Unicool Magical, CoolBlog

Monday 8 July 2019


Dulu kecoh dengan Unicornetto, sekarang ni ada UniCool dari Cool Blog berharga RM7.50 satu cup bersaiz 700ml. Dalam UniCool series ni ada 3 flavor smoothies - Magical, Dazzle dengan Twinkle. 

Minggu lepas dah try rasa UniCool Magical campuran dua perisa, strawberry dengan blue coral. Rasa dia agak masam lah sebab ada strawberry tapi nothing special pun rasa dia haha


Sama tak dngan dalam poster? Tak kan? Baik pergi beli Slurpee 7E campur dua flavor baru harga berapa hengget je. Ada la jelly dengan black pearl tapi bukannya minat sangat pun dari dulu. Repeat lagi lepas ni? Naaahhhh

Movie Review : Raincoat (2004)


Director : Rituparno Ghosh
Writer : Rituparno Ghosh, Usha Ganguly
Cast : Ajay Devgn, Aishwarya Rai, Annu Kapoor
Production Company : Shree Venkatesh Films
Distributor : Shree Venkatesh Films
Genre : Romance/Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : 24 December 2004
Trailer :


Selalu dapat recommendation untuk tengok movie ni kalau nak tengok movie terbaik Aishwarya Rai and lucky for me jumpa link untuk layan movie yang pernah menang National Film Award for Best Feature Film in Hindi ni.

Mannu (Ajay Devgn) datang dari kampung Bihar untuk collect duit nak buka business baru tapi dalam diam ada niat nak melawat Niru (Aishwarya Rai), bekas tunang dia di Kolkata. Diorang putus bila Niru dikahwinkan dengan lelaki lain jauh lagi berharta dari Mannu. 

Even Mannu dah usaha buat loan kereta untuk impress parents Niru, dia tetap dengan keputusan untuk teruskan perkahwinan sebab dia taknak parents dia sedih batalkan sehari sebelum majlis.


Hari Mannu pergi jumpa Niru di rumah, hujan agak lebat. Asalnya Mannu nak singgah sekejap je tapi disebabkan hujan dan baju dia basah, Mannu stay dari pagi sampai ke petang di rumah Niru sembang pasal kehidupan diorang berdua. 

Sementara Mannu menipu pasal business dia, Niru pula menipu pasal kehidupan lepas berkahwin. Sebagai audience kita tahu Mannu menipu tapi tertanya-tanya tentang Niru sampai lah masuk second half bila Niru keluar pergi makanan bila landlord (Annu Kapoor) datang ceritakan hal sebenar.


Even lepas 6 tahun nampak yang Niru dengan Mannu still sayang lagi dengan each other tapi masing-masing taknak luahkan sebab Mannu respect marriage Niru and Niru tak mampu nak keluar dari perkahwinan dia. 

Sampai ke sudah tak tahu apa kesudahan cerita diorang berdua. Persoalan landlord pun Mannu tak jawab bila landlord tanya ‘Ni ikhlas ataupun balas dendam?’ lepas Mannu tahu kisah sebenar Niru tapi dapat juga hint yang Mannu ikhlas nak tolong.


Reaction bila tengok first half sama macam Mannu, tertanya dan berhati-hati, bila masuk second half rasa simpati sangat walaupun dalam hati sebenarnya sakit hati dengan kenangan lama. Boleh nampak Mannu tak move on lagi dengan Niru sebab dia tak kahwin lepas Niru tinggalkan dia.


Jalan cerita Raincoat simple je untuk genre romance tapi kunci kebahagiaan movie ni ada dekat penghujung movie bila Mannu isi bungkusan dalam raincoat tu. Kalau perasan pun nampak kasih sayang masing-masing sepanjang diorang menyembang.


Though Aishwarya menang Best Female Critics Award untuk watak Niru, nampak jugak plain dalam beberapa scene and Ajay being Ajay of course, bab watak intense ni bagi dekat dia je lah, senang je dia tapau.


Even dah 15 tahun movie ni masih cantik lagi dan sesuai nak layan tak kisah sampai berpuluh tahun akan datang pun. Jarang nak jumpa movie macam ni. Tak semua akan suka sebab slow pace dan banyak sembang tanpa lagu pun but still it’s a gem worth to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

7 Movie Hasil Karya Pengarah Mohit Suri

Dalam ramai pengarah di Bollywood, Mohit Suri antara pengarah favorite sebab dia suka bermain dengan emosi audience. Dia punya level main tu tak sikit-sikit, kalau tengok movie dia mesti menangis teruk sampai seminggu tak mampu nak move on. 

Dalam entri ni nak senaraikan 7 movie yang dah pernah tengok dan best nak in mood sedih sebabak. 

1. Woh Lamhe (2006)


Movie ni diadaptasikan dari kisah kehidupan pelakon terkenal, Parveen Babi yang bercinta dengan pak cik Mohit Suri iaitu Mahesh Bhatt. Movie ni Mahesh nak jadikan tribute kepada Parveen sebagai kekasih hati dan juga mentor dalam industri.

Dalam movie ni diceritakan Sana dah start depressed dan diagnosed dengan schizo so Aditya yang banyak tolong dan jaga dia sampai la dia hembuskan nafas terakhir. Lakonan Kangana sebagai Sana antara lakonan yang lonjakkan nama dia sebagai pelakon terbaik. 

2. Awarapan (2007)


Movie remake dari movie Korea, A Bittersweet Life (2005) yang mengisahkan tentang Shivam sebagai orang kanan Malik dan perlu jaga perempuan simpanan dia, Reema. Malik beli Reema di Bangkok dari bapak ayam. 

Makin lama Shivam makin rapat dengan Reema sampai teringat kisah cinta tak kesampaian dia bila pendirian Reema sama macam kekasih Shivam. Movie ni antara best performance dari Emraan sebagai pelakon dan Mohit sebagai pengarah. 

3. Raaz 2 : The Mystery Continues (2009)



Movie kedua dari franchise Raaz ni bukan sambungan dari Raaz 1 - Bipasha & Dino Morea. Kali ni mengisahkan Prithvi yang berbakat dalam melukis tapi dia dapat vision buruk tentang model terkenal Nandita. Dia cuba bagitahu dan nak selamatkan Nandita tapi disalah anggap sampai lah penjaga kuil Kalindi mati dan Nandita dirasuk. 

4. Murder 2 (2011)


Movie kedua dari franchise Murder remake movie Korea, The Chaser mengisahkan tentang inspektor polis yang makan rasuah dan gunakan model Priya sebagai pemuas nafsu dia. Arjun ada deal dengan bapak ayam untuk siasat mana pelacur dia menghilangkan diri. 

Rupanya customer tu lelaki psiko yang suka abuse perempuan dan akan bunuh perempuan sebab dia anggap semua perempuan suka ambil kesempatan. 

5. Aashiqui 2 (2012)



Movie musical drama yang mengisahkan tentang penyanyi terkenal Rahul Jaykar yang alcoholic dan jatuh cinta dengan penyanyi bar, Arohi. First time dengar Arohi menyanyi dah buat Rahul jatuh cinta and nak launch Arohi sebagai penyanyi. 


Jadi masalah bila Rahul tak mampu terima bila ada yang membawang dia gunakan Arohi. Dalam masa yang sama peti suara dia dah rosak disebabkan arak. Arohi pula lebih pentingkan Rahul daripada karier nyanyian dia. Movie ni sama jalan cerita dengan A Star Is Born lakonan Bradley Cooper & Lady Gaga.

6. Ek Villain (2014)


Dah pernah mention movie ni sebelum ni dalam list movie bertemakan dendam. Movie yang mengisahkan tentang pasangan Guru kehilangan isteri tercinta bila Aisha tegur cara Rakesh bekerja. Guru buru Rakesh untuk balas dendam. 

7. Hamari Adhuri Kahaani (2015) 



Kalau Woh Lamhe movie percintaan pakcik Mohit Suri, movie HAK ni berdasarkan kisah percintaan datuk dia. Businessman terkenal, Aarav jatuh cinta dengan Vasudha tapi sayangnya Vasudha isteri Hari yang selalu abuse dia. 

Bila Hari ditangkap polis atas tuduhan membunuh, Vasudha minta tolong Aarav untuk selamatkan suami dia. 

Ada lagi beberapa movie dia tapi tak tengok lagi, ada juga latest release, movie Half Girlfriend tapi jalan cerita agak disaster walhal adaptasi novel terlaris Cheetan Bhagat. Tahun depan Mohit akan keluar dengan movie Malang, lakonan Aditya Roy Kapoor dan Disha Patani. Hopefully dapat create magic macam 7 movie ni. 

Movie Review : Happy Death Day 2U

Sunday 7 July 2019


Director : Christopher Landon
Writer : Christopher Landon
Cast : Jessica Rothe, Israel Broussard, Suraj Sharma, Steve Zissis
Production Company : Blumhouse Productions
Distributor : Universal Pictures
Genre : Sci-fi/Thriller/Mystery
Running Time : 100 minutes
Release Date : February 13, 2019 (United States)
Trailer :


Sequel Happy Death Day (2017) menggunakan tema yang sama which is time travel cuma kali ni dia campur elemen multi-verse. Dalam bahasa mudahnya deja-vu tapi dalam movie ni dia guna konsep time loop dari universe lain. 


Kalau sebelum ni dalam Happy Death Day, Tree seorang je yang experience time travel tapi kali ni Ryan, roommate Carter pun experience kena bunuh pada hari yang sama dengan Tree. Sama macam sebelum ni the reason it happens, is because of someone wants her dead. 


Once dia tahu siapa pembunuh di sebalik topeng baby tu dan bunuh si pembunuh, everything will be back to normal cuma kali ni Ryan tak sanggup nak bunuh pembunuh tu sebab pembunuh tu adalah diri dia sendiri yang datang dari universe lain. 


Thanks to his thesis project, Ryan dah create time loop menggunakan mesin ‘Sissy’ sampai Tree stuck dekat universe lain dan repeat benda yang sama setiap hari. Bezanya kali ni jalan cerita dan watak yang ada. Dalam universe tu Carter ialah boyfriend kepada ‘best friend’ dia, Danielle dan mak Tree masih hidup lagi. 


Untuk Tree balik ke universe asal, dia kena bantu diorang solve equation math untuk hidupkan Sissy. Masalahnya equation ada banyak untuk diorang pastikan equation yang sebenar digunakan untuk hidupkan Sissy. 


Dari seorang bimbo yang suka berparti, Tree jadi bijak sikit sebab mampu hafal equation thesis. Tapi bukan tu perubahan utama Tree dalam movie ni. Dari movie lepas sampai masuk sequel ni, you guys akan nampak Tree yang matang, yang lebih hargai kehidupan dan orang sekeliling dia. 


Genre comedy memang best nak layan sebab cara Tree bunuh diri supaya tak mati dibunuh tu kelakar tambah pula ada watak Danielle yang menyampah dengan dia. Since dah bertambah watak dalam sequel, watak Carter dengan Lori tak menonjol sangat.


Though I love sequel because of their theme, emotional scenes, and comedic timing but I prefer if Tree focus on who are the killers instead of suicide pointlessly sebab rasa suspen dan seram tu tak strong sangat except scene terjun dari pesawat. Epic!


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

Lirik Lagu Lima Aksara - Ezad Exist ft Zamani

Saturday 6 July 2019

Dah lama tak dengar single Ezad lepas single Kuasa cinta. Kalini Ezad muncul dengan single terbaru bersama Zamani yang berkonsepkan ketuhanan. Lagu gabungan suara Ezad dan Zamani membawa genre balada dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya. 


Single 'Lima Aksara' merupakan projek kerjasama tiga buah syarikat iaitu EZ Ventures, Broadway NuMusic dan ZIME Production. Rezeki Ezad tahun ni bila dia dapat berduet dengan Zamani sebab dia dah lama simpan impian ni tapi terbantut dek tuntutan kontrak rakaman.


Lagu: Lima Aksara
Penyanyi: Ezad Lazim & Zamani
Komposer: Mulah
Lirik: Fedtri Yahya
Syarikat Rakaman : Broadway NuMusic     

Terhenti lagi dengan air mata
Segala rasa musnah dalam resah
Mencari apa yang tertinggal
Mencari apa yang terkurang

Mungkinkah kesilapan mengejarku tanpa jemu
Malam dan siang pantas bergantian
Aku di sini masih kehampaan

  
Aksara itu mengikatku
Aksara itu mengunciku
Dan terus membawaku mengenali cinta agung
Dialah
Dialah bait yang terindah
Sebuah cinta yang bermakna
Irama kasih yang bernyawa
Irama hati selamanya

Andainya aku hilang jiwa
Dialah nafas menghidupkan
Lima aksara yang menggetar kalbuku