Telemovie Review | Hari Terakhir Seorang Pengurus (2018)
Monday 28 May 2018
Pengarah : Syed Fariz
Pelakon : Remy Ishak,
Susan Lankester, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Mustaqim Mohamed, Junji Delfino,
Bulan Terry, Sherie Merlis
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 80
minit
Tarikh Tayangan : 27
Mei 2018 – Astro Mustika
Production Company : Anomalous
Films & Suar Channe
Trailer :
Ternampak trailer telemovie dekat
Twitter terus tertarik nak tengok sebab mengisahkan tentang Nasir (Remy Ishak)
yang tekad untuk terjun dari tingkat atas bangunan pejabatnya ke bawah sebab
stress yang dihadapinya. Rakan sekerja Nasir, Hasbullah (Mustaqim Mohamed) yang
paling rapat sejak 10 tahun orang pertama yang jumpa Nasir berdiri di luar
bangunan terus kucar-kacir bagitahu bos syarikat, Clarice (Susan Lankester) dan
juga seorang lagi rakan sekerja yang pendiam, Nerd (Junji Delfino) dan juga
budak intern selama 3 tahun di syarikat tu, Linda (Bulan Terry).
Pada mulanya Clarice tak percaya
Nasir cuba untuk membunuh diri dan lebih pentingkan kehadiran klien utama
mereka, Natalia tapi kerana Nasir makin tekad untuk terjun dan Nasir sorang je
yang boleh deal dengan Natalia, Clarice berusaha untuk pujuk Nasir supaya
batalkan hasrat dia.
Sementara tu, masing-masing cuba
untuk cari apa punca Nasir ingin membunuh diri sampai call isteri Nasir, June (Nadiya
Nisaa) untuk pujuk Nasir tapi masih lagi gagal cari punca kenapa. Nasir cuma
minta June percayakan dia hingga perkara ni selesai. Situasi makin tegang bila
orang ramai mula perasan kelibat Nasir di luar bangunan dan wartawan mula
telefon untuk dapatkan wawancara eksklusif. Tak lama kemudian, June call pihak
bomba untuk pujuk Nasir.
Kehadiran pakar perunding di
Selangor & KL, K-bomm (Amerul Affendi) yang juga merupakan sahabat lama
Nasir juga gagal membuatkan Nasir batalkan hasrat untuk bunuh diri. Disebabkan
kasihan dengan K-bomm yang ingin pergi berbulan madu dan menyelamatkan
rumahtangga dia yang retak menanti belah, Nasir membuka rahsia kenapa dia ingin
bunuh diri.
Barisan pelakon yang mantap salah
satu punca telemovie ni menarik sebab lakonan yang bersahaja dari semua pelakon
tambah pula bila banyak momen kelakar terutama scene Aunty So Lucy dengan scene
Jijah (Sherie Merlis) halimunan. Tapi ada scene yang draggy jugak macam scene
Hasbullah nak call June guna phone office. Lepas Busker, ni kemunculan kedua
Bulan Terry and thanks God dalam telemovie ni dia ada banyak skrip nak
dibandingkan dengan Busker.
Rasa nak release stress, try
layan telemovie ni sebab dari awal sampai habis penat gelak layan kerenah
memasing walaupun ada 8 karakter utama dan seorang watak sampingan je sepanjang
telemovie ni. Cuma macam geram jugak la sebab tak ada scene yang intense atau
kalut dalam telemovie ni. Lagi cantik kalau ada scene menggelabah Nasir nak
jatuh dari bangunan sebab bila Nasir kena tekankan yang dia nak terjun agak
bosan jugak lah nak pula bila dah nak hujung cerita dah. But still okay lah nak
layan sampai habis sebab mesej telemovie ni quite strong dalam dunia pekerjaan.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.3/10