Padman Challenge - Minta Perhatian Atau Kempen Kesedaran?

Friday 9 February 2018

Movie Padman yang diadaptasikan dari kisah sebenar seorang lelaki yang menghabiskan masanya untuk mencipta pad untuk isterinya di India ditayangkan pada hari ni 9 Februari 2018. Tapi beberapa minggu sebelum tayangan, satu kempen yang dinamakan Padman Challenge dilancarkan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan movie Padman.


Untuk join Padman Challenge, ambil gambar bersama pad dan copy ayat 'Yes it's a pad in my hand, it's natural and there is nothing to be ashamed of! PERIOD!' macam yang selebriti Bollywood buat ni. 



Tapi kempen yang dimulakan oleh Muruganantham, Padman sebenar di India ni dapat kritikan negatif jugak dari sesetengah pihak katanya cari perhatian dengan ambil gambar ataupun post video pegang pad. Ada yang kata membazir pad semata untuk buat challenge ni. But hey did you know it can be use later even after you opened it? 

Ada yang kata better derma daripada tayang dekat socmed tapi disebabkan #PadmanChallenge ni, hebahan melalui media cetak dan radio dah sampai ke kampung dan ramai yang dah start guna pad instead of paper, rug and piece of clothes. Some took part with distribute free pads to those in need. Even cinema dekat India letak pad vending machine & bagi pad secara percuma. Bukan dekat India je tapi dekat negara lain pun dah ada yang join #PadmanChallenge ni. Plus, ada kementerian yang dah usulkan untuk hapuskan tax GST kepada pad sebab barang keperluan. 

Tujuan sebenar #PadmanChallenge ni bukan untuk publisiti tapi untuk sebarkan kempen kesedaran untuk melindungi wanita ketika period sebab ada kes diasingkan sehingga mati hanya sebab datang bulan. Ada yang kena rogol semasa tempoh pengasingan tapi kebanyakan kes dijangkiti penyakit oleh kuman & bakteria.


Since its a great challenge, I also want to take part in #PadmanChallenge supaya dapat sebarkan awareness pentingnya menjaga kebersihan semasa period dan hentikan pandangan negatif kepada period also I nak sangat ada pad vending machine dekat public places sebab kadang2 datang tanpa sedar tahu2 dah tak selesa sebab basah. Selain tu jugak nak semua faham yang period ni sebab biological condition bukan something yang dibuat-buat so kenapa kena bungkus pad dalam surat khabar ataupun plastik hitam bila beli supaya lelaki tak pandang semacam? Yes, it exist! I'm not sure ada lagi tak spesies lelaki yang suka membahan perempuan during their period but I've seen this during my schooldays and its bad. Perhaps with this challenge we can stop this behavior. 

And to keep this challenge going, I tag semua blogger especially sis Ana Suhana, Kak Sha, Raydah, Cikyan, Hana, Atie & Fatin Shahrizam! Jom sama-sama sebarkan challenge & awareness on menstrual health and hygiene. You guys boleh post gambar, video or cerita korang or even tips regarding period okay? 


'Yes it's a pad in my hand, its natural and there is nothing to be ashamed of! PERIOD!'
Dari kecil lagi dah tahu pasal kelebihan dan ganjaran pahala kalau kita potong kuku mengikut hari. Ada juga hari yang haram dipotong sebab taknak ditimpa musibah. Disebabkan hadis yang disebarkan ni dikalangan kawan dan cikgu so sanggup tau tunggu hari sekian sekian untuk potong kuku sebab taknak ditimpa musibah punya pasal.


من قلَّم أظفارَه يومَ السَّبتِ خرج منه الدَّاءُ ، ودخل فيه الشِّفاءُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الأحدِ خرجت منه الفاقةُ ودخل فيه الغنَى ، ومن قلَّم أظفارَه يوم الإثنين خرجت منه العِلَّةُ ودخلت فيه الصِّحةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الثُّلاثاءِ ، خرج منه البرَصُ ، ودخل فيه العافيةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الأربعاءِ خرج منه الوسواسُ ، والخوفُ ودخل فيه الأمنُ والصِّحةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الخميسِ خرج منه الجُذامُ ودخل فيه العافيةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الجمعةِ دخل فيه الرَّحمةُ ، وخرج منه الذُّنوبُ

Maksudnya: “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu maka akan keluar daripadanya penyakit dan masuk ke dalamnya penawar. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Ahad maka akan keluar daripadanya kemiskinan dan masuk ke dalamnya kekayaan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Isnin maka akan keluar daripadanya kecacatan dan masuk ke dalamnya kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Selasa maka kan keluar daripadanya penyakit sopak dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Rabu akan keluar daripadanya penyakit waswas dan ketakutan dan akan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Khamis akan keluar daripadanya penyakit kusta dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka akan masuk ke dalamnya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa.”.

Tapi sekarang dah disahkan yang sebenarnya hadis tu palsu dan dinilai oleh Imam Ibn Jauzi, Imam al-Syaukani, al-Albani dan ramai lagi dalam kalangan ahli Hadith. Walaupun hadis kelebihan memotong kuku ni palsu tapi kewajipan untuk setiap manusia untuk menjaga kebersihan sebab memotong kuku tergolong dalam fitrah manusia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdu Hurairah RA , bahawa Nabi SAW bersabda:



الفطرةُ خمسٌ - أو خمسٌ منَ الفطرةِ- الختانُ، والاستحدادُ، ونَتفُ الإبطِ، وتقليمُ الأظفارِ، وقصُّ الشَّاربِ

Maksudnya: “Fitrah itu ada lima, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai”. [Riwayat al-Bukhari, no. hadith 5439]

Semoga kita dikurniakan pahala dan beroleh keredhaan dari Allah kerana usaha kita dalam menjaga amal kesempurnaan untuk beribadah. Salam Jumaat semua. :)

Bosan Dekat Office

Thursday 8 February 2018

Bila dah hujung projek ni rasa lemau yakmatttt sebab kerja dah tak banyak. Report je lah nak kena buat pun itu pun tak sekencang dulu kalau update. Dulu sampai OT tak sempat siapkan punya pasal. Nasib lepas OT pergi dating so tak la sedih sangat balik lambat sebab kerja banyak hihu.

Disebabkan dah ramai staff berhenti so dekat sini dah sunyi sikit lah. Kalau dulu rajin nau bergossip tapi sekarang nak gossip pun malas. Lemau tau lemau. Sudahnya menapak pergi ke site keluarkan peluh sikit.

Pergi main tampal-tampal sticker dekat pintu itupun dua aras je so cepatlah siapnya. Tampal sticker supaya nanti senang nak guna kunci yang mana untuk setiap pintu rumah dekat apartmen ni. Dulu masa datang tengah siapkan rangka. Sekarang dah siap dah satu bangunan. 



Dah habis tampal tu baru perasan ada plug socket dekat luar rumah. Entah apa tujuan entah siap ada cover lagi. Mungkin untuk pasang lampu lip lap untuk raya nanti kot. Ataupun saja letak sebab peruntukan ada baki banyak.


Bertuah siapa yang duduk dekat rumah tingkat 5 ni boleh nampak view cantik setiap pagi tau sebab ada padang golf dekat sebelah. Tapi kalau rumah paling hujung tu yang kesian sebab terlindung dengan pokok. Silap haribulan ada hantu bertenggek dekat dahan pokok tu. Kawasan bangunan ni keras sikit sebab ada hantu satu family. Masuk dalam meeting pun tak mampu nak settle kes ni. Bomoh pun tak nak ambik job buang hantu ni sebab takut kena kacau balik.



Anyway ada jugak pergi dekat bangunan hotel. Yang ni pun dah nak siap banyak dah tinggal lif dengan chandelier & furniture untuk tingkat atas. Kolam renang dia pun cantik sangat tapi nak mandi memang tak lah sebab 6 kaki. Kita yang ketot ni mampu perati je lah hihu.



Sepatutnya siap bulan 12 tahun lepas tapi anjak sampai bulan 3 tapi rasanya nanti anjak lagi sampai raya. Makin lemau lah dekat sini nampak gaya.

KFC Golden Egg Crunch

Last week and week before that bersepah yang post dah try set ayam KFC flavor baru, golden egg crunch ni tapi tak lah rasa macam nak try sebab looks weird and probably taste weird. Tapi disebabkan dia kata sedap, I pun join sekali lah tapi kongsi je dengan dia.

The ingredients : salted egg, curry leaves and sweet basil

Illustration :

Image result for kfc golden egg crunch

Reality :

 

Nampak lah golden dia tapi tak jauh beza sangat pun dengan ayam biasa. The taste? Manis sangat campur dengan minyak jadi kembang tekak. So I avoid makan kulit sebab isi dia macam biasa je. Tak terjejas sangat pun. Rasa dia macam makan nasi dagang hahaha tapi dia kata dekat area dia taste better so I guess dekat area Subang Airport kot yang tak reti masak. Sebab different franchise different taste kan? And even mash potato pun rasa masam. Dah nak basi agaknya. Malang betul nasib. Tapi nasib baik ada sarsaparilla, its my fav since I was kid. Terus rasa nak terjah A&W. 

Set yang kitorang ambik ni dinner set - 3pc ayam equal to RM19.90 while 2pc ayam, RM16.90. Berbaloi? Nope. Repeat again? Never. Kalau nak repeat pun maybe tunggu orang belanja dekat franchise lain. 

Sekarang ni kalau nak makan ayam goreng I pergi McD je. Worth the price and time. Tapi ayam gunting Uncle Bob lagi sedap antara semua hahaha. 

Anyway, siapa yang dah makan KFC Golden Egg Crunch ni? Sedap tak dekat area korang? 

Top Bollywood Actor in 2017

Wednesday 7 February 2018

Tirai 2017 dah pun jatuh tertutup bila semua award events dah selesai dengan sesi penganugerahan cuma yang tinggal National Award. Pencalonan pun belum keluar lagi rasanya tapi dah boleh nampak dah siapa yang banyak kutip awards untuk tahun 2017. Jom tengok Top 10 Bollywood Actors tahun 2017. 

10. Ayushmann Khurrana

Image result for ayushman mangal bindu

Nama Ayushmann semakin naik di kalangan peminat sebab imej boy-next-door dalam movie Bareilly Ki Barfi & Shubh Mangal Saavdhan. Walaupun Meri Pyaari Bindu hambar di box office tapi lakonan dia tetap sweet dan disukai ramai.

9. Hrithik Roshan

Related image

Walaupun movie Mahenjo Daro gagal teruk di panggung tahun 2016 dan nama Hrithik terpalit dengn kontroversi penceraian & secret affair di mahkamah tapi performance Hrithik dalam movie Kaabil mendapat pujian critics dan sambutan dari penonton thus proved his worth in industry.

8. Aamir Khan

Image result for aamir secret superstar

Walaupun cuma watak sampingan dalam Secret superstar untuk tahun ni tapi nama Aamir Khan tetap ada dalam carta sebab kejayaan movie Dangal pada penghujung tahun 2016 dan ramai yang tertunggu movie Thug Of Hindustan.

7. SRK

Image result for srk

Walaupun Jab Harry Met Sejal kurang mendapat sambutan & dapat kritikan negatif dari audience but lets not forget he deliver great performance in Raees. Not to mention his production house, Red Chilies Entertainment also get benefits from Ittefaq release and people are rooting for Zero next year.

6. Ajay Devgn

Image result for ajay devgn

Movie Baadshaho mendapat sambutan di pawagam tapi kejayaan lebih besar untuk franchise tetap ajay, Golmaal Again sampai tercalon dalam movie yang mendapat kutipan tertinggi tahun 2017. Soon, he will be seen in Raid.

5. Salman Khan


Related image


It is impossible for him not to be in this list walaupun Tubelight mendapat kritikan negatif & hambar di panggung tetapi Tiger Zinda Hai melonjakkan kembali nama Salman & people approved him in action thriller. He is Bhaijaan after all. 


4. Irrfan Khan

Image result for irrfan khan award

Sama seperti tahun-tahun sudah, performance Irrfan Khan dalam movie tak pernah mengecewakan juri dan penonton. Tahun 2017 dengan watak sebagai bapa dan penjual sari dalam movie Hindi Medium dan performance cemerlang dalam movie Qarib Qarib Single sehingga mendapat Best Actor Award untuk tahun 2017. 

3. Varun Dhawan

Image result for varun dhawan

Apart from talent, surely you must have a great body, beautiful face and great dancing skill just like Varun. Walaupun baru berlakon dalam 9 buah filem tetapi belum ada satu pun yang hambar di panggung dan tahun ni Badrinath Ki Dulhani & Judwaa 2 melonjakkan lagi nama Varun di Bollywood sekaligus menjadikan Varun pelakon termuda yang mendapat wax figure di Madame Tussauds.

2. Akshay Kumar

Image result for akshay kumar

His brilliant performance in Toilet : Ek Prem Katha, Hera Pheri 3, Jolly LLB 2 & Naam Shabana melonjakkan nama dia sebagai pelakon superstar selain #TheKhans. Setiap tahun movie dia dinantikan juri & peminat movie Bollywood and currently we're waiting for Padman & Robot 2.0!


1. Rajkumar Rao


Image result for rajkummar rao

5 movie dalam seahun is superb! Nak pula bila movie lakonannya, Newton tercalon untuk dihantar ke Oscar Academy since bukan semua movie dapat peluang macam tu. Movie Trapped juga melayakkan Raj untuk memenangi Best Actor Critics Choice tahun 2017. Sama seperti movie  Bose : Dead or Alive dipuji ramai critics, Bareilly Ki Barfi dapat sambutan di box office. Walaupun movie Behen Teri Hogi hambar tapi tetap dipuji persembahan lakonannya. Dalam movie Raabta, ada cameo sebagai watak orang tua berusia 354 tahun and it did raised lots of eyebrows with his capability to pull off such character. Tahun 2017 memang tahun terbaik Raj sampai ada movie yang terpaksa ditarik balik tawarannya & bagi dekat pelakon lain.

Setiap tahun akan berbeza ranking setiap pelakon & mungkin tahun 2018 ada muka fresh dalam top actors ataupun muka yang sama dalam carta. Pelakon fav korang ada dalam carta tak?