Day 29 Quarantine : KKM Our Heroes!

Friday 24 April 2020

I know I'm quite late and matter of fact already late like super late because we already masuk ke fasa 4 but I just update my journal like I promised to myself lol.

First of all I'm tremendously happy for KKM especially for DG Hisham sebab dinobatkan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan terbaik untuk wabak Covid-19. Dua lagi doktor ternama dari US dan UK pernah dinobatkan yang terbaik masa virus Ebola dan ZIKA.

Image

Bertukar 3 kerajaan pun DG Hisham tetap jalankan tugas kendalikan KKM dengan baik. Memang patut lah dia dikenali sampai di tahap global tambah pulak bila KKM buat yang terbaik untuk combat virus covid-19. Jumlah kematian kita paling rendah, pulih makin banyak and kes positif pun tak tinggi macam negara lain. 

Though our numbers dah makin berkurang tapi still kena extend jugak sebab wujud kluster-kluster baru baik dari dalam ataupun luar negara. So kena tunggu je la sampai raya. Like I said, sia-sia je beli planner tahun 2020. DG Hisham pun dah kata paling awal nak habis hal covid-19 ni pun sampai tahun 2021. Tskkkkk what a decade. 

Movie Review : Agneepath

Wednesday 22 April 2020


Director : Karan Malhotra
Writer : Ila Dutta Bedi, Karan Malhotra
Cast : Hrithik Roshan, Sanjay Dutt, Rishi Kapoor, Priyanka Chopra, Om Puri, Arish Bhiwandiwala, Zarina Wahab, Pankaj Triptahi, Chetan Pandit, Sachin Khedekar, Rajesh Tandon
Production Company : Dharma Productions
Distributor : Eros International, AA Films
Genre : Action / Drama
Running Time : 173 minutes
Release Date : 26 January 2012
Trailer :


Reboot movie Agneepath tahun 1990 yang dibikin di bawah produksi yang sama, Dharma Productions sebagai tribute kepada original films yang dibikin dibawah produksi Yash Johar. Agneepath tahun 2012 pula under Karan Johar dengan beberapa scene dan watak yang ditambah untuk menambahbaik jalan cerita di bawah arahan Karan Malhotra dengan dialog oleh Ila Bedi.


Mengisahkan tentang Master Dinanath Chauhan (Chetan Pandit) yang dibunuh secara kejam lepas difitnah merogol dan membunuh seorang gadis remaja, Bindiya kerana Kancha Cheena (Sanjay Dutt) nak merampas tanah semua penduduk Mandhwa dan tukarkan kepada kebun popi untuk hasilkan kokain. Kemudiannya menjadi exporter utama kokain dengan harga yang lebih murah ke Mumbai.


Suhasini Chauhan (Zarina Wahab) yang tengah sarat mengandung keluar dari Mandhwa bersama anak sulung dia, Vijay Chauhan (Arish Bhiwandiwala) mula simpan dendam dan menjadi anak buah Rauf Lala (Rishi Kapoor), mafia yang berkuasa di Mumbai.


Gerak geri dia masih lagi terkawal di bawah kuasa polis Gaitonde (Om Puri). Banyak kali Insp Gaitonde buat encounter tapi yang jadi penghalang bila Home Minister Mr. Borkar (Sachin Khedekar) pun di bergabung kuasa dengan Kancha. Lepas 15 tahun, Vijay / Viju (Hrithik Roshan) membesar dengan kuasa dan pengaruh Rauf Lala dan dalam masa yang sama jadi informer kepada Insp Gaitonde.


Viju jadi orang kanan Rauf Lala dan cuma tunggu masa untuk ambil alih tampuk pemerintahan Rauf Lala dan serang Kancha di Mandhwa. Viju tahu orang macam Rauf Lala tak akan biarkan dia hidup di atas pun bila ada anak sendiri, Mazhar (Rajesh Tandon). Viju buat plan untuk lagakan Rauf Lala dan Kancha dengan bunuh orang kanan mereka berdua.


Insp Gaitonde dan ibu dia bagi amaran supaya buang dendam tu sebab serang Kancha akan pertaruhkan nyawa dia tapi Kaali (Priyanka Chopra) faham yang Viju tak akan tenang selagi dendam tak terlunas. Glad director tambah watak Kaali dalam cerita ni sebab jadi diversion bila movie ni jadi terlampau tegang dan sarat. Priyanka did her best sebagai penyeri hidup Viju. Chemistry Priyanka-Hrithik antara sebab scene mereka berdua menarik.


Movie Agneepath ni antara movie yang mendapat jumlah kutipan tertinggi di Bollywood pada tahun 2012 dengan lakonan hebat dari semua pelakon baik yang utama mahupun sampingan. Dinamik antara Vijay dengan Kancha buat jalan cerita nampak menarik bila yang seorang nak Mandhwa dan yang seorang lagi dengan impian dia untuk kuasai Mumbai. Ada banyak scene yang both actor convey emotion guna body gestures.


Kalau Agneepath asal dilakonkan oleh Amitabh Bachchan, untuk reboot movie ni Hrithik taknak dibayangi dengan lakonan Amitabh so dia recreate imej watak Viju dengan cara dia sendiri tanpa tengok filem asal. Dia berlakon ikut vision pengarah Karan Malhotra. Watak Vijay antara watak yang paling susah dalam career dia sampai banyak kali injured. But worth the pain and efforts sebab watak dia dipuji oleh critics dan tersenarai antara yang terbaik dalam karier lakonan Hrithik.



Visual and costume team make a great effort untuk hidupkan suasana slum area dan perkampungan Madhwa. Fun fact banyan tree, pokok di mana Master dibunuh dibuat dengan fiber untuk dapat bentuk pokok seperti yang pengarah nak. Supaya dapat hidupkan suasana kelam dan menakutkan.


Music score okayish lah untuk movie ni but thanks to Ajay-Atul create one of the greatest item song, movie ni akan diingati sampai bila-bila sebab item song Chikni Chameli naikkan nama Katrina Kaif dalam industri. Kelincahan Katrina dengan suara merdu Shreya Goshyal hidupkan suasana ketegangan pertemuan pertama Vijay dan Kancha di Mandhwa.


All in all I do enjoy watching this revenge drama walaupun more or less ramai yang terkorban demi untuk lunaskan dendam. Tajuk movie ni pun dah menggambarkan drama bila Agneepath bermaksud jalan yang berapi. Bak kata orang tua, jangan bermain dengan api kelak terbakar diri sendiri. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10


Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com & https://cariblogger.com di dalam bloglist korang
4. Pilih satu resepi dalam blog korang yg korang nak share dgn mama dan paste perkataan beserta link ni di bawah post resepi korang tu.

5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkanlink penyertaan korang di pust ini. Tu je,, Senang kan.

Tarikh tutup penyertaan pada 5 May 2020


P/S: Kalau korang takde entry resepi dalam blog, jangan risau ye, korang boleh ambil mana-mana resepi dalam blog mama dan letak dalam post korang. Jangan lupa letak credit utk mama tau. Resepi mama di sini

Dari semasa ke semasa mama akan random pilih resepi peserta dan share dalam blog mama ni. Jangan risau nanti mama akan credit pada owner nanti. Mama akan senaraikan nama peserta mengikut link resepi di blog mereka nanti. So, bolehlah kita tengok-tengok resepi yang ada dalam segment ni kan.. 

Hadiah:

4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.

Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.