Lirik Lagu Chikadun - Floor 88

Saturday 22 February 2020

Belum habis lagi demam Yang Benar, Floor 88 dah keluar single baru genre forte diorang, pop rock dengan music arrangement yang fresh dan bait lirik yang kreatif dan kelakar karya Achoi.




Single Chikadun ni berkisahkan tentang aktiviti mat dadah bersempena Floor 88 dilantik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebagai ikon/duta. Setakat ni ada live video performance Floor 88 di majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah Kebangsaan 2020 dekat Putrajaya 18 Feb lepas.

Eric kata tak lama lagi MV Chikadun akan keluar. Hopefully minggu depan. Mungkin gambar Floor 88 dengan Nabil tu adalah hint kepada MV Chikadun? Confirm kelakar!

Update : Floor 88 being creative with the MV. Super love!!





LIRIK LAGU CHIKADUN
Penyanyi : Floor 88
Lirik : Achoi Floor 88
Komposer : Achoi Floor 88
Studio : Rusa Music

Anak pak pandir
dia pulang balik rumah,
Dia sangat rajin
Cita-cita jadi professor

Duduk belakang rumah
dengan kawan2 dia
Pergi ke bulan
Bukan pakai roket NASA

Lain di ajar
Lain pulak yang dia bawa
Salah sendiri
Cikgu pula yang ditampar

Dulu mata satu
Kini jadi mata tiga
Kau yang jadi hantu
Lain pula yang te te tu la la la lar

Zaman aku
Getah paip tali pinggang
Zaman kamu
Surat layang duit terbang

Ada kata ikut kawan
Itu confirm perangai syaitan
Pilih bukan bukan
Duduk tanjung rambutan

Tan tan tun
Eh keladi we we
Kau dah tersedut
'Confirm' melayang kepala

Hisap rokok
Eh tembakau cine
Salah kome
Orang yg lain pun kena

Ikan kekek
Eh mak iloi iloi
Baru kau terpekik
Padan muke kau terkantoi

Jentik-jentik
Mandi dalam kolam
Ingat adik-adik
Jangan buat macam-macam

Kap kun kap
Masuk pintu
Keluar tingkap

Zaman aku
Getah paip tali pinggang
Zaman kamu
Surat layang duit terbang

Ada kata ikut kawan
Itu confirm perangai syaitan
Pilih bukan bukan
Duduk tanjung rambutan

Tan tan tun
Eh keladi we we
Kau dah tersedut
Confirm melayang kepala

Hisap rokok
Eh tembakau cine
Salah kome
Orang yg lain pun kena

Ikan kekek
Eh mak iloi iloi
Baru kau terpekik
Padan muke kau terkantoi

Jentik-jentik
Mandi dalam kolam
Ingat adik-adik
Jangan buat macam-macam

Kap kun kap
Masuk pintu
Keluar tingkap

Lirik Lagu : Aku, Kau Dan Muzik - Akim & Stacy

Thursday 20 February 2020

Dah lama tunggu bila Kimcy nak keluar lagu duet since Stacy pun dah start menulis lirik. Even before this pun dah dengar dekat radio macam drop hint akan ada lagu duet. Tak sangka 2020 keluar single Aku, Kau Dan Muzik. 


Lirik dari Hang Nadim, Bunga Cantik dan Freddy. I guess part 'Hentak Ke Bumi' terhasil bila Akim happy dapat makan masakan Stacy because everytime Stacy masak dalam video mesti reaction dia macam tu lol. 

Lirik dengan music arrangement sooo fresh and beautiful especially part chorus! Sekali dengar haruslah tak puas sebab chemistry diorang bagus. Stacy up video bagitau mungkin bulan depan MV akan siap. Thanks Kimcy for this single!

Update : I kecewa dengan MV sebab tak ada langsung dance padahal masa Stacy up video perform live diorang ada dance :(


LIRIK LAGU AKU, KAU DAN MUSIK

Artis : Akim Ahmad & Stacy Anam .
Lagu : Hang Nadim, Bunga Cantik & Freddy . 
Lirik : Bunga Cantik & Hang Nadim . 
Music : Freddy & Koh . 
Recording Studio : Pro Studio 

Verse 

Wangi menarik darimu
Melekat dalam minda
Berlegar di ingatan
Bersarang di hati

Pandanganmu kepadaku
Memutikkan rasa cinta
Imaginasiku
Sentiasa berdua

Pre 

Dekat...
Ku rasa tenang bahagia
Terlayang-layang di atas tali
Dibawah sinaran bulan

Chorus 

Hentak ke bumi
Mengikut rentak melodi
Dada berombak bernafas kencang
Bila kau di depan mata

Asyik terbawa 
Berlagu irama cinta
Terbayangkan kita berpelukan
Bernyanyi di atas syurga

Lirik Lagu : Yang Benar - Floor 88

Tuesday 18 February 2020

Sejak dengar intro Ayie nyanyi dalam video cover Suaraku Syairmu dah mula suka dengan single balada ni. Since then asyik tunggu bilaa Floor 88 nak release lagu tanpa tajuk tu.


Of course excited bila Official Teaser Preview keluar and then Ayie letak dekat Insta officially released on 17th Feb 2020 jam 6 petang. Balik kerja terus dengar and yes, betul-betul menepati expectation. MV Yang Benar prequel kepada MV Hutang.

Suka suara Ayie bila nyanyi lagu balada, good thing suara dia dah mula okay so dah boleh promote lagu ni. Lirik bermakna and arrangement lagu pun cantik. Super love part 'Dengarkanlah...", Ayie did great in delivering emotion supaya lagu ni nampak hidup. 


LIRIK LAGU YANG BENAR

Penyanyi: Floor 88
Komposer: Zai Hamzah 
Lirik: Hanif Mashut, Achoi & Floor 88
Label : Rusa Music

Terlalu panjang kisah yang kita karang. 
Hingga tiada dayaku menoktahkannya
Sungguh aku takpernah mengenal lelah
untuk mencintaimu

Dengarkanlah
Disini aku menunggu
Kata putus darimu
Walaupun aku tahu
Kau telah pergi jauh

Terlalu panjang kisah yang kita karang
Hingga tiada dayaku menokhtahkannya
Sungguh aku takpernah mengenal lelah
untuk mencintaimu

Dengarkanlah
Disini aku menunggu
Kata putus darimu
Walaupun aku tahu
Kau telah pergi jauh