Penghujung Ramadhan lepas bosan lepas berbuka di Laman Kayangan, rasa nak dating lama sikit sebelum dia balik kampung untuk beraya so we decided to go for a supper date. At first macam craving nak minum Starbucks tapi macam malas pulak sebab takut tak habis. Perut rasa macam penuh masa tu.
So lepak dekat Paparich je minum mocha tapi bila tengok menu rasa tergoda pulak dengan Naan with Minced Chicken Cheese dia. Since I'm the one yang isi borang order so he didn't know I ordered that menu. Bila sampai he was like 'kata kenyang tadi?'
He he he je macam biasa.
Dia order white coffee je. But ughh pahit. Mine also same. Menyesal tak order Honey Lemon since its my fav.
But but but I've fallen in love with this naan minced chicken cheese! Memang sedap sangat & terasa cheese dia. Roti naan tu dia bakar so terasa crunchy bila makan. Walaupun ada bawang tapi tak potong rasa sedap minced chicken tu. Perfect! Lepas ni boleh repeat order lagi.
Remember I said earlier, I'm full? So yupp betul lah tu kenyang. Jenis senang tergoda dengan makanan ni memang bahaya. Makan tak banyak mana pun, takat nak rasa je tapi tu lah jarang nak jumpa kedai yang ada small size plate. So tapau bawak balik rumah je cerita dia.
Esok pagi makan as breakfast tapi tak panaskan pun sebab malas but rasa dia tak jauh lari pun dengan makan panas-panas. So yupp, another reason why to love this menu. Harga sepinggan RM8.96 tak termasuk service tax. Sepinggan tu ada 4 potong which is for me quite kenyang jugak lah makan sebab besar dan tebal. Daging pun banyak. Memang berbaloi lah beli.
Cast : Irrfan Khan, Kirti
Kulhari, Arunoday Singh, Divya Dutta, Omi Vaidya, Anuja Sathe, Gajraj Rao
Production Company : T-Series
Films, RDP Motion Pictures
Distributor : AA Films
Genre : Dark Comedy
Running Time : 139 minutes
Release Date : 6 April 2018
Trailer :
2 sebab nak tengok Blackmail,
satu sebab Irrfan Khan berlakon. Kedua, sebab ni mungkin movie terakhir Irrfan
Khan since masa shooting movie ni dia collapse & been diagnosed with
neuroendocrine tumor. Hope he’s doing fine battling with cancer. I’ll miss you.
Blackmail mengisahkan tentang
ugutan-ugutan yang berlaku terhadap semua karakter yang terlibat dalam plot
movie ni. Bermula dengan Dev (Irrfan Khan) yang terkejut dengan kecurangan bini
dia, Reena (Kirti Kulhari) dan bekas kekasihnya Ranjit (Arunoday Singh). Dev
mula rancang untuk balas dendam instead guna kekerasan.
Idea untuk memeras ugut Ranjit
menggunakan duit datang bila bos dia tolak permohonan untuk naikkan gaji
walaupun dah buat yang terbaik untuk company. Hutang makin banyak tapi gaji
masih sama. Dev guna baki gaji yang ada untuk beli handphone baru cukup untuk
kenakan Ranjit.
Ranjit yang takut affair dia
tersebar ke pengetahuan isteri kaya dia, Dolly (Divya Dutta) dan ayah mertua,
terpaksa menurut saja kehendak lelaki misteri/Dev. Ranjit gunakan alasan mula
berniaga untuk dapatkan duit Rs100,000 dari Dolly tapi ayah mertua dia tahu dia
cuma menipu dan mengugut untuk pulangkan kembali duit. Ranjit kemudian mencipta
akaun Gmail baru untuk mengugut Reena dan meminta sebanyak Rs 120,000 kalau tak
nak affair dia bocor kepada Dev.
Reena yang cuak dengan ugutan tu,
mula menipu Dev untuk dapatkan duit dengan alasan ayahnya yang sakit perlukan
duit untuk ujian saringan dan pembedahan. Dev bagi duit yang dia dapat dari
Ranjit kepada Reena sebanyak Rs90,000, lagi Rs30,000 dia guna duit simpanan.
Dalam keadaan mabuk, Dev bagitahu kawan baik dia di office, Anand tentang
masalah rumahtangga dan ugut Ranjiv untuk bagi duit.
Anand dalam keadaan mabuk terlepas
cakap dengan Prabha (Anuja Sathe), awek cun dekat office yang berkerja bawah
Dev sebagai sales exec. Keesokan harinya, Prabha pula blackmail Dev untuk bagi
Rs30,000 supaya rahsia peras ugut ni terjaga dari Reena dan Ranjit. Dev yang
terdesak terpaksa bagi duit untuk tutup mulut Prabha.
Kacau-bilau dibuatnya bila Prabha
minta duit kali kedua dekat Dev, Dev minta duit dari Ranjit, Ranjit minta dari
Reena, Reena minta dengan Dev. Yang syoknya haruslah Prabha. Semua duit pergi
dekat dia walaupun tak banyak, dia memang enjoy sakan dengan duit tu.
Dev dah mula tension dengan
Prabha dan Reena yang minta duit dengan dia, Ranjit dah tertekan dengan Dev,
Dolly dan ayah mertua dia. Makin bertambah kusut bila private agent yang dia
upah buat kerja lambat tak standing dengan harga mahal yang dia bayar. Private
agent Chawla (Gajraj Rao) pun peras ugut Dev bila tahu tentang rahsia Dev.
Siapa yang selamat dalam circle peras ugut ni? Siapa yang untung, siapa yang
rugi? Tercapai atau tak misi balas dendam Dev terhadap Reena dan Ranjit?
Unlike Delhi Belly which I love
the most for black comedy genre, Blackmail agak slow tambah dengan lawak yang
tak berapa power macam dalam Delhi Belly walaupun dari director yang sama. Ada
some scenes yang agak hambar plus annoying macam scene boss Dev, DK (Omi
Vaidya). Mungkin Abhinay terinspirasi dari 3 Idiots untuk lahirkan watak tu. Watak
Kriti dan Divya pun agak wasted dalam movie ni sebab tak banyak pun diorang
mampu buat selain meroyan dengan perangai lelaki dalam hidup diorang.
Walaupun performance Irrfan Khan
bagus dalam Blackmail but it doesn’t do justice for the rest of the movie. Plot
movie yang simple tapi jadi kucar-kacir. Duit yang Dev dapat dari Ranjit tu
sepatutnya bayar terus semua hutang and he shouldn’t be afraid of Prabha pun
since yang bersalah ialah Reena & Ranjit. He just got scared over nothing.
Music soundtrack biasa je, sedih
bila Urmila Mantodkar jadi cameo untuk item song Bewafa Beauty tapi lagu tak
menambah rencah pun untuk movie ni. Lagu yang lain pun tak menaikkan mood
sangat, entah kenapa lagu-lagu karya Amit Trivedi sekarang tak ummpph macam
album yang lain. Kekurangan idea rasanya.
I just feel bad for Irrfan because
2018 is not his year and Blackmail isn’t that good enough to end his great
career.
1. Team Production +0.8, 2.
Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5,
7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 =
4.9/10
Dalam beberapa hari ni bersepah Ddu Du Ddu Du dekat socmed, pening jugak apa yang diorang sembang rupanya sebab lagu baru Blackpink. Dengan 80,121,322 views sejak dikeluarkan pada 14 Jun lepas, lagu DDU-DU DDU-DU ni dah berada di no 5 di carta trending.
Bukan pertama kali pun Blackpink release lagu dengan tajuk yang unik, sebelum ni dengan lagu Bombayah. Tajuk lagu yang unik dah jadi trend di Korea dan ada yang jadi kegilaan ramai walaupun tajuk lagu tu tak memberi apa-apa makna pun. Kpop idols definitely a trendsetter.
Here some list of unique title of Kpop songs :
1. Gee - Girls Generation
Lagu Gee merupakan salah satu hits kumpulan SNSD dan merupakan idol group pertama yang mulakan trend tajuk lagu yang unik ni. Gee menggunakan genre electropop dengan elemen hip-hop dan techno so most likely lagu rancak yang mengisahkan tentang tahap angau masa bercinta ni terngiang-ngiang di kepala.
2. Bo Peep Bo Peep - T-Ara
Lepas success dengan lagu Roly Poly, girl group T-ara muncul dengan lagu Bo Peep Bo Peep bergenre electropop dan menjadi kegilaan kerana gaya comel diorang bukan sahaja di Korea malah menjuarai carta di Jepun selepas MBLAQ dan Shinee.
3. Ring Ding Dong - Shinee
Bukan tajuk je unik part chorus dia pun unik jugak :
Ring ding dong,
Ring dingi dingidiggi,
Ding ding ding
At first masa dengar macam kelakar tapi part chorus ni la yang melekat dekat kepala sampai sekarang. Lagu genre afro-electro ni dihiasi dengan beat drum Afrrika which is congo untuk menghasilkan bunyi electro synthesizer. Tujuan part chorus tu diberi sentuhan unik untuk menggambarkan bunyi yang melekat di kepala bila angau bercinta. Fun fact, student takkan dengar lagu ni sebelum exam besar sebab mengganggu focus untuk study.
4. LA chA tA - f(x)
Lagu debut group f(x) pada tahun 2009 menggunakan perkataan La cha ta yang tidak membawa apa-apa makna pun, hanya ditambah untuk naikkan keunikan dan sensation lagu je. Strategi SM Entertainment berjaya bila lagu ni merupakan lagu debut hits di Korea.
5. Ringa Linga - Taeyang
'ringgalinggaling ringgalinggaling' memang tak ada maksud langsung pun. Lagu yang dicipta oleh G-Dragon Big Bang ni cuma fokus untuk pendengar enjoy dengan life dan music tu sendiri. Taeyang yang terkenal dengan genre balada come up with new genre, electropop dan rap. Skill rap Taeyang antara yang menjadi taruhan dalam single Ringa Linga.
6. Bang Bang Bang - Big Bang
Sama seperti Ringa Linga, lagu Bang Bang Bang juga merupakan karya G-Dragon menggunakan genre dance pop dan trap-heavy breakdown dengan rap dari Top membuatkan lagu ni menjadi Song Of The Year untuk tahun 2015. Lagu lit & swag dari Big Bang menggunakan tajuk Bang Bang Bang yang merupakan bunyi yang dikeluarkan bila ditembak.
7. Ko Ko Bop - EXO
"Shimmie shimmie Ko Ko Bop I think I like it".
Berbeza genre dengan lagu EXO yang lain, Ko Ko Bop menengahkan genre reggae pop dan tajuk lagu Ko Ko Bop ni lebih membawa makna Haapy Dance. Since EXO release single Ko Ko Bop, beberapa kali jugak website crashed sebab terlampau ramai sangat yang stream and play. Lagu Ko Ko Bop mengungguli carta musik di Korea dan juga berada di tangga ke 155 carta musik global untuk tahun 2017.
8. Bombayah - Blackpink
Debut single group Blackpink merupakan MV ke-5 terpantas yang mendapat 100 juta views selepas release di Korea dan merupakan pencapaian terbesar antara Kpop idols. Menggunakan genre big room house dan hip hop dicipta oleh producer yang sama oleh idol groups lain dibawah naungan JYP Entertainment, Teddy.
9. Boom Boom - Momoland
"Give it to you
My nunnunnunnunnunnun nunbit
ssodajineun My teoteoteoteoteoteo teochi
nae meoributeo ppumppum
nae balkkeutkkaji boom boom"
Lagu yang mempunyai kontroversi plagiat dari lagu Serebro - Mi Mi Mi yang pernah digunakan dalam episod pertama rancangan survival, Finding Momoland tahun 2016. Tapi composer lagu Boom Boom nafikan hal tersebut sebab genre dan beat yang berbeza antara dua lagu. Sama seperti lagu Serebro, lagu Boom Boom hits di Korea dan mengungguli carta berbulan lamanya.
10. Latata - (G) I-DLE
Latata sama macam lagu La cha Ta kumpulan f(x) merupakan lagu debut yang menggunakan perkataan yang tiada maksud untuk menambahkan sensational element lagu tersebut tapi bezanya lagu Latata ni gagal mendapat tempat dalam carta musik di Korea walaupun famous di US.
Tajuk lagu yang unik sentiasa mendapat perhatian para pendengar seluruh dunia, tahun depan apa agaknya tajuk lagu yang bakal hits di carta musik. Till then, have fun!
Cast : Kim Jung-hyun, Lee Yi-kyung, Son Seung-won, Jung In-sun, Ko Won-hee, Lee Joo-woo
Production Company : C-JeS Production, Drama House
Distributor : JTBC
Genre : Comedy/Romance
Running Episodes : 20 Episodes
Release Date : February 5, 2018
Trailer :
Kalau layan K-Drama memang genre
serious je but this one is exceptional! Dari episode awal sampai habis memang
berdekah je kerja. Walaupun episode original cuma 16 tapi teapi team EW extend
sampai 20 episod sebab rating mencanak naik, still kelakar tu tak surut ataupun
hambar. Rasa macam tak puas je 20 episod tapi dengar cerita dah ada second
season. Say whatttt!
Welcome To Waikiki mengisahkan
tentang 3 sekawan yang tinggal serumah dan mengusahakan Waikiki Guesthouse dan
dalam masa yang sama mengejar impian diorang untuk menghasilkan movie. Kang
Dong-gu (Kim Jung-hyun) sebagai ketua rumah yang pasang impian untuk menjadi pengarah filem, Lee
Jun-ki (Lee Yi-kyung) pelakon extra yang ingin menjadi bintang ternama dan Bong Doo-shik (Son Seung-won) bekerja di pasaraya dan buat kerja sambilan sebagai penulis skrip.
Walaupun guesthouse diorang
cantik tapi tak ramai yang datang menginap jadi masing-masing mengalami masalah
kewangan sebab kerja hakiki pun tak berapa nak memberansangkan sangat. Lagi
parah bila ada baby tertinggal di Waikiki guesthouse. Bila berjumpa dengan ibu
kandung, diorang terpaksa benarkan dia tinggal bersama disebabkan kisah malang
hidup Yoon-Ah (Jung In-sun) dan berkongsi bilik dengan Kang Seo-jin (Ko Won-hee), adik kepada Dong-gu.
Bertambah gamat guesthouse tu
bila Soo-Ah (Lee Joo-woo), bekas kekasih Dong-gu yang ditipu oleh lelaki Thai datang menginap
buat sementara waktu sebab dia dah inform family dia akan berpindah ke Amerika
dan tinggal di sana untuk beberapa tahun. Karakter Soo-Ah tak disenangi oleh rakan Dong-gu yang lain sebab perangai kekwat dia tambah pula bila dia yang tinggalkan Dong-gu untuk lelaki lain.
Dalam drama ni memang banyak sangat scene kelakar berdekah tapi ada jugak scene yang nampak try hard sangat nak buat kelakar tapi tak banyak lah. Most of the time memang gelak sampai sakit perut nak pulak scene Jun-ki sebagai pelakon ekstra, ada saja dugaan untuk dia sebelum jadi bintang terkenal.
Jangan ingat main character je yang pandai berlakon, baby Sol dalam drama ni pun power buat ekspresi muka. Dah lah comel, bila dia buat mimik muka lagi bertambah comel. Tapi dekat hujung drama, baby Sol agak kerap jugak lah hilang sebab belakang drama tu dah banyak fokus dengan percintaan 3 sekawan ni. But no worries, masih lagi best nak layan.
Apart from cinematography yang cantik, main track Eulachacha Waikiki, Waikiki Wonderland pun comel dan best. Sesuai sangat sebagai main soundtrack drama ni.
Idea jalan cerita yang mengisahkan tentang betapa messy kehidupan dewasa yang struggle dalam hidup untuk kejar impian dalam masa yang sama memerlukan duit untuk hidup memang terbaik sebab boleh relate sangat dengan kehidupan sendiri. Tambah pula bila sifat childish dalam diri tu ada tapi terpaksa simpan sebab penuh dengan tanggungjawab. Berdekah tengok scene Jun-ki dengan Doo-shik main skate dalam rumah. Nampak childish tapi tu je pun sumber untuk have fun tanpa bazirkan duit. Bukan senang pulak tu nak jumpa member yang masuk air dengan kita.
Kalau stress, layan la drama kelakar berdekah ni, kalau tak stress pun layan jugak tapi jangan layan waktu malam sebab nanti tak boleh nak tidur. Mesti nak click next episode lepastu satu lagi then tambah lagi satu sampai mata jadi panda. Jangan tengok masa makan jugak takut tersedak sebab gelak banyak sangat. Sekian.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10
Mungkin ada yang masih baru lagi dengan terma pendidikan
seks, tiba-tiba dikejutkan dengan cadangan dari YB Syed Saddiq untuk
menggalakkan pendidikan seks di kalangan kanak-kanak dan remaja. Well actually
it isn’t new. Sebelum pergi jauh, kaji dulu definisi seks dan apa itu
pendidikan seks.
Definisi Seks
Seks mengikut Dewan Kamus Bahasa & Pustaka ialah jantina; jenis kelamin.
Dari definisi seks itu sendiri dah buang mitos mengenai teori Pendidikan Seks ialah untuk mengajar tentang cara untuk mengadakan hubungan seks selamat secara berleluasa. Jadi apa itu Pendidikan Seks?
Definisi Pendidikan Seks
Pendidikan seks mengajar tentang seksualiti manusia yang merangkumi hubungan emosi dan tanggungjawab, anatomi seksual manusia, aktiviti seksual, pembiakan seksual, umur persetujuan, hak pembiakan, kesihatan reproduktif, kawalan kelahiran dan sekatan seksual.
‘Semua ni ada dalam subjek sains di sekolah, tak cukup lagi ke?’
Jelasnya tidak kerana semua yang terlibat dengan jenayah seksual pergi ke sekolah dan belajar subjek yang sama tapi kenapa makin meningkat? Mungkin peranan Kementerian Pelajaran untuk meperkasa syllabus pelajaran. Atau mungkin peranan ibu bapa sebenarnya untuk memperkenalkan pendidikan seks di usia kanak-kanak sebab bahagian intim agak peribadi untuk dibicarakan maka parents adalah yang paling rapat dengan kanak-kanak.
Pendidikan seks bukan taboo tapi keperluan sebab semua manusia berkait dengan seks dan segala yang berkaitan dengannya. Di sekolah belum tentu tengaa pengajar akan membincangkan secara serious kerana taboo dan ada sesetengah yang akan skip topik tersebut dan letak tanggungjawab untuk pelajar baca dan hafal.
Safe sex cuma sebahagian daripada pendidikan seks dan kalau ramai yang risau dengan menggalakkan seks bebas, kena cakna juga dalam pendidikan seks ada sekatan seksual yang terikat dengan budaya dan agama.
Statistik kes pedofilia di
Malaysia yang direkodkan sejak Mac 2017 mencecah 12,025 kes di negara ni dan
jumlah tu cuma sebahagian kecil sebab masih ramai lagi ibu bapa yang tidak
berdaftar kerana malu dan ingin menjaga maruah keluarga. Kes pedofilia dan
pornografi kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia dan dua perkara ni
merupakan pelanggaran hak asasi sebagai manusia.
Jadi macam mana pendidikan seks
akan mengurangkan statistik ni? Dengan peningkatan kesedaran tentang seksualiti individu. Di Malaysia sebenarnya pendidikan seks telahpun
dicadangkan sejak era 1960-an lagi tapi dianggap terlampau terbuka kemudian
dicadangkan lagi pada tahun 2000 kerana peningkatan kes rogol secara purata
sebanyak 4 kes setiap hari. Selain kes rogol, sumbang mahram, gangguan seksual
dan sebagainya semakin meningkat. Jadi cadangan pada tahun 2018 bukan lagi
sesuatu yang mengejutkan.
Negara kita pernah membantah
kerana terlampau terbuka tapi kes seksual makin berleluasa, jadi kenapa tidak
kalau kita menerima? Di negara Eropah, penurunan statistik jenayah seksual
kerana pendidikan seks yang berkesan terutamanya di negara Itali, Jerman,
Switzerland, Sweeden, Denmark, Netherlands, Belgium dan Perancis.
Mungkin Pendidikan Seks takkan mampu membendung jenayah seksual dan masalah sosial secara total tapi penurunan statistik dari sesuatu inisiatif adalah penting. Pengetahuan tentang seksualiti mungkin dapat membantu mengelakkan dari remaja terjebak kepada kancah penderaan dan jenayah seksual.