Movie Review : Wonder

Tuesday 13 February 2018

Related image

Director : Stephen Chbosky
Cast : Julia Roberts, Owen Wilson, Jacob Tremblay, Izabela Vidovic, Noah Jupe, Nadji Jeter, Bryce Gheisar.
Genre : Drama
Running Time : 113 minutes
Trailer :

Wonder is just a simple storyline movie that you can just chill and your tears running down through your cheek without you even notice! I really love movie with just a simple story and carry just a simple message about life for our society. Movie Wonder diadaptasikan dari sebuah novel yang bertajuk Wonder hasil karya R.J. Palacio, diterbitkan pada tahun 2012 yang mengisahkan tentang August Pullman a.k.a Auggie (Jacob Tremblay) yang dilahirkan tidak normal, 'mandibulofacial dysostosis' dan perlu melalui 27 jenis pembedahan untuk teruskan hidup. Bila menginjak ke alam persekolahan, Isabel (Julia Roberts) memaksa Auggie untuk masuk ke sekolah selepas bertahun home schooling. 

Image result for wonder review

Even satu family tahu pergi ke sekolah dan jumpa dengan orang lain akan bagi pengalaman buruk kepada Auggie tapi diorang nak Auggie berdikari & lawan rasa takut tu. But turns out school life Auggie tak teruk mana pun dengan adanya Jack Will & Summer yang berkawan dengan Auggie sebab karakter Auggie yang kelakar & pandai. Tapi movie Wonder bukan dari perspektif Auggie je tapi dari perspektif karakter lain and put it altogether and becomes so emotional yet so warm and close to our heart. What makes it more beautiful because the line-up cast is powerful and talented. 

Movie ni ketengahkan mesej #ChooseKind and watak Jack dengan Summer yang banyak main peranan untuk sampaikan mesej ni. Memang sometimes kita ada tersilap buat pilihan but still we can make amends and fix what's broken. Of course there's bully in that school thus hate Auggie's appearance so much, its cliche but its the reality we live with it since ages ago. I really love a scene where Via said, 'Auggie not everything in this world is about you'. Even you're the saddest person in the world yupp betul cakap Via, bukan semua benda dalam dunia ni pasal hang ja. And speaking of Via, not only she's beautiful but come with talent package as well. How it feels to be the least your parents cared about? Macam mana rasanya bila terpaksa mengalah setiap masa and your parents expect you to be independent. Masing-masing ada masalah masing-masing tapi macam mana cara diorang berdepan dengan masalah tu yang menjadi highlight. 

Wonder is a well-crafted, full with emotion, engaging and beautiful. Try la tengok with the whole family. Since ni movie kedua Noah Jupe I've watch, I think I'm a fan of him. Dah la comel, gelak pun comel, pandai berlakon pulak tu. Happy jugak dapat anak macam dia gittewww

Related image

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : Suburbicon

Monday 12 February 2018

Image result for suburbicon

Director : George Clooney
Cast : Matt Damon, Julianne Moore, Oscar Isaac, Noah Jupe, Gary Basaraba, Karimah Westbrook.
Genre : Drama/Comedy/Thriller
Running Time : 104 minutes
Trailer : 


Suburbicon mengisahkan tentang kawasan perumahan yang aman damai dan harmoni di kalangan penduduk pada tahun 1950. Tapi suasana jadi tegang bila satu keluarga berkulit hitam datang berpindah ke kawasa tu. Bermula dari pandangan tajam kepada layanan buruk dan membuat kacau di rumah keluarga Mayers. Makin lama makin teruk tapi apa yang sebenarnya terjadi dekat rumah sebelah, keluarga Gardner lagi teruk but none of them notice! Bermula dari kes 2 orang lelaki yang pecah masuk rumah mereka sehingga menyebabkan kematian Rose depan mata anak lelaki mereka, Nicky. Dari situ, banyak perkara yang jadi nak pula bila Margaret & Rose adalah kembar tapi berbeza watak. Margaret cuba ubah penampilan untuk menjadi seperti Rose tapi Margaret tetap Margaret di mata Nicky. Semakin hari ancaman di rumah Mayers makin teruk sama teruk dengan ketegangan di dalam rumah keluarga Gardner. 

Image result for suburbicon


The best thing in Suburbicon movie ni ialah barisan pelakonnya. Semua power even Nicky (Noah Jupe) pun bagi persembahan lakonan terbaik. Julianne Moore berlakon dua watak, Rose & Margaret tapi you guys definitely can enjoy her performance as different character sebab dua watak memang jauh beza. Actually movie ni genre dark comedy tapi tak rasa kelakar sangat pun sebab movie ni banyak plot twist! For me movie ni dah jadi thriller sebab intense and curios apa akan jadi lepas ni. Bila character tu bertindak macamni, apa kesan kepada satu family? Yes satu family bukan satu character je. 

Movie ni tak berat pun sebab genre comedy so dia macam santai je lah. What makes it great is the irony the director portray. Satu kawasan perumahan tu ancam keluarga berkulit hitam untuk pindah keluar dari situ tapi diorang tak tahu sebenarnya keluarga berkulit putih yang nampak baik, ramah tu pun boleh jadi pembunuh kejam. Anak sendiri pun sanggup bunuh supaya tercapai hajat yang satu. Depan orang nampak macam keluarga bahagia padahal dalam rumah jadi syaiton. Even you guys boleh predict motif sebenar manusia bertopengkan syaiton dalam movie ni but still you guys will enjoy with all twist happened. 

Cuma pelik je lah kenapa Rose tak try bertegur sapa dengan keluarga Mayers sedangkan dia beria suruh Nicky pergi berkawan dengan Andy. Plus, Nicky and keluarga Gardner tak terima apa-apa ancaman pun sebab berkawan baik dengan keluarga Mayers.

Image result for suburbicon

Visual dalam movie Suburbicon ni pun cantik jugak, it really gives you the 50's vibes. I always love 1950's era, the clothes, the way they talk, their lifestyle, their transportation, the decor, it just adorable and admirable. A great job from the team!

And another brownie points is Suburbicon actually based on a true story but not the whole story, just the story of Mayers family. You guys can read it HERE
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Padman Challenge - Minta Perhatian Atau Kempen Kesedaran?

Friday 9 February 2018

Movie Padman yang diadaptasikan dari kisah sebenar seorang lelaki yang menghabiskan masanya untuk mencipta pad untuk isterinya di India ditayangkan pada hari ni 9 Februari 2018. Tapi beberapa minggu sebelum tayangan, satu kempen yang dinamakan Padman Challenge dilancarkan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan movie Padman.


Untuk join Padman Challenge, ambil gambar bersama pad dan copy ayat 'Yes it's a pad in my hand, it's natural and there is nothing to be ashamed of! PERIOD!' macam yang selebriti Bollywood buat ni. 



Tapi kempen yang dimulakan oleh Muruganantham, Padman sebenar di India ni dapat kritikan negatif jugak dari sesetengah pihak katanya cari perhatian dengan ambil gambar ataupun post video pegang pad. Ada yang kata membazir pad semata untuk buat challenge ni. But hey did you know it can be use later even after you opened it? 

Ada yang kata better derma daripada tayang dekat socmed tapi disebabkan #PadmanChallenge ni, hebahan melalui media cetak dan radio dah sampai ke kampung dan ramai yang dah start guna pad instead of paper, rug and piece of clothes. Some took part with distribute free pads to those in need. Even cinema dekat India letak pad vending machine & bagi pad secara percuma. Bukan dekat India je tapi dekat negara lain pun dah ada yang join #PadmanChallenge ni. Plus, ada kementerian yang dah usulkan untuk hapuskan tax GST kepada pad sebab barang keperluan. 

Tujuan sebenar #PadmanChallenge ni bukan untuk publisiti tapi untuk sebarkan kempen kesedaran untuk melindungi wanita ketika period sebab ada kes diasingkan sehingga mati hanya sebab datang bulan. Ada yang kena rogol semasa tempoh pengasingan tapi kebanyakan kes dijangkiti penyakit oleh kuman & bakteria.


Since its a great challenge, I also want to take part in #PadmanChallenge supaya dapat sebarkan awareness pentingnya menjaga kebersihan semasa period dan hentikan pandangan negatif kepada period also I nak sangat ada pad vending machine dekat public places sebab kadang2 datang tanpa sedar tahu2 dah tak selesa sebab basah. Selain tu jugak nak semua faham yang period ni sebab biological condition bukan something yang dibuat-buat so kenapa kena bungkus pad dalam surat khabar ataupun plastik hitam bila beli supaya lelaki tak pandang semacam? Yes, it exist! I'm not sure ada lagi tak spesies lelaki yang suka membahan perempuan during their period but I've seen this during my schooldays and its bad. Perhaps with this challenge we can stop this behavior. 

And to keep this challenge going, I tag semua blogger especially sis Ana Suhana, Kak Sha, Raydah, Cikyan, Hana, Atie & Fatin Shahrizam! Jom sama-sama sebarkan challenge & awareness on menstrual health and hygiene. You guys boleh post gambar, video or cerita korang or even tips regarding period okay? 


'Yes it's a pad in my hand, its natural and there is nothing to be ashamed of! PERIOD!'
Dari kecil lagi dah tahu pasal kelebihan dan ganjaran pahala kalau kita potong kuku mengikut hari. Ada juga hari yang haram dipotong sebab taknak ditimpa musibah. Disebabkan hadis yang disebarkan ni dikalangan kawan dan cikgu so sanggup tau tunggu hari sekian sekian untuk potong kuku sebab taknak ditimpa musibah punya pasal.


من قلَّم أظفارَه يومَ السَّبتِ خرج منه الدَّاءُ ، ودخل فيه الشِّفاءُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الأحدِ خرجت منه الفاقةُ ودخل فيه الغنَى ، ومن قلَّم أظفارَه يوم الإثنين خرجت منه العِلَّةُ ودخلت فيه الصِّحةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الثُّلاثاءِ ، خرج منه البرَصُ ، ودخل فيه العافيةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الأربعاءِ خرج منه الوسواسُ ، والخوفُ ودخل فيه الأمنُ والصِّحةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الخميسِ خرج منه الجُذامُ ودخل فيه العافيةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الجمعةِ دخل فيه الرَّحمةُ ، وخرج منه الذُّنوبُ

Maksudnya: “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu maka akan keluar daripadanya penyakit dan masuk ke dalamnya penawar. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Ahad maka akan keluar daripadanya kemiskinan dan masuk ke dalamnya kekayaan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Isnin maka akan keluar daripadanya kecacatan dan masuk ke dalamnya kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Selasa maka kan keluar daripadanya penyakit sopak dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Rabu akan keluar daripadanya penyakit waswas dan ketakutan dan akan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Khamis akan keluar daripadanya penyakit kusta dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka akan masuk ke dalamnya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa.”.

Tapi sekarang dah disahkan yang sebenarnya hadis tu palsu dan dinilai oleh Imam Ibn Jauzi, Imam al-Syaukani, al-Albani dan ramai lagi dalam kalangan ahli Hadith. Walaupun hadis kelebihan memotong kuku ni palsu tapi kewajipan untuk setiap manusia untuk menjaga kebersihan sebab memotong kuku tergolong dalam fitrah manusia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdu Hurairah RA , bahawa Nabi SAW bersabda:



الفطرةُ خمسٌ - أو خمسٌ منَ الفطرةِ- الختانُ، والاستحدادُ، ونَتفُ الإبطِ، وتقليمُ الأظفارِ، وقصُّ الشَّاربِ

Maksudnya: “Fitrah itu ada lima, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai”. [Riwayat al-Bukhari, no. hadith 5439]

Semoga kita dikurniakan pahala dan beroleh keredhaan dari Allah kerana usaha kita dalam menjaga amal kesempurnaan untuk beribadah. Salam Jumaat semua. :)

Bosan Dekat Office

Thursday 8 February 2018

Bila dah hujung projek ni rasa lemau yakmatttt sebab kerja dah tak banyak. Report je lah nak kena buat pun itu pun tak sekencang dulu kalau update. Dulu sampai OT tak sempat siapkan punya pasal. Nasib lepas OT pergi dating so tak la sedih sangat balik lambat sebab kerja banyak hihu.

Disebabkan dah ramai staff berhenti so dekat sini dah sunyi sikit lah. Kalau dulu rajin nau bergossip tapi sekarang nak gossip pun malas. Lemau tau lemau. Sudahnya menapak pergi ke site keluarkan peluh sikit.

Pergi main tampal-tampal sticker dekat pintu itupun dua aras je so cepatlah siapnya. Tampal sticker supaya nanti senang nak guna kunci yang mana untuk setiap pintu rumah dekat apartmen ni. Dulu masa datang tengah siapkan rangka. Sekarang dah siap dah satu bangunan. 



Dah habis tampal tu baru perasan ada plug socket dekat luar rumah. Entah apa tujuan entah siap ada cover lagi. Mungkin untuk pasang lampu lip lap untuk raya nanti kot. Ataupun saja letak sebab peruntukan ada baki banyak.


Bertuah siapa yang duduk dekat rumah tingkat 5 ni boleh nampak view cantik setiap pagi tau sebab ada padang golf dekat sebelah. Tapi kalau rumah paling hujung tu yang kesian sebab terlindung dengan pokok. Silap haribulan ada hantu bertenggek dekat dahan pokok tu. Kawasan bangunan ni keras sikit sebab ada hantu satu family. Masuk dalam meeting pun tak mampu nak settle kes ni. Bomoh pun tak nak ambik job buang hantu ni sebab takut kena kacau balik.



Anyway ada jugak pergi dekat bangunan hotel. Yang ni pun dah nak siap banyak dah tinggal lif dengan chandelier & furniture untuk tingkat atas. Kolam renang dia pun cantik sangat tapi nak mandi memang tak lah sebab 6 kaki. Kita yang ketot ni mampu perati je lah hihu.



Sepatutnya siap bulan 12 tahun lepas tapi anjak sampai bulan 3 tapi rasanya nanti anjak lagi sampai raya. Makin lemau lah dekat sini nampak gaya.