Drama Review : The Bridge (2018)

Monday 14 January 2019

The Bridge - Feature Image

Pengarah : TJ Lee
Penulis Skrip : TJ Lee
Pelakon : Bront Palarae, Rebecca Lim, Gavin Yap, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Erwin Dawson, Charles Roberts, Keagan Kang, Chacko Vadaketh, Dia Farhana
Genre : Thriller/Mystery/Crime
Jumlah Episod : 10 Episod
Tarikh Tayangan :26 November 2018, Isnin & Selasa - 10 malam
Syarikat Produksi : OTT & Media Prima Television Network (MPTN)
Penyiaran : Viu & NTV7
Trailer :

First time tahu pasal drama ni bila ternampak video dekat MLStudios bagi review based on the first episode. Sebelum ni ada juga ternampak tapi tak banyak info sangat pasal drama ni. Tak pasti promo events drama ni setakat mana sebab tak ramai pun yang layan padahal jalan cerita dia agak unik. Drama The Bridge ni diadaptasi oleh drama Scandinavian yang dah pun dibikin semula oleh Rusia, UK & US dan semuanya menggunakan tajuk yang sama.

Pegawai Megat (Bront Palarae), wakil ICD (International Crime Division) Malaysia diarahkan untuk siasat satu kes kematian di Jambatan Tuas bila ada seorang mayat perempuan terlantar di tengah jalanraya selepas blackout. Bila Megat sampai, pegawai ICD Singapura, Serena Teo (Rebecca Lim) dah start buat kerja. Senang untuk Megat sebab dia boleh balik rumah awal layan anak bini. Walaupun bahagian bawah badan di sempadan Malaysia, bahagian atas di Singapura, baik bagi je semua dekat Singapura.


Tapi belum sempat nak start enjin, mayat perempuan tu rupanya terbelah dua. Lagi tambah kerja dua pegawai ni bila bahagian bawah dengan bahagian atas sebenarnya dua badan yang berbeza. Bahagian atas kepunyaan Monica Lee, peguam kepada si kaya Clarence Richmond (Keagan Kang) yang terlibat dalam jual beli tanah secara illegal dan Red Harvest. Bahagian bawah pula mayat bibik Indonesia yang datang tanpa permit sah tapi hilang selama 6 bulan. Kedua-duanya dibunuh oleh Truth Terrorist.

So dari situ bermula lah perjalanan kerjasama dua negara untuk mencari siapa sebenarnya Truth Terrorist dan dalam masa yang sama pembunuh ni bantu traffic website AsiaNow milik Daniel (Gavin Yap) naik berganda bila dia siarkan segala info, live streaming pembunuhan dekat website AsiaNow.


Jalan cerita jenayah ni agak tak senang duduk lah bila akhir episod dia timbulkan rasa tak sabar nak tengok next episode. Sudahnya 10 episod habis dalam masa satu hari je. Tapi geram jugak lah dengan team ICD ni bila slow buat kerja sebab tak dapat nak crack code Truth Terrorist bagi especially scene Kebenaran yang ke3 bila tajuk Kebenaran tu ‘Dirty Money Washed Clean’ tapi tak gigih langsung diorang korek pasal financial company Anil Raj (Chacko Vadaketh). I mean, the title already pretty obvious kot. Oh come onnnn!

Ada jugak scene seiras drama Black Mirror bila netizen kena undi siapa yang patut kena bunuh. Sama macam episod lebah pembunuh yang akan attack orang yang masuk dalam carta kebencian. (I just made up the name lol). Truth Terrorist tu bukan nak tunjuk kekejaman dunia tapi kekejaman yang ada dalam diri netizen. Raksasa tanpa sedar. 


I personally loved the message dalam drama ni bila ketidakadilan dalam kehidupan dua jurang diketengahkan tapi mesej tu slowly hilang berubah menjadi personal revenge especially masuk part Operasi Gold Dust dengan Red Harvest. Masa tu momentum dah mula flat and dah start jadi draggy especially scene Erin (Cheryl Samad) dengan Adam (Tony Eusoff) berjumpa. 

Visual drama ni cantik, rasa macam layan drama karya negara luar fuhh so glad Singapore join sekali. Bak kata Serena, Malaysia can keep all delicious foods because Singapore got great efficiency on things. Damn girlllll! But hey, Malaysia ada jugak tempat cantik kot dalam drama ni especially Pulau Kukup. Pandai cari ruang nak promote pulau kontroversi sensasi ni. Lepas tengok drama ni baru teringat Johor kaya dengan kelapa sawit or else I akan ingat The Royals dengan Legoland je. Dan Ahmad Maslan yang busy dengan pokok kelapa (dibaca nenas).


Tak perlu pun nak sembang pasal lakonan Bront atau Rebecca sebab memasing dah memang terkenal dengan talent. Dari awal drama sampai habis memang syok tengok character Serena berubah dari someone yang ikut logic akal, facts and figure punya orang kepada emosional hanya disebabkan friendship dia dengan Megat. Stunt dalam drama ni memang dilakonkan sendiri oleh Bront & Rebecca especially scene dekat gudang kelapa sawit masa lawan dengan TT dengan fighting scene masa Serena jumpa Weng memang cantik. 

I tak kata drama ni terbaik sebab jalan cerita dia still ada draggy, mehh and apakah moment tapi director memang pandai simpan siapa pembunuh sebenar sampai ke hujung. Nak kata plot twist tu tak sangat tapi memang susah nak teka lah senang cerita. Drama ni agak raw and gore tapi tak teruk sangat lah, still tahap minima untuk ditonton. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.5/10

Blog Performance Disember 2018

Sunday 6 January 2019

Happy New Year guysss! Tahun baru, azam baru tapi tahun ni tak rangka apa-apa azam pun. Nak kata recycle yang lepas pun susah jugak sebab half dari azam tahun lepas dah berjaya dah. Lagi half dah lupa apa benda, azam pun dah hilang. Tahun ni mungkin chill & relaks tengok je lah apa jadi.

Speaking of my blog performance, bulan Disember takde banyak mana pun perubahan dengan yang sebelum ni. Lagi teruk lagi ada lah. Tak sempat pun nak belek hari-hari sejak kerja baru ni. Nak pulak tahun baru ni dah tukar department HR, lagi banyak benda nak buat. Makin bertambah busy lah cerita dia. Sebab tu malas nak buat azam sebab tak ada masa. Harapan tinggal harapan je nanti.

1) PV


Sama je macam sebelum ni tak cecah pun target nak naikkan 40k sebulan balik or goal tahun lepas nak cecah 50k sebulan. Sekali je dapat lepastu merudum je kerjanya. Anyway, bahagia jugak lah pernah capai tahap tu. Tahun ni sebab tak nak expect tinggi sangat maka kita chill je tengok statistik tahun ni.

Bulan lepas cakap nak cecah 350k stats and yupp dah cecah. Tahun ni nak target cecah half million so kita try okay?


2) Post 


Tak pernah jatuh lirik lagu One Avenue Band ni, but anyway dua post bulan ni berjaya dapat stats tinggi bulan Disember nak pulak ada movie review Bollywood so yeayyyy!


Untuk popular post, dah nak cecah 15k. Tahun ni boleh tengok lah review cecah 10k tapi untuk yang bahagian atas je lah. Yang bawah tu entah bila nak menginjak naik keluar dari kepopmpong seribu tu entah. 

So far yang ni je lah best tengok sebab yang lain tak ada perubahan pun. Tak buka pun Alexa sebab taknak murung. Dah tahu dah ke mana hala tuju dia so tak perlu tambah garam di luka ye dak? 

Anyway tahun 2018 boleh tengok turun naik jadi blogger. Yang tak best bila datang mood malas nak blogwalking ataupun update entry. Lagi syahdu bila tak ada masa nak update sebab busy dengan kerja hakiki. But still usaha berbaloi bila tengok ada yang buat sumber rujukan dari blog ni. Of course lah lagi best bila ada sumber ka-ching dari sini jugak. Its totally worth it. 

Harapan untuk 2019 haruslah nak usahakan lebih lagi dengan blog ni but one can only hope sebab I tak jumpa masa yang sesuai nak fokus sangat tanpa gagal. Ni nampak macam alasan untuk si gagalis but I'll try my best. Happy New Year people, semoga 2019 create new memories dalam hidup kita. Baik atau buruk sesuatu kenangan tu tetap bawa makna kan? Have a blessed year and take care :)

Wild Thories of Divya Bharti’s Death

Saturday 29 December 2018


Divya Bharti antara top actress pada awal zaman 90-an di Btown. Divya debut dalam movie Tamil dan Telugu pada penghujung tahun 80-an masa berumur 16 tahun kemudian debut dalam movie Hindi, Vishwatma tahun 1992.

Masa berlakon dengan Govinda dalam movie Shola Aur Shabnam, Sajid datang untuk jumpa Govinda tapi ternampak Divya & jatuh cinta. Sajid Nadiadwala dan Divya berkahwin dalam majlis tertutup kemudian Divya tukar nama kepada Sana Sajidwala lepas masuk Islam.


8 bulan selepas perkahwinan diorang pada 5 April 1993, Btown dikejutkan dengan berita kematian Divya pada jam 11 malam dan diklasifikasikan sebagai kematian bukan semulajadi oleh Inspektor J G Jadhav yang mengetuai kes dan koroner Cooper Hospital.

Malam kejadian Divya ada discussion dengan Neeta Lulla, kawan designer dan suami dia, Shyam Lulla  untuk set kostum dalam movie baru di bawah production Sajid Nadiadwala jam 10 malam. Sepatutnya esok pagi Divya pergi ke Hyderabad untuk shoot movie lain tapi dia minta tangguh sebab dia tak ada mood lepas bergaduh besar dengan Sajid pasal rumah yang dia baru beli untuk Kunal tapi peliknya rumah yang Divya beli tu tak didaftarkan di bawah nama Divya tapi Sajid.

Adik Divya, Kunal pun ada bagitahu yang Divya stress sangat masa tu. Mungkin dia sempat halang kalau dia tak tinggalkan kakak dia malam tu. Umur 19 & baru start nak naik dalam karier tapi lain pula yang jadi.


Orang gaji merangkap pengasuh Divya sejak kecil, si Amrita pun ada di rumah malam tu sebab dia yang hidangkan arak dan snacks kepada tetamu yang datang. Amrita kata dia baru je menyembang dengan Divya dari dapur tapi sekelip mata je Divya dah jatuh dari tingkap rumah. Dia tak tahu macam mana Divya boleh jatuh. Sebulan lepas kematian Divya, Amrita pun mati disebabkan jantung gagal berfungsi bila kemurungan teruk. Walaupun Amrita saksi utama tapi dia tak jumpa polis untuk siasatan lanjut pun.

Sama macam Neeta dan Shyam, walaupun mereka berdua saksi utama tapi dua-dua tak tahu macam mana Divya boleh jatuh dari tingkat 5 apartmen Tulsi di Mumbai tu sebab diorang tengah leka tengok TV. Diorang tersedar bila terdengar bunyi hentakan kuat sangat. Rupanya Divya dah terlantar di bawah penuh dengan darah. Divya disahkan mati dalam perjalanan ke hospital disebabkan tengkorak kepala pecah, tulang pinggul kiri retak dan patah tulang rusuk.


Malam kejadian memang tak ada saksi lain dekat area apartmen tu selain mereka bertiga walaupun apartmen Divya di tengah bandar Mumbai yang sibuk. Sepatutnya kawasan parking lot penuh dengan kereta tapi malam tu satu kereta pun tak ada.

Kematian Divya antara yang mengejutkan tapi Btown tak rasa kehilangan pun even co-star or bekas co-star Divya tak buat apa-apa statement siap ada yang pergi berparti area berdekatan dengan rumah Divya. Tahun 1998 kes Divya ditutup oleh polis sebab kekurangan bukti tapi tak ada pun statement Divya mati disebabkan kemalangan, dibunuh ataupun bunuh diri.




Ada fans Divya yang tuduh Sajid yang bunuh sebab Divya tak suka Sajid berkawan rapat dengan Dawood Ibrahim, don terkenal di India. Ada yang kata Divya tahu Sajid terlibat dengan Mumbai Blast 1993 sama macam Sanjay Dutt.

Misteri kematian Divya sampai sekarang tak ada yang boleh jawab walaupun banyak perkara yang timbulkan persoalan nak pula bila Neeta dengan husband dia datang rumah Divya tapi tengok TV sedangkan nak sembang pasal kostum movie baru. Tak pelik ke Divya tak jerit langsung masa terjatuh dari tingkap rumah dia tapi diorang perasan bila terdengar hentakan masa Divya jatuh?

Bukan takat tu je, dekat hospital pun keluarga Sajid & keluarga Divya bertekak sebab tak tahu nak kebumi cara Islam ataupun bakar mayat Divya ikut upacara Hindu. Disebabkan Sajid ialah husband Divya, polis dan doktor tunggu keputusan dia & Sajid nak Divya dikebumi. Tapi tak lama lepastu dia ubah fikiran lepas berbincang dengan family dia dan bagitahu polis dan doktor yang dia tak kahwin pun dengan Divya even sijil nikah pun tak ada.

Kata ayah Sajid, perkahwinan diorang berdua tak sah pun tapi akan kahwin dalam masa 3 bulan lagi sepatutnya. Kecewa dengan perangai Sajid dan keluarga, parents Divya putuskan untuk bakar mayat Divya. Masa upacara terakhir, Divya dipakaikan pakaian pengantin dan juga mangalsutra. Sajid dan keluarga ataupun wakil dari Nadiadwala tak datang pun ke upacara terakhir Divya sudahnya Kunal yang nyalakan api.



Ada fans SRK kata SRK dengan Farah Khan teamed up buat movie Om Shanti Om based on kisah Divya Bharti sebab kisah Shantipriya dengan Mukesh sama sangat dengan kes Divya-Sajid. Siapa yang selalu layan OSO mesti boleh teka.


Nama penuh Divya Bharti ialah Divya Om Prakash Bharti sama dengan nama watak SRK dalam OSO = Om Prakash. Nama watak kelahiran semula SRK ialah Om Kapoor sebab dia kata dia nak lahir dalam keturunan yang famous dan kaya supaya boleh tidur atas katil bulat bla bla bla.


Surprisingly movie debut SRK ialah movie Deewana tahun 1992 bersama Divya Bharti & Rishi Kapoor. Kapoor Khandaan antara keluarga yang penuh dengan film producer, actor, director dari generasi ke generasi sehingga lah sekarang.  Nama Sandhya/Sandy dalam movie OSO pula sama dengan nama hair stylist Divya yang datang masa upacara perkahwinan Divya dengan Sajid. Jeng!


Dalam movie OSO, Om pertama kali berlakon dengan Shanti & nama Shanti masa tu tengah top. Sama dengan SRK bila dia dapat debut dengan Divya masa Divya antara promising star di Btown. Dalam movie OSO Shanti start berlakon pada usia 16 tahun which is exactly the same age of Divya. Lepas kematian Shanti, Om antara nama besar di Btown macam SRK in real life – King Khan of Bollywood. Divya pernah bagitahu SRK ‘You are an institution of acting.’


Ada scene Om dapat tahu yang Shanti sebenarnya dah berkahwin dengan Mukesh bila terdengar perbualan diorang dalam bilik. Sama macam Divya yang dah kahwin senyap2 dengan Sajid dan convert ke Islam kemudian tukar nama kepada Sana Nadiadwala. Bila dia dah meninggal baru orang tahu dia bini Sajid. Kalau Shanti dalam OSO mengandungkan anak Mukesh, Divya pun mengandungkan anak Sajid tapi Sajid tak ready lagi untuk ada anak.


Dalam movie OSO, Shanti nak berhenti berlakon tapi Mukesh pujuk dia pastu bawa pergi ke set yang Mukesh buat untuk movie baru under production dia. Well bukan ke Neeta dengan husband dia datang rumah Divya malam tu nak discuss pasal costume Divya untuk movie Andolan bawah production house Sajid?

Lepas kebakaran set tu Shanti belum mati pun tapi Mukesh datang balik dan tanam dia, sama macam Divya yang tak mati pun lepas jatuh dari tingkat 5 tapi mati dalam perjalanan ke hospital. But who knows what happened sementara tunggu ambulans sampai kan? Malam Shanti kena bunuh pun studio tu kosong tak ada orang, sama macam keadaan apartment Divya pada malam 5 April tu.



Movie last Shanti yang tak sempat habis shoot sebab Shanti dah meninggal terbakar dalam set tu sudahnya Sandy di kelahiran semula yang lakonkan balik. Sama dengan movie terakhir Divya bertajuk Laadla yang dah siap shoot 80% sudahnya digantikan dengan SriDevi sebab muka diorang dua sama. Masa tu ramai yang kata Divya akan replace tempat SriDevi dalam industry tapi Divya pergi dulu. 


Masa shoot movie Laadla, SriDevi pun terpaksa retake scene sebab tergagap dekat line yang sama macam Divya. Raveena Tandon kata SriDevi kena kacau dengan roh Divya masa shooting movie Laadla sampai pengarah terpaksa panggil tok sami baca mantra supaya tak kena kacau. Lepas pecahkan kelapa di tempat shooting baru diorang boleh berlakon balik macam Om suruh Mukesh pecahkan kelapa dekat set dalam Om Shanti Om tu.


Kebetulan kisah hidup diorang pun lebih kurang sama, disyaki dibunuh oleh suami sendiri – producer film. Even cara kes ditutup pun sama bila upacara pengebumian sehari selepas tragedi pastu terus bakar tanpa post-mortem. SriDevi meninggal pada 24 February 2018 kebetulan dekat dengan tarikh kelahiran Divya Bharti pada 25 February.

Dalam lagu Dastaan-E-OSO, Om setup set yang sama & cerita kejadian malam Shanti dibunuh untuk refresh ingatan Mukesh sebab dia tak ada bukti Mukesh bunuh Shanti. Sama macam jalan cerita movie OSO mungkin untuk refresh ingatan Sajid tentang tragedi Divya?


Kes Divya pun ditutup sebab tiada bukti kuat untuk kes pembunuhan ataupun bunuh diri. Lagipun SRK dah kata yang movie OSO remake dari movie Karz – kelahiran semula untuk balas dendam. A little update from SRK fans, dalam lagu Deewangi Deewangi tu kalau perasan guest star yang datang parti OK tu semua artis/co-star yang pernah berlakon dengan Divya era awal 90-an. 


SRK/Om Kapoor ada persamaan juga bila diorang berdua yang jadi producer dan berlakon dalam movie tu. Cuma bezanya Mike dalam movie tu cuma producer kedua tapi Red Chillies Entertainment sole producer untuk movie Om Shanti Om and boleh imagine lah berapa tinggi chances untuk SRK edit jalan cerita movie ni.


Fun fact, SRK banyak kali je kena kacau dengan underworld so mungkin dia tak berani even dia tahu something. Mungkin Amrita ada bagitahu dia apa yang jadi malam tu or maybe Farah Khan yang tahu since she’s quite close with Sajid.

Keluarga Divya dah terima hakikat Divya dah pergi dan hidup happy dengan anak-anak Kunal. Ayah Divya kata cucu perempuan dia ada iras muka Divya even perangai pun sama so rindu dia terubat bila layan cucu dia.

Isteri Sajid, Warda Nadiadwala pun selalu datang melawat keluarga Divya. Warda kata even sampai sekarang Sajid simpan gambar Divya dalam wallet dia. Entah betul entah tidak, Warda dengan Sajid je lah tahu.


Anyway, entri ni cuma my collection of wild theories yang dikutip dekat internet pastu tambah sikit bila korek lebih sikit dengan bantuan adik so nak percaya percaya, tak nak percaya just anggap seperti angin berlalu je. Thanks for reading.