Movie Review : Kasoor (2001)

Saturday 26 September 2020


Director : Vikram Bhatt
Writer : Mahesh Bhatt, Girish Dhamija
Cast : Aftab Shivdasani, Lisa Ray, Divya Dutta, Apurva Agnihotri, Irrfan Khan, Ashutosh Rana, Pushkar Dwivedi
Production Company : Vishesh Entertainment Ltd.
Genre : Crime / Mystery / Romance
Running Time : 151 minutes
Release Date : 2 February 2001

One of famous crime movie di bawah terbitan Vishesh Entertainment Ltd. bila membawa kisah Shekhar Saxena (Aftab Shivdasani) yang dituduh membunuh si isteri, Preeti Saxena dengan kejam di rumah mereka berdua. Kaki dan tangan Preeti diikat di katil, dada dirobek, peha dikelar dan di dinding perkataan ‘Bitch’ ditulis dengan darah.


Sementara Preeti dibunuh di tingkat atas, orang gaji dibunuh di tingkat bawah, Shekhar pula dipukul sehingga pengsan. Inspektor Lokhande (Ashutosh Rana) yang tak termakan dengan naratif Shekhar mula mendesak supaya mengaku jenayah dia. Motif pembunuhan cuma satu, Shekhar akan bolot semua harta Preeti selepas kematian dia.


Shekhar pula berjumpa dengan Simran Bhargav (Lisa Ray) untuk selamatkan dia dari perbicaraan dan buktikan yang dia tak bersalah. Simran bekerja dengan kawan baik dia, Amit (Apurva Agnihotri) tapi Simran makin melencong dari kes bila dia mula jatuh cinta dengan Shekhar melalui kisah hidup bersama Preeti. 

‘Don’t ask. Look into my eyes. You’ll get to know what it’s true and what’s not.’ – Shekhar Saxena, 2001

Pfffttt kalau client kitorang datang bagi ayat ni mau tersembur air kopi time tu jugak. 

Amit yang dah lama simpan perasaan dengan Simran sakit hati bila Simran luangkan masa dengan Shekhar sedangkan dia kena buat semua kerja dan cari bukti berkaitan dengan kes. Entah dia dapat claim travelling fees entah tidak. Suka scene dia perli Simran pasal Reminton typewriter. Ingat senang ke nak cari entah dari mana datang surat tu.


Dalam movie ni tak pernah sekali pun lah Simran atau Amit pergi jumpa forensik ataupun pekerja Preeti dengan Shekhar untuk soal siasat. Most of the time tengok Simran berahi dengan Shekhar je lepastu nyanyi lagu. Kalau Simran spend masa untuk siasat rumah Shekhar daripada dengar kisah kesunyian merepek dia tu, mungkin Simran dengan mudahnya boleh jumpa siapa pembunuh Preeti.  Dalam court pun Shekhar tak pernah dipanggil ke kandang saksi. Pffttt


Saja je tengok balik movie ni walaupun dari dulu sampai sekarang tak pernah lupa ending dia macam mana sebab lakonan Aftab menjadi. Dari awal pun kita dah tahu dah siapa sebab alibi dan motif Shekhar Saxena dah dibincangkan pun. Kira solid jugak lah tekaan dia tambah pula Simran tak ada bukti kukuh sangat pun untuk defend anak guam dia. 

Movie Kasoor ni sebenarnya projek Mahesh Bhatt untuk Sanjay Dutt dengan Dimple Kapadia tapi shelved so tahun 2000 dia serahkan pada Vikram Bhatt. Asalnya offer dekat Anil Kapoor tapi dia busy dengan movie Nayak so diorang bagi dekat Aftab. Watak heroin pula untuk Sushmita Sen tapi dia reject lepas dia putus cinta dengan Vikram Bhatt.


Berbaloi lah ambil Aftab dan debutante Lisa Ray since fees diorang murah dan bajet pun tak lah tinggi sangat. Lakonan Lisa pun bagus. Cantik pulak tu. Muka dia macam ada iras Amelia Henderson. Movie Kasoor blockbuster dan lagu Zindagi Ban Gaye Ho Tum famous tahun tu. Music album Kasoor je lah jadi kekuatan utama sebab lagu dia semua best. Dari tahun 2001 sampai sekarang I layan lagu-lagu dia. 


Pelakon pembantu pun strong jugak actually bila ada Ashutosh Rana, pegawai polis yang licik dan Irrfan Khan sebagai peguam pihak defendan tapi sayangnya tak ada langsung scene Simran berjumpa dengan Nitin Mehta supaya nampak ketegangan antara dua peguam. Movie Kasoor adalah remake kepada movie Hollywood, Jagged Edge tahun 1985 dan movie What Lies Beneath.


Penceritaan mungkin okay lah diadun sebagai naskhah Bollywood dengan sinematografi cantik dan lagu mengasyikkan tapi untuk plot nampak kurang kemas lah. For those yang nak tengok boleh tengok dekat Youtube with english subtitles :)

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

Drama Review : Flower Of Evil

Friday 25 September 2020


Director : Kim Cheol-Kyu
Writer : Yoo Jung-hee
Cast :  Lee Joon-gi, Moon Chae-won, Jang Hee-jin, Seo Hyun-woo, Son Jong-hak, Nam Gi-ae, Jung Seo-yeon, Lim Na-young, Park Hyun-joon, Cha Sung-je, Jo Kyung-sook, Choi Dae-hoon, Choi Young-joon, Kim Jin-woo, Lim Chul-hyung, Hong Seo-joon
Genre : Crime / Thriller / Romantic / Drama
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : 29 July  – September 23, 2020
Production Company : Monster Union, Studio Dragon
Distributor : tvN
Trailer :


Baek Hee-sung (Lee Joon-gi) atau nama sebenarnya Do Hyun Su (Park Hyun-joon) sembunyikan kisah silam dia sebagai anak pembunuh bersiri, Do Min-seok (Choi Byung-mo) bila penduduk kampung tuduh dia berkomplot dengan ayah dia untuk membunuh orang kampung selepas pisau penuh darah dijumpai dalam beg sekolah. 

Selepas melarikan diri dan terlibat dalam satu kemalangan, Dr. Baek Man-woo (Son Jong-hak) dan isteri dia, Gong Mi-ja (Nam Gi-ae) bagi identiti baru kepada Do Hyun Su sebagai anak lelaki tunggal mereka berdua. Hee-sung kemudiannya bekerja sebagai metal craftsman dan buka workshop sendiri then berkahwin dengan Cha Ji-won (Moon Chae-won), seorang detektif polis. 


Mi-ja tak pernah mesra dengan Ji-won sebab dia takut rahsia Hee-sung akan terbongkar. Tak ke gila criminal berkahwin dengan detektif polis? Tapi Hee-sung rasa dia paling selamat bila ada Ji-won dan paranoia dia hilang sejak dia bercinta dengan Ji-won. Cinta? Lebih kepada berpura jatuh cinta sebab Hee-sung ada masalah psikologi bila dia tak ada perasaan terhadap sesuatu sejak kecil lagi (Cha Sung-je). 

Satu hari Cha Ji-won terjumpa wartawan Kim Moo-jin (Seo Hyun-woo) semasa menyiasat kes penderaan. Dari situ dia tahu tentang kes pembunuhan bersiri di kampung Moo-jin. Sampai sekarang pembunuh Do Hyun-su tak dijumpai. Tak lama kemudian muncul pula kes pembunuhan dengan modus operandi yang sama dan Ji-won syak pembunuh bersiri tu dah muncul kembali.


Walaupun director Kim Cheol-Kyu dan penulis Yoo Jung-hee sengaja mendera dan mengusik penonton dengan parallel yang dan hint yang sama antara pembunuh dengan Hee-sung/Hyun-su, tapi dah boleh agak lah hero bukan pembunuh sebenar. Dah nama pun hero. Tapi syok la jugak nak layan sebelum team production pembunuh yang sebenar itupun jenuh jugak nak teka.


Since I ubah speed video sampai 2x, maka tak lah terasa seksa nak tunggu satu episod habis since genre dia melodrama. Ada scene yang memang terserlah sangat melodrama tu macam scene Cha Ji-won selamatkan Hee-sung dalam kolam tu. Beria lah dia berenang dari hujung kolam sampai hujung sana padahal boleh je dia berlari sampai hujung lepastu masuk dalam kolam. Dah buang masa dah dekat situ lepastu gigih nak sedarkan suami dia dalam air. Ambil la pisau dulu, putuskan tali tu baru la sedarkan dia. Lagi satu scene bila Ji-won dengar conversation Hee-sung dengan Hae-su (Jang Hee-jin) dekat pool lama. 


Geram jugak kenapa Ji-won tak boleh nak cari tahu macam mana suami dia dituduh sebagai pembunuh untuk pembunuhan terbaru sedangkan dia dah rasa ada benda yang tak kena dekat rumah tu? Dia pun tahu suami dia pergi tolong kutip barang tup tup esoknya jadi suspek pembunuh dah. Dia tak sudah-sudah dok syak suami dia pembunuh. Memang la Hee-sung kecewa dengan dia. I pun kecewa sebab detektif yang ada dekat tempat kejadian tak alert. Tak ada yang siasat crime place pulak tu. Hmmmm

Tapi jangan assume drama ni tak best sebab beberapa scene dekat atas, it just minor glitch lah from my part. Dari awal sampai habis memang syok layan sebab drama ni habis dalam masa 2 hari je lepas tu tunggu 4 hari untuk episod akhir dan ending dia terbaik. Spoiler alert, mungkin akan menangis tapi yang pentingnya akan terharu sangat dengan Eun-ha (Jung Seo-yeon). Eiii geram!


Chemistry Lee Joon-gi dengan Moon Chae-won perfect for a romantic drama. Rasanya lepas ni fans akan request lagi pairing ni untuk berlakon dalam drama sebab rating drama ni tinggi and mostly positive reviews je. So tak mustahil la kan? I didn’t watch much Kdrama so it is hard for me to say this is the best Kdrama of year 2020 tapi one thing I can assure you, lakonan, visual, music album, skrip semuanya diadun cukup rasa. Kudos for team production Flower Of Evil! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Special September Giveaway by Misya

Thursday 24 September 2020


Dah 3 kali Kak Misya drop by and invite tapi asyik lupa nak update. Ampun kak Misya. Kalau menang nak hadiah no. 2 :)

Yang nak join boleh klik banner okay :)


Dari minggu lepas kitorang dah plan untuk buat photoshoot dekat office sebab nak replace gambar-gambar lawyer dalam company profile sebab figure dalam tu dah kerja dengan company lain. Ada yang dah buka firm sendiri dah pun so tak proper lah nak guna lagi kan?

Tapi kitorang tak hire any photographer pun sebab ada DSLR plus nak ganti dua tiga keping gambar je pun. Yang selebihnya kitorang photogedik je banyak hshshs

Yang lain boleh buat eposters untuk kegunaan akan datang. Dalam perancangan jugak ni untuk update tentang law firm dan basic content tentang akta ataupun apa-apa je lah yang related dengan company secretary ataupun corporate matter. 

Asalnya nak buat satu hari je tapi sebab boss ada emergency matter so anjak la sampai 2 hari. Thanks to photography skills Amy, kitorang dah berjaya siapkan dalam masa dua jam sehari. Jadi lama sebab taknak nampak awkward sangat dan tak nak nampak skema sangat. 

So ni lah hasilnya.....









Semua gambar ni raw so memang tak cantik lagi lah lagi pun photoshoot bajet je hahaha ni je lah yang termampu kitorang boleh buat. Actually ada lagi pose yang dalam perbincangan tak dapat nak shoot sebab ada tragedi meja nak roboh sebab kitorang alih sana sini. 

Sejam jugak lah nak betulkan balik meja tu. Dah la berat, habis berpeluh semua orang, hilang terus mood nak bergambar. So kitorang postpone kepada tarikh yang entah bila pulak nak buat entah......

Movie Review : Bride and Prejudice (2004)

Tuesday 22 September 2020


Director : Gurinder Chadha
Writer : Paul Mayeda Berges, Gurinder Chadha
Cast : Aishwarya Rai, Martin Henderson, Daniel Gillies, Nadira Babbar, Anupam Kher, Naveen Andrews, Indira Varma, Namrata Shirodkar, Sonali Kulkarni
Production Company : Miramax Films, Pathé, UK Film Council, Kintop Pictures, Bend It Films, Inside Track Films Media, Bride Productions
Distributor : Pathé Distribution, Miramax Films, Panorama Studios
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 111 minutes
Release Date : 6 October 2004 (United Kingdom), 11 February 2005 (United States)
Trailer :


Tanya lah mana-mana fans tegar Aishwarya Rai, movie apa yang best lakonan selebriti pujaan diorang. Confirm movie Bride And Prejudice ada dalam must watch list. Walaupun movie ni dah 16 tahun tapi jalan cerita tetap relevan sampai sekarang. Except the sneezing part. [covid-19 alert] 


Mrs Bakshi (Nadira Babbar) tengah sibuk carikan jodoh untuk keempat-empat anak perempuan dia - Jaya (Namrata Shirodkar), Lalita Bakshi (Aishwarya Rai), Lakhi (Peeya Rai Chowdhary) dan Maya (Meghna Kothari). Dia nak semua anak perempuan dia kahwin dengan suami kaya. Lagi dia syok kalau dapat menantu duduk dekat luar negara. 


Mr Bakshi (Anupam Kher) pula lebih suka kalau anak-anak perempuan dia berkahwin dengan lelaki tempatan dan boleh bantu dia jaga ladang. Selalunya Lalita yang banyak bantu dia menguruskan setiap hari. Lalita paling cantik di Amritsar dan juga yang paling bijak. Jaya pula seorang yang sopan. Lakhi habiskan masa dengan mencari lelaki tampan manakala Maya suka menyanyi dan menari. 


Movie ni bermula dengan keluarga Bakshi pergi ke majlis perkahwinan kenalan mereka bila anak perempuan dia berkahwin dengan lelaki dari US. Dekat situ lah Jaya jatuh cinta dengan Balraj (Naveen Andrews), lawyer dari US. Kawan Balraj pula, Will Darcy (Martin Henderson), terpaut dengan kecantikan Lalita tapi disebabkan sikap judgemental Will terhadap rakyat India buatkan Lalita menyampah. 


Di mata Lalita, Will seorang yang bongkak, biadap, insensitive and intolerant. Berbeza dengan Johnny Wickham (Daniel Gillies) yang suka dengan budaya India. Even perspektif dia sama dengan Lalita so memang mudah sangat Lalita jatuh cinta tapi Will bagitahu yang Johny bukan lelaki baik. Johny pula bagitahu Lalita yang Will berperangai buruk dan keluarga dia menjengkelkan. Siapa yang bercakap benar, kena tengok la movie ni. 


Drama dalam movie ni tak la over sangat dan syok nak layan sebab drama quite intellectual bila ada perbezaan perspektif antara dua budaya, antara orang biasa dan business minded, antara NRI dan orang tempatan dan banyak lagi lah. Gurinder Chadha  dan Paul Mayeda Berges olah dengan mantap dan selitkan scene kelakar dalam lirik lagu atau perbualan antara watak. Scene Maya menari tarian ular tu paling teruk berdekah


Walaupun komposer musik Bride & Prejudice ni Anu Malik – Bollywood famous composer tapi kebanyakan lagu dalam English. Music Bollywood tapi lagu Hollywood. Quite disappointed lah with this one sebab satu pekan menari Bhangra tapi menyanyi dalam English. Macam yang idak-idak je.


Tapi hadap je lah sebab production house pun semuanya UK so syarat diorang invest dalam movie ni, conversation mesti dalam English dan shooting pun kena buat dekat sana. So tak berapa nak feel sangat lah. Ada satu scene je keluarga Bakshi sembang Hindi, masa Jaya dengan Balraj nak bertunang. Agaai Bharat. Chalo! 


Brownie points untuk Gurinder Chadha  dan team sebab berjaya olah cerita dari novel Pride & Prejudice karya Jane Austen sebab kisah asal cuma berkisar dalam kalangan orang Britain. Suka sangat bila team production letak wedding ceremony dan Navratri festival. Cuma decoration tak semeriah macam dalam movie Loveyatri lah. Mungkin budget issue but still it’s fun to watch they dance to Garbha. 


Overall I have fun watching this and tak sedar pun movie dah nak habis. For sure, akan ulang tengok lagi nanti.  Btw, Aishwarya dengan Namrata cantik sangat dalam movie ni. 

p/s : Tak sangka Elijah singgah kejap dekat India jumpa Aishwarya hahaha [The Vampire Diaries stan will understand this hiks]

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10