Before this pernah update tentang kitar semula barangan digital untuk jaga alam persekitaran especially tanah dan air bawah tanah dari tercemar dengan bahan kimia yang ada dekat barang digital dekat post ni.
Since ramai yang cari balik entri tu bulan ni, teringat masa lepak dekat One Utama ada satu tempat untuk recycle barangan digital.
Mungkin dah ramai yang nampak, mungkin ada yang tak perasan sebab kiosk ni kecil je. Sekali pandang nampak macam hiasan padahal a great campaign untuk alam sekitar kot.
Kalau tak silap E-Waste campaign bin ni ada dekat tingkat 3 sebab ternampak masa lepas keluar surau. Tak pasti kalau kiosk ni ada banyak dekat 1Utama sebab haritu nampak 1 ni je.
Setiap kali you guys recycle, you guys akan dapat points dari pihak 1Utama so sebelum masukkan barangan digital dalam bin, make sure pergi ke kaunter dulu.
You guys boleh tengok dekat dalam jadual barangan digital apa yang boleh dikitar semula. Kalau ada bateri bersepah dah habis guna dekat rumah tu boleh bawa datang sini. 10 bateri boleh dapat seringgit!
Bin dia comel je, ada 3 serangkai macam ni padahal bersambung je tiga-tiga ni. Tak ada beza pun nak masuk dalam lubang mana.
Masa tengok haritu bin ni dah separa penuh means ramai juga lah yang aware dengan e-waste campaign ni. Tapi ada juga sampah lain dalam bin ni. Main masuk je tak tengok dulu apa isi dekat dalam hmmmm.
Anyway, if you guys nak recycle barangan digital dan nak dapat reward, datang la One Utama dari jam 10 pagi sampai 10 malam bin ni available. Small change for greater effect!
Cast : Robin Williams, Matt
Damon, Ben Affleck, Stellan Skarsgård, Minnie Driver
Production Company : Be Gentlemen
Distributor : Miramax Films
Genre : Psychology/Drama
Running Time : 126 minutes
Release Date : December 2, 1997
(Bruin Theater), December 5, 1997 (United States)
Trailer :
Movie Good Will Hunting was
recommendation from my Twitter friends bila I suggest dia layan movie Dear
Zindagi and little did I know movie ni one of the best movie in decades!
Agak susah nak cari movie ni even
dekat Youtube pun tak ada. Thank God dekat Telegram ada itupun satu channel je
yang upload.
Will Hunting (Matt Damon) bekerja
sebagai janitor dekat MIT College and there’s some craze for Field’s medal
untuk students yang berjaya selesaikan teori Math dekat papan hitam yang Professor
Gerald Lambeau (Stellan Skarsgård) tulis. Of course soalan Math tu susah untuk
mana-mana student selesaikan tapi Will Hunting berjaya selesaikan dalam masa
beberapa minit je sebelum dia habis shif.
Kecoh sebelah siang bila semua
orang curious nak tahu siapa yang mampu selesaikan teori tu. Since tak ada yang
mengaku dan tak ada yang jumpa siapa yang selesaikan, Prof Gerald letak soalan
lain. Zaman tu tak ada CCTV so bertabahlah tunggu siapa si bijaksana.
Of course Prof Gerald jumpa Will
masa dia tengah jawab soalan tu so dia bagi jaminan dekat mahkamah yang dia
akan guna Will untuk jadi assistant dia dalam masa yang sama pergi sesi
kaunseling sebab Will ni penuh dengan bad records disebabkan masa silam dia.
Lepas 5 orang psikiatri meradang
dengan perangai Will, Prof Gerald bawa Will jumpa dengan kawan baik dia, Dr. Sean
(Robin William). First time jumpa pun dah bergaduh tapi Dr. Sean minta Prof
Gerald bawa Will datang lagi sampai lah dia boleh sentuh jiwa Will. Sampai dia
mampu bantu Will cari apa yang Will nak buat dalam hidup dia. Sampai dia tahu
apa sebenarnya rahsia Will sampai dia bertindak defensive dengan semua orang.
Jalan cerita Good Will Hunting ni
dihasilkan oleh Ben Affleck dengan Matt Damon sendiri yang diinspirasikan oleh
kisah sebenar mathematician dengan assistant dia. Duduk atas sofa and narrate
cerita GWH dengan gaya tersendiri tapi diorang sendiri pun tak sangka movie ni
boleh tercalon dalam 9 kategori di Oscar and fun fact Robin Williams menang
Best Supporting Actor sebagai Dr. Sean.
Thence you guys kena tengok
stellar performance dari Robin dalam movie GWH ni. Macam mana cara dia crack
defensive code Will Hunting sampai boleh menangis masa tengok scene tu. Ada satu scene dekat taman Boston which the second meeting between Dr. Sean and Will tu agak iconic and bangku yang diorang duduk tu antara tempat wajib lawat lepas movie ni famous and fans Robin tulis some goodbye quotes lepas dia meninggal tahun 2014. Antara my fav scene dalam movie ni sebab Dr. Sean bezakan perasaan bijak membaca dengan alami sendiri benda tu dalam kehidupan.
Untuk teori Maths dalam movie ni, Ben Affleck dengan Matt Damon minta bantuan Prof Emiritus Kleitman untuk advise diorang supaya nampak lebih real. Dalam movie ni ada cameo tak sengaja dalam scene Will dengan Skylar (Minnie Driver) kissing di restoran.
Just like Dear Zindagi, GWH pun
ada some life message which quite great and profound. Even dah 20 tahun GWH
still boleh relate dengan kehidupan zaman sekarang. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing
+1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Pelakon : Zara Zya,
Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 80 minit
Tarikh Tayangan : 7
Jun 2019
Syarikat Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Tayangan : TV3 Istimewa Aidilfitri
Tak tengok sebenarnya drama Pia ni tapi dua episod akhir tu
tengok macam tu je lah sebab dekat rumah mak ada TV lepastu family layan so
kita sangkut sekali. Masa Derita Pia ni tayang pun tengah lipat baju haaa
terlayan sekali lah.
Derita Pia ni sambungan kepada drama Pia tapi macam
tiba-tiba je cerita dia dah start dengan Zafran kahwin dengan Qis padahal masa
dalam drama beria Qis menangis depan Zafran kabo diorang dah tak ada jodoh dan
dia redho.
Zafran pulak kemain eh haritu minta peluang kedua dekat Pia
sampai mabuk, accident lepastu buta tiba-tiba nak Qis jadi bini kedua. Lelaki
jenis tak bersyukur ni memang kecacatan tu bukan penghalang pun. Paling
menyampah bila dia sembang pasal adil padahal keluar rumah pun tak mampu nak
bagitahu isteri. Nak jaga hati isteri pun tak pandai ada hati sembang adil.
Menyampah gila dengan Pia sebab bagi peluang kedua dekat
Zafran padahal dia jugak yang sakit. Baik dia bawa Budi tinggal je dekat Dubai
sana. Sembang sedih tapi bila Zafran minta maaf terhegeh jugak dia maafkan.
Yihhh sakit hati!
Qis taknak gaduh tapi bila Makngah hasut tak ada pulak dia
nak melawan. Menyampah tengok watak dia tak sudah-sudah call Zafran suruh balik
rumah bila ada masalah jadi suruh Zafran settlekan. Kau settle lah sendiri
bukannya susah sangat pun.
Budi pun satu hal jugak makin naik kepala suka hati sepahkan
rumah. Dah tahu Makngah tu jahat, dia pun nak jugak cari pasal. Memang patut
lah kena marah tapi part mendera tu melampau jugak lah.
Tak tahu kenapa pengarah drama Melayu ni suka beno watak
terlebih baik macam lah rakyat Malaysia ni dikurniakan kesabaran setinggi Pia
ni. Beria lah tunggu balasan dekat Makngah yang jahat tapi sudahnya elok je dia
bahagia dapat kemaafan.
Cerita ni kalau ada yang interpret mesej pengajaran ‘tak ada
masalah jadi jahat sebab orang baik akan sentiasa maafkan’ tu memang tak heran
tau.
'Kekurangan organ Pia melengkapkan kebahagiaan Zafran dan Qis'
'Kekurangan Budi melengkapkan kebahagiaan Mak Ngah sebagai OKU pembuli'
Lepas tengok telefilem Derita Pia ni memang tak lah nak
tengok drama Pia, buat bazir masa je. Dah tahu ending satu hal. Siapa entah
come up dengan idea untuk telefilem ni sudahnya caca marba je. Yihhh!
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.2, 9.
Social Message +0, 10. Personal Thought 0 = 4/10