Day 11 Quarantine : Tsunami Covid-19

Sunday 29 March 2020

Ingatkan lepas kluster tabligh habis, KKM boleh fokus dengan Masi Magan di Penang dan panic buying dengan balik kampung. Rupanya tak. 

Ada jumlah yang lebih besar dari semua ni. 

Awal bulan Mac masa cuti sekolah ada 8,000 staf kerajaan di bawah satu kementerian yang pergi bercuti keluar negara dengan family. So KKM dah anggarkan dalam 32,000 orang. 

As for now, Kerajaan dah wartakan beberapa tempat sebagai pusat kuarantin covid-19 untuk gelombang ketiga ataupun tsunami covid-19. 

Untuk Selangor, KKM tempatkan di MAEPS Serdang. 500 buah katil disediakan khas untuk pesakit covid-19. 

No photo description available.

Image may contain: one or more people

KKM pun dah ambil sejumlah besar medical staff untuk bekerja dengan KKM sepanjang tempoh RMO supaya dapat handle tsunami ni. Terharu tengok ribuan nurse yang dah bersara datang berkhidmat untuk selamatkan negara. I'm so touched with their sacrifice sebab ikutkan usia yang dah bersara ni, antara berisiko tinggi untuk kena covid-19. 

May Allah bless and ease their work for this matter. 

Movie Review : Exam

Friday 27 March 2020


Director : Stuart Hazeldine
Writer : Stuart Hazeldine, Simon Garrity
Cast : Adar Beck, Gemma Chan, Nathalie Cox, John Lloyd Fillingham, Chuk Iwuji, Pollyanna McIntosh, Luke Mably, Jimi Mistry, Colin Salmon, Chris Carey
Production Company : Bedlam Productions, Hazeldine Films
Distributor : Indipendent
Genre : Psychological / Thriller
Running Time : 101 minutes
Release Date : June 2009 (EIFF), 8 January 2010 (United Kingdom)
Trailer :


8 orang rakyat warganegara British yang berbeza latar belakang, bangsa dan kaum terpilih untuk menduduki satu ujian kelayakan yang terakhir sebelum diambil bekerja oleh syarikat Biorg dalam sebuah bilik.


The Invigilator (Colin Salmon) menerangkan mengenai exam tersebut dan hanya satu soalan dan akan ada satu jawapan sahaja tanpa merosakkan kertas soalan yang diberikan selepas 80 minit berakhir. Sesiapa yang cuba berkomunikasi dengan pengawal (Chris Carey) ataupun The Invigilator, secara automatic akan dihalau keluar dan disqualified.


Sebaik sahaja timer start bergerak, seorang perempuan China (Gemma Chan) dihalau keluar bila dia melanggar peraturan dengan merosakkan kertas soalan untuk menulis jawapan. Tak lama kemudian, lelaki British yang melabel dirinya White (Luke Mably) bercakap dengan semua calon untuk bekerjasama mencari soalan dan jawapan sebelum 80 minit berakhir.


Dia melabelkan Brown (Jimi Mistry), Blonde (Nathalie Cox), Brunette (Pollyanna McIntosh), Dark (Adar Beck), Black (Chukwudi Iwuji) dan Deaf (John Lloyd Fillingham) sebagai nickname sepanjang peperiksaan berlangsung. Mereka cuba menggunakan teori soalan yang disembunyikan dan akan timbul menggunakan cahaya, cahaya infra ataupun cahaya tapi semuanya gagal.


Sementara semuanya bekerjasama mencari jawapan, Deaf masih kekal di tempat duduk dan seakan takut dengan hint yang dia jumpa. Deaf tak mampu bercakap dalam English dan converse sepenuhnya dalam bahasa French. Brunette terjemahkan ayat Deaf untuk bantu yang lain faham apa yang Deaf cuba sampaikan. 

Masa makin berjalan dan White makin menyakitkan hati dengan perangai superior dan guna helah supaya calon yang lain terkeluar dari exam tersebut. Black yang menyampah mula guna kekerasan terhadap White dan biarkan dia tanpa ubat sampai mula sawan.


Brown pula ugut Dark supaya reveal siapa sebenarnya dia bila Dark tahu banyak tentang CEO dan company. Brown syak dia shareholders members yang sengaja menyamar untuk tegangkan keadaan antara semua calon. Siapa yang akan lulus ujian kelayakan dan terpilih bekerja di company terkenal ni kena la tengok sendiri.


Filem yang memenangi Independent Feature Award di Santa Barbara Film Fest dan Bronze Hitchcock di Dinard British Film Festival ni mempunyai jalan cerita yang cukup ringkas dengan plot dan tema yang menarik. Bagaimana 6 orang cuba cari jalan dengan hint yang sangat minimum dalam masa yang singkat. Masa tu baru nampak perangai dan kebijaksanaan masing-masing. Suka tengok Brown, sejenis yang cool dan penuh dengan teori psikologi.


Cuma untuk diklafikasikan dalam genre psychological thriller, movie ni agak ringan bagi penggemar genre ni. Dan ending dia agak tak memuaskan bila kita tahu apa sebenarnya soalan tu. Kalau soalan tu dijawab pada waktu ianya disuarakan, apa agaknya keputusan CEO dan The Invigilator? Disqualify terus yang menjawab sebab langgar rules?


Tak puas hati jugak bila yang ada kebolehan sebenarnya White and he carry himself throughout the whole exam tapi itulah namanya nasib. Kalau I jadi CEO memang ambil White bekerja. Skills and qualities dia bagus kot walaupun dia cunning and shady. Sama je lah dengan company tu pun.  

Tapi betul la orang kata, soalan tu senang je tapi manusia suka buat teruk overthink yang penggubal soalan memang nak otak kita pecah fikir jawapan. Movie ni nampak hidup dengan lakonan Luke Mably dan Jimi Mistry. Did justice for their role, delivered with nuance. A good movie to watch. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10
Jam 3 petang ada Perutusan Khas Perdana Menteri tentang Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Sebanyak 29 jenis bantuan disalurkan kepada rakyat baik awam mahupun swata. 

"We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles."  - TS Muhyiddin Yassin






























Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat ni merangkumi semua aspek and I have nothing to complaint for. I got my eyes on loans dan subsidi upah sebanyak RM600. Kalau khabar angin RMO dilanjutkan sehingga hujung April, then I feel safe and secure sebab majikan tak boleh buang pekerja dan duit akan cukup untuk bantuan makanan. 

Stay at home and stay safe during this pandemic.