Showing posts with label movie Hollywood. Show all posts
Showing posts with label movie Hollywood. Show all posts

Movie Review | A Man Called OTTO (2022)

Saturday 26 August 2023


Director: Marc Forster
Writer: David Magee
Cast: Tom Hanks, Mariana Treviño, Rachel Keller, Manuel Garcia-Rulfo, Truman Hanks, Mike Birbiglia, Kelly Lamor Wilson, Mack Bayda
Production Companies: Columbia Pictures, Stage 6 Films, SF Studios, Artistic Films, Playtone, 2DUX², STXfilms, Big Indie
Distributors: Sony Pictures Releasing, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Release Date: 29 December 2022
Running Time: 126 minutes
Trailer: 


Diadaptasikan dari novel berjudul A Man Called Ove karya nukilan Fredrik Backman yang diterbitkan pada tahun 2013 kemudiannya difilemkan menerusi sutradara Hannes Holm pada tahun 2015, A Man Called Otto menceritakan tentang Otto Anderson (Tom Hanks) yang ingin berhenti hidup sejak kematian isterinya, Sonya (Rachel Keller).

6 bulan selepas kematian Sonya, Otto lebih gemar menyendiri dan menjadi perungus. Semua orang di kawasan kejiranan tersebut dah faham benar dengan kelakuan Otto terutamanya rakan baik dia, Anita (Juanita Jennings) yang tinggal selang beberapa rumah. Setiap pagi Otto akan kemas halaman rumah kemudian periksa semua kenderaan sekiranya tidak paparkan parking permit. 

Bila munculnya penyewa baru yang tinggal berhadapan dengan rumah Otto, hidup dia semakin sibuk gara-gara permintaan yang tiada henti dari imigran Mexico bernama Marisol (Mariana Treviño). Simpati dengan keadaan Marisol yang sarat mengandung, Otto ikutkan saja kemahuan keluarga kecil tersebut. Setiap kali Otto cuba untuk bunuh diri, setiap kali tu juga Marisol akan datang menganggu. 

Dari menyampah dengan kucing sampai terpaksa ambil kucing jalanan sebagai haiwan peliharaan dia. Kehadiran pekerja Dye & Merika yang memaksa semua penduduk di kejiranan tersebut berpindah juga menjadikan hidup Otto mempunyai misi tersendiri selain dari mati untuk bertemu dengan Sonya di alam lain. 

Jalan cerita A Man Called Otto sangat ringkas namun olahan dari Marc Forster buatkan perjalanan baru Otto bersama Marisol terlihat kelakar. Boleh faham lah kenapa Otto nak sangat bunuh diri lepas Sonya pergi sebab dalam hidup dia dah tak ada sesiapa dah pun. Tak ada adik-beradik, saudara-mara ataupun anak. Kawan baik dia, Reuben (Peter Lawson Jones) pula dah jatuh sakit, habiskan masa atas kerusi roda tanpa bercakap atau bergerak. Kenalan dekat tempat kerja pun tak ada yang kisah pasal dia. Lagi nak dia cepat keluar dari syarikat tu ada lah. 

Latar masa A Man Called Otto ni bersilih ganti antara waktu sekarang dengan flashbacks pertemuan Otto dengan Sonya. Penulis simpan rahsia tentang ujian hidup Otto dan Sonya dekat hujung bila Otto dah bersedia untuk open up dengan Marisol. Bila tengok sedikit demi sedikit backstory dia, boleh faham lah kenapa Otto jadi grumpy. 

Tapi dari awal pun dah berpihak pada Otto dalam babak dia pergi beli tali. Kebanyakan masanya relevan je kenapa dia selalu marah jadi tak susah pun untuk connect dengan watak Otto Anderson. Tak hairan juga kenapa Otto rasa tenang dan cepat murung bila Sonya tak ada sebab isteri dia adalah tunjang kekuatan dan big supporter dalam setiap langkah kehidupan Otto. 

'Now you listen to me. You have given birth to two children. Soon it'll be three. You have come here from a country very far away. You learned a new language, you got yourself an education, and a nitwit husband, and you are holding that family together. You will have no problem learning how to drive. My God, the world is full of complete idiots who have managed to figured it out, and you are not a complete idiot.' - Otto Anderson

Sinematografi dari Matthias Königswieser menyokong penceritaan comedy drama, A Man Called Otto dengan cemerlang. Silhoutte Sonya di dapur masa tenangkan Otto tu somehow comforting walaupun tak pasti sama ada tu roh Sonya ataupun imaginasi sub-conscious mind Otto yang tak nak mati. Music album A Man Called Otto hasil gubahan Thomas Newman jadi penyeri filem ni. My favourite, Till You're Home - Rita Wilson ft Sebastian Yatra dan instrumental untuk The Wrong Train. Suka sangat babak keretapi tu sebab pertama kali Otto jumpa Sonya. Simple yet awwdorable. 

Everything was warm and  adorable except for the ending. I tak suka dengan position Otto dengan kucing tu sebab nampak macam diorang tak ada special bond langsung padahal kucing tu makhluk pertama yang Otto cari setiap pagi. It would be better if the cat snuggle in his arm or something. 

p/s: Muka Truman Hanks macam muka anak Akshay Kumar dengan Twinkle Khanna - Aarav Kumar

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.8/10

Movie Review | Heart of Stone (2023)

Monday 21 August 2023



Director: Tom Harper
Writers: Greg Rucka, Allison Schroeder
Cast: Gal Gadot, Jamie Dornan, Alia Bhatt, Sophie Okonedo, Matthias Schweighöfer
Production Companies: Skydance, Pilot Wave, Mockingbird Pictures
Distributor: Netflix 
Genre: Action / Thriller
Running Time : 122 minutes
Release Date: 11 August 2023 
Trailer:


Naskhah ejen perisik terbaru yang ditayangkan secara rasmi di Netflix mengisahkan tentang sekumpulan ejen perisik MI6 di mana Parker (Jamie Dornan), Yang (Jing Lusi), Bailey (Paul Ready) dan penggodam bernama Rachel Stone (Gal Gadot) ditugaskan untuk menangkap Mulvaney (Enzo Cilenti) di sebuah kasino terletak di Alpin Arena Schnals Senalesatop di Pergunungan Alps. 

Ketika bertugas Rachel bertemu dengan penggodam hebat yang lain bernama Keya Dhawan (Alia Bhatt). Dia tahu ada sesuatu yang Keya inginkan dan kerana itu dia minta Jack of Hearts (Matthias Schweighöfer) mengesan lokasi Keya. Jack dan Rachel bekerja di bawah organisasi lebih besar iaitu The Charter dan mereka berdua adalah aset bernilai di bawah kelolaan Nomad (Sophie Okonedo). 

The Charter adalah organisasi rahsia yang ditubuhkan untuk membantu Kerajaan secara rahsia dan mempunyai peranti berkuasa tinggi iaitu ‘The Heart’. Peranti ini digunakan untuk menyimpan semua data manusia di Bumi. Sesiapa yang memiliki ‘The Heart’ mampu menguasai dunia. Keya mempunyai motif untuk mencuri ‘The Heart’ untuk agenda peribadi. 

Sebelum ni tahu tentang kewujudan filem Heart of Stone bila Alia Bhatt announce dia Tengah busy shooting dengan Gal Gadot. Tertunggu-tunggu juga lah kemunculan filem ni sebab debut movie Alia di Hollywood. Lepas Aishwarya Rai Bachchan, Anil Kapoor, Priyanka Chopra, Deepika Padukone, sekarang giliran Alia pula. 

Plot Heart of Stone tak lari jauh pun dari filem ejen perisik Hollywood di mana ejen terbaik menjejak hacker terhebat di mana Rachel perlu menjejak Keya. Watak Rachel terlihat bosan kerana lakonan Gal Gadot tanpa ekspresi. Tak pasti kenapa dia lebih banyak mengelak untuk spend time dengan geng MI6 sedangkan banyak maklumat dia boleh dapat. Sebab selalu mengelak untuk lepak, dia terlepas siapa mole dalam geng tersebut. 

Tapi masa dia dapat maklumat pasal kesilapan The Charter pun dia nampak tenang je, tak ada pun dia nak ugut Nomad atau The Charter. Nak betulkan kesalahan The Charter tu apatah lagi. Baik Rachel mahupun Jack ataupun staf yang tahu, semuanya tak ada rasa bersalah langsung. 

Alia pula terlihat lemah dalam avatar hacker terhebat. Watak dia digembar-gemburkan sebagai hacker yang cepat matang dari usia tapi bila masuk second half nampak lemah sangat depan watak Parker (Jamie Dornan). Sembang pasal nak ubah dunia tapi dia pun tak pasti hala tuju ahli Kumpulan sendiri macam mana. 

Gal Gadot mungkin dah biasa dengan genre action seperti Wonder Woman dan terbaru, Red Notice (2022) tapi berbeza sangat dengan Alia Bhatt yang baru menapak keluar dari zon selesa. Kelakar bila Alia menjerit dalam babak terjun dari gedung data. She reminds me of her awful scene in Sadak 2. Clearly, Alia tak punya screen presence yang kuat nak dibandingkan dengan Jamie dan Gal. Watak dia tak ada keunikan atau karisma yang tersendiri. Quite shocking because we’re talking about the same Alia whom acted in Raazi (2018) before. 

Mungkin juga kesilapan tu terletak pada pengarah yang tak mampu nak bentuk semua talents yang terlibat untuk cipta screenplay bagus. Atau mungkin I letak expectation tinggi untuk OTT movies since producer adalah producer yang sama terbitkan Mission Impossible. Tengok pada ending boleh jadi ada sekuel untuk Heart of Stone tapi tak rasa tertarik pun untuk duo Rachel-Keya. Mungkin Tom boleh cari penulis lain untuk skrip filem sekuel nanti. It just too bland to watch. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4/10

Movie Review | OLD (2021)


Director: M. Night Shyamalan
Writer: M. Night Shyamalan
Cast: Gael García Bernal, Vicky Krieps, Rufus Sewell, Alex Wolff, Thomasin McKenzie, Abbey Lee, Nikki Amuka-Bird, Ken Leung, Eliza Scanlen, Aaron Pierre, Embeth Davidtz, Emun Elliott
Production Companies: Perfect World Pictures, Blinding Edge Pictures
Distributor: Universal Pictures, Netflix
Genre: Supernatural / Horror / Thriller 
Running Time: 109 minutes
Release Dates: 19 July 2021 (Jazz at Lincoln Center), 23 July 2021 (United States)
Trailer :


Diadaptasikan dari novel grafik berjudul Sandcastle, karya Pierre-Oscar Lévy dan Frederik Peeters, naskhah Old mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bercuti di sebuah pulau misteri. Kewujudan pulau tersebut dipaparkan di Internet lantas Prisca Cappa (Vicky Krieps) menempah untuk bercuti bersama keluarga kecilnya sebelum dia bercerai dengan Guy Cappa (Gael García Bernal). 

Di sana anak lelaki mereka, Trent (Alex Wolff) berkawan dengan anak buah pengurus hotel bernama Idlib (Kailen Jude). Idlib tak mampu berbicara banyak kerana pergerakannya sentiasa diawasi namun dia berjaya tinggalkan hint kepada Trent tentang pulau misteri. 

Sebanyak 4 keluarga dihantar ke sana pada awal pagi oleh staff hotel menaiki van. Mereka semua dibekalkan makanan yang banyak selain khemah dan pakaian yang dibawa sendiri. Staff hotel bagitahu dia akan datang pada lewat petang untuk ambil mereka semua pulang ke hotel. Tak ada sesiapa pun yang syak sesuatu akan berlaku kerana terpesona dengan keindahan pantai di situ. 

Di sana Maddox Cappa (Thomasin McKenzie) berjumpa dengan penyanyi kegemarannya, Mid Sized Sedan (Aaron Pierre) tapi kegembiraan tu tak lama sebelum bertukar curiga kerana mereka terjumpa mayat seorang perempuan tak jauh dari tempat duduknya. Mid Sized Sedan bagitahu dia bukan pembunuh. Dari pagi dia cuma duduk di pantai. Perempuan tersebut cuma berenang ke pantai kemudiannya terdampar di pesisir pantai sebagai mayat.

Dia cuba lari masuk ke dalam gua untuk keluar dari situ tapi tekanan terlampau kuat menyebabkan kepala dia sakit dan hidung berdarah. Jadi dia cuma tunggu bantuan sampai tapi yang datang ialah 4 sekeluarga. Susah untuk mereka semua percaya cerita Mid Sized Sedan tapi bila mayat perempuan tadi berubah menjadi abu, mereka mula faham pantai misteri tersebut mempunyai zon masa yang bergerak laju. 

Naskhah Old garapan M. Night Shyamalan tampil unik dan berbeza dengan tema yang dibawa. Rasa takut juga kalau terperangkap dalam pulau misteri tu sebab tak ada jalan keluar. Masuk ke dalam gua untuk keluar, tekanan terlampau tinggi sampai boleh maut. Kalau panjat tebing gua tu pun tak guna, sebab medan graviti tak wujud, untuk berenang pula tenaga akan hilang bila melawan arus. Kalau duduk tunggu bantuan sampai, akan mati kerana penyakit tua. 

Sembang pasal pulau misteri ni tak mustahil untuk ianya wujud sebab Mariana Trench dengan Segitiga Bermuda wujud. Boleh jadi konsep yang sama digunapakai untuk keluasan yang terhad tapi membawa maut. Kita tak tahu mungkin sebab tak ada yang selamat keluar? So berhati-hati lah kalau jumpa hotel atau resort yang murah dan tawaran tak masuk akal sebab ada banyak sangat agenda manusia yang kita tak mampu nak hadam tapi wujud. Of course, this is me being paranoid after watching Old. 

Tapi jadi tenang lah sebab jalan cerita dia bercanggah dengan fakta sains yang penulis ketenaghkan. Kenapa mayat boleh mereput jadi abu sedangkan rambut, kuku dan bulu masing-masing tak tumbuh  cepat? Dalam masa 2 minggu kuku boleh jadi panjang tapi semua watak steady kuku pendek sampai lah ke hujung usia. Mungkin juga sebab air yang diorang minum masa sampai dekat hotel dah ada ubat khas untuk tangani masalah ni. 

Berapa lama hotel ni beroperasi pun tak diceritakan tapi dah 72 keluarga jadi mangsa eksperimen hotel tersebut. Ramai juga lah 72 keluarga ni tapi takkan lah tak ada langsung keluarga atau kenalan dari semua mangsa cuba selidik misteri kehilangan tu? Ada watak detektif pun tak pasti sama ada datang menyiasat atau bercuti. 

Sebagai idea dan mesej sosial, filem OLD mungkin sesuatu yang menarik tapi olahan dan penulisan perlu dikembangkan lagi. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.8/10

Movie Review | Oppenheimer (2023)

Saturday 29 July 2023


Director: Christopher Nolan
Writer: Christopher Nolan
Cast: Cillian Murphy, Emily Blunt, Matt Damon, Robert Downey Jr., Florence Pugh, Josh Hartnett, Casey Affleck, Rami Malek, Kenneth Branagh
Production Companies: Syncopy Inc., Atlas Entertainment
Distributor: Universal Pictures
Genre: Biopic / Drama
Running Time: 180 minutes
Release Dates: 11 July 2023 (Le Grand Rex), 21 July 2023 (United States and United Kingdom)
Trailer :


J. Robert Oppenheimer (Cillian Murphy) adalah ahli fizik yang terkenal dengan kebijaksanaannya dalam kuantum fizik lantas memperoleh PhD dari Universiti Gottigen, Jerman. Sekembalinya dia ke Amerika Syarikat, Oppenheimer dibawa masuk untuk Projek Manhattan oleh Jeneral Leslie Groves (Matt Damon). 

Projek tersebut adalah projek yang mengumpulkan ahli fizik yang hebat di Amerika untuk mencipta senjata ampuh supaya dapat menumpaskan pihak Nazi. Oppenheimer memujuk Edward Teller (Benny Safdie), Isidor Isaac Rabi (David Krumholtz) dan ramai lagi supaya berpindah ke Los Alamos, Mexico selama 18 bulan atau mungkin lebih. Kerana mereka mengambil masa yang lama, target mereka berubah iaitu negara Jepun. 


‘Prometheus stole fire from the gods and gave it to man. For this he was chained to a rock and tortured for eternity.’

Filem terbaru Christopher Nolan adalah naskhah biografi drama yang agak berat untuk ditonton kerana durasinya sepanjang 3 jam, dialog yang menggunakan kosa kata tinggi dan juga subjek fizik yang dibicarakan dalam kebanyakan babak. Pendek kata, kalau tak minat sains, this movie is not for you. 

I tengok filem Oppenheimer ni lepas balik kerja, terus tepu kepala sebab banyak sangat ilmu fizik kena belajar dalam satu masa. Tapi tak lah teruk mana sebab dah pernah layan series The Big Bang Theory. Even karakter Oppenheimer mirip seperti Sheldon Cooper, cocky and annoying but in a good way. Banyak kali tergelak bila tengok babak Groover dengan Oppenheimer menyembang. 

Berbeza dengan Sheldon, watak Oppenheimer ni kaki perempuan jadi ada la beberapa babak yang dibawa masuk untuk personal life dia. Suka sangat tengok watak Kitty Oppenheimer (Emily Blunt) sebab walaupun dia tak lah bijak dalam fizik macam suami dia tapi Kitty tahu percaturan politik orang sekeliling yang cuba menjatuhkan Oppenheimer. Secara terang-terangan atau diam-diam, Kitty antara pertahanan kuat Oppenheimer sebelum atau selepas Projek Manhattan. 


‘You think because you let them tar and feather you that the world will forgive you? They won't.’ – Kitty Oppenheimer

Lakonan Cillian Murphy sebagai ahli fizik genius yang kompleks menjadi tumpuan utama filem Oppenheimer. Kagum dengan semangat dia untuk bangunkan anak bangsa supaya minat dengan fizik bermula dari seorang saja pelajar sampai lah berjaya tarik ramai orang. 

Walaupun dia bijak, Oppenheimer ni tak ada masalah pun nak terima pandangan orang lain. In fact, dia lagi teruja bila ada yang mampu bertukar pandangan dengan dia macam babak Lawrence (Josh Hartnett) bagitahu apa perbezaan teori dengan praktikal. Masa dia halang Teller dari berhenti dari projek tu dan bagi Teller ruang untuk jalankan projek Super pun boleh nampak karakter dia yang supportive. 

Pendirian dia pun jelas tentang kenapa dia setuju untuk ketuai Projek Manhattan. Bukan sebab nak jadi pembunuh untuk nyawa-nyawa yang tak berdosa tapi sebagai senjata untuk lindungi negara. Even pendirian dia untuk personal life pun dia tak teragak-agak untuk buat keputusan macam mana dia putuskan hubungan dengan Jean Tatlock (Florence Pugh) ataupun serahkan Peter pada kawan yang mampu jaga anak sulung supaya Kitty sembuh dari post-partum depression. 


Bercampur-baur lah perasaan masa tengok filem Oppenheimer ni sebab kita meraikan kejayaan salah satu sejarah terbesar dunia tapi dalam masa yang sama bersimpati dengan nyawa yang terkorban akibat letupan bom nuklear. Bukan penduduk Jepun saja malah Korea yang dipaksa masuk untuk bekerja sebagai buruh sepertimana yang digambarkan dalam filem Battleships Island. 

Macam mana Albert Einstein (Tom Conti) dan Ernest Lawrence mempunyai pandangan berbeza, macam tu jugak lah I rasa untuk Oppenheimer. Nasib baik kengerian kesan bom nuklear tu cuma diceritakan dari mulut Oppenheimer dan bukannya dipaparkan secara visual sebab tak mungkin tergamak nak tengok. Membayangkan saja pun dah cukup sebak. Semestinya filem Oppenheimer bukan nak glorify pembikinan bom nuklear tapi lebih kepada peribadi ahli fizik tersebut. Digelar Father of Atom Bomb tapi hidup dalam penyesalan yang tak sudah. Terjerat dalam kebijaksanaan sendiri. 


Personally, movie Oppenheimer ni patut berhenti lepas Trinity Test dan tak perlu pun masukkan tentang Strauss (Robert Downey Jr.,). Bila masuk plot perbicaraan tu dah jadi lenguh dah nak tunggu filem ni habis sebab perbicaraan tu lama dan momentum jatuh mendatar. 

Filem Oppenheimer ada banyak sangat watak sampingan sebab Projek Manhattan tu sendiri pun ada banyak nama yang terlibat jadi Nolan tak boleh nak kurangkan. Disebabkan durasi panjang, kebanyakan masa macam tak mampu nak ingat siapa. Albert Einstein je lah yang familiar bila dia muncul. Of course, I’ve learnt a lot from this movie but to watch Oppenheimer on big screen for 3 hours is just pffftttt…

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Movie Review | Extraction 2 (2023)

Saturday 8 July 2023


Director: Sam Hargrave
Writers: Ande Parks, Joe Russo, Anthony Russo, Fernando León González
Cast : Chris Hemsworth, Golshifteh Farahani, Adam Bessa, Olga Kurylenko, Daniel Bernhardt, Tinatin Dalakishvili, Idris Elba
Production Companies: Wild State, AGBO, T.G.I.M. Films
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time : 122 minutes
Release Date : 16 June 2023
Trailer :


Sekuel kepada Extraction (2020) beberapa bulan selepas misi di Dhaka, Bangladesh di mana Tyler cedera parah dan dibawa ke Dubai kemudian bersara di pekan terpencil di Austria. Kehadiran lelaki asing di rumahnya bawa khabar berita dari bekas isterinya, Mia (Olga Kurylenko) yang perlukan bantuan Tyler. 

Misi di mana Tyler perlu bawa Ketevan (Tinatin Dalakishvili) dan dua orang anaknya keluar dari penjara di Georgia. Mereka bertiga bukanlah banduan tapi kerana berkahwin dengan penjenayah menyebabkan ketiga-ketiga mereka terpaksa hidup bersama di dalam penjara yang dikawal ketat. Mia percaya Tyler mampu lakukan misi tersebut selepas apa yang terjadi di Dhaka. 

Nik (Golshifteh Farahani) dan Yaz (Adam Bessa) bantu Tyler laksanakan misi di Georgia dengan rancangan rapi bersama ahli pasukan mereka yang lain. Sandro (Andro Japaridze) pula sentiasa mencari peluang untuk tinggal bersama ayahnya dan menjadi ahli Nagazi. 

‘What your mother did was risk everything to protect you and your sister. Save you from that prison that your father put you in.’ – Tyler Rake

Tengok gaya Tyler Rake dah boleh nampak yang dia tak akan bersara awal, selagi dia hidup selagi itu lah dia akan ambil misi berbahaya. Tambah pula kalau misi tersebut datang dari bekas isteri dia yang menguruskan anak lelaki mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital akibat kanser. 

Dalam sekuel Extraction, penulis kembangkan lebih lagi sisi drama peribadi Tyler Rake bila wujudnya misi untuk selamatkan bekas adik ipar dan anak-anak saudaranya di penjara. Perbalahan antara Tyler dengan Sandro tentang pilihan dan perspektif hidup kuatkan lagi elemen drama dalam naskhah aksi ni. Ada masanya geram juga dengan Sandro tapi dia pun mangsa manipulasi ayah dia, jadi bersabar je lah macam mana Tyler sabar. 

Kalau dalam previous instalment, watak Nik dan Yaz cuma bantu sikit dalam misi dan selebihnya berada di safe house, kali ni mereka berdua turun ke padang beraksi bersama Tyler. Chemistry dan dinamik Golshifteh Farahani dan Adam Bessa antara penyeri dalam Extraction 2. Menjadi betul sibling vibes diorang dari awal hingga ke hujung. 

Babak aksi dalam keretapi yang paling menarik dalam Extraction 2 disusuli dengan fighting scene di awning kaca di bangunan hotel. Bila tengok teknik yang pengarah dan cinematographer Greg Baldi guna untuk menghidupkan spektrum visual untuk babak aksi boleh agak yang team production invest banyak untuk high tech devices supaya boleh dapat shot cantik. Terpaku tengok beberapa babak dengan kehadiran momen saspen. 

Sama juga macam Extraction, plot cerita boleh ditebak perjalanannya jadi bila filem kedua lebih panjang durasinya dari yang pertama, rasa penat nak tengok fillers dan draggy parts. Tak pasti lah kenapa penulis suka padam spotlight watak sampingan sedangkan diorang boleh cipta dinamik yang kuat atau sinergi yang mantap dengan watak utama. Nak kata sebab takut Netflix tak nak sambung franchise macam kelakar lah sebab filem ni under Netflix, rating pun tinggi. 

Rasa menyampah sebab yang pertama dah buat macam tu, masuk yang kedua pun sama juga. Bila dah terlanjur baru lah nak buat spin-off tapi tak seronok lah sebab plan yang lain tapi penulis nak yang lain pula. 

Of course, Extraction 3 akan muncul sebab pengarah dah bagi hint dekat hujung cerita cuma tak pasti lah macam mana sistem Tyler dengan Nik akan bekerja sebab bos baru untuk organisasi yang lebih besar. Mungkin Tyler dengan Nik akan kerap turun padang atau mungkin Tyler gerak solo sebab tak suka dengan peraturan boss baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

Movie Review | Extraction (2020)


Director: Sam Hargrave
Writers: Ande Parks, Joe Russo, Anthony Russo
Cast : Chris Hemsworth, Rudhraksh Jaiswal, Randeep Hooda, Priyanshu Painyuli, Golshifteh Farahani, Pankaj Tripathi, David Harbour
Production Companies: AGBO, Thematic Entertainment, India Take One Productions, T.G.I.M. Films
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time : 117 minutes
Release Date : 24 April 2020
Trailer :


Diadaptasikan dari novel grafik berjudul Ciudad karya Ande Parks, Joe Russo, Anthony Russo, naskhah aksi thriller Extraction mendapat sentuhan pengarah Sam Hargrave. Kisah bermula dengan penculikan Ovi Mahajan Jr. (Rudhraksh Jaiswal), anak tunggal kepada ketua pengedar dadah India dan Tyler Rake (Chris Hemsworth) diupah untuk menyelamatkan Ovi di Dhaka, Bangladesh. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk Tyler setuju walau berbahaya macam mana sekalipun misi tersebut kerana dia berharap dapat mati untuk tebus rasa bersalah semasa berkhidmat dalam Australian Army SASR. Nik Khan (Golshifteh Farahani) dan Yaz Khan (Adam Bessa) membantu Tyler dalam misi tersebut. 

Untuk masuk ke Dhaka adalah mudah tapi untuk keluar dengan selamat bersama Ovi tersangatlah sukar kerana laluan darat dan air telah dikawal ketat oleh polis. Kesemua mereka juga menurut arahan ketua dadah, Amir Asif (Priyanshu Painyuli). Farhad (Suraj Rikame) juga mempunyai geng untuk mengesan keberadaan Tyler dan Ovi. Dalam masa yang sama, Saju Rav (Randeep Hooda) cuba bawa Ovi keluar dari Dhaka kerana dia tak mampu bayar team Tyler untuk misi tersebut. 

‘The best thing you can do is go put a bullet in his brain. Make it painless. Because the animals out there are not going to be as kind to him.’ – Gaspar

Masa Netflix tayang filem Extraction ramai yang puji sebab action stunt yang mantap dengan pergerakan kamera yang meninggalkan impak kuat pada penceritaan. Memang layak sangat The Russo Brothers bagi stunt actor beralih angin jadi pengarah sebab dia tahu cara macam mana untuk olah babak aksi dengan menarik. Walaupun banyak babak aksi tapi kamera dia tak bergegar dan fokusnya jelas. Kudos to Newton Thomas Sigel as cinematographer. 

Berlatarkan negara India dan Bangladesh yang mendedahkan sisi gelap negara yang dikawal oleh geng pengedar dadah. Bukan saja berkuasa dengan duit malah dengan kuasa sampai mampu tundukkan pihak polis. Jadi tak hairan lah kalau Ovi Sr (Pankaj Tripathi) boleh dapatkan pegawai tentera untuk bekerja dengan dia. 

Selain dari kekuatan lakonan Chris Hemsworth yang terbeban dengan drama kehidupan peribadi namun dipandang hebat oleh klien, Randeep Hooda juga fit sebagai Saju yang terdesak menurut arahan ketua dadah. Tak boleh nak agak antara Tyler dengan Saju, siapa yang akan berjaya bawa balik Ovi dengan selamat. Boleh kata buang masa juga lah diorang berdua bergaduh sampai patah riuk sedangkan dua-dua di pihak yang sama dengan tujuan yang sama. Dekat part tu I rasa macam meleret sangat sebab lagi seronok kalau dua watak ni bergabung untuk keluar dari Dhaka atau fight Amir Asif. 

Babak dekat jambatan tu pun draggy juga sebab tak ada fighting scene cuma tembak-menembak sampai lenguh mata. Ada juga plot yang boleh dijangka perjalanannya tapi layan je lah sebab at least dapat tengok atau kenal sedikit sebanyak kehidupan watak utama. 

Kalau sembang pasal plot cerita memang banyak tak logik daripada fakta sebab Bangladesh sepatutnya berbeza dengan India walaupun lebih kurang je budaya dengan fizikal masyarakatnya. Macam Malaysia dengan Indonesia lah, sama tapi banyak bezanya. Belum masuk part polis tunduk sepenuhnya dengan drug lord sampai boleh langar protokol terang-terangan macam yang digambarkan dalam filem Extraction. Penggunaan tona warna kuning yang berlebihan pun mengganggu juga. 

It's a great action movie if you guys ignore the plot and minor things. Pendek kata, layan santai je. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Movie Review | Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)

Saturday 13 May 2023


Director : David Yates
Writer : J. K. Rowling, Michael Goldenberg 
Cast : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Brendan Gleeson, Richard Griffiths, Jason Isaacs, Gary Oldman, Alan Rickman, Fiona Shaw, Maggie Smith, Imelda Staunton, David Thewlis, Emma Thompson, Julie Walters
Production Company: Warner Bros. Pictures, Heyday Films
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy / Action / Thriller
Running Time : 138 minutes
Release Date : 28 June 2007 (Tokyo), 11 July 2007 (United States), 12 July 2007 (United Kingdom)
Trailer :


Installment kelima untuk franchise Harry Potter bertukar pengarah dan penulisnya sekaligus dengan tema yang lebih berat di mana Harry Potter (Daniel Radcliffe) akan makin kerap bertemu dengan Lord Voldemort (Ralph Fiennes). 

Filem bermula dengan konflik yang melanda Harry kerana menggunakan sihir Expecto Patronum untuk menghalau Dementor di dunia Muggle. Kenapa Dementor boleh berada di luar kawasan dunia sihir? Tak tahu. Prof Albus Dumbledore (Michael Gambon) kembali membela pelajar kesayangannya, tak lagi berasa syak wasangka seperti dalam Harry Potter and the Goblet of Fire (2005).


Selepas kematian Cedric Diggory (Robert Pattinson), dalam kejohanan Goblet of Fire, Harry dilanda kemurungan dan puberty syndrome lantas lebih banyak mengasingkan diri. Ramai pelajar yang pulaukan Harry disebabkan kemalangan tersebut. Lebih mudah juga untuk Voldemort mengawal Harry sebab Harry kuat disebabkan cinta dan kasih sayang. Kalau dia seorang, murung dan rapuh, mudah sangat untuk dihapuskan. But enters Luna Lovegood (Evanna Lynch) yang sentiasa positif. 

Disebabkan kemalangan di Hogwart, Kementerian menghantar Dolores Umbridge (Imelda Staunton) untuk mengajar subjek Pertahanan dari Ilmu Sihir Hitam. Dolores bukan saja mempunyai cara mengajar yang pelik kerana tidak menggunakan sebarang sihir atau tongkat sakti malah mengetatkan lagi peraturan dan membuang semua aktiviti hiburan termasuklah berkumpul sesama pelajar. 


Harry, Ron Weasley (Rupert Grint), Neville Longbottom (Matthew Lewis) dan Hermione (Emma Watson) mencari jalan untuk kuatkan seni pertahankan diri kerana Voldemort akan menyerang bila-bila masa saja. Fred (James Phelps), George (Oliver Phelps) Ginny (Bonnie Wright) dan Cho (Katie Leung) juga turut serta dalam kelas tersebut secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Dolores atau penjaga Hogwarts, Filch (David Bradley).

Dari filem kelima ini kita dapat tahu tentang The Order of the Phoenix, sebuah organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh Prof Albus Dumbledore, dianggotai oleh Minerva McGonagall, Lily Potter, James Potter, Sirius Black (Gary Oldman), Remus Lupin, ibu bapa Neville Longbottom, Arthur Weasley (Mark Williams) dan ramai lagi. Sebab tu dekat dalam Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001), ada babak Albus Dumbledore dengan Minerva McGonagall (Maggie Smith) letak baby Harry depan rumah Dursley. 


Sama macam dua filem sebelumnya, sinematografi Harry Potter lebih suram dan kelam cumanya kali ni tone tersebut sesuai dengan scenario yang terdapat dalam penceritaan Harry Potter and the Order of the Phoenix. Tak banyak magis yang digunakan dalam filem ni jadi tak banyak VFX yang diperlukan. Camera works ada masanya membantu dan ada masanya terlihat lemah. 

Kalau sebelum ni geram dengan screentime atau babak Harry dan Sirius tapi dalam filem ni boleh nampak Harry makin rapat dengan Sirius. Even just a small wink from Sirius for Harry can makes me smile because it feels so natural. 


‘I want you to listen to me very carefully, Harry. You're not a bad person. You're a very good person, who bad things have happened to. Besides, the world isn't split into good people and Death Eaters. We've all got both light and dark inside us. What matters is the part we choose to act on. That's who we really are.’ – Sirius Black

Love angle antara Harry dengan Cho nampak macam dipaksa sebab dalam previous installment Cho bercinta dengan Cedric and the memories still strong walaupun hakikatnya dah setahun berlalu. Ginny masih tersekat dalam screentime yang terhad sementara Draco Malfoy (Tom Felton) cuma ada satu dialog sepanjang filem. Evanna Lynch pilihan yang tepat sebagai Luna yang comel dan aneh. Just like Harry, I feel some sort of comfort watching her space. 


Walaupun beberapa watak annoying mendominasi tapi beberapa babak nampak kelakar macam Severus Snape kantoi kena buli dengan James Potter dan mungkin sebab tu juga dia menyampah dengan Sirius dan Remus Lupin. Babak Severus kena soal dengan Dolores tentang achievement dia sampai Ron tahan gelak pun kelakar juga. 

Tak pasti lah dalam buku macam mana tapi Alan Rickman berjaya kukuhkan watak Severus Snape yang mempunyai alasan kukuh untuk menyampah dengan kehadiran Harry Potter. Menyampah pun tetap tolong sebab budak tu tak buat salah tapi bila tolong dituduh jahat pula. Mungkin sebab tu juga dia selalu backup Draco Malfoy yang cuba untuk buli Harry tapi gagal. They made him looks so weak in this franchise. 


‘I'm afraid you have used up all my stores interrogating students, the last of it on Miss Chang. Unless you wish to poison Potter - and I assure you, I would have the greatest sympathy if you did - I cannot help you.’ – Severus Snape

Tak pasti kenapa plot Kementerian tak percaya dengan kehadiran Voldemort perlu ada sedangkan 10 Death Eaters terlepas dari Azkaban, sah lah ada sesuatu yang besar akan berlaku. Lagipun sepatutnya dari awal lagi dah patut pelik sejak banyak unicorn jadi korban dalam The Philosopher's Stone tu. Ada beza Kementerian lemah buat kerja dengan Kementerian tak nak rakyat panik. 


Kenapa Harry letak nama kumpulan dia 'The Dumbledore's Army' bukannya 'Harry Potter's Army? Sebab Sirius bagitahu dia akan jadi pelapis kepada organisasi The Order of the Phoenix ke? So it's a tribute to the founder of the organisation? 

Bermula dari Prisoner of Azkaban (2004) kemudian Goblet of Fire dan the Order of the Phoenix, franchise Harry Potter makin lama makin membosankan dengan olahan yang kurang menarik. Mungkin sebab I suka cara dan vibe dunia magis dari Chris Columbus. Slowly I feel Harry Potter series can do wonder.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 6.2/10

Director: Mike Newell
Writers: J.K. Rowling, Steve Kloves
Cast : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Robbie Coltrane, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Brendan Gleeson, Jason Isaacs, Gary Oldman, Alan Rickman, Maggie Smith, Timothy Spall
Production Companies: Warner Bros. Pictures, Heyday Films
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy, Action, Thriller
Running Time: 157 minutes
Release Dates: 6 November 2005 (Odeon Leicester Square), 18 November 2005 (United Kingdom and United States)
Trailer :


Dalam filem Harry Potter and the Chambers of Secret (2002), Harry Potter dapat dengar suara Basilisk, ular gergasi yang dahagakan darah Mudblood, dalam installment keempat arahan Mike Newell, Harry Potter dapat melihat Voldemort (Ralph Fiennes) dalam vision. 

Lord Voldemort semakin lama semakin kuat berbanding pertemuan mereka sebelumnya malah mempunyai pengikut yang baru. Salah seorangnya ialah Peter Pettigrew yang hampir dibunuh oleh Lupin dan Black sebelum ni. Sepertimana yang Firenze bagitahu Harry tentang darah Unicorn yang mampu bagi kehidupan baru dalam naskhah Harry Potter and Soccerer’s Stone (2001).


J.K Rawling membawa sesuatu yang baru ke dunia Hogwart di mana kejohanan Goblet of Fire diadakan. Pertandingan antara sekolah-sekolah ahli sihir di dunia tersebut. Kiranya bukan Hogwart sahaja yang wujud untuk melatih ahli sihir muda. Durmstrang Institute dari benua tengah Eropah sementara Beauxbatons Academy dari Perancis. 

Kejohanan Goblet of fire tidak dibuka untuk semua pelajar kerana terdapat had usia untuk peserta. Hanya pelajar berusia 17 tahun iiatu pelajar tahun ketujuh sahaja yang layak untuk meletakkan nama dan hanya seorang sahaja wakil dari ketiga-tiga sekolah tersebut akan dipilih. Anehnya nama Harry Potter, pelajar tahun keempat dimasukkan dalam senarai peserta dan Kementerian terpaksa bersetuju dengan keputusan tersebut.

 
‘Why so tense, Potter? My father and I have a bet, you see. I don't think you're going to last ten minutes in this tournament. He disagrees. He thinks you won't last five!’ – Draco Malfoy

Kekuatan filem Harry Potter and the Goblet of Fire terletak pada kejohanan antara sekolah tersebut yang agak merbahaya dan mencabar kekuatan setiap peserta. Boleh nampak kenapa Profesor Dumbledore (Michael Gambon) dan Minerva McGonagall (Maggie Smith) risau bila nama Harry dalam piala tersebut. Kalau sebelum ni Neville Longbottom kelihatan lemah tapi dalam naskhah ni dia dapat strong charm yang membantu Harry walaupun olahan tak berapa menarik.


Kehadiran watak-watak sampingan baru kali ni mencorakkan lagi penceritaan franchise Harry Potter seperti Alastor Mad-Eye Moody (Brendan Gleeson), Fleur (Clemence Poesy), Cho Chang (Katie Leung), Viktor Krum (Stanislav Ianevski) juga Cedric Diggory (Robert Pattinson). Selain pertandingan, penulis kembangkan tiga sekawan yang mula merasa pengalaman bercinta buat pertama kali. 

Watak sampingan dalam previous installments juga dibawa masuk kembali seperti Moaning Mrtyle (Shirley Henderson), Sirius Black (Gary Oldman), Peter Pettigrew (Timothy Spall) dan Voldemort. Tak hairanlah kalau pengarah panjangkan durasi tayangan sedikit panjang dari sebelumnya untuk bagi ruang kepada kesemua watak ni walaupun ada yang muncul sekejap sahaja. 


Memandangkan naskhah keempat mempunyai tetamu dari akademi sihir lain dan mempunyai majlis tari-menari, pereka kostum kena bekerja keras sikit lah dari biasa. Pakaian seragam Beauxbatons Academy mempamerkan sisi feminin pelajar perempuan di sekolah tersebut. Dress Hermione juga cantik dan serlahkan kecantikan fizikal Emma Watson. 

Tak berapa berkenan dengan pakaian Ron sebab penulis nak masukkan elemen kelakar. Dah lah gaya rambut dia tak sesuai dari installment sebelumnya lagi padahal watak-watak lain dapat ubah penampilan yang lebih menarik. Sinematografi yang suram pun mengganggu penceritaan yang sepatutnya lebih seronok sebab bawa sesuatu yang baru kepada penonton. Suasana pertandingan pun nampak menggerunkan walhal berkisar remaja sekolah yang tengah seronok bercinta. 


Penceritaan Harry Potter and the Goblet of Fire pun ada perubahan besar bila watak Profesor Dumbledore menjerit lantang panggil nama Harry Potter sedangkan Albus Dumbledore yang kita kenal lebih tenang dan penuh dengan kata-kata hikmah. Tak sepatutnya dia melenting bila dia sendiri tahu ancaman Voldemort terhadap Harry bermula dari awal lagi. Tak perlu fikir jauh pun untuk tahu nama Harry diletak oleh sekutu Voldemort. 

Sama juga dengan dinamik persahabatan Ron Weasley dan Harry Potter sebab dua sahabat baik ni dari awal lagi memang akrab tapi dalam filem ni Ron merajuk sampai jarakkan diri dari Harry. Semata-mata sebab nama Harry ada dalam buku sedangkan dalam filem the Chamber of Secret bila dia dapat tahu tentang Parseltongue, dia tetap ada untuk support Harry. Takut tapi dia tetap bagi ruang untuk Harry jelaskan. 


Hermione pula dengan konflik perasaan cinta pada Ron yang jenis tak faham bahasa bila dia mengamuk Ron jadikan dia last option untuk pergi ke majlis tari-menari. Of course, I appreciate the way director make it an angsty scene and explained a lot for their love interest but it just too sudden and forced. Kenapa Harry suka Cho pun tak diceritakan padahal hero jatuh cinta. Mesti lah ada something yang menarik untuk ditonjolkan sebab watak Hermione tak mampu tawan hati Harry. 

Kalau dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004) terasa mendadak sangat perubahan tu, dalam Goblet of Fire mencanak teruk sampai hancur momentum franchise yang dibina cantik sejak dari awal. Untuk watak tiga sekawan tu boleh lah cover dengan puberty syndrome tapi yang dewasa tu macam mana pulak? 

Kejohanan tu pula terasa tawar bila tak ada rasa saspen atau berdebar walaupun lawan Harry lebih bagus. Setiap acara dah boleh nampak Harry akan menang sebab dia watak utama bukan sebab kelebihan dan ilmu yang dia ada. It just feel rushed. 


Babak pertemuan semula Harry Potter dengan Voldemort pun nampak lemah sangat seolah-olah Neville Longbottom yang ada dekat situ dan bukannya Harry Potter. Watak yang pernah lawan troll pada tahun pertama, labah-labah gergasi pada tahun kedua dan sekumpulan Dementor di tahun ketiga terlihat lembik dalam kejohanan sehingga lah berjumpa dengan musuh utama. Mungkin dalam series Harry Potter nanti lebih jelas penerangannya dan cantik alur penceritaannya memandangkan team production ada ruang yang cukup. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.4/10

Director : Alfonso Cuarón
Writers: J.K. Rowling, Steve Kloves
Cast : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, John Cleese, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Richard Griffiths, Michael Gambon, Gary Oldman, Alan Rickman, Fiona Shaw, Maggie Smith, Julie Walters
Production Companies: Warner Bros. Pictures, Heyday Films, 1492 Pictures
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy
Running Time: 142 minutes
Release Dates: 23 May 2004 (Radio City Music Hall), 31 May 2004 (United Kingdom), 4 June 2004 (United States)
Trailer :


Beberapa bulan sebelum tayangan Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002), pelakon Richard Harris meninggal kerana sakit Hodgkin. Disebabkan pelakon Albus Dumbledore perlu dicari pengganti, pengarah dua filem pertama, Chris Columbus undur diri sebagai pengarah supaya dapat luangkan masa dengan keluarga maka produser ambil masa untuk terbitkan installment ketiga. 

Bermula dengan Harry Potter (Daniel Radcliffe) yang sakit hati dengan keluarga Dursleys dan larikan diri ke kota London. Di sana dia berjumpa dengan Cornelius Fudge (Robert Hardy) dari Kementerian dan pastikan Harry tak akan dihukum kerana menggunakan magis di dunia Muggle. 


Ron Weasley (Rupert Grint) dan Hermione Granger (Emma Watson) maklumkan kepada Harry tentang Sirius Black (Gary Oldman) yang melarikan diri dari penjara Azkaban. Sirius Black adalah kawan baik kepada Lily (Geraldine Somerville) dan James Potter (Adrian Rawlins) namun mengkhianati mereka berdua dengan memberi maklumat kepada Voldemort. 

Ketika dalam perjalanan ke Hogwart, Harry diserang oleh Dementors yang memakan roh manusia dan mengambil cebisan kebahagiaan mereka. Nasib baik Harry Potter diselamatkan oleh cikgu baru, Remus Lupin (David Thewlis) yang menguasai subjek ilmu sihir Patronus Charm. 


‘A word of caution: dementors are vicious creatures. They will not distinguish between the one they hunt and the one who gets in their way. Therefore I must warn each and every one of you to give them no reason to harm you. It's not in the nature of a dementor to be forgiving. But you know happiness can be found even in the darkest of times, when one only remembers to turn on the light.’- Profesor Albus Dumbledore

Seperti sebelumnya Hogwarts sentiasa mempunyai perubahan sama ada pada peraturan ataupun warga guru. Selain Remus Lupin, Sybill Trelawney (Emma Thompson) sebagai guru subjek Tilikan, Profesor Albus Dumbledore (Michael Gambon) juga melantik Hagrid (Robbie Coltrane) sebagai Care of Magical Creatures dan memperkenalkan sejenis burung gergasi bernama Buckbeak. 


Selain berhati-hati dengan Sirius Black, Harry Potter dapat tahu tentang Peter Pettigrew (Timothy Spall) juga misteri Hermione yang selalu saja muncul secara tiba-tiba. 

Vibe installment ketiga tak sama dengan dua installment sebelumnya kerana lebih dark dengan kehadiran Dementor dan juga membuka kembali kisah tragedi kematian Lily dan James Potter. Fizikal ketiga-tiga watak utama juga makin ketara perubahan dengan suara makin dalam and strong facial features. Not I’m saying this in a bad way, it just a swift shift for me but sooner or later we need to face this too. 


Sama juga dengan Harry Potter yang terpaksa kuat untuk terima kehadiran Sirius Black dan Dementor jadi sebab itu lah dia belajar ilmu sihir Expecto Patronum. Sinematografi yang suram namun cantik dan music score dari John Williams menambahkan impak pada penceritaan the Prisoners of Azkaban. 

‘Listen, dementors are among the foulest creatures to walk this earth. They feed on every good feeling, every happy memory until a person is left with nothing but his worst experiences. The dementors affect you more than others because there are true horrors in your past, horrors your classmates can scarcely imagine. You are not weak, Harry. You have nothing to be ashamed of.’ - Professor Lupin


Dalam installment ketiga dari Warner Bros Pictures, pelajar tahun ketiga dapat berjumpa dengan Boggart yang boleh membaca minda manusia dan belajar sihir Riddikulus. Sihir ni bukan berguna untuk dunia sihir tapi dekat dunia Muggles juga hshs just kidding. Menarik tengok The Marauder's Map yang tunjuk entiti di kawasan sekitar. A bit disappointed on how they portrayed werewolf sebab serigala jadian dalam Teen Wolf ataupun Twillight lebih menarik. Werewolf dalam Harry Potter franchise jelas benar penggunaan VFX. 

Kalau Harry Potter bertemu kembali dengan Sirius Black yang menganggap Harry sebagai keluarga, Hermione pula semakin rapat dengan Ron. Banyak nampak fan theories tentang Hermione dengan Harry tapi dalam the Prisoners of Azkaban dah nampak pengarah dah bagi hint mereka berdua macam belangkas. 


‘It's cruel that I got to spend so much time with James and Lily, and you so little. But know this; the ones that love us never really leave us. And you can always find them in here. [puts his hand to Harry's heart]’ - Sirius Black

Perubahan pada pengarah sedikit sebanyak akan mempengaruhi franchise dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban tak terlepas dari perubahan tu. Plot cerita a bit rushed sebab ada banyak perkara baru tapi tak dikembangkan dengan baik. Watak Sirius Black adalah watak penting dalam hidup Harry tapi tak banyak sangat pun momen mereka berdua. Tak diceritakan juga kenapa Severus Snape (Alan Rickman) menyampah dengan Black. Kenapa Kementerian lepaskan Harry Potter dengan mudah bila dia guna sihir di dunia Muggle ataupun dari mana Hermione jumpa jalan untuk belajar lebih banyak.


Anyway, Tom Felton looks great in this movie after he ditched his hair wax. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

Director : Chris Columbus
Writers: J.K. Rowling, Steve Kloves
Cast : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, John Cleese, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Richard Griffiths, Richard Harris, Kenneth Branagh, Alan Rickman, Fiona Shaw, Maggie Smith, Julie Walters
Production Companies: Warner Bros. Pictures, Heyday Films, 1492 Pictures
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy
Running Time: 161 minutes
Release Dates: 3 November 2002 (Odeon Leicester Square), 15 November 2002 (United Kingdom and United States)
Trailer :


Setahun selepas first intallment, Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001) ditayangkan, Warner Bros Pictures terbitkan second installment yang membuka misteri Kamar Rahsia di Hogwart. Harry Potter (Daniel Radcliffe), Ron Weasley (Rupert Grint) dan Hermione Granger (Emma Watson) mencari tahu siapa cicit keturunan Slytherine kerana beberapa pelajar disumpah menjadi selepas terjumpa dengan Basilisk.

‘Salazar Slytherin wished to be more selective about the students admitted to Hogwarts. He believed magical learning should be kept within all magic families. In other words, pure bloods. Unable to sway the others, he decided to leave the school. Now according to legend, Slytherin had built a hidden chamber in this castle, known as the Chamber of Secrets. Though shortly before departing, he sealed it until that time when his own true heir returned to the school. The heir alone would be able to open the chamber and unleash the horror within, and by so doing, purge the school of all those who, in Slytherin's view, were unworthy to study magic.’ - Professor Minerva McGonagall


Ramai yang menganggap Harry Potter adalah cicit tersebut kerana dia dianugerahkan Parseltongue, kelebihan bercakap dengan ular semasa pertarungan self-defense bersama Draco Malfoy (Tom Felton) dalam kelas Gilderoy Lockhart (Kenneth Branagh). Dalam filem sebelumnya, Harry Potter boleh becakap dengan ular sawa yang dikurung dalam gelas kaca di zoo jadi bukan sesuatu yang luar biasa pun untuk Harry. 

‘Look, I didn't know I could speak Parseltongue! What else don't I know about myself? Look. Maybe you can do something, even something horrible and not know you did it.’ – Harry Potter


Tapi Hermione dan Ron tegaskan yang ular adalah simbol utama Slytherine dan tak semua ahli sihir dikurniakan Parseltongue. Kerana kejadian itu juga ramai kawan sekelas Harry mula menjauhkan diri. Disebabkan suara yang didengari oleh Harry dan kerisauan guru Hogwart kerana pelajar diancam bahaya, tiga sekawan mencari apa-apa maklumat berkenaan Kamar Rahsia. Dari Moaning Mrtyle (Shirley Henderson) juga Harry terjumpa diari ajaib kepunyaan Tom Riddle (Christian Coulson). 

Dari awal filem lagi pengarah dah sajikan kelebihan dunia ahli magis seperti kereta terbang yang jadi impian semua orang. Sampai sekarang pun belum ada lagi teknologi mampu hasilkan kereta terbang. Prototaip dah wujud tapi belum ada peluncuran rasmi. Kalau ada pun geng T20 saja yang mampu beli.

 
Kehadiran Dobby, Whomping Willow, Mandragora, The Howler dan burung phoenix juga mencuri perhatian sebab kedua-duanya wujud dengan penggunaan VFX. Sihir yang digunakan semakin bertambah bila pelajar batch Harry Potter dah masuk ke gred kedua. Kemunculan Severus Snape (Alan Rickman) dikurangkan sedikit untuk bagi laluan kepada watak Lucius Malfoy (Jason Isaacs), ayah Draco yang bekerja di Kementerian Sihir. 

Perangai ayah dengan anak lebih kurang je jadi tak hairan lah kalau Draco tu berlagak jalan dabik dada. Tang penakut tu saja tak sama. Untuk hidupkan watak ahli sihir yang bangga berada dalam rumah Slytherin, Jason Isaacs banyak belajar dari lakonan Tom Felton dalam the Philosopher’s Stone. Tak hairan lah kalau rentak dan temponya sama. Muka pun ada iras sebab tu Jason minta supaya dia berambut panjang supaya penonton boleh bezakan Lucius dengan Malfoy. 


Kalau the Philosopher’s Stone adalah naskhah terbaik dalam franchise Harry Potter, Chamber of Secret arahan Chris Columbus lebih kelakar walaupun ada tragedi yang lebih berbahaya berlaku di Hogwart. Watak Gilderoy Lockhart yang narsisis dengan sihir merepek dia buatkan beberapa babak jadi kelakar macam sihir Alarte Ascendare, babak Harry Potter kena tolong dia bagi autograf kepada peminat ataupun sembuhkan tulang patah Harry. Sama juga dengan Moaning Mrtyle yang gedik. 

Lakonan tiga sekawan - Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger makin selesa di hadapan berbanding previous installment bila kebanyakan masa mereka bertiga nampak gugup nak habiskan satu line. Seronok bila tengok mereka pandai kelola ruang yang diberikan oleh team production. Dalam filem ni pun dah nampak ketiga-tiga mereka dah berubah dari segi fizikal. Masih lagi comel tapi tak secomel dalam first installment. 


Bijak lah keputusan casting director untuk masukkan Christian Coulson sebagai watak antagonis because looks can kill hshs just kidding. He is fit for the role sebab berketurunan Slytherin, dengan muka kacak tu tak ada masalah langsung untuk paparkan sikap egois dengan cemerlang. Pertemuan Harry dengan Tom antara highlight dalam filem the Chamber of Secret sebab perbalahan mulut antara pengikut setia Slytherin dan pelajar selebriti Gryffindor tak membosankan pun atau kedengaran preachy. 

Sama seperti the Philosopher’s Stone, ada banyak kesilapan teknikal yang wujud dalam filem the Chambers of Secret tapi tak ramai yang perasan pun thus make it an enjoyable to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Chris Columbus
Writers: J.K. Rowling, Steve Kloves
Cast : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, John Cleese, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Richard Griffiths, Richard Harris, Ian Hart, John Hurt, Alan Rickman, Fiona Shaw, Maggie Smith, Julie Walters
Production Companies: Warner Bros. Pictures, Heyday Films, 1492 Pictures
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy
Running Time: 152 minutes
Release Dates: 4 November 2001 (Odeon Leicester Square), 10 November 2001 (United Kingdom), 16 November 2001 (United States)
Trailer :



Masa Raya haritu saja tengok balik franchise Harry Potter sebab announcement Harry Potter series akan keluar so kita tengok balik lah the first adaptation version dari novel asal karya penulisan J.K. Rowling. 

First installment of Harry Potter adalah yang terpaling seronok for me sebab masa tu tiga sekawan – Harry Potter (Daniel Radcliffe), Ron Weasley (Rupert Grint) dengan Hermione Granger (Emma Watson) comel sangat. Comel sampai kawan sekolah hantar surat dekat Daniel dan sebagai balasan dapat surat dan gambar saiz A4 Daniel dengan tandatangan. Lucky fan. 


Kisah bermula dengan kemunculan Albus Dumbledore (Richard Harris) dan Minerva McGonagall (Maggie Smith) muncul di kawasan kejiranan dengan membawa seorang bayi dengan tanda petir di dahi. Walaupun berat hati untuk mereka tinggalkan bayi tersebut dengan muggle yang buruk perangainya tapi nak atau tidak mereka terpaksa patuh dengan undang-undang manusia. 

Harry Potter perlu berada di bawah jagaan keluarga pakciknya, Vernon Dursley (Richard Griffiths) sehingga berumur 18 tahun selepas kematian kedua orang tuanya kerana dibunuh oleh Voldemort (Richard Bremmer). 


‘We do not speak his name! The wand chooses the wizard, Mr. Potter. It's not always clear why. But I think it is clear that we can expect great things from you. After all, He-Who-Must-Not-Be-Named did great things. Terrible! Yes. But great.’

Dari kecil sehingga berumur 11 tahun, Harry cuma dilayan sebagai orang gaji di rumah tersebut sebab Mak Cik Petunia (Fiona Shaw) menyampah dengan Lily Potter (Geraldine Somerville) semasa hidup dan sekarang terpaksa pula menjaga anaknya. Walaupun mempunyai sepupu yang sebaya tapi perbezaan yang ketara dari segi layanan. Kerana itu juga Harry selalu sakit hati dan terhasil perkara aneh di luar kawalan dia. Harry juga boleh berbicara dengan ular sejak kecil.


Menginjak ke usia 11 tahun, Harry dapat jemputan untuk belajar di Hogwart, sekolah untuk semua ahli sihir di dunia. Dalam perjalanan Harry terjumpa Ron Weasley, si rambut perang dengan kehidupan yang kelakar. Tak ambil masa yang lama pun untuk mereka berkawan. Tak lama kemudian, Hermione pula muncul tapi kehadirannya tak disukai Ron sebab poyo. 

Filem pertama Harry Potter banyak tonjolkan kelebihan kehidupan sebagai ahli sihir, kelas dan subjek yang perlu diambil oleh pelajar baru dan juga permainan Quidditch. Dah tentulah filem terarah pada Harry Potter sebab dia adalah watak utama dan dari kelebihan yang dia dapat juga, banyak benda yang kita nampak macam kelebihan Jubah Halimunan, Nimbus 2000, kisah Hagrid (Robbie Coltrane), Firenze manusia berkaki kuda, Unicorn, Devil's Snare dan banyak lagi. 


Pretty sure, Warner Bros. Pictures dah setup set tersendiri untuk franchise Harry Potter walaupun kebanyakan babak menggunakan green screen dan VFX terutamanya dalam permainan Quidditch, babak troll dan Firenze. Ada part yang nampak penggunaan VFX tu tapi tak lah ketara sampai tak meyakinkan sebab zaman tu penggunaan VFX masih lagi baru. Brave attempt untuk team production come up dengan filem genre fantasi dan mencapai tahap imaginasi penulis dan penonton. Seronok tengok Great Hall Hogwart sebab lilin terapung, bumbung lutsinar untuk stargazing dan makanan yang sedap. 

Lakonan Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson menghidupkan watak masing-masing dengan karakter tersendiri. Pengenalan untuk setiap watak dilakukan dengan baik sama ada watak utama dan juga sampingan seperti Draco Malfoy (Tom Felton), Severus Snape (Alan Rickman) ataupun keluarga Weasley yang riuh. Setiap guru juga diperkenalkan sedikit demi sedikit sampai kita familiar dengan tugas mereka. It’s like slowly attached with you. Sampai sekarang pun kalau ada yang nak cast spell akan tiru muka kerek Hermione, Wingardium Leviosa. 


‘You’re saying it wrong. Leviosa not Leviosar!’ – Hermione Granger

Kalau tengok pada kisah Harry Potter dah tentulah ramai yang tertarik dengan sihir sebab itu kekuatan untuk franchise ni. Selain itu, filem Harry Potter dari awal lagi dah paparkan kekuatan kasih sayang dan persahabatan untuk menentang sesuatu yang jahat seperti Voldemort. Dari awal lagi dalam setiap perbuatan Harry Potter, Albus Dumbledore sentiasa titipkan tentang kekuatan kasih sayang baik dari pengorbanan orang tua dia ataupun persahabatan yang Harry Potter ada. 

‘It takes a great deal of bravery to stand up to your enemies, but a great deal more to stand up to your friends.’ – Albus Dumbledore


Dah mencecah 21 tahun pun filem Harry Potter yang pertama tetap ada tempatnya yang tersendiri walaupun semakin banyak filem bertemakan magis dan ahli sihir ditayangkan. Pengarah Chris Columbus berjaya bawa satu dunia masuk ke dalam dunia Harry Potter dari generasi ke generasi. Tremendous achievement I must say. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10