Movie Review : KL Zombi

Sunday 27 December 2020

Pengarah : Woo Ming Jin

Penulis Skrip :  Adib Zaini, Woo Ming Jin

Pelakon : Zizan Razak, Siti Saleha, Zain Hamid, Iedil Putra, Usop Wilcha, Izara Aishah, Faezah Elai, Yus Raja Lawak, Azhan Rani, Fadzli Daniel Ali

Syarikat Produksi :  Grand Brilliance, Imaginex Studios

Pengedar :  Primeworks Studios, Netflix, Iflix

Genre :  Seram / Komedi

Durasi Tayangan :  92 minit

Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2013

Trailer :

Diadaptasikan dari novel Zombijaya karya penulisan Adib Zaini, filem di bawah production house, Grand Brilliance arahan dan penulis Woo Ming Jin mengisahkan tentang Nipis (Zizan Razak) dari zero berubah kepada hero selepas Kuala Lumpur dilanda virus zombie. 

Beberapa jam sebelum masuknya Tahun Baru, Nipis, Kamarul (Iedil Putra), Ana (Izara Aishah), Sofea (Faezah Elai) dan Alif (Zain Hamid) lepak di atas bukit. Sementara tunggu bunga api, Alif digigit oleh anjing dan Ana bawa dia ke hospital untuk rawat luka tersebut. Tapi tak sangka pula gigitan anjing berubah menjadi virus zombie. 

Simptom Ana dengan Alif agak lambat untuk muncul bila ambil masa lebih kurang dalam sehari. Walhal orang lain bergerak agak pantas. Ada yang bertukar immediately selepas gigitan, ada yang ambil masa juga. Mungkin ikut imun badan gamaknya. 

Nipis sedar tentang apokalips ni agak lambat bila dia pergi ke jerat cina untuk ambil nombor ekor bersama Boroi (Yus Raja Lawak). Sedih hati dia bila tengok kakak kembar dia dah pun berubah menjadi zombie dan mak dia pun mengalami nasib yang sama. Dalam situasi genting tu dia terjumpa dengan Nora (Siti Saleha) semasa nak menyelamatkan Sofea. Mampu tak dia selamatkan Nora dan dunia, kena tengok sendiri lah movie genre seram komedi ni di Netflix atau Iflix. 

Sebelum ni dah pernah try baca novel Zombijaya tapi tak kena dengan selera. Belum masuk dua bab dah tidur lena sudahnya jual dekat orang je. Bila dah jadi movie ni macam nice pulak nak layan. Mungkin sebab Zizan yang banyak deliver punchline kelakar dari awal movie sampai habis. Ada juga yang hambar but okay lah. 

Latar tempat pun tak digambarkan dengan tepat sebab sekolah Ana mengajar tu dekat Bukit Jelutong and most of the places pun dekat Bukit Jelutong tapi dekat hujung cerita diorang bagitahu tempat tu ialah Bukit Jalil. Padahal sekolah terang-terang tulis Bukit Jelutong, Selangor Darul Ehsan. 

Kekuatan filem KL Zombi ni mungkin pada visual kot sebab montaj looks great dengan combination warna-warna neon untuk perkenalkan para pelakon. Untuk props macam kelakar sebab kayu hoki Nipis kejap ada, kejap hilang. Sama juga macam jaket dia, sekejap penuh darah, tengok lagi sekali dah bersih dah. Makeup team did great. 

"Selaras dengan misi kami untuk menjadi penanda aras baru filem tempatan, KL Zombi merupakan filem pertama yang menampilkan zombi-zombi dengan solekan kesan khas yang merangkumi prostesis, lateks dan kanta lekap khas serta baju yang dilusuhkan dan diubah untuk mengikut watak zombi-zombi tersebut.’

Kalau tengok dekat awal filem, anjing yang gigit Alif tu makan sisa dari bahan kimia syarikat Bro Khalid (Usop Wilcha) tapi penawar dia pun dari bahan yang sama. Aneh tapi benar. I tak rasa ni spoiler sebab tengok dari awal movie membawa ke habis cerita pun dah boleh agak yang krim tu penawar dia. Dah kalau yang hodoh pun boleh jadi handsome, yang tawar boleh jadi sedap, apatah lagi untuk virus zombi. 

Scene Zizan jumpa Zaini (Fadzli Daniel Ali) tu macam try hard sangat. Patutnya dikembangkan lagi kenapa Zizan keluar dengan kayu hoki dia. Kalau untuk cari makanan macam kelakar sebab dia baru lepas cari makanan dengan Nora. Patutnya bagi alasan yang kuat untuk keluar bila zombi bersepah dekat luar. Sama lah dengan scene Boroi buat sepah dekat dapur. Menggelikan jugak lah dengan mulut berbuih macam tu. Anyway, kalau suka lakonan Zizan boleh la layan, kalau tak minat better jangan buang masa. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4/10

Movie Review : Kartini – Puteri Jawa

Saturday 26 December 2020

Pengarah : Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Hanung Bramantyo, Bagus Bramanti

Pelakon : Dian Sastrowardoyo, Deddy Sutomo, Christine Hakim, Acha Septriasa, Ayushita Nugraha, Reza Rahadian, Adinia Wirasti

Syarikat Produksi :  Legacy Pictures, Screenplay Films

Pengedar :  Legacy Pictures, Netflix

Genre :  Biografi / Drama

Durasi Tayangan :  119 minit

Tarikh Tayangan : 21 April 2017

Trailer :

Diadaptasikan dari novel biografi karya Pramoedya Ananta Toe berjudul Panggil Aku Kartini Saja dan novel yang mengumpulkan surat kepada teman penanya di Belanda - Habis Gelap Terbitlah Terang, filem Kartini di bawah produksi Legacy Pictures dan Screenplay Films arahan pengarah terkenal, Hanung Bramantyo menyingkap kehidupan sosok feminis lagenda di Indonesia, Gusti Puteri Kartini. 

Berlatarbelakangkan suasana kehidupan masyarakat Jawa di daerah Jepara, Jawa Tengah, Indonesia pada tahun 1800, mengikut adat turun-temurun, anak perempuan yang sudah datang haid pertama akan diasingkan dalam kamar sehingga lah lamaran dari datang menjelma. Tak kisah lah sebagai isteri pertama, kedua, ketiga mahupun yang keempat. 

Sementara menunggu giliran menjadi Raden Ayu, anak-anak perempuan akan diajar cara berjalan, bertangas, mandi lulur juga mandi bunga. Kartini (Dian Sastrowardoyo) sering mengelak untuk belajar berhias. Hidup dia diibaratkan seperti burung yang dibela oleh Pak Atmo. Sebelum abangnya Kartono (Reza Rahadian) berangkat ke Netherlands untuk menyambung pelajaran, dihadiahkan kunci almari yang dipenuhi dengan bahan bacaan. 

‘Tubuh bisa hancur ditelan tanah atau dibakar di atas kayu api tapi pikiranmu tidak ada batas waktunya. Jangan biarkan pikiranmu terpenjara.’ – Sosrokartono

Sejak dari situ Kartini mula membaca dan perkembangkan ilmunya dengan menulis sehingga diterbitkan di dalam majalah Belanda – De Hollandsche Lelie menggunakan nama samaran Daun Clover. Kartini malah mengajar adik-adik perempuannya, Roekmini (Acha Septriasa) dan Kardinah (Ayushita) bila abangnya berpesan supaya sentiasa sebarkan ilmu kepada yang lainnya. 

Bukan abangnya menjadi pendukung malah ayahnya, Raden Sosroningrat (Deddy Sutomo) juga memberi kelonggaran sedikit demi sedikit terhadap Kartini bila dia mengharumkan nama keluarga dan membantu penduduk kampung jana pendapatan melalui seni ukiran. 

Ibu kandungnya, Yu Ngasirah (Christine Hakim) didesak oleh Raden Adjeng Moeryam (Djenar Maesa Ayu) supaya kawal anak-anak perempuan mereka. Tapi bagaimana mungkin dia mahu menghalang jikalau ayah mereka yang berkehendak sedemikian? 

Pengarah dan penulis Hanung Bramantyo memang menulis jalan cerita Kartini untuk Dian kerana dia adalah pelakon popular di Indonesia juga menggunakan platform yang dia ada untuk kerja-kerja amal, sama seperti Kartini. Sebelum start shooting, Dian banyak belajar dari novel-novel Kartini, pergi ke rumah dan melawat kuburnya. Acha Septriasa dan Ayushita pula dipilih sebagai watak utama kerana status populariti dan lakonan masing-masing. 

Dialog antara kekuatan filem Kartini dengan impian dan harapan seorang perempuan untuk memecahkan stereotype dan memberi peluang juga pendidikan yang samarata seperti kaum lelaki. Dalam mengejar kebebasan, diselitkan juga kenapa beberapa watak rela berkorban akur dengan kehendak adat. Scene yang sangat bermakna dan mendalam antara Yu Ngasirah dan Kartini di tepi tasik. 

Walaupun latar tempat adalah di Jepara tapi disebabkan keadaan Jepara sendiri sudah moden, team production pilih untuk shooting di Jakarta dan Jogjakarta untuk filem biografi ni. Kagum dengan keindahan kesenian budaya yang dipamerkan baik dari pakaian, adat perkahwinan dan kehidupan, makanan, ukiran dan banyak lagi. Pendek kata, filem ni kaya dengan sejarah. Sinematografi yang cantik dari Faozan Rizal dikukuhkan lagi dengan music score gubahan Andi Rianto dan Charlie Meliala.

 

Walaupun kisah Kartini membangunkan anak bangsa sudah lama berlalu tapi tak ada beza sangat lah dengan kehidupan wanita di zaman sekarang. Tambah pula di zaman social media yang mementingkan populariti dan status kekayaan berbanding ilmu. Di Malaysia, kembar SPM 7G malah disanjung lebih tinggi dari yang berilmu hanya kerana ada Mustang. 

Lepas tengok filem Kartini, rasa beruntung tak perlu dikurung dalam kamar sambil menunggu lamaran menjadi isteri ketiga atau berjalan melutut dalam kain batik ketat. Rasa beruntung dapat pelajaran yang tinggi sehingga mampu berdikari tapi masih banyak lagi yang perlu diubah untuk masa depan yang lebih baik. Great biopic movie indeed. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Pengarah :  Mark Lee See Teck

Penulis Skrip :  Mamu Vies, Nadia Khan

Pelakon :   Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi, Alvin Wong, Fazreen Fazeera, Erry Putra, Fiza Thomas, Sherry Aljeffri, Nazirul Syazwan, Faizal Bazari, Ella Anak Apit

Genre : Thriller / Drama

Durasi Tayangan : 96 minit

Tarikh Tayangan : 21 November 2020

Syarikat Produksi : Jazzy Pictures

Pengedar :  Astro Citra & Citra HD

Trailer :

Mengisahkan tentang instafamous Hannah Rozana, tanpa sengaja menjadi saksi kes pembunuhan apabila terakam satu peristiwa pembunuhan ketika melakukan IG live disebuah kawasan berhantu, di Taman Mega Bayu di mana seorang warga asing ditemui mati tergantung di rumah tersebut. 

Melawat kawasan rumah berhantu antara salah satu aktiviti ekstrem dalam plan Hannah bersama kawan baik dia, Alia (Fazreen Fazeera) untuk keep engage dengan audience dan followers dia lepas dia dikecam dengan haters cuma dapat pengikut kerana muka dia yang cantik walhal tak ada content yang best pun. 

Gara-gara live streaming tersebut yang mendedahkan muka Tony (Alvin Wong) yang sekarang sedang bersembunyi dari pihak berkuasa. Risau dengan keselamatan Hannah, Inspektor Fazli (Erry Putra) minta sepupu dia, Fendi (Sufian Suhaimi) bawa ke kampung supaya dapat bersembunyi di sana. Dua orang pegawai polis akan ditugaskan untuk berkawal. Tapi disebabkan kecuaian Hannah buat live streaming di lokasi persembunyian, Tony dan anak-anak buah dia dengan pantasnya ke sana. 

Tak tahu la kalau dah banyak telemovie atau drama dengan tema social media influencer ni sebab so far yang I pernah tengok drama Cinta Itu Fairytale so for me jalan cerita telemovie Please Subscribe Cintaku ni fresh dan unik cuma sayangnya skrip tak dikembangkan dengan baik. Elemen saspen dan thrill tu tak dirasai sebab karakter watak agak terhad. Kalau macam dalam drama CIF tu nampak la watak utama memang buat kerja review secara professional, jauh beza dengan Hannah dalam telemovie ni. 

Menyampah dengan watak Fendi yang tak semena-mena suka mengamuk tak tentu pasal. Kalau tak suka Hannah pergi ke kampung dia, boleh je reject idea Fazli. Mungkin baru lepas putus dengan Shida (Ella Anak Apit) so semua benda dia nak emo. Lakonan Sufian Suhaimi pun tak berapa meyakinkan sangat dan tak ada chemistry dengan Jasmine. Nasib baik Jasmine pandai berlakon tambah pula karakter dia memang jenis banyak mulut dan peramah orangnya. 

Durasi telemovie ni panjang sampai 96 minit tapi dipenuhi dengan flashback yang agak panjang walhal scene tu semua dikutip dari first half telemovie. Kalau scene banyak sangat sampai kita lupa apa yang jadi dekat first half boleh la nak remind lama macam tu. Konflik pun nampak tak intense mana sebab penjenayah (Nazirul Syazwan) (Faizal Bazari) macam bodoh alang. Silap cari orang lah, silap culik orang lah, culas buat kerja dan banyak lagi lah. Tak tahu pulak telemovie ni genre komedi. 

Soundtrack untuk telemovie ni ialah lagu Janji, single dari Sufian Suhaimi sendiri dan kebetulan pelakon undangan dalam music video tu Jasmine Suraya Chin. Rasanya dalam MV tu lagi terserlah chemistry diorang compared to this one. Mungkin Sufian tak selesa dengan penampilan watak dia. Who knows. 

Suka tengok scene dekat rumah Tok Wan (Sherry Aljeffri) sebab terasa suasana kampung tu. Kopek buah pelam buat jeruk dekat meja luar. Fatin (Fiza Thomas) dengan Tok Wan pakai baju kurung Kedah dan kain batik nampak cantik sangat, tak kekok langsung. Dengan pinggan mangkuk warna jingga tu buat rasa rindu nak balik kampung je. Kudos to Loo Shu Ni for this details. 

Overall telemovie ni tak mencapai expectation walaupun penulis skrip dia Kak Neddo. Plot twist dia pun predictable. Quite disappointed but okay lah kot for a telemovie. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10