Gambar Dicuri Scammer

Thursday 26 September 2019

Terkejut bila pagi tadi adik whatsapp bagitahu gambar novel kena curi dengan scammer di page FB. Kisahnya bila ada yang post dekat group kaki novel bila ada user account Nur Nur ni kutip gambar novel lepas tu buat post dia jual novel. 



Tak tahu berapa ramai yang dah jadi mangsa scam dia disebabkan tertipu dengan gambar novel ni. Tak tahu sejak bila dia buat kerja jahat macam ni. 

Masa post dekat Twitter dengan Whatsapp, ada jugak yang tegur muka nak dekat sama dengan profile picture account user tu, sudahnya buat official post dekat FB pasal gambar ni takut ada yang guna lagi. Gambar orang lain pun ada jugak yang dia curi lepastu claim dia punya.



Sekarang ni nampak isu gambar kena curi je, tak lama nanti kalau ada yang buat report atas nama kita sebagai scammer, tak ke naya jadinya. 

Gambar tu dah lama satu hal, separuh dari novel tu pun dah kena jual, susun atur novel tu pun dah berubah banyak sangat dah. I feel sorry kepada sesiapa yang dah terlebur duitnya. Jahat sangat buat aniaya curi duit orang dengan cara macam tu. 


Pengajaran untuk diri sendiri jugak untuk rajinkan diri letak watermark dekat gambar sendiri walaupun renyah dan memenatkan. Tskkkk

Lirik Lagu Picisan - Adzrin

Belum move on dengan debut single Adzrin, Bukan Yang Terbaik, dah keluar single yang kedua karya Amylea dengan Farouk. Bertuah sangat Adzrin dapat lagu genre balada melankolik ni sebab gabungan dua nama ni memang ada magis tersendiri.


Since tak layan Bigstage, so tak tahu lah single ni untuk task minggu ni ataupun memang release officially. Sebab single ni baru tahu Adzrin masuk Bigstage. Good luck and all the best for you. Anyway, siapa yang belum dengar boleh klik sini:


LIRIK LAGU PICISAN
Artis : Adzrin
Komposer : Farouk Roman
Lirik : Amylea Azizan
Studio: Rocketfuel Networks
Publisher : Nova Music 

Dah puas coba membukti janji
tiap yg tersakiti mengirimkan benci

Detik mula berlalu tinggalkanku
siapkah diriku
menelan silapku

Dan kini tinggal lah
diriku yg tak punya apa lagi
tiada kan percaya
cintaku yang picisan 

Entah apa lagi 
akan terus menghukum dan memburuku 
sepertinya aku yg tak jemu menghancurkan

Masih ku mencuba tuk membukti hati
Takkan kau mengerti
Semua rasa

#WordlessWednesday : Single Life


Movie Review : Exit

Wednesday 25 September 2019


Director : Lee Sang-geun
Writer : Lee Sang-Geun
Cast : Jo Jung-suk, Im Yoon-ah
Production Company : Filmmaker R & K
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Thriller/Comedy
Running Time : minutes
Release Date : 31st July, 2019
Trailer :


Haritu ternampak poster movie ni dekat cinema tapi tak rasa nak tengok pun sebab Yoona yang berlakon. Tapi bila adik pasang movie ni masa dinner tadi rasa menyesal pulak tak tengok dekat wayang. Sebab baca review KakSha semalam, terus rasa nak tengok sebab KakSha kata best.


Mengisahkan Yoongnam (Jo Jung-suk) yang menganggur lepas kematian partner dia masa climbing. Punya la orang pandang rendah dekat dia sampai taknak dengar langsung apa dia kata sampai dia malas dah nak ambik port dengan orang lain. Even anak saudara dia, Ji-ho (Kim Kang-Hoon) pun malu nak mengaku pakcik.


Masa birthday mak dia, Hyun-Ok (Ko Du-Shim), Yoongnam sengaja pilih Cloud Garden untuk buat celebration event sebab dia tahu crush dia, Eui-Joo (Im Yoona) kerja dekat situ. Disebabkan family dia happy sangat berkumpul, masing-masing tak reti nak balik sampai Eui-Joo kena OT tunggu masing-masing balik.


Tragedi berlaku bila ada ex staff company kimia di kawasan tu lepaskan asap gas berbahaya disebabkan nak balas dendam dengan boss yang reject proposal dan buang dia dari kerja. Sesiapa yang terhidu asap gas tu akan susah nak bernafas, kulit akan kemerah-merahan and worst case scenario bila terhidu gas ni boleh menyebabkan kematian.


Masa semua decide nak balik, dekat luar bangunan dah kecoh dah masing-masing lari selamatkan diri. Ada yang accident, terbakar, sesak nafas, macam-macam lagi lah sebab dah takut sangat. Even bomba dan medik pun tak tahu macam mana nak rawat mangsa yang affected. Kakak Yoongnam, Jung-hyun (Kim Ji-Young) terjatuh masa berlari so she’s affected tapi tak teruk sangat sebab Yoongnam cepat bertindak.

Yoongnam guna climbing skill dia untuk selamatkan satu family dan pergi ke bahagian rooftop supaya team SAR ambil diorang guna helicopter. Tapi sayangnya heli boleh muat 20 orang je satu trip. Yoongnam terpaksa mengalah supaya family dia semua selamat, Eui-Joo pun sama terpaksa tinggal dekat situ.


Since both of them expert dalam climbing skill, diorang cuba pergi ke bangunan yang lebih tinggi dengan mask dan cello tape. Setiap bangunan ada mask emergency tapi cuma mampu bertahan selama 10 minit je kalau bernafas secara laju.

Bila dah berjaya pergi ke bangunan lebih tinggi, terjumpa pulak sekumpulan student yang terperangkap dalam kelas dan terpaksa mengalah lagi sekali supaya helicopter selamatkan diorang dulu. Gas pula makin naik ke atas, even worst ada letupan kedua dan angin makin kuat. Diorang pun dah buntu nak pergi ke mana sebab kawasan dah penuh dengan asap. Masing-masing cuma mampu menangis ratapi nasib je.


Awal movie ni nampak la macam kelakar tapi bila gas dah mula datang memang intense tambah pulak dengan saspen tengok climbing skill Yoongnam, banyak kali menjerit sebab takut. Boleh terbayang kalau dekat situ memang dah lemah dah kaki nak berpijak.


Earlier I said taknak tengok sebab Yoona tak pandai berlakon kan? Okay, I menyesal tak tengok sebelum ni sebab Yoona improved a lot! Dalam movie ni dia bukan setakat jadi cantik je tapi watak dia sama menyerlah dengan Jung-suk. Both of them belajar climbing ni supaya nampak lebih real onscreen. Rasa nak menangis sekali bila dia kata dia pun nak naik jugak helicopter tu. Suka tengok bila Yoongnam tak marah-marah pun tapi encourage Eui-Joo masa diorang dalam situasi yang genting.


Visual effect movie Exit ni pun cantik, nampak real sangat tambah pulak bila director pandai cari shot dan sound effect yang tambahkan lagi effect suspense tu. Punya lah debar tengok movie ni sampai tak terlintas pun dekat kepala yang diorang ni tengah berlakon je. Bila diorang dah buntu tu memang dah tak boleh fikir dah mana nak pergi. Memang level redho habis dah.


Bukan sebab jalan cerita yang unik je tapi bab lakonan, olahan director, skrip dan dialog yang bagus serta mesej kekeluargaan dalam movie ni memang wajib ditonton. Sampai sekarang tengah running lagi dekat cinema tapi certain cinema je lah dan movie ni hit dekat Korea. Tahniah Exit team!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Alina Rai - Katrina Kaif's Doppelganger

Monday 23 September 2019

Sebelum ni kecoh bila ada muka seiras dengan Anushka Sharma, Jacqueline Fernandez dan Priyanka Chopra. Kali ni terjumpa pula kembar seiras Katrina Kaif, Alina Rai.

Image result for alina rai

Muka Alina memang seiras sangat dengan Katrina Kaif yang sekarang. Alina famous dengan video TikTok dan ceburi bidang modelling. Alina akan debut dalam movie Lucknow Junction tahun depan. 

Di bawah ni ada beberapa gambar dari IG Alina sendiri yang lebih seakan sama dengan Katrina Kaif. Tbh tak semua gambar Alina mirip dengan Kat. Bila dia apply solekan tebal je boleh nampak persamaan tu. Bila dia up video boleh nampak perbezaan yang agak ketara. 

Boleh jadi dia ada buat surgery sebab muka dia berubah. Walaupun dia deny muka dia dengan Kat seiras even keluarga dan kawan-kawan dia tak pernah bagitahu persamaan tu pun. Statement ni agak far stretched lah sebab Kat dah famous dari tahun 2010 sampai sekarang. 

Dekat IG Alina sendiri banyak percubaan untuk recreated Katrina's looks dalam photoshoot dan movie ataupun events so untuk Alina kata dia tak nampak persamaan tu agak kelakar. Dia taknak dikenali sebagai kembar Katrina Kaif then stop copy Kat. Mudah je sebenarnya. 

But hey, let just appreciate the 'beauty and talent' of Alina Rai. 

Image







Image result for alina rai

Image result for alina rai