Movie Review : Secrets In The Hot Spring

Monday 20 April 2020


Director : Kuan-Hui Lin
Writer : Kuan-Hui Lin
Cast : Ting-hu Zhang, Sing Hom, He-Hsuan Lin, Mimi Chu, Kar-Ying Law
Production Company : Third Man Entertainment, Huace Pictures, Arrow Cinematic Group, Fox Networks Group, Ocean Deep Films, MacGuffin Film Production
Distributor : Warner Bros
Genre : Comedy / Horror
Running Time : 120 minutes
Release Date : 12 July 2018 (Taiwan), 2 August 2018 (Malaysia)
Trailer :


Movie genre komedi seram ni mengisahkan tentang Xiao Jin (Zhang Ting Hu) yang dah 20 tahun tapi gagal untuk lulus exam sekolah menengah walaupun makin menginjak usia dan kawan-kawan dia yang lain dah masuk kolej.  Satu hari Xiao Jin dapat call dari nenek dia, Mao Xihua (Mimi Chu) untuk balik ke hot spring resort, business keluarga dia sebab atok dia, Qie Gao (Kar-Ying Law) dah sakit teruk.


Dah tiba masanya untuk dia ambil alih hot spring resort tu tapi dia dah lama hilang minat sejak parents dia meninggal dunia. Xiao Jin balik ditemani Little Princess (Sing Hom) dan Lu Qun (He-Hsuan Lin) secara terpaksa bila Xiao Jin yang selamatkan diorang berdua dari dibuli di sekolah.


Dalam internet hot spring resort OO nampak mewah tapi hakikatnya usang benar dan banyak facilities yang rosak sebab grandparents Xiao Jin tak ada duit untuk repair dan maintain resort tu. Little Princess dengan Lu Qun enjoy sangat hot spring dekat situ tapi malangnya mereka berdua diganggu hantu.


Banyak kali diorang bagitahu Xiao Jin tapi dia tak endah langsung sebab dia tak pernah nampak pun hantu yang kacau tu. Lagipun bagus untuk dia sebab dia ada alasan untuk taknak ambik alih resort tu. Taknak balik sebab taknak kena buli punya pasal, Lu Qun dengan Little Princess tidur sebilik dengan Xiao Jin.


Bila Xiao Jin nampak sendiri dan kerapkali terima panggilan suara perempuan menangis, diorang syak grandparents Xiao Jin sebenarnya dah lama mati. Ataupun grandparents Xiao Jin buat benda terlarang dengan seru balik roh parents Xiao Jin sebab rindu sangat. Mana satu teori yang betul, kena tengok sendiri lah movie Taiwan ni.


Walaupun movie ni genre seram tapi dari awal sampai habis asyik berdekah je tengok gelagat diorang bertiga. Watak Xiao Jin tough tapi kena layan perangai Little Princess yang lemah lembut dan manja. Lu Qun pula jenis annoying tapi blend well lah dengan dua orang lagi watak ni. Chemistry diorang bertiga terbaik lah. Atok dengan nenek Xiao Jin pun sama naik je perangai diorang. Fun fact, He-Hsuan Lin sampai menang award untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.


Plot movie ni cliché tau, ada jugak some scenes yang draggy tapi boleh dimaafkan lah sebab enjoy tengok. Plot twist pun banyak sampai hujung movie. Ada juga part yang sedih bila Xiao Jin terkenang balik masa parents dia meninggal dulu. Bagi dia, both of them selfish sebab cinta melampau sampai abaikan perasaan dia. For a debutant director-writer, he did great for an entertaining piece!


I’m glad movie ni walaupun banyak scene waktu malam tapi tak la gelap teruk sangat sampai tak nampak apa watak-watak cuba buat. Mungkin jugak sebab team production tak beratkan part horror kot. Kudos to costume and makeup team sebab tercalon dan menang award di Taipei Film Festival 2019!


 Movie ni ada tayang dekat Netflix so boleh lah korang pilih movie ni kalau nak tengok genre seram tapi kelakar. Watak utama dalam movie ni bukan pelajar bijak tau so jangan expect level kelakar diorang tinggi sangat. Kalau jenis susah terhibur dengan lawak sengal ubi, jangan tengok. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Day 28 Quarantine : Perut Yang Hebat Datang Dari Orang Yang Hebat

Sunday 19 April 2020

Selalu kalau pergi NSK memang suka beli barang pukal stok sebulan except sayur lah. Kalau ambil sayur ambik yang jenis tahan lama macam bendi, terung, kacang, kobis macam tu. Yang tak tahan lama kita dahulukan masaknya. 

Bahan kering memang memborong lah cerita dia sebab suka borong kan. Since dah lama tak masak tomyam, kebetulan haritu dah beli daun ketumbar haaa kita happy la masak tomyam ayam dan paru. Happy betul masak masa tu sebab tomyam sedap lagipun dah lama tak makan kan. 

Dah kenyang makan, esoknya baru perasan expiry date kiub tomyam ni tahun lepas!


EXPIRY DATE DIA BUKAN SEMINGGU DUA TAU, DAH SETAHUNNNN!!!!


Elok je terletak expiry date ni depan mata. Memang dunia nak bagitahu yang kitorang makan tomyam dah expired. Eh tapi sedap je. Kalau tak sedap takkan lah kitorang makan bertambah kan? Takde pulak episod cirit-birit ke apa. Power betul perut kitorang hshshshs

Movie Review | Rasuk (2018)

Saturday 18 April 2020


Pengarah : Ubay Fox
Penulis Skrip :  Alim Sudio
Pelakon :   Shandy Aulia, Miller Khan, Denira Wiraguna, Gabriella Desta, Josephine Firmstone, Ninok Wiryono, Weni Panca
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 28 Jun 2018
Syarikat Produksi :  MD Pictures, Dee Company
Pengedar : MD Pictures
Trailer :


Diadaptasikan dari novel best seller dengan tajuk yang sama, Rasuk karya Risa Saraswati yang diterbitkan pada tahun 2015. Penulis Risa Saraswati ni agak terkenal dengan kebolehan bercakap dengan makhluk halus. Ada juga lagu dia ditulis dari pengalaman dia di alam mistik. Tak pasti kalau Rasuk ni antara salah satu dari pengalaman sebenar dia juga.

Namaku Langgir. Langgir Janaka lengkapnya. Nama yang aneh, seaneh jalan hidupku. Sial, seperti nasibku.

Langgir Janaka (Shandy Aulia) benci dengan hidup dia yang dia anggap sebagai sial lepas kematian ayah kesayangan dia masa sekolah rendah bila dilanggar dengan bas. Kejadian tu berlaku di depan mata Langgir sendiri. Ibu dia salahkan Langgir atas kematian suaminya dan berkahwin lain. sakit hati Langgir bila ibu dia ambil keputusan untuk jual rumah supaya dapat duit beli barang keperluan adik tiri dia, Borneo Bakula.


Langgir tak suka sangat melepak dengan geng Putri Sejagat - Lintang Kasih (Josephine Firmstone), Sekar Tanjung (Gabriella Desta), dan Francisca Inggrid (Denira Wiraguna) sebab dia rasa hidup diorang bertiga bertuah dan mempunyai keluarga bahagia. Dia suka keluar dengan Abimanyu (Miller Khan) dan dalam diam Langgir suka dengan Abimanyu.


Sebelum Lintang pergi ke Singapura, mereka berempat vacation di Vila Karma Rinjani. Abi Manyu buat surprise datang last minute tapi Langgir dapat tahu yang Abimanyu bercinta dengan Inggrid. Dia mengamuk dan lari keluar ke hutan untuk balik rumah.


Dalam masa yang sama Lintang dirasuk oleh roh jahat Kumalasari (Weni Panca) yang nak badan untuk dia hidup kembali dengan bantuan ilmu sihir hitam ayah dia, Rudi. Abimanyu yang keluar mencari Langgir diganggu roh Kumalasari lalu cedera. Nasib dia baik bila terjumpa dengan sekumpulan orang masjid lantas minta pertolongan dengan Ustaz.


Sudahlah jalan cerita movie ni klise, sakit hati pula dengan beberapa plot yang mengarut. Tak pasti umur Langgir dan geng dia ni berapa sebenarnya. Mungkin baya budak kolej tapi kepala otak Langgir ni sewel agaknya. Dengan baby pun dia nak berdendam. Bakula huh pun dikatanya mengejek. Ayah tiri dia pun tak sudah cuba pujuk dia tapi tetap dianggapnya jahat. Tak ada scene yang nampak hidup Langgir tu malang. Elok je kekdahnya.


Kalau dia rasa keluarga dia menyakitkan hati, kenapa dia tak pindah keluar je duduk asrama? Kalau dia rasa geng Putri Sejagat tak bagus di mata dia, kenapa tak kawan dengan orang lain je? Semua ni bukan masalah pun tapi mengada dia je rasa dunia ni berputar berpaksikan kehidupan dia. Susah nak simpati dengan watak utama. Rasa menyampah ada lah. Cuba jugak nak faham tapi eh tak boleh lah!
kok salah guwe???
Sakit hati bila dia marah dengan Abimanyu dan Inggrid sebab bercinta padahal tak ada seorang pun yang tahu dia suka Abimanyu. Eh Abimanyu pun tak tahu masalahnya. Dia ingat semua orang ada sixth sense gamaknya. Dah la keluar pergi hutan tengah malam padahal nak sampai ke vila tu pun dari pagi membawak ke malam baru sampai sebab sesat. Kawan-kawan dia makan pun belum lagi tapi dia dah buat drama dia menyusahkan semua orang.


Awal cerita Lintang bagitahu yang Vila Kamar Rinjani tu projek resort pakcik dia sampai beli tanah 10 hektar dekat situ tapi dia tak buat homework dulu ke sebelum pergi? Takkan lah pakcik dia tak tahu kenapa vila dia tak ramai yang nak book walaupun cantik. Merepek. Jambatan runtuh pun pakcik dia tak ambik port eh.


Plot masa dia agak tak logik lah sebab vila tu dalam hutan tapi boleh pulak Langgir balik rumah masa kena rasuk dengan Kumalasari. Tapi yang tak logiknya bila Sekar dengan ibu Kumalasari, Rosita (Ninok Wiryono) yang lemah dan berpapah tu pun boleh sampai ke rumah Langgir, tak lama pun lepas Langgir dan kawan-kawan yang lain. Apo?


Visual movie keren tanpa visual effect dan music score merepek even sinomatografi dia cantik. Part seram memang menjerit lah sebab dah serupa thriller dah gaya dia nak membunuh sana sini. Sayang lah sebab penulis skrip ni bukan kaleng-kaleng orang. Kalau bosan pun tak perlu lah tengok movie ni. 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.1, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 2.8/10

Day 27 Quarantine : Jarjit Dimana-mana

Tak tahu kenapa trending tapi sekarang ni dekat Twitter bersepah yang buat meme pantun Jarjit. So here are some meme for you guys. Ada yang funny, ada yang hambar but who cares anyway bcs we got nothing better to do anyway.

Image

Image




















Okay dah tu je, yang lain banyak mengarut je. Kpop fans je mendominasi dengan lagu Kpop yang orang ramai tak tahu pun. Party pooperssss

Lirik Lagu : Peluang Kedua - Nabila Razali

Friday 17 April 2020

Sebelum ni dengar ramai yang cover lagu balada ciptaan Hael Husaini yang dinyanyikan oleh Nabila Razali. Lagu ni dah buat kemunculan dalam drama seindah 7 Warna Pelangi. First time dengar pun dah suka part chorus sebab lirik dia best ditambah dengan music melankolik menambahkan mood sayu.


Rasanya ni single balada pertama Nabila Razali kan? I don't think her voice sesuai dengan lagu balada. She's more to pop genre. Bila Hael yang buat cover lagu ni dengar lagi sedap sebab kena dengan suara lembut dia. Same goes to Wany Hasrita but here the original song by Nabila Razali.



Lirik Lagu Peluang Kedua
Penyanyi : Nabila Razali
Komposer : Hael Husaini
Lirik : Hael Husaini
Studio : Universal Music Sdn Bhd.


Sepi..
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata tanpa henti
Lagi..
Sepi..
Menghasut diri kembali untuk memikirkan tentang kita tanpa henti
Lagi...
Dan tiada salah darimu mengingatkanku
Bila ku tak sempurna
Engkau bisikkanku yang paling sempurna
Dimatamu...hanya aku...

Maaf andai kau terluka
maafku tak sengaja tanpa sedar
sakitimu sesalku
Maaf kerna aku pun terluka
Pintaku hanya peluang kedua
rasa cinta darimu

Dan tiada salah darimu mengingatkanku
Bila ku tak sempurna
Engkau bisikkanku yang paling sempurna
Dimatamu
Hanya aku

Dan andai terbuka hatimu
Ku disini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah sayang kepadaku

Maaf andai kau terluka
maafku tak sengaja tanpa sedar
sakitimu sesalku
Maaf kerna aku pun terluka
Pintaku hanya peluang kedua
Rasa cinta darimu

Rasa cinta
Rasa cinta darimu

Movie Review : Ashfall


Director : Lee Hae-jun, Kim Byung-seo
Writer : Lee Hae-jun, Kim Byung-seo
Cast : Lee Byung-hun, Ha Jung-woo, Ma Dong-seok, Bae Suzy, Jeon Hye-jin
Production Company : Dexter Studios, CJ E&M
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Action / Comedy
Running Time : 128 minutes
Release Date : December 19, 2019 (South Korea)
Trailer :


Satu gempa bumi berlaku di kawasan Korea Selatan dan Korea Utara disebabkan letusan gunung berapi di Gunung Baekdu, gunung tertinggi  di semenanjung Korea yang berada di sempadan China-Korea Utara. Jeon Yoo-kyung (Jeon Hye-jin)  guna teori Professor Kang Bong-rae (Ma Dong-seok), pakar geologi yang dah lama mengkaji keadaan Gunung Baekdu dan minta dia jelaskan kepada semua pegawai atasan negara.


Awalnya Prof Kang nak lari balik ke US sebab Pandemonium taknak dengar teori dia sebelum perkara ni berlaku. Tapi setelah dipujuk, dia pun akur untuk jelaskan sebelum keadaan bertambah lebih parah. Mereka perlu letupkan bahagian bawah Gunung Baekdu supaya lava tak meletup tapi keluar dari lubang yang dibuat di bahagian bawah. Masalahnya letupan tu perlu menggunakan bom nuklear. 


Jo In-chang (Ha Jung-woo) ditugaskan sebagai kapten dalam misi khas operasi untuk mencuri bom nuklear dan perlu menjejak Lee Joon-pyeong (Lee Byung-hun) di penjara Korea Utara selepas kantoi sebagai spy Korea Selatan. Kapten Jo nak bersara tapi terpaksa batalkan permohonan dia dan hantar isteri dia, Choi Ji-young (Bae Suzy) yang tengah sarat mengandung under protection askar semasa bencana. 


Sepatutnya team Kapten Jo cuma hantar nuclear ke Gunung Baekdu tapi disebabkan special force Alpha yang sepatutnya activate dan letupkan gunung tu terkorban, team Kapten Jo terpaksa buat semua kerja dari awal sampai habis tanpa kepakaran seperti special force Alpha. Masalah timbul bila Lee Joon-pyeong dalam diam buat deal dengan pihak China untuk curi nuklear dan letusan gunung berapi lebih awal dari jangkaan Professor Kang Bong-rae.


Berkonsepkan bencana alam, movie macam ni kena pakai bajet yang agak besar untuk visual and they did a pretty good job dengan CGI dan visual effects. Production house movie Ashfall ni sama team dengan movie Along With The Gods, Dexter House so of course lah hasilnya sama bagus. 

Namun jalan cerita agak klise dan mungkin juga dicedok dari movie yang berkisarkan bencana alam sebab ada scene di awal cerita bila Kapten Jo terperangkap dalam traffic jam kemudian rush balik rumah. Scene ni sama sangat dengan scene dalam movie 2012. So it’s nothing new even the thrills pun tak mampu untuk nampak real and convincing onscreen. 


Antara kekuatan movie Ashfall bila lakonan pelakon-pelakon utama dengan chemistry nampak bagus onscreen. Perbezaan karakter antara Kapten Jo yang pendiam, family man dan ketua bidan terjun digandingkan bersama Joon-pyeong yang licik dan kejam. 

Both excellently delivered their characters dan selamatkan movie Ashfall jadi hambar. Action stunt masing-masing pun cantik dan kemas. Berbeza dengan movie bencana yang lain bila cerita berkisarkan watak utama selamatkan family tapi dalam movie ni jalan cerita lebih kepada gandingan watak mereka berdua. 


Pelakon sampingan mostly tak meninggalkan impak atau menyerlah dalam screentime masing-masing walaupun ada Ma Dong-seok dan Bae Suzy. Scene emotional masa Ji-young  dapat bercakap dengan Kapten Jo tak mampu nak hidupkan suasana sedih. Sama juga pelakon sampingan yang ada dalam special force team Kapten Jo. Mungkin sebab garapan watak masing-masing yang lemah. 


All in all, movie berkisarkan manusia versus bencana alam ni ada kekuatan tersendiri sebagai tatapan peminat movie bencana dan naskhah berbeza dari pengarah-penulis Lee Hae-jun dan Kim Byung-seo. For Ha Jung-woo fans, Ashfall definitely a must watch. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 8/10