Lirik Lagu : Sinar Kedua - Naqiu

Monday 30 March 2020

Juara Gegar Vaganza 6, Naqiu muncul dengan single balada hasil karya Naqiu sendiri. Lirik lagu nampak relate dengan life Naqiu yang dapat buat comeback terbaik di platform Gegar Vaganza lepas hilang 12 tahun dari industri. 


Berjaya jugak Naqiu deliver lagu karya sendiri lepas Tok Ram challenge dia dekat GV dulu. Nah siapa yang belum tengok MV Naqiu dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB boleh play video bawah ni


Lirik Lagu Sinar Kedua

Lagu : Naqiu Mohd
Lirik : Naqiu Mohd
Studio : Mindorder Sdn Bhd.

Terang cahaya menyinari
Bagaikan hadir dan mengerti
Menyapa ku lagi

Berkurun lamanya menanti
Mimpi yang mengubah segala

Indah sungguh tak ku sangka

Hadir semula sinar kedua

Sukar perjalananku
Telah ku tempuh

Berharganya pengalaman berliku

Ku doa tak berhenti
Terus meniti
Moga terbuka tak tertutup lagi
Sinar yang Kau beri

Sungguh ku terharu
Takkan pernah pun ku lupakan

Kisah ku yang lalu
Masih membara dalam jiwa
Kan ku genggam seribu impian

Syukur semua yang Kau beri

Kembara ini bermula lagi
Takkan ku lepaskan

Duhai dinda cintaku
Ku hargai lelah pengorbanan cinta yang suci

Segalanya

Sukar perjalananku
Telah ku tempuh
Berharganya pengalaman berliku

Ku doa tak berhenti
Terus meniti

Moga terbuka tak tertutup lagi

Ku doa tak berhenti

Terus meniti
Moga terbuka tak tertutup lagi
Sinar yang Kau beri
Awal bulan haritu ada bagitahu pergi company trip dekat Desaru kan? Lepas dah syok main waterpark dan buat aktiviti luar haruslah muka sunburn walaupun tak teruk sangat sebab dah apply sunscreen. Bila balik ke sini, muka dah mula kering dan breakout. Tambah pula bila cuaca dah berubah ke musim panas terik, air-cond makin kuat, makin cepat lah kulit dehydrated. 

Tapi disebabkan ada Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature yang menggunakan teknik water drop, jerawat makin lama makin surut dan muka kekal lembap dan segar. 


Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan dapat merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sunburn, kulit yang sensitive dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah. 


Dekat packaging pun dah tunjuk fungsi Aqua Whitening Cream. Apa yang best dengan aqua cream ni bila tekstur krim yang tebal tapi sangat lembut dan ringan. Bila sapu di muka tak melekit langsung macam moisturizer yang lain dan cepat meresap. Rasa sejuk dan selesa lepas dah buat urutan muka dan tap tap tap selama 10 saat supaya krim meresap masuk ke kulit dengan sempurna. Suka dengan bau cream ni sebab wangi tapi tak terlampau strong. Just nice je bau dia. 


Ingredients:

Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus Densiflora Leaf Extract, Sodium Chloride, Angelica Acutiloba Root Extract, Cnidium Officinale Root Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Rehmannia Chinensis Root Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Camellia Japonica Seed Oil, Betaine, Cetyl/ PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia Florida Fruit Extract.


Boleh tengok dekat gambar ni tekstur cream yang moist, lembut dan watery. 


Cakap tentang produk Korea mestilah ada ramuan dari tumbuhan semulajadi yang mempunyai khasiat yang tinggi bila rakyat negara Korea ni mementingkan kecantikan kulit. Boleh tengok dalam senarai ingredients tu sendiri ada pelbagai jenis bahan semulajadi seperti Camellia Japonica Seed Oil yang tinggi vitamin A,B dan E dan pakar membaiki tisu kulit yang rosak. Sangat sesuai digunakan untuk kulit yang sensitif. 

Paeonia Albiflora Root Extract pula adalah ejen anti-penuaan kerana tinggi anti-oksidan. Menganjalkan kulit sekaligus menyahkan kedut dan garis-garis halus. Rehmannia Chinensis Root Extract antara punca kulit kekal lembap sebab menggalakkan proses body fluid. 


Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) antara ramuan terbaik yang membantu memperbaiki tona kulit, mengecilkan liang roma dan merawat kulit yang ada masalah acne. Berfungsi mencerah, membersih dan menegangkan kulit. 

Nak tengok tak cream ni bertukar water drop? Kita calit sikit di tangan kemudian buat urutan bentuk bulatan sampai krim ni bertukar menjadi titisan air. 


Cara penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature :

1. Apply pada dahi, hidung, pipi dan dagu


2. Ratakan pada seluruh muka dengan kedua-dua belah tangan. 


3. Buat urutan di muka berbentuk bulatan sampai krim bertukar menjadi titisan air.


4. Tap tap tap dengan jari selama 10 saat


Kesannya lepas beberapa urutan dan tap tap tap selama 10 saat, kulit akan nampak glowing dan lembap. 


Review : 

Lepas guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni kulit muka makin lembut, berseri dan kurang berminyak. Siang ataupun malam boleh guna krim ni. Siang sebagai perlindungan dari sinaran yang membahayakan kulit dan juga partikel bebas. Malam pula untuk baiki sel kulit yang rosak. Duduk rumah pun guna sebab terdedah dengan udara luar dan laptop. Lagi satu sebab dah syok pakai krim ni. 


Bukan setakat perempuan je, lelaki pun boleh guna krim ni. Sekarang pun dah ramai lelaki yang mengutamakan penjagaan kulit muka so boleh la masukkan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature dalam list. Berbaloi tau beli satu jar berkuantiti 50ml ni dengan harga RM148 sebab berkualiti dan banyak kelebihan yang menjanjikan senyuman berpanjangan!

By the way Hansaegee Nature ni dah lama bertapak dalam bidang kecantikan di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Ada banyak lagi produk bermutu yang lain. Boleh tengok di pautan link di bawah sekiranya berminat : 

Aqua Whitening Cream, Krim Berasaskan Water drop (50ml)

Brand : Hansaegee Nature

Instagram: @hansaegeenature
Facebook: Hansaegee Nature
Youtube : Hansaegee Nature

Day 12 Quarantine : Duck Quack Quack!

Sunday 29 March 2020

Sejak PM umumkan Pakej Ransangan Ekonomi kemain ramai artis yang memekak minta bantuan dimulai dengan Black yang suka flex kemewahan dia tiba-tiba nak bantuan. Bila ramai yang bash, dia kata nak bantuan kepada crew belakang tabir. Entah ye entah tidak. 

Tak lama lepastu Shuaib pula mengada nak bantuan khusus sambil flex gambar Vellfire hitam dia berbagpackkan LV. Yo boy, kau menang MLM dapat berpuluh ribu dengan business madu dan boba tea, takkan tak mampu nak sara hidup selama RMO kot? 

Tapi paling terkilan bila Vivi Duck berkomen dengan kawan T20 dia complaint pasal B40 akan bertambah kaya lepas dapat bantuan kerajaan. Which is absurd to the max. Girl, it just a one-off aid for survival kot. Kau dah kenapa? 

Image
Image

Image

Image

Image

Kau baru je haritu flex kekayaan kau shopping dekat Korea and now you're complaining? Kitorang B40 ni tak sempat nak flex pun. 

Lagi terkejut bila dia la antara yang terawal buat crowdfunding dan bagi bantuan kepada frontliners tapi rupanya tak ikhlas pun nak menolong. Damnnnn quack quack where is your empathy? 

Tapi lepas kes PA kesayangan dia, Iman resign sebab stress kerja dengan dia sampai keguguran then kes dia pandang pregnant women yang bekerja sebagai lemah dan suka MC, dah memang tahu dah dia punya empathy level ni zero. Ingatkan dah berubah, rupanya dia minta maaf cuma untuk tak jatuhkan jualan je. 

Lepsyukri berperangai bagus menghulurkan bantuan tanpa complaint itu ini. Dia punya mengadu penat je tak menang tangan kesana sini dia bagi bantuan. 

Masa situasi sesak macam ni la baru kita nampak yang T20 ni flex kemewahan tapi saving nan hado nak cover untuk 6 bulan. Artis dan influencers yang orang beria dok sanjung dan support ni lah yang lupa diri dan pentingkan periuk sendiri. 

Image

Image



Tapi bukan semua artis lah sebab yang perangai macam ni tak ramai cuma cukup untuk mencacatkan imej artis Malaysia yang dah memang sedia sendu. Haaa lepas habis RMO ni menggagau la korang mintak orang support artis local. Mana maunya kome