Ayam Panggang Nusantara, Chicken Rice Shop, Giant Seksyen 13 Shah Alam

Wednesday 6 June 2018

Sebelum puasa hari tu singgah lunch dekat Chicken Rice Shop di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Belek menu nampak ada menu baru – Ayam Panggang Nusantara. Menu ayam ni datang dalam 4 pakej dengan kuantiti berbeza. 


Ragu-ragu jugak nak pilih menu ni tapi sebab waiter kata sama macam Nasi Ayam Penyet, memang tak fikir lama lah terus ambil Meal A tapi tukar air Triple Pandan Delight tu dengan air soya. Takut manis sangat nanti kembang tekak confirm tak habis. 



Pakej Ayam Panggang Nusantara ni entah kenapa banyak sayur entah sampai tak habis makan tambah kacang panjang dengan kubis memang tak sentuh langsung sebab mentah takut perut kembung. Pak Choy Oyster Sauce masin campur dengan kuah sup dia berganda masinnya. Menangis jugak lah makan sebab stress expectation meleset jauh. 

Lagi satu hal stress makan sebab nasi dia letak dalam piring. Tak pasti lah pinggan habis ataupun memang pakej ni makan dalam piring. Sambal pun tak pedas san berminyak teruk macam dalam gambar tu. Tapi okay lah, sedap lah jugak nak layan. Tapi sedih la sebab tak sama dengan ayam penyet pun. Sambal ayam penyet pedas kot, baru terangkat selera nak makan. 


Kalau pergi Chicken Rice Shop memang wajib tambah Nyonya Pai Tee. Lepas makan side dish ni baru la rasa bahagia balik walaupun tak bahagia sangat makan pakej Ayam Panggang Nusantara ni. Memang takkan repeat dah lepas ni. Mahal dan tak berbaloi. 


Sekarang ni Chicken Rice Shop tengah buat promotion setiap 18hb you guys boleh beli sepiring ¼ ayam a-la carte dengan harga cuma RM1.80 but not sure lah satu flavor which is Hainan steam ataupun boleh pilih ikut suka tekak kita. Anyway, selamat berbuka.

Festival Ros Taif, Arab Saudi

Taif Rose Festival 14

Festival Ros Taif adalah salah satu program di bawah Kementerian Perlancongan negara Arab Saudi yang diadakan setiap tahun pada bulan Mac hingga April sekitar musim bunga. Taif ialah tempat di mana semua hasil bunga yang telah dipetik dikumpulkan untuk diproses menjadi minyak wangi dan dikenali dengan nama jolokan Taif the City of Rose. Wangian bunga ros dari Taif ni digunakan dalam jenama minyak wangi terkenal seperti Ormonde Jayne Perfumery, Perris, Chanel dan Guerlain.​ Harga wangian ros Taif ni boleh mencecah RM 158,920 seliter.

Related image

Image result for rose festival taif

Sama seperti tahun-tahun sudah, tarikan utama Festival Ros Taif ialah karpet bunga yang ditanam di perkarangan taman seluas 900 hingga 1000 sqft. Perbandaran Taif membelanjakan setengah juta pelbagai jenis benih pokok bunga untuk ditanam sebelum festival ros diadakan. 

 
Selain dari karpet bunga ni, ada pelbagai jenis pameran bunga untuk pelawat yang datang antaranya proses pembuatan minyak wangi dan juga air dari kelopak bunga ros Taif, pertunjukan seni budaya masyarakat Taif, pameran seni lukisan yang menggambarkan budaya masyarakat Taif, pameran fotografi, pertandingan bola sepak 'Rose Championship', pertandingan kebun ros terbaik, pertandingan puisi dan bermacam lagi aktiviti dianjurkan oleh Taif Chamber.


Festival Ros Taif setiap tahun boleh menarik seramai lebih 200,000 orang pengunjung dan memberi pulangan untung sebanyak 10 bilion Saudi riyal bersamaan RM 10,820,576,250 setiap tahun. Disebabkan pulangan yang menguntungkan, kerajaan Saudi merancakkan lagi festival ros di Taif ni dan menjadikan festival ros ni sebagai salah satu simbol utama perlancongan negara Saudi supaya tarikannya tersebar luas hingga ke negara lain. Kerjasama bersama syarikat-syarikat pengeluar jenama minyak wangi dari negara lain juga antara objektif kewujudan festival ni. 







Akan datang, festival ni akan diperluaskan untuk pameran buah-buahan dan tanaman pertanian lain selain bunga ros dan pelbagai jenis pokok bunga. Kepada pengunjung yang datang ke festival ni akan dibekalkan minyak wangi ros Taif, air bunga atau minyak wangian sebagai tanda penghargaan dan ole-ole.

Image result for rose festival taif

Kalau dekat Malaysia, festival Floria lah kan yang sama level dengan Festival Ros Taif ni? Selalu terlepas peluang nak pergi ke Putrajaya untuk Floria sebab dah busy dengan kerja. Kalau ada yang teringin nak merasa suasana ataupun cuba minyak wangi Taif ni boleh lah masukkan dalam travel bucket list. 

Movie Review : Raid

Tuesday 5 June 2018


Director : Raj Kumar Gupta
Cast : Ajay Devgn, Ileana D'Cruz, Saurabh Shukla, Amit Sial, Amit Bimrot, Gayathri Iyer, Sheeba Chaddha
Production Company : T-Series, Panorama Studios
Genre : Drama/Crime
Running Time : 128 minutes
Release Date : 16 March 2018
Trailer :


Movie arahan Raj Kumar Gupta yang diadptasi dari kisah sebenar serbuan team jabatan cukai negara ke rumah Sharda Prasad Pandey, seorang kontraktor juga seorang ahli politik ternama di Lucknow pada tahun 1981. Serbuan ni adalah serbuan paling lama mengambil masa dalam sejarah India hingga menjadi tajuk utama berita selama beberapa hari. Jumlah wang tunai yang dirampas dalam serbuan tersebut sebanyak Rs 420 crore zaman tu tapi kalau ikut nilai sekarang, anggarannya Rs 1140 crore bersamaan dengan RM 673,617,099.22.

Amay Patnaik (Ajay Devgn), seorang pegawai jabatan cukai yang jujur dalam hal yang berkaitan dengan kerja. Sentiasa mengikut peraturan dan tak pernah terima rasuah sepanjang dia bekerja dan disebabkan perkara tu, dia selalu kena transfer setiap 2 bulan. Datang tempat baru je mesti ada rumah yang kena serbu dengan dia sampai isteri dia, Malini (Ileana D’Cruz) naik letih pack unpack barang. Dia tak payah pergi kerja pun sebab kerja dia dekat rumah pun dah menimbun.

Image result for raid movie

Sama juga dengan kes di Lucknow, dia dapat panggilan misteri pada satu malam suruh dia pergi ke kuil untuk dapatkan info tentang senarai nama yang tak pernah bayar cukai. Cukai sangat penting untuk pastikan ekonomi negara sentiasa berjalan. Lepas dapat bukti yang kukuh, Amay sediakan dokumen lengkap untuk serbuan tersebut.

Nak serbu bukan main boleh terjah je walaupun ada bukti kukuh sebab Rameshwar Singh aka Tauji (Saurabh Shukla) ni orang ternama, ahli politik yang disegani dan disayangi oleh orang kampung. Dia tak bayar cukai tapi dia guna duit tu untuk ‘tolong’ orang kampung yang daif disebabkan dia tak bayar cukai. Ketua Amay dah nasihatkan supaya berhati-hati dalam serbuan ni sebab kalau Amay gagal jumpa duit yang disorok tu, berkemungkinan besar akan disaman dan dibuang kerja. Tapi Amay yakin dengan bukti yang dia ada dan teruskan juga serbuan ke rumah Tauji.

Image result for raid movie

Amay tahu pihak polis dan pegawai jabatan cukai sendiri tak boleh dipercayai sebab ada yang akan bagitahu rumah yang bakal diserbu untuk prepare larikan harta haram dan bahan bukti  so Amay ambil langkah untuk kumpulkan semua pegawai dan pihak polis waktu subuh dan bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dapat envelope yang mengandungi peta dan lokasi serbuan. So masing-masing tak ada masa untuk inform dan kutip duit dari situ.

First half memang intense sebab team Amay memang tak jumpa langsung duit haram yang disorok di rumah Tauji tu. Semua barang kemas dan perabot yang dibeli ada resit serta cukai yang dibayar. Semua memang nampak cantik je. Tak ada masalah pun. Tauji yang rimas dengan team Amay dah mula warning supaya keluar dari rumah dia sebelum dia bawa hal ni ke mahkamah.

Image result for raid movie

Tapi second half memang nak pengsan tengok jumlah wang tunai, jongkong emas dengan barang kemas dalam rumah tu. Sangat banyak! Kalah rumah Najib-Rosmah. Kalau serbuan rumah Najib guna bagasi, serbuan rumah Tauji ni guna kotak besar gedabak. Memang menangis team Amay buat kerja tak berhenti kira harta Tauji ni semua.

Dalam movie ni boleh nampak macam mana team Amay buat kerja. Gali perigi, pecahkan dinding rumah, geledah semua barang yang ada, gali tanah dan macam-macam lagi cara yang diorang guna supaya boleh korek harta Tauji. Dah penat korek, penat mengira pulak tu. Belum masuk ancaman dan gangguan dari keluarga Tauji dan penduduk kampung sebab bagi diorang, Tauji ni ibarat insan mulia.


Kalau ikutkan kisah benar, masa serbuan ni tak ada yang cedera pun tapi director campurkan dua kisah serbuan sebenar dalam satu movie for dramatic effect. Serbuan di rumah Tauji ni okay je tapi di kilang milik businessman MLA Sardar Inder Singh di Kanpur pada tahun 1980, 88 orang pegawai cukai ni ditelanjangkan dan dibelasah sehingga ada yang lumpuh dan cedera parah walaupun ada polis masa tu. Dalam movie ni nampak la bahaya buat serbuan, bukan setakat nyawa sendiri je terancam, nyawa anak bini pun dalam bahaya juga sampai kena letakkan bawah pengawasan polis.

Dalam banyak rahsia terungkai, ada dua misteri tersimpan sampai ke hujung movie. Sepatutnya jumlah harta haram Tauji ikut dokumen, ada banyak lagi tapi tak tahu dia sorok dekat mana. Second, sampai ke sudah Amay tak reveal siapa yang bagitahu dia semua info tentang kegiatan Tauji dan keluarga. Walaupun dalam movie ada cerita tapi tu cuma rekaan director. Berbeza dengan kisah sebenar, tak ada siapa yang tahu walaupun isteri Amay yang disayangi lebih dari nyawa sendiri, sebab Amay dah berjanji akan simpan rahsia ni sampai mati.

Masa tengok movie ni memang stress jugak la sebab teknologi zaman 80-an mana sama dengan sekarang. Kalau serbuan sekarang siap bawa mesin kira duit. Zaman tu kira sendiri guna jari lepastu rekodkan. Kalau kematu tangan kau, kematu lah yang penting siap. Pastu dulu mana ada smartphone nak roger orang luar. Sepanjang serbuan ni berjalan, tak boleh guna telefon kecuali urusan penting. Sebagai manusia zaman millennial agak stress dan kesian tengok pengorbanan diorang selama berhari tanpa henti kira harta haram Tauji.


Sayangnya soundtrack tak berapa nak ummpph sangat dalam movie ni which u can always skip that part tapi editing, cinematography and dialogue dia mantap. Bila tengok social movie macam Raid ni ada certain dialogue yang power dari cast. Lakonan Ajay Devgn dengan Shaurabh Shukla yang menghidupkan movie Raid since both of them karakter utama. Macam mana kejujuran dan kebijaksanaan dia mengawal kerja dia dari penjenayah licik macam Tauji sama macam movie based on raid case, Special 26 lakonan Akshay Kumar.

Lepas karya terbaik Raj Kumar Gupta dalam movie No One Killed Jessica, Raid is another great movie from his shelf. Walaupun jalan cerita yang simple dan boleh diagak what happens next tapi director and team berjaya buat penonton stay untuk tahu apa jadi nanti. Recommended to watch and a great dedication for the unsung heroes.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 7.9/10

Craving For Ice-Cream? FRUITIKING!!

Sunday 3 June 2018


Sembang pasal aiskrim, last month I join an event organized by FruitiKing at Sunway Pyramid, Subang for promoting their own first flagship store. I can taste all 6 flavors of their ice-cream – Sweet Corn, Cempedak, Durian, Musang King, Mango and Soursop. Kelebihan aiskrim FruitiKing ialah perisa buah asli tanpa bahan pengawet, pewarna ataupun perasa.

Movie Review : Game Night

Image result for game night

Director : John Francis Daley, Jonathan Goldstein
Cast : Rachel McAdams, Jason Bateman, Kyle Chandler, Jesse Plemons, Billy Magnussen, Sharon Horgan, Lamorne Morris, Kylie Bunbury, Michael C. Hall, Jeffrey Wright, Danny Huston, Chelsea Peretti.
Production Company : New Line Cinema, RatPac-Dune Entertainment, Davis Entertainment, Aggregate Films
Genre : Comedy/Crime/Thriller/Mystery
Running Time : 100 minutes
Release Date : 23 February 2018
Trailer :