Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tutorial : Search Description Blog

Sunday 26 May 2019

Sebelum ni ada terbaca tips untuk naikkan rating keywords di blog Sayyidah Napisah which is very helpful and thanks a lot for that, sis!

Bila dah baca, mesti lah kena praktikkan bila buat entri tapi jadi confuse sebentar sebab ada satu tips yang dia bagi tak wujud dekat blog. Tips tu ialah tambahkan keywords di 'Search Description'.


So dalam entri ni nak ajar macam mana nak ubah setting daripada tak ada search description kepada wujud di bahagian new post. Caranya mudah sangat!

1. Buka Dashboard > Setting > Search Preferences 



2. Nampak tak ada Meta tags dalam gambar dekat atas? Dekat 'Description' tu ada [Disable]. Tekan Edit kemudian tukar kepada Enable. Tekan Save Changes.

3. Buka New Post, tengok dekat bahagian tepi dah ada dah Search Description. Mudah sangat kan? Dalam box tu isi lah seberapa banyak yang boleh tapi limit dia 156 patah perkataan je. Lagi banyak isi lagi bagus sebab nanti Google Search akan keluarkan entri you guys bila ada yang mencari. 

Good luck and happy blogging! 

Semak Pusat Mengundi Dengan Apps MySPR

Tuesday 17 April 2018


Sekarang dah boleh check dah pusat mengundi di mana, bukan kawasan mengundi tapi diadakan di sekolah mana. Yang mana dah daftar tapi belum check lagi, ada eloknya check awal-awal sebab ada banyak perubahan yang berlaku. Kalau boleh setiap minggu check sebab bila-bila sahaja perubahan tempat boleh berlaku. Check awal-awal boleh plan cantik-cantik, kan?

1) Download apps MySPR di IOS ataupun Playstore


2) Pilih Semakan Daftar Pemilih


3) Masukkan No. Kad Pengenalan tanpa tanda -, kemudian tekan Semak

Nanti akan keluar semua butiran peribadi, lokaliti, daerah mengundi, parlimen, negeri, pusat mengundi, saluran, masa mengundi dan no. siri pengundi macam ni. 


Senang sangat nak check, kalau malas nak download apps pun boleh tumpang kawan punya. Selamat mengundi!

Tap & Pump Di Caltex

Sunday 8 April 2018


Since dah berzaman tak menjejakkan kaki ke Caltex sebab Caltex area rumah tutup untuk kerja-kerja construction jalan, masa otw balik kampong singgah sekejap untuk topup tangki minyak yang dah nak habis. Ternampak pulak iklan Tap & Pump ni. Disebabkan takde cash saja lah try method ni sebab senang je kot.

1) Masukkan kad ahli - Journey Caltex

2)  Tekan Card Payment dekat skrin petrol pump tu.

3) Scan kad debit dekat simbol gelombang.


4) Isi minyak ikut suka nak banyak mana


5) Tekan ‘Print Receipt’

Tunggu resit keluar anddddd doneeee!

Happy sebab senang je nak guna tak payah beratur lama dekat dalam sebab kadang buang masa dengan beratur je. Nak pulak kalau orang depan dah sampai kaunter baru nak keluarkan kad lepastu dia nak tambah barang lah apa lah. So we go cashless and save our time by this payment method!

Kalau yang tak pernah guna debit card dekat petrol pump and its your first time wondering how, lemme tell you okay. Tapi yang ni steps untuk Petron petrol station je, kalau petrol pump brand lain, I’m not quite sure.

1) Tekan Preset

2) Masukkan amaun harga yang diingini. Contoh 20 liter minyak = RM44 so masukkan 44.00.

3) Masukkan nombor pin kad debit.

4) Masukkan kad ahli Petron Miles supaya boleh collect points

5) Isi minyak

6) Ambil resit

Andddd done!

Mudah je kannnn?! Tapi duit korang akan floating dalam masa seminggu sebanyak RM200. Kalau rasa tak dipulangkan jugak dalam masa seminggu cepat2 call bank. 

Boleh bagitahu tutorial untuk Caltex dengan Petron je lah sebab both are my fav petrol stations. Petron sebab collet points sampai 3000 boleh redeem RM45 minyak percuma. Caltex pulak sebagai backup je kalau tak jumpa Petron plus banyak discount dengan brand lain kalau sign up sebagai ahli. Siapa guna Petron dengan Caltex jugak, kita geng okay? ;)

Beli Topup Melalui Maybank2U

Friday 23 March 2018


Kalau bab topup ni memang jarang sangat sebab selalunya guna wifi je nak contact orang via Whatsapp. Bab call orang guna telefon office je ataupun Whatsapp tapi tu pun entah berapa kali je dalam sebulan. Boleh dikira dengan jari.

Disebabkan nak pergi ke tempat yang tak ada wifi, terpaksa la topup untuk kegunaan sementara. Tapi nak menapak ke kedai jadi malas sangat lepastu teringat boleh guna Maybank2u! Kucar-kacir log masuk akaun.

1) Pergi ke column ‘Buy Online’


2) Pilih ‘Instant Prepaid Topup’


3) Klik ‘Open Instant Prepaid Topup’


4) Pilih telco


5) Masukkan amaun topup dan nombor telefon


6) Request TAC dan masukkan TAC number


Dalam masa beberapa minit, akan masuk mesej dari maybank untuk sahkan transaksi dah settle topup! Senang je lepastu favorite terus.


Bacaan Pendinding Ubatkan Gangguan Sihir Atau Makhluk Halus

Friday 16 February 2018


Sejak kebelakangan ni nampak ramai yang post cerita kena buatan orang dekat socmed. Teringat dulu pun selalu sangat pergi sana sini merata tempat jejak sebab nak berubat. Dekat kawasan rumah pun memang regular customer pergi berubat tapi sekarang dah jarang lah pergi sebab duit pun bukannya banyak sangat. Sekali pergi dah habis beratus sebab kena satu family. Memang la dia kata bagi ikut ikhlas hati tapi duit minyak tol semua bukannya murah jugak kan?

Nak sembang pasal kenapa kena tu banyak, sebab berebut tanah lah, sebab tolak cinta orang, sebab ada kawan yang baru menuntut nak test ilmu dia, sebab dengki, alasan cliché semua. Benda bukan kena sekali dua, dah banyak kali. Dari zaman belajar lagi dah kena. Kadang tu sebab hantu dekat hostel pun punca jugak. Nak pulak jenis lemah semangat memang senang je lah hantu ikut.

Disebabkan duit pun tak banyak, nak cari masa nak pergi berubat satu hal lagi, so pakcik ajar buat pendinding sendiri. Nak harapkan orang lain sepenuhnya pun tak boleh jugak, kena ada usaha dari diri sendiri jugak kalau nak sihat.

Simptom ada benda ni senang je, kalau rasa takut sangat tu ada benda la tu. Ada beza kalau takut biasa dengan rasa takut benda tu ikut. Sakit bahu dengan belakang. Mengantuk yakmat walhal dah cukup tempoh masa tidur. Lesu & penat walaupun dah rehat.

Kalau ada rasa macam ni, dah check doctor pun result takde benda, try la amalkan bacaan ni. Selalunya buat lepas solat & sediakan satu botol air mineral. Nak buat ni pun ada pantang larang dia. Kena betul-betul focus/khusyuk. Fikiran jangan melayang pergi tempat lain ataupun buat benda lain macam main phone. Dulu masa baca ni memang rasa takut sangat, so eloknya berteman sebab bila buat berdua ni rasa semangat nak habiskan. Ada je yang buat tak mampu nak habiskan. Tiba-tiba lupa surah apa nak baca padahal surah Al-Ikhlas je. Kadang tu mengantuk yakmattttt sampai rasa nak tidur time tu jugak. Sebabtu digalakkan berteman.

Antara bacaan pendinding :

1)


 *3 Qul

2) Bismillah 20


3) Bismillah 9

 

4) Bismillah 6


5) Bismillah 5


Tapi cara ni untuk yang ringan-ringan je tau. Kalau dah teruk melarat tu pergi berubat dengan yang pakar lah. Hope this helps. Adios!

Undi Samantha James Wakil Miss Universe Malaysia 2017!

Tuesday 21 November 2017

As you guys know, our country send Samantha Katie James for Miss Universe 2017. Remember the nasi lemak dress?



Samantha bukan pertama kali join Miss Universe, tahun 2013 dia dah pernah join tapi dapat tempat ke8 so tahun ni dia cuba nasib lagi sekali & yes dia dapat juara menggantikan tempat Miss Universe 2016, Kiran Jassal. Apart from pageantry and modelling, Samantha sebenarnya seorang pelakon tapi setakat ni dia baru ada 2 filem antarabangsa, Kastil Tua (kerjasama Indonesia-Malaysia), Huang (ditayangkan cuma di negara China) & 1 telefilem, Wanita Terindah.

Anak kelahiran Klang dan berdarah kacukan China dan Brazil merupakan Miss Universe Malaysia tahun ni & 26 November ni ialah tarikh semi-final Miss Universe 2017 di Las Vegas. Her birthday is on 28th November, so kalau dapat masuk semi-final rasanya hadiah birthday kita untuk dia? :)

Macam mana nak vote Samantha untuk masuk semi-final Miss Universe? Mudah sangat!

Ada dua cara untuk vote.

1) Undi di laman web rasmi Miss Universe sebanyak 10 kali sehari. 

Cari Samantha James, tekan vote kemudian tekan tambah sampai 10 votes dan klik Confirm Vote. Done!



Ataupun;

2) Tweet sebanyak mana yang korang nak dengan hashtag #MissUniverse #Malaysia tanpa sebarang emoji di Twitter. Kalau malas sangat cuma Retweet hashtag #MissUniverse #Malaysia sebab 1 tweet atau retweet bermakna 1 vote kepada wakil kita. 

Senang je kan? Wish her good luck for semi-final! 

p/s : Wakil Columbia, Laura Gonzalez dengan wakil Finland, Michaela Soderholm pun cantik jugak! :D