Book Review : How To Be A Bawse - Lily Singh

Sunday 3 March 2019



Penulis : Lily Singh
Penerbit : Penguin Random House
Helaian : 313 mukasurat/ 50 bab
Genre : Motivasi
Harga : RM 88.70

First of all, thank you cutie CJ for lending me this book! Masa CNY haritu ternampak buku ni lepastu muka tebal mintak nak pinjam. Lepas 3 minggu baru berjaya habiskan tanpa skip mana-mana part. Ambil masa yang lama nak habiskan bukan sebab tak best tapi tak sempat nak cari masa. Kalau hari-hari kerja lepastu OT mana ada masa.

Buku yang diterbitkan pada tahun 2017 ni bukan setakat New York #1 Best Seller je tapi Winner of the 2017 Goodreads Choice Awards: Non-Fiction Book of the Year! Buku ni memang sesuai untuk semua peringkat umur, the younger the better sebab dalam buku ni banyak tips and tricks macam mana nak success dalam life.


Kalau ada yang pelik dan tertanya-tanya apa benda Bawse ni, its actually Boss je tapi Lily sengaja create a unique spelling for this term well because she can literally. Tapi Bawse ni bagi Lily bawa makna berbeza which is defined as someone who excels in both personal and professional settings. A Bawse exudes confidence, turn heads, get hurt effciently, communicates effectively and hustle relentlessly. 

Tips and tricks yang Lily highlight simple dan benda-benda basic yang semua orang boleh buat tanpa perlukan duit yang banyak tapi usaha, usaha dan usaha. I’ve known her through her videos so I’m pretty much impressed with her career journey.

Bonus point dalam buku ni bila content dia colourful, gambar-gambar Lily every permulaan chapter menarik dan kreatif. Sama macam dalam video dia, penulisan dia pun fresh, realis dan kelakar. So its fun to read. Even penat dengan kerja tapi bila luangkan masa baca buku ni memang rasa macam therapy session.



Paling suka bila Lily selitkan curhat dia 10 tahun lepas dengan curhat sekarang. Boleh relate sangat dengan apa yang dia rasa masa dia work hard tapi gagal dan hampir give up. Depression tu memang perkara biasa bila kita gagal tapi macam mana nak bangkit balik tu perkara luar biasa. 

Walaupun harga dekat atas agak mahal tapi you guys can get this book at cheaper price at Lazada, RM15 je! Walaupun buku ni agak mahal but trust me, memang berbaloi untuk membina semangat diri and push yourself to be the best among the best. Recommended!

Blog Performance February 2019

Saturday 2 March 2019

Sakit jugak nak habiskan bulan February ni bila semua kerja nak hadap sorang. Ada juga kerja yang terbabas tapi nasi dah jadi bubur, tinggal makan je lah. Kalau bulan lepas dah janji nak usaha lebih sikit dekat blog, boleh nampak jugak lah peningkatan tu tapi tak cukup memuaskan lagi. 

1. PV



Alkisahnya PV harian not bad lah on average cecah jugak 1k sehari tapi paling tinggi untuk bulan lepas pun 1,520 je. Bulan lepas target PV all time nak cecah 500k tapi berangan je lah dik non sebab tak sempat nak BW maka dapat lah figure banyak ni. Okay lah, dari tak berganjak langsung kan


Well, disebabkan ada target bulan lepas baru gigih nak bergerak so untuk Mac nak target cecah 600k pulak. Kalau cun traffic, end of year dah cecah sejutaaaaaa!

2. Post


Bulan lepas saja tukar Popular Post ikut minggu sebab dah bosan tengok post yang sama je yang keluar dekat Popular Post All Time. Lepas dah tukar ni menjadi lah experiment tu sebab ada nampak post baru masuk. Bulan ni nak ubah kepada popular for 7 days pulak. Hah ni tips ni untuk you guys yang belum tahu lagi. 


3. Keywords


Happy tengok Stree ada dalam keyword, yeayyy! Bukan selalu nak nampak kewujudan keywords movie nustang. Rasanya ni keywords kedua lepas movie Padmavaat. 

4. Audience


Dah lama tak tengok audience pergi sampai mana, so bulan ni banyak negara baru walaupun benda ni entah muhong ka dak tapi yeayyy dah pi merata dahhhh. 

5. Alexa Rank


 Bila traffic dah turun, Alexa pun turun dengan dashatnya. Macam main dam ulaq, kena patuk dengan hat paling panjang tu. Misi Mac, global ranking kena kepala 1, Malaysia ranking 20k. 

Siapa perasan layout dah tukaq?! Dah lama geram dengan page asyik tergedik bila tengah scroll pastu lambat nak loading sebab tu tukar ke layout biasa ja. Hat lain tu nanti la touch up kalau ada masa. Kalau takdak, guna la ni sampai jumpa masa hihu. Happy weekend everyone! 

Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu

Wednesday 27 February 2019

2 minggu lepas my company ada buat company trip ke Sungai Pertak di Kuala Kubu Bharu walhal asalnya ajak 2,3 orang je join lepastu tiba-tiba jadi company trip sampai family boss pun join sekali. Dari Sungai Ulu Yam membawa ke Sungai Chilling tapi terpaksa tukar destinasi ke Sungai Pertak disebabkan ikan-ikan dalam proses penternakan sampai bulan 3 ni. 






Nak masuk ke Sungai Pertak ni kena tengok signboard sebelah kanan jalan sebab signboard dia kecil je pulak tu dalam perkampungan Orang Asli Pertak. Nak masuk pun kena bayar RM1 per person tak kira kanak-kanak ataupun dewasa. Berbaloi lah bayar RM1 sebab kawasan sungai ni memang bersih cumanya tak ada tandas atau tempat salin baju. Ada dua pondok tapi dah rosak. Vandalism at it best hmmm. 

Sungai ni banyak batu maybe sebab tu tak ramai yang berebut nak mandi dekat sini. Sakit jugak lah kaki bila asyik terlanggar atau terpijak batu. Lebam sana sini tu memang hadiah dari sungai ni. Air dekat sini pun agak deras so memang sakit badan kalau tak mampu nak jaga diri. Kalau bawa budak kecil memang kena extra alert.


Dah namanya company trip memang meriah sangat makanan tapi tak berat lah sebab plan nak makan tengahari dekat luar tapi manusia hanya mampu merancang uolls. Kitorang sampai sini jam 9, setup khemah, bentang tikar untuk letak makanan lepastu lepak sampai jam 5 petang. Nasib perut memasing tak cerewet. 

Yang bestnya bila datang awal dapat port cantik, ada kawasan lapang untuk pasang khemah dan bentang tikar. Boleh lepak dekat batu untuk tengok sungai dekat bawah, kena pulak angin hutan fuhhh lega! Air dekat sini agak sejuk, sekejap je mulut dah boleh jadi biru okay. Yang tak tahan sejuk memang mengigil, yang banyak lemak macam kita boleh enjoy mandi.




Nak bergambar pun cantik jugak dekat sini tapi kalau datang awal lah sebab masuk tengahari dah ramai dah yang datang so tempat agak sesak. 

Ada kawasan dalam, ada kawasan cetek so tempat ni sesuai for any age I guess cuma banyak batu lah tapi kalau pandai pilih tempat dapat la yang boleh bersuka ria dengan bahagia tanpa gangguan. Tempat yang kitorang lepak agak susah nak turun dari atas dan bahaya juga kalau nak ikut jalan air. 








Ada jugak ikan dekat sini tapi tak lah sebanyak macam Sungai Chilling so bulan depan memang kena pergi Sungai Chilling sebab teringin sangat nak tengok ikan-ikan dekat sana. Time spent here memang berbaloi lah sebab puas mandi walaupun jauh sikit dari Subang. Weekdays stress dengan kerja, weekend spend time dengan nature memang jadi terapi. A nice one. 

Product Review : Sabun Citra - Bengkoang

Dari zaman sekolah lagi memang dah pakai produk Citra ni tapi dulu Citra keluar losyen badan je lah dan start dengan Bengkoang lepastu divariasikan dengan pilihan lain macam teh hijau, serbuk mutiara dan yang lain which I don't quite remember sebab dah selesa pakai bengkoang. 


Masa zaman sekolah memang kulit agak gelap sebab aktif dengan Pandu Puteri dan sukan. Bila ada losyen Citra ni memang tak payah risau sebab kulit boleh cerah balik. Tak payah susah-susah pakai scrub kunyit beras sebab losyen Citra ni pun memang guna ejen pemutih alami dari campuran beras, kunyit dengan susu. Lagi best sebab bau dia wangi even dah berpeluh satu hari. 

Bila dah ada sabun buku ni saja nak try sebab dah serasi dengan losyen, nak bau yang sama la bila mandi tapi sayangnya sabun buku dia bau sabun biasa je. Tak bau macam losyen dia pun. Lepas guna sabun dia pun kulit jadi agak kering. 


Lagi satu hal, sabun buku Citra ni ada particle halus macam microbead so bila gosok dekat badan memang sakit lah. Macam sabun buku jatuh dekat pasir haaa cenggitu la rasa dia. 

Kalau ikut apa yang dia tulis dekat packaging tu bila pakai sabun buku ni pastu apply losyen akan dapat kesan maksimal tapi dah sebulan pakai pun tak lah maksimal mana pun. Nasib sabun Citra ni murah je, RM2 untuk 3 buku sabun. Sekarang ni nak habiskan je lah sabun yang ada and for sure tak nak beli dah. Hampa betul bila harapan hancur ni.

Product Review : Sos 3 Rasa Mahsuri

Tuesday 26 February 2019

Dalm previous post ada mentioned guna sos 3 rasa Dr. Fazley, entah you guys perasan ataupun tak sos yang mana. Sos ni lah yang kita nak sembang hari ni, sos 3 rasa jenama Mahsuri 

IMG-20190226-WA0019.jpg

Niat asal nak guna untuk Masak 3 Rasa je sebab takut gabungan sos tak menjadi tapi sebelum tu saja guna untuk buat rencah nasi goreng tapi syahdu betul rasa sos ni. Rasa dia more to sos tomato. Try lagi kali kedua buat rencah megi goreng pun sama jugak, rasa masam je lebih. Bila masuk dalam resipi Siakap 3 Rasa terpaksa lah lebihkan sos lain supaya rasa sebati dan tak masam. 

Kalau ikutkan tutorial dekat botol ni tuang sos ni je dah boleh makan sampai menjilat jari tapi bila masak memang berhuhuhu je lah. Lepas ni memang nak habiskan sebab takut nanti membazir je beli tapi tak guna. Ada banyak lagi dalam botol walaupun kecil sebabnya masam. Jenis tekak tak suka makan masam sangat memang tak sesuai dengan sos ni. Sorry Dr. Fazley