Tips Masak Nasi Orang Bujang

Tuesday 3 July 2018


Selalunya kalau makan bujang ni memang satu cawan beras je sebab portion untuk sorang dua makan tapi masalah timbul bila masak sikit ni memang kerak lagi banyak dari isi jadi terpaksa lah masak lebih sikit. Nak beli periuk nasi Tefal tak mampu dik non nak pula kalau students.


Kecoh dekat Twitter hari ni cara masak nasi portion sedikit tanpa berkerak langsung menggunakan mug dan periuk nasi. Rasa dia ala nasi kukus pun ada jugak. Cara nak masak pun mudah je cuma sukatan air je kena lebih sikit dari biasa.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Portion : 1 orang makan

- Beras segenggam
- Air
- Mug
- Periuk nasi

Cara Penyediaan :

1) Barus beras seperti biasa kemudian masukkan ke dalam mug dan isikan air sehingga tenggelam beras. Sukatan air penuh mug pun okay. Kalau tak yakin, masuk sampai beras tenggelam and make sure kerap check. Bila kurang, tambah.

2) Masukkan air dalam periuk nasi paras setengah periuk kemudian tekan button cook. Kalau guna dapur gas, hidupkan api sederhana kemudian tutup dengan penutup periuk supaya wap tu masak beras dalam mug.


3) Biarkan sampai masak kemudian hidangkan. 

For me, dah cantik dah nasi ni sebab memang suka makan nasi jenis lembut macamni. Kalau yang tak suka, boleh adjust sukatan air ikut tekak masing-masing. 


Mudah je cara dia, rasanya kalau guna mangkuk kaca pun boleh ataupun cawan besi macam penjual nasi kukus selalu buat. Warna dia pun lagi cantik dari nasi yang masak guna periuk nasi tapi yang lagi penting tak ada masalah berkerak. Nak cuci pun senang.

Movie Review : Makrifat Cinta

Image result for makrifat cinta

Pengarah : Kamal G
Penulis Skrip : Lady G
Pelakon : Syamsul Yusof, Nora Danish, Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Sabrina Ali, Aznil Hj Nawawi
Genre : Drama/ Biografi/ Romantik
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 1 Februari 2018
Syarikat Produksi : Dhananwoodd Films Sdn Bhd
Pengedar : Skop Productions Sdn. Bhd.
Trailer :



Sebelum pergi jauh lagi, great thing Malaysia dah ada motion poster movie yang pertama and I really love it. The team really done a great job with movie poster and motion poster, visual cantik sangat ditambah dengan padanan warna dan colour grading yang menarik so here it goes : 


Makrifat Cinta dibawah arahan Kamal G, pengarah dari India dan mengambil kisah kawan baiknya sendiri sebagai jalan cerita movie Makrifat Cinta. Bagaimana seorang yang miskin dan dilanda ujian menjadi billionaire.   

Mahathir (Syamsul Yusof) merupakan seorang penjual jam di bandar KL sebagai pekerjaan untuk menyara hidup dia, isterinya Zarah (Nabila Huda) dan juga anak perempuan tunggalnya, Aisha (Puteri Balqis). Hidup mereka umpama kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang. Gagal dengan perniagaan yang tak berapa menguntungkan membuatkan Zarah membebel setiap hari dan mengugut untuk meninggalkan dia dan lari bersama Aisha. Makin serabut bila abang ipar Mahathir, Rizal (Adi Putra) kerap datang ke rumah dan mengingatkan tentang tanggungjawab sebagai seorang suami.


Tapi Rizal bukan seorang manusia yang baik sangat pun bila dia sendiri terlibat dengan judi, arak dan dadah. Tujuan dia selalu menempel di rumah adiknya cuma untuk dapatkan duit untuk beli stok dadah baru ataupun pergi berjudi. Dia mula menipu Zarah untuk dapatkan duit sebanyak RM 10,000 sebagai modal buat bisnes. Zarah yang percaya dengan abangnya mendesak Mahathir mencari amaun sebanyak tu dengan alasan untuk membayar hutang-hutangnya.

Mahathir yang geram dengan sindiran Zarah dan kesian dengan anaknya Aisha, beranikan diri pinjam duit dengan ahlong kerana sangkaannya pinjaman bank akan diluluskan tak lama lagi tapi sangkaan meleset dan keadaan jadi makin parah bila geng ahlong mula mencari dia dan Zarah lari diri dari rumah bersama Aisha kerana tak tahan hidup miskin.


Dalam kekusutan tu dia berjumpa dengan rakan baik dari zaman sekolahnya, Sofea (Nora Danish). Langkah kanan, Sofea ingin membantu Mahathir selesaikan hutang ahlong dan usahakan projek aplikasi telefon mudah alih, EchoLocation rekaan Mahathir sendiri. Dari situ, Mahathir mula jatuh hati dengan Sofea tapi tragedi menimpa mereka berdua bila teksi yang dinaiki dirempuh oleh lori hantu dan Sofea dimasukkan ke wad ICU.

Tak pasti jalan cerita Makrifat Cinta ni bahagian mana yang betul dan bahagian mana yang ditambah tapi menilai pola movie lakonan Syamsul Yusof ni movie dia memang suka sangat ada scene kena langgar lori hantu kemudian meletup kebabom lepastu scene kejar-mengejar antara penjenayah dan polis sampai kereta terbalik sana sini.


Pengarah Kamal G guna skills and experience dia mengarah movie Bollywood untuk movie Makrifat Cinta so you guys memang akan rasa ada unsur-unsur Bollywood tu nak pula bila lagu Makrifat Cinta tu sendiri ada runut bunyi Bollywood. Even intro credit scene pun ala Bollywood. Sembang pasal lagu Makrifat Cinta dan lagu rap Cinta & Duniawi, I wonder siapa yang compose lagu ni sebab rasa murung bila dengar dan baca lirik dia.

Tu belum masuk part CGI lagi. Memang dah sedia maklum dah CGI dari Bollywood memang facepalm sikit walaupun cuma 20% je yang digunakan tapi dah cukup dah untuk rasa murung. Boleh nampak dekat scene heli nak mendarat sebelum interview Mahathir dengan Aznil Hj Nawawi untuk rancangan Overnight Billionaire di TV World. But the team did great job gambarkan kecantikan Putrajaya, KL dan Lembah Klang. Great job for JLO Touch also for great wardrobe and makeup in this movie.



Bukan je jalan cerita yang agak tak logik tapi lakonan Syamsul dengan Nora pun menambah kemurungan di jiwa bila emosi tu tak sampai langsung. Nak tergelak pun rasa bersalah bila Mahathir tanya Sofea sudi atau tak jadi bini dia dekat hospital tu. Kasar sangat cara Sofea tu sampai murung Mahathir dibuatnya. Nasib aplikasi rekaan dia ada syarikat nak beli, boleh lah dia rasa bahagia sikit jalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Aisha. But hey, dalam movie ni still ada Nabila Huda, Aisha dan Rizal yang mampu mengangkat watak diorang tanpa gagal. Nasib. Baik. Fuhhhh

Anyway, not recommended for you guys yang tengah sedih ataupun rasa down dengan kehidupan sebab Makrifat Cinta tak boleh nak membantu sangat pun. Sampai sekarang berfikir kenapa Nabila Huda, Puteri Balqis dan Adi Putra habiskan masa berlakon dalam movie ni. It just a waste of time.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 4.9/10

Koleksi Headline World Cup Menarik Di TV3

Monday 2 July 2018

Sebelum ni TV3 terpalit dengan kontroversi laporan berita politik yang berat sebelah dan laporan palsu, kali ni kecoh dengan laporan sukan dengan headline agak berbeza sepanjang World Cup berlangsung. Katanya headline menarik ni merupakan tarikan TV3 supaya rating di kalangan penonton meningkat.

Antara headline yang mencuit hati penonton :








\















Ada yang marah kerana KPOP bukanlah singkatan khusus kepada pemain bola dan ada pula yang marah kerana tak bersikap professional. Walaupun dikecam, tak kurang juga yang terhibur sampaikan tak sabar menunggu laporan sukan setiap kali habis perlawanan. So you guys rasa, headline TV3 ni berjaya menarik minat penonton ataupun perlu dikawal? For me, its a bizarre idea to come up with and hats off for the team! Can't wait to see who's gonna bring that trophy off to their country. 

Blog Performance June 2018

June is already over! Raya pun tinggal berapa kerat je lagi, sekarang ni musim open house so every weekend memang susah lah nak hadap blog. Kalau blogwalking nak cecah 50 blog pun susah sikit tak macam sebelum ni.


Kalau ikutkan entri Blog Performance May 2018, ada some challenge yang diwujudkan. Let's see mencapai atau tak target tu.

1) PV



Bulan lepas dah target nak cecah all time PV sebanyak 82k tapi terlebih dari goal sebenar, sekarang dah cecah 93k dah yeayyy! Tak sabar nak tunggu 100k pulak. Goal kedua, nak cecah 20k sebulan pun dah tercapai jugak, another yeayyy! Goal ketiga nak cecah 500 PV sehari pun dah mencapai jugak yeayyy full blast! Berharap jugak sebenarnya nak cecah 1000 sehari tapi habis kuat pun 975 je sehari. Mungkin bulan ni, siapa tahu kan? 

2) Post

Bulan Jun memang jauh beza dengan bulan Mei, lirik lagu Sumandak Sabah tu memang penyumbang besar PV walaupun Kaamatan dah lama habis. Drama Review Nur dan Telemovie Review : Bini Aku Dari.... baru je update tapi carian memang naik meroket. Walaupun tak tinggi sangat macam blogger lain tapi bahagia jugak lah mata ni tengok. Tak sangka sebenarnya ramai yang baca Artikel Masuk Dalam Crunch tu sampai masuk Popular Post, mungkin ramai cari untuk buat rujukan. Well, hope it helps :)


My goal for Popular Post to exceed 1k PV already achieve, yeayyyy! Kalau sebelum ni, Drama Review : Gantung yang sentiasa jadi tumpuan tapi Lirik Lagu Sumandak Sabah dah meroket jauh. Its great to watch there's 5 post on MR/DR/TR in Popular Post since that's my blog's niche. Tapi hampa jugak lah sebab tak ada langsung movie Hindustan walaupun tu sebenarnya objektif asal.

3) Keywords


Berbeza dengan bulan Mei, carian memang penuh dengan lirik lagu Sumandak Sabah dan lirik lagu Tak Pernah Hilang penangan drama NUR bulan puasa haritu. Carian yandex.ru tu paling pelik sekali sampai pernah satu hari penuh dengan carian dia je. Entah apa yang relate entah. Not sure when tapi suka tengok keywords berbeza macam ni, nampak lah variasi tu sikit. Happy nampak apa kita tulis mencapai carian orang. 


4) Bilangan Entri

Walaupun bulan Mei dah mampu cecah target tapi bulan Jun jatuh balik sebab kadang tu mood hilang so nak cecah 2 entri satu hari memang malas kemain padahal banyak je benda boleh update. Julai ni kena naikkan balik lah. Target bulan ni 3 entri sehari. Walaupun nampak macam mustahil tapi tak cuba mana nak tahu keputusannya ye dak? 

5) Ranking Alexa 

Ranking Alexa adalah punca kebahagiaan bulan Jun sebab jauh beza dengan bulan Mei. Dari 31k menaik sampai 13k. Tapi goal untuk hilangkan sejuta dekat ranking global tu tak mencapai lagi but still sama macam before this, jumlah makin mengecil. Target Julai nak ranking Malaysia maintain belas ribu ataupun turun kepada 4 angka. 

6) Audience

Audience bulan Jun memang gempak sikit untuk negara sendiri sebab penangan Drama NUR, Sumandak Sabah dengan Bini Aku Dari... kot. Jauh beza 3k naik sampai 11k. US tak banyak beza tapi maintain no 2. Indonesia pun nampak peningkatan berbeza, dari 561 naik sampai 1569 walaupun bulan ni tak ada langsung movie review untuk movie Indonesia. Target nak banyakkan review movie Indonesia tak lepas lagi sebab tak jumpa sumber. 

Done for June's performance! Happy sangat dengan pencapaian blog ni setiap hari walaupun tak mencapai beberapa goal tapi kebanyakannya dah boleh crossed out! Selain dari pencapaian blog, tengah menunggu buah mulberry masak dekat pokok juga ni lepas setahun lebih tanam. Macam tak relate je kan sembang, tapi sebenarnya nak tambahkan carian under bercucuk tanam pula lepasni. Cuma nak kena belajar lagi ilmu bertani ni sampai puas hati. 

Till then, have a nice day readers :)

Movie Review : A Quiet Place

Saturday 30 June 2018

Image result for a quiet place

Director : John Krasinski
Writer : Bryan Woods, Scott Beck
Cast : Emily Blunt, John Krasinski, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Cade Woodward
Production Company : Platinum Dunes, Sunday Night
Distributor : Paramount Pictures
Genre : Horror, Thriller
Running Time : 90 minutes
Release Date : 6 April 2018
Trailer :



I don’t fancy alien/predators or whatsoever weird creature been planted in our minds that they are exist and will soon conquer the Earth. Same goes to A Quiet Place but I give it a try since there’s so many positive reviews. My review might be biased but nahhh I don't even care.

Tahun 2020 Bumi ditakluk oleh raksasa yang sensitif pendengaran, manusia hidup tanpa bercakap, tanpa keluarkan bunyi supaya tak dibunuh dengan kejam. Permulaan movie you guys can watch a family grab couple of things and medicine at convenient store. Dekat scene ni si ayah, Lee (John Krasinski) cuba halang anak bongsu dia, Beau (Cade Woodward) ambil spaceship mainan yang berbunyi. Tapi anak perempuan dia, Regan (Millicent Simmonds) ambil sebab sayang dengan adik? Sayang tak bermaksud kena bagi semua benda tambah pula soal hidup dan mati. End up, his little brother died.



Setahun kemudian, Evelyn (Emily Blunt) mengandung and prepare everything needed for the newborn baby. Serious tak faham kenapa Lee dan Evelyn produce lagi anak sedangkan diorang tak jumpa lagi kelemahan alien tu dan tak ada apa-apa protection pun untuk halang alien tu datang. Of course dalam movie boleh tengok all the equipments they have prepared but was it enough? Macam mana nak survive everytime baby tu menangis? You cannot control that. Oxygen mask and a casket for baby to survive, seriously? Kenapa seksa kehidupan dia kalau boleh gugurkan. You guys can have condomsssssss and pilsssss for freeeeeee!

There’s a scene where Lee and Marcus (Noah Jupe) go out collect fish at the river, and they talk about Regan and Beau. Dekat sini kita tahu alien tak akan datang sebab bunyi air terjun, sungai sangat bising so alien boleh bezakan bunyi yang dibuat manusia dengan bunyi nature. Jadi kenapa Lee tak protect family dia dengan buat sistem pengairan yang sama dekat rumah dia. Nak sembang buat rumah dekat situ macam susah lah sebab mungkin dia tak ada kepakaran tu.


Dekat rumah, Evelyn dah mula pecah air ketuban walaupun ada masa lagi dua minggu sebelum due. Masa tengah tahan sakit tu boleh pulak kaki terbenam paku and WHO THE HELL PERGI TANAM PAKU DEKAT LALUAN ORANG?!!! MOTIF? Sebab dua tiga ekor raksasa buta yang turun tak terpijak langsung padahal diorang besar kot. Punya lah nak timbulkan rasa saspen sampai tahap macamtu wei. Dah beranak tiba-tiba pulak air entah dari empangan mana pecah melimpah masuk dalam rumah. SERIOUSLY?

Dalam bergelut untuk survive tu, Regan by accident knew how to weaken those monsters but as always she’s so slow, damn slow for an incredible family that can survive the whole year living in a place filled with monsters which made this movie turns out to be crappiest movie of the year. I mean, sensitif bunyi memang akan sakit bila dengar bunyi berdesing and no one, not even scientist can figure that out for the whole year, say whatttttt?!


Nevertheless the uniqueness of this movie still jadi tumpuan jugak, macam mana cara the whole family jaga diri and be creative to survive from being attacked. Sistem lampu, laundry, memasak and other things related. I’ve always wondering how they processed those maze since the machine quite loud? Simpanan jagung diorang hampir penuh satu silo kot.

Kalau ikutkan genre movie ni horror and ada lah some jumpscared scenes macam scene Regan dekat rumah usang tu but not terrified enough to be labeled as horror. Talking about their acting potential, although I hate Regan’s character but she deliver the best among others. Fun fact dia memang pekak in real life so movie ni macam simbolik untuk menyelami dunia manusia yang mengalami masalah pendengaran. What will happened when you cannot even make sound. It’s a torture. Tapi elok kau mati je lah kalau kau ada resdung ataupun pesen kentut kuat. Jangan kata sehari, seminit pun belum tentu survive.


Since dah tengok yang pertama, of course I’ll wait for the sequel since watak Lee ada lagi dalam sequel. Mungkin Lee wujud dalam flashback or mungkin Lee tak mati well we don't even got any clue yet. Plus I really wanna know how they’re gonna survive from those monstersssssss. With a shotgun so yupp good luck. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 6.2/10

Movie Review : The Incredibles 2

Friday 29 June 2018

Image result for the incredibles 2 review

Director : Brad Bird
Scrip-Writer : Brad Bird
Cast : Craig T. Nelson,Holly Hunter, Sarah Vowell, Huck Milner, Samuel L. Jackson, Bob Odenkirk, Catherine Keener, Eli Fucile, Jonathan Banks, Brad Bird
Genre : Comedy/Action
Production Company : Walt Disney Pictures, Pixar Animation Studios
Distributor : Walt Disney Studios, Motion Pictures
Running Time : 118 minutes
Release Date : 15 June 2018
Trailer :



After 14 years, now we have sequel of The Incredible family! So last two days I’ve watched this most awaited sequel movie at Citta Mall. At first macam ragu-ragu jugak nak tengok sebab tengok kartun dekat panggung is like mehhh tapi sebab tergoda dengan kecomelan Jack Jack so terus book ticket and have my movie date for this month hi hi hi. Hall peuh dengan adults kot, tak ada sorang pun infant/kid masa layan movie ni. Nampak tak 90 kids memang dah lama tunggu movie ni.


Back then we have magnificient superhero family tapi berbeza dengan sequel bila masalah kewangan Metroville meningkat bila Mr. Incredible (Craig T. Nelson) gagal tangkap penjahat ‘Underminer’ dan hampir rosakkan keseluruhan harta benda awam di bandar tersebut. Sudahnya superhero diharamkan serta-merta! Family The Incredibles terpaksa berpindah keluar dari rumah mereka dan tinggal di motel yang mampu bertahan hanya selama 2 minggu.


Buntu dengan masalah family dan kerja, Frozone (Samuel L. Jackson) ajak Bob dan Helen (Holly Hunter) berjumpa dengan founder Devtech yang dipelopori oleh Winston (Bob Odenkirk) dan adiknya, Evelyn Deavor (Catherine Keener) sebagai pereka teknologi syarikat tersebut yang juga merupakan peminat terbesar superheroes. Mereka tawarkan Elastigirl/Helen untuk menjadi duta syarikat dan cuba mansuhkan kembali akta yang mengharamkan superheroes.

At first Helen refused dengan tawaran tersebut sebab Bob lagi layak dan dia tak mampu berpisah dengan anak-anak terutamanya Jack Jack (Eli Fucile) yang masih lagi baby dan perlukan perhatian utama. Tapi Bob pujuk Helen supaya terima tawaran tersebut sementara dia uruskan anak-anak di rumah kerana bagi dia kerja housewife tu mudah. Tinggal di motel dengan masalah kewangan bukan sesuatu perkara yang kecil untuk tolak tawaran Devtech.

Sangkaan dia meleset bila Jack Jack mempunyai superpower, Dash (Huck Milner) pula stuck dengan homework Math dan Violet (Sarah Vowell)  yang menyampah dengan dia disebabkan arahannya kepada Rick Dicker (Jonathan Banks) untuk padam memori Tony – high school crush Violet. Meanwhile, Helen makin mendapat tempat di hati penduduk bandar New Urberm kerana kejayaan Elastigirl dalam menyelamatkan dan menumpaskan misi Screenslaver menyerang datuk bandar.  


Keadaan makin huru-hara bila Helen, Bob dan Frozone terperangkap oleh Screenslaver dan Violet, Dash & Jack Jack cuba menyelamatkan parents mereka dan ahli politik menggunakan kereta Mr. Incredible dan kuasa mereka sebelum cruise yang digunakan Devtech untuk sesi persidangan penting terhempas ke bandar.

Not much for storyline and the plot seems predictable. Dah boleh agak dah siapa Screenslaver tu tambah pula Elastigirl tak pernah bersua muka dan teknologi yang dia gunakan tu agak tinggi, sama level dengan Devtech. Tapi movie ni jadi best disebabkan Jack Jack dan Dash, memang terhibur dengan keletah comel mereka berdua. Nak pula bila scene Jack Jack bergaduh dengan raccoon yang datang makan sisa ayam dalam tong sampah di rumah mereka. Scene Jack Jack datang rumah Aunty Edna (Brad Bird) pun kelakar bila dia dengan mudah impress Edna untuk jaga dalam masa sehari dan cipta suit khas untuk Jack Jack.


It’s a great move from Pixar dengan highlight superpower Jack Jack so we can wait for third installment of The Incredibles. Plus, making Helen as main superhero in this movie is a great initiative from Disney and Pixar in changing society and world’s perspective about hero equals to male. Its time for women to shine as great as male. Not only Elastigirl, superpower Violet pun makin bagus dalam sequel ni and you guys will impressed with Evelyn as well Voyd. Like Weinston said 

'It's time to make some wrong things right. We need to change people's perception about superheroes and Elastigirl is the best plan'

Sembang pasal skrip & dialogue, I really love Brad's work in this :

'You know its crazy right? To help my family, I need to leave it. To fix the law, I need to break it' - Helen

The moment Bob opened up with Violet about him trying to be the best father is jubilant and serene to watch for a family entertainer movie. If you guys already watch the first, do watch this sequel although its not that amazing but its great to spend your 2 hours precious time watching precious Jack Jack. I'm a fan now ;)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10