Tutorial | AR Post
Sunday 1 September 2019
Masa awal masuk kerja dekat office baru memang tak tahu menahu langsung pasal AR post ni bila lawyer suruh I pos surat kepada opponent guna AR post. Merangkak jugak mencari tutorial macam mana nak guna AR Post ni. Dah Google tapi tak ada pun tutorial macam mana nak guna AR post. Yang ada keluar cuma penerima dapat atau pengirim berjaya hantar AR post.
Beza AR post ni bila kita hantar surat, pihak Pos Malaysia akan hantar kembali kad berwarna kuning ni sebagai jawapan sama ada penerima terima surat kita ataupun enggan terima. Sama ada terima atau tolak, penerima tetap kena bagi jawapan dan sign.
Kalau penerima dah pindah ataupun pengirim tersalah alamat, pihak Pos Malaysia akan kembalikan balik dalam masa seminggu atau lebih dari tu. Nak buat AR post ni agak senang sebenarnya tapi kena ada banyak item dan steps lah.
For sure kena ada AR card, sticker AR, borang AR post dan juga setem (kuantiti setem mengikut jarak alamat). AR card dengan sticker AR ni boleh dibeli di mana-mana cawangan Pos Malaysia dengan harga RM4.10 (harga pada Jun 2023). Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa ye.
First step, just isi details kita sebagai pengirim dan penerima di ruang yang disediakan di sebelah kiri AR post tu.
Sebagai contoh:
Sebagai contoh:
Ram Reza & Muhammad,
Chambers Unit E-7-02, Jln PJU 1A/7A,
Oasis Square Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Nak senang, guna cop syarikat yang lengkap dengan nama, alamat dan no telefon syarikat tempek je dekat bahagian pengirim tu.
Semua AR post akan dapat sticker putih dan beberapa bar code untuk kegunaan pejabat Pos Malaysia, simpanan penerima dan juga pengirim. Ambil bar code kedua dan tampal di No. Pos Daftar macam gambar di atas.
Step ketiga, ambil bar code pertama (Office use only) dan tampal di borang AR post macam gambar di bawah. Dalam borang AR post ni cuma kena ada nama penerima dan alamat penerima. Kalau ada lebih dari satu penerima boleh je isi dalam satu borang. Pls contact I dekat farhannajafri@gmailcom untuk dapatkan borang tu. I dah pernah letak link but it seems ramai sangat ubah itu ini sampai hilang format asal.
Untuk bar code customer's copy tu boleh simpan sebagai rekod pihak pengirim.
Dah habis tarik semua bar code sticker, isi details pengirim dan penerima kemudian boleh buka dan tampal dekat hujung sebelah kanan sampul surat. Sebelah sticker tu tampal setem biasa macam dalam gambar di bawah ni.
Dah settle semua, attach AR post dengan sampul dan borang AR post dan serah dekat kaunter. Bila pihak pos Malaysia dah check, nanti dia akan cop di bahagian bawah borang AR post.
Lepas penerima dah dapat surat tu nanti, posmen akan hantar AR post kepada kita macam dalam gambar bawah ni. Paling lewat pun seminggu tapi kalau Pos Malaysia diam je, ada eloknya u guys call diorang. Takut kena peram dekat transit sebab penerima tak ada ataupun masalah dalaman transit.
Senang je buat AR post ni tapi kalau first time tu mungkin akan pening main dengan sticker barcode tu. Guess that's all for now, hopefully yang mencari boleh dapat pencerahan dekat entri ni.