersebut. Sangka si Mak keadaan akan makin beransur reda tapi makin bertambah teruk. 

Walaupun genre movie Roh adalah seram tapi movie ni bukan movie seram yang cliché bila sarat dengan jumpscare ataupun makhluk hodoh untuk takutkan audience. Rasa takut tu perlahan-lahan dibina pada setiap scene macam scene Mak bercerita tentang Pemburu ataupun scene Pemburu jumpa Along dalam hutan. Susah nak predict apa akan jadi pada beberapa watak dan tak tahu apa motif muncul dalam kehidupan Mak, Along juga Angah. 

Cerita rakyat yang dipersembahkan dalam movie ni pula tak begitu familiar jadi tak la terasa seram sangat. Metafora dan simbolik pun tak dapat ditafsirkan dengan jelas. Pace movie pula perlahan sampaikan 1.5x pun masih terasa perlahan. Masuk second half baru momentum tu menaik balik itupun ada beberapa scene yang tak difahami. 

Musik latar hasil kreativiti Reinchez Ng antara kekuatan movie Roh. Scene Mak bersiul bunyi burung tukang tu terasa macam ada orang bersiul jugak. Berdebar! Sinematografi dari Saifuddin Musa menambahkan elemen dan suasana seram di kawasan hutan. Pengarah dan penulis Emir Ezwan pilih kawasan hutan di Dengkil sebagai lokasi penggambaran. Bajet yang digunakan cuma RM360,000 tapi boleh menghasilkan visual berkualiti. Watak Tok kurang meyakinkan sebab bahagian muka je nampak tua tapi tidak pada tangan atau bahagian kaki. 

Bab lakonan setiap watak dipersembahkan dengan baik cumanya tak banyak dialog dan kita cuma boleh tengok perjalanan kisah mereka ni dengan tengok apa yang jadi. Bahasa yang digunakan nampak seperti Bahasa Melayu moden sedangkan latar masa berpatah balik ke zaman lampau. Mhia Farhana menyerlah dalam solo screentime dia dengan pelbagai variasi emosi dan lengkungan seorang yang lembut berubah ganas bila Mak teragak-agak buat keputusan. 

Kata pengarah dia nak movie ni terasa seperti kisah mitos ataupun urban legend tapi nak letakkan movie Roh ke tahap tu macam over sebab garapan cerita yang terlampau ringan. Mitos kita dah ada jembalang, bunian, Pontianak dan banyak lagi yang lebih menyeramkan untuk orang jauhkan diri dari tinggal dalam hutan ataupun mulut celupar ketika masuk dalam hutan. Dialog tentang cuma menghasut tapi yang buat kejahatan tetap manusia tu agak kelakar sebab dia boleh merasuk sehingga manusia hilang kewarasan. Dekat situ dah hilang value dakwah yang dicanang. 

Movie Roh merupakan movie yang dihantar kepada Academy Awards tahun 2019. Bagus dalam kebanyakan filem tempatan tapi tak lah terbaik untuk bertanding di sana. Anyway, masing-masing ada pendapat masing-masing so have fun watching. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

Drama Review | Beyond Evil (2021)

Tuesday 1 June 2021


Director : Shim Na-yeon 

Writer : Kim Su-jin

Cast :  Shin Ha-kyun, Yeo Jin-goo, Choi Jin-ho, Choi Dae-hoon, Kim Shin-rok, Chun Ho-jin, Heo Sung-tae, Lee Kyu-hoi, Moon Joo-yeon, Baek Seok-kwang, Kang Min-ah, Park Myung-shin, Kim Hieora, Kim Jung-ho

Production Company : Celltrion Entertainment, JTBC Studios

Distributor : JTBC, Viu, Netflix

Genre : Crime / Thriller 

Running Episodes: 16 episodes

Release Date : 19 February – 10 April 2021

Trailer : 


Tahun 2000 penduduk kawasan Munju digemparkan dengan pembunuhan Bang Ju-seon (Kim Hieora) dan kehilangan Lee Yu-yeon (Moon Joo-yeon) pada masa yang sama. Cuma 10 jari yang dikerat bahagian hujungnya diletakkan di kawasan taman di rumah keluarga. Polis menumpai guitar pick kepunyaan Lee Dong-sik (Shin Ha-kyun) di kawasan pembunuhan. Polis syak Dong-sik yang bunuh adik kembar dia, Yu-yeon sebab sakit hati selalu dibandingkan bila karakter mereka berdua seperti langit dan bumi. 

Tapi setelah laporan forensik keluar, Dong-sik dibebaskan kerana tiada sebarang DNA pada guitar pick tersebut. Setelah beberapa lama menunggu Yu-yeon pulang, ayah mereka (Kim Jung-ho) meninggal dunia dan si ibu (Park Myung-shin) pula kemurungan setelah malang yang datang bertimpa. Dong-sik dijaga oleh Ketua Polis, Nam Sang-bae (Chun Ho-jin) dan mendaftar sebagai anggota polis supaya dapat siasat kehilangan adik dia. 

20 tahun kemudian kehadiran Inspektor Han Joo-won (Yeo Jin-goo) ke balai polis Manyang menjadi perhatian semua orang kerana dia adalah anak kepada Han Gi-hwan (Choi Jin-ho) yang akan naik sebagai Commissioner of the National Police Agency. Walaupun dia dihantar kerana salah laku disiplin tapi dia tengah mencari bukti untuk sting operation pembunuhan bersiri yang berlaku di Munju sejak 20 tahun. Joo-won syak Dong-sik adalah suspek utama terutamanya bila dia dapat bukti Dong-sik yang susun jari Kang Min-jung (Kang Min-ah) di hadapan rumah keluarga mangsa. 

‘If you want to get the monster, you should become one.’ – Lee Dong-sik

Layan drama Beyond Evil di bawah terbitan Celltrion Entertainment dan JTBC Studios sebab team production baru je tercalon dan menang beberapa award dalam pelbagai kategori di 57th Baeksang Arts Awards. Antara kategori tu adalah Best Drama, Best Cinematography dan Best Screenplay. Sama macam drama Mouse (2021), drama ni juga mengetengahkan pembunuh psychopath yang menggunakan latar masa yang agak panjang selama 20 tahun. Bezanya, watak dalam drama ni tak lah terlampau ramai dan sub-plot tak terlampau banyak. Drama ni tak lah banyak sangat action ataupun crime tapi lebih kepada permainan politik untuk merebut kuasa. 

‘The rich got richer and the poor get poorer. Inequalities are pervasive so opportunities aren’t given equally. But it could be once-in-a-lifetime opportunity for some. And those people are the ones to hold on to a rotten rope.’ - Hwang Kwang-young (Baek Seok-kwang)

Drama Beyond Evil ni adalah drama kedua dapat tengok bakat lakonan Yeo Jin-goo pegang watak utama lepas drama romantik, Hotel De Luna (2019). Lengkungan karakter untuk watak Jo-woon dipersembahkan dengan baik dan menambahkan kekuatan screenplay pada penceritaan. Bermula dengan kebencian terhadap Dong-sik, rebellious stage terhadap ayah dan orang sekeliling kemudian bertukar kepada watak yang ambil berat dan menghargai makna persahabatan. Sama juga dengan lakonan Shin Ha-kyun. No wonder lah dia menang Best Actor. Well deserved. 

‘Trust is an emotional matter. When truth pushes its way in, it can be broken anytime’ – Han Joo-won

Scene Dong-sik dengan Joo-won dekat ladang alang tu bagi gambaran jelas tentang perjalanan kisah dua watak utama ni. Dari awal dah nampak yang Joo-won dah syak Dong-sik sebagai suspek utama jadi cara dia berfikir dan hint yang dia dapat semuanya terarah pada Dong-sik sedangkan ada beberapa jalan yang dia belum teroka. Dia nampak tenang tapi hakikatnya dia beremosi dan selalu salah buat percaturan sepertimana yang ayah dia bagitau. Sebab tu Dong-sik sentiasa beberapa langkah di hadapan walaupun kekuatan memori, skills dan pengetahuan mereka sama. 

Sama seperti Mouse, banyak hint yang dapat diteka dari awal sampai habis so tu antara sebab kenapa suka dengan drama ni. Masa episod-episod awal memang tak boleh berhenti tengok sebab nak cari lagi jawapan dari teka-teki yang director sorok dekat beberapa scene penting. Sinematografi dari Jang Jong-kyung dan Kwon Byeong-soo dari beberapa angle yang berbeza memainkan peranan untuk menyerlahkan misteri dan elemen saspen yang dipaparkan oleh beberapa watak. 

Pendek kata, Beyond Evil mempunyai jalan cerita menarik, kekuatan lakonan dengan pelbagai lapisan emosi, mesej tersirat tentang kehidupan dan kejahatan yang muncul dari kelompongan sistem dan rasuah. Worth to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

IKEA Lennart Storage Trolley

Masa mengemas barang dekat dapur baru perasan yang banyak barang kecil tapi tak terlepas pandang sebab storage dekat dapur besar sangat. Bila terlepas pandang mula lah terbeli lebih lepastu ada jugak yang tak terbeli. Bila belek dekat Shopee ternampak rak storage trolley Lennart dari IKEA ni. 


Rak Lennart ni kira ngam elok lah nak letak dekat dapur sebab ketinggian dia just nice je dekat bahagian bawah kaunter tu. Harga pun not bad dalam RM49 macam tu tak termasuk postage. Nak pasang pun tak ambil masa yang lama sebab manual yang diberi oleh seller tu jelas, terang dan nyata.  


Memandangkan I beli rak Lennart ni masa bulan puasa, so seller bagi lah satu pek sampul raya sebagai tanda penghargaan. Arigatogozaimas! 


Masa nak susun setiap part tu, kitorang jadi clueless jugak lah dengan bahagian ni sebab ingatkan kena pasang dekat belakang. Bahagian ni paling lembut sekali. Kalau kena pasang dekat belakang macam tak kukuh je nanti. Bila dah siap pasang base rak ni, baru faham yang bahagian tu rupanya drawer. Bahagian ni paling lembut sebab nanti kena bentukkan jadi empat segi. 


Masa nak bentukkan ni, kena lipat betul-betul sampai sudut dia betul-betul terpacak. Kalau tak, susah nak pasang sebagai drawer nanti. 


Tak ambil masa yang lama pun kalau dah siap lipat drawer tu. Nak pasang skru pun mudah je cumanya kalau tersalah atau terhilangkan skru tu bahaya lah sebab seller memang bagi cukup-cukup je. Nasib baik masa pasang ni Bella tak kacau. 


Bila dah siap terus letak barang dekat dalam rak Lennart ni. Memang just nice je lah dengan kuantiti barang dapur orang bujang. Nak beli bahan banyak sangat pun bukan selalu masak dekat rumah ni. Kadang kalau busy dengan kerja memang tapau je. Tak sempat dah nak masak. 


So far belum letak lagi barang yang berat sebab tengok gaya rak yang comel ni macam tak mampu nak tampung. Paling berat pun letak bawang merah dengan bawang Holland je itupun tak banyak. Yang risau sekarang ni bukan kukuh ataupun tak tapi sebab warna rak ni. Dapur kan senang sangat nak belemoih so takut jugak lah rak ni kotor sebab warna putih. Pernah je try cari warna hitam tapi memang ada warna putih je. So redho je lah. Kena rajin check dan bersihkan. 

Cadburry Hazelnut Versi Raya 2021

Masa pergi shopping barang raya dekat NSK haritu ternampak Cadbury Hazelnut dengan sarung cantik bersempena Raya Aidilfitri. Tak pasti lah sebelum ni pernah ada ke tak tapi sarung ni memang cantik sangat. Siap ada resipi lagi dekat belakang. 


Since dah lama tak beli Cadburry, grab la satu bar ni. Lepastu teringat pulak kek pisang cadburry yang Khairul Aming buat tu. Kononnya nak buat lah sebab nak try bake guna air fryer. Macam dah boleh terbayang kek pisang dengan limpahan lava coklat Cadburry Hazelnut ni. 


Tapi berangan je lah mampu sebab balik tu bukan setakat pisang je habis, coklat pun khalasssss. 

Blog Performance May 2021

 

Hi morning everyone! 

Disebabkan report card bulan 5 ni special so kita gigih buat poster. Mudah je guna Canva ni, tak sampai 5 minit pun dah siap. Baru ku sedar malas saja yang jadi penghalang selama ni hahaha

Hari ni semua dah mula kuncitara supaya kes covid menurun dan jaga diri dari varian baru - UK + India. Hopefully bulan ni tak ada lah yang buat perangai pergi menziarah atau beraya. Bila dah kena covid, buat video share pengalaman kena covid. Pelik sungguh orang sekarang mencari perhatian. Semoga kita dijauhkan dari sifat begitu. 

Anyway, berbalik pada tujuan asal, bulan Mei ada beberapa peningkatan positif baik dari tuan punya blog dan juga performance blog tu sendiri. 

1. PV


Masa bulan April, I dah target nak PV cecah 1.25 juta tapi dapat lebih dari expectation bila mencecah 1.3 juta. Fuhhh memang happy lah kalau goal achieved ni. Antara sebab kenapa boleh naik ni bila musim raya ramai yang layan Netflix dan TV. Nak pulak bila tak dapat keluar pergi beraya kan? 

Sebab tu lah bulan ni boleh cecah sampai 80k PV padahal sebelum ni PV bulanan around 50k hingga 60k je. Kalau tengok dekat graf atas tu ada yang mencecah sampai 4k sehari. Dah lama tak merasa tinggi macam tu sejak Google+ kena buang. Masa awal bulan tu macam cuak jugak tak capai target sebab banyak kali turun naik even dekat hujung pun siap buat lengkungan tak berapa nak jadi lagi haha

Untuk bulan Jun ni mungkin boleh target 1.35 juta pulak. Nak target tinggi sangat tak berani jugak sebab bila lockdown, tak ramai yang datang singgah ke blog sementara menunggu. Waiting time tak sebanyak hari normal bekerja. But let's see how it goes...

2. Posts


Tak pasti kenapa Book Review Gantung dan Drama Review Gantung naik mendadak bulan ni. Mungkin ada promosi dekat mana-mana kot ataupun baru masuk streaming platform lain. Post yang naik bulan ni agak random, tak boleh nak tahu kenapa ramai yang baca atau cari. Tutorial AR Post dengan Registered Post pun naik mendadak. Dah makin ramai yang guna jenis ni gamaknya. Bulan lepas baru perasan kalau update pasal barang yang dibeli dekat Mr. DIY kemain tinggi views. So lepas ni boleh la share banyak lagi. Itupun kalau rajin lah haha

3. Keywords


Tak tahu lah kenapa bulan ni tak ada mood langsung nak update Lirik Lagu padahal bersepah je lagu raya yang keluar. Ada je yang cari lirik lagu Floor 88 misalnya, tapi malehhhhhh. I perasan ada yang promote movie Krasue : Inhumane Kiss dekat Twitter so boleh nampak lah kenapa keywords hantu siam makan uri tu muncul haha

4. Audience


Audience dari Malaysia tinggi betul bulan ni sebab banyak update movie review filem-filem tempatan bila Netflix masukkan banyak filem lama yang pernah famous macam Maria Mariana, I Know What You Did Last Raya dan Senario. Tapi tak sempat lah nak layan semua sebab layan drama Vincenzo punya pasal. Aje gila satu episod sampai sejam setengah. Kalau best takpe jugak haihhh

Tak sangka ada audience dari Canada ek. Happy betul diorang pergi tengok car racing sebab covid dah tak ada dekat sana. Kita kat sini segala jenis varian muncul sebab tak tutup sempadan punya pasal. Belum sembang yang guna lubang tikus sebab nak pergi menziarah sana sini. Haihhhh elok pupus je lah manusia macam ni. Menyusahkan dan membahayakan nyawa orang lain. Kau jawab dekat akhirat besok.

5. Bilangan Entri


Disebabkan prestasi semakin merudum bab nak update entri ni maka bulan Mei ni digagahkan juga untuk naikkan balik jumlah entri. Mungkin tak meloncat banyak lah sebab busy dengan kerja. OT bersepah sampai barai mental itupun kerja tak siap lagi. Like they said, kerja mana pernah habis. True that. 

Memandangkan second half 2021 ni akan penuh dengan cuti, kita try lah update banyak sampai kalahkan bilangan entry tahun lepas. So untuk bulan Jun ni nak update sampai cecah 50. 

Seperti biasa, ucapan terima kasih kepada yang sentiasa melawat blog ni dan yang selalu drop comment. Akan dibalas walaupun tak tahu bila. Kalau baca je tapi tak drop comment aci dak? :(