Movie Review | Barbie (2023)

Sunday 22 October 2023


Director: Greta Gerwig
Writers: Greta Gerwig, Noah Baumbach
Cast: Margot Robbie, Ryan Gosling, America Ferrera, Kate McKinnon, Issa Rae, Rhea Perlman, Will Ferrell
Production Companies: Heyday Films, LuckyChap Entertainment, NB/GG Pictures, Mattel Films
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy
Running Time: 114 minutes
Release Dates: 9 July 2023 (Shrine Auditorium), 21 July 2023 (United States and United Kingdom)
Trailer :


Stereotypical Barbie (Margot Robbie) mulakan hari dengan berdandan cantik, breakfast, pergi ke pantai untuk bersosial kemudian pergi ke mahkamah, acara formal atau ke White House. Malam akan berakhir dengan parti dan girl’s night bersama Barbie edisi lain yang juga menetap di Barbieland. 

Di situ Barbie adalah segalanya – presiden (Issa Rae), doktor (Hari Nef), hakim (Ana Cruz Kayne), peguam (Sharon Rooney), wartawan (Ritu Arya), pekerja buruh, suri rumah dan banyak lagi profesion lain yang dibanggakan. Sementara Beach Ken (Ryan Gosling) adalah peneman Barbie yang setia. Allan (Michael Cera) pula adalah kawan kepada Ken.  

‘Barbie has a great day every day. Ken only has a great day if Barbie looks at him.’

Satu hari kaki Barbie menjadi rata dan mempunyai selulit. Malam sebelumnya Barbie terdetik untuk berhenti jalani hidup dengan rutin yang sama. Sesuatu yang aneh untuk Stereotypical Barbie lantas dia bertemu dengan Weird Barbie (Kate McKinnon) supaya hidupnya kembali normal. 

Untuk perbetulkan masalah yang dihadapi, Barbie perlu pergi ke dunia nyata dan berjumpa dengan tuan punya dan yakinkan bahawa hidup akan baik-baik saja. Semua yang terjadi adalah fasa hidup. Barbie yakin dia dapat jalankan tugas tersebut dengan mudah sambil ditemani Ken tapi yang terjadi adalah sebaliknya. 

Baru hari pertama di dunia nyata, dia sudah dimasukkan ke dalam lokap. Dunia nyata juga jauh dari apa yang wujud di Barbieland kerana wanita bukanlah golongan yang mendominasi malah sebaliknya. Berjaya atau tak Barbie kembali menjalani kehidupan normalnya, kena tengok sendiri lah filem ni. 

Filem Barbie antara filem yang dinantikan untuk tahun 2023. Dari tahun 2021 lagi dah ramai yang kecoh bila Margot Robbie dan Ryan Gosling diambil sebagai pelakon utama. Bukan saja ramai yang excited untuk layan live action Barbie malah teruja dengan edisi-edisi yang bakal dimasukkan memandangkan Barbie adalah anak patung popular sejak tahun 90-an lagi. 

Promotion events untuk filem Barbie makin menambah keterujaan tersebut bila Margot muncul dengan kostum ikonik Barbie. Soundtrack album Barbie juga menampilkan lagu-lagu yang fun, groovy and energetic. My favourite of course Dance The Night Away – Dua Lipa, Barbie Dreams – Fifty Fifty, I’m Just Ken – Ryan Gosling dan What Was I Made For – Billie Eilish. 

Sinematografi Barbie dari Rodrigo Prieto menghidupkan aesthetic Barbie yang berlatarkan merah jambu. Bila tengok full movie, tak hairan lah kalau cat berwarna merah jambu habis dijual gara-gara filem Barbie. Semua babak dipaparkan dengan cemerlang lantas menghidupkan dunia fantasi yang mendukung lakonan barisan pelakon utama juga sampingan. Beberapa reference yang digunakan juga membantu alur penceritaan bergerak dengan baik dan menghiburkan.

Bukan sesuatu yang sukar untuk Margot melakonkan watak Barbie yang senantiasa kelihatan cantik dan elegan. She’s already have that privilege dikuatkan lagi dengan screen presence dan chemistry yang kuat bersama Ryan Gosling. Pretty sure Ryan Gosling did his best as Ken sebab bukan senang nak lakonkan Ken yang dungu dan sentiasa mencari perhatian Barbie. Kalau tengok behind the scene boleh nampak macam mana serious Ryan check lakonan dia sebagai Ken walhal kita yang tengok pun dah berdekah. 

First half Barbie menghiburkan dengan perjalanan Barbie dan Ken dari Barbieland ke Real World. Beberapa babak juga diadun dalam template komedi namun tona filem berubah menjadi depressing bila Barbie bertemu dengan Gloria (America Ferrera). Bukan saja Greta Gerwig pecahkan bubble Barbie malah cipta perang antara dua jantina. 

Dari awal lagi filem Barbie bersifat bias terhadap jantina lelaki. Olahan seolah-olah feminisme tapi hakikatnya berbaur diskriminasi. Walaupun Barbie yakinkan Ken boleh mempunyai hidup dia sendiri tapi perbualan tu tak cukup kuat sebaliknya seolah rejection untuk terima Ken dalam hidup dia. Kecewa dengan ending sebab perjalanan dari awal cerita dah seronok tapi berubah mood secara mendadak. 

Personally, animation movie Barbie yang tayang dekat TV masa cuti sekolah tu sampaikan mesej sosial dengan bagus berbanding Barbie movie.  

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

Drama Review | Destined With You (2023)


Director: Nam Ki-hoon
Writer: Noh Ji-sul
Cast: Jo Bo-ah, Rowoon, Ha Jun, Yura
Production Companies: SLL, C-JeS 
Distributor: JTBC, Netflix
Genre: Fantasy / Romantic / Comedy 
Running Episodes: 16 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 23 august 2023 – 12 October 2023 
Trailer :


Destined With You mengisahkan tentang Lee Hong-jo (Jo Bo-ah) yang bekerja di Majlis Perbandaran Onju dan sering dipinggirkan oleh rakan sekerja. Hidup kesunyian kerana sebatang kara, tidak mempunyai rakan di sekolah membuatkan dia bekerja keras supaya kehadirannya di pejabat tersebut disenangi. 

Disebabkan hal tersebut, dia rela hati menjadi person in charge untuk robohkan tokong lama di Gunung Onju. Kematian vlogger di situ membuatkan orang awam mendesak supaya tokong berhantu tersebut dihapuskan. Malangnya Jang Shin-yu (Rowoon) tak setuju dengan cadangan tersebut kerana tokong itu didirikan di atas tanah milik keluarganya.  


Rimas dengan Hong-jo yang selalu muncul di pejabatnya, Shin-yu minta wanita tersebut minta izin dengan neneknya yang dirawat di Nuri Nursing Home. Nenek Shin-yu, Eun-wol (Kim Hye-ok) merupakan dukun terkenal suatu ketika dahulu namun sekarang berehat akibat dementia. Tak ambil masa yang lama pun untuk Eun-wol beri keizinan kepada Hong-jo kerana apa yang dilindungi oleh tokong usang itu adalah milik Hong-jo. 

Di tapak tokong tersebut Shin-yu menjumpai sebuah kotak kayu lama berusia 300 tahun lamanya. Di dalamnya terdapat Buku Jampi yang ditulis oleh dukun bernama Aeng-cho. Selepas cinta ditolak oleh Kwon Jae-gyeong (Ha-joon), Hong-jo guna Jampi Cinta untuk tawan hati jejaka tersebut. Tapi lain pula yang jadi bila Shin-yu yang minum air jampi tersebut. Dalam masa yang sama, Hong-jo dilanda masalah bila Na Jung-beom (Ahn Sang-woo) juga minum air jampi tersebut dan mengganggu dia secara extreme hingga tahap mencederakan. 


Berminat nak layan drama terbaru di Netflix ni sebab Rowoon jadi male lead tapi rasa turn off pula bila tengok lakonan Jo Bo-ah sebagai heroin. Sebelum ni dalam drama Doberman (2021) tak lah kecewa sangat sebab screentime dia tak banyak. Chemistry Bo-ah dengan Rowoon pun tak menjadi tapi okay lah nak habiskan sebab kelakar tengok watak Shin-yu yang tergilakan Hong-jo gara-gara Jampi Cinta. 

Watak Hong-jo mendominasi drama Destined with You sebab dia adalah tuan punya kepada Buku Jampi. Tak pasti lah kenapa hidup Hong-jo sunyi sangat sedangkan ada ramai pelajar di sekolah menengah tu dan juga pekerja di Majlis Perbandaran Onju. Dari awal dah nampak watak tipikal damsel in distress yang perlu diselamatkan oleh si hero. 


Banyak juga percubaan Bo-ah untuk nampak comel dan kelakar tapi terasa menyampah sebab tak menjadi. Belum sembang tindakan dan pilihan bodoh yang dia buat sepanjang terjerat dalam cinta tiga segi. Tak pasti kenapa penulis masukkan banyak filler dengan wujudkan love angle antara Manager Ma (Lee Bong-ryun) dengan Gong Seo-gu (Hyeon Bong-sik) sedangkan ada latar masa 300 tahun lepas yang lebih menarik. Anehnya lakonan Bo-ah lebih menjadi dalam latar masa tersebut. Lebih berani dan bijak atur hidup. 

Dekat awal drama penulis masukkan elemen jampi dalam kisah cinta Shin-yu dan Hong-jo tapi semakin drama bergerak, elemen tu mula jadi persoalan sebab mengganggu rasa cinta antara lead couple. Kewujudan Na Jung-beom pun tak dikembangkan dengan baik sedangkan boleh wujudkan sub-plot thriller yang bagus. 


Dari awal lagi penulis dah tunjuk kelemahan Na-yeon (Yura) sebagai tunang Shin-yu untuk buatkan penonton sokong kisah cinta main lead tapi olahan tak menarik sampaikan alur cerita tampak dangkal untuk diterima. Pace drama bergerak laju tapi ada banyak fillers dan beberapa flashback yang berulang sampai tangan laju sangat tekan fast forward. Annoyed juga dengan watak dua orang rakan kerja Hong-jo. 

Boleh nampak penulis tak ada idea yang banyak untuk kisah cinta fantasi yang bertemakan kelahiran semula sedangkan ada banyak reference. Drama Destined With You arahan Nam Ki-hoon ada potential untuk jadi drama yang menarik dengan kehadiran elemen superstitious dan kelahiran semula tapi tersia kerana kekurangan dari pelbagai faktor terutamanya skrip yang lemah. Lagi seronok rasanya nak tengok jampi baik berlawan dengan jampi yang membahayakan nyawa orang lain. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.3/10

Director: Jung Ji-hyun
Writer: Kwon Do-eun
Cast: Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji-yeon, Choi Hyun-wook, Lee Joo-myung, Seo Jae-hee
Production Company: Hwa&Dam Pictures
Distributor: tvN, Netflix
Genre: Sports / Romantic / Drama 
Running Episodes : 16 episodes (80 minutes per episode)
Release Date: 12 February – 03 April 2022
Trailer:


Berlatarkan era 1998 di mana dunia mengalami krisis kewangan, Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) mencari kerja seusai keluar dari latihan ketenteraan untuk membantu keluarganya. Dari anak keluarga berada, syarikat ayahnya muflis dan terikat dengan hutang dalam sekelip mata. Akibatnya, mereka satu keluarga berpecah untuk teruskan hidup dan langsaikan semua hutang. 

Setiap pagi dia akan menghantar surat khabar ke setiap rumah namun satu hari dia berjumpa dengan Na Hee-do (Kim Tae-ri) selepas bertengkar dengan ibunya kerana sukan fencing. Kerana surat khabar yang dilempar oleh Yi-jin, patung hiasan di laman rumah Hee-do rosak. Tapi Yijin nafikan perkara tersebut kerana patung hiasan tersebut sudah lama. Bermula dari pertemuan tersebut, mereka berdua berkenalan dan semakin rapat kemudian jatuh cinta.











Na Hee-do mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi atlet fencing nombor 1 dunia. Sebelum mendapat medal emas, dia perlu bertanding dengan idolanya, Ko Yu-rim (Kim Ji-yeon a.k.a Bona). Na Hee-do berpindah ke Taeyang High School untuk berlatih di bawah Coach Yang Chan-mi (Kim Hye-eun). Sangkanya Yu-rim akan terima kehadirannya dengan baik tapi lain pula terjadi kerana idolanya menyampah walaupun cuma lihat muka apatah lagi untuk berlatih bersama. 

Studio Dragon sekali buktikan mutu kualiti penceritaan drama yang menggunakan dua latar masa ketika IMF pada tahun 1998 dan juga ketika pandemik Corona berlaku. Penceritaan Twenty Five Twenty One olahan Jung Ji-hyun diceritakan melalui diari milik Na Hee-do yang dibaca oleh anak perempuannya, Kim Min-chae (Choi Myung-bin).


Penggunaan latar masa 90-an dengan mudahnya menggamit kenangan dan diterjemahkan dengan baik melalui screenplay, colour grading, props dan juga fashion style dalam beberapa babak. Bukan saja pengarah masukkan elemen penting untuk menghidupkan suasana malah selitkan juga kes dan isu semasa yang berlaku di Korea seperti Moon Ji-woong (Choi Hyun-wook) gayakan baju wanted criminal pada tahun tersebut. Ji Seung-wan (Lee Joo-myoung) juga menggunakan akta yang baru saja digubal pada ketika itu. 

Tentu saja kekuatan naskhah romantik drama terletak pada lakonan barisan utama di mana Baek Yi-jin bersandar pada Na Hee-do ketika dilanda ujian besar. Mudah sangat Baek Yi-jin putus asa tambah pula dia dah berjanji untuk tak bahagia selagi hutang belum habis dibayar. A depressing tone to watch tapi dengan mudahnya pengarah masukkan momen yang awwdorable bila Yi-jin spend time dengan Hee-do main pili air. 


Chemistry Kim Tae-ri dan Nam Joo-hyuk tampak sepadan walaupun in real life Tae-ri tua 3 tahun dari Joo-hyuk. Mungkin sebab fizikal dan raut wajah matang Joo-hyuk buatkan dia nampak lebih berusia. Karakter Hee-do juga dengan mudahnya dilakonkan oleh Kim Tae-ri, periang dan kuat semangat. Selalu pandang positif walaupun ujian besar jadi bila Hee-do sedih ataupun menangis, mudah sangat menangis sekali dengan dia. 

Disebabkan latar masa dan tema juga genre yang berat diketengahkan dalam drama Twenty Five Twenty One, banyak juga lah dialog bermakna dalam kebanyakan babak. Tengok cara Hee-do pertahankan sukan fencing, boleh nampak lah kenapa dia boleh capai impian yang ibu dia sendiri rasa tak mampu. Sebab semangat dia juga Baek Yi-jin rasa bangga dan bersemangat untuk buat yang terbaik. Menjerit bila referee umumkan Hee-do menang sebab kita tahu usaha dia untuk capai ke tahap tu. 


 “When you try hard, it makes me want to try hard, too. When you accomplish something, it makes me want to accomplish something. You make other people do well, not just yourself.” – Baek Yijin

Dekat awal drama rasa sakit hati juga dengan Shin Jae-kyung sebab tak pernah support anak tapi semakin cerita berkembang, penulis pun ceritakan juga sisi si ibu Na Hee-do yang digambarkan sebagai hati kering. Dalam drama ni diceritakan juga pengorbanan news anchor, wartawan dan yang terlibat dengan media. Macam mana kesihatan mental boleh terjejas dengan berita-berita yang menyayat hati. 

 
“I don’t apologize for things being the way they are. There is always a victim to every news I cover. Then should I be going around apologizing? I’ve decided not to feel sorry for anyone, and I’m not making an exception.”

Dari episod 3 sampai ke episod 16 menangis tengok beberapa babak terutamanya bila Na Hee-do menang pingat emas tapi Yu-rim bantah kemenangan tersebut. Yi-jin pula sentiasa tersepit untuk sokong Hee-do ataupun Yu-rim yang dia dah kenal sejak kecil. Memandangkan drama Twenty Five Twenty One diceritakan melalui perspektif Na Hee-do jadi senang sangat lah untuk kita pertahankan watak Hee-do dan judge tindakan Yi-jin dan Yu-rim. 


Walaupun drama Twenty Five Twenty One cemerlang sebagai naskhah yang wajib ditonton tapi sub-plot kawan alam maya nampak tak logik. Nak pula bila kedua-duanya adalah perempuan yang selalu berborak tentang emosi dan perasaan. Merepek sangat bila kedua-duanya tak perasan. Untuk Hee-do mungkin tak lah tapi Injeolmi? 

Tak gemar juga bila pengarah masukkan Kim So-hyun untuk watak Na Hee-do yang berumur 30-an selepas mempunyai anak. Babak Hee-do pergi ke terowong lepas baca diari terakhir tu pun macam tak perlu. Instead pergi situ, baik pengarah tunjuk pertemuan semula antara Hee-do dan Yi-jin. Instead of bagi sad ending, patutnya penulis buat kisah Min-chae baca diari tentang kisah cinta ibu dah ayah supaya dia semangat balik untuk kejar impian sebagai ballerina. 


Faham lah bila Yijin tak mampu nak bahagiakan Hee-do sebab kerjaya dia yang depressing dan selalu outstation tapi suami Na Hee-do pun tak pernah sekali muncul dari awal drama sampai ke hujung. Kalau tengok lepas berkahwin, Na Hee-do tak pernah datang dengan suami dia walaupun dalam tempoh baru berkahwin. Masa episod upacara pengebumian ayah Ji Seung-wan, Hee-do datang seorang. Muka pun sembap walhal ayah Seung-wan bukan watak sampingan yang penting pun. Masa pengumuman untuk bersara pun tak ada kelibat suami Na Heedo ataupun khabar langsung. Antara nasib tak menyebelahi dia, terpaksa hidup kesunyian sejak kecil ataupun kahwin paksa. 

Bila muncul babak Na Hee-do dengan Kim Min-chae sembang pasal ayah dia, Na Hee-do bagi alasan pandemik. Boleh jadi dah lama bercerai sebab hadiah dari suami dia macam stuck dekat satu tempoh walhal Min-chae dah besar. Dekat Episod 5, Hee-do dewasa masih lagi pakai cincin kahwin tapi dekat latar masa pandemik tu, jari dia dah kosong. Jadi untuk apa penulis buat sad ending? 


Sepatutnya watak Yijin sebagai wartawan wujud untuk betulkan salah faham Na Hee-do terhadap Shin Jae-kyung. Dari awal drama pengarah tunjuk sisi lembut Jae-kyung setiap kali berbicara tentang Yijin. Dia tak pernah bantah hubungan anak dia dengan pemuda tersebut cuma risau Hee-do akan bagi reaksi yang sama bila work nature Yijin sama dengan dia. Bila Yijin tak dapat datang untuk makan malam pun dia tak melatah. 

Tak munasabah lah bila second couple dapat peluang happy ending tapi lead couple terkandas entah untuk alasan apa. Kalau happy ending, ramai yang boleh ulang tonton dekat Netflix sebab drama ni inspiring. Even percintaan berbeza umur yang dipaparkan tu pun tak berbentuk grooming tapi terjadi secara natural. 


Nevertheless, banyak benda I belajar dari percintaan Baek Yijin dan Na Heedo. Malah belajar dari beberapa watak yang dimasukkan untuk menghidupkan penceritaan drama Twenty Five Twenty One. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9.3/10

LIRIK LAGU ADA - AFGAN ft LYODRA

Friday 20 October 2023

Nampak Youtube recommendation lagu Ada, saja try dengar lepas tu jatuh cinta dengan lagu romantik hasil buah tangan Afgan. Lagu Ada berkisar tentang perpisahan dan diinspirasikan dari salah satu orang yang paling rapat dalam hidupnya yang memutuskan untuk berpisah dengan pasangannya setelah bertahun-tahun menjalani hubungan. Tapi ada sweet twist dalam lagu ni bila rangkap korus lebih bernada memujuk untuk kekal dalam perhubungan tersebut. 

Gabungan suara Afgan dengan Lyodra ada harmoni dan chemistry yang secocok. Selain lagu cinta, sweet juga kalau masukkan dalam wedding playlist. Rentak lagu pun soft ballad dengan MV aesthetic menghidupkan suasana romantis antara dua penyanyi. Ambience dalam MV membantu bagi gambaran yang kuat pada lagu Ada sebab lirik lagu ni bersifat repetitious dengan pelbagai lontaran tona suara. 


LIRIK LAGU ADA

Penyanyi: Afgan, Lyodra

Lirik: Afgan

Komposer:Afgan

Studio: Universal Music Indonesia


[Afghan]

Ku tahu

Kisah kita sedang diuji waktu

Seperti, tak pernah terbayang, kembali satu

Namun ku di sini

Pegang erat janji

Beri kesempatan untukku


[Lyodra]

Genggam tanganku jangan kau lepaskan

Kembali padaku seperti dulu

Aku dan kamu

Ditakdirkan satu

Kuyakin cintamu masih ada

Ada


[Pre-chorus: Lyodra]

Tak pernah

Terbersit niatku menyakitimu


[Pre-chorus: Afgan]

Namun ku di sini

Pegang erat janji

Beri kesempatan untukku


[Chorus Afgan, Lyodra]

Genggam tanganku jangan kau lepaskan

Kembali padaku seperti dulu

Aku dan kamu

Ditakdirkan satu

Kuyakin cintamu masih ada


Ku tahu kisah kita sedang

Diuji waktu

Seperti tak pernah terbayang

Kembali satu

Namun ku di sini, pegang erat janji

Beri kesempatan untukku


Genggam tanganku jangan kau lepaskan

Kembali padaku seperti dulu

Aku dan kamu

Ditakdirkan satu

Kuyakin cintamu masih ada


[Bridge: Afgan, Lyodra]

Ingatkah rasa pertama dulu

Saat kita jatuh cinta


Tak pernah 

Genggam tanganku jangan kau lepaskan

Kembali padaku seperti dulu

Aku dan kamu

Ditakdirkan satu

Kuyakin cintamu masih ada

Qasrina, Hael & Nadhir Tunjangi ‘My Famous Ex-Boyfriend’ di Astro

Thursday 19 October 2023

Diadaptasi daripada novel popular bertajuk Petrichor, Astro Ria tampil mempersembahkan karya terbaharu bertajuk ‘My Famous Ex-Boyfriend’, sebuah drama percintaan penuh suka duka yang bakal menghidupkan slot MegaDrama. Siri drama ini diterajui barisan pelakon dan penyanyi terkenal tempatan seperti Qasrina Karim, Hael Husaini dan Nadhir Nasar

‘My Famous Ex-Boyfriend’ merupakan drama yang menggambarkan kesan buruk buli siber yakni salah satu isu sosial popular yang kerap berlaku di kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda yang lebih dikenali sebagai ‘digital natives’.

Drama rantaian ini mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal. Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media. Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie yang berkongsi peristiwa silam yang sama. 

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Isu sosial semasa seperti buli siber ini lebih banyak berlaku pada zaman sekarang di mana rakyat malaysia lebih selesa meluahkan semuanya di sosial media berbanding secara bersemuka. Naratif drama ini mempertengahkan tekanan yang dihadapi mangsa siber buli terutamanya  di kalangan orang muda. Lantas drama rantaian ‘My Famous Ex-Boyfriend’ menerusi slot MegaDrama ini amat relevan untuk penonton-penonton bahkan masyarakat umum yang berkemungkinan terkesan dengan isu yang dipaparkan sebagai satu langkah untuk menyebarkan kesedaran tentang buli siber, dan ini turut dikuatkan dengan pemilihan barisan pelakonnya yang datang daripada latar belakang yang berbeza. 

Selain itu, plot utamanya yang menerokai first love ketika di usia remaja serta perasaan suka duka yang dirasai selepas itu merupakan satu genre yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Penceritaan sebegini amatlah popular di mana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi dengan gandingan baharu yakni Qasrina Karim dan Hael Husaini yang akan membuat para penonton tertunggu-tunggu episod baharu pada setiap minggu. Para peminat Hael Husaini juga pasti akan teruja untuk menyaksikan lakonannya buat pertama kali di kaca TV. Kami berharap para penonton terhibur dengan penceritaan setiap watak sekaligus mengambil ikhtibar daripada pengajaran-pengajaran yang terselit”, tambahnya lagi. 

‘My Famous Ex-Boyfriend’ merupakan drama pertama Hael Husaini selepas 17 tahun bergelar penyanyi dan penulis lagu dalam industri hiburan. Hael juga merupakan pelantun runut bunyi drama ini yang bertajuk Diam. Menerajui drama ini sebagai Ishaak/Haque Zuhal, Hael Husaini bakal bergandingan bersama pelakon cantik Qasrina Karim sebagai Sameera. Drama arahan Hadith Omar ini mempamerkan kemunculan perdana Qasrina sebagai heroin MegaDrama. 

Turut menjadi tunjang utama drama ini merupakan hero kesayangan ramai, Nadhir Nasar yang membawa watak chef bernama Jamie yang juga dipamerkan sebagai seorang ‘suami syaitan’ kerana meninggalkan isterinya yang lumpuh. Adakah para penonton akan membenci  Jamie atau sebaliknya seiring perjalanan roller coaster drama ini?

Pempengaruh media sosial serta Youtuber terkenal, Cupcake Aisyah juga membuat penampilan dalam drama ini sebagai sebagai Dahlia, seorang artis yang sedang meningkat naik. 

‘My famous Ex-Boyfriend’ bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Ia juga akan ditayangkan di sooka menerusi pelan langganan mudah alih pelan Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

TREASURE - 'BONA BONA'

Sunday 15 October 2023


Selesai Asia Tour HELLO, TREASURE buat comeback dengan full album, REBOOT di mana idol group kelolaan YG Entertainment yang sebelum ni menggunakan konsep fresh and young bertukar mature and sexy. 

BONA BONA merupakan slang kepada ayat Born To Born To merujuk kepada keseluruhan lirik yang diulang-ulang di rangkap korus

Born to born to born to love ya
Yeah yeah
Born to born to born to love ya
Oh
Born to born to born to love ya

Sama seperti comeback sebelumnya, title track adalah lagu yang bertenaga dengan intro yang mencuri perhatian dari Park Jihoon kemudiannya disokong oleh Jaehyuk, Asahi So Junghwan dan Junkyu. Gubahan lagu Bona Bona menggunakan rentak pop zaman millenium 00's, sesuai dengan identiti TREASURE yang terpengaruh dengan BIG BANG dan 2NE1. Boleh kata YG cuba untuk create kembali zaman kegemilangan tu memandangkan YG turut serta dalam pembikinan lagu Bona Bona. 

Penggunaan intense marching drum pada intro dan sebelum korus bertindak sebagai affirmation pada lirik yang bersifat straight forward. Elemen yang sama juga digunakan dalam lagu Kill This Love - Blackpink sebelum ni. 

Rap part dari HyunHaYo pula menjadi highlight dalam Bona Bona bila tempo diperlahankan supaya vokal dan style diperjelaskan lagi. Though I don't really favor Yoshi's and Haruto's part but the trio's energy and rap flow captivated me to replay once again and again. 

Masuk ke rangkap pre-chorus yang kedua, tempo tu dah berubah as if lagu berasingan dicantumkan dalam satu lagu yang sama. Kemudian finishing signature dari YG iaitu party anthem. Ambil masa juga untuk suka Bona Bona sebab I rasa lagu I Want Your Love lagi strong dan unik. 


LYRICS BONA BONA
Singer: TREASURE
Composer: Kang Uk-jin, Diggy, Dee.P, Jared Lee, Dan Whittemore, Where the Noise
Lyricist: Lee Chan-hyuk, Junkyu, Choi Hyun-suk, Yoshi, Haruto, Where the Noise, Jared Lee, Dan Whittenmore
Label: YG Entertainment

[Intro]
Naje taneun taeyang
Like the sun burnin’ in the daytime
saebyeoge byeol gata
Like a star at dawn
nae sesang sogen nega
You catch up in my mind
maeil tteooreunikka
Every single day

Baby don’t cry kkwak jaba yeogil tteona
Baby don’t cry, Hold me tight, Let’s leave together
neowa naega yeongweonhal goseuro
To a place where we’ll stick forever
Cuz I can’t stop domanggaja yeogin poktan
Cuz I can’t stop, Let’s get out of here, Through a grenade
uril pagwehaneun geotteulppuniya
It’s all blue things that destroying us

[Pre-chorus]
You are magic in my mind
jeonghaejin unmyeongeun eopttago hajiman
Although they said there’s no fate
suman beon saenggakhae bwado
Keep thinkin’ tens of thousands of times
nuneul tteugo taeeonasseul ttaebuteo nan
Since I was born

[Chorus]
Born to born to born to love ya
Yeah yeah
Born to born to born to love ya
Oh
Born to born to born to love ya

[Rap - Hyunsuk]
Yeah, yeah, yеah (7Chill, go)
hollin deushi
Hypnotized in
dwikkongmuni jjochagaji yeah, yeah
Goin’ after you
hollin deushi
Hypnotized in
deo ppajyeo Deep
Fallin’ deeply to deep side
Follow your lips

ne mame mun yeoreo Door
To ya heart, gonna open the door, door
pagodeureo neoye Core
Snuggle into your core
Forever ever all long
gal su itge
The way we can go
Abracadabra

[Rap - Yoshi]
Born to love ya neol weonhae jeonbu da
Born to love ya I want you all
geojeoreun geojeolhae nan
I refuse to your refusal
neo malgo amugeotto an dama
Ain’t gonna keep-in anything but u
ne pume nan gachyeo
Trapped in your arms
gamssajweo Xs and Os
Wrap me up Xs and Os

neol banbokdweneun mae saengmada
In err single life
Born to love ya chajasseo
Born to love ya, Gotcha
Again & again dolgo doraseo
Again & again all around
machimpyo pak
Period (point)
neon nae majimak
You’re my last thing
yeongweonhi nochi ana
Will never let you go
No doubt

[Rap - Haruto]
nuni beonjjeok tteuyeojyeosseo neoran boseok
Wide open eyes, You’re my treasure
neoreul gatgo shipeo humchyeosseunikka
Stole it cuz I want you
nareul deonjyeo neoreul geonjyeo
Throw me out bring you out
Come closer
uri sarange shijagil ppuniya
It’s just the beginning of our love

You are magic in my mind
jeonghaejin unmyeongeun eopttago hajiman
Although they said there’s no fate
suman beon saenggakhae bwado
Keep thinkin’ tens of thousands of times
nuneul tteugo taeeonasseul ttaebuteo nan

[Pre-chorus]
You are magic in my mind
jeonghaejin unmyeongeun eopttago hajiman
Although they said there’s no fate
suman beon saenggakhae bwado
Keep thinkin’ tens of thousands of times
nuneul tteugo taeeonasseul ttaebuteo nan
Since I was born

[Chorus]
Born to born to born to love ya
Yeah yeah
Born to born to born to love ya
Oh
Born to born to born to love ya

achim haega tteul ttaekkaji
‘Til the sunrise
Let’s speed it up let’s speed it up
darana jigu kkeutkkaji
Run away to the end of the earth
Let’s speed it up let’s speed it up
dulmane seomeuro gaja
Let’s go to an island just the two of us
dareun sarameun an dwae 
No one else
Baby you’re all that I need
No

neon nae salme Climax
You’re the Climax of my life
tteugeoweojyeo Burning in love
Burnin’ and Burning in love
hayake bultaeweo You’re my adrenaline
Burn it up, You’re my adrenaline
You’re the Climax of my life
tteugeoweojyeo Burning in love
Burnin’ and Burning in love
hayake bultaeweo You’re my adrenaline
Burn it up, You’re my adrenaline

Born to born to born to
Oh oh oh oh oh
Love ya love ya love ya
Oh oh oh oh oh oh oh oh

Born to born to born to
Oh oh oh oh oh
Love ya love ya love ya
Oh oh oh oh oh oh oh oh

Born to born to born to love ya


Congrats TREASURE for winning Artist of the Year at The Music Fact Award 2023!!

TREASURE - 'MOVE (T5)'


Reboot era ada banyak hadiah kepada fans dan juga non-listener. Bak kata Haruto, this is the New YG dalam bait lirik lagu VolKNo dalam album sebelumnya. Yang Hyunsuk tak main-main bila dia umumkan TREASURE dan Baemon akan jadi keutamaan. Jun 2023, YG entertainment umumkan kemunculan sub-unit baru, T5 dengan single track MOVE. 

Konsep album REBOOT adalah a step-up game untuk imej TREASURE. Kalau sebelum ni lebih selesa dalam imej fresh, young and fun berubah kepada manly and sexy. Mungkin YG Entertainment pun tahu YG stans tak selesa dengan imej muda yang dibawakan oleh TREASURE. I mean, most of Teumes are noonas!

MOVE menggunakan rentak pop 2000-an, groovy dan bertenaga. Diperkukuhkan lagi dengan dance choreography yang smooth yet sharp especially at the chorus part. Dalam lagu MOVE baru nampak vocal tone Jaehyuk, Doyoung dengan Junghwan sebab kebiasaannya tiga nama ni sentiasa dapat baris yang paling pendek sedangkan ada potential tinggi. 

Salah satu kekuatan TREASURE adalah pada instrument yang mengasyikkan dan sama juga seperti MOVE, elemen ni menjadi penyeri. Penggunaan falsetto pada bridge menonjolkan lagi kekuatan vokal T5 yang bukan saja visual malah berbakat juga. 

YGE reaaaaaly put efforts in REBOOT album sebab MV MOVE menggunakan props dan alur cerita yang ringkas tapi meninggalkan impak pada persembahan lagu. Betul-betul menggunapakai konsep less is more dan fokus pada subjek utama. Part T5 berjalan dalam suit hitam tu teringat iKON berjalan dalam MV I'm OK. Intense!!!


MOVE LYRICS 
Artist: TREASURE
Composer: Junkyu, Dee.P
Lyrics: Junkyu
Studio: YG Entertainment

[Intro: Yoon Jae Hyuk]
Are you ready?

[Verse 1: Junkyu, Jihoon]
You made me feel like everything’s alright, yeah
Geoji gateun sesang sok yuilhan butterfly
You’re like the only butterfly in a hopeless world (yeah)
When I walk in the, walk in the, walk in the street
Neoreul japgo sipeoseo nan andallatji yeah
Want you to stay it makes me excited, yeah
Ibul bakkeun wiheomhae
It’s dangerous outside the blanket
Jom deo itgil wonhae
Stay a little longer
Janeul deo biwo
Drink some more, oh, oh

[Pre-Chorus: Yoon Jae Hyuk, Jihoon]
Bul hanaro jisaeneun I bam
Stay up all night with a single flame
Ijeya sijagijana
It’s just beginning
Nal andallage haji ma
Don’t make me fret
Woah, what you waitin’ for?
Oh, baby tell me, what you waitin’ for?
Oh, baby tell me, what you waitin’ for?
We got no time

[Chorus: Junkyu, Doyoung]
Show me your move
Naui rideume ollata vroom
Hope on to my rhythm like, vroom
Urin budichyeo sounds like boom
We bump, and sounds like boom
Jeoldae kkaego sipji aneun kkum
Dream that I never wanna wake up
Let’s take it jeo nopi to the roof
Let’s take it higher to the roof
Count to 4 5 6 kkaji chum
Count to 4 5 6 dance til that
Jom deo gyeokaejyeo sounds like boom
Getting intense, and it sounds like boom
Jeoldae jiwojiji aneul kkum
It’s like an unforgettable dream
Let’s take it deo nopi to the moon
Let’s take it higher to the moon

[Verse 2: Junkyu, Yoon Jae Hyuk]
Whoo
So cutehan oemowaneun dalli
Unlike your cute face, your attitude is not
Geureochi mothan taedo neoneun bichina
So you’re stunning
Nae mame buri buteo feel me now?
Got me on fire, can you feel me now?
Neol gatgo simna bwa my sexy my sexy
Maybe I want you, my sexy, my sexy
Hanpyeonui myeongjak my classy my classic
You’re a masterpiece, my classy, my classic
Hanaduri doegopa nan fancy nan fancy
Wanna make one a two I’m fancy, I’m fancy (shh-)
Dulmanui bimireul mandeureogaja oh
Let’s make a secret between the two of us, oh
Yeongwonhan bimireun eopda hadeorado
Even though there’s no secrets forever

[Pre-Chorus: Doyoung, So Jung Hwan]
Bul hanaro jisaeneun I bam
Stay up all night with a single flame
Ijeya sijagijana
It’s just beginning
Nal andallage haji ma
Don’t make me fret
Woah, what you waitin’ for?
Oh, baby tell me, what you waitin’ for?
Oh, baby tell me, what you waitin’ for?
We got no time

[Chorus: Jihoon, So Jung Hwan]
Show me your move
Naui rideume ollata vroom
Hope on to my rhythm like, vroom
Urin budichyeo sounds like boom
We bump, and sounds like boom
Jeoldae kkaego sipji aneun kkum
Dream that I never wanna wake up
Let’s take it jeo nopi to the roof
Let’s take it higher to the roof
Count to 4 5 6 kkaji chum
Count to 4 5 6 dance til that
Jom deo gyeokaejyeo sounds like boom
Getting intense, and it sounds like boom
Jeoldae jiwojiji aneul kkum
It’s like an unforgettable dream
Let’s take it deo nopi to the moon
Let’s take it higher to the moon

[Bridge: Junkyu, Jihoon]
It’s alright
Ogame nuneul tteo baby
Feeling wide awake, baby
Feel me
Seoneul neomeowa
Crossing the line (crossing the line)
Hangyereul duji ma
Go beyond the limit (go beyond the limit)
Urin gyesokdwae yeah
We keep going, yeah (going, yeah)

[Interlude: Junkyu]
Show me your move

[Chorus: Doyoung, So Jung Hwan & Jihoon, Jihoon]
Show me your move (Show me your move, yeah)
Naui rideume ollata vroom
Hope on to my rhythm like, vroom
Urin budichyeo sounds like boom
We bump, and sounds like boom
Jeoldae kkaego sipji aneun kkum
Dream that I never wanna wake up 
Let’s take it jeo nopi to the roof
Let’s take it higher to the roof
Count to 4 5 6 kkaji chum
Count to 4 5 6 dance til that
Jom deo gyeokaejyeo sounds like boom
Getting intense, and it sounds like boom
Jeoldae jiwojiji aneul kkum
It’s like an unforgettable dream
Let’s take it deo nopi to the moon
Let’s take it higher to the moon



Congratulations For TREASURE (T5) won
GLOBAL BEST UNIT GROUP Nomination at K GLOBAL HEART DREAM AWARDS 2023


T5 Update:
I was able to receive it thanks to all of you
K Global Best Unit Group Award🏆
Even in inclement weather,
thank you to all of you🩵


Guys thank you for the best unit award 🏆 - So Junghwan

Choi Hyunsuk

 
Park Jihoon 

Kanemoto Yoshinori

Kim Junkyu

Hamada Asahi

Yoon Jaehyuk

Kim Doyoung

Watanabe Haruto

Park Jeongwoo

So Junghwan


WALLPAPER EDITION










Senarai Sub-Unit TREASURE

Idol group TREASURE adalah idol group mempunyai ahli paling ramai dalam sejarah YG Entertainment. Sebelum ni paling ramai pun adalah iKON, debut seramai 7 orang ahli pada tahun 2013. Dalam YG Treasure Box (2018), boleh nampak Yang Hyunsuk, founder YG Entertainment tak mampu nak buat keputusan tetap untuk bilangan ahli TREASURE. 

Awalnya 4 orang dari 29 orang peserta yang turut serta pertandingan tersebut. Kemudian berubah menjadi 5 selepas penilaian berkumpulan yang pertama. Bertukar fikiran menjadi 7 orang sejak ternampak potensi So Junghwan dan Yoon Jaehyuk. Selepas ditimbal balik keputusannya, TREASURE debut dengan 12 orang ahli. 

Memandangkan ramai ahli, possible untuk ada sub-unit dalam TREASURE, macam mana SM Entertainment selalu bereksperimen dengan NCT, macam tu lah juga TREASURE. Dalam rancangan TREASURE MAP atau TMI pun boleh nampak chemistry dan potential beberapa sub-unit. So let's see this list for your reference. 

1. HyunHaYo (Rapper Line)

Gabungan nama Choi Hyunsuk, Watanabe Haruto dan Kanemoto Yoshinori membentuk satu sub-unit yang kuat di dalam TREASURE. Barisan rap line sentiasa menghabiskan masa bersama untuk hasilkan rangkap rap di dalam semua lagu yang diterbitkan oleh TREASURE. Tak hairan lah kalau nama trio ni tersenarai dalam KOMCA dan mmepunyai net worth yang paling tinggi berbanding ahli yang lain. YG Entertainment juga perkenalkan HyunHaYo secara rasmi melalui lagu VolKNo dalam album TREASURE - The Second Step: Chapter Two. 

HyunHaYo bersinar cemerlang menerusi lagu G.O.A.T dari album REBOOT yang digunapakai sebagai BGM meraikan kemenangan pasukan bola sepak Korea menentang Jepun di Asian Games 2023. Bila semakin dikenali, HyunHaYo ada perancangan untuk tukar nama rapper line kepada something yang lebih cool. Looking forward to it. 

2. Vocal Line 

To be honest vocal line asalnya ada 3 orang ahli - Bang Yedam, Kim Junkyu dan Park Jeongwoo dan unit ini secara tak sengaja tertubuh sejak YG TREASURE Box untuk penilaian akhir. Bila TREASURE debut secara rasmi pada 2021, vocal line dikukuhkan lagi dengan Park Jihoon sebagai leader untuk TREASURE dalam vocal line. Lagu rasmi yang diterbitkan khas dari vocal line ialah The Way To dari album REBOOT. 

3. Dancer Line

Walaupun belum diperkenalkan secara rasmi tapi dancer line aktif dengan caranya tersendiri. Tahun 2021, dancer line memperkenalkan sub-unit mereka menerusi dance video yang dimuatnaik di akaun rasmi TREASURE. Kim Doyoung, So Junghwan dan Park Jihoon antara barisan utama untuk dancer line. But just like vocal, every member in TREASURE can dance with finesse and swag. 


4. Asahi x Haruto Unit

Mula diperkenalkan dalam album TREASURE - The Second Step: Chapter Two menerusi lagu Thank You. Kekuatan sub-unit ni bila keduanya adalah kelahiran Jepun dan mempunyai signature lagu J-pop dalam lagu yang dihasilkan. Gabungan yang kontra di mana Asahi mempunyai range suara yang lembut dan sengau sementara Haruto dengan tone yang dalam dan keras. 

Belum ada perancangan lagi untuk lagu baru tapi keduanya sentiasa bekerja bersama dan berkongsi studio di bangunan YG Entertainment. Mungkin akan ada buah tangan baru untuk lagu Jepun, who knows kan? 

5. T5

Unit terbaru yang ditubuhkan secara rasmi untuk album REBOOT menerusi lagu MOVE. Yang Hyunsuk perkenalkan T5 dan ceritakan bagaimana tertubuhnya unit baru dalam TREASURE menggunakan kaedah paling mudah. 

'Siapa yang rasa diri dia handsome dalam TREASURE, sila angkat tangan.'

Mungkin ada yang rasa cerita ni tipu tapi YG sendiri explain dalam video pengumuman rasmi T5 so yupp. Kim Junkyu, Yoon Jaehyuk, Park Jihoon, Kim Doyoung dan So Junghwan secara rasmi menjadi ahli sub-unit T5 dan mempromosikan lagu MOVE sebelum comeback date TREASURE untuk REBOOT. 

Selalunya kalau sembang siapa yang handsome dalam TREASURE, Haruto akan jawab dengan confident tapi kali ni dia bagi laluan kepada member yang lain sebab dia dah sibuk dengan HyunHaYo dan AsahixHaruto unit. Anyway proud of Junkyu whom finally confident to say he is the visual of TREASURE. 

6. Producer Line

Sejak debut lagi TREASURE dah mula gubah dan cipta lagu sendiri walaupun YG Entertainment perkenalkan secara berperingkat. Choi Hyunsuk, Haruto Watanabe, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi dan Kim Junkyu secara rasmi adalah producer unit dalam TREASURE. 

[2020] Step One: Chapter Three: Orange (Asahi)

[2021] Japanese debut: Beautiful (Yoshi)

[2021] Special Gift: Everyday (Yedam)

[2022] Step Two: Chapter One: Darari (Yedam), BFF (Hyunsuk)

[2022] Step Two: Chapter Two: VolKno (Hyunsuk, Haruto & Yoshi), Clap (Asahi), Thank you (AsahixHaruto), Hold it in (Hyunsuk)

[2023] REBOOT: MOVE (Junkyu), G.O.A.T (Hyunsuk, Haruto & Yoshi), Stupid (Yoshi), I Want Your Love (Junkyu), B.O.M.B (Junkyu), Lovesick (Asahi)

Selain dari mempunyai ahli yang ramai dalam satu kumpulan, cara pengurusan TREASURE juga berbeza dari idol group sebelumnya. Idol group di bawah YG Entertainment menggunakan method main producer - G-Dragon untuk BIG BANG, Seungyoon untuk WINNER dan B.I untuk iKON jadi kebanyakan lagu mempunyai satu tempo dan ritma atau signature yang sama dalam genre yang pelbagai. 

Berbeza dengan TREASURE yang mempunyai 5 produser dengan signature tersendiri dan mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa. Mungkin juga teknik terbaru YG Entertainment untuk mencari pelapis kepada barisan produser di bawah YG Entertainment. 

7. Actor Line

Satu lagi bakat yang diasah oleh YG Entertainment di mana TREASURE mempunyai kelas lakonan dan menghadiri ujibakat. As we all know, YG Entertainment mempunyai YG Stage untuk menjaga dan menguruskan para pelakon dalam dunia perfileman. 

Dalam TREASURE MAP, sesi ujibakat diadakan di mana Kim Junkyu, Kim Doyoung, Park Jihoon, Watanabe Haruto dan Park Jihoon terpilih sebagai pelakon utama untuk short film It's Okay, That's Friendship (2021). 

YG Entertainment kembangkan lagi cabang tersebut dengan terbitkan web series berjudul The Mysterious Class (2021) di akaun Youtube TREASURE. Terbaru, adalah short parody filem, My BF is Treasure (2023). Belum ada perancangan untuk benarkan mana-mana ahli ambil ujibakat dalam bidang lakonan but one thing for sure YG ada perancangan ke arah ni untuk TREASURE. 

8. MashiDam

Sub-unit yang healing dan hilang. 

Mashiho dan Yedam adalah ace dalam TREASURE but both decided to step out on November 2022. Buat masa sekarang Bang Yedam akan terbitkan solo album di bawah syarikat GF Entertainment sementara Mashiho dalam recovering mode and perhaps akan keluarkan solo album di Jepun. 

Setakat ni, ada 7 unit yang bergerak serentak dan rasmi dalam TREASURE. Semestinya akan ada banyak lagi sub-unit di masa akan datang memandangkan TREASURE berada di bawah seliaan Yang Hyunsuk bersama dengan BAEMON yang akan debut tak lama lagi. Personally, TREASURE really live up to their name, harta karun yang bersinar untuk YGE. Slowly but surely.