10 Pelakon Lelaki Bollywood & Pembedahan Plastik

By farhanna jafri - 07:23

Kalau sebelum ni sembang pasal pelakon wanita di Bollywood yang pernah dan selalu buat pembedahan plastik untuk tampak lebih menarik dan menawan, kali ni pelakon lelaki yang kerap berjumpa doktor untuk sesi konsultasi awet muda dan sebagainya. Kebanyakannya suntikan Botox dan juga hair transplant.

Tak banyak sangat info dapat tentang pelakon lelaki sebab kebanyakannya buat secara rahsia dan di tempat eksklusif but here are some for you guys : 

1. Anil Kapoor


Siapa yang percaya Anil Kapoor awet muda sebab tak merokok, tak minum arak dan sentiasa senyum adalah manusia yang agak naïf dengan tips awet muda ni kerana Anil adalah golongan yang sering berjumpa doktor untuk suntikan Botox di bahagian pipi dan juga membuat rawatan rambut untuk nampak muda. Walaupun Anil menafikan perkara ni tapi Karan Johar menyindir kenyataan Anil dalam program Koffee With Karan.

2. SRK


King tak selamanya berada di atas bila ketagihan rokok yang extreme di usia yang mencecah 50-an ditambah pula dengan kedutan penuaan membuatkan SRK berjumpa dengan pakar suntikan Botox supaya nampak awet muda walaupun tanpa penggunaan VFX dalam movie. Paps are everywhere tssk

3. Salman Khan

Image result for salman  khan plastic surgery

Usia 50-an antara faktor utama pendorong ke klinik untuk suntikan Botox sama seperti frenemy dia, SRK. Selain Botox, Salman juga membuat pembedahan di bahagian mata untuk buang eyebag yang buruk dan hair transplant kerana mempunyai masalah botak and of course mencacatkan penampilan bujang terlajak laris di Btown ni.

4. Aamir Khan

Image result for aamir khan plastic surgery

Iras wajah yang comel dan mempunyai karakter periang tak memberi jaminan akan selamanya comel. Suntikan Botox antara penyelamat wajah Aamir Khan terutamanya di bahagian dahi kerana masalah berkerut yang ketara. Aamir sendiri mengaku dia inject Botox untuk watak pelajar kolej dalam 3 Idiots.

5. Saif Ali Khan


Mempunyai isteri secantik dan letops seperti Kareena Kapoor bukan penyebab wajah Saif berseri dan nampak awet muda sama letops seperti isterinya tapi kerana suntikan Botox. Saif juga membuat pembedahan di bahagian mata untuk buang eyebag yang gelebeh dan menegangkan kulit.

6. Shahid Kapoor

Related image



Pada awal karier, Shahid muncul dengan imej chocolate-boy tapi bertukar kepada imej maskulin dengan hidung yang agak mancung dan tirus. Yupp, he choose to do a rhinoplasty or nose job for his ‘defect’. Tapi dia buat keputusan yang agak bijak jugak sebab membantu dia jadi salah seorang kasanova dekat Btown sebelum berkahwin dengan Mira Rajput.

7. Karan Johar



Pengarah dan kadangkala pelakon terkenal, KJo mengakui melakukan pembedahan plastic di bahagian hidung dan suntikan Botox.
"It's me, my face. I am botoxed. I put collagen up there, I have adjusted my nose, I have done what everyone does in my industry, so that is one of the things."


8. Sanjay Dutt


Pernah menjadi kegilaan para gadis pada era 90-an dengan wajah tampan dan berbadan sasa antara faktor Sanju Baba melakukan beberapa pembedahan di bahagian wajah selain dari hair transplant akibat masalah keguguran rambut sehingga botak licin. Antara pembedahan yang dilakukan ialah pembedahan di bahagian mata untuk buang saggy eyebags dan suntikan Botox untuk nampak muda.

9. Govinda

Image result for govinda hair loss
Setelah menyepi sekian lama kerana masalah botak yang teruk, Govinda meminta nasihat dari Salman Khan untuk rawatan pemindahan rambut supaya dapat tawan kembali peminatnya di Btown. Bukan setakat rawatan rambut, tapi suntikan Botox dan juga beberapa ‘pembetulan’ yang perlu pada wajahnya. Govinda mengaku kepada media dia akan mengubah imej sebelum kembali aktif dalam industri. Look sells said Govinda

10. Akshay Kumar


Image result for akshay hair transplant

Antara kasanova terkenal di Btown dari tahun 90-an sehinggalah sekarang antara pelakon yang melakukan rawatan pemindahan rambut di Dubai kerana mengalami masalah keguguran rambut yang teruk gara-gara faktor penuaan. 

Tak ramai pelakon lelaki yang buat plastic surgery sebab pelakon lelaki tak ramai sangat yang ada masalah untuk naik dalam industri ditambah pula beza bayaran dengan pelakon wanita yang agak besar. Pelakon lelaki yang tak handsome pun boleh naik dan ada ramai skandal jadi kekurangan fizikal bukan menjadi penghalang sangat. 

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. pendek kata semua dah tak ori dah

    ReplyDelete
  2. alamak.. ingatkan semua tulen. hehehe cucuk-cucuk sudah..

    sis, nak tengok artis malaysia pulak. please please please

    ReplyDelete
  3. patutlah still nampak muda, tak terpikir pula pelakon lelaki pun suka cucuk botox..hihi

    ReplyDelete
  4. Ingatkan perempuan je yang buat, lelaki pun buat juga.. Ish.. Ish..

    ReplyDelete
  5. Nampak sangat mereka takut pada penuaan.. hihi ingatkan perempuan jea yg takut pada penuaan rupa2nya lelaki pun sama jugak.. yealah.. nak jaga saham mereka jugak kan..

    ReplyDelete
  6. rasanya rawatan rambut tu tak dikira sebagai plastic surgery mengubah apa-apa.. nama pun rawatan kan.. lagipun rawat rambut atau tanam rambut lagi okey drpd pakai rambut palsu tapi lepas tu nampak hodoh.. hahahahaa.. oppsss.. :p

    ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)