Ketiak Bernanah

Tuesday 29 May 2018

Back then around 2013 pernah sekali terjadi ketiak naik bisul bernanah. Bukan satu tapi sampai 6 atau 8 sampai ketiak bengkak teruk. Itu bukan jumlah untuk dua belah ketiak tapi 6 hingga 8 setiap satu. Nak pulak masa tu tengah kerja memang berkepak je tangan sebab sakit tahap petala. Kejadian ni jadi sekali je dalam seumur hidup sebab tak sanggup dah nak tahan perit. 

Nak pergi jumpa doktor memang tak sempat sebab kerja shif sebagai cashier dekat Parkson Subang Parade. Kalau cuti pun habiskan masa dengan tidur je sebab penat yakmat since cuti pun sehari je dalam seminggu. Lagipun takut nak jumpa doktor nak pulak bila Google apa penyakit yang relate dengan ketiak bernanah mostly akan relate dengan kanser. Breast cancer. Masa tu hitung hari je lah berapa lama lagi boleh hidu. Drama sangat.

Image result for deodorant rexona free spirit
Tapi satu hari terjumpa ada orang kena symptom yang sama berpunca daripada deodorant. Baru teringat ada tukar deodorant baru beberapa hari sebelum. Selalunya dari zaman sekolah lagi guna Rexona Free Spirit cap warna purple tu tapi tukar pergi Rexona Xtiv warna biru sebab saja nak tukar selera rupanya selera petaka. 

Image result for bedak antibacteria warna merah

Dalam masa sebulan memang stop pakai deodorant, pergi kerja pakai bedak Agnesia sampai la bengkak nanah semua surut. Lepas dari kejadian ni sampai sekarang tak pernah dah tukar deodorant. Takut punya pasal. Kalau pergi kerja kadang tak guna pun sebab duduk dalam office tak keluar peluh pun beku dalam air-cond. 

Ada yang pernah jadi tak macamni bila tukar deodorant? 

Personalized Gifts Di Printcious


Kalau bulan Mei meriah dengan sambutan Hari Ibu Sedunia, bulan Jun pulak bakal meriah dengan sambutan  Hari Bapa Sedunia , for sure ramai yang mencari hadiah untuk ayah tersayang. Sembang pasal hadiah dan promotion, Printcious memberi 30% diskaun kepada setiap barang yang ditempah. Lagi best bila penghantaran secara percuma untuk setiap tempahan berharga RM50 ke atas.


Selalunya kalau bab nak pilih hadiah untuk orang lelaki ni memang buntu sikit apa yang sesuai tambah pula kalau kebanyakan barang yang nak diberi dah memang cukup lengkap tapi tak salah pun kalau bagi hadiah istimewa yang dekat di hati macam barang yang ditempah dengan gambar ataupun design sendiri.

Di Printcious you guys boleh pilih sama ada nak tempah atau design T-shirt, mug, bantal, mousepad, canvas, phone casing, tote bag, ceramic tile ataupun nak ala games boleh tempah puzzles dengan gambar pilihan hati. Dah pilih nak item yang mana satu sebagai hadiah?


So dah boleh proceed dengan langkah untuk personalized hadiah yang you guys plan nak bagi tu. Dekat bawah ada tutorial dan beberapa langkah mudah untuk you guys tempah dekat Printcious ni but first, buka dulu laman web Printcious so you guys boleh siap custom gifts dekat Printcious sambil baca tutorial ni.

Untuk tutorial, I guess I’ll pick canvas for Father’s Day sebab T-shirt dah banyak dekat rumah, mug pun sama. Tote is so not for him tapi canvas tak pernah wujud lagi. Kelebihan canvas dekat Printcious ni jaminan gambar terbaik, tali gantung pun kuat tambah pula dengan frame dari kayu berkualiti. Berbaloi sangat beli kalau kualiti terbaik yang digunakan.

Okay, back on track!

Cara-cara untuk personalized selected gift :

1) Klik ‘Canvas’

2) Klik ‘Create Your Canvas (Square) Now’


3) Pilih gambar untuk dicetak, kemudian adjust saiz gambar dan warna latar belakang canvas ikut citarasa masing-masing. Dah pilih gambar, kalau nak masukkan text boleh klik dekat bahagian text kemudian tulis ucapan ataupun quote ikut citarasa. Font, size dan kedudukan boleh edit ikut citarasa supaya tampak lebih menarik. Dah puas hati, klik ‘Done’.


4) Sebelum finalize order, isi borang dekat sidebar kanan untuk saiz yang diingini. Ada dua saiz sama ada 12x12 ataupun 16x16. Bahagian bawah tu ada pilihan sama ada perlukan kaki canvas ataupun tidak. Harga untuk kaki canvas ni RM12. Kalau perlu, klik je di gambar kaki canvas tu. Last sekali, bilangan kuantiti yang diperlukan.


Dah settle semua bahagian design and editing, boleh tengok jumlah harga untuk semua tempahan. Kalau berpuas hati klik je ‘Add To Cart’. Kalau rasa macam kurang meyakinkan dan nak tukar kepada gambar lain, klik je ‘Edit My Design Again’.

Dah settle dan confirm dengan tempahan tu boleh la tekan checkout untuk proceed dengan bahagian payment pula. Mudah je kan? Kalau rasa mudah lepas tu nak order pulak yang lain haa tekan je ‘Continue Shopping’ untuk deco raya mungkin? Hari Raya pun dah dekat sangat dah ni.


Jika anda mencari button badgefor university, lanyard atau magic mugs jangan lupa untuk menghubungi mereka. Mungkin anda ada sebarang acara harijadi atau perkahwinan? Photobooth rental adalah salah satu cara untuk menceriakan suasana majlis juga.

Telemovie Review | Hari Terakhir Seorang Pengurus (2018)

Monday 28 May 2018

Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Sinopsis Telemovie Hari Terakhir Seorang Pengurus, Telefilem, Astro Citra, Mustika HD, 2018, Pelakon, Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis, Lawak, Komedi, Unik,

Pengarah : Syed Fariz
Pelakon : Remy Ishak, Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino, Bulan Terry, Sherie Merlis
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 80 minit
Tarikh Tayangan : 27 Mei 2018 – Astro Mustika
Production Company : Anomalous Films & Suar Channe
Trailer :



Ternampak trailer telemovie dekat Twitter terus tertarik nak tengok sebab mengisahkan tentang Nasir (Remy Ishak) yang tekad untuk terjun dari tingkat atas bangunan pejabatnya ke bawah sebab stress yang dihadapinya. Rakan sekerja Nasir, Hasbullah (Mustaqim Mohamed) yang paling rapat sejak 10 tahun orang pertama yang jumpa Nasir berdiri di luar bangunan terus kucar-kacir bagitahu bos syarikat, Clarice (Susan Lankester) dan juga seorang lagi rakan sekerja yang pendiam, Nerd (Junji Delfino) dan juga budak intern selama 3 tahun di syarikat tu, Linda (Bulan Terry).


Pada mulanya Clarice tak percaya Nasir cuba untuk membunuh diri dan lebih pentingkan kehadiran klien utama mereka, Natalia tapi kerana Nasir makin tekad untuk terjun dan Nasir sorang je yang boleh deal dengan Natalia, Clarice berusaha untuk pujuk Nasir supaya batalkan hasrat dia.

Sementara tu, masing-masing cuba untuk cari apa punca Nasir ingin membunuh diri sampai call isteri Nasir, June (Nadiya Nisaa) untuk pujuk Nasir tapi masih lagi gagal cari punca kenapa. Nasir cuma minta June percayakan dia hingga perkara ni selesai. Situasi makin tegang bila orang ramai mula perasan kelibat Nasir di luar bangunan dan wartawan mula telefon untuk dapatkan wawancara eksklusif. Tak lama kemudian, June call pihak bomba untuk pujuk Nasir.


Kehadiran pakar perunding di Selangor & KL, K-bomm (Amerul Affendi) yang juga merupakan sahabat lama Nasir juga gagal membuatkan Nasir batalkan hasrat untuk bunuh diri. Disebabkan kasihan dengan K-bomm yang ingin pergi berbulan madu dan menyelamatkan rumahtangga dia yang retak menanti belah, Nasir membuka rahsia kenapa dia ingin bunuh diri.

Barisan pelakon yang mantap salah satu punca telemovie ni menarik sebab lakonan yang bersahaja dari semua pelakon tambah pula bila banyak momen kelakar terutama scene Aunty So Lucy dengan scene Jijah (Sherie Merlis) halimunan. Tapi ada scene yang draggy jugak macam scene Hasbullah nak call June guna phone office. Lepas Busker, ni kemunculan kedua Bulan Terry and thanks God dalam telemovie ni dia ada banyak skrip nak dibandingkan dengan Busker.


Rasa nak release stress, try layan telemovie ni sebab dari awal sampai habis penat gelak layan kerenah memasing walaupun ada 8 karakter utama dan seorang watak sampingan je sepanjang telemovie ni. Cuma macam geram jugak la sebab tak ada scene yang intense atau kalut dalam telemovie ni. Lagi cantik kalau ada scene menggelabah Nasir nak jatuh dari bangunan sebab bila Nasir kena tekankan yang dia nak terjun agak bosan jugak lah nak pula bila dah nak hujung cerita dah. But still okay lah nak layan sampai habis sebab mesej telemovie ni quite strong dalam dunia pekerjaan.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.3/10