Book Review : Gantung 2

Wednesday 4 April 2018


Penulis : Nadia Khan
Penerbit : Buku Fixi
Genre : Fiksyen
Helaian : 284 mukasurat, 36 bab 1 epilog
Rating : 5/5
Sinopsis :

Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk.

“What does this mean?” Tanya Gibbs.
“Tak tahu. Mungkin… apa yang aku pernah buat kat sekolah?”
“Seriously, Ray…takkau kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?”
“Melainkan kau ada buat benda lain yang ktorang tak tahu,” sampuk KJ

Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT – dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal….

Review :
Buku Gantung 2 ni sequel kepada Gantung 1 yang mengisahkan tentang kehidupan Khalil pada tahun 2021 hingga 2023. Tahun pemerintahan Kanye West (harap ni cuma dalam buku je lah. Tak sanggup nak imagine in real life).

Sebelum baca yang kedua ni memang wajib baca yang pertama sebab nanti confirm tak faham apa yang jadi sebab ada banyak flashback. Aturan susur masa dalam Gantung 2 ni pun berterabur so kalau dah lama baca Gantung 1 pastu baru nak sambung Gantung 2 ada kemungkinan akan terlupa apa yang penulis tengah sembang.

Dan wujud juga watak-watak baru baik dalam flashback mahupun sekarang. Membantu atau merapu? Yes, sangat membantu dalam kehidupan Khalil dan kenapa Khalil pilih untuk hidup macam dia hidup sekarang. Memang emosi jugak baca Gantung 2 ni sebab terbawa-bawa dengan perasaan emosi Khalil. Terutamanya masa dia jumpa Rehan dan kisah Khalil dengan Natalia di Prague.

Kalau dalam Gantung 1 boleh agak dah apa misteri yang Nadia Khan simpan, tapi yang ni memang tak boleh nak agak. Banyak kali jugak salah teka nak pulak masa Khalil kena culik. Memang intense gila baca sebab nak tahu siapa dalang dan apa motif sebenarnya.

Walaupun happy ending tapi tetap sedih sampai menangis teruk sebab cerita Khalil dah habis, cerita The Musketeers dah habis. Nampak je macam happy ending tapi jiwa tersiksa jugak. Tak boleh move on lagi. Faham tak perasaan nak tau ending tapi dalam masa yang sama taknak cerita tu habis. Sakit tau takkk.


Lola Mango, TTDI Jaya

Tuesday 3 April 2018

Bila officemate canang ada makanan best dekat area office, haruslah excited nak makan sekali. Ngam pulak timing cantik boleh lepak dekat Lola Mango di TTDI Jaya berhadapan dengan Nasi Kak Wok JJ & Anis Coffee.


Apart from smoothies, ada jugak yoghurt dengan campuran buah lain macam Kiwi, Strawberry, Laici.  Pinky Mango pula campuran untuk semua buah. Disebabkan haritu kenyang, so pilih small cup je, RM3 tapi small cup pun ya ampun banyaknya. Nak habiskan pun boleh kenyang sebab pekat siap ada buah potong in large cut pulak tu. Mangga yang dia guna ni Royal Mango tau, manis manis sedap baq hang. Tengah taip pun terliur balik. 



Memang puas hati sangat labur RM3 dekat Lola Mango ni. Pinky Mango pun sedap cuma tak dapat lah potongan buah mangga tu. Kalau nak, kena tambah lagi RM3. Anyway, thanks for existing in here. Lepas ni nak repeat lagi! Nak try Mango Layer Smoothie ataupun repeat je yang ni sampai lebam.  ❤🌸

Pesta Buku SACC

Sunday 1 April 2018


Lepas Isyak semalam terus menapak ke SACC sebab ada pesta buku dekat sana. Malas nak pergi sebab gaji tak masuk lagi tapi dah adik beria sangat kita layankan aje. Lagipun nak usha buku Gantung 2 sebab yang order online dah habis stok. Nak tunggu ada stok balik entah zaman bila boleh dapat sebab buku tu tengah laku keras sekarang sebab Gantung The Series.


Yang tak bestnya dekat SACC ni haruslah parking space dia limited sangat. Yang berbayar pun mahal kemain sampai RM5. Tengah miskin ni RM5 pun rasa nak terajang tau. Sudahnya park secara haram sebab bersepah yang buat. (This is bad, I know)

Lepas dah jumpa tempat nak park, masuk je dalam SACC kena approach dengan organizer sebab kalau download apps Syok dekat IOS ataupun Playstore, kita boleh dapat diskaun 20% untuk publisher yang register under diorang tapi tak buat pun sebab battery low sangat plus line tak kuat mana pun. Belum sembang memory yang nazak lagi.

Selesai 3x tawaf, tetap tak jumpa booth Buku Fixi sudahnya menapak dekat booth ROMAN sebab nak beli novel ‘Misteri Kem Motivasi’ sebab tu sequel kepada Budak Hostel Otaknya Sewel. Since promosi 3 buku RM50, ambik lah sekali ‘Lelaki Yang Tak Punya Apa-Apa Untuk Dipersia’. Lagi satu buku memang lama jugak menyembang dengan seller tu nak ambik yang mana. Seller suggest ‘Pengembaraan Laki-Laki Scorpio’ tapi hati macam berkenan dengan buku ‘Di Kala Bulan Bermain Biola’ sebab unik tapi harga lain. Sudahnya ambil 4 buku terus. Tamak kan? Tskkk.


Disebabkan kitorang memborong, diorang nak ajak selfie tapi since menyembang pun ada sesi membawang, cepat-cepat tolak offer. Rupanya belakang ROMAN, booth FIXI, jumpa pulak buku Gantung 2. Terus grab lagi 2 buku sebab promo 3 buku RM50. Campur dengan lagi 2 buku Hasrul Rizwan, Tuhan & Murtad dengan Pakar karya Nadia Khan. Dapat voucher RM10 tapi boleh guna dekat kedai Buku Fixi je. Valid sampai Jun. Kalau tak tahu nak beli apa nanti sedekah je dekat orang.



Ada jugak booth Dubook tapi tak ada yang best nak borong. Otw nak balik tu nampak pulak novel idaman adik dekat booth Karangkraf. Borong lagi satu beg. Datang melenggang, balik berbondong. Memang happy lah pergi sebab semua novel yang dicari ada dekat sana. Cuma satu je lah tak dapat, komik terbaru karya Bawang sebab dah habis stok. Kecewa betul. Katanya nak restock hari ni tapi malas dah nak menapak sebab susah nak cari parking space. Hari ni Sabtu mesti ramai yang pergi compared to yesterday.


Dah nak balik baru nampak rujukan dan peta kedudukan untuk semua booth yang ada dekat pesta buku SACC. Supposedly letak lah dekat pintu masuk baru la nampak. Ini pun kebetulan nampak saja tawaf satu round lagi sebelum balik.


You guys kalau nak datang memborong nanti datang la menapak ke SACC ni dari 29 Mac haritu sampai 8 April nanti. Buka jam 10 pagi sampai 9 malam untuk Isnin-Khamis, jam 10 pagi sampai 11 malam untuk Jumaat-Ahad.