Movie Review : AK vs AK

Friday 25 December 2020

Director : Vikramaditya Motwane

Writer : Avinash Sampath

Cast : Anil Kapoor, Anurag Kashyap, Sonam Kapoor, Harshvardhan Kapoor, Yogita Bihani

Production Company : Andolan Films

Distributor : Netflix

Genre : Black Comedy / Thriller

Running Time : 107 minutes

Release Date : 24 December 2020

Trailer :

Dah lama tunggu movie ni keluar tapi disebabkan covid-19, terpaksa tangguhkan tayangan but it’s finally arrived on Netflix!! Marketing strategy untuk movie ni pun brilliant bila ada social media banter between Anil Kapoor and Anurag Kashyap on their real twitter account. Dekat billboard pun ada ayat perli dari The Timeless Lakhan (Anil Kapoor) dan Anurag. Youtube pula ada diss track untuk Anil Kapoor dari AIB geng. 


Movie ni guna teknik real footage dari satu camera yang digunakan oleh Yogita, assistant director kepada Anurag untuk rakam semua yang terjadi dalam satu malam. Kisah bermula bila Anurag Kashyap, director dan producer yang famous di Bollywood sebab produce movie-movie indie berjumpa dengan pelakon terkenal Bollywood, Anil Kapoor di forum Mumbai Academy of Moving Image (MAMI). 

Masa forum tu masing-masing bertelagah tentang siapa lagi bagus, adakah Anurag Kashyap (AK) si pengarah filem ataupun Anil Kapoor (AK) si pelakon yang menjayakan sesebuah movie. Walaupun Anil Kapoor cuba untuk cool it down dengan bagi jawapan diplomatic tapi Anurag tetap provoke sampai simbah air ke muka Anil. Anurag memang terkenal dengan perangai abusive dia so director Vikramaditya Motwane gunakan sifat tu untuk watak fiksyen di dalam movie. 

Sebelum ni netizen call out perangai bitter dia sebab cakap buruk pasal mendiang Sushant just because reject offer dia untuk berlakon dalam movie Hasee Toh Phasee so dalam movie ni penulis Avinash Sampath guna point yang sama bila Anurag bitter dengan Anil sebab tak berlakon dalam movie Allwyn Kallicharan, dark thriller film dan movie Grant Hotel. Back in the days, Anurag salahkan Anil Kapoor sebab taknak berlakon dalam dua filem ni sampai project dia shelved. 

I’m glad director did that supaya movie tampak nyata lagipun siapa je lah tak kenal perangai dua persona di industri Bollywood ni. Nice jugak sebab buat watak Harshvardhan sama macam in real life. Bodoh alang especially scene dia tanya Anil kenapa text dia sedangkan duduk semeja. Sayang betul Arjun Kapoor, Rhea Kapoor, Janhvi Kapoor dengan Khushi dah balik. Dah excited dah masa Boney bagitahu diorang ada datang. 

Harshvardhan siap perli movie Bhavesh Joshi lagi sebab flop macam Deadpool perli Green Lantern. But no worries since AK vs AK dengan Bhavesh Joshi dari pengarah yang sama. Sonam tak dapat banyak scene pun dalam movie ni sebab dia cuma muncul untuk beberapa scene dan tak bercakap pun. Patutnya bagi la dialog merayu menangis suruh ayah dia datang selamatkan. Baru la terasa anxious dan panic. By the way, even Anand Ahuja, husband Sonam just buat cameo through phone calls je but he did great.

Walaupun kantoi acting je disebabkan scene Anurag tunjuk phone Sonam masa Anil call tu keluar ‘Papa’ instead of ‘Anil Kapoor’ sebab Sonam save nama ayah dia Anil tapi lakonan Anil mantap habis sampai terasa cuak bila tinggal beberapa jam je lagi sebelum matahari terbit untuk selamatkan Sonam. Kesian pun ye jugak sebab fans Anil tak peduli pun keadaan Anil yang berdarah dan luka sana sini tapi gigih nak selfie pastu nak dia perform on stage. 

Teringat kes fans mengamuk Fasha Sandha suruh dia tunggu sekejap untuk selfie sebab nak uruskan anak dulu dengan kes Kak Ogy kena rompak tapi orang ingat dia berlakon je. Jadi fans ni kena la sensitif sikit, jangan la rasa actor tu milik kita sampai tak bagi ruang untuk privacy langsung. Bila actor marah dikatanya kekwat. 

Nothing much for visual sebab shoot guna satu kamera untuk tayang real footage so bila scene kejar-mengejar antara Anil dengan pemandu teksi tu, Yogita pancit nak lari maka hadap je lah video bergegar. Untuk music score dari Alokananda Dasgupta, suka dengan lagu Khalaas dekat credit scene tapi tak ada dekat Youtube lagi. 

I love the original idea, the script, the dialogue masa Anurag call muse dia Nawazuddin Siddique tu kelakar kot. Taapsee pun taknak berkawan dengan dia dah lepas kontroversi simbah air tu. Plot twist dari movie AK vs AK pun gempak. Lakonan Anurag not bad lah tapi one thing remain is I still don’t like him as a person. Walaupun ni karakter fiksyen tapi boleh kata 90% diambil dari karakter offscreen dia. Kudos to the team for bringing out such a gem and congrats Netflix India for this! Recommended. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 8.9/10

Movie Review | Kapan Kawin? (2015)

Thursday 24 December 2020



Pengarah :  Ody C. Harahap

Penulis Skrip :  Monty Tiwa, Robert Ronny, Ody C. Harahap

Pelakon : Adinia Wirasti, Reza Rahadian, Adi Kurdi, Feby Febiola, Ivanka Suwandi, Erwin Cortez, Ellis Alisha, Firman Ferdiansyah

Syarikat Produksi : Legacy Pictures

Pengedar :  Netflix

Genre :  Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  115 minit

Tarikh Tayangan : 12 Februari 2015

Trailer :

Soalan kapan kahwin ni memang menjengkelkan semua orang sampaikan Dinda (Adinia Wirasti) yang berjaya dalam karier sebagai Hotel Manager pun tak dipandang oleh ibu bapa dia selagi tak bawa teman lelaki balik ke rumah untuk berjumpa dan berbincang soal kahwin. 

‘Hari ni hari ulang tahunmu ke-33! Bak kata bapak, kalau kamu itu kapal perang, siren tanda bahaya sudah berbunyi. Bis aditembak kapal perang Jepang’ - Dewi

Eva (Ellis Alisha) cadangkan supaya upah pelakon untuk menyamar selama beberapa hari sebagai teman lelaki dan Dinda dipertemukan dengan artis jalanan yang berbakat jauh lebih besar dari pelakon drama iaitu Satrio Maulana (Reza Rahadian). Eva dengan Satrio sama-sama pelakon teater tapi sejak bekerja di hotel, Eva memilih untuk berhenti berlakon. 

Dengan bayaran yang dipersetujui sebanyak Rp15 juta dan set pakaian lengkap untuk karakter lelaki metropolitan, Satrio ikut Dinda pulang ke Yogyakarta untuk bertemu ibunya, Dewi (Ivanka Suwandi) yang kaki drama dan ayahnya, Gatot (Adi Kurdi) bersempena majlis ulang tahun perkahwinan mereka. Untuk bagi impression bagus kepada parents dia, Dinda dah book katering, khemah, band, decoration dan benda-benda lain untuk majlis tu nanti. 

Rupanya parents Dinda dah plan out beberapa ujian untuk menguji tanggungjawab, pengorbanan, kejujuran dan kesetiaan Satrio supaya Dinda berkahwin dengan orang yang tepat. Dinda pula berdoa supaya Satrio bisa menandingi sosok karakter abang ipar dia, Jerry (Erwin Sutodihardjo) yang dibanggakan oleh orang tuanya. Mampu tak Satrio penuhi hajat Dinda dan orang tua dia, kena tengok sendiri lah movie Kapan Kahwin di Netflix. 

Jalan cerita movie genre romantic komedi di bawah produksi Legacy Pictures arahan pengarah dan juga penulis Ody C. Harahap ni memang predictable lah tapi disebabkan kekuatan lakonan Reza Rahadian sebagai Satrio dan juga chemistry bersama Adinia Wirasti, membuatkan movie ni best untuk ditonton. Scene Satrio dengan Adinda menari dekat majlis ulangtahun perkahwinan parents Dinda tu sweet sangat. Tak perlu cakap ayat romantis pun dah boleh tahu dari renungan mata Satrio. Apa jadi dekat belakang dah tak ambil peduli dah sebab Rio dengan Dinda dah tarik kita ke dalam dunia mereka berdua. 

Awalnya watak Satro Maulana ni nampak macam annoying tapi bila movie masuk ke second half baru nampak sisi dia yang penyayang. Macam dalam scene diorang pergi picnic dekat pantai bila Satrio perasan yang Dinda terlampau utamakan orang lain sampai endahkan perasaan sendiri. Family dia pun tak tahu apa makanan favorite Dinda. Tak menyesal lah pilih movie ni sebab ada Reza Rahadian haha

Watak Dinda sebagai leading actress pun bagus dalam genre ringan dan ekspresi muka dia sesuai dengan mood atau suasana sesuatu scene. No wonder lah dia dapat dua pencalonan untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Indonesian Film Festival dan Maya Awards. Kudos to Lulu Lutfi Labibi untuk wardrobe Dinda yang cantik, sesuai dengan karakter Dinda especially dress dekat majlis ulangtahun perkahwinan Dewi dan Gatot.

Sinematografi dari lensa Padri Nadeak nampak cantik dengan keindahan kawasan Yogyakarta sama ada di pantai yang tenang, di kawasan pokok nipah ataupun kesibukan warga pekan mencari nafkah. Decoration pun cantik especially decoration dari jagung tu. Bonus lah dalam movie ni boleh tengok Reza menyanyi. Tambah lagi satu sebab untuk jatuh cinta dengan Reza. Suara dia sedap!

 

Movie Kapan Kawin bukan setakat naskhah untuk berjenaka dengan kehidupan si bujang tapi juga bagi mesej kepada para ibu bapa yang sentiasa membanding-bandingkan anak dan mengukur kejayaan hanya pada perkahwinan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Yeayyyy, NSK Branch Star Avenue Dah Buka!!

Tuesday 22 December 2020

 

Penantian berbulan lamanya berakhir pada 18 Disember 2020 sebab Pasaraya Borong NSK dah buka dekat Star Avenue Mall! Sebelum ni menapak ke NSK Kota Damansara tiap-tiap bulan borong banyak-banyak sampai tak muat peti ais sebab jauh so malas aihh nak pergi banyak kali. 


Sebelum NSK, pasaraya Giant dekat Star Avenue ni tapi tak boleh nak beli banyak barang sangat pun sebab harga dia mahal. Harga promosi dia harga normal pasaraya lain. Mau bocor poket kalau beli barang dapur dekat Giant. Lama juga kosong lepas Giant tak ada. Satu persatu kedai sekeliling tutup sebab tak ramai yang datang. 

Nasib ada MR. DIY dengan Magica, hidup la sikit masa weekend. Tapi bila NSK buka dekat sini, meriah balik mall sendu sebabak ni. Siap ada yang OOTD lagi dekat tepi mall. Haaa kau! 


Pak guard yang berjaga dekat parking lot pun dah busy dah sekarang jaga kawasan. Mana nak check suhu lagi, nak kutip troli lagi. Lif dengan pintu yang sebelum ni tutup pun dah boleh digunakan dah. Lepas ni boleh la hidupkan balik foodcourt dekat tingkat paling atas tu. Sedih betul kedai makan favorite terpaksa tutup sebab sendu. 

Btw masa pergi NSK haritu terus pergi ke kaunter customer service sebab kad ahli NSK dah hilang entah ke mana. Dah settle buat kad, baru lah syok nak membeli. Tapi tak beli banyak pun sebab NSK ni esok lusa bukak lagi so beli mana yang perlu je dulu. 


Lepas ni balik kerja boleh menyinggah NSK beli barang. Dah tak payah beli banyak stok dah ataupun episod buang je stok bahan yang dah rosak. Senang la nak beli buah sebab buah tembikai harga RM2 je sekilo :') 


Walaupun space NSK ni lebih kecil dari Kota Damansara tapi lantak lah, semua barang kering dengan barang basah cukup lengkap dah. Kalau takde tu kita beli online je. Tak pun pergi ke NSK Kota Damansara. 

Tapi tu lah satu kekurangan NSK yang menyampah sikit bila diorang tak guna conveyor belt. Kaunter dekat sini nampak kecik so okay la kot cepat la tangan cashier nak capai. Malangnya dah nak masuk tahun 2021 still tak ada self service counter. 


Anyway, congrats NSK berjaya tambah lagi satu cawangan walaupun dalam musim pandemik covid-19. Hopefully ramai yang dapat bekerja dekat sini sebab NSK masih lagi mencari pekerja. 

Buko Pandan | Pemanis Mulut Dari Filipina

'Ana, jom try makan buko nak? Haritu kawan I yang pregnant tu craving nak makan buko pastu I tengok dekat sini ada jual. Kita share nak?' - Ms Fisah


Kalau Ms Fisah tak mention minggu lepas, entah bila baru tahu kewujudan pemanis mulut dari negara Filipina ni. Kalau dekat sana kena panggil Buko Salad. Selalunya diorang akan hidang masa perayaan besar ataupun musim cuti panjang. 

Dalam Buko Pandan ni ada air susu, hirisan tebal kelapa muda, gelatin atau sumi berwarna hijau dengan sagu berwarna hijau. Kalau Google tak semua rupa Buko Pandan ni macam yang kitorang beli. Ada yang hirisan kelapa tu banyak menimbun, ada yang air susu dia berwarna putih tapi sedikit sahaja, ada yang penuh dengan gelatin hijau, ada yang letak nata de coco. Rasanya ikut citarasa masing-masing lah kot. Best dimakan bila sejuk!


Buko Pandan ni kalau makan sesudu air susu dengan bahan berasingan, dia rasa kurang sedap. Sebab lain bahan, lain rasa dia. Sumi paling tawar tapi paling lembut, sagu terasa manis pandan sikit mungkin sebab dimasak bersama pewarna pandan dengan tekstur dia yang tebal melekat. Yang paling manis haruslah hirisan kelapa muda dan rangup dimakan. 

Bila makan Buko Pandan ni kena makan kesemua tiga-tiga bahan baru terasa sedapnya tapi yang tak syoknya terpaksa fokus food hunting masa makan. Bila makan desert ni kita nak makanan yang fun sambil menyembang. I makan Buko Pandan dengan Ms Fisah memang fokus gila, kalah fokus buat cosec file di hari Jumaat. 

Kalau ikutkan resipi Buko Pandan dari Google senang je nak buat tapi renyah sikit lah sebab main dengan sagu. Ada resipi yang buat gelatin tu sendiri dan rebus guna air kelapa supaya bau wangi dan rasa manis kelapa. Kalau nak beli tu tak pasti lah pulak ramai dah jual Buko Pandan ni. Kitorang beli pun harga RM5 satu bekas. Berbaloi ke tak? Hmmmm tak kot haha kbai

Movie Review : Pekak

Pengarah :  Mohd Khairul Azri Md Noor

Penulis Skrip :  Khairul Azri, Azril Hamzah & Alfie Palemo

Pelakon : Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Zaidi Omar, Joe Flizzow, Kin Wah Chew

Genre :  Drama

Durasi Tayangan :  96 minit

Tarikh Tayangan : 30 June 2015 (World Premieres Film Festival), 1 September 2016 (Malaysia)

Syarikat Produksi :  Grand Brilliance, Lightbulb Pictures

Pengedar :  Primeworks Studio

Trailer :

Filem yang ditayangkan di Marché du Film di Cannes dan World Premiere Film Festival Philippines pada tahun 2016 merupakan debut filem untuk pengarah dan penulis, Mohd Khairul Azri Md Noor. Mengisahkan tentang Uda (Zahiril Adzim) pemegang kad OKU kerana cacat pendengaran. Untuk dapatkan dana RM60,000 supaya dapat buat pembedahan cochlea, Uda bekerja di bawah pusher (Joe Flizzow) sebagai penjual dadah. 

Uda akan faham apa yang orang cakap melalui pergerakan mulut mereka. Dia akan pergi ke stesen keretapi untuk merasa sendiri gegaran dan angin yang terhasil oleh pergerakan keretapi. Lepas serbuan pihak polis, pusher pindahkan Uda ke sebuah flat. Di situ dia ternampak Dara (Sharifah Amani) di dalam lif lantas jatuh cinta selepas ternampak MP3 Dara dengan lagu favorite dia, Rintihan Hati dendangan Uthman Hamzah. 

Dek kerana tersalah pilih kawan, Dara belajar mencuri, ponteng sekolah dan berparti setiap malam bersama Melor (Sharifah Sakinah). Bapa Dara (Zaidi Omar) pula sibuk bekerja sebagai security guard selepas bersara dari askar. Sikap dia yang baran menyukarkan Dara untuk mendengar kata malah menjadi lebih liar. 

Melor pula selalu berlakon baik depan bapa Dara padahal berpakat dengan teman lelaki dia, Azman Stoner (Amerul Affendi) supaya Kamil (Iedil Putra) dapat tidur dengan Dara. Plan mereka gagal bila Dara muntah selepas hisap ganja kemudiannya balik bersama Uda. Dari situ Uda dan Dara mula rapat kemudiannya bercinta. 

Duit simpanan Uda pun dah mula cukup untuk buat pembedahan tapi hari tak selamanya cerah bila Melor, Azman dan Kamil ada rencana lain terhadap Dara. Movie genre drama di bawah production house Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures ni boleh ditonton di Netflix. 

Masa movie Pekak keluar memang banyak pihak yang berbunyi sebab dikatakan mengguris perasaan OKU dan tak sesuai ditonton oleh anak muda. Tapi kalau ini lah realiti sebenar kehidupan, kenapa pihak-pihak tersebut nak terasa? Keadaan hidup watak-watak utama dalam Pekak adalah keadaan yang tersepit dengan kemiskinan lantas membuat pilihan yang salah untuk survive. 

Pengarah pun dah terangkan yang movie ni lebih kepada hukum karma pada perbuatan masing-masing. Kenapa guna OKU mungkin untuk highlight yang orang pekak boleh dengar peritnya kehidupan tapi orang normal tak mampu nak faham macam scene ayah Dara tunjuk surat curhat kepada Uda di hospital. 

Skrip Pekak diolah cantik bilamana diinspirasikan oleh konsep cinta Romeo dan Juliet. Diadun dengan kreatif untuk memaparkan realiti kehidupan dengan masalah sosial yang mendalam. Dari lensa S’ham Mokhtar, visual Pekak nampak menarik dengan cerita berlatarbelakangkan bandaraya Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar, Perak. Music score dari Monoloque sesuai dengan mood penceritaan dan senario kehidupan orang kota. 

Usaha Zahiril Adzim untuk mendalami karakter watak Uda dengan minta tunjuk ajar ayah dia yang bekerja sebagai guru pendidikan khas membuahkan hasil pada lakonan yang punya jiwa terutamanya scene dia berdiri di tepi stesen keretapi ataupun pada scene dia bersama Dara. Zahiril dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di International Motivational Film Festival dan Festival Filem Malaysia (FFM) 2016. 

Sama juga dengan pelakon-pelakon yang lain deliver watak masing-masing dengan bersahaja dan nampak meyakinkan. Movie Pekak mungkin bukan untuk semua orang tapi sebuah filem yang berani dari industri filem tempatan yang mampu bersaing hingga mendapat pengiktirafan negara luar. Tahniah team Pekak!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi

Monday 21 December 2020

Pengarah :  Lasja Fauzia

Penulis Skrip :  Upi Avianto 

Pelakon :   Jefri Nichol, Aurora Ribero, Axel Matthew Thomas, Nadya Arina, Karina Suwandhi, Rebecca Klopper, Aida Nurmala, Pascal Azhar, Tina Astari, Indra Aksa

Syarikat Produksi :  IFI Sinema, Screenplay Films

Pengedar :  Netflix

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  86 minit

Tarikh Tayangan : 15 Oktober 2020

Trailer :

Movie di bawah syarikat produksi IFI Sinema dan Screenplay Films arahan Lasja Fauzia ni diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama, Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi karya Boy Candra. Mengisahkan kehidupan Kevin (Jefri Nichol yang jatuh cinta dengan kawan sejak kecilnya, Nara (Aurora Ribero) tapi cuma dipendamkan sahaja sebab Nara hanya anggap dia sebagai kawan baik. 

Kevin lah tempat Nara mengadu kisah cinta yang tak kesampaian dia dan Kevin juga penyelesai segala masalah Nara. Tanpa balasan apa pun. Tak ada apa-apa yang unik pun dalam kisah hidup mereka berdua ni sebab template kisah cinta terpendam dah memang klise sangat. 

Nara kemudiannya jatuh cinta dengan Juned (Axel Matthew Thomas) dan ternyata dial ah lelaki idaman yang selama ni dicari. Tak pernah sekali pun Juned melukakan hati Nara dan begitu juga lah Nara menceriakan hari-hari Juned setelah ditinggalkan patah hati. Sayangnya penulis Upi Avianto tak kembangkan pun kenapa Nara boleh jatuh cinta dengan Juned ataupun kenapa Juned boleh buka hati kepada Nara. 

Genre romantik drama tapi sayangnya tak ada depth pada mana-mana watak supaya kita feel connected dengan penderitaan Kevin memendam cinta ataupun rasa bahagia dengan kisah cinta Juned dan Nara. Konflik terlampau cepat dan tiba-tiba sampai jadi bingung kenapa Juned bertindak sedemikian. Dia sendiri yakin dengan relationship dia dengan Nara so kenapa tiba-tiba moody dan gloomy? Yang paling kesian haruslah Tiara (Nadya Arina) jadi mangsa bila Kevin jadikan dia sebagai pengganti Nara tapi layan nak tak nak je. 

Berbeza sangat dengan movie Surat Cinta Untuk Starla (2017) bila watak utama guna alam semulajadi untuk gambarkan perasaan cinta dia dan mudah untuk difahami. Tapi dalam movie Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi ni sampai ke hujung tak faham apa kaitannya walaupun Nara menari dalam hujan. Watak Jefri Nichol lebih kurang sama bila dia cintakan alam sekitar dan hairstyle dengan cara berpakaian dia macam tribute untuk movie Surat Cinta Untuk Starla. Except dia tak bawa mesin taip legend haha. The ultimate reason I watch this movie solely because of Jefri Nichol. 

Bukan setakat perasaan dan jalan cerita je tak dikembangkan dengan baik malah latar masa macam tak sesuai untuk Nara lontarkan dialog berbaur simpati kepada Kevin. Masa SMA dia lebih takut hal cinta dari pelajaran. Bila masuk kolej dia kesian dengan Kevin takut bersendirian sampai ke tua kalau tak terima cinta Tiara. Come on, Kevin tu lelaki lah! Umur 40 pun tetap keren! 

Lagi merepek bila Nara paksa Kevin dating dengan Tiara sebab nak double date. Hek elehhhhh pasal Tiara pun dia tak pernah ambik port. Ada juga dialog puitis dari Kevin dan Nara tapi peliknya dialog berbahasa baku, tak boleh nak relate langsung. Siapa yang menyembang macam tu? Kalau watak-watak utama suka karang puisi tu boleh faham lah tapi masa menyembang cakap macam tu agak janggal juga lah. 

Mungkin dalam novel diceritakan dengan jelas semua momen dramatic ataupun romantic antara watak-watak utama so since I tak baca novel Seperti Hujan Yang Jatuh Ke Bumi, tak boleh la nak feel sangat. Pace movie ni pun perlahan sampaikan 1.5x pun rasa slow. Better kalau penulis dengan pengarah tambah lagi banyak scene dengan pace laju memandangkan cerita diorang bukannya fresh dan original. Ada bahan rujukan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.2/10

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar

Genre : Sitcom

Running Episodes : 17 episodes

Release Date : September 24, 2007 – May 19, 2008

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Dulu masa series ni keluar tak sempat nak layan pun sebab masa tu dah season 5 rasanya so malas nak patah balik untuk catch up. Lagipun tengah penuh schedule untuk The Vampire Diaries, The Originals, The Scorpion, Satisfaction, Ghost Whisperer and so on. Banyak gila dulu American series sebelum Kdrama jadi kegilaan macam sekarang ni. 

Sekarang ni dah habis 12 season tiba-tiba masuk dekat Netflix lepastu nampak adik dok syok layan setiap hari, jadi penasaran jugak nak tengok. Baru tengok satu episod dah gelak terbahak lepas tu tekan next episode then other episode and next then next sampai lah habis satu season. 

Di bawah penerbitan house production CBS, The Big Bang Theory arahan Mark Cendrowski mengisahkan tentang 4 sekawan - Leonard Hofstadter (Johnny Galecki), Sheldon Cooper (Jim Parsons), Howard Wolowitz (Simon Helberg) dan Raj Koothrapali (Kunal Nayyar) which are scientist nerd and love comic superheroes.  Sheldon dan Leonard adalah housemate, Howard tinggal dengan mak dia dan Raj tinggal sendiri di apartment dia. 

Mereka berempat selalunya akan lepak makan malam bersama, main video game, main card ataupun conduct science experiment di rumah Sheldon dan Leonard. Sheldon adalah watak utama dengan perangai narsistik, cerewet dan introvert. Sejak berkawan dengan Leonard dia mula pandai bergaul dengan orang walaupun masih banyak lagi yang dia kena ubah. 

Sebab perangai dia banyak scene jadi kelakar. Dengan facial expression dia lagi. Tak tahu macam mana Leonard boleh tahan dengan perangai Sheldon tambah pula untuk jadi housemate ada agreement kena sign dekat setiap page. Kalau bergaduh bab sains pun satu hal juga sampai masuk dalam Youtube - "Physicists Gone Wild". Sheldon ada tempat tersendiri macam dekat sofa, dia cuma selesa duduk dekat seat paling tepi dekat dengan meja. 

‘It's the perfect spot in the house to sit or lounge because of its proximity to the TV, to others, and to the cross-breeze.’ – Dr. Sheldon Cooper

Leonard pula jatuh hati dengan si cantik Penny (Kaley Cuoco) yang tinggal di hadapan rumah. Hari pertama Penny pindah ke situ pun Leonard dah hulurkan bantuan untuk minta balik TV dekat ex dia yang berbadan sasa. Penny bekerja sebagai waitress di Cheesecake Factory sementara menunggu peluang untuk audition supaya dia boleh jadi actress dekat Hollywood. Dekat hujung Season 1, Penny setuju nak keluar dating dengan Leonard. 

Sheldon tak suka dengan Penny sebab IQ dia rendah so bila dia bercakap dengan term atau jargon physics, Penny tak mampu nak catch up langsung. Tapi disebabkan Penny pandai jaga Sheldon especially masa dia sakit, Penny dapat approval untuk jadi kawan Sheldon. Melekat terus lagu 'Soft Kitty' yang mak Sheldon selalu nyanyi bila anak dia sakit. 

Soft kitty, warm kitty

Little ball of fur

Happy kitty, sleepy kitty 

Purr, purr, purr

Walaupun watak Howard tinggal dengan mak dia tapi dia adalah watak pervert dalam The Big Bang Theory. Tak kisah dengan apa jenis perempuan pun semua dia angkut naik katil. Fashion sense dia terarah pada zaman 1960-an dengan turtleneck dan kemeja plaid sepadan dengan warna seluar. 

Watak Raj agak unik bila dia saintis yang explore angkasa lepas dan jarang diperlekehkan oleh Sheldon sebab ada pangkat Dr. sama seperti Sheldon. Raj anak orang kaya di India tapi migrate ke US untuk bekerja. Even datang dari keluarga berada tapi fashion sense dia agak kolot dan Raj tak mampu nak bercakap dengan perempuan cantik sebab sifat pemalu yang melampau. 

Dalam Season 1 director baru nak warm up nak kenalkan watak-watak utama kepada audience dan apa lifestyle diorang walaupun most of the time memasing nampak lifeless je lepas habis kerja dan weekend. But since 2020 ada covid-19 dan lockdown, I think their life is our life as well lol

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Talak 3 (2016)

Pengarah :  Hanung Bramantyo, Ismail Basbeth

Penulis Skrip : Salman Aristo, Bagus Bramanti, Wahana Penulis

Pelakon :   Laudya Cynthia Bella, Vino G Bastian, Reza Rahadian, Tika Panggabean, Dodit Mulyanto, Ray Sitoresmi, Mozza Kirana

Syarikat Produksi : MD Pictures, Dapur Film

Pengedar :  MD Pictures, Netflix

Genre : Romantik / Komedi  

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 4 Februari 2016

Trailer :

Padah bila bercerai ikut emosi ni sebab terlajak kata tak boleh diundur balik dah. Sama juga dengan apa yang terjadi pada Bagas (Vino G Bastian) dan Risa (Laudya Cynthia Bella) yang tak mahu lagi bersama. Mereka berdua mula bergaduh bila Bagas curang dengan penyanyi dangdut, Siska Gotik (Mozza Kirana) akibat mabuk. Nah, siapa yang boleh maafkan kecurangan kan? 

Bila Inggrid (Tika Panggabean) bagitahu Bagas tentang idea ekspo wedding besar-besaran sudah ada sponsor dari Malaysia, Risa nak join sekali sebab bagus untuk profil karier dia. Tambah pula Risa dengan Bagas perlukan duit untuk lunaskan hutang yang diambil untuk berkahwin. Sayangnya disebabkan Bagas teragak-agak bagi jawapan, Inggrid bagi tender tu kepada photographer lain. 

Bagas bagitahu dia dan Risa akan berkahwin balik dan di ekspo tu nanti akan diadakan majlis perkahwinan mereka berdua. Dek kerana Inggrid takut mereka berdua cuma nak kejar duit, dia suruh Bagas dan Risa tunjuk sijil kahwin dulu sebelum proceed dengan job ekspo tu. 

Masa sembang memang semua pun boleh tapi dah cerai talak 3 kan, mana boleh nak rujuk balik kecuali Risa berkahwin dengan muhallil kemudiannya bercerai. Kalau dekat sini, muhallil tu cina buta. Dulu TV3 pernah buat telemovie pasal cina buta ni. Tapi lepas mufti tegur konsep pak sanggup ni haram, dah tak nampak dah filem atau telemovie dengan tema macam tu. 

Dalam movie Talak 3 ni, penulis trio Salman Aristo, Bagus Bramanti, Wahana Penulis  terangkan kenapa Islam letak had pada talak dan siapa muhallil juga hukumnya. Selain dari isu pak sanggup, diselitkan juga isu rasuah yang berlaku di pejabat agama melalui watak-watak Jonur (Gareng Rakasiwi) dan Hasmi (Hasmi Gundala) yang diperhatikan oleh Basuki (Dodit Mulyanto). 

Disebabkan Bagas dan Risa busy cari siapa yang nak jadi muhallil, semua kerja-kerja proposal ditolak kepada Bimo (Reza Rahadian). Dah la buat kerja tanpa bayaran, kena buat pulak tu semua dari A sampai Z. Sayang betul Bimo dekat Bagas tapi hilang rasa hormat bila Bagas nak Bimo jadi pak sanggup sedangkan dalam diam Bimo ada hati dengan Risa sejak SMA. Siapa pilihan Risa sudahnya, kena tengok sendiri lah. 

Nama pengarah Hanung Bramantyo bukan calang-calang orang sebab dia pengarah yang terkenal dengan karya Ayat-Ayat Cinta (2008),  Rudy Habibie (2016), Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017), Bumi Manusia (2019), Habibie & Ainun 3 (2019). Dah banyak kali dia bekerja dengan Reza juga so dia dah kenal macam mana nak olah watak Bimo. Walaupun screentime dia tak banyak mana dan dia bukanlah hero utama tapi dia tetap menyerlah antara mereka bertiga. 

Sinematografi dari Dimaz Amanta Pratama nampak cantik dengan memaparkan keindahan kawasan luar bandar Indonesia. Makan dekat warung pun nampak cantik dan Insta-worthy. Geram betul tengok diorang buat close-up shot satay, nasi ayam penyet dengan tempe. Dari kenyang terus rasa nak order satay! Music score dari Pelangi Studio Yogyakarta dengan seleksi lagu-lagu romantik terutamanya scene Risa dan Bimo.

 

Masa tengok Vino ni teringat pulak dekat Dazrin. Muka diorang sama sangat kecuali suara Vino serak basah. Dazrin pulak lembut je bila bercakap. By the way, movie Talak 3 ni menang Best Original Film dekat Piala Citra so make sure you guys pun tengok movie romantic komedi ni dekat Netflix okay? 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10