Cabaran 25 Hari Blogging : Vision Board

Sunday 12 August 2018

Hey ya! 

Dah lama tinggalkan Cabaran 25 Hari ni, so sekarang nak settlekan sampai habis memandangkan tak join mana-mana challenge. So siapa yang nak join, meh le join sekali :)




Tbh, I have never ever own any tapi gigihkan juga buat untuk challenge ni. Tempat kerja lama tak ada benda nak dibuat so godek semua gambar bikin satu vision board full of my goals in life and some quotes. 

And the result is tadaaaaa



Idk nak tempek dekat mana lepas dah siapkan. Maybe dekat kepala katil kot. So before tidur atau bangun tidur I can watch my dreams. 

For the centre, I put Sonam Kapoor not because I idolize her that much cuma dia je yang ada gambar berkepak macam tu. Okay, another reason haruslah sebab minat dia. Why I love her? Because I learnt a lot from her. Be brave and bold, be honest for your opinion yet the same time be kind for people and animal. Plus she's a fashion icon. Who can deny that?

At the left side, letak gambaran my dream house ala vintage. Sekarang nak deco beria pun rumah sewa so tak banyak boleh buat. Kalau ada rumah sendiri baru boleh deco sana sini. Lepas kahwin even kena ikut tekak suami pun but some spaces I boleh deco ikut tekak sendiri kan, takkan semua ikut dia. 

Image result for vintage home decor

Bahagian bawah, letak pelamin idaman & bakal anak kononnya. Letak dekat bawah sebab bukan ultimate priority for now. Entah ada entah tidak sebab dah nak cecah angka 3 dah tapi krik krik lagi. Tak kira betapa tinggi pun impian tapi yang satu ni tetap ada cuma bukan dalam tangan sendiri untuk capai. 

Sebelah kanan tempek semua gambar scenery and some beautiful places. Dari kecil lagi nak pergi ke India sebab pengaruh movie Hindustan. Dalam gambar tu dekat Hyderabad one of best India Muslim foods lah dekat situ. Nak pulak lepas tengok movie Daawat-E-Ishq rasa nak makan gol gappe dengan tandoori chicken tikka sampai buncit. 

Image result for tandoori tikka

Okay that's all for now. Vision board you guys pulak macam mana? Share lah sikit ;)

Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Bangsar

Before this dah pernah up entri tentang pengalaman tampal gigi berlubang dekat swasta dan scalling gigi dekat sini. I've mentioned yang harganya mahal bila buat rawatan atau appointment dekat klinik swasta so this time around untuk rawatan akar memang celah mana pun kena buat dekat klinik kerajaan sebab rawatan akar mahal. Plus, I'm not happy the way they conduct the treatment so I chose to go for another dental clinic.  

Yang susahnya klinik kerajaan ni, bilangan tak banyak satu hal. Telefon susah nak angkat satu hal. Walk-in penuh orang pun satu hal. Lucky for me, jumpa officemate yang buat rawatan gigi jugak dekat klinik kerajaan tapi dia pergi dekat Bangsar sana. Quite far from here lah sebab 2 jam naik public transport. Memang tak lah nak naik kereta wei masuk Bangsar.

So from my place I took RapidKL bus to MRT Kwasa Sentral then pilih nak turun dekat Bank Rakyat Bangsar. Tukar ke LRT dekat Pasar Seni then walk about 4 minutes and tadaaaa


Tak sesat pun sebab malam tu dah gigih Google dengan adik route mana nak ambik nak menghala ke sana. Dalam malang pagi tu terpijak kaca, kira lucky jugak lah tak perlu tunggu lama sebab tak ramai orang pun hari tu. Tunggu kejap untuk daftar lepastu dah boleh jumpa doctor. 



Since I'm terrified with dentist since primary school lagi, memang cuak sangat nak jumpa, nak pula the ultimate reason pergi jumpa dentist sebab gigi berlubang yang kena tampal tu dah bengkak dan bernanah. Nanah tak meletup cuma ada dekat situ dan tersangatlah tak selesa. Takut akan naik bengkak yang lain je kalau biar. 

Masuk dalam bilik rawatan, bagitahu doctor apa masalah semua kemudian dia check nak tengok teruk ataupun tak. Check gigi lain jugak sebab takut ada yang affected as well. Lepas check baru set date untuk buat rawatan akar tapi lama jugak lah nak kena tunggu sebab dah ramai yang book tarikh. Dia bagi pilihan, kalau tak tahan sakit memang terpaksa cabut. Tapi masa dia check ketuk gigi bertampal tu sampai 6 kali tu tak sakit pun. Dia pelik, tuan punya gigi lagi pelik. 

Pelik tak pelik pun kena buat rawatan akar jugak lah sebab dah ada bengkak dan nanah. Cuak tak payah sembang lah macam mana level dia. Lepas check and consult, doctor nak buat scalling gigi sebab dah nak cecah setahun dah pun kan. 

Berbeza scalling gigi dekat klinik ni dengan klinik swasta I've went before. I'm the one yang kena pegang benda alah sedut air liur tu and its quite weird sebab tak tahu dekat mana bertakung tambah tak tahu nak gerak ke tak takut terkena scaler tu. Nak angkat tangan pun tangan penuh. So yeah, neither doctor nor saliva wants to stop and let me breathe. Habis basah tudung kena air liur sendiri campur darah. I just redho and nak habis cepat je. 

Scalling kali ni tak seteruk yang sebelum ni sebab tak banyak sangat pun karang gigi plus doctor tu buat tak seganas doctor dekat klinik sebelum ni. Dah angkat tangan suruh stop sebab sakit pun gigih lagi nak korek. Tsskkkk

Yang bestnya dekat klinik kerajaan ni haruslah harga murah je. Scalling dekat klinik swasta harga sampai RM120 tapi dekat sini charge RM2 je campur daftar RM 1 total up RM 3 je lah keluar. Tambang pergi balik pun RM 8.60. Total semua tak sampai RM15 pun. Jimat teruk, service pun quite nice, staff and dentist pun ramah and sopan. 

Another thing Klinik Pergigian Bangsar ni tak sama macam klinik kerajaan lain sebab setiap hari buka untuk semua orang and you don't have to follow their schedule pun because there is none! Setiap hari boleh datang untuk buat rawatan except weekends. 



Sekarang ni cuma tunggu tarikh rawatan akar je lah, harapnya nothing bad happens nanti. Resah jugak fikir apa jadi nanti. Boleh mintak anaesthesia tak agaknya? I'm scared :(

Menang Segmen Tambah Duit dengan Kerja Part-Time

Saturday 11 August 2018

11 Julai yang lepas ada join Segmen Tambah Duit dengan Kerja Part-Time dari blogger Ejulz. Masa dia announce nak buat segmen pun dah teruja nak join sebab nak curi traffic dia hihi lagipun nak meriahkan segmen disamping support rakan blogger. Tak sangka langsung terselit rezeki dekat segmen ni. 


Memang bersyukur sangat dapat menang hadiah dari segmen yang dianjurkan ni. Terima kasih yang sudi datang blogwalking ke sini dan drop komen/doa. Terima kasih Ejulz bagi hadiah bermanfaat sebab menang buku. Bertambah lah koleksi buku dekat mini library tu. 

Selasa lepas dah sampai dah hadiahnya tapi asyik lupa nak update. Buku pun tak berbuka lagi untuk dibaca. Jauh datang dari Kuching, Sarawak. 


Anyway, thanks for the gift and harapnya ada banyak lagi lah segmen lepas ni sebab nak menang lagi :P

Tauhu Bergedil Subang Bestari

Jumaat lepas officemate order tauhu bergedil dengan akak dekat area office sebab dekat dengan tempat kerja. Order tu actually kali kedua sebab before this dah pernah order tapi tak cukup sebab sedap sangat. 


Kali kedua ni kitorang join makan sekali sebab sedap katanya. Try makan satu memang sedap, bukan sebab sedap orang belanja tapi memang sedap lah cicah pulak dengan sambal kicap dia. Bahan dalam tu pun puas hati makan sebab banyak bukan kentang ataupun isi tauhu semata. Makan panas-panas pedas-pedas memang umpphhhh!


Sebelum ni ada juga makan yang jual dekat bazaar tapi begedil dia rasa masam. Mungkin sebab buat awal tapi tak mungkin juga sebab hari sebelum tu okay je. Terus taknak beli dah pastu tahan je kempunan tu. Nak buat memang malas sebab craving berapa ketul je tapi masak berbakul. 

Sekarang dah bahagia dah sebab dah tahu mana nak cari. Yang mana duduk area Subang Bestari boleh lah try tauhu bergedil akak ni okay. Here some details for your reference :

Tauhu Ayam 12pcs RM10
Tauhu Daging 12pcs RM15

- Self Pickup Apartment Damai
- COD beserta caj oleh Runner

Akak Tauhu Bergedil - 019-392 7972

Have a nice day guys!

Movie Review : Hantu Kak Limah

Friday 10 August 2018

Related image

Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip :
Pelakon : Delimawati, Awie, Rab Khalid, Sharwani NS, TJ Isa,  Man Kadir, Zami Ismail, Ropie Cecupak,  Azwan Annuar, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Sabri Yunus
Genre : Komedi/Seram
Durasi Tayangan : 96 minit
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Syarikat Produksi : Astro Shaw , Infinitus Productions
Trailer :


Hantu Kak Limah merupakan movie ketiga dari franchise movie Kak Limah di bawah arahan Mamat Khalid. Masih lagi mengekalkan Delimawati dan Awie sebagai pelakon utama dan beberapa watak sampingan yang lain. Cuma movie kali ni ramai juga yang buat kemunculan khas antaranya Erra Fazira, Dato’ Seri Vida, Mus May, Jue Aziz dan lain-lain. Sejak ditayangkan, movie Hantu Kak Limah berjaya mengutip RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Mengisahkan Kak Limah (Delimawati) yang berkahwin dengan kawan baik Husin (Awie), si pucuk muda bernama Khuda (TJ Isa). Walaupun menimbulkan keraguan kepada Yeh Sekupang (Rab Khalid) kerana seingatnya Khuda pernah bernikah tapi dia tak ambil pusing asalkan Kak Limah dan Khuda bahagia. Husin dan Wani pula rajin menyinggah ke rumah Khuda pekena bubur keladi masakan Kak Limah.


2 minggu selepas berkahwin dengan Khuda, mayat Kak Limah dijumpai di kebunnya. Yeh antara yang terawal dapat berita kematian Kak Limah sementara Khuda, Husin dan Wani menjerat binatang buruan di hutan. Sejak kematian ngeri Kak Limah, banyak episod gangguan Hantu Kak Limah yang dialami oleh orang kampung sehingga Musalman (Pekin Ibrahim) kecewa dengan Husin and the gang sebarkan cerita sana sini since diorang yang paling kerap kena kacau.

Disebabkan takut dengan gangguan Hantu Kak Limah, mereka menapak ke rumah Solihin (Zul Ariffin), seorang guru silat dan juga pakar perubatan tradisional di Kg. Pisang tapi tetap gagal bila Hantu Kak Limah menyerang. Nak pula bila Solihin di Ong-Bak kan oleh Kak Limah. Jatuh air muka pahlawan Gunung Semanggol sebagai guru silat handal.

Image result for hantu kak limah

Dalam masa yang sama, Husin sama macam movie sebelum ni terjatuh cinta dengan makhluk lain, kali ni dengan Puteri Bunian Kg Pisang, si cantik Eton (Uqasha Senrose). Gagal dengan strategi Solihin, Husin cuba mendapatkan bantuan dari ayah Eton (Mus May) kerana Hantu Kak Limah ada rahsia silam dengan Ketua Bunian ni.

Sama macam movie-movie dalam francais Kak Limah sebelum ni, dari awal movie sampai habis movie memang sakit perut gelak tengok gelagat penduduk Kg. Pisang terutamanya Husin and the geng. Tapi kali ni lawak tu bukan terletak pada watak Husin tapi pada watak Nayan (Ropie Cecupak) yang berkerja sebagai pembantu klinik kesihatan. Scene paling kelakar bila dia redho hantu Kak Limah usha atas bawah dekat klinik tu since malam tersebut dia ditugaskan menjaga mayat Kak Limah seorang diri sementara menunggu Yeh Sekupang cari ahli keluarga Kak Limah. 

Image result for hantu kak limah

Watak Rab Khalid juga menonjol dalam movie HKL sebagai Menteri Informasi Kg Pisang dan kisah masalah kelamin yang dihadapinya. Masa dalam trailer memang tak yakin langsung zul Ariffin mampu bawa watak kelakar sebab comfort zone dia movie genre aksi dan romantic. Tak sangka karakter yang serius berubah kepada kelakar. Watak Solihin antara punca juga kenapa boleh pecah perut layan movie HKL ni. Nak pula scene menari lagu retro dengan scene ‘Buka Pagar!’

Screenplay HKL antara salah satu sebab penarik movie ni bila colour grading dan visual yang menghidupkan suasana kampung sama seperti movie sebelumnya. Ditambah dengan ketiga-tiga movie poster HKL juga mengikut theme yang sama. Tak kurang juga dengan sound effect yang old school dan OST menarik. Thumbs up for the creativity and effort from this team! Cuma tak pasti plot masa sebenarnya pada tahun berapa sebab dalam movie ala 90-an tapi bila bekas Ketua Kampung (Sabri Yunus) buka cerita tahun 1986 dah dikatanya cerita lama?

Image result for hantu kak limah

I truly enjoy lagu Hati Ku Luka Lagi - Black Dog Bone yang Solihin, Husin, Khuda, Yeh dan Wani nyanyi masa dekat rumah Solihin sebab tak menganggu momentum komedi movie tu pun walaupun pertama kali dengar and out of nowhere masuk dalam cerita. Ditambah pula Zul Ariffin yang sado boleh lembut menari. Since tak ada lagu ni dipromosikan macam lagu Srikandi Cintaku oleh pihak Astro, I guess lagu tu disimpan sebagai hadiah untuk penonton.

Dalam berbakul pujian ada juga terselit beberapa flaw untuk movie HKL antaranya kemunculan watak Sabri Yunus yang tak menghasilkan impak kuat macam watak Pok Ya Chong Codei. Boleh kata watak dia agak tenggelam ditambah dengan dialog yang biasa. Kalau perasan rumah Kak Limah dan Khuda di tepi sungai, so jalan cerita most likely dicedok dari movie Pee Mak so there's no originality in that scene ditambah pula boleh agak dah apa yang akan berlaku. Tapi still lawak so no worries. Another thing is when there are vulgarity and body shaming in several scenes. Jenaka tipikal masyarakat Melayu. 

Image result for hantu kak limah

Tak rugi habiskan RM10 untuk layan movie HKL sebab dari awal sampai habis movie gelak saja kerjanya walaupun ada juga beberapa scene tak berapa nak sampai punchline dan agak draggy tapi plot twist memang tak dijangka sebab tak ada hint pun yang Mamat Khalid tunjukkan dari awal movie. Hujung movie ada tribute untuk Rab Khalid yang baru sahaja meninggal, takziah untuk keluarga arwah dan juga beberapa pelakon francais Kak Limah yang lain. May Allah bless their soul :')

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0.6 = 8.1/10