Drama Review : Love Alarm

Tuesday 24 March 2020


Director : Lee Na-jung
Writer : Lee Ah-yeon, Seo Bo-ra, Kim Sae-bom
Cast :  Kim So-hyun, Jung Ga-ram, Song Kang, Shin Seung-ho, Go Min-si, Lee Jae-eung, Song Sun-mi
Genre : Romance / Teen
Running Episodes : 8 episodes
Release Date : 22 August, 2019
Production Company : Netflix, Hidden Sequence, Studio Dragon
Distributor : Netflix
Trailer : 


Drama yang diadaptasikan dari webtoon karya Chon Kye-young yang diterbitkan pada tahun 2014 mengisahkan tentang teknologi apps Love Alarm yang boleh bagi alert kepada tuan empunya siapa yang suka dengan kita dalam radius 10 meter. 



Teknologi ni memudahkan kerja lah sebab tak perlu nak berteka-teki siapa yang syok dalam diam dan mudahkan juga untuk kita breakup bila relationship kita sebenarnya bukan atas cinta tapi sebab dah terbiasa bersama macam watak Kim Jo-jo (Kim So-hyun) dan Il-sik (Shin Seung-ho). 


Bertemakan kisah cinta tiga segi, Hwang Sun-oh (Song Kang) yang baru balik dari US jatuh cinta pandang pertama dengan Kim Jo-jo. Tapi dia cuba minta kepastian dari Lee Hye-yeong (Jung Ga-ram) sama ada kawan baik dia tu suka ataupun tak dengan Jo-jo. 


Tak tahu kenapa Hye-yeong menipu Sun-oh walaupun ketara sangat dia suka dengan Jo-jo dari dulu bila kerja part-time di restoran bbq yang sama dengan Jo-jo. Sudahnya Sun-oh mulakan langkah dengan pikat hati Jo-jo. Of course lah Jo-jo jatuh cinta dengan Sun-oh sebab selalu ada dengan dia.


Dari apps Love Alarm baru dia tahu yang Hye-yeong rupanya ada hati dengan dia tapi hati dia kepunyaan Sun-oh. Sejak gambar Jo-jo dengan Sun-oh tersebar dan Il-sik mengamuk, Jo-jo hilang kawan rapat sebab Kim Jang-go (Z.Hera) ada hati dengan Il-sik. Dia sakit hati bila Jo-jo curang. Gara-gara perbuatan Jang-go, Il-sik makin menjauh sebab merumitkan keadaan. 

Percintaan Jo-jo dengan Sun-oh tak bertahan lama pun bila status hidup masing-masing berbeza. Tambah pula bila Jo-jo taknak dianggap sebagai pisau cukur yang datang dalam hidup Sun-oh untuk hidup senang. 


Kesian dengan watak Sun-oh sebab dia tak ada buat salah apa pun dalam hidup dia tapi Hye-yeong dan Jo-jo selalu terasa bila dia cuba bantu. Bukan salah dia kalau dia dilahirkan dalam keluarga kaya. Dia taknak orang yang dia sayang hidup susah. Dengan Hye-Yeong dan Jo-jo je dia boleh jadi diri dia dan rasa kasih sayang sebab parents dia lebih pentingkan kerjaya. Ayah dengan parti politik, mak (Song Sun-mi)  pula dengan populariti. 


Since drama ni berkisar tentang teknologi so I’m quite amazed lah dengan visuals effect dalam beberapa scene macam scene Jo-jo sync hati dia dengan Love Alarm for the first time. Scene awan berbentuk Love Alarm bila developer Cheong Duk Gu (Lee Jae-eung) nak bagitahu cinta dia dekat sepupu Jo-jo, Park Gul-mi (Go Min-si). Shot and cinematography pun cantik!






Genre drama ni ringan je sebab genre cinta tapi not bad lah sebab lakonan masing-masing bagus. Chemistry antara Jo-jo dengan Sun-Oh pun cantik onscreen. Hujung drama kemain menangis sebab kesian dengan Sun-Oh kena tinggal macam tu je dengan Jo-jo. Tambah pulak dengan soundtrack syahdu, lagi la emosi tengok scene Sun-oh. 


Ada juga unsur-unsur Black Mirror dalam drama Love Alarm ni bila teknologi mengambil alih personal life manusia sampai ada yang bunuh diri bila kesunyian, tak ada yang suka dengan diorang. Hopefully director dan writer kembangkan sisi tu juga nanti dalam Season 2.


Drama ni ending dia tergantung ye sebab drama keluaran Netflix kan mesti la ada season 2 so kalau tak nak frust tengok ending macam I, elok la jangan layan lagi. Hopefully yang kedua nanti cinta Jo-jo berpihak pada Sun-oh dan bukannya Hye-yeong walaupun Hye-yeong baik tapi apa dosa Sun-oh? Haa gittew. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Day 5 Quarantine : Games, Games, Games

Cepat betul rasanya dah hari Ahad T.T

Nothing much pun for today. Mengadu lapar masa on call dengan mak sebab fridge makin kosong, duit pun makin habis. Time macam ni baru terasa best balik kampung dekat Baling. 

Kalau balik sana, stok beras mesti la takkan habis sebab tok kami ada bendang. Petik ulam buat kerabu. Sembelih ayam buat kari. Mesin tebu penuh satu peti ais. Haihhh duduk pekan makan asap ja la. 

Nak main game lagi satu hal, Plato dah down sebab ramai sangat yang main gamaknya. Nak tengok movie takde mood sebab movie kelakar dah tak banyak. Nampak ramai yang tengok movie selekeh makan sisa makanan dekat penjara 333 tingkat. Idk who said this tapi betul sangat apa dia kata, entah apa motif movie macam tu wujud. Banyak sangat duit engkome buat movie serupe itu.

Askar dah mula berkawal hari ni tapi keadaan masih sama. Yang degil tetap keluar entah untuk apa. Jumlah kematian meningkat 10 orang, positif covid-19 dah mencecah 1,306 orang. 

Image

Image

Petaling Jaya dah masuk zon merah. Selangor dah ada 309 kes covid-19. So far, tinggal 500 orang tabligh je lagi belum buat saringan. Buat la cepat wei, orang lain dah menangis fikir mana nak cari duit nak makan gara-gara lockdown ni. Haihhhh

Found Love At Starbucks

Monday 23 March 2020

Before this memang jarang nak pergi ke Starbucks sebab tak jumpa flavor yang ngam. Pernah je try Iced Caramel Macchiato yang diorang recommend dekat Twitter sampai viral but hmmm tak kena dengan tekak. 

Since dah lama tak pergi Starbucks tambah pulak bila geng office semuanya kaki Starbucks dah sudah kita pun terjebak sekali padahal dah malas nak layan Starbucks. 

Masa tu clueless jugak nak order apa. Kalau setakat nak mocha, baik pergi beli Nescafe Mocha dekat Family Mart sebelah tu haa. 

But then ternampak barista choices. Ada ternampak Mocha Praline Frappucino dalam list so without doubt and hesitation I pilih flavor tu lah campur dengan choc chip . Cost me around RM18.90 tak silap. 


Kali ni tak salah pilihan dah sebab sedapppppppp!

Mocha tu dah memang sedap sebab kopi campur choc then campur choc chip untuk tambah rasa crunchy. Praline pulak shot of syrup hazelnut. My fav craze for now. 


Tak kisah pun kalau mahal sebab gabungan mocha, choc chip dengan hazelnut memang terbaik lah. Tapi kalau jumpa yang lagi murah dari ni, I definitely would go for it lah. Aje gila nak labur RM19 untuk satu cup kebahagiaan. For now, limitkan sebulan sekali je sebab banyak kalori weiiiii

Day 4 Quarantine : The Weekend

Sunday 22 March 2020

Awal pagi dah start keluar sebab kena pergi office ambil barang sekejap. Jam 7.40 pagi pun polis dah buat roadblock dekat Skypark tapi dia tahan kereta yang ramai passenger lah. Mungkin dia syak kereta tu nak balik kampung kot. 

Nama je RMO tapi ada je yang berjogging tanpa jaga jarak. This is Oasis now.... sunyi sepi walhal hari biasa sesak dengan kereta. Double park sampai bergaduh. 


Apa lah namanya weekend kalau tak layan drama or movie so this week kitorang marathon Psycopath Diary. 

Cari genre yang comedy je sebab stress so kena gelak supaya blood pressure back to normal. Masa tengah syok layan boleh pulak internet hilang. Kucar-kacir call Maxis bagitau apa masalah. Nasib baik lah sekejap je dalam setengah jam macam tu. Kalau tak memang mati kutu lah duduk rumah. 


Sambil layan drama sambil main Bankroll dekat Plato. Ni je la game yang buat rasa kaya pun walaupun hakikatnya tunggu masa nak merayu dekat KWSP bagi permission keluarkan duit dekat Akaun 2. 

Maybank dah benarkan buat penangguhan loan sempena Covid-19 tapi dia punya renyah nak isi borang tu ya ampunnnn 

Meanwhile everyone dah jadi Master Chef sejak RMO, I still gagal buat cucoq yang sedap walaupun guna cucoq instant T.T


Esok tentera dah start berkawal, dekat socmed dah banyak trak askar atas jalan menuju destinasi masing-masing. Buka FB penuh dengan status abang askar hot. While people took it as joke, I tak sampai hati nak join the bandwagon sebab kawan-kawan ramai yang berkahwin dengan askar. Kita anak askar kita tahu la cemana sedih ayah kena keluar operasi. 

Orang lain dok bergalak sakan dekat rumah, kita doa ayah balik dengan selamat. Orang yang tak pernah merasa dapat call dari orang atasan bagitahu condition ayah sampai mak duduk menangis pegang telefon pastu kena hantar balik kampung memang la boleh anggap benda ni gurauan. It's totally a nightmare. Dari kecik membawak ke besar ingat benda tu. 

Nak pulak sekarang ni ayah tiri kena kuarantin sebab positif covid-19 gara-gara tabligh datang ambil anak dekat tahfiz so tak rasa nak bergurau sangat lah sekarang ni. Dengan keadaan kesihatan sekarang, dengan keadaan ekonomi sekarang ada orang boleh bergurau, ada orang sedapkan hati semua ni akan okay walaupun kita tahu the worst yet to come. 

Drama Review : Bukan Kahwin Paksa


Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Pelakon : Kamal Adli, Hannah Delisha, Afiq Muiz, Alya Iman, Danial Dashuki, Oktovia Manrose, Jasper Supayah, Chiwan Chilok, Watie, Izzeandra, Shah Rezza
Genre : Cinta/Drama
Syarikat Produksi : Global Station
Pengedar : TV3 (Slot Lestary)
Jumlah Episod : 13 episod
Tarikh Tayangan : 7 Januari 2020
Trailer :


Drama BKP merupakan adaptasi novel karya Syamnureizmil yang diterbitkan pada tahun 2013 dengan tajuk yang sama. Izz Rizqin (Kamal Adli) dan Dara Safiya (Hannah Delisha) bersetuju untuk kahwin dengan syarat majlis simple dalam masa yang singkat – 2 minggu. 

Ni semua gara-gara nak mengelak daripada ex yang tak boleh move on. Dara nak lari dari Ryan (Danial Dashuki) yang kantoi tidur dan curang dengan Nita (Oktovia Manrose) tapi tak habis-habis nak propose Dara jadi isteri dia. 
 

Walaupun kena halau dengan papa (Shah Rezza) dan ibu Dara (Ziela Jalil), Ryan usaha jugak cari Dara dekat kedai bunga Veena (Jasper Supayah), kawan baik Dara ataupun guna trick supaya staff butik Dara, Manja bagitau schedule Dara. Ada saja helah dia asalkan dapat pujuk Dara supaya terima dia balik. 


Berbeza dengan Izz bila terpaksa undur diri dan berpindah dari Melaka ke KL untuk tengok abang long dia atau Azz (Afiq Muiz) bahagia lepas kematian isteri tercinta sampai depression. Abang long dari kecil lagi memang ada hati dengan ex Izz, Ariyana (Alya Iman). Hancur percintaan 3 tahun bila mummy Izz (Liza Abdullah) merisik Yana untuk abang long. 


Dara dengan Izz dah pernah berjumpa sebelum kahwin sebab Ryan dengan Izz berjiran sampai kenal secara tak sengaja tapi bila berjumpa  ada je yang tak kena. Masing-masing tak tahu pun yang masing-masing calon pilihan keluarga. Hari perkahwinan baru dapat tahu lepas dah selesai akad nikah. Sampai pengsan jadinya bila tengok muka pasangan.


Yana tahu Izz tak bahagia dengan Dara sebab Izz rush untuk kahwin lebih awal dari tarikh kahwin dia dengan Azz. Lagi kuat telahan dia bila Izz sendiri call meluah dengan dia tentang perangai Dara yang selalu kisahkan Ryan walaupun dah jadi isteri. Tak boleh nak marah dengan watak Yana sebab dia paling kesian bila kena buang macam tu dengan Izz. Walaupun Azz calon suami baik tapi siapa Izz nak tentukan hidup Yana? Tapi kalau Izz tak buat macamtu takde la episod dia dan Dara :')


Since I tak baca novel asal so tak tahu lah kalau drama ni ikut novel ataupun ada bahagian yang diolah tapi drama ni memang menghiburkan sebab karakter Izz yang funny. Dara more to annoying dan kinda stupid sebab banyak decision tak bijak dia buat sampai risikokan rumahtangga lepastu letak kesalahan tu dekat Izz. Watak Nita pun sama beria terhegeh dekat Ryan sampai nak jadikan suami walhal kaki mabuk, dadah pastu baran. Why jeopardize your life over scumbag?


Tengok drama ni sebab ada Kamal Adli lepas terhibur dengan karakter dia dalam drama Black. Rasa makin syok pulak tengok lakonan dia sekarang nak pulak kalau genre kelakar sebab body language dengan facial expressions dia win habis. Hannah Delisya pun bagus jugak untuk scene kelakar cuma watak dia lah annoying sangat especially scene dia gugur tu. 


Rasanya ni first time tengok Alya Iman berlakon, not bad lah tak nampak kaku. Comel je dia dengan Azz. Jasper Supayah pun sama. Tapi Danial Dashuki dengan Oktovia Manrose kena banyak polish lagi lah kalau serious dengan lakonan. Setakat muka je memang tak boleh pergi jauh.Sebelum ni terhibur dengan Chiwan Chilok dalam Langsuir, sekarang ni dalam drama BKP sebagai Eunos yang suka kacau Manja (Izzeandra). 


Tak tahu siapa penaja untuk wardrobe Dara, Vee dengan Yana but the team did great sebab semua outfit diorang cantik-cantik. Simple yet stylish. Visual team did their best and cinematography pun cantik. Music score pun best cuma lagu OST tu macam tak kena dengan cerita haha


Drama ni best la nak layan sebab watak Izz dengan Dara ada chemistry dan funny walaupun jalan cerita dia biasa dan certain scenes agak cliché. Cuma tak puas la tengok sebab pendek 15 episod je. Kan best kalau masuk slot Akasia, dapat 30 episod. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10