Movie Review : Ateet

Saturday 25 April 2020


Director : Tanuj Bhramar
Writer : Harsshil R Patel
Cast : Rajeev Khandelwal, Priyamani, Sanjay Suri, Vipin Sharma, Neha Bam, Deshna Dugad
Production Company : Funtime Entertainment, Indian Film Studios
Distributor : Zee5
Genre : Mystery / Horror
Running Time : 122 minutes
Release Date : 21 April 2020 (India)
Trailer :


Ateet Rana (Rajeev Khandelwal) dah lama menghilangkan diri lepas jatuh dalam sungai semasa perang di sempadan. Vishwa Karma (Sanjay Suri), kawan baik dia sendiri nampak dia jatuh lepas kena tembak. Lepas beberapa bulan Ateet tak dijumpai, pihak atasan declared Ateet meninggal dunia tinggalkan balu, Janhvi (Priyamani) dan anak perempuan, Sanah (Deshna Dugad). 


Vishwa yang memang dah lama simpan perasaan dengan Janhvi, jaga mereka berdua dan berkahwin. Bila Sanah dah besar menginjak ke usia 10 tahun, Vishwa dinaikkan pangkat sebagai Colonel dan berpindah ke rumah baru. Tapi Sanah selalu nampak sesuatu di kawasan rumah tu. Vishwa pun mula diganggu. 


Tak lama kemudian Vishwa dapat call yang Ateet ada di hospital tentera. Ateet cuma diam taknak makan dan selalu sebut nama Janhvi. Dr. Masood (Vipin Sharma) datang rumah Vishwa untuk minta bantuan Janhvi jumpa Ateet sebab mereka semua nak tahu apa yang jadi masa hari tersebut sampai habis satu pasukan Ateet terkorban kecuali Vishwa dan seorang lagi askar. 


Tak tahu la kenapa pihak atasan tak rasa benda ni kelakar sebab mudah betul nak teka siapa punca satu pasukan mati dekat hutan tu. Vishwa yang atur koordinat masa tu meanwhile Ateet lead pasukan di hutan bergantung koordinat yang Vishwa bagi. Tak payah buat siasatan pun, wild guess pun dah boleh tahu siapa punya angkara. Takkan lah tak ada yang syak langsung? 


Kalau ikutkan seorang askar mati pun dah kena soal siasat, inikan pula satu pasukan under lead kapten yang terbaik pulak tu. Watak Janhvi pun annoying dalam movie ni sebab dia beria taknak Sanah tahu siapa ayah sebenar siap merajuk beria lagi bila Vishwa suruh cerita perkara sebenar dekat Sanah. Masa second half pun dia tak kesian langsung dengan Ateet walaupun dah tahu cerita sebenar.


Kenapa nak buang terus masa silam sedangkan Ateet bukannya mati sebagai pembelot tapi terkorban di medan perang. Patutnya sebagai anak dan isteri askar, dia kena rasa bangga. Kalau sebab dia nak jaga hati Vishwa then kenapa kahwin dengan Vishwa? Sebab masa second half movie dia tegaskan depan Ateet dengan Vishwa yang dia seorang pun mampu jaga Sanah. Tak perlukan diorang berdua dalam hidup dia pun. 


Tak payah tunggu second half ataupun plot twist pun kita dah tahu siapa sebenarnya Ateet dan kawan dia, Nayab (Shakeel Khan)bila diorang datang balik sebab gangguan tu bukan kena dekat Vishwa yang dikatakan berhalusinasi sebab dos ubat yang tinggi tapi Dr. Aunty – pengetua dan isteri Dr. Masood pun kena ganggu jugak. 


Well at first I thought Nayab dengan Ateet jumpa bomoh minta tolong kacau Vishwa sampai dia confess kejahatan dia tapi tak. Huru-hara plot cerita ni sebab masa first half Nayab kata Vishwa akan confess tapi  masuk second half Janhvi dah tahu Vishwa jahat padahal Vishwa tak sempat bagitahu apa-apa pun. 


Bila plot twist dah keluar lagi merepek sebab kalau Ateet tu macam tu, kenapa semua orang boleh accept muka dia? Bila Janhvi tahu yang muka dia sebenarnya hodoh tak macam Ateet pun? Apa maksud Ateet dia nak Sanah ingat happy moments pasal dia sedangkan Ateet muncul dengan muka creepy sampai Sanah takut? My brain hurts. 


Visual quite okayish lah sebab ada beberapa scene yang nampak sangat guna tali dengan shot yang tak diambil dari angle yang cantik. Tapi shooting location dekat Coonor memang cantik dengan kawasan ladang the, bukit bukau dan kawasan rumah Vishwa-Janhvi paling cantik. Either way, you guys can totally skip this movie sebab jalan cerita tak menarik dengan dialog merepek. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.6/10

New Normal Ramadhan 2020

No photo description available.

Dah masuk bulan Ramadhan hari ni. Tahun ni berbeza sangat sepanjang hidup dalam dunia ni sebab first time kena kuarantin. Tak boleh keluar rumah untuk pergi bazaar. Tak boleh pergi solat teraweh. 

Sebab dah bosan makan masakan sendiri and nak tolong peniaga lain dapat sumber rezeki, order menu iftar hari ni dekat bazaar online. Okay lah apps e-bazaar tu sebab memudahkan cuma tak bestnya kena pilih 3 vendor je. Kalau nak makan kuih-muih memang sakit lah sebab delivery charge dah mahal. Macam tak berbaloi beli kuih RM3 tambah dengan delivery charge. Tengah mencari lagi yang ada menu iftar dengan side dishes. 

For teraweh, macam tahun lepas lah buat solat sunat teraweh sendiri dekat rumah. Kalau dekat kampung boleh pergi teraweh dekat surau. Malam ada moreh. Ramadhan kali ni sunyi lah sebab surau dengan masjid tak meriah macam tahun sudah. 

Anyway, selamat berpuasa semua. Semoga ibadah kita diterima. Insya-allah amin. 
Finally dah complete 30 hari update journal harian walaupun yang hujung ni dah kelaut sebab dah murung kena kuarantin sampai sebulan lebih. Tak lama lagi menganjak ke berbulan lamanya. Kita dah di fasa ke-4. Bak kata DG Hisham covid-19 ni akan habis tahun 2021 paling awal pun so kalau dah ada yang rasa rabak tu boleh la belajar untuk redho haha

As for now kena work from home which is a torture indeed sebab menghadap lappy je lah dari siang membawa ke malam. Kejap buat marketing, kejap buat kerja admin, kejap buat account, kejap update blog. Nak tengok movie pun tak sempat sebab wfh ni lagi penat dari daily working hours.


Tak boleh tengok dunia satu hal, tak boleh menyembang sakan macam dekat office. At least kalau bosan boleh pergi tengok lukisan dekat galeri ataupun jalan pergi Family Mart. Tak pun makan cheesecake dekat Gloria Jeans. Sekarang ni menyembang dengan pokok bunga je lah tak pun main kejar-kejar dengan Puteh.

Puteh pun dah menyampah sebenarnya. Nak keluar pun tak boleh. Kalau dia keluar pun kawan-kawan dia pulak berkurung.

Nak harap habis PKP pun dah malas sebab setiap kali perutusan pun extend je cerita dia walaupun bilangan pesakit positif dah menurun banyak. What else to do? Redho dan bersyukur je lah masih sihat dan ada duit nak makan.

Stay safe for anyone whom reading this.