Drama Review : Rahsia Hati Perempuan

By farhanna jafri - 20:17

Related image

Pengarah : Miachael Ang
Penulis Skrip : Ayuni Zamani, Adza Emie
Pelakon : Mira Filzah, Hisyam Hamid, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Ogy Ahmad Daud, Zulkifli Ismail, Datin Paduka Eina Azman, Lydiawati, Mak Wan, Amir Nafis, Elmy Moin
Genre : Cinta/Drama/Keluarga
Jumlah Episod : 24 Episod
Tarikh Tayangan : 14 Mei 2018 – 21 Jun 2018
Syarikat Produksi : Hyper Pictures Sdn Bhd
Penyiaran : Astro Ria (Slot MegaDrama)
OST : Rahsia Kita – Khai Bahar & Husna, Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Seharusnya - Aepul Roza
Trailer :


Ilaina (Mira Filzah), Zayn (Hisyam Hamid) dan Mikael (Fikry Ibrahim) bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara dan berjanji akan ingat persahabatan mereka sampai dia kembali ke Malaysia. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinannya yang hancur bila Ayra (Eina Azman) lari dengan kekasihnya (Elmy Moin) pada hari perkahwinan mereka.


Ilaina dan Arissa (Uqasha Senrose) yang juga berkhemah di kawasan yang sama telah menyelamatkan Mikael dan Zayn yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael dan mengetahui yang mereka adalah kawan baik dari kecil. Happy dengan reunion mereka, Ilaina mengajak Zayn dan Mika ke rumahnya untuk bertemu dengan Puan Suraya (Ogy ahmad Daud) dan Encik Ismail (Zulkifli Ismail).

Tapi Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael kerana mengingatkan dia dengan kisah silam dia di Malaysia dan Makda (Makwan), nenek kepada Mikael. Sejak dari hari tu, Puan Suraya menyuruh Azim (Amir Nafis) untuk dapatkan kembali Ilaina walaupun mereka telah berpisah 3 tahun lepas akibat kecurangan Azim sendiri.


Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun dilarang keras oleh Puan Suraya tapi usaha Ilaina berjaya bila ayahnya mengizinkan tambah pula sudah 15 tahun dia berada di negara orang. Dia ingin kembangkan business di negaranya sendiri dan menebus janjinya kepada arwah kawan baiknya, ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dan Mikael.

Walaupun pada awalnya Ilaina jatuh cinta dengan Mikael sejak kecil tapi dia dapat tahu yang membalas surat-surat dan mesejnya bukan Mikael tapi Zayn. Tanpa sedar, mereka berdua jatuh cinta tapi terhalang bila Encik Ismail tetap dengan janjinya, Mikael pula menghidap kanser perut lantas membuatkan mereka berdua berkorban untuk bahagiakan Mikael. Tapi bahagiakah perkahwinan mereka?


Masa tengah kecoh drama ni dulu tak rasa pun nak tengok tapi sebab ramai yang kata best saja lah try nak pulak arahan Michael Ang not bad jugak lah. Dulu tak suka Fattah Amin tapi jadi suka sebab drama dia. Walaupun cliché tapi arahan dia bagus. Cuma drama ni panjang sebab masing-masing jenis suka berahsia, haaa kena lah dengan tajuk ‘Rahsia Hati Perempuan’, lagu tema pun ‘Rahsia Kita’ & ‘Haram’ 

'Biar rasa ini tersimpan hanya untuk aku kamu saja tahu'
'Haruskan ku simpan semuanya, rahsia antara kita berdua'

Its my first time actually layan drama lakonan Mira Filzah and yeah I’m a fan now. Sebelum ni antara salah satu sebab nak tengok sebab Uqasha tapi suka pulak tengok lakonan Mira sebab santai je. Wardrobe dia pun cantik belaka tajaan Starvillion, same goes to Uqasha, Ogy & Ayra. Mekup hasil  kerja Sherry Alaudin pun tak over, just nice je dengan muka memasing nak pulak dia utamakan neutral theme. Suka bila tengok scene Uqasha dengan Mira sebab sweet sangat, nampak lah chemistry diorang berdua tu nak pulak diorang buat ‘Ari~~~Ili~~~’. Kalau tak faham, pergi lah tengok sendiri.


Best layan drama ni cuma penat lah bila masing-masing takut nak bagitahu perkara sebenar sedangkan drama ni lagi cantik kalau panjangkan scene macam mana Ilaina boleh tahu Zayn sebenarnya yang mesej dia selama ni dan bukan Mika atau panjangkan scene Mika dan Arissa. Seriously, Arissa antara karakter yang kesian selain Makda/Tokwan dalam drama ni. Banyak diorang terpaksa berkorban tapi kebahagiaan tu tak secantik karakter lain. I just skip scene Puan Suraya sebab annoying sangat lah but yeah I do applause Ogy’s acting. Dia berjaya hidupkan karakter Puan Suraya tu but sweet jugak scene Puan Suraya dengan Encik Ismail ni tapi tak banyak.

Selain jalan cerita dan lakonan, antara yang best nak tengok dalam drama RHP ni ialah scenery dekat Australia sebab cantik sangat shot diorang ambil tu nak pulak dekat kawasan tapak perkhemahan diorang. Apart from that, drama ni ada banyak lagu Hindustan tapi dekat episode-episod akhir je dia boleh lambak segala lagu hits SRK. Kan best kalau dari awal masukkan lagu Hindustan, sambil layan drama sambil layan angau ala Bollywood.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +1 = 8.9/10

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. Selalu tengok short scene tengok dekat ig je sebab rumah tak pasang astro. Nak layan secara haram tak tercari pulak hehe

    ReplyDelete
  2. x ikut sangat drama ni, tgk sikit2 je, sbb rasa mcm serabut je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa tu lah pasal, tambah plakon2 baru, mmg kureng power lakonannya

      Delete
  3. Nani tengok jugak daram ni, banyak nau lagu hindustan time episod akhir tu. Hahaha! Cuma ending dia tak pus hati sikit sebab tak tahu apa jadi dekat ari dengan anak dia tu.

    ReplyDelete
  4. tengok juga episode mula-mula tu bila orang cakap cite ni macam movie Mujse Dosti Karage tapi watak Ogy dalam ni serius annoying itu yg malas nak tengok.

    ReplyDelete
  5. Tak tengok sebab takde astro kat rumah :D

    ReplyDelete
  6. mcm menarik cerita ni :)

    ReplyDelete
  7. aida folo citer ni, farhana.
    just ending nyer mcm x brape ok pada aida.
    hanging!!!
    pelakon semua best.

    ReplyDelete
  8. Nanti nak cari citer ni kat youtube ler

    ReplyDelete
  9. tapi tergantung hahaha sedih betul. sha follow tiap hari kot cerita ni

    ReplyDelete
  10. Memang sakit hati tengok part puan suraya tu.. kikiki.. ending dia pun geram juga.. tersuka pula tengok lakonan uqasha..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)