‘BIG STAGE ALPHA’ LAKAR DETIK BERSEJARAH SEBAGAI KUMPULAN LELAKI PROGRAM REALITI TEMPATAN PERTAMA BERAKSI DI PAVILION KL | Showcase istimewa bersama alumni Big Stage dan artis ternama berjaya tarik lebih 6,000 peminat
Astro memanaskan lagi debaran menuju pentas akhir Big Stage Alpha dengan sebuah showcase istimewa dan penuh meriah di Pavilion Kuala Lumpur. Lebih daripada 6,000 peminat membanjiri pintu utama pusat beli-belah ikonik itu untuk menyaksikan persembahan tujuh finalis terbaik yang turut mencipta sejarah sebagai kumpulan lelaki tempatan pertama tampil di pentas Pavilion KL.
Showcase ini dianjurkan sebagai satu inisiatif istimewa oleh Astro untuk menghadirkan pengalaman realiti secara langsung kepada para peminat – tanpa sebarang juri dan latihan – hanya persembahan tulen yang mencerminkan bakat dan keaslian finalis. Ia juga menandakan kali pertama peminat dapat menyaksikan dan berinteraksi secara dekat dengan peserta Big Stage Alpha, sekali gus memberi mereka peluang eksklusif melihat sendiri perkembangan dan transformasi tujuh finalis menjelang malam kemuncak. Selain merapatkan jurang antara peserta dan peminat, momen ini turut menjadi medan penting untuk menguji kebersediaan mereka dalam memulakan gelombang dominasi sebagai kumpulan lelaki generasi baharu.
Malam penuh gemilang ini turut diserikan dengan penampilan daripada nama-nama besar industri seperti Akim Ahmad, Amir Masdi, Shila Amzah, Wani Kayrie dan juri tetap program Hael Husaini, menjadikannya satu sambutan luar biasa terhadap bakat baharu, sekali gus membina keterujaan menjelang malam kemuncak pentas akhir program pada 15 Jun kelak.
Showcase istimewa ini juga menyaksikan kehadiran empat peserta Malaysia dari CHUANG Asia 2025 iaitu Jackson, Tzi Xuan, Hong Jin dan Sunny, bersama alumni Big Stage seperti Nadeera Zaini, Isaac Voo, serta kumpulan wanita COEX.
Para peminat dan pengunjung dihiburkan dengan rangkaian persembahan bertenaga oleh finalis Big Stage Alpha termasuk Ariel Fesol, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Rizal Rasid, Izat Ibrahim dan Afiq Sky, serta persembahan menarik daripada artis dan alumni yang hadir. Peminat bertuah yang juga merupakan pelanggan Astro turut menyertai sesi Meet & Greet eksklusif bersama finalis Big Stage Alpha dan membawa pulang cenderahati istimewa daripada Astro sebagai kenangan manis.
Saksikan debaran terakhir Big Stage Alpha secara langsung pada 15 Jun 2025, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Sebagai pelengkap kepada kejayaan runut bunyi utama Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), dua track tersembunyi terbaru kini mula menarik perhatian pendengar serta menunjukkan peningkatan dalam carta penstriman digital. Dihasilkan menerusi gabungan tenaga kreatif antara komposer dan penyanyi generasi baru yang penuh ekspresi, kedua-dua lagu ini menyerlahkan kekuatan serta keunikan produksi muzik tempatan.
🎶 Some Other Day 🎶
Penyanyi : FUGO
Produser: Hakim Kamal & Fai HK
Komposer: Hakim Kamal
Lirik: Hakim Kamal, Kayrol Ami, Fai HK, Rezavebrian
Tonton Lirik Video “Some Other Day” di Saluran YouTube Rasmi Ejen Ali
“Some Other Day” ibarat sebuah penghargaan penuh emosi tentang suka duka dalam persahabatan, yang merupakan tema utama dalam filem EATM2 ini. Dengan lirik yang nostalgik dan alunan melodi yang santai, lagu ini membangkitkan kenangan masa remaja yang penuh keceriaan — detik-detik indah yang kita percaya akan kekal selamanya. Apabila korus beralih ke nada yang lebih melankolik dan dibalut lirik “Dan kita akan okay, and we will be alright”, ia mencerminkan perubahan dalam persahabatan, namun tetap menyampaikan rasa tenang melalui ikatan yang kekal abadi.
🎶 Hanya Kamu - Omar K & Raja Recode 🎶
Penyanyi: Puteri Khareeza & Kai Deva
Produser: Omar K & Raja Syafiq
Komposer Asal: Azri Yunus
Lirik Asal: Azri Yunus, M.Nasir & LunaAyla
Strim Lagu “Hanya Kamu - Omar K & Raja Recode” di YouTube Music
“Hanya Kamu - Omar K & Raja Recode” pula merupakan versi cover remix olahan Omar K dan Raja yang menonjolkan sisi baru lagu epik yang asalnya dibawa oleh Dato’ M. Nasir. Lagu ini hasil nyanyian Puteri Khareeza dan Kai Deva yang dipilih dari barisan artis Alternate Records & Talents, sebuah anak syarikat Media Prima, sebagai salah satu platform untuk memperkenalkan bakat baru ke massa. Bait-bait lirik asal digubah dalam versi remix ini khas untuk menampilkan gabungan suara lunak mereka dengan susunan muzik yang lebih mellow dan penuh chill out vibes, sesuai untuk melayan mood santai sambil berehat di kala lewat malam.
Kedua-dua lagu ini kini boleh distrim di semua platform digital utama, sesuai untuk sesi sing-along, throwback emosi atau sekadar mengimbau sisi berbeza dunia EATM2.
🎧 Dengarkan sekarang dan alami sendiri kehebatannya!
Misi masih aktif - unlock fasa seterusnya dan terus menyokong Ejen Ali the Movie 2 di pawagam sekarang!
#ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY
RM50.7 JUTA! EJEN ALI THE MOVIE 2 UNGGULI CARTA FILEM ANIMASI TEMPATAN
Monday, 9 June 2025
RM50.7 JUTA! EJEN ALI THE MOVIE 2 UNGGULI CARTA FILEM ANIMASI TEMPATAN | Memperkukuhkan Kedudukan Sebagai Pemacu Utama Industri Animasi Malaysia
Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) yang telahpun meraih status sebagai filem animasi tempatan nombor satu sejak kutipan mencecah RM40 juta minggu lalu, kini meneruskan prestasi cemerlang dengan kutipan terkini sebanyak RM50.7 juta selepas 18 hari tayangan. Pencapaian ini membuktikan bahawa animasi tempatan semakin mendapat pengiktirafan dan tempat di hati penonton, sekali gus membuka peluang lebih luas bagi karya animasi Malaysia (AniMY) untuk terus berkembang dan diangkat ke peringkat yang lebih tinggi!
Sejak tayangan bermula pada 22 Mei 2025, filem ini menerima sambutan hangat daripada pelbagai lapisan penonton, yang merangkumi seisi keluarga, remaja hinggalah peminat setia francais. Mereka memuji mutu produksi teknikal yang bertaraf antarabangsa, naratif yang menyentuh hati serta pengalaman sinematik mengujakan yang mendorong ramai untuk menontonnya berulang kali.
Menurut pengarah filem ini, Encik Usamah Zaid Yasin, kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada sokongan luar biasa para peminat dan kepercayaan mereka terhadap karya tempatan. “Alhamdulillah, saya bersyukur filem EATM2 mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton. Saya juga sangat berterima kasih kepada semua ahli pasukan dari Primeworks Studios dan WAU Animation yang saban hari berusaha keras untuk mempromosikan filem ini sejak tayangan bermula. Mereka berani mencuba pelbagai cara promosi baharu untuk memenangi hati penonton dan bagi saya ia komponen yang amat penting yang melengkapkan lagi strategi pemasaran filem yang telah kami hasilkan. Tidak lupa juga pada peminat-peminat tegar yang memberikan sokongan dan dorongan terus menerus, terima kasih kerana memilih filem kami untuk anda sekeluarga.”
Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata, “Kejayaan ini benar-benar menunjukkan bahawa animasi tempatan mampu mencipta impak besar apabila mendapat sokongan padu daripada penonton. Lebih daripada sekadar kutipan box office, pencapaian EATM2 membuktikan keyakinan terhadap kualiti kandungan buatan Malaysia dan memberi semangat baharu untuk kami terus melabur dalam industri animasi tempatan serta melebarkan sayap Ejen Ali ke peringkat antarabangsa bersama rakan-rakan strategik terpilih.”
Selain kejayaan di Malaysia dan Brunei, EATM2 turut berjaya menembusi pasaran Singapura bermula 5 Jun lalu dan dijadualkan untuk tayangan di Indonesia pada 27 Jun. Pembukaan tayangan baharu ini satu langkah penting dalam membawa animasi Malaysia ke pentas serantau, dan diharap akan membuka peluang perniagaan baharu dalam sektor pelesenan & pembarangan (licensing & merchandising) melalui penjualan produk berjenama Ejen Ali seperti pakaian, peralatan sekolah, permainan dan sebagainya.
Filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Ayuh rakyat Malaysia, teruskan sokongan anda! Bersama-sama kita tunaikan aspirasi untuk mengangkat EATM2 sebagai filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman!
Satria, Bangkit - Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Kongsi pengalaman anda di media sosial dengan tanda pagar #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan
******************************
Mengenai Ejen Ali the Movie 2
Di bandar futuristik Cyberaya, “Ejen Ali the Movie 2” mengisahkan seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen rahsia oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ejen Ali bersemangat untuk membuktikan dirinya dalam Projek Satria, sut berperisai yang dibantu Kecerdasan Buatan (AI) terbaru MATA. Semasa Ali bergelut dengan tanggungjawab barunya untuk menguasai Satria, dia harus menerima keputusan MATA untuk memberikan rakan (dan saingannya) Alicia sebagai pemegang seterusnya peranti superkomputer, IRIS. Sementara itu, penggodam Neonimus muncul semula untuk mencetuskan kekacauan terhadap MATA, menandakan konspirasi yang lebih besar di Cyberaya.
Sejak tayangannya di saluran televisyen Malaysia, TV3, pada tahun 2016, “Ejen Ali” telah disiarkan dan distrim di lebih 65 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, benua India, serta Amerika Utara. Dua musim pertama siri ini diikuti dengan “Ejen Ali The Movie” pada November 2019, yang meraih kutipan box-office yang mengagumkan sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia, menjadikannya salah satu filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia setakat ini. Bahagian terbaru, “Ejen Ali Season 3”, juga memegang gelaran sebagai harta intelek animasi Malaysia pertama yang diterbitkan bersama Disney+ Hotstar Asia Tenggara, dan pertama kali dilancarkan secara eksklusif di perkhidmatan penstriman tersebut pada Jun 2022.
Mengenai Primeworks Studios
Primeworks Studios adalah syarikat pengeluaran terkemuka di Asia Tenggara yang terlibat dalam perniagaan kandungan kreatif di setiap aspek rantaian media dalam pengeluaran TV dan filem, jualan kandungan, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, kandungan berjenama, serta pelesenan dan peruncitan. Ia adalah syarikat kandungan yang memenangi pelbagai anugerah dan menghasilkan lebih daripada 3,000 jam kandungan menarik setiap tahun untuk pelbagai platform, termasuk televisyen, pawagam, dan digital. Rumah produksi ini adalah tenaga kreatif di sebalik pelbagai genre kandungan termasuk hiburan, animasi, majalah, dokumentari, sukan, dan drama.
Minggu ketujuh, pentas separuh akhir Big Stage Alpha menyaksikan Daniel Sher mengungguli dengan bergaya di tempat pertama, dengan markah keseluruhan daripada juri sebanyak (75.05 %), manakala kekal di tempat kedua Rizal Rasid (72.48 %) dan di tempat ketiga Ray-D dengan (68.18 %). Ariel Fesol (60.40 %) pula berdepan dengan detik mendebarkan apabila terselamat dari penyingkiran pada minggu ini setalah mendapat undian rendah dari penonton.
Minggu bertemakan “One Step Closer” ini menampilkan Ajai sebagai juri jemputan. Selain itu, peserta Daniel Sher telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Perfume Paradise. Saksikan Big Stage Alpha di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Alpha Prime: Fire - BTS |
Alpha Ultra: BANG BANG BANG - Big Bang |
Rizal Rasid: Sudden Shower - Byeon Woo Seok (72.48%) |
Arief Fesol: Cuba - Faizal Tahir (60.40%) |
Ray-D: Sumpah - Naim Daniel (68.18%) |
Daniel Sher: Aku Skandal - HUJAN (75.05%) |
Afiq Sky: Bangun - Aman RA (62.83%) |
Izat Ibrahim: Terus Hidup - Aina Abdul (67.30%) |
Araff: Hijab Rindu - Black Hanifah (64.04%) |
• Buat julung kalinya, Big Stage Alpha tampil dengan format all-male spin-off, menampilkan 18 bintang lelaki yang akan bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada “boy group” (kumpulan lelaki) pertama yang bakal debut di bawah naungan Astro, ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian peminat.
• Peserta-peserta ini yang berusia antara 18 hingga 37 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.
• Setiap minggu, mereka akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema yang diberi. Juri akan memberikan markah, namun undian peminat yang akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.
• 6 finalis akan membentuk sebuah ‘boy group’ (kumpulan lelaki) yang akan membuat kemunculan dibawah naungan Rocketfuel bersama Astro.
• Big Stage Alpha lebih wangi dengan Perfume Paradise yang hadir selaku Penaja Utama, dan juga ZUS Ngupi selaku Kopi Rasmi sepanjang musim ini dijalankan.
• Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi.
Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, terus memperhebat pengalaman hiburan di rumah dengan menawarkan lebih banyak pilihan serta akses yang lebih mudah ke platform penstriman seperti Max dan Prime Video untuk semua pelanggan Astro. Dengan promosi penstriman eksklusif serta kemunculan semula saluran pop-up HEROES pada bulan Jun ini, Astro terus memberi nilai tambah dan pengalaman tontonan secara menyeluruh, semuanya di satu platform yang kini merangkumi akses kepada 14 aplikasi penstriman popular.
Penjimatan Eksklusif Dengan Pakej 12 Bulan Max