Senarai Pemenang Cash Giveaway by FarhanaJafri

Tuesday 10 April 2018

Finally a month period is up and the giveaway officially ends! Terima kasih ye kepada semua yang join. Maaf lambat sikit update siapa pemenang untuk GA ni.

Macam yang dijanjikan sebelum ni, 10 orang pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai dan Top Commentator juga akan dipilih berdasarkan jumlah semua komen yang diletakkan di blog ni. 

Okay, senarai pemenang Cash Giveaway ni :

1. No. 31 : Miss Mulan


2. No. 51 : Iza Fiza


3. No. 14 : Ziana Eunos


4. No. 8 : Hani Fadhlina


5. No. 6 : Atiah


6. No. 35 : Nurul Najihah


7. No. 4 : Shikin Razali


8. No. 26 : Maisarah Ibrahim


9. No. 54 : Yun Sing

10. No. 43 : Nurulatika Yunus


Untuk hadiah Top Commentator pula, tahniah kepada kak Shahida Dzulkafli


Untuk semua pemenang, sila hantarkan nama dan nombor akaun bank masing-masing ye dekat farhannajafri@gmail.com.

Untuk yang tidak bernasib baik, jangan sedih sebab nanti ada giveaway lagi. Mungkin raya nanti sebab ada rezeki lebih. Terima kasih sekali lagi ye semua. Have a nice day ahead! :)

Ole-ole Dodol dari Goa, India

Monday 9 April 2018


Last month Uncle Singh, one of our subcon belikan dodol dari Goa, India sebab dia nak suruh try rasa dodol di India dengan dodol di Malaysia. But I’m not a fan of dodol. Kalau makan dodol pun makan satu potong kecil je walaupun tok wan buat dodol untuk musim raya. Dodol tok wan je lah yang paling banyak pernah makan sebab tak manis sangat. Just nice dekat tekak.

Kalau dodol Malaysia kosong dan kering, dodol dekat India ni ada tambahan kacang gajus and berbeza dengan dodol Malaysia, dodol dia agak lembap. Sekali pandang macam chocolate moist cake pun ye jugak.



Kalau nak sembang pasal rasa, menang lagi dekat dodol kita sebabnya dodol India ni tersangatlah manis bila makan. Bila nak telan pulak dia ada rasa pahit sikit sebab kandungan gula Melaka dia tinggi sangat. Siapa yang ada kencing manis mungkin boleh potong kaki terus lepas tu. No doubt.

Selain dari hadiah dodol ni, dia ada tanya juga, dodol ni makanan sejarah siapa sebab dekat Malaysia ada, di India pun ada. Bosan macam ni saja search soalan ni dan jawapannyaaaaaaa, makanan nusantara yang dibawa ke India  sebab nama Dodol tu sendiri berasal dari Bahasa Melayu kemudian dibawa ke negara Asia Tenggara yang lain semasa merantau. Masuk ke negara lain, dodol diolah ikut tekak locals.

Macam dekat India dia tabur kacang ataupun kayu manis, dekat Indonesia dia letak pelbagai perisa macam durian, epal, kelapa, nangka. Di Jakarta famous dengan Dodol Susu. Di China pulak dodol diorang kaya dengan gula kelapa.

Ni dah rasa dodol India, mana tahu nanti ada rezeki rasa dodol dari negara lain pulak. Korang pernah jumpa dodol negara lain?

Tap & Pump Di Caltex

Sunday 8 April 2018


Since dah berzaman tak menjejakkan kaki ke Caltex sebab Caltex area rumah tutup untuk kerja-kerja construction jalan, masa otw balik kampong singgah sekejap untuk topup tangki minyak yang dah nak habis. Ternampak pulak iklan Tap & Pump ni. Disebabkan takde cash saja lah try method ni sebab senang je kot.

1) Masukkan kad ahli - Journey Caltex

2)  Tekan Card Payment dekat skrin petrol pump tu.

3) Scan kad debit dekat simbol gelombang.


4) Isi minyak ikut suka nak banyak mana


5) Tekan ‘Print Receipt’

Tunggu resit keluar anddddd doneeee!

Happy sebab senang je nak guna tak payah beratur lama dekat dalam sebab kadang buang masa dengan beratur je. Nak pulak kalau orang depan dah sampai kaunter baru nak keluarkan kad lepastu dia nak tambah barang lah apa lah. So we go cashless and save our time by this payment method!

Kalau yang tak pernah guna debit card dekat petrol pump and its your first time wondering how, lemme tell you okay. Tapi yang ni steps untuk Petron petrol station je, kalau petrol pump brand lain, I’m not quite sure.

1) Tekan Preset

2) Masukkan amaun harga yang diingini. Contoh 20 liter minyak = RM44 so masukkan 44.00.

3) Masukkan nombor pin kad debit.

4) Masukkan kad ahli Petron Miles supaya boleh collect points

5) Isi minyak

6) Ambil resit

Andddd done!

Mudah je kannnn?! Tapi duit korang akan floating dalam masa seminggu sebanyak RM200. Kalau rasa tak dipulangkan jugak dalam masa seminggu cepat2 call bank. 

Boleh bagitahu tutorial untuk Caltex dengan Petron je lah sebab both are my fav petrol stations. Petron sebab collet points sampai 3000 boleh redeem RM45 minyak percuma. Caltex pulak sebagai backup je kalau tak jumpa Petron plus banyak discount dengan brand lain kalau sign up sebagai ahli. Siapa guna Petron dengan Caltex jugak, kita geng okay? ;)

Smoky Grilled Beef McDonald

Saturday 7 April 2018

Meriah dekat Twitter gara-gara McDonald keluarkan menu baru, Smoky Grilled Beef dengan Hot N Crispy Chicken burgers.

Image result for smoky beef grilled mcdonald

Satu set ala carte berharga RM12.90 meanwhile set combo, RM14.95. Apa yang kecoh sangat dengan menu ni sebab menu ni keluar lepas KFC keluarkan burger Cheezilla. Tapi kelebihan burger set Everyday Indulgence ni, saiz burger ni lebih besar dari burger yang biasa ada dekat McD and yupp it's true, memang besar. Sengkak perut kalau makan sorang nak pulak kalau kapasiti tangki kecil ni. 


Tapi kalau bab rasa, nak kata pedas sangat tu tak pun. Biasa je. Nak kata sedap sangat pun tak jugak sebab patty dia rasa kembung angin. Susah nak cakap tapi tak umpph lah. Tak ada yang special pun walaupun ada Chippotle sauce. Rasanya padu lagi Quarter Pounder tapi dah tak wujud dah haihhh rindu!

Lepasni nak try Hot N Crispy Chicken burger pulak. Mana tahu kena dengan tekak kan kan kan? K, gerak lu pape roger.

Appreciation Token - Sis LZ & CikTeh

Thursday 5 April 2018

Bulan lepas dapat dua parcel hadiah dari Sis LZ sebab join giveaway dia dan lagi satu dari CikTeh sebab menang #KontesJumaat di Twitter. 

Hadiah dari sis LZ ada bookmark magnet dengan motivational quote. Memang sangat memerlukan sebab penanda Al-Quran kena yang nipis macam bookmark sis LZ bagi ni sebabnya semut dah pandai bersarang dalam helaian yang ditanda. T.T


Hadiah dari CikTeh pula sebuah buku hadis dengan sehelai kain pelikat original dari Bandung. Tak buka lagi buku hadis tu tapi boleh tahan tebal jugak buku dia. Buku bermanfaat sarat dengan ilmu bila dibaca melimpah ruah la kan pahala yang memberi. Kain pelikat pun memang lembut sangat & sedap dipakai. 


Bulan ni tak tahu bertuah ke tak nak menang hadiah giveaway sebab bulan lepas banyak giveaway dengan segmen kan? Harapnya mengena la satu :P