Movie Review : ABCD - Any Body Can Dance (2013)

Saturday 19 December 2020

Director : Remo D'Souza

Writer : Tushar Hiranandani, Amit Aryan

Cast : Prabhu Deva, Ganesh Acharya, Kay Kay Menon, Lauren Gottlieb, Punit Pathak, Dharmesh Yelande, Salman Yusuff Khan, Pankaj Tripathi

Production Company : UTV Spotboy

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Dance / Drama

Running Time : 143 minutes

Release Date : 8 February 2013

Trailer :

Dah jadi adat pertandingan dah bila ada bookie ataupun duit bawah meja bila ada satu pihak yang nak menang sentiasa. Sama lah kes dengan Jehangir Khan (Kay Kay Menon), founder Jehangir Dance Company yang sentiasa mahu penari dari akademi dia bolot title juara dalam pertandingan tarian - Dance Dil Se.

Tanpa berbincang dengan Vishnu (Prabhu Deva), jurulatih tarian dan juga kawan baik dia sendiri, Jehangir bawa masuk Chris Donovan (Mario Fernando Aguilera) dari London sebagai jurulatih baru. Vishnu bengang dengan keputusan Jehangir sudahnya resign serta-merta dan mahu balik ke Chennai. Sebab selama 15 tahun dia ada di Mumbai cuma ajar menari sahaja yang dia tahu. Apa dia nak buat duduk dalam office jadi manager admin?

Gopi (Ganesh Acharya) cuba pujuk kawan dia supaya stay dan cari kerja di dance academy lain tapi lain pula yang Vishnu nampak bila dia dapat inspirasi dari tenaga Rocky (Salman Yusuff Khan) dengan D (Dharmesh Yelande) masa menari kemudiannya bergaduh di perayaan Ganpati. Gopi rasa idea Vishnu merepek sebab geng Rocky dengan geng D dah lama bergaduh. Tak mungkin lah mereka akan bekerjasama sebagai satu team. Tercapai atau tak impian Vishnu tu, kena tengok la dekat Netflix. 

Franchise ABCD di bawah arahan Remo D’Souza ni adalah franchise pertama di Bollywood yang mengangkat tarian sebagai tema dan konsep utama. Kekuatan movie ni haruslah pada koreografi semua tarian yang dicipta oleh trio choreographer terkenal di Bollywood - Remo D’Souza, Prabhudeva dan Ganesh Acharya. 

Kehadiran Lauren Gottlieb sebagai Rhea dan antara lead dancer juga menambahkan impak pada penceritaan sebab Lauren adalah pemenang reality tv show So You Think You Can Dance season 3. Di Hollywood pun Lauren pernah berlakon dalam Hannah Montana: The Movie (2009), Bring It On: Fight to the Finish (2009) dan Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked (2011) sebagai penari so dia tak kekok langsung depan kamera ataupun bekerja dengan pelakon yang lain. 

Dari perspektif Vishnu, semua tarian yang dipersembahkan adalah untuk express emosi dalam diri penari ataupun team tersebut. Berbeza dengan Jehangir yang berpegang teguh pada impression is everything. Perbezaan ni yang diperbahaskan dalam ABCD melalui tarian dari dua dancing team. Ada juga konflik lain seperti penerimaan keluarga di slum area yang menganggap tarian adalah sia-sia. Kisah percintaan Chandu (Punit Pathak) dengan Shaina (Noorin Sha) di mana mereka berdua cuba berubah untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya gara-gara Vishnu. 

Personally for me, jalan cerita ABCD tak lah hebat mana dan boleh kata agak cliché untuk genre drama tapi dek kerana suntingan visual dan sinematografi kreatif dari Vijay Kumar Arora bila dia menggunakan teknik slo-mo, transition yang cantik juga pan dan closer shot untuk pelakon menzahirkan emosi dalam setiap babak buatkan movie ni rasa dekat dengan kita.  

Music score dari duo Sachin – Jigar dengan lirik dari Mayur Puri agak bagus walaupun tak semua soundtrack best tapi kebanyakan lagu ditulis berkaitan dengan jalan cerita macam lagu Sorry Sorry, ataupun Chandu Ki Girl Friend. Untuk lagu masa pertandingan, Man Basiyo Saanwariyo, Duhaai, Kar Ja Re Ya Mar Ja Re dengan Sadda Dil Vi Tu (Ga Ga Ga Ganpati) semuanya best! Ada lagu Sun Saathiya dalam movie ni tapi letak teaser je masa Rhea perform dekat JDC.

 

Forte Prabhudeva bukan lah pada lakonan jadi kebanyakan masanya dia cuma express dengan tubuh badan ataupun facial expression je. Even in real life pun dia macam tu sebab Shahid Kapoor dengan Sonakshi Sinha yang bekerja dengan dia dalam movie R..Rajkumar pun bagitahu dia cuma cakap beberapa patah perkataan je. Bijak jugak la pengarah bagi Kay Kay Menon watak yang licik dan agresif supaya momentum movie tak fall flat. Kemunculan watak Vardha Bhai (Pankaj Tripathi) walaupun sekejap tapi menghiburkan.

Overall movie di bawah UTV Motion Pictures ni berjaya mencapai expectation dari peminat movie dan tarian Bollywood. Walaupun Hollywood dah lama keluarkan franchise dance movie – Step Up tapi tak bermakna franchise ABCD tak mampu deliver yang terbaik. Finishing dengan persembahan Sadda Dil Vi Tu (Ga Ga Ga Ganpati) adalah pilihan yang tepat. Terus sambung tengok ABCD 2! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Movie Review : Kahaani (2012)

Friday 18 December 2020

Director : Sujoy Ghosh

Writer : Sujoy Ghosh

Cast : Vidya Balan, Parambrata Chatterjee, Nawazuddin Siddiqui, Indraneil Sengupta, Saswata Chatterjee, Colleen Blanche

Production Company : Boundscript Motion Pictures

Distributor : Viacom 18 Motion Pictures, Pen India Limited

Genre : Crime / Mystery / Thriller

Running Time : 122 minutes

Release Date : 9 March 2012

Trailer :

Kisah bermula bila penumpang metro di bandar Kolkata meninggal dek kerana gas beracun yang pecah di dalam koc tersebut. 2 tahun kemudiannya Vidya Bagchi (Vidya Balan), software engineer datang ke Kolkata untuk mencari suaminya, Arnab Bagchi (Indraneil Sengupta) yang hilang selepas ke Kolkata untuk projek khas di bawah National Data Center (NDC). 

Pegawai polis Satyoki "Rana" Sinha (Parambrata Chatterjee) tawarkan diri untuk bantu Vidya bila kesian tengok keadaan dia yang sarat mengandung. Malangnya, bila Vidya dan Rana pergi ke NDC, nama Arnab Bagchi tak ada pun dalam staff record. Tapi pegawai HR, Agnes D'Mello (Colleen Blanche) bagitahu yang muka Arnab seiras dengan muka Milan Damji. Anehnya pop-up box restricted muncul bila dia cuba access file Milan. 

Vidya syak ada something yang tak kena atau mungkin suami dia terperangkap dalam situasi yang buruk bila muka Arnab seiras dengan Milan. Tak lama kemudian Vidya dapat tahu yang Agnes ditembak mati di rumahnya.  Muncul pula pegawai Intelligence Bureau (IB), A.Khan (Nawazuddin Siddiqui) dari Delhi cuba yakinkan Vidya untuk pulang sebab nyawa dia mungkin dalam bahaya. 

Geram dengan kedegilan Vidya, A.Khan dedahkan bahawa Milan Damji adalah bekas ejen IB yang menjadi dalang kepada tragedi gas beracun dalam metro.  Apa kaitan Arnab dengan Milan dan berjaya tak Vidya cari suami dia, kena tengok sendiri lah movie arahan Sujoy Ghosh ni dekat Netflix. 

Movie Kahaani penuh dengan elemen saspen, misteri dan thriller dengan skrip yang menggambarkan kekuatan dewi Durga menumpaskan syaitan bernama Mahishasura. Bila ada movie dengan original skrip macam Kahaani memang susah nak predict apa akan jadi seterusnya. Macam scene Bob Biswas (Saswata Chatterjee) jumpa dengan Vidya ataupun scene Rana dapat tahu helah beberapa watak. 

Sujoy Ghosh paparkan kehidupan realiti rakyat Kolkata dan inspired dari kebanyakan scene dalam movie arahan Satyajit Ray. Macam contoh scene Vidya dan Rana dalam teksi diinspirasikan dari movie Aranyer Dinratri (1970) supaya penonton rasa dekat dengan dua watak ni bila mereka berbincang atau bercerita perihal Arnab mahupun bandar Kolkata. Thanks to Setu for make it genuine, raw and beautiful at the same time. 

Music score gubahan duo Vishal–Shekhar dengan lirik yang ditulis oleh Vishal Dadlani, Anvita Dutt dan Sandeep Srivastava. Untuk menghidupkan suasana dan mood  Kolkata, penyatuan muzik dan lirik antara Hindi dan Benggali macam lagu Aami Shotti Bolchi. Screams Kolkata inside out.

 

Bukan setakat jalan cerita movie ni ada plot twist yang mindblowing malah promo strategy pun kreatif jugak bila Vidya Balan pergi ke stesen keretapi, berjalan sana sini pegang poster Arnab Bagchi. Dia tanya ramai orang ada nampak tak suami dia. Dari tahun 2012 sampai sekarang I still ingat promo strategy dia. Power! 

Boleh kata movie Kahaani ni antara movie thriller terbaik dari Bollywood even Sujoy Ghosh menang Best Director dan Vidya Balan menang Best Actress Filmfare walaupun bersaing hebat dengan Priyanka Chopra dalam movie Barfi! pada masa tu. Di National Award pula movie Kahaani menang Best Screenplay (Original), Best Editing dan Nawazuddin Siddiqui menang Special Jury award. 

Disebabkan naskhah Kahaani yang cemerlang baik di India mahupun worldwide, tourism di Kolkata pun meningkat especially Monalisa Guest House – guest house Vidya dalam movie ni sepanjang berada di Kolkata. Even filmmakers pun tertarik untuk buat lebih banyak movie berlatarbelakangkan Kolkata sebab dah bosan dengan scenery Mumbai dan Delhi. Rasanya dah bagi banyak sebab dah kenapa you guys kena tengok movie epic ni. Please watch at Netflix okay ;)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Book Review : Dunia Plot Twist

Thursday 17 December 2020

Penulis :  Abstrakim

Penerbit :  Abstrakim Publications

Helaian :  201 mukasurat /  7 bab

Genre : Seram / Misteri / Thriller

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - Januari 2020 

Harga :  RM 24.90

Sinopsis :




Review : 

Sebelum baca buku ni ada ternampak thread kisah seram penulis Abstrakim karang dekat account Twitter dia. Dari segi penceritaan dan kisah seram tu sendiri nampak menarik lah. Tapi bila baca novel Dunia Plot Twist ni rasa nak marah pun ada, rasa menyampah pun ada, kelakar pun ada. Seram je takde. 

Dalam novel Dunia Plot Twist ni ada 6 kisah pendek yang pernah famous di Twitter dan Instagram katanya. Dan semua cerita pendek ni sebenarnya saling berkait bila di helaian Trivia akan diceritakan setiap watak dengan lebih jelas. Sebab dah banyak sangat plot twist so mungkin ada yang akan confuse tambah pula banyak sangat watak dekat dalam novel ni. 


Konsep yang Abstrakim bawa memang fresh dan unik tapi plot twist yang bermain dengan fiksyen ataupun hantu ni somehow predictable dan bila diulang-ulang kita pun jadi jelak nak baca. Stay sampai habis sebab nak tahu apa ending dan kisah kesemua watak yang wujud dalam novel ni je. 

Bila baca dekat Goodreads ada yang suka dengan penulisan Abstrakim sebab simple dan mudah faham bila keluar dari kepompong puitis dan ‘deep’. I tergolong dalam kelompok yang tak suka sebab penulisan dia tak menitikberatkan tatabahasa dan ejaan. Dekat bahagian awal novel nampak terjaga tapi bila masuk pertengahan sampai ke hujung novel, dah nampak penulis mula malas. 

Kalau dia nak berbahasa pasar then pilih bahasa pasar dari awal macam novel-novel yang dikeluarkan dari FIXI, Dubook, Tukul Chetak dan lain-lain. Kalau nak berbahasa baku seperti penulisan para penulis Karangkraf, Karya Seni, Kaki Novel dan seangkatan dengannya, menulis lah dengan bahasa baku. 


Jangan disebabkan publish di bawah publishing company sendiri tak diendahkan langsung kesalahan tatabahasa bila guna dua kata hubung yang sama dalam satu ayat. Penggunaan kata sendi tertukar dengan imbuhan, penggunaan kata nama am dan kata nama khas yang kurang tepat dan paling menyampah sekali bila penggunaan tanda baca terutamanya koma. Antara contoh ayat dalam novel Dunia Plot Twist: 

‘Masa saya diculik, saya perasan ada perempuan memakai baju putih dan matanya bewarna merah memegang tangan saya, selepas dia memegang tangan saya, muka nya berubah jadi macam saya dan keluar dari gudang ni.’ 

Yes, I know this is a review bukan cikgu tengah check karangan sekolah tapi susah nak pejam mata kalau banyak sangat kesalahan. Nak baca pun tak sedap. Harga novel ni pun lebih mahal dari novel indie yang lebih sedap penulisan dia walhal cuma berbahasa pasar. 

Fakta dalam novel ni pun boleh nampak yang penulis perlu banyak kaji lagi watak dan situasi. Untuk cerita yang berlatarkan sekolah mungkin cerita seram tu boleh diterima akal lah tapi kalau melibatkan badan berkuasa dan beberapa pihak atasan yang lain, boleh terjongket kening baca. 

Ada banyak point yang penulis boleh kembangkan lagi supaya tak nampak watak yang diceritakan seperti manusia yang dangkal dan percayakan hantu semata. Macam kisah Puan Juwita yang hilang ingatan kemudiannya diberitahu nenek kebayan bahawa suami dan anaknya adalah penyamar. 


Semua kisah dalam novel ni mungkin layak ada di Twitter atau Instagram sahaja. Ataupun mungkin target reader adalah murid sekolah dan bukannya pembaca dewasa. Anyway cover buku dengan warna yang dipilih nampak menarik dan sesuai dengan mood dan situasi Dunia Plot Twist. Nice touch dari penulsi memandangkan dia sejenis yang suka abstrak. Boleh nampak penulis seorang yang berseni dan kreatif orangnya. 

Katanya akan muncul Dunia Plot Twist kedua pula nanti. Hopefully penulis akan bergabung idea dengan penulis yang lebih senior dan berpengalaman dalam menulis novel supaya idea dapat berkembang jauh dan lebih menarik. 

1. Author +0.3, 2.Plot +0.7, 3. Genre +0.3, 4. Social Message +0, 5. Personal Thought +0= 1.3/5

Movie Review : Jaane Tu... Ya Jaane Na

Wednesday 16 December 2020

Director : Abbas Tyrewala

Writer : Abbas Tyrewala

Cast : Imran Khan, Genelia D'Souza, Manjari Phadnis, Ayaz Khan, Paresh Rawal, Prateik Babbar, Naseeruddin Shah, Ratna Pathak Shah, Karan Makhija, Alishka Varde, Nirav Mehta, Sugandha Garg, Arbaaz Khan, Sohail Khan

Production Company : Aamir Khan Productions

Distributor : PVR Pictures

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 155 minutes

Release Date : 4 July 2008

Trailer :

‘He’s a Rathore, from Ranjhore! You can take the Rathore out of Ranjhore but you cannot take the Ranjhore out of Rathore. In Ranjhore, a boy has to complete three rites of passage to become a man -  thrash someone, get arrested for that and ride a horse.’ - Amar Singh Rathore (Naseeruddin Shah)

Savitri (Ratna Pathak Shah) keluar dari Ranjhore selepas kematian suami dia kerana ditikam dalam pergelutan.  Dia besarkan Jai Singh Rathore (Imran Khan) bersendirian dan berjanji pada diri sendiri agar Jai tak akan gunakan kekuatan dia untuk pukul orang lain. Tapi mendiang suami dia selalu ingatkan dia yang anak lelaki keturunan Rathore tetap akan mempunyai perangai yang sama. 

Jai berkawan baik dengan Aditi Mahant (Genelia D'Souza) yang berbeza perangai bila dia suka guna kekerasan untuk selesaikan masalah. Pantang dicabar mula lah dia naik angin. 5 tahun mereka berkawan baik siang malam on call, lepak sama-sama sampai orang sekeliling mula syak mereka bercinta termasuklah ibu bapa Aditi sendiri. 

Sama juga dengan kawan-kawan mereka yang lain – Jiggy (Nirav Mehta), Rotlu (Karan Makhija), Sandhya (Alishka Varde) dan Shaleen Varma (Sugandha Garg). Sudahnya lepas habis kolej, Aditi akan tolong Jai cari partner and vice versa. Jai berjumpa dengan Meghna (Manjari Phadnis) dan Aditi happy dengan anak kawan ayah dia, Sushant (Ayaz Khan). Tapi apa lah maknanya lelaki idaman kalau hidup Jai dan Aditi kosong. Betul ke selama ni Jai dan Aditi saling jatuh cinta tapi masing-masing tak sedar? 

‘We used to spend so much time together because we wanted to be with each other, because we were happy together! It is not a duty or an obligation that you should spend time with me. So please, don't ashame me by saying sorry.’ - Aditi

Movie debut Jaane Tu... Ya Jaane Na merupakan movie debut kepada anak saudara kesayangan Aamir Khan sebab tu lah movie ni diterbitkan di bawah production house Aamir Khan sendiri. Dengan bajet 100 juta untuk pembikinan filem, movie Jaane Tu... Ya Jaane Na berjaya meraih kutipan sebanyak 500 juta! 

Even Imran Khan menang Best Male Debut award di Filmfare. Bukan sebab nepotism tapi sebab dia memang berbakat dalam lakonan pun. Imran Khan dah pernah berlakon sejak kecil dalam dua movie hit di Bollywood - Qayamat Se Qayamat Tak (1988) & Jo Jeeta Wohi Sikandar (1992). Walaupun berlakon dengan Genelia D’Souza yang dah lama berlakon di Btown, Tamil, Telugu dan Kannada tapi chemistry diorang tetap cantik onscreen. Tak ada siapa yang overshadow siapa pun, just perfectly blend together. 

Tak ada apa yang special pun dalam kisah cinta antara Jai dan Aditi ni, even villain pun tak wujud tapi disebabkan penceritaan yang kreatif, kita pun jadi penasaran seperti watak Mala Mishra (Renuka Kunzru) yang datang untuk jemput Aditi dan Jai dekat airport. Gara-gara satu jam delay, mereka berempat buka cerita supaya tak bosan di sana. 

Nothing much for visual but a huge deal for music album karya A. R. Rahman dengan lirik yang dikarang oleh pengarah dan penulis skrip movie ni sendiri - Abbas Tyrewala. Bukan setakat dapat sambutan hangat pada tahun 2008 selepas 1.5 juta unit album terjual malah A.R. Rahman menang Filmfare Best Music Director Award.  Lagu Kahin Toh is my fav! The lyrics, the music, emotion, everything just perfect! Dalam lagu Papu Can’t Dance Saala ada terselit lirik ‘Papa kehte hain bada naam karega’, lirik ni ada dalam soundtrack hit Qayamat Se Qayamat Tak, movie blockbuster lakonan Aamir Khan. 

Jaane Tu... Ya Jaane Na mungkin ada kekurangan tapi kekuatan lakonan, skrip, music score, komedi yang tak berlebihan dengan suntingan yang bagus buatkan movie ni jadi kegilaan sejak diterbitkan. Yang belum tengok lagi boleh layan dekat Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

‘Jangan pernah merasa malu ketika hanya mampu memberi sedikit untuk bersedekah kerana selalu ada kebaikan dalam memberi. Tidak peduli seberapa kecil yang kamu berikan.’ – Ali bin Abi Thalib

Dalam menempuh pandemik Covid-19, tidak dilupakan juga pada yang memerlukan dan terkesan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dimumkan sepanjang tahun ni. Untuk tahun 2020 Tetuan Ram Reza & Muhammad memilih untuk menghulurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang kerana jaraknya yang dekat. Lebih afdhal kiranya kita membantu di kawasan sekitar dahulu sebelum pergi lebih jauh kan? 

Melalui dana yang dikumpulkan oleh NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) dalam tempoh masaa sebulan, beberapa barang keperluan seperti pampers pelbagai saiz, susu tepung, makanan, pakaian dan juga sejumlah wang didermakan untuk membantu meringankan beban penjaga Pn. Ummu serta suaminya dalam menjaga kebajikan anak-anak syurga ni. 

Beberapa orang wakil dari HQ dan branch Petaling Jaya bersama managing partner RRM, En. Nor Hisham Muhammad, senior partner, Ms Noraida Hassan dan junior partner, En Izharul Effendy turut hadir menyumbangkan masa dan tenaga. Sengaja memberi ruang dan peluang kepada warga RRM yang muda dan beberapa orang chambering student supaya dapat menambahkan lagi pengalaman dan mencorak mereka untuk peka dengan masyarakat dan komuniti sekitar. 

Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (”PJCKB”) yang menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat telah pun beroperasi sejak tahun 2010 dan sekarang mempunyai seramai  110 orang kanak-kanak yang terdiri dari umur 1-15 tahun yang tinggal di 4 buah asrama  yang berasingan tetapi di bawah satu pertubuhan iaitu, PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH BESTARI. 

PJCKB juga turut membantu menjaga  seramai hampir 50 orang anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal di sekitar Kampung Melayu Subang. Tetapi mereka ini tidak menetap di asrama dan dibantu apabila perlu sahaja. Keutamaan tetap diberikan kepada yang berada di asrama. 

Pusat jagaan amal ni agak terkenal juga sebab pernah featured dalam TV3 bersama Sarah Suhairi dan Nas Terjah, program NONA, mall besar seperti GM Klang ataupun Jakel, McDonald, Royale Chulan Hotel, Little Caliphs dan beberapa syarikat lain yang terkenal. 

Dari segi pendidikan, Puan Ummu memastikan setiap anak akan diajar mengaji Al-Quran, pendidikan teras di institusi pendidikan persendirian dan juga subjek tambahan seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. Untuk tumbesaran yang lebih cerdas pula, mereka dilatih bersukan seperti berbasikal, menunggang kuda, wall climbing, badminton, bermain catur, dan juga permainan papan seperti Saidina. Aktiviti tambahan seperti melukis, bercucuk-tanam dan mengemas asrama dan kawasan sekeliling. 

Umum tahu projek Corporate Social Responsibility (CSR) ni akan memberi impak baik dari segi pertumbuhan sosial dan rohani. Salah satu objektif utama CSR Tetuan Ram Reza & Muhammad  bersama NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dan saling membantu juga meningkatkan sifat berkongsi sesama komuniti. Dari situ aras dinamik antara tenaga kerja dapat diperkukuhkan lagi dan menghidupkan suasana kerja yang mampan. 

Bak kata orang sebelum sayang orang lain, kita kena sayang dengan diri sendiri dulu. Sama juga seperti Tetuan Ram Reza & Muhammad bila kebajikan tenaga kerja terjaga dengan bantuan lunchbox setiap Isnin hingga Khamis, insentif duit raya, misi Kita Jaga Kita dengan membantu warga RRM yang memerlukan dana dan bantuan makanan ketika lockdown, peruntukan tetap untuk covid-19 kit (surgical mask, sanitizer dan disinfectant spray) juga suntikan ilmu dan kata-kata motivasi dalam program sharing session dan online class

Untuk alam sekitar pula, warga Tetuan Ram Reza & Muhammad sebaik mungkin mengurangkan penggunaan kertas, menjimatkan air dan mengurangkan pelepasan karbon dengan berkongsi pengangkutan ke tempat yang sama. Perubahan yang besar terhasil dari jumlah yang kecil tapi dilakukan dengan kerap. 

'Dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk kerana Covid-19, mungkin kita tak dapat menyumbang dengan banyak tapi kita cuba buat apa yang termampu agar aura positif dapat memberi impak kepada yang lainnya.' - Junior partner, En Izharul Effendy

Untuk yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) di Facebook ataupun menyumbang terus kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang. Semoga amal ibadah kita diterima, Insya-Allah. 

Drama Review : The Gifted - Graduation

Tuesday 15 December 2020

Director : Waasuthep Ketpetch

Writer : Waasuthep Ketpetch

Cast : Korapat Kirdpan, Wachirawit Ruangwiwat, Harit Cheewagaroon, Pattadon Janngeon, Atthaphan Phunsawat, Ramida Jiranorraphat, Napasorn Weerayuttvilai, Nattawat Finkler, Chanikarn Tangabodi, Phuwin Tangsakyuen, Apichaya Thongkham

Genre : Sci-fi / Thriller / Mystery / Drama

Running Episodes : 13 episodes

Release Date : 6 September – 29 November 2020

Production Company : GMMTV, Parbdee Taweesuk

Distributor : GMM 25

Trailer :

 

Sequel drama terbaik dari negara Thailand untuk tahun 2018, meneruskan kisah perjuangan Pawaret "Pang" Sermrittirong (Korapat Kirdpan) untuk hapuskan privilege student The Gifted di Ritdha High School supaya semua hak pelajar terbela dan mendapat peluang juga layanan yang sama rata. 

Untuk previous installment yang diadaptasikan dari filem pendek dan novel The Gifted karya Dhammarong Sermrittirong, misi Pang terhenti bila mereka semua gagal halang pengetua Supot Chueamanee (Wanchana Sawasdee) dalam meeting bersama Kementerian. Akibatnya, Namtaan (Apichaya Thongkham) terpaksa berpindah ke luar negara dek ibu dia risaukan keselamatan dia. 

Sebelum ni director Waasuthep Ketpetch bagitahu apa The Gifted program dan develop potential kesemua pelajar yang terpilih dan apa side effects mereka semua. So dalam sequel ni director tambah lagi watak baru baik dari Kementerian mahupun pelajar junior The Gifted dengan kuasa yang belum ada di The Gifted 1. Sayangnya pelajar-pelajar junior diserang virus NYX 88 yang mengakibatkan brain infection bila mereka menggunakan kuasa. 

Pengetua Supot ceritakan kepada Pang yang Kementerian adalah dalang wujudnya virus NYX 88 sebab mereka tak nak projek rahsia ni terbongkar dan mengancam negara suatu hari nanti. Bestnya dalam sequel ni bila kita boleh tahu sejarah The Gifted yang bermula 30 tahun lepas. Tapi cerita jadi mengelirukan dan berat bila future Grace (Chanikarn Tangabodi) merasuk tubuh Grace yang sekarang.

 

Like in my previous review, I did mentioned yang perspektif Pang dan pengetua Supot berbeza thus an adult, apa yang Pang perjuangkan ni bukanlah sesuatu yang besar pun tapi bila future Grace datang, baru nampak lah apa kesannya kepada negara bila wujud The Gifted. Tapi hujungnya Pang berubah pendirian pulak. Eh, so what’s the whole point of this mission? Pffttt I don’t know. Imagine layan 13 episod penuh dengan plot twist only to end up at square one. 

"Young people, at any given time, like to gather to make a social change. But do you know what their main problem is? Their ideology. One day they will find out that, even though their ideology is the same, their true desires aren't. They will argue, betray, and break up. It will take some time for them to learn, that an effective group is not formed based on the same ideology, but on the same interest." - Supot Chueamanee

Lagi bagus Pang pergi study supaya dapat grad dengan cemerlang dan figure out apa major course dia nak ambik bila dekat uni instead of buang masa menyusahkan pengetua dan cikgu-cikgu yang lain. Dah la dia selesaikan masalah kebanyakan masanya dengan guna emosi. Setahun pula tu terbuang bukan kerana covid-19 tapi kerana huru-hara diorang buat dalam previous season. Plot twist, bukan diorang yang buat. Bagi satu spoiler je boleh kan? 

Watak Mr. Pom (Chatchawit Techarukpong (Victor)) agak lemah dalam season 2 ni. Sama juga dengan watak Wave (Wachirawit Ruangwiwat), Claire (Ramida Jiranorraphat) dan Ohm (Harit Cheewagaroon) padahal kuasa diorang power masa Season 1. Tak sangka Wave still guna device untuk curi dengar conversation dalam bilik padahal dia power IT. Hack lah device watak-watak drama ni. Fast & Furious dah buat macam tu takkan lah Wave tak mampu lagi. Sebelum ni tak didedahkan apa kuasa si kembar Jack (Chayapol Jutamas) & Joe (Chayakorn Jutamas) jadi kali ni diorang ada screentime lebih sikit untuk show off kuasa diorang yang okay lahhhh. 

Visual dan sinematografi tetap ampuh dan cantik sama seperti season 1. Product placement kali ni lebih tersusun dan relate dengan jalan cerita so tak nampak annoying. Siap ada cerita pendek tersendiri pula di hujung episod. Background music The Gifted franchise cool macam drama dia jugak sebab dia ada music tersendiri. Bila keluar music tu rasa misteri dan saspen tu timbul. Kudos to the team! 

Tak pasti akan wujud Season 3 The Gifted ataupun tak sebab belum ada official announcement ataupun sebarang hint diorang bagi. Sepatutnya Season 2 diorang chill je sembang pasal setahun yang hilang tu dan masukkan half je konflik ataupun sembang tentang sejarah The Gifted 30 tahun lepas. Biar fans and audience betul-betul kenal dan connected dengan semua watak. Masuk Season 3 tambah sikit lagi konflik dari Kementerian pula. Season kemudiannya pandai-pandai la kembangkan. Orang kata biar lambat, asal mantap. Baru la nampak steady as a franchise. 

Tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur kan? Makan je lah. Quite disappointed but not bad lah untuk layan sebab banyak social message dan life lesson dalam drama The Gifted Graduation ni. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 7/10