Movie Review | Buskers

Thursday 1 March 2018

Related image

Pengarah : Kye Fariz
Pelakon : Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Man Bai, Zain Hamid
Genre : Romantik / Remaja
Durasi Tayangan : 110 minit
Trailer : 


Buskers mengisahkan tentang pertemuan di antara Vera (Daiyan Trisha) dan Adil (Hafeez Mikail) di sebuah universiti dalam kuliah and terpaksa menjadi team untuk satu assignment. Dari situ Vera mengenali Adil dan menyelami kehidupan Adil sebagai penyanyi buskers di JB bersama Bulan (Bulan Terry) dan Ucop (Anas Ridzuan). Dalam diam Vera menyimpan hati kepada Adil disebabkan perangai Adil yang cool dan menghargai bakat menulisnya. Tak seperti pakwe 3 tahun Vera, Daniel (Mas Khan) yang berubah selepas menjadi famous di social media. Disebabkan Adil yang tak mampu lagi move on dengan ex dia, Mel, Vera encourage Adil untuk masuk pertandingan busking di JB supaya dapat tunjukkan kepada Mel yang dia dah move on walaupun hari-hari Adil stalk socmed Mel.

Image result for buskers the movie

Honestly tak pernah tengok Daiyan berlakon sebelum ni. So this is my first time watching her on big screen and apparently Buskers was her debut movie. Walaupun Daiyan pernah tercalon dalam kategori penyanyi baru di Anugerah Industri Malaysia tapi dalam movie Buskers ni dia tak menyanyi pun. Satu scene pun takde. La la la pun takde. Padahal I kenal dia dekat Twitter dengan video-video nyanyian dia. Its sad when your talent tak diketengahkan langsung.

And what’s worse for Buskers, Daiyan tak pandai berlakon. She’s plain. Ada la some scene yang dia mampu deliver tapi mostly memang hambar. Screentime dia banyak tapi semuanya sia-sia sampai lakonan Hafeez pun terheret sekali but not that much sebab Hafeez memang grab betul watak dia plus dia memang dah buat research on buskers’ life. He did his homework. Dia belajar main gitar dan busking di KL. Same goes to Ucop, Bulan, Norlie & Daniel. 4 watak ni memang cantik onscreen. Sedih bila movie tu terpaksa bergantung harap pada watak sampingan. Rasa happy bila watak sampingan ni muncul. Tapi bukan pada watak Aziz M. Osman. Dia try hard sangat.

Image result for buskers the movie

Storyline movie ni simple plus ada part yang predictable macam part Simfoni Dalam Poket tercalon dalam semi-final walaupun Adil cakap diorang tak layak dan tahu puncanya apa. Cuma pelik bila dissatisfied Adil kepada Vera tu Adil tukar pergi Mel pulak. Yang dia tak puas hati tu habis macam tu je. Team Buskers ni nak tonjolkan watak Adil yang cool tapi sebenarnya watak Adil paling serabut sekali.

In terms of music background I tak berapa minat dengan lagu indie so most of the songs I’m not really familiar with except lagu OAG. So nak enjoy and sing along pun tak mampu. Mungkin yang suka genre muzik ni akan suka la kot. Idk, I’m not a fan. Tapi lagu Atma Jiwa quite nice. First time dengar pun boleh jatuh cinta.


I just love the visual and cinematography je. Dalam movie ni you guys boleh enjoy tengok Bandar JB yang cantik-cantik. Nak pula bila assignment Vera dengan Adil banyak jalan sana sini so memang cuci mata tengok keindahan JB waktu siang dan malam. Great job for that.

As for the concept of this movie, mesej yang disampaikan untuk menyatukan manusia melalui muzik tanpa mengira status dan darjat. Macam Vera yang kaya boleh lepak dengan Adil yang miskin tapi dia macam tak sampai pun ye jugak sebab Vera tu anak composer terkenal kot. So of course lah Vera boleh masuk lepak sekali dengan Adil. Plus, takde siapa nak appreciate talent Vera except Adil and the geng. If only they create watak Vera dan ayah dia dari dunia luar selain muzik mungkin kita boleh sembang muzik tu menyatukan. But since they decided untuk buat semua cast ada background muzik, mesej tu tak sampai. Nak pulak bila ada watak Daniel.

Yang suka movie santai boleh la try Buskers and chill with their music tapi kalau you guys nak teen romance, better don’t because Daiyan will ruin your fantasy. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

Pentingnya Blog Archive

Tuesday 27 February 2018


Dalam dunia blogging, blogwalking tu sangat penting sebab menjaga hubungan sesame blogger dan dari situ boleh tambah traffic kita. Dalam masa yang sama tambah pengetahuan dan perkenalan kita dengan blogger lain. Tapi tak semestinya kita mampu visit semua blog yang kita follow setiap hari. Ada yang terlepas pandang terutamanya yang bukan dalam kalangan bloglist kita.

Jadi apa gunanya blog archive ni?

Fungsi blog archive untuk menyenaraikan semua entri yang ada dalam blog tersebut ikut susunan paling terbaru sehingga yang paling lama. Ada blogger suka update sekali sehari. Ada yang update 5 kali sehari ataupun ada yang update ikut mood. Kalau rajin, meriah lah update. Kalau yang datang penyakit M dan brain freeze ataupun sibuk dengan urusan harian, kosong berhabuk lah blog.

For me bila berkunjung ke blog seseorang, memang akan baca dalam 5 entri untuk bukan yang dalam bloglist sebabnya jarang datang. Jadi bila dah datang, kita kena la buat meriah supaya tuan rumah rasa happy dengan kita ye dak?

Kebanyakan template yang blogger guna sekarang memang jenis ada button Read More. Personally I hate button Read More sebab akan bertambah tab. Ada pula tu yang jenis bila tekan button Read More dia tak buka new tab, dia loading dekat page tu. Nanti nak kena gigih back/undo.

Blog yang paling best bila dia letak Blog Archive dalam keadaan Hirearchy beserta post title. Sangat senang dan jimat masa untuk blogwalking. Dia letak pula di kawasan body post. Memang kawasan senang nampak.


Sekarang ni makin ramai yang usha Top Commentators blog diorang untuk appreciate yang rajin bagi komen tapi tak nice lah bila tuan rumah pun sambil lewa je dengan keadan blog dia. Nak dig entry satu persatu memang makan masa. Nak pula bila line slow macam dekat office ni. Memang I tak pandang langsung award tu walaupun quite interesting.

However this is just my personal opinion je since trend Top Commentators makin menaik sekarang ni so hopefully lepas ni ada la yang pandang betapa pentingnya Blog Archive ni. Happy Blogwalking guys J

Movie Review : The Florida Project

Image result for the florida project

Director : Sean Baker
Cast : Brooklynn Prince, Bria Vinaite, Willem Dafoe, Valeria Cotto, Christopher Rivera, Mela Murder, Caleb Landry Jones, Sandy Kane.
Genre : Drama
Running Time : 115 minutes
Trailer :


Movie TFP merupakan Top 10 movie of 2017 dan dipilih berdasarkan kekuatan karya pengarah dan lakonan barisan pelakon yang bagus thus won several awards in various award events for 2017 -  Critics' Choice Movie Award for Best Young Performer, Best Actor in a Supporting Role, Best Cinematography, Best Editing, Best Film and Best Director. 

TFP mengisahkan tentang Moonee yang berusia 6 tahun tinggal bersama ibunya, Hailey di kawasan pinggiran bandar Florida di flat kos rendah, Futureworld. Moonee (Brooklynn Prince) berkawan baik dengan Scooty (Christopher Rivera) dan kawan baru, Jancey (Valeria Cotto).Walaupun berumur 6 tahun tapi Moonee belum bersekolah disebabkan ibunya yang menganggur. 

Hailey cuma mendapat duit hasil menjaga Scooty ketika ibunya pergi bekerja di deli. Makan minum diorang pun ambil dari deli tu. Even worst Hailey ni ada stok ganja dalam rumah. Bukannya dia menjaga sangat pun budak berdua tu. Most likely diorang jaga diri sendiri je sambil diawasi penjaga bangunan tu, Bobby (Willem Dafoe). I really love how Dafoe carry his performance and his chemistry with Brooklynn in TFP. 

Disebabkan asuhan Hailey yang agak teruk, Moonie merupakan acuan yang kurang elok kepada rakan-rakannya. Memaki, mencuri aiskrim, menipu tu dah jadi benda biasa untuk dia. Lucky for Scooty, ibu dia pantau pergerakan tambah pula lepas kejadian rumah terbakar disebabkan mereka bertiga. Tapi nak kata Moonee ni acuan teruk tu tak juga sebab dia pun ada kecantikan dia tersindiri. Dia belajar dari pemerhatian dia yang dipengaruhi manusia sekeliling.

Not recommend this movie to anyone since movie ni banyak bahasa yang tak elok dan scene yang agak over untuk tontonan umum tapi storyline movie ni bagus ditambah dengan script, editing and cinematography yang cantik. Its definitely one of my fav movie. Lakonan Brooklynn dalam movie ni pun power sampai dapat pujian dari juri dan menang banyak award. Ending scene memang emosi teruk walaupun tu jalan yang terbaik untuk dua beranak ni tapi sebak jugak tengok apa yang jadi. 

1. Team Production +1,  2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10