Showing posts with label Nature. Show all posts
Showing posts with label Nature. Show all posts

Kaedah Penanaman Menegak

Friday 29 June 2018

Penanaman menegak merupakan salah satu kaedah penanaman yang semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti penanaman dijalankan di dalam kawasan bangunan yang dilengkapi segala peralatan pertanian. 

Idea untuk penanaman menegak ini tercetus apabila saintis memikirkan cara untuk mengatasi masalah sumber makanan yang semakin berkurang disebabkan kekangan tanah dan juga pertambahan penduduk dari semasa ke semasa. Penduduk dunia akan bertambah dari 7 billion kepada anggaran kemungkinan 14 billion menjelang tahun 2050.

Related image

Atara tanaman yang sesuai ditanam menggunakan kaedah ni ialah salad, tomato, cili, sawi, strawberri, kailan, pak choi, kangkung, bayam, terung, bendi, peria, serai, kunyit, pandan dan pelabagai lagi. Terdapat beberapa negara yang menggunakan kaedah penanaman menegak antaranya Singapura, Amerika, China, Jepun, Sepanyol dan beberapa negara lagi. 

Antara kelebihan kaedah penanaman menegak ni ialah 
  • Lebih selamat dan bersih berbanding penanaman di ladang. 
  • Mengurangkan pencemaran air dan kerosakan kepada alam sekitar.
  • Kurang gangguan dari serangga perosak
  • Keuntugan lebih banyak berbanding penanaman ladang
  • Jimat ruang
  • Jimat kos penghantaran kerana kebanyakannya ditanam di bandar
  • Boleh diubah mengikut keselesaan ataupun keperluan tanaman

Image result for tanaman yang sesuai dengan  penanaman menegak

Di Malaysia pun dah mula menggunakan penanaman menegak ni kerana selalu terjadi hakisan tanah terutamanya di kawasan tanah tinggi, bercerun dan berbukit seperti Cameron yang ditarah khas untuk pertanian. Terdapat juga beberapa kawasan balak atau hutan yang ditebang hanya untuk penanaman dan pertanian komersil justeru penanaman menegak mampu mengurangkan masalah ni.

Mungkin lepas ni dah tak perlu bersesak dah ke Cameron untuk enjoy makan strawberri sebab dekat bandar pun dah boleh dapat tapi siapa nak mulakan dulu agakya ye? ;)

Tips Tanam Pokok Tomato Cara Malas

Saturday 23 June 2018

Dalam entri sebelum ni tentang pokok tomato, Pokok Tomato Dah Berbuah ada yang minta tips tanam pokok tomato dekat rumah since tak ramai yang berjaya tanam sampai berbuah.


Tbh, my tomatoes pun tak berbuah banyak sangat dan besar sebab pokok dia berbatang halus je. Macam dalam entri sebelum ni pun tak terjaga sangat pokok tomato sebab guna pasu leper so this time guna yang lebih dalam lagi. Entri ni requested by Sis Zarini Ismail sebab dua kali tanam tak jadi. Harap dapat membantu akak ataupun mana-mana beginner yang tak ada bajet banyak. 

Bahan-bahan Diperlukan

- Buah tomato
- Tanah
- Pasu
- Baja
- Air

Cara Penanaman

Cara penanaman tetap sama, ambil buah tomato yang dah nak masak atau rosak tu, potong dua kemudian letak je atas tanah dalam pasu. Ni cara malas, kalau yang rajin pula asingkan benih dengan isi kemudian letakkan atas tisu supaya benih tu kering kemudian taburkan dalam pasu. 

I choose that lazy method sebab nak biarkan isi tomato tu decomposed since nak buang sayang, nak makan dah tak lalu sebab isi dah masam so kita biar dia mereput sendiri. Lagipun bila benih dah bercambah, tak payah dah banyak step nak pindah sana sini. Biar dia mereput dalam masa seminggu, nanti dia akan naik sendiri. 

Dalam semua benih dekat buah tomato tu tak semua yang akan naik sebab ada yang akan mati juga. Tapi yang naik dalam 10 pokok, kira banyak lah tu kan? Gambar bawah ni pokok dah bercampur sana sini sebab pasu semaian je tu, dah besar baru pindah pasu lain.


Untuk tanah, I used tanah yang beli dekat kedai je sebab rumah apartmen takde tanah. Kalau rumah memang ada tanah boleh terus tanam tapi better asingkan dulu dalam pasu atau polibeg sebab tanah bumi biasanya dah banyak bendasing dan hidupan mikro so benih tak mampu nak survive. Baja pula beli baja lada hitam dekat pasar tani. Baja A & B pun sama dari pasar tani. 

Tanah untuk pokok tomato kena sentiasa lembab tapi pencahayaan tinggi. Kalau musim panas, elok siram dua kali sehari supaya kelembapan tanah terjaga tapi musim hujan tu jaga-jaga lah jangan bagi tanah berendam air sebab batang dia mudah rosak. 

Kalau bab pokok tomato ni memang tak jaga sangat, biar je dulu dia membesar lepastu ikat batang dekat kayu panjang supaya dia tak menjalar merepek ikut suka hati dia. Tapi bulan puasa haritu kelam kabut nak balik kampung sampai lupa nak ikat dia, so dah tak mampu nak selamatkan dah. Perati je la gaya merepek dia. Nak cantas pun tak boleh sebab dah berbunga banyak. 


Lagi 3 pokok tomato kena jaga betul lah lepas ni supaya tak merepek macam pokok di atas. Selain baja, guna kulit telur yang dah dicuci bersih dan kering untuk ditaburkan atas tanah area pokok tomato supaya dapat neutralkan tanah dan elakkan serangan siput. 

Ni je simple tips yang boleh kongsi untuk penanaman pokok tomato cara anak dara malas tapi berjaya makan hasil. Good luck untuk yang nak try tanam :)

Festival Ros Taif, Arab Saudi

Wednesday 6 June 2018

Taif Rose Festival 14

Festival Ros Taif adalah salah satu program di bawah Kementerian Perlancongan negara Arab Saudi yang diadakan setiap tahun pada bulan Mac hingga April sekitar musim bunga. Taif ialah tempat di mana semua hasil bunga yang telah dipetik dikumpulkan untuk diproses menjadi minyak wangi dan dikenali dengan nama jolokan Taif the City of Rose. Wangian bunga ros dari Taif ni digunakan dalam jenama minyak wangi terkenal seperti Ormonde Jayne Perfumery, Perris, Chanel dan Guerlain.​ Harga wangian ros Taif ni boleh mencecah RM 158,920 seliter.

Related image

Image result for rose festival taif

Sama seperti tahun-tahun sudah, tarikan utama Festival Ros Taif ialah karpet bunga yang ditanam di perkarangan taman seluas 900 hingga 1000 sqft. Perbandaran Taif membelanjakan setengah juta pelbagai jenis benih pokok bunga untuk ditanam sebelum festival ros diadakan. 

 
Selain dari karpet bunga ni, ada pelbagai jenis pameran bunga untuk pelawat yang datang antaranya proses pembuatan minyak wangi dan juga air dari kelopak bunga ros Taif, pertunjukan seni budaya masyarakat Taif, pameran seni lukisan yang menggambarkan budaya masyarakat Taif, pameran fotografi, pertandingan bola sepak 'Rose Championship', pertandingan kebun ros terbaik, pertandingan puisi dan bermacam lagi aktiviti dianjurkan oleh Taif Chamber.


Festival Ros Taif setiap tahun boleh menarik seramai lebih 200,000 orang pengunjung dan memberi pulangan untung sebanyak 10 bilion Saudi riyal bersamaan RM 10,820,576,250 setiap tahun. Disebabkan pulangan yang menguntungkan, kerajaan Saudi merancakkan lagi festival ros di Taif ni dan menjadikan festival ros ni sebagai salah satu simbol utama perlancongan negara Saudi supaya tarikannya tersebar luas hingga ke negara lain. Kerjasama bersama syarikat-syarikat pengeluar jenama minyak wangi dari negara lain juga antara objektif kewujudan festival ni. 







Akan datang, festival ni akan diperluaskan untuk pameran buah-buahan dan tanaman pertanian lain selain bunga ros dan pelbagai jenis pokok bunga. Kepada pengunjung yang datang ke festival ni akan dibekalkan minyak wangi ros Taif, air bunga atau minyak wangian sebagai tanda penghargaan dan ole-ole.

Image result for rose festival taif

Kalau dekat Malaysia, festival Floria lah kan yang sama level dengan Festival Ros Taif ni? Selalu terlepas peluang nak pergi ke Putrajaya untuk Floria sebab dah busy dengan kerja. Kalau ada yang teringin nak merasa suasana ataupun cuba minyak wangi Taif ni boleh lah masukkan dalam travel bucket list. 

Warna-Warni Jagung

Thursday 31 May 2018


Umum tahu jagung berwarna kuning tapi berapa banyak sebenarnya jagung yang berwarna lain wujud di dunia ni? Sebenarnya ada banyak jagung berwarna selain dari kuning. Warna kuning tu disebabkan sifat yang senang membiak dan bertahan sepanjang tahun so Pusat Penambahbaikan Jagung dan Gandum Antarabangsa  tetapkan standard warna jagung ialah kuning sama macam pisang ataupun lobak.

1. Jagung Biru

Related image

Di Amerika Selatan dan Mexico terdapat jagung berwarna biru yang bagus untuk kesihatan terutamanya kepada pesakit diabetes dan kanser. Jagung biru atau dikenali sebagai jagung Hopi juga mempunyai 30% lebih protein berbanding jagung kuning yang biasa. Warna biru berpunca dari anthocyanin yang tinggi pada jagung tersebut tapi jagung jenis ni sangat susah untuk membiak. Jagung biru juga berbeza dari segi kelebaran dan ketebalan setiap kernel. 

Kebiasaannya jagung biru dijadikan chips, tortilla, roti, muffin ataupun sup jagung mengikut selera penduduk setempat. 

2. Jagung Merah

Related image

Hidup pada musim panas hingga luruh, jagung merah mempunyai 20% protein dan 350% antioksida daripada jagung biasa. Sama juga macam jagung biru, jagung merah bagus untuk pesakit diabetes, mampu mengurangkan stress dan menaikkan kadar imunisasi badan. Jagung merah yang muda dijadikan salad atau sayur dan matang lebih awal dari jagung biasa. Jagung merah hidup di Guatemala, Mexico dan juga Andes, Amerika Selatan. Jagung berwarna merah dikenali dengan nama Ruby Queen, Strawberry Popcorn, Bloody Butcher dan Broom Corn.

3. Jagung Ungu

Related image

Lebih dikenali dengan nama Morado, jagung ungu lebih rangup berbanding jagung yang lain dan hidup pada musim panas sahaja. Jagung ungu dapat membantu masalah obesiti, selulit dan diabetes kerana tinggi antioksida, phytonutrients, phenolic acids dan flavonoids. Jagung ungu biasanya hidup di Peru dan digunakan dalam minuman masyarakat Andes iaitu Chica Morada yang mengandungi jagung ungu, nenas dan beberapa rempah yang diperap. Penanaman jagung ungu makin meluas dan berkembang ke negara Sepanyol, Eropah dan Amerika Syarikat.

4. Jagung Hitam

Image result for black corn

Jagung hitam mempunyai kernel yang berwarna hitam dan tongkol yang keunguan dan pokoknya tumbuh setinggi 3 meter dan menghasilkan buah jagung sepanjang 20cm kebiasaannya. Jagung hitam yang muda berwarna putih tapi berubah menjadi wana hitam bila sudah masak. Bila dipegang, jagung hitam akan meninggalkan kesan warna di jari. Tak seperti jagung lain, kernel jagung hitam agak liat dan tak manis sangat. Jagung hitam cuma hidup pada musim panas di Peru, UK, US dan Amerika Selatan. Antara nama jolokan jagung hitam ialah Black Aztec, Black Mexican ataupun Maiz Morado. 

Jagung hitam biasanya tidak dijual di pasaraya tapi dijual di pasar tani berdekatan dengan kawasan penanamannya. Jagung hitam kaya dengan zat besi, thiamin, riboflavin, niacin, magnesium, folate, fosforus dan vitamin A. 

5. Jagung Putih

Related image

Mempunyai paras gula dan air yang tinggi, jagung putih sesuai dimakan ketika masih muda sebab rasanya yang manis dan sesuai dijadikan minuman selain dari minyak, tepung, snek popcorn dan dedak binatang ternakan. Berbeza dengan jagung berwarna yang lain, jagung putih boleh hidup sepanjang tahun dan sebab ini lah jagung putih antara tanaman utama di Amerika sehingga mencecah 12 billion bakul setahun.

6. Jagung Kuning

Related image

Jagung kuning sebenarnya merupakan jagung mutasi dari jagung putih yang menggunakan karotenoid untuk tampak kekuningan dan kaya dengan Vitamin A.  Sama seperti jagung putih, jagung kuning juga mampu hidup sepanjang tahun dan senang membiak. Kebiasaannya jagung kuning tumbuh di kawasan Afrika dan Latin Amerika yang diangkat sebagai makanan ruji lantas mengatasi masalah buta di peringkat kanak-kanak di kawasan tersebut. Jagung kuning juga sumber makanan utama di Amerika dan hasil pengeluaran dianggarkan sebanyak 12 billion bakul setahun.

Sebenarnya ada lagi jagung yang berwarna selain kuning, ada juga campuran warna biru dan merah, campuran kuning dan merah and even warna pelangi tapi kebanyakannya mempunyai khasiat yang sama dan cara pembiakan yang sama.

Image result for rainbow corn

Fun fact, kaum asli di Amerika menggunakan jagung sebagai sumber makanan utama setiap hari dan warna jagung mempunyai kegunaan tersendiri. Jagung merah untuk majlis keramaian yang melibatkan anak dara, jagung putih untuk dibuat roti Najavo kneel semasa pesta menuai, jagung kuning dihidangkan untuk pasangan pengantin pada majlis perkahwinan dan yang paling istimewa sekali ialah jagung biru yang dianggap membawa berkat dan kebanyakan rumah memang akan jemur jagung biru sehingga kering dan disimpan di dalam rumah.

Related image
Najavo kneel bread
Di Malaysia pula jagung kuning kebanyakannya diimport dari negara luar dan sekarang UPM sedang berusaha untuk menghasilkan jagung hybrid supaya kita mengurangkan kebergantungan terhadap jagung import. Dalam masa setahun, negara kita menghasilkan 10 tan sehektar jagung dan jumlah import jagung dari negara luar mencecah RM4 billion setahun. Well, that’s a lot. Meanwhile dekat Indonesia dah pun berhenti bergantung kepada jagung import sebanyak 3 juta tan dan mula menanam sendri bermula tahun lepas. 

So you guys ada yang gilakan jagung tak? Pernah jumpa tak jagung yang berwarna selain warna kuning. Masa ternampak post tentang jagung pelangi di Twitter nampak juga Americans suka makan jagung biru sebab lebih sedap katanya dari jagung kuning. Macam nak try cari dekat online market, mana tahu ada :P

Air Roselle Aloevera

Saturday 14 April 2018

Minggu lepas badan tak berapa nak sihat sangat dengan cuaca panas yakmat campur lencun kena hujan lebat, mula la nak demam. Buka peti ais ada banyak lagi stok pati Roselle bawa dari rumah sebab kebun mak dah penuh dengan bunga Roselle sampai patah dahan tak mampu nak tampung berat. 

Lepas kemas mini garden tu perasan pokok aloevera dah membiak banyak dah sampai ada yang patah. Kesian tak pernah guna padahal adik bawa dari rumah dulu sebab nak letak dekat kepala tapi dulu dia kesian nak guna sebab anak lagi. Sekarang ni dah jadi mak anak 3 pun tak luak langsung aloevera tu. 

Nak elak demam punya pasal ambil aloevera yang dah besar tu terus bawak pergi dapur proses sendiri buat resipi hentam. 


Bahan-bahan : 

- Pati Roselle
- Aloevera 
- Gula 


Cara-cara

1. Basuh aloevera supaya tak melekat pasir ataupun tanah. 

2. Buang kulit atas aloevera dengan suri dekat bahagian tepi aloevera.

3. Tarik keluar isi aloevera dengan sudu. 

4. Basuh isi aloevera dari lendir supaya tak pahit bila minum nanti. Sambil basuh ramas isi aloevera supaya jadi saiz yang senang nak telan.

5. Bancuh air Roselle ikut sukatan yang korang nak. 

6. Masukkan isi aloevera dalam air Roselle tadi.

Siapppp! Sedap diminum bila sejuk. 

Antara khasiat Roselle :

-  Meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Menjadikan tulang dan gigi kuat.
- Menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan.
- Dapat melindungi jantung
- Mempunyai nutrien yang terbaik antaranya Vitamin A, B2, B3, C, Protein, Kalsium, Iron, Magnesium, Phosporus, Potassium, Sodium dan Lemak Asli. 

Khasiat Aloevera : 

- Mencantikkan dan menyihatkan kulit
- Membantu sistem pencernaan 
- Membantu menurunkan berat badan
- Memperbaiki sel darah
- Menguatkan daya ketahanan atau sistem imunisasi badan.

5 Bunga Termahal Di Dunia

Wednesday 21 March 2018


Tak pasti bila dalam minggu ni dengar dekat FlyFm, Juliet Rose berharga 15 juta dollar sekuntum! Sampai je office terus Google sebab nak tengok bunga yang mahal teruk ni but turns out ada yang lagi mahal dari Juliete Rose. Here are the list :

5. Saffron Crocus

Image result for saffron crocus
Credit to Google

Bunga Safran selalunya dijadikan herba dan antara herba yang popular di dunia kerana kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B-6, Vitamin B-12, Magnesium, Iron dan juga Kalsium. 100 gram herba safran memerlukan 16000 kuntum bunga dan kerana itulah herba safran agak mahal. Harga bunga safran dikatakan lebih mahal berbanding emas. Sekuntum bunga safran dijual berharga RM10 ke atas dan biasanya terdapat di negara beriklim panas seperti Iran, Morocco, Greece dan India kerana bunga safran memerlukan pencahayaan penuh untuk hidup. But fret not, you guys can also plant this flower at your home.

4. Orkid Emas Kinabalu/Rothschild’s Slipper

Related image
Credit to Google

Bunga orkid yang tersenarai dalam spesies terancam ni hanya terdapat di Gunung Kinabalu dan berbunga pada musim bunga antara bulan April hingga Mei setiap 15 tahun. Sekuntum bunga berharga  dikatakan mencecah RM23,535 kerana kecantikan dan keunikannya untuk berbunga yang melalui tempoh masa panjang hingga diberi jolokan bunga emas oleh penduduk setempat.

3. Orkid Shenzhen Nongke

Related image
Credit to Google

Bunga orkid ni terhasil daripada hasil penyelidikan Universiti Shenzhen Nongke di China selama 8 tahun dan harganya mencecah RM 78,450. Bunga orkid ini mengambil masa selama 4 hingga 5 tahun untuk berbunga dan memerlukan penjagaan rapi. Selain kecantikan dan keunikannya, harga bunga orkid Shenzhen Nongke menjadi mahal kerana melambangkan sosio-budaya negara China dan mengeluarkan aroma yang wangi.

2. Juliet Rose

Related image
Credit to Google

Sama seperti Orkid Kinabalu, bunga ros Juliet juga memerlukan masa selama 15 tahun untuk berbunga dan disebabkan proses yang lama ini membuatkan harga sekuntum bunga ros Juliet boleh mencecah RM 61,975,500. Bunga ros ni dicipta oleh David Austin dan dijual pada tahun 2006 semasa Flower Show. Bunga ros ni juga antara bunga yang popular di UK kerana kecantikan dan aroma yang lembut dan wangi.

1. Bunga Kadupul

Image result for kadupul flower
credit to Google

Bunga Kadupul atau nama jolokannya Ratu Malam hanya terdapat di kawasan yang gelap dan tersembunyi di Sri Lanka dan berkembang untuk selama beberapa jam sahaja pada waktu malam. Kenapa bunga Kadupul ni menjuarai carta? Kerana bunga ni agak susah untuk dijumpai dan hanya mampu hidup selama beberapa jam sahaja selepas dipetik. Aromanya yang menarik memberikan ketenangan dan hanya mengeluarkan bau pada waktu malam. Kecantikan, keunikan dan aroma bunga Kadapul menjadikan harga sekuntum bunga tidak ternilai.

Fun facts, abad ke-17 bunga Tulip dianggap bunga diraja oleh rakyat Netherlands kerana harga sekuntum bunga tulip dikatakan boleh ditukar dengan seekar tanah. Walaupun harga bunga tulip dah tak sama seperti dulu tapi memiliki bunga tulip tetap dianggap elit dan menjadi lambang budaya masyarakat Netherland.


Related image
Credit to Google