My Current Relationship

Saturday 28 April 2018

Talking bout relationship, my relationship is currently taken away for 2 years already now. So currently in progress to make it 3 years. Although baru 2 tahun tapi dia punya stress level tu macam dah lama sangat sebab bercinta at the age of 'sepatutnya berkahwin' is hard. Super hard. Nak pulak bila both of us belum stabil lagi. Masing-masing baru nak start cari hala tuju hidup, here and there dah pressure pasal kahwin. 

Not that we're not into marriage cuma ada banyak lagi unresolved issues which of course are personal. Memang ramai jugak cucuk suruh cari lain & move on but being with him is the safest and happiest person I ever experienced. 


Jealous jugak tengok kawan-kawan semua dah dekat fasa baru, buku baru tapi kalau rush into things pun untuk masa fasa baru sama macam orang lain takut nanti in future pun berserabut jugak sebab fasa baru banyak benda kena ambil berat serba-serbi. Bukan nak perfect tapi cukup kalau everything is secure and stable. 

Though our relationship masih lagi baru tapi tinggi jugak lah rasa bersyukur tu sebab dia ada ciri-ciri lelaki idaman. Praying for another beautiful memories til the day. Amin ❤🌸

Movie Review | The Avengers – Infinity War (2018)

Friday 27 April 2018

Image result for infinity war

Director : Anthony Russo, Joe Russo
Cast : Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Don Cheadle, Tom Holland, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Anthony Mackie, Sebastian Stan, Danai Gurira, Letitia Wright, Dave Bautista, Zoe Saldana, Josh Brolin, and Chris Pratt.
Genre :Action/Science Fiction
Producer : Marvel Studios
Distributor : Walt Disney Studios, Motion Pictures
Running Time : 2 hour 40 minutes
Released Date : 23 April 2018
Trailer :


Movie ke 19 dalam franchise Marvel, Infinity War ialah pertarungan di antara superheroes Marvel di Bumi dan di angkasa bergabung menentang Thanos yang ingin menghapuskan sebahagian daripada penduduk semua planet supaya krisis kekangan sumber makanan dapat diatasi. For me, this idea is quite good but not that part of massacre. Untuk menjadi berkuasa di semua planet yang ada, Thanos perlu dapatkan 6 batu berkuasa, batu Masa, Kuasa, Nyawa, Realiti, Minda, Ruang – Infinity Stones.

Related image

While Thanos already own 2 stones, Space and Power he still have to hunt for 4 more. Batu Ruang Thanos rampas masa dia serang Asgard (kerajaan Thor), Batu Kuasa dia dapat masa serang planet Xandar. Batu Masa ada pada Dr. Strange, Batu Minda ada pada Vision dan Wanda, Batu Nyawa disorok oleh Gamora di Vormir dan Batu Realiti di tangan Collector di planet Knowhere. 2 batu di Bumi, dua lagi di angkasa and because of that berpecahnya team Avengers untuk menghalang Thanos dapatkan semua batu tu.

Dr. Strange bergabung dengan Ironman, Spiderman dan Guardian of Galaxy team bertarung dengan Thanos di angkasa while team Captain America bergabung dengan Black Widow, Hulk, Falcon, Buck, Black Panther, Vision dan Wanda menentang anak-anak Thanos atau dikenali sebagai Black of Order di Bumi. Lagi satu team, Thor, Groot dan Racket di Naverdille dengan misi untuk mencipta senjata paling berkuasa. Was it worth it? You guys have to watch it.

Image result for infinity war

2 jam 40 minit tempoh masa yang agak lama untuk letakkan semua superheros dalam satu movie but the team did a good job and as a fan of Spiderman, I am so happy and delightful watching Infinity War nak pulak bila comedy scenes datang dari dia dan Ironman. Well talking bout the villain, The Black of Order ni pun bukan calang-calang villain sebab masing-masing ada kekuatan masing-masing since they are the best out of the best villain ever been made from Marvel. Idk kalau Marvel Studios akan keluarkan movie khas untuk Thanos & Black of Order but if they do, it will be a great move sebab tak puas tengok scene diorang.

Image result for black order of thanos

Even when its good, still ada some scratch sebab my expectation banyak action since superheroes war kan tapi movie ni ada lawak hambar dan draggy. Tak pasti kalau team Marvel dah buat lawak hambar draggy ni sebagai trend sebab dalam Thor Ragnarok they failed to impress me to be in the same page with them.

Ada part emosi dalam scene Thanos dan Gamora tapi jadi hambar dekat Vormir sebab Gamora overinvested emotion dekat situ. Dia tahu kenapa Thanos menangis tapi dia perlukan penjaga dekat situ bagitahu kenapa. I find it absurd tho. Lagi best kalau Gamora fight hard masa tu with some intelligence lah sebab Thanos dah ada batu Realiti tambah pulak dia baru je lepas kenakan Quill masa culik Gamora. Musykil jugak Thanos nak Gamora warisi takhta dia kalau Gamora tak selicik dan secerdik Thanos. Hmmm

For sci-fi movie like this, kudos to Trent Opaloch for making it looks so beautiful onscreen. Perfect CGI, every planet and places looks astonishing and starstruck. Tapi yang paling happy sangat and made me goes whoaaa is the UPGRADED SUITS! Be it Ironman or Spiderman it was lit and slay! If you guys remember dekat hujung cerita Spiderman : Homecoming, Tony ada bagi new suit untuk Spidey, that suit make his debut appearance dalam Infinity War! Full mark for that. No doubt!

Related image

Tbh I haven’t watch Black Panther and Guardian of Galaxy 1 & 2 but that’s okay if you guys pun ada some movies yang tertinggal sebab you won’t be left wondering that hard. Dalam movie ada part ataupun character yang buat you guys tertanya-tanya kenapa jadi macamtu tapi I cannot mention here since it will be a spoiler. Nak tahu kena tengok sebab berbaloi. It’s not that perfect but its good dan tanda tanya tu wajib ada sebab nak naikkan semangat untuk part 2 nanti. Okay tu je spoiler I can give for now.

Macam biasa lepas credit scene akan ada sikit preview tapi untuk that small scene you have to wait for a very long time sebab credit scene dia panjang. Sempat kalau pergi tandas dulu lepastu datang balik. Thanks me later hihu
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +1 = 8.2/10

Photo Of My Favorite Memory - NOAH Live In KL Concert

Thursday 26 April 2018

Dah 5 bulan dah lepas concert NOAH tapi still tak boleh move on lagi nak pulak konsert pertama dalam hidup, dapat tengok NOAH live depan mata, pergi dengan cinta hati and dapat berdiri paling depan sekali for sure that was an awesome moment I can't even forget for the rest of my life. 


Yeayyy me sebab unexpected dream boleh tercapai jugak sebab tak berharap langsung phewww.

'Kalau Peterpan datang sini u nak pergi tak?'

'Malas lah. Konsert Peterpan bukannya gempak pun macam Iron Maiden, Loudness, Metallica, Megadeth'

'I pergi sorang lah kalau macam tu'

'I dah beli tiket, Rockzone kan?'

T.T

Musim Sakura Akhirnya Tiba Jua!

Musim bunga telah tiba di Jepun, dan Tokyo serta Kyushu telah menyaksikan kemunculan bunga sakura yang pertama untuk musim ini. Sakura mekar lebih awal tahun ini, terutamanya di wilayah Kanto, Koshin, Tokai dan Kinki, dan lebih 700,000 tetamu Airbnb berpusu-pusu ke Jepun sepanjang tempoh ini.

Musim sakura bergerak ke arah ke Utara, dan bunga ceri yang putih bersih dengan sedikit sentuhan merah jambu ini akan memeriahkan musim bunga di serata negara dari hujung minggu ini sehingga minggu hadapan, sebelum tiba di Hokkaido pada awal bulan Mei.

Lokasi popular untuk melihat bunga ini termasuk di Tokyo, Osaka, Okinawa dan Fukuoka. Jika anda cukup bertuah untuk melawat Jepun semasa musim sakura ini, pastikan anda meraikan keindahan bunga-bunga kecil ini sambil menyertai Pengalaman yang diterajui oleh peminat sakura tempatan.

Tokyo

Parti Memasak Bento dan Melihat Sakura

Parti melihat bunga sakura tidak akan lengkap tanpa bento Hanami! Kotari akan memimpin anda dalam mencipta sushi dan kek cawan Sakura anda sendiri. Anda boleh bawa kotak bento anda sendiri, bungkuskan hidangan kegemaran anda, kemudian nikmati keindahan sakura di kawasan berhampiran. 


Kamakura
Sakura & Sake di Kamakura, Ibu Kota Purba Shogun
Ini satu lagi peluang menikmati keindahan bunga sakura, kali ini bersama pakar Ikebana, Anton. Di ruang mewah yang diatur oleh Riho Miyamoto, yang dipenuhi kuntuman sakura, anda boleh menikmati menu padanan yang lazat dan disediakan dengan teliti oleh cef. Kamakura juga tidak kurang hebatnya dengan pilihan tempat melihat bunga sakura, jadi jangan ketinggalan!


Kyoto

Memetik Teh di Perkampungan Teh Wazuka di Kyoto

Ini khas untuk penggemar-penggemar teh hijau di luar sana. Daiki, seorang peladang teh Uji di Uwajima, akan membawa anda ke rahsia yang kemas tersembunyi di Kyoto, Wazuka, untuk mencari daun teh yang terbaik. 


Perjalanan meredahi selekoh-selekoh tajam dan mendaki cenuram akan membawa anda ke ladang teh organik di atas gunung. Nikmati keindahan alam semula jadi di wilayah penuh mistik ini, merasa sencha dalam musimnya, dan berehat di kafe sambil menghirup matcha atau teh hijau kegemaran anda. Kalau bertuah, anda juga mungkin berpeluang melihat bunga sakura liar!

Terokai dunia Geisha & Kyoto sebenar


Kyoto terkenal dengan kekayaan susur galur sejarahnya. Apa yang anda perlukan untuk menyelami sepenuhnya kekayaan masa lampau dan budayanya ialah seorang pemandu pelancong yang cukup mesra dan berpengetahuan seperti Kentaro. Lawatan ini memberi tumpuan kepada budaya Geisha, tempat-tempat suci dan kuil. Kehadiran sakura yang memeriahkan suasana membangkitkan lagi keindahan dan aura klasik kepada lawatan anda.


Fukuoka
Pendakian Panoramik dan Memasak Di Luar

Osamu mempunyai pengalaman mendaki lebih 40+ tahun di serata dunia, termasuk Nepal dan Alaska. Bersama-sama dengan Nami, beliau membimbing anda merentasi Gunung Kizan, yang dahulunya merupakan tapak Istana Kii yang dibina pada tahun 665 sebelum Masihi oleh Maharaja Tenji untuk melindungi Dazaifu. 

Sepanjang pendakian ini, beliau juga akan menerangkan herba-herba liar dan kegunaannya dari sudut perubatan. Pemandangan yang memukau dari puncak serta mi udon yang lazat akan melengkapkan hari anda.



Favorite Place To Eat - Seoul Garden

Wednesday 25 April 2018

Masa study dekat Segamat dulu kalau nak jalan-jalan release tension confirm turun Melaka sebab situ je yang paling dekat dengan Segamat, dalam 2 jam tskkk. Tak boleh nak kurangkan lagi masa sebab jalan dari Segamat ke Tangkak tu yang extreme sangat. Habis kuat dah la tu habiskan 1 jam dekat situ. Setengah jam lagi dekat highway, setengah jam lagi dekat Melaka sebab zahabedah lama betul dia punya traffic light. Melaka Darul Traffic Light we named it.

Sebab housemate craving nak makan dekat Seoul Garden masa cuti midsem tu, kitorang berdua turun Melaka sebab kitorang je jenis balik awal bila cuti. Dah habis kemas rumah terus pack barang and holiday kejap dekat Melaka. Disebabkan Junaiza lah, kenal Seoul Garden lepastu jatuh cinta. Lagi best dah habis study, dah kerja ni duduk pulak area Subang belakang Star Avenue yang ada Seoul Garden so memang rajin lah makan dekat sini.


Kalau nak compare dengan restoran steamboat yang lain, I prefer Seoul Garden sebab segar, layanan yang bagus, mesra pelanggan, banyak pilihan makanan, selesa dan bersih. Harga memang lah mahal nak bandingkan dengan yang lain tapi kalau berpatutan, memang tak kisah sangat bayar mahal. Selalunya kalau pergi Seoul Garden mesti pergi belah siang sebab nak tunggu part grill tu kan lama so kalau malam memang agak rushing la bila makan. 

Yang bestnya dekat Seoul Garden Star Avenue, customer tak ramai sangat so boleh lah conquer meja besar walaupun datang berdua je. Lepastu boleh lepak lama sikit sebab takkan ada isu customer lain tunggu. 

My rules bila makan dekat Seoul Garden takkan ambil ayam ataupun daging kecuali perapan istimewa sebab ayam dengan daging tu dekat kedai biasa pun boleh dapat. Selalunya kalau datang makan mesti ambil kambing dengan seafood sebab mahal dekat luar tambah pulak fresh. Bau daging kambing dah kena grill makan panas-panas wrap dengan salad segar cicah dengan sos memang terangkat sangat macam makan Samgyupsal baq hangggg!

Favorite Place To Eat - Seoul Garden 

Favorite Place To Eat - Seoul Garden 

Favorite Place To Eat - Seoul Garden



My first time makan sushi sampai jatuh hati dekat Seoul Garden lepastu dah mula pandai makan dekat Aeon lepastu Sushi King. Dulu kalau makan sushi mesti terkeluar balik sebab seaweed hanyir tapi dekat Seoul Garden tak berbau pun even telur ikan pun taste really nice. Tapi Sushi King lagi mantap lah, no doubt. Nama pun King.

 

Favorite Place To Eat - Seoul Garden

Lagi satu sebab suka Seoul Garden ni bila minta staff tukar grilling pan tu, dia okay je tukar tak kisah lah untuk kali keberapa pun tapi kalau dekat tempat lain memang diorang tak bagi. Tak pasti lah kalau ada jugak yang boleh tapi so far most of them tak bagi. Kalau grilling pan dah hangit tu maknanya dah berkerak dah bontot dekat situ. 

Rasanya dah banyak sebab bagi kenapa suka makan dekat Seoul Garden ni. Kang sembang banyak sangat mula la craving padahal tengah on diet ni. Kalau you guys pulak suka makan dekat mana?