Blog Performance Bulan Februari 2018

Tuesday 6 March 2018

Untuk tahun 2018, rasanya azam untuk blog banyak yang dah boleh cross out dan buat yang baru sebab banyak yang dah tercapai. Yeay! Tapi statistik ni dari Blogger je bukan dari Google Analytics. 

1. PV sebulan 5,000

Ni target asal untuk 2018. Tak sangka sekarang dah nak cecah 10,000 sebulan. Happy sangat bila tengok PV banyak naik lepas dah tukar domain. So next target 20,000 PV sebulan. Sebulan tau bukan sehari, jangan buat terkejut teruk. 


2. PV harian 300

Macam dalam gambar dekat atas, PV harian pun dah exceed target. Ada juga yang tak cecah 300 tapi untuk permulaan Feb lah. Masuk tengah sampai ke hujung Feb tu ada jugak yang turun tapi tak lama. Hari-hari lain memang cecah 300. Dan yang paling tinggi masa 19 Feb 2018 dan penyumbang terbesar masih lagi dari FB. 



Rasanya sebab movie review Along With The Gods dengan single Sampai Ke Hari Tua since both yang paling tinggi view untuk dua hari tu.


Sembang pasal post, ini 10 entri popular untuk bulan Feb 2018.



Disebabkan sembang pasal Btown, menyumbang juga PV dari India which is the fourth place dalam stats.

Based on keywords tak banyak sangat pun yang berubah tapi ada tambahan untuk post MR : The Taxi - Kim Sa-bok mati



3. Bloglist 20 blog

Lama jugak nak tersenarai dalam 20 blog ni pun and some of it for temporary period je. Nak tersenarai dalam bloglist orang bukan senang. Lagi satu hal bila tersenarai pun takde effect sebab letak sebagai hiasan sidebar hadiah menang GA je. Anyway, nak try target 30 blog pulak. 

Sejak dah beli domain ni dah kurang lah sikit malas nak update blog tu sebab dah target 2 post sehari, 10 giveaway, contest, segmen sebulan, 50 blog/post untuk dilawat setiap hari. Kadang cecah la target tu, kadang macam malas nak buka blog. Anyway, harap performance bulan 3 makin bagus sebab jumlah post pun makin bertambah tiap bulan. 

 

Before this end, nak cakap terima kasih banyak kepada yang selalu sangat komen dekat sini terutamanya yang tersenarai dalam box ni. Tak banyak berubah pun dengan tahun lepas, muka yang sama cuma ada muka baru, si Hana comel. Terima kasih ye semua. Yang mana belum ada dalam circle diorang, singgah lah ke blog yang tersenarai ni sebab semua pun letops. 


Harap mencapai target untuk bulan Mac ni and kalau ada rezeki lebih, rasa nak buat cash giveaway  sebagai tanda penghargaan untuk semua. Have a nice day ahead guys. ❤🌸

Tahniah Mark Adam Juara Bintang Bersama Bintang 2018

Monday 5 March 2018


Mark Adam terpilih sebagai pemenang untuk Bintang Bersama Bintang 2018 semalam dengan hasil markah juri 70% dan undian peminat 30%. Mark memenangi RM100,000 tunai lantas menunaikan janjinya untuk memberikan RM15,000 kepada peserta lain – Issey, Shuk, Ajak, Achey.

Tbh tak pernah layan pun BBB ni  pun tapi lepas baca entri Cikla, saja nak layan persembahan malam tadi since Cikla attach sekali video persembahan Mark Adam dengan Khir Rahman. But performance Mark Adam for me quite hambar actually kalau nak dibandingkan dengan persembahan peserta lain.


Walaupun performance Shuk dengan Uqasha Senrose banyak lari dari rehearsal (Shuk sendiri yang cakap) tapi still I find it amusing nak pula part Uqasha. Lagu yang diorang berdua nyanyi pun best. Cumanya macam terjongket kening bila Shuk perli Uqasha kes tudung, err she's your partner kot. Kesian jugak tengok Uqasha kena macamtu in public. No wonder lah dia banyak buat silap but still she's cute. 



Persembahan Ajak dengan Shahrol walaupun ada resemblance dengan performance diorang masa Maharaja Lawak Mega tapi still best nak layan. Penat nak gelak part Man pujuk Mael tu. 


Berdekah tengok persembahan Achey dengan isteri dia, Anne. Walaupun starting tu macam hambar tapi bila masuk part songket tu dah mula menarik dah tambah pula bila Anne menari raver sampai angkut satu bas budak sekolah naik atas stage. Happening sangat. Tak pernah tengok Anne sebelum ni walaupun dia famous dekat Youtube but hey, she’s really great onstage. Tak nampak kekok pun. Comel pulak macam budak sekolah.


Last performance I've watched, Issey dengan Syafiq Kyle. Sama jugak macam performance Achey, starting hambar tapi bila masuk character lain baru nampak menarik. Issey score point bila dia buat lawak sambil berdakwah. Mesej sampai walaupun ringan je. Tapi paling lawak part ustaz suruh perompak ambil wudhu’. You guys have to watch that part. And my oh my happy sangat bila Issey ubah lagu Muskurane sebab lagu tu one of my fav in Arijit Singh’s collection. Syafiq Kyle rap pun another gem in this performance. Power okay dia rap lagu Alhamdulillah. Do watch it.


I didn’t watch the whole show so I'm not sure apa yang juri komen but all in all their performance memang best except Mark Adam walaupun dia juara, I’m sorry. Tskk. And last night mostly perli Neelofa dengan kes Zouk dia. Shuk yang suka Neelofa tu pun join sekali. Grilling others to make audience hook with your show is so lame. 
Profesor Scott Delp mengetuai satu kajian khas untuk mengetahui kadar purata berjalan setiap hari yang disertai oleh 46 buah negara. Teorinya untuk menentukan kadar kemalasan rakyat di sesebuah negara adalah dengan melihat kadar purata langkah seseorang. Pada asalnya kajian ini untuk menilai kadar obesiti di setiap negara tapi tercetusnya idea untuk melihat dari sudut lain.

Kajian ni dijalankan dengan menggunakan applikasi telefon pintar untuk mengesan pergerakan seramai 700,000 orang yang terlibat. You guys can check this chart untuk lihat hasil kajian penyelidik di Universiti Stanford, US :


Hasil daripada kajian menguatkan lagi teori mereka bahawa malas berjalan memang akan menyebabkan masalah obesiti. Walaupun ada beberapa negara yang menunjukkan perbezaan seperti Amerika Syarikat yang rajin berjalan tapi tetap mempunyai masalah obesiti. 

Berjalan kaki antara senaman paling senang untuk bakar kalori. Even kementerian dah lancarkan kempen '10,000 Langkah Sehari' tapi nak cecah 10,000 langkah tu bukannya senang. Dalam sehari habis kuat pun boleh cecah 3,000 langkah. Kalau nak cecah 10,000 tu kena jogging lebih 2 jam. This is my walking records for week and month. Paling tinggi pun 6,831 itu pun sebab jogging. Kalau tak jogging, paling jauh seribu langkah je lah. 



Lepas tengok purata langkah sehari diri sendiri teruk sangat, rasa macam nak masukkan dalam Azam 2018 untuk dapat lebih 3 ribu langkah. Purata langkah sehari you guys macam mana? Pernah cecah tak 10,000 langkah? Ke ada yang tak pernah ambil kisah pun?