Lunch di Pak John Steamboat, E-Curve.

By farhanna jafri - 06:48


Image result for pak john steamboat

Sejak dah ramai sangat yang post pasal Pak John Steamboat ni memang wajib lah nak cuba jugak lepas beberapa episod terliur dan kempunan tengok orang lain bahagia makan. At first macam cross terus dari list sebab tengok ada dekat IOI Mall. Nak pergi Putrajaya jauh, public transport pun boleh rabak poket dibuatnya tapi bila Google, ada juga dekat Mutiara Damansara. Terus desup tangan mark calendar nak pergi sana.

Sebelum pergi actually dah baca review tapi majoritinya kata sedap cuma ada la dua tiga orang kata tak sedap dan service teruk. Dalam kehidupan ni kita ikut kata majority ye dak?

Dekat E-curve ni mudah je nak pergi sebab ada MRT, turun je dah sampai walaupun hujan lebat sebab stesen MRT memang bersambung terus ke E-Curve. Tambang pun RM2.60 je. Pak John dekat aras bawah sekali dekat je dengan escalator.

For lunch memang ramai sangat orang tapi tak perlu tunggu pun sebab restoran dia luas so tempat duduk tu banyak. Not sure ruangan VIP berapa diorang charge. Since pergi masa weekend, harga dia RM42.90 seorang regardless lunch or dinner, harga tetap sama. Pilihan sup ada 4 tapi malas nak makan yang pelik-pelik takut potong mood, so kitorang stay dengan sup tomyam je.


Kaunter makanan mentah dekat Pak John Steamboat ni disusun menegak untuk jimat ruang tapi untuk orang pendek macam Iolls ni, hah menjengket lah nak ambik. Tak banyak sangat pilihan dekat sini nak dibandingkan dengan Seoul Garden. Even hidangan yang siap dimasak pun tak memikat selera.



Antara punca utama datang ke Pak John ni sebab daging itik dan abalone sebab Seoul Garden tak ada menu ni. Untuk dapatkan daging itik, abalone, daging Australia ataupun kambing, customer kena beratur depan kaunter dapur minta daging yang you guys nak. Tapi tak banyak pun portion yang dia provide. Sepinggan kecil je itupun dihiris nipis.




Dah dapat yang diidamkan, tiba masa untuk grill dan rebus semua bahan. Space untuk grill agak limited so kena grill sikit je itupun cuak minyak percik masuk mata sebab bahagian grill dekat atas berbeza dengan Seoul Garden dekat bahagian bawah. Kalau percik pun kena tangan je. Dekat Pak John kena guna butter untuk grill berbeza dengan Seoul Garden guna minyak so dari awal sampai habis, makanan rasa sedap dan tak masin butter. Plus dekat sana boleh tukar grilling pan or tambah soup tanpa charge, tak sama macam Pak John kena charge RM10. Terus stop grill any meat sebab dah tak mampu nak hadam rasa masin dia. Sos pencicah dia tak sedap, celup lah dalam mana-mana sos pun akan bertemu kehampaan je. 



Rasa rugi sangat spent duit dekat sini sebab daging tak diperap lama so of course lah tak sedap. Seafood pun tak banyak even udang pun terhad. Ketam pun tinggal penyepit sebelah je dalam tray. Agak lama juga pekerja dia ambil masa untuk refill. Sayur pun lebih kepada cendawan dan tak ada salad langsung. Buah-buahan pun tak fresh. Since nasi goreng dia menghampakan, replacement untuk makanan berat cuma ada mi, ramen, udon. Mana bihunnnnnnnn? Bubur ayam dia tawar. T.T



Selalu yang buat post datang Pak John happy dapat makan itik sampai sold out tapi rasa dia masin. Abalone sedap nak makan banyak-banyak sampai kenyang. Tak pasti isi ikan apa diorang guna tapi ikan tu sedap makan panas-panas.

For dessert, I chose ice-cream waffle with peanut butter chocolate filling. Dia punya waffle memang perfect sebab rapuh dan tak kedekut inti. Dia sapu peanut butter chocolate bersepah dekat waffle tu. Bila makan panas-panas dengan aiskrim sejuk memang boleh menangis bahagia. Tak try pun dimsum dekat situ sebab malas nak pergi beratur minta dekat kaunter dapur. Aiskrim dia banyak perisa tapi disebabkan diorang sejenis yang lambat refill, so makan je lah mana ada.





Dalam review ada nampak yang komen tentang lantai restoran licin sangat sampai kerusi bergerak sana sini, ingatkan perkara tu remeh je rupanya tak. Lantai dia memang licin, agak bahaya lah sebab budak-budak berlari sana sini dengan lantai ada air dengan minyak.

Personally I prefer pergi Seoul Garden since makanan diperap sedap, banyak pilihan, perkakas lengkap tersedia, restoran yang selesa and since Seoul Garden tak ramai yang pergi maka terasa tenang dan aman sikit bila makan. Staff service pun selama ni pergi memang top notch.

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Kalau tak diperap memang agak spoil mood di situ, sama macam makan kfc jugak..kitorang siap pilih kfc mana yang rasa rempah meresap, kfc tu la jadi pilihan hati..

    ReplyDelete
  2. Serious nampak sedap semuanya tu

    ReplyDelete
  3. Saya pun prefer pergi Seoul Garden kalau nak makan steamboat sebab banyak pilihan dan ada student discount.

    ReplyDelete
  4. Semoga mereka mempertingkatkan kualiti menu yang ada dan aspek-aspek lainnya tu

    ReplyDelete
  5. Alamak.. bila baca part tak banyak pilihan dan lantai yang licin terus rasa macam.. tak apalah.. hehehe.. Harapnya mereka akan mengambil komen nie dan memperbaiki mana yang kurang..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)