Sebuah drama siri terbaharu Korea berjudul The World Of The Married telah mencipta sejarah JTBC apabila berjaya merekodkan rating tertinggi sewaktu episod pertama bersiaran. Beberapa sumber media tempatan juga menyatakan rating drama ini semakin meningkat dan trending di laman sosial setiap kali tayangan. 

Turut mencatatkan rekod tersendiri,pada episod keenam, drama siri The World of The Married berjaya mendapat purata rating yang memberangsangkan  iaitu sebanyak 18.8 peratus diseluruh negara dan 21.4 peratus bagi kawasan metropolitan Seoul. 

Secara tidak langsung, drama ini berjaya mengalahkan rating terbaik drama Korea popular Itaewon Class yang hanya mencatatkan 16.5 peratus di seluruh negara pada episod akhirnya. Secara keseluruhannya,The World Of The Married kini berada di tempat kedua dalam sejarah saluran JTBC dengan rating tertinggi.

Turut menarik perhatian drama ini, bukan sahaja para peminat baharu drama Korea malah penggemar drama-drama siri Melayu dan Nusantara juga. Ternyata, drama siri Korea ‘The World Of The Married’  mempunyai kualiti dan tarikan tersendiri  dengan jalan cerita yang penuh emosi, sehingga dapat membuka ruang yang lebih besar untuk menarik lagi ramai peminat  drama.

Selain menayangkan drama Korea yang mempunyai banyak permintaan di saluran K-flix pada 28 April, filem Pengabdi Setan juga merupakan salah satu judul filem kegemaran ramai yang akan ditayangkan di iflix secara PERCUMA bermula 7 Mei nanti. Setia bersama iflix untuk menyaksikan pelbagai judul menarik yang akan ditayangkan secara percuma setiap minggu! 


THE WORLD OF THE MARRIED


Genre  : Drama 
Pelakon :  Kim Hee-ae, Park Hae Jun, Park Sun-young  
 Pengarah : Mo Wan-il
 Percuma di iflix : 28 April 2020
SINOPSIS : 

Drama ini bercerita tentang pasangan suami isteri yang mengalami masalah dalam kehidupan rumah tangganya kerana sebuah pengkhianatan, yang akhirnya membawa kebencian. Pelakon veteran Kim Hee Ae memegang watak sebagai Ji Sun Woo memainkan watak seorang anak Doktor. Jin Sun Woo bernikah dengan Lee Tae Oh (Park Hae Joon) dan mereka mempunyai seorang anak lelaki. 

Ji Sun Woo menjalani kehidupan yang sangat sempurna dan dikelilingi dengan ahli-ahli keluarga yang sangat positif. Kehidupannya yang harmoni, membuatkan  perasaan cinta dan kesetiaan terhadap suaminya memang  tidak pernah berubah. Ketika beliau hidup dalam keadaan penuh bahagia, satu fasa dugaan yang dihadapinya telah mengubah segala persepsi mengenai suaminya. Meskipun Lee Tae Oh mencintai isterinya, tetapi dia telah hanyut dalam sebuah perhubungan yang sangat berbahaya dan membuatkan hubungan mereka tidak lagi bahagia.

Jalan cerita  menarik dalam drama ini juga, tidak hanya menjelaskan kisah kecurangan seorang suami malah turut mengangkat kisah seorang isteri yang membalas dendam terhadap perbuatan suaminya yang berselingkuh...Memang cukup emosi!

‘Pengabdi Setan’ Mungkin Tersenarai Dalam ‘Checklist' Cerita Seram Anda.. Saksikan Pengabdi Setan Pada 7 Mei Nanti Percuma Di Iflix

Klik gambar untuk baca review

Genre : Seram
Pelakon : Pelakon : Tara Basro, Dimas Aditya, Bront Palarae, Endy Arfian, Ayu Laksmi, Elly D. Luthan
Pengarah: Joko Anwar
Percuma di iflix : 7 Mei 2020

SINOPSIS 
Rini bersama ibu bapa dan tiga adik lelakinya terpaksa tinggal di rumah neneknya di luar bandar selepas rumah mereka dijual untuk rawatan ibunya. Ibunya sakit selama tiga tahun setengah tanpa diketahui sebabnya. Selepas mak Rini meninggal dunia, ketakutan bermula apabila hantu wanita yang serupa dengan mak Rini menjelma.


Movie Review | Love Aaj Kal 2


Director : Imtiaz Ali
Writer : Imtiaz Ali
Cast : Kartik Aaryan, Sara Ali Khan, Arushi Sharma, Randeep Hooda
Production Company : Maddock Films, Window Seat Films, Reliance Entertainment
Distributor : Pen Marudhar Entertainment, Jio Studios
Genre : Romance / Drama
Running Time : 141 minutes
Release Date : 14 February 2020
Trailer :


Sequel dari Love Aaj Kal dengan template yang sama – perbezaan percintaan antara dua generasi. Dalam LAK2, Imtiaz Ali guna plot masa pada tahun 1990 dan 2019. Tema masih lagi sama dengan LAK bila lead couple terpaksa pilih antara kerjaya dan cinta. Which I found absolutely rubbish lah at the first place sebab generasi sekarang tak ada masalah kot dengan career. I mean, look at us now, work from home ftw.

Veer Srivastava (Kartik Aryaan, web programmer  bercinta dengan Zoe (Sara Ali Khan) tapi disebabkan nasihat mak Zoe dan kisah cinta Raghu (Randeep Hooda), Zoe mula takut kalau Veer punca dia hilang focus dengan kareer. Disebabkan hal tu semua, dia buang Veer dari hidup dia.


Kalau ikut template Love Aaj Kal, watak hero ada di dua generasi so does Kartik Aryan dalam Love Aaj Kal 2 bila dia pegang watak Veer di zaman moden dan watak Raghu masa muda di zaman 90-an dan jatuh cinta dengan Leena (Arushi Sharma). Bezanya dalam Love Aaj Kal, watak storyteller generasi lama bercerita dengan hero tapi dalam Love Aaj Kal 2, Raghu ceritakan kisah dia pada sang heroin sebab heroin yang pentingkan kareer meanwhile si hero dengan misi mencari cinta sejati.


First half not bad lah sebab watak Veer dan Raghu agak kelakar sebab kekuatan Kartik Aryaan pada genre komedi. So director olah watak Veer dan Raghu ikut keselesaan Kartik tapi sayangnya sama macam macam movie Imtiaz yang lain, watak heroin agak lemah. Ditambah pula dengan lakonan Sara yang agak kekok dan tak memahami watak Zoe.


Some part she looks plain while some part she’s going over the top. Masuk scene emosi bila dia bergaduh dengan mak dia disebabkan Veer, dia tak boleh nak deliver and her hands are damn annoying. Watak emosi bila dia tiba-tiba hilang akal masa jumpa parents Veer, dia tak boleh nak emote on screen.


Sayang sebab scene klimaks bila watak dia rasa rimas dengan Veer dengan scene dalam kepala yang dok asak dia tapi dia tak mampu nak deliver rasa frust macam Ranbir Kapoor buat dalam Tamasha ataupun Rockstar. Imtiaz bagi tanggungjawab besar pada orang yang salah. Supposedly dia bagi dekat Kartik tapi Kartik sendiri dah sarat dengan watak Veer yang hidup dalam dunia dia sendiri, watak Raghu yang gilakan Leena dan watak Raghu yang messed up.


Masuk second half Imtiaz Ali tunjuk hakikat kehidupan perkahwinan parents Veer dan kita dah boleh agak kenapa Veer invest masa dia mencari cinta sejati instead focus on career dan tak kisah sangat pun bab financial sebab dia kaya. Kalau Imtiaz buat movie based on kehidupan perkahwinan parents Veer dengan Zoe pun dah boleh create deep trauma untuk Veer dan Zoe. Apa perlunya copy template Love Aaj Kal dan rosakkan?

Konsep second half pun sama macam Love Aaj Kal bila Veer tunggu Zoe datang pada dia sebab Zoe sendiri yang nak bukan sebab pengaruh lain.


Selalunya kekuatan movie Imtiaz ni pada dialog dan bahasa cinta dia tapi Love Aaj Kal 2 bukan setakat gagal untuk deliver dialog yang ampuh malah body gesture pun tak menambahkan apa-apa elemen dalam penceritaan. Totally wasted. Chemistry Sara-Kartik pun lemah. Good thing diorang dah breakup in real life sebab tak increase brand value pun. Don’t get me wrong sebab diorang bercinta untuk create brand Sartik at the first place.


Yang paling sedih sekali bila soundtrack merdu macam Mehrama dan Rahogi Meri tak dimasukkan sepenuhnya dalam movie tapi digantikan dengan dua single yang tak best well at least for me sebab tak menambahkan emosi pada penceritaan especially untuk second half bila Veer dan Zoe berpisah.


Walaupun movie ni lemah dari segi penceritaan tapi Kartik Aryaan dan Randeep Hooda did their best to save the story. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10

Movie Review : Love Aaj Kal


Director : Imtiaz Ali
Writer : Imtiaz Ali
Cast : Saif Ali Khan, Deepika Padukone, Rishi Kapoor, Shweta Gulati, Florence Brudenell-Bruce, Vir Das, Neetu Kapoor
Production Company : Illuminati Films
Distributor : Eros International
Genre : Romance / Drama
Running Time : 130 minutes
Release Date : 31 July 2009
Trailer :


Dari perkenalan biasa antara Jai (Saif Ali Khan) dan Meera (Deepika Padukone) kemudian bertukar ke percintaan bila masing-masing ada personality yang sama. Both have weaknesses tapi masing-masing boleh compromise dan hidup bahagia macam couple lain. 


Sayangnya masing-masing ada kerjaya, Jai dengan impian dia untuk bekerja di Golden Gate dan Meera dengan inpian dia untuk buat kerja-kerja restoration bangunan bersejarah di India. Meera dan Jai ambil keputusan untuk berpisah dengan cara baik dan buat party for their new life. 


That’s when Jai meet Veer Singh (Rishi Kapoor) yang bercinta dengan cara lama bila kena fight untuk dapatkan cinta Harleen Kaur (Shweta Gulati) pada tahun 60-an. Jai awalnya rasa mengarut tapi lama kelamaan dia pula nak tahu apa jadi dengan kisah cinta Veer dan Harleen. 


Sedikit sebanyak bantu hubungan cinta dia dan Meera walaupun dia kena hakikat yang Meera dah berkahwin dengan Vikram (Rahul Khanna) dan dia pun dah ada Jo (Florence Brudenell-Bruce) sebagai pengganti. That’s why tajuk dia Love Aaj (sekarang) Kal (semalam/lalu) sebab director guna template dua kisah cinta pada masa yang berbeza. 


Kisah percintaan Jai dengan Meera agak relatable dengan percintaan generasi masa tu sebab both lagi sayangkan career sebab tu impian masing-masing. Pemikiran yang duit dan impian boleh bagi kebahagiaan dalam hidup sedangkan hidup akan sunyi tanpa cinta. Masuk second half, director tunjuk macam mana kosong hidup Jai dengan Meera walaupun masing-masing digambarkan sebagai bahagia dengan haluan baru. 


Saif did great as Jai bila dia anxious like typical boyfriend masa dia nak bagitahu yang dia kena stay di London. Bila dia happy dia dapat kerja di Golden Gate then bila dia rasa lemas dalam dunia yang dia nak. But for his role as Veer Singh, nothing much dia boleh buat sebagai lelaki Punjab yang jatuh cinta dan sanggup travel jauh semata untuk tengok Harleen. But that’s okay though sebab kisah percintaan Veer-Harleen pun cuma curi-curi tengok tanpa menyembang antara satu sama lain. 


Most fav scene bila Harleen rindu dengan Veer, dia akan minum black coffee di beranda rumah dia walaupun pahit tapi dia belajar untuk compromise supaya hilang rindu pada Veer. Watak Meera pun deliver love message yang strong bila dia bagitahu yang dia nak Jai balik pada dia bukan sebab dia nak Jai balik tapi bila Jai sedar yang dia nak Meera dalam hidup dia. I think both scenes are precious.


Tak tahu kenapa Imtiaz Ali pilih Deepika instead of Kareena untuk watak Meera sedangkan Kareena-Saif real life couple and deliver Geet dalam Jab We Met dengan cemerlang sampai tersenarai dalam watak ikonik Bollywood. Deepika tak mampu nak deliver watak Meera selain jadi cantik dengan senyum dan flaunt dimples dia. Mujur ada Saif dalam kebanyakan scene. 


Visual quite okay but music score not bad lah dengan lagu Twist dan Yeh Dooriyaan. Yang lain quite average tapi lirik kena dengan jalan cerita so it does impact kepada penceritaan baik Jai-Meera ataupun Veer-Harleen.


Bukan senang untuk director nak bermain dengan plot masa bila penceritaan masa sekarang dan bercampur aduk dengan flashbacks tapi movie Love Aaj Kal nampak unik dan cantik dengan teknik ni. Pace dia agak slow tapi tak mencacatkan penceritaan sebab ada unsur komedi dan moment to be appreciated. Art takes time, same goes with love. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10