Starbucks | Chocolate Fudge Suisse Crossant

Saturday 23 September 2023

Bila Husna asyik cerita pasal croissant dia terpelanting masa dating, rasa craving croissant Starbucks pulak. Kebetulan masa tu ada menu baru dari Starbucks Bakery - Chocolate Fudge Suisse Crossant dan Raspberry Suisse Croissant. Takut nak try raspberry sebab kalau banyak macam tu possible untuk jadi masam makanya I pilih coklat. 


Tup tup Husna belanja sebab birthday khennn, makin seronok lah nak try. Menu baru ni lebih kurang sama dengan Pain Au Chocolate. Croissant ni ada banyak layer dengan filling chocolate fudge. Apa beza chocolate dengan chocolate fudge? Fudge lebih manis lah sebab dah diadun dengan butter, susu dan gula. Tekstur dia lebih lembut, creamy dan wangi. Lapisan atas Chocolate Fudge Suisse Crossant ada taburan kacang yang dibakar. Happy lah nak makan sebab I suka kombinasi coklat dan kacang. 



Drinks macam biasa lah, Iced Hazelnut Latte. Walaupun rupa croissant ni cantik tapi yang makan boleh jadi comot masa makan sebab croissant ni rapuh. Masa makan tu banyak kali juga lah lapisan croissant melekat dekat lelangit lepastu kacang berterabur sana sini. Nasib baik coklat tak melekat dekat tudung. Kalau tak, memang messy teruk. Untuk harga dia, a bit pricey lah dekat Starbucks tapi sebab sedap, I guess berbaloi lah RM11.90 tu. Pengajaran yang terpaling utama, jangan makan in public. Better makan dalam paper bag Starbucks je supaya flakes dan kacang tak jatuh merata. 


Anyway, thank you Husna sebab belanja Starbucks! 


Masa tunggu order siap, terkagum dengan merchandise Starbucks edisi Mid-Autumn 2023 ni. Cantikkkk!

Lunch di Jollibee CITTA Mall


Sebelum ni tahu kewujudan Jollibee masa first outlet dibuka di Malaysia sebab kecoh ramai sangat yang beratur panjang. Rupanya fast food terkenal di Filipina masuk ke Malaysia. Lepas tu nampak pula TREASURE try makan dekat Jollibee masa buat HELLO Tour di Filipina pertengahan tahun ni. Bila dapat tahu Jollibee buka franchise di CITTA Mall rasa membuak lah nak cuba makan dekat sini. 



Nak order dekat sini kena pakai order machine dekat bahagian kiri restoran. Senang je nak guna mesin ni tapi tu lah, buat apa bayar service fee kalau kita kena order, ambil makanan dan bersihkan makanan sendiri. Ni bukan tuju dekat Jollibee tapi untuk semua restoran yang guna sistem ni. 

Aufa kata burger dekat Jollibee ni sedap so I order set burger Spicy Chicken Sandwich, Tasya order set ayam goreng spicy. Yun pula order set spaghetti. Kitorang lupa untuk tekan print receipt lepas tu memasing macam ingat tak ingat no order. Nasib baik tak ramai masa tu. 

Lama jugak lah tunggu baru dapat order lepastu bila order dah siap, turns out tak semua siap. Set ayam Tasya kena tunggu lagi 20 minit sebab ayam habis. Kalau order dekat kaunter, staff akan bagitahu ayam baru nak masak, so kita boleh pilih sama ada cancel makan dekat situ ataupun pilih untuk tunggu. Bila order guna mesin, menu tu available ataupun tidak je kita boleh tahu. Dah tak memasal kena tunggu lama padahal kalau tahu awal, boleh pergi restoran lain. 


Nasib menu I sampai awal so boleh lah makan dengan lambat tanpa rasa bersalah. Tasya makan fries sementara menunggu. Ayam dalam set Yun pun kena tunggu juga tapi nasib baik lah spaghetti dia dah siap awal. 

Sembang pasal burger ayam Jollibee, I am quite disappointed lah sebab coating ayam dia tebal dan keras. Bila deep fried of course lah kat luar dah tak cantik warnanya, bau pun kureng. Ambil masa yang lama nak habiskan sebab Jollibee tak ada aroma yang kuat macam KFC. Kalau yang tu, bau wangi rempah dia dari lapar jadi kebulur. 


Spaghetti Jollibee not bad tapi gravy dia a bit manis. Kalau makan kosong macam ni, cepat sangat muak. Mungkin sebab tu lah dia letak ayam goreng sekali dalam set tu. Sembang pasal ayam, punya lah lama kitorang tunggu tup tup bila sampai dapat bahagian peha cekeding macam ni je. 3 ketul ayam semua dia bagi bahagian drumstick. Kalau bagi satu drumstick, satu rib ataupun thigh boleh terima lah. Berbaloi lah dengan harga. 


Punya lah upset dengan kualiti makanan dekat sini sampai tak perasan yang fries dia bagi satu je padahal set I ada fries jugak. Fries dia tak kena dengan selera sebab oily. Even mash potato pun manis dan lembik. I know tekstur mash potato lembik sebab dilenyek tapi this one dah tunggu masa nak bercampur dengah gravy. Dia tak rasa berlemak atau wangi butter tau.


Coleslaw pun sama, potong terlampau besar lepastu letak mayo sikit je. Dia lebih kurang macam Marrybrown lah. Dah macam makan salad instead of coleslaw. 

Tak tahu di mana hype dan sedapnya Jollibee ni, mungkin sebab bukan taste I so tak boleh nak buat I happy makan dekat sini. Memang tak repeat lah cerita dia. Kalau TREASURE jadi duta pun I beli set untuk dapatkan photocard dan belanja pismet makan hshshs

p/s: Dah habis makan, masa update entry ni baru perasan yang kitorang boleh redeem aiskrim vanilla. Allahuuuuu tak seronoknya experience dekat sini :'(

Cuci Mata di Sephora KLCC

Friday 22 September 2023

 

Lepas lepak makan dekat Kenny Hills Bistro, kitorang pergi cari hadiah dekat Tingkat 3. Lepas dah selesai turun ke tingkat bawah pula untuk cuci mata di Sephora KLCC yang baru saja dibuka semula. Makin cantik lah outlet baru ni dengan pelbagai jenama skincare, minyak wangi dan juga barangan kecantikan. 


Sebab baru buka kan, ada banyak lah jambangan bunga dari beberapa brands terkenal. Ada promo dan goodies juga dari La Mer! 


Tak pernah lagi beli barang dekat Sephora sebab selalu rasa macam mahal tapi bila main calit calit dekat sini rasa macam affordable je. Of course, harga dia lebih mahal dari drugstore makeup product tapiiiii kalau calit dua tiga titik dah boleh cover banyak then harga dia sesuai lah dengan kuantiti produk. Tapi nangis jugak tengok serum harga RM500 :')


Ada banyak beauty brands dekat dalam Sephora KLCC ni macam Fenti Beauty, Rare Beauty, Huda Beauty, Bobbi Brown, Burberry, Tom Ford, NARS, Gucci, DIOR dan lain-lain lah. Sheera nak cari stick concealer jadi sementara nak tunggu staff Sephora jumpa apa yang dihajati tu, pusing-pusing lah cari apa yang boleh masuk dalam wishlist. 

Masa main calit-calit tak lah ralit sangat sebab staff Sephora banyak kali minta supaya bagi laluan dekat diorang untuk ambil barang. Laluan sempit satu hal, storage bawah shelf pun tak boleh buka besar sebab sempit. 







Yang wajib try haruslah Fenti Beauty dengan Rare Beauty sebab tengah hype kan. Asal bukak je IGstory mesti ada produk diorang lalu. Lepastu kita pun rasa nak beli jugak. Tapi rasa macam malas lagi sebab stok makeup tengah banyak lagi. Nexxxxttt timeeee! 


Section yang paling lama I habiskan masa main tester ialah fragraance section sebab ada Jo Malone dekat Sephora KLCC! Saja nak main tester padahal dah tahu bau minyak wangi yang Hyunsuk dengan Jihoon TREASURE pakai bau macam mana hshshs




Minyak wangi lain pun I try jugak tapi ada banyak jugak lah tester yang dah habis tapi staff tak refill balik. Malas gamaknya sebab ramai yang suka main tester. 




Dekat ruangan skincare ni tak tahu nak belek apa sebab tak ada tester sangat pun jadi kita pandang sebelah mata je lah. Lagipun skincare product banyak lagi yang tak sempat pakai jadi tak payah pandang untuk tambah stok yang sedia ada menimbun. 


Lepas dah settle bayar, kitorang mintak tolong staff Sephora untuk ambilkan gambar sebab props dia cantik. Thank youuuu sebab rajin melayan hikksss


Sepanjang Kenny Hills viral tak pernah pun menapak ke mana-mana cawangan walaupun selalu nampak. Kenny Hills Bistro ni berbeza dengan Kenny Hills biasa dan pilihan menu pun tak banyak. This one is located at Four Seasons Hotel yang berhadapan dengan KLCC Mall. Dalam KLCC Mall ada Kenny Hills Coffee, dekat luar ada bistro. Dari kawasan air pancut dekat Esplanade tu, jalan kaki ke depan sikit, across the street dah boleh nampak dah bistro ni. 

Kenny Hills Bistro ni ada dua kawasan tempat duduk, satu di bahagian dalam bistro dan satu lagi di kawasan luar. Kitorang confident je cakap okay boleh duduk dekat luar sekali hazab kena hadap bahang sinaran matahari. 



Tapi okay lah sebab meja hadapan ada family yang cantik, di sebelah kiri pulak ada jejaka handsome. I mean, the next table lah, bukan sebelah kiri I hshshs

Driver of the Day - Sheera

Nak pilih pastry kena masuk dalam bistro, pilih sendiri pastry apa yang berkenan di hati. Rambang mata tengok pastry dekat sini sebab semua cantik. Bahaya makan dekat Kenny Hills ni sebab nafsu mata lagi laju dari kewarasan berfikir. 


I mean..... look at thissss!!!


Peach and Apple Strudels!





Aneka pai

Tujuan asal pergi ke Kenny Hills adalah untuk makan Peach Strudel jadi menu wajib ada atas meja lepastu terpesona dengan kecantikan pavlova padahal tak minat pun makan pavlova. Lepas tu entah kenapa pilih Mushroom Tart???


Awalnya kitorang nak pergi Kenny Hills untuk breakfast tapi sebab memasing lambat bangun, maka sampai lah kitorang pada waktu lunch so automatic jadi lah brunch. Pilih pastry lebih pun supaya tak lapar sangat masa tunggu lunch siap. 

Lama kitorang nak pilih nak makan apa sebab menu tak banyak sangat dekat sini. Sheera kata kalau Kenny Hills biasa ada pizza, not bad gak untuk makan sharing macam kitorang. For drinks, I ambil Iced Peach Tea, Shaz ordered Iced Chocolate meanwhile Sheera ambil Iced Matcha Latte. 



Untuk main course ambil Bruschetta dengan Smoked Chicken Carbonara. Patutnya smoked Duck Carbonara tapi minta tukar dengan ayam sebab Sheera tak makan selain ayam dengan daging. Carbonara dia creamy lah even tengok dekat gambar pun dah boleh nampak betapa thick gravy dia. Bau wangi grated cheese tapi kalau pedas mesti lagi sedap lah rasa dia. Tekak Melayu khennn


Bruschetta ni cantik sebab disusun atas potongan kayu. Masa sampai pun dah macam wahhhh sebab grated cheese tu nampak macam snowy. Bruschetta ni roti French dibakar dengan bawang putih, minyak zaitun dan garam. Topping pula ada beef bacon dengan tomato puree dan grated cheese. I super looooooove the visual tapi tak berapa gemar dengan rasa dia sebab tak suka sangat dengan tomato haha. Siapa yang suka makan sos tomato, menu ni memang diwujudkan untuk dia. 

Overall the food was great, service tip top, tempat bersih, menu pun laju diorang serve tapi ni tengok tempat lah sebab bistro ni tak ramai orang since kawasan dia shmolll je. Tak hairan lah kenapa ramai yang suka makan Peach Strudel Kenny Hills sebab sedapppp. Before this I makan buah pic tak lah sedap sangat dekat tekak but this one was exceptional because it was so good? Minum air sedap, makan buah pic pun sedap. Pastri dia pun sedap sebab rangup, bila makan berbunyi krup krap tu sampai rasa nikmat bila makan. Truly an experience lah. Lepas ni nak pergi Kenny Hills Bakers pulak, nak makan pizza dengan pasta. 

SPX Meraikan Pemerkasaan Wanita

SPX Meraikan Pemerkasaan Wanita | Kurier e-Dagang mengambil 40 kali ganda pekerja wanita sejak dua tahun lalu

SPX, pembekal perkhidmatan penghantaran kumpulan SEA dengan 118 hab di seluruh negara meraikan dua tahun memperkasakan wanita dan merapatkan jurang jantina dalam industri kurier yang secara tradisionalnya dikuasai lelaki. 

Sejak 2021, SPX telah mengatasi pesaingnya dengan memperkenalkan inisiatif terangkum di tempat kerja dan meningkatkan pekerja wanita sebanyak 40 kali ganda dalam pelbagai peranan pengurusan seperti penyelia, ketua hab dan ketua syif. Ini termasuk di bahagian operasi seperti pengisihan, penghantar dan penunggang. Kini, sebanyak 13% penghantar dan 40% pengisih adalah wanita. SPX juga satu-satunya rakan kongsi kurier e-dagang di Malaysia yang diterajui pengarah wanita, Cheah Lee Sun.

“Saya mengalu-alukan wanita penghantar di seluruh negara kerana tidak memandang industri ini dipelopori lelaki. Tiada pekerjaan yang terlalu berat bagi wanita di sini, sama ada tugas itu memerlukan mengangkat barang berat atau memandu kenderaan komersial. Semua orang dialu-alukan, dalam semangat keterangkuman dan memberi sokongan kepada peningkatan kemahiran bakat tempatan di komuniti yang kami beroperasi,” kata Lee Sun, Ketua SPX.

Polisi Terbuka di Seluruh Syarikat untuk Tempat Kerja Lebih Selamat

Lee Sun berkata, mendapatkan kapasiti logistik tambahan pada kemuncak kempen e-dagang boleh menjadi sangat kompetitif. Dia turut melawat hab-hab SPX, kemudahan pengisihan dan gudang. Malah, Lee Sun turut mengikuti penghantar lelaki dan wanita bagi memastikan setiap pekerja diberi layanan sama rata, seterusnya memberi maklum balas untuk mempertingkatkan prestasi. SPX telah melaksanakan inisiatif Polisi Terbuka bagi pekerja melaporkan isu berkaitan integriti atau gangguan tanpa perlu mendedahkan nama pengadu. 

Siti Sakinah Yusof, 33, mula bertugas sebagai penyelia kontrak di hab Kuala Terengganu Selatan. Berpegang teguh kepada integriti dan beretika melayakkan dia diserap sebagai pekerja tetap dengan SPX. Sebagai ibu kepada tiga anak, Siti Sakinah menjadi contoh mewujudkan persekitaran pekerjaan yang positif dan boleh dipercayai. “Wanita harus tahu bagaimana untuk melindungi diri dan jangan teragak-agak untuk menegur individu dengan tingkah laku yang tidak beretika," katanya.

Fleksibiliti Kerja Memacu Prestasi Lebih Baik

Sebagai pelatih Program Pemangku Pengurus Kawasan, Nadiah Mohd Shukor, 34, menjaga kebajikan pekerja wanita yang mempunyai anak-anak di hab seliaan di Hulu Langat, Balakong, Serdang, dan Titiwangsa. “Saya memastikan mereka mengambil cuti apabila anak sakit, rehat tengahari dan makan secukupnya ketika kerja, walaupun pada waktu kemuncak," katanya. Sebagai ibu kepada tujuh anak, Nadiah memahami keperluan segelintir pekerja wanita dengan dua pekerjaan yang perlu bekerja mengikut syif. 

Lee Sun menyokong usaha tersebut yang memperkasakan wanita dengan memberi kelonggaran untuk menguruskan jadual penghantaran sambil membina kerjaya sendiri. Ketika bekerja sebagai penghantar SPX, golongan ibu boleh menghantar anak-anak ke sekolah sambil menguruskan penghantaran bungkusan sebelum syif tamat.

Menghantar Dengan Lebih Empati

Hasil daripada dasar pengambilan pekerja yang inklusif, terdapat budaya pematuhan dasar, disiplin dan pembinaan komuniti yang menggalakkan di SPX. “Lebih berhati-hati dalam mengendalikan bungkusan dan mengingati pelanggan setia kami merupakan sikap yang diterapkan oleh wanita yang bertugas di semua kawasan kami. Berdasarkan pemerhatian ketika mengikuti mereka bertugas, saya dapati mereka lebih bersabar, sopan dan mengambil berat terhadap orang di sekeliling,”' kata Lee Sun.

Ruzita Puzi, 45, mempunyai 20 tahun pengalaman kerja dalam industri kurier dan dia berazam untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk wanita di Kedah di hab Alor Setar. “Saya mahu wanita dari semua lapisan masyarakat untuk percaya kepada diri sendiri kerana mereka juga boleh berjaya, sama ada dalam perniagaan atau memegang peranan kepimpinan dalam syarikat. Sebelum ini, hab tersebut tiada pekerja wanita. Kemudian, kami mengupah dua wanita untuk bekerja sebagai pengisih dan berharap dapat mengambil lebih ramai wanita untuk menutup jurang jantina,” katanya.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Malaysia, penghantar SPX di seluruh negara berganding bahu untuk menghantar sebanyak 15,000 buku percuma berjudul Unveiling Malaysian Gems kepada pelanggan tetap sambil mengibarkan bendera negara dan mengambil gambar. Buku ini mengetengahkan perniagaan milik wanita di setiap negeri dengan segelintir mereka menyokong wanita  dalam komuniti dengan mengupah dan memasukkan ke dalam perniagaan yang diusahakan.

*****************************

About SPX

Launched in 2020, SPX offers reliable and cost-effective delivery services across Southeast Asia, supporting SMEs, brands, and sellers. In Malaysia, it operates a nationwide network of delivery centers across 118 hubs. SPX continues to innovate its services, introduce new technologies, and develop local talent to serve customers better in the country. https://spx.com.my/