Drama Review : The Big Bang Theory Season 2

Friday 25 December 2020

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, John Ross Bowie, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco

Genre : Sitcom

Running Episodes : 23 episodes

Release Date : September 22, 2008 – May 11, 2009

Production Company : CBS

Distributor : Netflix


Second season untuk The Big Bang Theory arahan Mark Cendrowski di bawah penerbitan house production CBS kali ni mengembangkan lagi watak utama - Leonard Hofstadter (Johnny Galecki), Sheldon Cooper (Jim Parsons), Howard Wolowitz (Simon Helberg), Raj Koothrapali (Kunal Nayyar) dan Penny (Kaley Cuoco) dalam episod yang lebih banyak dari season 1 iaitu sebanyak 23 episod. 

Untuk episod pertama – The Bad Fish Paradigm bersambung dari episod last season 1 di mana Leonard dengan Penny keluar dating sebab Penny rasa tak ada lelaki baik yang nak pandang dia. Since Leonard terlampau excited, Penny nak slow down a bit dengan relationship diorang. Dalam season lepas, penulis Chuck Lorre dan Bill Prady dah create friendship atmosphere antara Sheldon dan Penny walaupun IQ dia rendah. 

So dalam season ni Penny minta tolong Sheldon untuk simpan rahsia because that’s what friends do. Sayangnya ni pertama kali Sheldon simpan rahsia and he’s bad at it sampai muka jadi herot, mata terkedip sebab tak nak pecah rahsia punya pasal. Now we know his weakness! 

‘I can’t keep your secret Penny. I’m going to fold like an energy-based de novo protein in conformational space. Like a Renaissanc triptych. Like a cheap suit. I’m constitutionally incapable. That’s why I was refused clearance for a government research fellowship at a secret military supercollider benath a fake agricultural station 12.5 miles southeast of Traverse City, Michigan.’ – Dr. Sheldon Cooper

Tapi dalam episod 7 – The Panty Pinata Polarization, Penny dengan Sheldon bergaduh gara-gara Penny pegang makanan Sheldon kemudian duduk dekat tempat dia atas sofa. Bukan setakat tu je, siapa yang dah 3 kali dipangkah oleh Sheldon kerana perbuatan buruk mereka dari perspektif Sheldon perlu melalui online class provided by him. Imagine that! Dalam masa yang sama Raj dengan Howard busy tracking down rumah untuk peserta America's Next Top Model dekat LA. Tak pasti cameo dari model sebenar ataupun lakonan sahaja untuk series ni. 

Dalam episod 1 ada scene Sheldon pergi rumah Raj lepak tengok movie Hindustan tapi Raj kata pelakon wanita tu Aishwarya Rai walhal movie diorang tengok masa tu movie Kaho Naa Pyaar Hai and the actress was Ameesha Patel not Aishwarya nor Madhuri Dixit. Betul la cakap Sheldon yang Raj tak familiar pun dengan Bollywood cinema haha

Dalam episod 12 – The Killer Robot Instability, penulis kenalkan watak saintis yang suka buli nerds macam diorang berempat which is Dr. Barry Kripke (John Ross Bowie). Fun to have him in the show at least kita nampak watak baru dalam bidang sama dengan perangai yang berbeza. Dalam episod 11 – The Bath Item Gift Hypothesis, Leonard mula show off dengan achievements dia bila Dr. David Underhill (Michael Trucco) nak bekerjasama. Mak Leonard, Dr. Beverly Hofstadter (Christine Baranski) pun buat kemunculan dalam episod 15 - The Maternal Capacitance. Perangai dia lebih kurang Sheldon. 

Dalam episod yang sama juga Sheldon stress nak bagi hadiah apa dekat Penny bila Krismas menjelma sebab 

‘I know you’re being generous but the foundation of gift-giving is reciprocity. You haven’t given me a gift, you’ve given me an obligation. The essence of the custom is that I now have to go to purchase a gift of commensurate value and representing the same level of friendship as that represented by the gift you’ve given me.’


By this dialogue only, I feel like I am the Sheldon sebab cara kitorang berfikir untuk gift-giving ni sama haha I totally understand that feeling. Fun fact, Jim Parson hantar episod ni ke Primetime Emmy Award untuk pencalonan dalam kategori Outstanding Lead Actor in a Comedy Series, 61st Primetime Emmy Awards.

Lepas habis tengok season 2 dengan perkembangan watak Sheldon, I think we’re much alike cuma I’m bad at physics so most of the time I hah macam Penny je lewlz. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : AK vs AK

Director : Vikramaditya Motwane

Writer : Avinash Sampath

Cast : Anil Kapoor, Anurag Kashyap, Sonam Kapoor, Harshvardhan Kapoor, Yogita Bihani

Production Company : Andolan Films

Distributor : Netflix

Genre : Black Comedy / Thriller

Running Time : 107 minutes

Release Date : 24 December 2020

Trailer :

Dah lama tunggu movie ni keluar tapi disebabkan covid-19, terpaksa tangguhkan tayangan but it’s finally arrived on Netflix!! Marketing strategy untuk movie ni pun brilliant bila ada social media banter between Anil Kapoor and Anurag Kashyap on their real twitter account. Dekat billboard pun ada ayat perli dari The Timeless Lakhan (Anil Kapoor) dan Anurag. Youtube pula ada diss track untuk Anil Kapoor dari AIB geng. 


Movie ni guna teknik real footage dari satu camera yang digunakan oleh Yogita, assistant director kepada Anurag untuk rakam semua yang terjadi dalam satu malam. Kisah bermula bila Anurag Kashyap, director dan producer yang famous di Bollywood sebab produce movie-movie indie berjumpa dengan pelakon terkenal Bollywood, Anil Kapoor di forum Mumbai Academy of Moving Image (MAMI). 

Masa forum tu masing-masing bertelagah tentang siapa lagi bagus, adakah Anurag Kashyap (AK) si pengarah filem ataupun Anil Kapoor (AK) si pelakon yang menjayakan sesebuah movie. Walaupun Anil Kapoor cuba untuk cool it down dengan bagi jawapan diplomatic tapi Anurag tetap provoke sampai simbah air ke muka Anil. Anurag memang terkenal dengan perangai abusive dia so director Vikramaditya Motwane gunakan sifat tu untuk watak fiksyen di dalam movie. 

Sebelum ni netizen call out perangai bitter dia sebab cakap buruk pasal mendiang Sushant just because reject offer dia untuk berlakon dalam movie Hasee Toh Phasee so dalam movie ni penulis Avinash Sampath guna point yang sama bila Anurag bitter dengan Anil sebab tak berlakon dalam movie Allwyn Kallicharan, dark thriller film dan movie Grant Hotel. Back in the days, Anurag salahkan Anil Kapoor sebab taknak berlakon dalam dua filem ni sampai project dia shelved. 

I’m glad director did that supaya movie tampak nyata lagipun siapa je lah tak kenal perangai dua persona di industri Bollywood ni. Nice jugak sebab buat watak Harshvardhan sama macam in real life. Bodoh alang especially scene dia tanya Anil kenapa text dia sedangkan duduk semeja. Sayang betul Arjun Kapoor, Rhea Kapoor, Janhvi Kapoor dengan Khushi dah balik. Dah excited dah masa Boney bagitahu diorang ada datang. 

Harshvardhan siap perli movie Bhavesh Joshi lagi sebab flop macam Deadpool perli Green Lantern. But no worries since AK vs AK dengan Bhavesh Joshi dari pengarah yang sama. Sonam tak dapat banyak scene pun dalam movie ni sebab dia cuma muncul untuk beberapa scene dan tak bercakap pun. Patutnya bagi la dialog merayu menangis suruh ayah dia datang selamatkan. Baru la terasa anxious dan panic. By the way, even Anand Ahuja, husband Sonam just buat cameo through phone calls je but he did great.

Walaupun kantoi acting je disebabkan scene Anurag tunjuk phone Sonam masa Anil call tu keluar ‘Papa’ instead of ‘Anil Kapoor’ sebab Sonam save nama ayah dia Anil tapi lakonan Anil mantap habis sampai terasa cuak bila tinggal beberapa jam je lagi sebelum matahari terbit untuk selamatkan Sonam. Kesian pun ye jugak sebab fans Anil tak peduli pun keadaan Anil yang berdarah dan luka sana sini tapi gigih nak selfie pastu nak dia perform on stage. 

Teringat kes fans mengamuk Fasha Sandha suruh dia tunggu sekejap untuk selfie sebab nak uruskan anak dulu dengan kes Kak Ogy kena rompak tapi orang ingat dia berlakon je. Jadi fans ni kena la sensitif sikit, jangan la rasa actor tu milik kita sampai tak bagi ruang untuk privacy langsung. Bila actor marah dikatanya kekwat. 

Nothing much for visual sebab shoot guna satu kamera untuk tayang real footage so bila scene kejar-mengejar antara Anil dengan pemandu teksi tu, Yogita pancit nak lari maka hadap je lah video bergegar. Untuk music score dari Alokananda Dasgupta, suka dengan lagu Khalaas dekat credit scene tapi tak ada dekat Youtube lagi. 

I love the original idea, the script, the dialogue masa Anurag call muse dia Nawazuddin Siddique tu kelakar kot. Taapsee pun taknak berkawan dengan dia dah lepas kontroversi simbah air tu. Plot twist dari movie AK vs AK pun gempak. Lakonan Anurag not bad lah tapi one thing remain is I still don’t like him as a person. Walaupun ni karakter fiksyen tapi boleh kata 90% diambil dari karakter offscreen dia. Kudos to the team for bringing out such a gem and congrats Netflix India for this! Recommended. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 8.9/10

Movie Review | Kapan Kawin? (2015)

Thursday 24 December 2020



Pengarah :  Ody C. Harahap

Penulis Skrip :  Monty Tiwa, Robert Ronny, Ody C. Harahap

Pelakon : Adinia Wirasti, Reza Rahadian, Adi Kurdi, Feby Febiola, Ivanka Suwandi, Erwin Cortez, Ellis Alisha, Firman Ferdiansyah

Syarikat Produksi : Legacy Pictures

Pengedar :  Netflix

Genre :  Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  115 minit

Tarikh Tayangan : 12 Februari 2015

Trailer :

Soalan kapan kahwin ni memang menjengkelkan semua orang sampaikan Dinda (Adinia Wirasti) yang berjaya dalam karier sebagai Hotel Manager pun tak dipandang oleh ibu bapa dia selagi tak bawa teman lelaki balik ke rumah untuk berjumpa dan berbincang soal kahwin. 

‘Hari ni hari ulang tahunmu ke-33! Bak kata bapak, kalau kamu itu kapal perang, siren tanda bahaya sudah berbunyi. Bis aditembak kapal perang Jepang’ - Dewi

Eva (Ellis Alisha) cadangkan supaya upah pelakon untuk menyamar selama beberapa hari sebagai teman lelaki dan Dinda dipertemukan dengan artis jalanan yang berbakat jauh lebih besar dari pelakon drama iaitu Satrio Maulana (Reza Rahadian). Eva dengan Satrio sama-sama pelakon teater tapi sejak bekerja di hotel, Eva memilih untuk berhenti berlakon. 

Dengan bayaran yang dipersetujui sebanyak Rp15 juta dan set pakaian lengkap untuk karakter lelaki metropolitan, Satrio ikut Dinda pulang ke Yogyakarta untuk bertemu ibunya, Dewi (Ivanka Suwandi) yang kaki drama dan ayahnya, Gatot (Adi Kurdi) bersempena majlis ulang tahun perkahwinan mereka. Untuk bagi impression bagus kepada parents dia, Dinda dah book katering, khemah, band, decoration dan benda-benda lain untuk majlis tu nanti. 

Rupanya parents Dinda dah plan out beberapa ujian untuk menguji tanggungjawab, pengorbanan, kejujuran dan kesetiaan Satrio supaya Dinda berkahwin dengan orang yang tepat. Dinda pula berdoa supaya Satrio bisa menandingi sosok karakter abang ipar dia, Jerry (Erwin Sutodihardjo) yang dibanggakan oleh orang tuanya. Mampu tak Satrio penuhi hajat Dinda dan orang tua dia, kena tengok sendiri lah movie Kapan Kahwin di Netflix. 

Jalan cerita movie genre romantic komedi di bawah produksi Legacy Pictures arahan pengarah dan juga penulis Ody C. Harahap ni memang predictable lah tapi disebabkan kekuatan lakonan Reza Rahadian sebagai Satrio dan juga chemistry bersama Adinia Wirasti, membuatkan movie ni best untuk ditonton. Scene Satrio dengan Adinda menari dekat majlis ulangtahun perkahwinan parents Dinda tu sweet sangat. Tak perlu cakap ayat romantis pun dah boleh tahu dari renungan mata Satrio. Apa jadi dekat belakang dah tak ambil peduli dah sebab Rio dengan Dinda dah tarik kita ke dalam dunia mereka berdua. 

Awalnya watak Satro Maulana ni nampak macam annoying tapi bila movie masuk ke second half baru nampak sisi dia yang penyayang. Macam dalam scene diorang pergi picnic dekat pantai bila Satrio perasan yang Dinda terlampau utamakan orang lain sampai endahkan perasaan sendiri. Family dia pun tak tahu apa makanan favorite Dinda. Tak menyesal lah pilih movie ni sebab ada Reza Rahadian haha

Watak Dinda sebagai leading actress pun bagus dalam genre ringan dan ekspresi muka dia sesuai dengan mood atau suasana sesuatu scene. No wonder lah dia dapat dua pencalonan untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Indonesian Film Festival dan Maya Awards. Kudos to Lulu Lutfi Labibi untuk wardrobe Dinda yang cantik, sesuai dengan karakter Dinda especially dress dekat majlis ulangtahun perkahwinan Dewi dan Gatot.

Sinematografi dari lensa Padri Nadeak nampak cantik dengan keindahan kawasan Yogyakarta sama ada di pantai yang tenang, di kawasan pokok nipah ataupun kesibukan warga pekan mencari nafkah. Decoration pun cantik especially decoration dari jagung tu. Bonus lah dalam movie ni boleh tengok Reza menyanyi. Tambah lagi satu sebab untuk jatuh cinta dengan Reza. Suara dia sedap!

 

Movie Kapan Kawin bukan setakat naskhah untuk berjenaka dengan kehidupan si bujang tapi juga bagi mesej kepada para ibu bapa yang sentiasa membanding-bandingkan anak dan mengukur kejayaan hanya pada perkahwinan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10