Sup Tulang Merah DapoAna

Saturday 27 February 2021

Tengah syok layan movie tiba-tiba mesej masuk. Bila bukak nampak Whatsapp Ms Fisah tanya nak join tak makan sup tulang merah dari DapoAna. Dia suruh reply cepat sebab takut sold out sebab menu baru. Limited pulak tu, bukan selalu ada DapoAna ni open order. 

Gigil jugak nak jawab masa tu sebab baru je ingat nak diet. Eh sangat khennnnn!

Dah lama tak makan sup tulang merah ni sejak Malaysia dan Selangor berstatus PKP sebab setiap tahun dapat makan dekat Laman Kayangan masa buka puasa. Jarang lah jumpa dekat kedai makan so bila ada peluang nak makan ni memang susah nak tolak. 

Bila belek dekat Instagram DapoAna memang dia open order setiap hari Rabu ataupun buat pre-order. Satu bekas sup tulang merah ni harga dia RM25, dua ketul gearbox, isi daging, ada button mushroom dengan garlic bread. Sebelum ni dah pernah makan nasi berlauk, bubur dengan pulut kuning rendang ayam dari DapoAna so tak lah takut sangat nak order set yang mahal sebab tahu dia masak sedap. 

Kalau tak sedap pun boleh je bagi Izani sebab semua makanan sedap bagi dia dan kitorang selalu geleng kepala dengan citarasa dia.  

Banyak kali jugak kitorang jenguk pintu tengok ada tak brader Lalamove datang hantar sup tulang merah kitorang. Bila dah sampai agak berpuas hati jugak lah sebab bekas dia dalam. Isi daging dia pun banyak cuma gearbox dia sekali slurp je lah. Tapi slurp banyak kali pun buat apa, kalori tinggi baq hangggg.


Since DapoAna guna roti jenis ni untuk dimakan bersama sup tulang merah, memang kena panaskan betul-betul supaya roti dia lembut dan serap kuah dengan banyak. Enjoy gila makan sampai tersandaq sebab banyak postion dia. Ini pun kongsi makan dengan adik sebab tak mampu nak habiskan banyak sangat. 


Betul lah macam Dapoana cakap tu set sup tulang merah dia murah sebab portion banyak dengan rasa yang sedap memang berbaloi sangat lah RM25 tu. Nanti nak balik Sabak Bernam nak order set sup tulang merah ni untuk family pulak. Makan berdua syok, makan ramai-ramai apatah lagi kan? 

Movie Review | Darna Mana Hai (2003)

 

Director : Prawaal Raman

Writer : Atul Sabharwal, Rajnish Thakur, Abbas Tyrewala

Cast : Saif Ali Khan, Vivek Oberoi, Nana Patekar, Boman Irani, Sanjay Kapoor, Shilpa Shetty, Sohail Khan, Antara Mali, Sameera Reddy, Rajpal Yadav, Aftab Shivdasani, Isha Koppikar, Peeya Rai Chowdhary, Revathi, Raghuvir Yadav, Gaurav Kapur, Kiku Sharda, Abir Goswami

Production Company : K Sera Sera Productions

Distributor : K Sera Sera Productions

Genre : Horror / Drama

Running Time : 121 minutes

Release Date : 25 July 2003


Revisiting old Bollywood movies yang diterbitkan oleh Ram Gopal Varma tentang 6 kisah pendek diceritakan semula oleh 6 sekawan di dalam sebuah hutan. Dalam perjalanan pulang dari Goa, mereka pilih untuk lalu jalan pintas sebab boleh sampai rumah 2 jam lebih awal supaya tak kantoi dengan parents masing-masing. 

Malangnya tayar kereta pancit dan terlupa bawa jek kereta jadi mereka terpaksa tunggu kalau-kalau ada kereta lain yang lalu jalan tu. Shruti (Sameera Reddy) ternampak ada cahaya di dalam hutan kemudiannya ajak kawan-kawan dia minta bantuan ataupun berteduh sementara menunggu bantuan. Cahaya tersebut datang dari pelita yang dibiarkan tergantung di dinding tapak binaan yang usang dan terbiar. 

Shruti ajak kawan-kawan dia buat bon fire dan bercerita. Romi (Gaurav Kapur) mula cerita tentang kisah suami isteri berhenti di tengah jalan bila kereta meragam. Sementara Karan (Sohail Khan) cuba tengok apa yang pelik, Anjali (Antara Mali) tunggu di dalam kereta. Tiba-tiba dia terdengar suami dia menjerit dari arah hutan. Bila dia turun dan mencari, dia ternampak lampu suluh dipenuhi dengan kesan darah kemudiannya nampak tangan suami dia makin lama makin tenggelam dalam lumpur. 

Tapi sebenarnya Karan elok je berdiri di belakang dia. Dengan perasaan takut, Anjali ajak Karan cepat-cepat keluar dari situ. Bila tengok dekat rearview mirror, Karan tak ada pun dalam cermin.Shruti kata roh Karan yang datang balik drive kereta tu. Romi pula kata cerita tu cuma rekaan semata untuk takutkan mereka semua. 

Kemudiannya mereka bersilih ganti bertukar cerita sehingga lah ada lelaki (Sushant Singh) datang bawa kayu api dalam beg dia dan buka cerita yang menakutkan. Tanpa mereka sedar, seorang demi seorang dah pun dibunuh dengan kejam. 

Walaupun genre movie Darna Mana Hai ni seram tapi tak semua kisah seram pun sebab kisah No Smoking yang mengisahkan freelance photographer (Saif Ali Khan) stuck dalam hotel selama 6 bulan tu more to psycho. Lakonan Boman Irani agak menakutkan lah especially bila dia senyum pandang Saif. Sama juga dengan kisah Apples bila Gayatri (Shilpa Shetty) beli epal dari penjual (Rajpal Yadav) yang aneh. 

Kisah Stop/Move tentang si loser Purab (Aftab Shivdasani) yang jatuh cinta dengan Abhilasha (Isha Koppikar) dekat kampus tu pulak kelakar. Plot twist dia pun kelakar. Sayangnya suntingan dia nampak lemah sangat sebab editing tak smooth. Rasa macam lain kisah lain penyuntingnya sebab hasil setiap kisah tak sama. 

Masa tengok kisah Ghostly Lift lakonan Vivek Oberoi tu teringat pasal YRF nak replace SRK sebab gaya Vivek memang copy sebijik macam SRK. Cara dia bercakap dan gelak sama macam watak Rahul dalam Kuch Kuch Hota Hai. Kisah ni sama macam kisah yang ada dalam sequel Darna Zaroori Hai (2006) tapi watak Vivek diubah pelakon kepada Arjun Rampal. Rasanya movie ni pernah keluar dekat TV3 sebab I tengok sequel dia dekat tv. Ataupun mungkin Astro Box Office. 

Overall movie Darna Mana Hai ni not bad lah dan bersyukur sangat tak ada hantu yang muncul. Kalau ada pun, hantu yang handsome belaka haha. I perasan dekat hujung movie tu Romi tak ada dengan kawan-kawan dia. Tak tahu lah dia pergi mana….mungkin dekat belakang?

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

Director : Ribhu Dasgupta

Writer : Ribhu Dasgupta

Cast : Parineeti Chopra, Aditi Rao Hydari, Kirti Kulhari, Avinash Tiwary, Natasha Benton, Nisha Aaliya

Production Company : Reliance Entertainment

Distributor : Netflix 

Genre : Thriller / Drama / Mystery

Running Time : 120 minutes

Release Date : 26 February 2021

Trailer :

The Girl on the Train adalah official Bollywood’s adaptation dari novel dengan tajuk yang sama dikarang oleh Paula Hawkins. Sebelum ni ada movie Hollywood dengan tajuk yang sama pada tahun 2016 dan menggunakan latar United States tapi Bollywood version set up ikut latar yang sama dengan dalam novel, di United Kingdom. 

Rasanya lagi best kalau berlatarkan suasana kehidupan Mumbai atau Delhi sebab semua watak yang terlibat tak ada accent UK pun ataupun kena bergantung pada fasiliti di sana. Semua watak cuma wujud dalam kalangan komuniti India di UK je. Kalau setakat nak shoot scene dalam train kemudian tengok kehidupan stranger, Mumbai ada Metro. Itu pun scene dalam train bukannya banyak sangat pun. 

Sebelum ni pernah terbaca artikel yang Parineeti kena belajar naik train supaya dapat hidupkan beberapa scene yang dia lakonkan dalam train. Agak merepek lah untuk baca sebab intense scene bukan dekat dalam train tapi dekat scene pergaduhan Mira Kapoor (Parineeti Chopra) dengan suami dia, Shekhar (Avinash Tiwary) ataupun scene Mira cuba defend diri dia depan polis (Kirti Kulhari) walaupun bukti jelas menunjukkan dia suspek utama pembunuhan Nushrat (Aditi Rao Hydari). 

Dari trailer pun you guys dah boleh nampak penceritaan Mira Kapoor yang alkoholik selepas kemalangan sehingga meragut nyawa anak dalam kandungan. Dan selepas kejadian tu juga, Shekhar mula jauhkan diri kemudiannya bercerai dan bercinta dengan Anjali (Natasha Benton) gara-gara takut dengan perangai abusive Mira. 

Mira pergi berjumpa dengan psikatri dan join class untuk share masalah dia and here is another example of why this movie should be filmed at Mumbai. Dalam kelas tu semuanya warganegara UK tapi Mira sembang Hindi dengan diorang. Instead of focus dekat butir luahan Mira, I macam kesian dekat group tu sebab tak faham langsung apa yang Mira sembang. 

Ada scene bila Mira pergi temuduga kerja lepas setahun kemurungan tapi tergantung lepas penemuduga tanya apa yang jadi dalam masa setahun tu. Dekat situ penulis boleh build up drama dengan tambah dialog menyindir kelemahan Mira atau kembangkan konflik dalaman Mira tapi sayangnya Ribhu Dasgupta biarkan peluang tu tersia. 

Avinash pun tak mampu nak deliver lebih sebab terkurung dalam watak Shekhar yang tak dikembangkan dengan baik sedangkan dia boleh jadi lebih dark untuk tambah kekeliruan Mira atau audience tentang siapa pembunuh sebenar. Bila plot twist muncul, rasa ada yang kurang sebab scene tu terasa macam terpaksa stretch untuk cukupkan kuota durasi filem dari Netflix. Kudos to Aditi sebab berjaya menyerlah tanpa dialog yang banyak dan screentime terhad. Cantik pulak tu, geram je tengok. 

Sinematografi dari Tribhuvan Babu Sadineni cantik dengan panorama UK and beautiful props di beberapa tempat macam wedding Piya (Nisha Aaliya). Beberapa scene sengaja disetkan blurry untuk tunjuk betapa kabur dan misterinya kehilangan Nushrat juga pertalian dengan Mira Kapoor. Tapi makeup agak keterlaluan untuk luka besar di dahi Mira. Sama juga kajal di mata Mira untuk tonjolkan betapa kusutnya watak Mira selepas kemalangan. Parineeti terlampau cantik untuk alcoholic so they thought applying thick kajal will help…. pfftt

Movie The Girl On The Train adalah movie solo lead Parineeti Chopra yang pertama and for me she did great cuma nampak lemah disebabkan garapan dan suntingan team production. Details juga tak dipertimbangkan dengan baik sampai mencacatkan penceritaan. 

Tapi kekuatan lakonan, chemistry Parineeti-Avinash dan soundtrack dari komposer Sunny-Inder Bawra juga Vipin Patwa banyak membantu untuk tengok sampai habis. Lagu Matlabi Yariyan suntik elemen drama dari lirik dan melodi yang melankolik. I prefer unplugged version nyanyian Parineeti Chopra sendiri sebab emosi lebih mendalam dan meruntun untuk lirik 

‘Haariyaan, yaara matlabi thi teri yariyaan’ (I feel defeated, you’re so selfish, my love)

 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5/10

Short Movie Review | Toffee

Director : Tahira Kashyap

Writer : Tahira Kashyap

Cast : Sammaera Jaiswal, Syna Anand

Production Company : Jar Pictures, Eros International

Distributor : ErosNow

Genre : Drama

Running Time : 18 minutes

Release Date : 9 January 2018

Trailer : 


Tak pernah tahu yang isteri Ayushmann Khurrana dah mula venture dalam bidang perfileman sebagai pengarah sebab kenal dia sebagai penulis buku je sebelum ni. Di bawah syarikat produksi Eros International, bekerjasama dengan Ayushman Khurrana dan Mukesh Chabra, Tahira terbitkan movie tentang child bride yang berlaku di India. 

Tania (Sammaera Jaiswal) balik bercuti di kampung belah ibu dia di Jalandhar kemudiannya melawat kawan baik dia, Ritu (Syna Anand). Keluarga Ritu antara keluarga yang daif di kawasan tu dan Ritu membantu ibu dia balut Toffee (gula-gula) sementara ayah dia bekerja di kilang gandum. 

Lepas bosan membalut gula-gula, Ritu akan hantar tiffin kepada ayah dia dan dapat upah sebanyak Rs2 rupees. Dengan upah tu dia pergi beli aiskrim bersama Tania kemudiannya pusing satu kampung untuk bermain atau melawat beberapa kawasan yang baru untuk Tania. 

Masa melawat kuil Gurudhra, Ritu bagitahu yang dia banyak menipu Tania tentang duit dia selama ni sebab duit yang dia dapat sebagai upah, dia simpan separuh untuk buka Ritu Dance Academy. Setakat ni dia dah berjaya kumpul Rs 800 rupees. Impian Ritu sebagai jurulatih tarian akan tercapai bila duit dia dah cukup untuk beli studio. Tania pula bercita-cita untuk jadi seorang doktor.

Masa Ritu cerita tentang kakak dia yang akan berkahwin minggu depan sedangkan baru berumur 13 tahun, Tania dah mula cuak sebab dia taknak berkahwin. Tapi Ritu bagitahu kehidupan mereka berdua berbeza sebab kahwin awal ni cuma berlaku di kampung. Ritu tak boleh bayangkan macam mana dia nak jaga anak dalam usia dia yang baru berumur 10 tahun. 

Dari statistik yang dikumpul oleh United Nations Population Fund pada Februari 2017, ramai sebenarnya yang dah meninggal kerana mengandung ataupun bersalin pada usia yang muda. 20,000 orang kanak-kanak atau remaja perempuan menjadi ibu sebelum usia mereka mencecah 18 tahun. 47% perempuan di India dikahwinkan sebelum usia mereka mencecah 18 tahun. 

Sedih bila baca fakta ni sebab kahwin di usia yang muda bukan setakat mengganggu emosi si ibu tapi akan bagi kesan pada si anak-anak juga. Personally my mom pun berkahwin pada usia yang muda masa berumur 16 tahun. Patutnya dia pergi sekolah, experience new things and explore a lot of things tapi kena pikul tanggungjawab yang besar. Dekat kampung I pun ada yang berumur 12 tahun pun dah kahwin. Lebih menyedihkan even dah masuk tahun 2021, Malaysia masih belum mampu keluarkan undang-undang untuk ban child marriage. 

Idea untuk hasilkan filem pendek Toffee ni datang dari pengalaman Tahira Kashyap semasa kecil bila balik bercuti musim panas di kampung belah ibu dia di Basti Sheikh, Jalandhar. Dia ceritakan pengalaman dan perasaan dia dalam watak Tania dan Ritu adalah kawan dia di sana. Latar masa filem pendek Toffee adalah pada tahun 90-an jadi kebanyakan masa digunakan untuk have fun di luar sebab elektrik selalu terputus. Dialog dari Tania dan Ritu tentang kebersihan, child bride, cita-cita dan perbezaan kasta semuanya melalui apa yang mereka belajar dan tahu walaupun masing-masing belum betul-betul faham.

 

Tahira set warm tone untuk menggambarkan kegembiraan zaman kanak-kanak dia luangkan masa bersama Ritu walaupun cuma sekejap. Dekat flashback scenes banyak perkara yang mereka lakukan bersama ditambah dengan soulful soundtrack Bachpan nyanyian Ayushmann Khurrana. Lagi menarik kalau flash back scenes tu ditambah dengan scenes yang lain instead of ulang beberapa scenes yang dah ditayangkan di awal cerita. Still, plot twist dia rentap semua kenangan dan keegmbiraan yang ada pada awal movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.7/10

Drama Review : KL Gangster Underworld Season 2

Friday 26 February 2021


Pengarah : Kroll Azry, Faisal Ishak

Penulis Skrip : Nazri M. Annuar, Christina Tan Lay Ai

Pelakon : Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Namron, Nabila Huda, Keith Foo, Sharifah Sakinah, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Jasmine Kaar, Dynas Mokhtar, Daniella Sya, Amerul Affendi, Fezrul Khan, Jasmine Suraya Chin, Aloy Paradoks, Zamarul Hisham, Azri Sabri, Halim Radzi, Amir Nafis, Sabrina Ali, Fad Anuar

Genre : Aksi / Thriller / Jenayah

Jumlah Episod : 8 Episod

Tarikh Tayangan : 10 Disember 2020

Syarikat Produksi : Skop Productions

Penyiaran : iflix, WeTV

Trailer :

Masa dalam movie KL Gangster Underworld - Rise to Power, pengarah Faisal Ishak kata nak develop lebih banyak lagi relationship antara Madam Wong (Dynas Mokhtar) dengan Ayah Zan (Hasnul Rahmat) tapi ada perubahan pada skrip la kot sebab screentime Madam Wong tak panjang pun. Awal-awal lagi dia dah pergi ke Manila untuk tengok anak dia Riley dan cari siapa yang bunuh Siva. 

Malangnya bila Madam Wong sampai ke Manila, dia kena culik dan dibelasah teruk kemudiannya diselamatkan oleh Vic (Sabrina Ali), kawan baik dia. Bila Madam Wong tak ada, Kuala Lumpur dah mula huru-hara bila Mat Letrik (Fad Anuar) letupkan beberapa kawasan dengan bom letupan buatannya. Banyak ketua kawasan susah nak terima Shah (Beto Kusyairy) sebagai ketua Kampung Baru sebab dia masih muda tapi Shah ada backup dari Tony M (Keith Foo) - ketua Kepong, Suri (Jasmine Kaar) – ketua Klang dan Mat Nor (Namron) dari Utara. 

Lepas Tauke (Azhan Rani) kalah dalam perang dengan Madam Wong dalam drama KL Gangster Underworld Season 1, Adi (Zahiril Adzim) dapat pegang kawasan Cheras ditemani dua orang kanan dia – Lan Smart (Azri Sabri) dan Wan Chai (Aloy Paradoks). Tapi dalam episod 4, Tauke muncul buat surprise untuk semua orang yang pernah berperang dengan dia. 

Elina (Ezzaty Abdullah) makin rapuh sebab anak dia, Cahaya malah bertambah lemah selepas kematian Mimi (Jasmine Suraya Chin). Shameen (Nabila Huda) cuba yakinkan Shah ada orang lain yang lebih bijak dari Tauke untuk perang kali ni dan Tauke tak kuat atau bijak untuk lancarkan perang di Manila juga Kuala Lumpur. Ada orang lain yang lebih bijak, lebih besar dan tunggu masa untuk muncul ambil takhta King. 

Berbeza betul penceritaan Season 1 dengan Season 2 sebab penceritaan kali ni lebih kemas dengan banyak twist yang menarik. Watak pun dikembangkan dengan baik kecuali watak Elina lah. Baik season 1 mahupun season 2 dia tetap suka buat keputusan melulu tapi penulis build up balik character dia dengan cantik sebab avatar dia lepas kemurungan tu nampak berani. Combo pulak dengan Bad (Amir Nafis), rasa syok pulak tengok diorang jaga Kampung Baru. 

Watak Shah agak tempered dalam Season 2 and nothing much he can do walaupun main lead. Hajat I termakbul lah lepas tengok Adi fight dengan Sherrina the Butcher (Daniella Sya) dalam perang Season 1. Best tengok watak dia naik jadi ketua Cheras dengan imej yang lebih cool and stylish. Stylist, props dan MUA did great job untuk serlahkan karakter setiap watak melalui wardrobe dan style masing-masing. 

Sinematografi di bawah Skop Production makin cantik dengan panorama Kuala Lumpur baik di waktu siang mahupun malam yang sarat dengan kehidupan isi kota. Sharp visual dari Rahimi Maidin juga untuk action stunt dengan koreografi yang cantik hasil kreativiti Razib Salimin. Kalau Season 1 ada Sherrina, Season 2 ada 3 assasin perempuan sama hebat untuk kacau ketua-ketua kawasan di Kuala Lumpur. Memang puas hati la tengok fighting scene ni especially bila Bad muncul sebagai orang kanan Shah. 

Gara-gara Shameen yang jaga Belut (Amerul Affendi) dalam Season 1, tak sangka Season 2 dapat tengok cute chemistry antara diorang berdua. Walaupun screentime Belut pendek tapi dia tetap menonjol dan redakan ketegangan dengan karakter dia yang kelakar. 

Dekat penghujung drama ada rahsia yang Madam Wong jumpa dan bagitahu in person kepada Raja Utara (Zamarul Hisham) tapi disebabkan possibility untuk KL Gangster Underworld Season 3 takkan diwujudkan, maka terpaksa lah hidup dalam misteri. Semua pelakon dah merajuk sebab drama ni diciplak dan ditayangkan di Telegram dan Youtube sedangkan iflix dan WeTV jadi platform utama untuk menonton secara percuma. 

Sayanglah sebab francais ni best dengan barisan pelakon yang hebat, stunt yang mantap dan skrip yang semakin bagus tapi kerana nila dua tiga titik, habis semua peminat francais ni tak dapat tengok. Agak kecewa jugak lah bila Beto umum yang dia dah taknak berlakon untuk Season 3 sebab ada watak-watak baru yang diperkenalkan berpotensi untuk dikembangkan oleh penulis dan pengarah macam Tony M, Suri, Liyana (Sharifah Sakinah) dan Bad.

Anyway, thanks untuk team production dan pelakon yang terlibat dalam menjayakan francais KL Gangster Underworld. You guys deliver yang terbaik and this franchise will always be my favorite! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10