BE #GUMPROUD DENGAN SYSTEMA, JENAMA TERKEMUKA DARI JEPUN!

Tuesday 16 May 2023

BE #GUMPROUD DENGAN SYSTEMA, JENAMA TERKEMUKA DARI JEPUN! | Systema melancarkan kempen Be #GumProud sempena Hari Kesihatan Gusi untuk memacu kesedaran berkenaan kesihatan dan penjagaan gusi yang lebih baik di kalangan rakyat Malaysia dengan kerjasama dari Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP).

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan kesihatan gusi, Systema, salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun, melancarkan kempen Be #GumProud hari ini, bersempena dengan Hari Kesihatan Gusi bertujuan untuk mempromosikan kesedaran kesihatan gusi di peringkat antarabangsa. Bekerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kempen ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia memahami tentang kepentingan kesihatan gusi dan keperluan penjagaan gusi. 

Bercakap di sesi pelancaran kempen tersebut, Dr Noormi binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa tahap penyakit gusi di Malaysia amat membimbangkan. “Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Sekolah di Malaysia (NOHSS, 2015), 99.6% kanak-kanak berumur 12 tahun mengalami masalah gusi berdarah, yang merupakan tanda awal penyakit gusi. Dianggarkan pada tahun 2019 bahawa 9.2% orang dewasa berumur 15 tahun ke atas mengalami penyakit periodontik yang teruk menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2022).” katanya.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas orang dewasa Malaysia oleh Lion Corporation Japan, pemilik jenama Systema, mendapati bahawa 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda atau simptom penyakit gusi yang ketara, tetapi hanya 1% yang sedar bahawa mereka menghidapinya. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan kesihatan gusi mereka. 

"Penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik, ditambah dengan faktor lain seperti penggunaan tembakau adalah antara faktor tingkah laku utama yang boleh merisikokan kesihatan mulut seseorang. Terdapat keperluan untuk mengajar dan membimbing warga Malaysia untuk melakukan penjagaan kesihatan mulut sendiri sebelum atau selepas memberus gigi, termasuklah memeriksa keadaan seperti gusi berdarah, sisa makanan atau bengkak yang membantu pengesanan awal keadaan mulut. Walaupun kementerian telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencegah dan mengawal penyakit gusi melalui pendidikan dan kempen kesedaran awam serta menyediakan perkhidmatan penjagaan pergigian yang berpatutan dan senang diperolehi, kita masih perlu terus mendekati rakyat Malaysia supaya mereka sentiasa mengambil berat tentang kesihatan gusi dan gigi mereka," kata Dr. Noormi. 

Berkongsi pandangan yang sama, Encik Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion, turut menyatakan kebimbangannya akan tahap kesedaran warga Malaysia yang rendah tentang keadaan gusi mereka. “Walaupun gigi putih dan nafas segar sering dikaitkan dengan kesihatan mulut, sebahagian besar rakyat Malaysia mungkin tidak sedar bahawa mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan juga bergantung kepada gusi yang sihat yang berwarna merah jambu. Systema sebagai salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka dari Lion Corporation Japan, dengan lebih daripada 130 tahun kepakaran dalam penjagaan periodontium, melihat peranannya untuk membantu mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan dan penjagaan gusi mereka secara menyeluruh. Gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Kempen Be #GumProud menggalakkan warga Malaysia untuk melindungi serta mengekalkan kekuatan dan kesihatan gusi mereka agar mereka dapat memperagakan gusi mereka dengan bangganya. Kami juga berbesar hati kerana telah mendapat sokongan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen nasional ini," katanya.

Kempen Be #GumProud bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam menilai kesihatan gusi mereka dan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang pengaruhnya terhadap kesihatan serta ketahanan pergigian. Dari Mei sehingga penghujung bulan Jun 2023, orang ramai boleh melayari laman sesawang Systema untuk melakukan penilaian kesihatan gusi sendiri secara dalam talian. Systema juga akan mengadakan beberapa roadshow untuk mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan mulut yang baik dan peranan kesihatan gusi dalam mengekalkan gigi serta kesihatan keseluruhan mereka untuk kualiti hidup yang lebih baik. Pengguna digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini untuk menilai kesihatan gusi mereka dan mengambil langkah yang diperlukan untuk merawatnya serta menebus kit permulaan percuma daripada Systema! 

Di samping menilai kesihatan gusi seseorang, Encik Mabuchi turut menekankan aspek kepentingan menggunakan produk penjagaan mulut yang bersesuaian untuk meningkatkan kesihatan gusi. "Di Southern Lion, kami komited untuk membantu individu untuk mendapatkan kesihatan gusi dan mulut yang baik melalui penggunaan ubat gigi dan berus gigi yang betul. Menggunakan kekuatan dan teknologi Systema dalam pencegahan penyakit periodontium dari Jepun, kami telah membangunkan pelbagai variasi berus gigi dan ubat gigi yang direka untuk melindungi gusi dan membantu mencegah masalah gusi di samping mengekalkan gigi yang sihat', jelasnya lagi.

Menghuraikan inovasi produk Systema, Encik Kenichi Shirota, Pengurus Kanan Bersekutu dari Lion Corporation Jepun (Bahagian Antarabangsa) berkata: "Formulasi ubat gigi Systema Advance menggabungkan tiga bahan utama yang memecahkan biofilem plak dan membasmi bakteria penyebab masalah gusi yang tersembunyi di dalam poket gusi. Ia juga terbukti secara klinikal 4 kali lebih berkesan dalam mencegah masalah gusi! Rangkaian berus gigi Systema yang menggunakan bulu berus tirus 0.02mm untuk membuang plak secara fizikal dari celah gigi dan sepanjang garis gusi serta dalam poket gusi sambil kekal lembut pada gusi. Ini dapat membantu memberikan 40% pembersihan yang lebih baik antara gigi dan garis gusi namun 3 kali lebih lembut pada gusi berbanding berus gigi biasa”, katanya. 

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen itu ialah Dr. Mohd Faizal Hafez Hidayat, Naib Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP), berkongsi mengenai peranan gusi kita: “Gusi kita berfungsi untuk melindungi gigi dan mencegah penyakit dalam mulut kita. Tanpa penjagaan gusi yang betul, bakteria tidak baik memasuki persekitaran gigi kita, menyebabkan jangkitan dan keradangan. Jika tidak ditangani pada peringkat awal, ia boleh membawa kepada kemusnahan tisu gusi atau periodontitis, lebih dikenali sebagai penyakit gusi. Penyakit gusi bermula dengan plak, filem yang dipenuhi bakteria melekit, yang terkumpul di bawah dan di sepanjang garis gusi. Selain itu, penyakit gusi juga boleh meningkatkan risiko osteoporosis1, penyakit jantung2, strok3, dan diabetes4.” jelas Dr. Faizal.


Pakar dalam kesihatan mulut mengatakan bahawa cara terbaik untuk mengelakkan penyakit gusi adalah dengan memastikan keadaan gusi dan gigi anda sihat sejak usia muda. Ini amat membantu untuk mencari dan mengesan gingivitis awal dan mengambil langkah pencegahan. Dengan adanya penjagaan yang betul, ia boleh menjadi barisan pertahanan pertama untuk memastikan seluruh badan kita sihat.

Mulakan perjalanan Be #GumProud anda dengan membuat penilaian gusi anda sendiri secara atas talian dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Systema untuk melindungi gusi anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Be #GumProud Systema, sila lawati laman sesawang di https://gumhealthcheck.com. 

Rujukan
Osteoporosis and periodontal disease: Javed F, Al-Hezaimi K, Almas K, Romanos GE. Is there a relationship between osteoporosis and periodontal disease? A meta-analysis. J Periodontol. 2010 Mar;81(3):329-43. doi: 10.1902/jop.2009.090510. PMID: 20230763.
Heart disease and periodontal disease: Lockhart PB, Bolger AF, Papapanou PN, Osinbowale O, Trevisan M, Levison ME, Taubert KA, Newburger JW, Gornik HL, Gewitz MH, Wilson WR, Smith SC Jr, Baddour LM; American Heart Association Rheumatic Fever, Endocarditis, and Kawasaki Disease Committee of the Council on Cardiovascular Disease in the Young, Council on Epidemiology and Prevention, Council on Peripheral Vascular Disease, and Council on Clinical Cardiology. Periodontal disease and atherosclerotic vascular disease: does the evidence support an independent association?: a scientific statement from the American Heart Association. Circulation. 2012 May 22;125(20):2520-44. doi: 10.1161/CIR.0b013e31825719f3. Epub 2012 Apr 18. PMID: 22514250.
Stroke and periodontal disease: Sen S, Giamberardino LD, Moss K, Morelli T, Rosamond WD, Gottesman RF, Beck J, Offenbacher S. Periodontal Disease, Regular Dental Care Use, and Incident Ischemic Stroke. Stroke. 2018 Apr;49(4):914-919. doi: 10.1161/STROKEAHA.117.019413. Epub 2018 Mar 13. PMID: 29535255.
Diabetes mellitus and periodontal disease: Chávarry NG, Vettore MV, Sansone C, Sheiham A. The relationship between diabetes mellitus and destructive periodontal disease: a meta-analysis. Oral Health Prev Dent. 2009;7(2):107-27. PMID: 19655603.
PRODUCT RANGE & PRODUCT FACTSHEET

Toothpaste

Systema Advance Anti-Plaque Toothpaste 

  • World’s first Gum Protection toothpaste combining the power of IPMP, TDS, and GK2 for superior plaque removal in gum pockets. 
  • It uses Japan’s Advance Plaque Buster technology to break down plaque and kills 99.9% bacteria in hard-to-reach areas like the plaque biofilm in the gum pockets whilst GK2 soothes gum discomfort. 
  • Clinically proven in providing 24-hour protection against oral bacteria and also 4x better in preventing gum problems
There are three variants and flavours to meet different users needs:

Availability

Single Pack 130g - RRP: RM12.55
Twin Pack 130g x 2 - RRP: RM22.60

Systema Sensitive & Gum Protection Toothpaste 

  • Specially formulated with Triple Relief Technology for Instant Sensitive Relief & Gum Protection
  • Formulated to defend against discomfort and provide instant relief in 60 seconds, this desensitising toothpaste builds a protective layer over the sensitive areas giving you lasting protection 24/7 against tooth sensitivity, break down plaque and kill bacteria in hard-to-reach areas plus has be clinically proven to be 4X better in preventing gum problems, the main cause of tooth sensitivity. [Apply toothpaste directly at sensitive area with your fingertip and massage gently for 1 minute.]

Availability

Single Pack 130g - RRP: RM13.90

Toothbrushes

With 0.02 mm super tapered bristles, Systema wide range of toothbrush penetrates and removes plaque biofilm in gum pockets yet gentle to gums. 

Systema’s wide range of toothbrush is developed with 0.02mm super tapered that give 9x better plaque removal ability along gum line, 40% better cleaning ability in between teeth yet 3x gentler to the gums compared to normal non-tapered toothbrush.

BASIC CLEAN


Availability

Single Pack 
Active Clean RRP: RM4.70 
Activated Charcoal RRP: RM5.90 
Super Value Pack
Active Clean (3s) RRP: RM9.90
Activated Charcoal (2s) RRP: RM9.50


Availability

Single Pack
Compact/Comfort/Full Head/Silver Charcoal RRP: RM7.80
Super Value Pack 
Compact/Comfort/Full Head/Silver Charcoal (3s) RRP: RM19.80 

ENHANCED CLEAN

Availability

Single Pack
Spiral RRP: RM10.05
3D Clean RRP: RM12.55
Super Thin Charcoal RRP: RM10.90
3D Ultra White RRP: RM14.50

Super Value Pack
Spiral (3s) RRP: RM25.65
3D Clean (2s) RRP: RM22.60
Super Thin Charcoal (2s) RRP: RM19.65
3D Ultra White (2s) RRP: RM23.85

SPECIAL NEEDS


Availability

Single Pack
Sensitive RRP: RM11.20
Bi-level RRP: RM8.80

Super Value Pack (3pcs)
Sensitive (3s) RRP: RM28.55
Bi-level (3s) RRP: RM22.50

**************************

Mengenai Systema Malaysia
Systema adalah jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun yang dimiliki oleh Lion Corporation Japan dan dipasarkan oleh rakan gabungannya, Southern Lion. Rangkaian ubat gigi dan berus gigi Systema memberikan penyelesaian optimal untuk membantu meningkatkan kesihatan mulut dengan perlindungan terhadap masalah gusi. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://systema.my/

Animasi popular Malaysia, Upin & Ipin telah tampil dengan pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! pada penghujung tahun lalu di Malaysia serta Singapura. Teater tersebut telah mendapat sambutan positif daripada jutaan penonton yang meliputi anak kecil serta orang dewasa. Rentetan daripada kejayaan tersebut, pihak penerbit Les’Copaque Production membawa Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! untuk dipersembahkan di platform Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 18 Mei ini. Lebih istimewa, versi yang akan ditayangkan di Astro First  adalah berbeza dan memperlihatkan penggunaan kesan visual menggunakan teknologi multimedia  yang lebih banyak sepanjang teater dipersembahkan. 

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! ini sangat istimewa kerana ianya mempunyai elemen multimedia serta lagu-lagu yang digubah oleh komposer Les’ Copaque sendiri. Teater ini juga merupakan 100 peratus karya anak tempatan.

Teater berdurasi 1 jam 6 minit ini diarahkan oleh Siti Rohayah Atan dan menampilkan watak-watak utama Upin, Ipin dan kawan-kawan seperti Ehsan, Mail, Jarjit, Mei Mei, Fizi, Susanti serta menampilkan beberapa watak baharu yang kali pertama diketengahkan dalam pementasan teater seperti karakter Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan. Kesemua watak ini dilakonkan sepenuhnya oleh maskot dengan kostum menarik yang direka khas untuk pementasan teater tersebut. 

Cerita asal merupakan hasil idea Hajah Ainon Bt Ariff dan beliau juga merupakan penulis skrip bersama Nur Naquyah Binti Burhanuddin. Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! mengisahkan tentang pengembaraan Upin & Ipin ke dunia Pin Pin Pom! demi menyelamatkan diri dan kawan-kawan daripada cengkaman Nenek Kebayan yang mencari Batu Delima Sakti. Teater ini penuh dengan aksi yang mendebarkan dan mencuit hati di samping lagu-lagu yang menghiburkan. Terdapat 10  buah lagu yang dipersembahkan di teater ini dan mengangkat lagu  Upin & Ipin – Pin Pin Pom! sebagai lagu tema utama pementasan ini. Lagu tersebut menyelitkan dialog simbolik ‘Pin Pin Pom!’ yang amat popular dari salah satu siri Upin & Ipin dan diiringi dengan susuan muzik yang ‘catchy’. 

Selain itu, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! di Astro First ini turut diselitkan sesi temu ramah eksklusif bersama tenaga-tenaga kreatif di sebalik tabir yang menjayakan teater ini serta barisan pelakon utama alih suara.

Saksikan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! bermula 18 Mei 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO. Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter, TikTok Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.


******************

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!


Tajuk : Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!
Genre: Teater 
Pengarah: Siti Rohayah Atan
Produksi: Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
Bahasa: Bahasa Melayu
Durasi Filem: 1jam 6minit
Tarikh Tayangan di Astro First: 18 Mei 2023

TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
Penerbit: Haji Burhanuddin Bin Md. Radzi & Keith Sim
Pengarah: Siti Rohayah Atan
Skrip: Hajah Ainon Bt Ariff & Nur Naquyah Binti Burhanuddin
Cerita Asal: Hajah Ainon Bt Ariff
Koreografer: A. Aris A. Kadir 
Pengurus Produksi: Mohd Zarin Bin Abdul Karim
Pengarah Fotografi: Putranda Pahlevi B. Ruslan
Penyunting: Mohamad Firdaus Bin Haini & Muhamad Asyraf Bin Azmi
Pengarah Animasi: Khairul Aimran Bin Ibrahim 
Muzik Skor: Muhammad Ammar Syahid Bin Mohd Arif & Faizal Fauzi
Pengarah Audio & Muzik: Muhamad Zaki Bin Ishak
Pereka Busana: Couture Classics Sdn. Bhd.
Pengurus Teknikal: Mohammad Hafiz Bin Roslan
Jurugambar & Video: Nur Hakim Bin Mat Nor & Mohd Hairuddin Bin Latib

BARISAN PELAKON


Asyiela Putri Bt Azhar sbg Upin & Ipin
Deera Amin sbg Nenek Kebayan
Muhammad Fareez Daniel Bin Sharabuddin sbg Ehsan
Usayd Uqashah Kamsani sbg Mail
Muhammad Hafiz Bin Hassan sbg Jarjit
Tang Ying Sowk sbg Mei Mei
Rufaidah Bt Muhamed Fadzil sbg Fizi
Siti Nor Adwin Bt Safie sbg Susanti
Hajah Ainon Bt Ariff sbg Opah
Siti Khairunnisa Bt Mohamad Riduan sbg Ros
Haji Burhanuddin Bin Md. Radzi sbg Tok Dalang
Mohd Bukhari Bin Amir Hamzah sbg Rembo
Hazimin Bin Hamdan sbg Si Polan
Nik Abdul Razzaq Fahmi Bin Abdul Rashid sbg Monyet

OST
Lagu: Upin & Ipin – Pin Pin Pom!
Penyanyi: Asyiela Putri Bt Azhar
Lirik: Nur Naquyah Binti Burhanuddin
Komposer: Muhammad Ammar Syahid Bin Mohd Arif

SINOPSIS

Upin dan Ipin sedang bermain bersama kawan-kawan apabila Susanti buka cerita tentang lagenda satu batu ajaib, Batu Delima Sakti. Batu ajaib ini hanya berjaya dimiliki oleh Nenek Kebayan. Dengan kuasa batu ajaib ini, pelbagai kerosakan telah dilakukan oleh Nenek Kebayan. Sedang mereka bergembira bermain Nenek Si Bongkok Tiga, Rembo datang buat hal. Tok Dalang datang minta tolong Upin dan Ipin menangkap Rembo yang mencuri seliparnya.

Upin dan Ipin kejar Rembo hingga ke satu rumah usang. Di dalam rumah itu, mereka berjumpa seketul batu merah yang amat cantik. Ipin ambil batu itu dan bawanya pulang tanpa pengetahuan Upin. Setelah mereka keluar dari rumah itu, Nenek Kebayan muncul dan mencari semula Batu Delima Sakti yang dia simpan di Kampung Durian Runtuh. Dengan menggunakan kuasa tongkat sakti, Nenek Kebayan dapat tahu Upin dan Ipin yang mengambil Batu Delima Saktinya. Dengan segera, Nenek Kebayan munculkan diri di hadapan Upin dan Ipin untuk menuntut semula batu sakti itu daripada mereka.


Ketika Nenek Kebayan menggunakan kuasanya terhadap Upin dan Ipin, mereka bertukar menjadi Pahlawan Magik Pin Pin Pom dan cuba untuk melawan semula Nenek Kebayan. Upin dan Ipin berjaya menumpaskan Nenek Kebayan dengan bantuan kuasa dari Batu Delima Sakti. Nenek Kebayan mengarahkan tongkat saktinya untuk mencari kelemahan Upin dan Ipin. Dengan menggunakan kelemahan Upin dan Ipin, Nenek Kebayan mengugut mereka supaya serahkan Batu Delima Sakti.

Upin dan Ipin tiba dekat rumah usang Nenek Kebayan tetapi dia tidak kelihatan. Begitu juga kawan-kawan mereka. Tiba-tiba, Nenek Kebayan muncul dan hantar satu per satu makhluk suruhannya selesaikan Upin dan Ipin. Disebabkan kelalaian Ipin setelah berjaya mengalahkan kesemua makhluk suruhan Nenek Kebayan, Nenek Kebayan dapat merampas semula Batu Delima Sakti tetapi akhirnya terbukti bahawa batu itu palsu!


Dengan bantuan para penonton, Upin dan Ipin berjaya menundukkan Nenek Kebayan. Nenek Kebayan melepaskan kawan-kawan Upin dan Ipin. Dengan segera, Upin dan Ipin memerangkap Nenek Kebayan masuk kembali ke bingkai gambar di dinding rumah usang itu. Kampung Durian Runtuh kembali aman dan selamat.

Kalau masa Sambutan Tahun Baru Cina, replika arnab sebagai simbolik perayaan tersebut, untuk Hari Raya Aidilfitri pula, sebuah replika pelita terbesar dilancarkan di Suria KLCC. Majlis pelancaran bermula dari jam 4 petang tapi disebabkan kerja, terpaksa lah datang lambat sikit. Jam 6 petang baru sampai ke majlis. 

Masa tu pelancaran dan persembahan tarian dah start dah pun. Dapat lah tengok sikit persembahan tarian tu walaupun pemandangan terhalang sebab rendah. Memang tak lah nak pakai heels atau wedges sebab naik public transport. Jauh nak menapak dari LRT Lembah Subang sampai ke LRT KLCC. 


Habis persembahan semua dibawa ke Esplanade KLCC untuk hidupkan lampu pelita replika KLCC. Pelita replika ni menempa nama dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia. Menggunakan gabungan warna hijau pekat dan kuning sebagai warna tema Hari Raya dengan corak batik sebagai corak rasmi negara sebagai hiasan pelita replika. Pihak KLCC ketuk gong 3 kali sebagai tanda perasmian sekaligus menyalakan sumbu pelita replika.

Dapat spot paling depan pun belum tentu gambar cantik sebab nak capture pelita dari bawah sampai ke atas tu perlukan ruang. I dah try buat panorama tapi ada orang block view hshshs the struggle is real. Jadi lah ambil gambar dekat atas tu kan? Waktu malam boleh nampak pelita ni bercahaya cantik berlatarkan menara berkembar. 

Hos untuk majlis pelancaran ni adalah Nas Rahman, kira ni kali kedua I jumpa dia dekat event tapi mampu pandang dari jauh je. Dulu selalu tengok dekat TV, sekarang ada depan mata, tinggal nak cakap hye hye bye bye je. 


Lepas habis pelancaran, ada pertunjukan air pancut dekat tasik KLCC dan  pertunjukan air pancut tu akan berlangsung dari 24 Mac sehingga 1 Mei 2023  nanti. Lepas habis bergambar dekat bawah, semua dijemput naik ke tingkat 3 untuk berbuka puasa di Serai, KLCC. 

Bila dah sampai awal dapat lah pilih meja yang kita nak. Kitorang duduk yang terpaling hujung sekali. Sementara tunggu makanan dihidangkan, menyembang kejap dengan Kak Zura lepas berbulan tak jumpa. Berjumpa pun masa event je, memang banyak lah nak catch up. Nasib baik ada event yang sama dalam masa terdekat.  



Meriah makanan untuk berbuka yang disajikan oleh Serai, ada siakap masak stim limau, Tomyam Campur, Squid Deep Fried Salted Egg, Deep Fried Crispy Brinjal, Ayam Percik, Buttered Prawn, Braised Broccoli with shitake mushroom in superior oyster sauce dengan kurma. Air pula sparkling laici serai. 

Kalau ikutkan menu, tomyam campur tu tak ada tapi untuk majlis berbuka ni Serai gabungkan dua menu dalam satu mangkuk. Dua-dua boleh rasa, tomyam ayam dengan tomyam makanan laut.


Tak pernah lagi try makan dekat Serai untuk set nasi putih macam ni. Ramai lah yang puji masakan dekat Serai sedap. For me, tak semua menu lah sebab squid salted egg dia manis. Nasib baik ada siakap masak stim limau jadi tak lah melugai sangat bila tekak kembang dengan gula bersepah dekat sotong tu. 

Tomyam dia pun ceroi, tak pekat macam orang Thailand masak tapi sedap je cuma kita dah biasa makan yang pekat so tekak lagi berkenan dengan yang tu. 



Siakap stim limau jarang lah tak sedap sebab menu simple cuma kadang ada kuah yang jadi pahit sebab kulit limau atau lemon yang tukang masak letak tapi dekat Serai ni, kuah tu main peranan sangat. Masam masam manis air ikan. Siakap yang dia guna pun fresh jadi tak ada masalah untuk habiskan. Masa majlis tu kitorang ada masalah nak habiskan sebab perut dah penuh sangat. 

Ayam percik pun sedap tapi tak mampu pun nak habiskan nak pula dah habiskan buttered prawn dengan brokoli tiram tu. Sudahnya mintak tapau untuk sahur hshs. Terung deep fried tu paling sedap. Sebagai penggemar terung tanpa ragu, I sukaaaaa! 

Sementara tunggu pencuci mulut dihidangkan, staff Serai agihkan sampul duit raya dari KLCC. Kemudian dapat pula cenderamata balang kaca untuk Hari Raya. Cantik! 


Untuk pencuci mulut, semua tetamu dapat makan Ice Kachang signature Serai KLCC. Mangkuk dia besar sangat tapi mana mampu nak habiskan sebab brain freeze menyerang. Kitorang habiskan aiskrim vanilla sebab sedap, makan pula dengan serbuk kacang, jagung manis dan cendol. Nak tapau pun tak boleh sebab nanti cair dah tak sedap nak makan. 

Anyway, terima kasih Sherina dan Suria KLCC sebab jemput untuk meriahkan majlis pelancaran lepastu bagi makan sedap untuk majlis berbuka. Dapat cenderamat dengan duit raya jugak, boleh shopping raya dekat KLCC nanti. Semoga makin murah rezeki KLCC sebagai pusat membeli-belah ikonik ibu negara. 

Movie Review | Mrs Chatterjee vs Norway (2023)

Sunday 14 May 2023

Director: Ashima Chibber
Writers: Sameer Satija, Ashima Chibber, Rahul Handa
Cast: Rani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta, Jim Sarbh
Production Companies: Emmay Entertainment, Zee Studios
Distributors: Zee Studios, Netflix
Genre: Legal / Drama
Running Time : 144 minutes
Release Date : 17 March 2023
Trailer :


Diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada Sagarika Chakraborty dan suaminya, pasangan dari negara India yang menetap di Norway terpaksa berhadapan dengan kezaliman Kerajaan Norway apabila mereka menculik kedua-dua orang anak mereka. 

Debika Chatterjee (Rani Mukherjee) menetap bersama suami (Anirban Chatterjee) dan dua orang anaknya, Shubh dan Suchi di Stavanger, Norway. Dua orang pekerja Norwegian Child Welfare Services, Sia (Kärt Tammjärv) dan Matilda (Britta Soll) ditugaskan untuk berada di rumah pasangan India tersebut untuk memantau cara mereka menjaga anak selama 10 minggu. 


Laporan dan dakwaan dibuat terhadap Debika kerana menyuap Shubh makan menggunakan tangan, apply kohl di dahi dan tuduhan paling berat sekali bila dia dilabel sebagai mentally unstable. Anirabh Chatterjee juga didakwa tidak membantu menjaga anak-anak dan lebih mementingkan kerja. Rumah mereka juga dikatakan tidak selamat dan kondusif untuk pembesaran anak-anak. 

Daniel Singh Ciupek (Jim Sarbh) ditugaskan untuk membela Debika setelah Mr. Singh gagal dalam perbicaraan awal. Daniel juga tak mampu untuk membela Debika kerana sering melanggar perintah mahkamah. Dari hari menginjak minggu, berubah bulan dan bertukar tahun namun Debika masih kuat melawan penindasan yang tidak adil dan berjuang untuk dapatkan kembali anak-anaknya dari tangan orang lain. 


Lepas kegagalan filem Bunty Aur Babli 2 (2021), Rani Mukherjee muncul semula dengan forte genre dia, drama dalam persalinan Debika Chatterjee yang berasal dari Kolkata. Hidup jauh dari tanah air sendiri dengan pelbagai peraturan yang jauh berbeza dari negara sendiri memang melelahkan. Mudah sangat untuk kita rasa simpati dengan watak Debika bila dia dilabel sebagai emosi yang berlebihan hingga mengganggu tumbesaran anak-anak. Nampak kejam perspektif tersebut dari kaca mata orang Norway sedangkan perkara biasa untuk masyarakat benua Asia. 

Selain Rani Mukherjee, pelakon sampingan seperti Anirban Bhattacharya, Jim Sarbh, Neena Gupta dan Balaji Gauri menggalas watak mereka dengan baik. Walaupun Barun Chanda nampak pasif sebagai Abhijeet Dutta, Hakim Kolkata tapi impak dia lebih terasa berbanding watak Hakim Norway. 


Naskhah Mrs Chatterjee vs Norway arahan Ashima Chibber sepatutnya menjadi naskhah pilihan untuk ditonton pada Hari Ibu 2023 kerana ditayangkan secara rasminya di Netflix namun kerana kelemahan pada olahan dan visi pengarah, filem yang dibarisi oleh pelakon hebat dan mempunyai cerita yang kuat tampak dangkal dan tersia. 

Mungkin lebih menarik kalau pengarah guna teknik flashback untuk kebanyakan babak berbanding penceritaan yang straightforward sebab momentum dia kelihatan lemah. Patutnya babak Peguambela Ms Pratap (Balaji Gauri) datang lambat ke kamar mahkamah letak di awal cerita kemudian pengarah buat flashback selari dengan perbicaraan kes. Pelakon Norway hampir kesemuanya kayu. 


Tak pasti macam mana sistem perundangan Norway bekerja tapi kalau dekat India, peguambela akan berjumpa dengan anak guam sebelum perbicaraan. Mungkin Aniruddha Chatterjee ada berjumpa sebelum tu tapi penonton tak tahu pun. We are left clueless just like Debika. Siapa tak emosi kalau peguam tak ada fakta kes, tak tahu langsung cerita dari pihak Debika. Perbicaraan terakhir baru Daniel nak sembang pasal dakwaan padahal Debika dan penonton dah hafal dah pun. Kalau itu cerita sebenar, bodoh betul peguam Norway. Kalau itu imaginasi penulis, bodoh betul team production yang setuju dengan idea ni. 

Watak Daniel Singh Ciupek sebenarnya solid sebab dia ada prinsip dan pegangan dia yang tersendiri. Licik sebab boleh manipulasi Debika untuk ikut cakap Kerajaan Norway tapi pengarah buat dia nampak lemah sangat bila masuk ke Mahkamah India simply because nak kuatkan persona ibu yang berjuang untuk anak-anak. Backstory Daniel yang dibuang oleh ibu sendiri dan dibesarkan oleh Kerajaan Norway nampak sebagai antagonis yang kuat untuk berlawan dengan Debika. Sayang sangat pengarah tak mampu guna resources yang mantap dalam naskhah dia. 


Dari awal lagi dah boleh nampak perangai sebenar Aniruddha macam mana jadi kenapa pengarah nak buang masa bagi screentime yang banyak untuk suami Debika? Tak perlu pun, buat drag cerita je. Cukup jadi plot twist yang semua masalah dan musibah dalam hidup Debika ni terjadi sebab Aniruddha kecuali Shubh dan Suchi. Dari saat dia tak peduli dengan bengkak dekat dahi Debika tu pun dah nampak dia sejenis sampah jadi tak hairan langsung kalau dia tak peduli pasal anak-anak.

Sakit sangat hati bila tengok screentime Neena Gupta tersia macam tu je. Watak dia penting sebab wakil dari Kerajaan India yang membantu Debika keluar dari genggaman Kerajaan Norway. I don’t mind her small screentime sebab hakikatnya macam tu tapi impak dia lemah sangat. I was like lah, tu je? Seronok lagi tengok Priyanka Chopra kena tengking dengan Ayesha pasal nuklear dekat beauty conference. 



Sinematografi gagal untuk capture emotion Debika dalam beberapa babak penting. Sakit hati tengok kamera yang mengejar Debika. Music score surprisingly fits perfectly mengikut suasana dan emosi setiap babak. But that’s the charm of Amit Trivedi. Overall, this movie is a okayish.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.4/10

Movie Review | Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)

Saturday 13 May 2023


Director : David Yates
Writer : J. K. Rowling, Michael Goldenberg 
Cast : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Brendan Gleeson, Richard Griffiths, Jason Isaacs, Gary Oldman, Alan Rickman, Fiona Shaw, Maggie Smith, Imelda Staunton, David Thewlis, Emma Thompson, Julie Walters
Production Company: Warner Bros. Pictures, Heyday Films
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy / Action / Thriller
Running Time : 138 minutes
Release Date : 28 June 2007 (Tokyo), 11 July 2007 (United States), 12 July 2007 (United Kingdom)
Trailer :


Installment kelima untuk franchise Harry Potter bertukar pengarah dan penulisnya sekaligus dengan tema yang lebih berat di mana Harry Potter (Daniel Radcliffe) akan makin kerap bertemu dengan Lord Voldemort (Ralph Fiennes). 

Filem bermula dengan konflik yang melanda Harry kerana menggunakan sihir Expecto Patronum untuk menghalau Dementor di dunia Muggle. Kenapa Dementor boleh berada di luar kawasan dunia sihir? Tak tahu. Prof Albus Dumbledore (Michael Gambon) kembali membela pelajar kesayangannya, tak lagi berasa syak wasangka seperti dalam Harry Potter and the Goblet of Fire (2005).


Selepas kematian Cedric Diggory (Robert Pattinson), dalam kejohanan Goblet of Fire, Harry dilanda kemurungan dan puberty syndrome lantas lebih banyak mengasingkan diri. Ramai pelajar yang pulaukan Harry disebabkan kemalangan tersebut. Lebih mudah juga untuk Voldemort mengawal Harry sebab Harry kuat disebabkan cinta dan kasih sayang. Kalau dia seorang, murung dan rapuh, mudah sangat untuk dihapuskan. But enters Luna Lovegood (Evanna Lynch) yang sentiasa positif. 

Disebabkan kemalangan di Hogwart, Kementerian menghantar Dolores Umbridge (Imelda Staunton) untuk mengajar subjek Pertahanan dari Ilmu Sihir Hitam. Dolores bukan saja mempunyai cara mengajar yang pelik kerana tidak menggunakan sebarang sihir atau tongkat sakti malah mengetatkan lagi peraturan dan membuang semua aktiviti hiburan termasuklah berkumpul sesama pelajar. 


Harry, Ron Weasley (Rupert Grint), Neville Longbottom (Matthew Lewis) dan Hermione (Emma Watson) mencari jalan untuk kuatkan seni pertahankan diri kerana Voldemort akan menyerang bila-bila masa saja. Fred (James Phelps), George (Oliver Phelps) Ginny (Bonnie Wright) dan Cho (Katie Leung) juga turut serta dalam kelas tersebut secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Dolores atau penjaga Hogwarts, Filch (David Bradley).

Dari filem kelima ini kita dapat tahu tentang The Order of the Phoenix, sebuah organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh Prof Albus Dumbledore, dianggotai oleh Minerva McGonagall, Lily Potter, James Potter, Sirius Black (Gary Oldman), Remus Lupin, ibu bapa Neville Longbottom, Arthur Weasley (Mark Williams) dan ramai lagi. Sebab tu dekat dalam Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001), ada babak Albus Dumbledore dengan Minerva McGonagall (Maggie Smith) letak baby Harry depan rumah Dursley. 


Sama macam dua filem sebelumnya, sinematografi Harry Potter lebih suram dan kelam cumanya kali ni tone tersebut sesuai dengan scenario yang terdapat dalam penceritaan Harry Potter and the Order of the Phoenix. Tak banyak magis yang digunakan dalam filem ni jadi tak banyak VFX yang diperlukan. Camera works ada masanya membantu dan ada masanya terlihat lemah. 

Kalau sebelum ni geram dengan screentime atau babak Harry dan Sirius tapi dalam filem ni boleh nampak Harry makin rapat dengan Sirius. Even just a small wink from Sirius for Harry can makes me smile because it feels so natural. 


‘I want you to listen to me very carefully, Harry. You're not a bad person. You're a very good person, who bad things have happened to. Besides, the world isn't split into good people and Death Eaters. We've all got both light and dark inside us. What matters is the part we choose to act on. That's who we really are.’ – Sirius Black

Love angle antara Harry dengan Cho nampak macam dipaksa sebab dalam previous installment Cho bercinta dengan Cedric and the memories still strong walaupun hakikatnya dah setahun berlalu. Ginny masih tersekat dalam screentime yang terhad sementara Draco Malfoy (Tom Felton) cuma ada satu dialog sepanjang filem. Evanna Lynch pilihan yang tepat sebagai Luna yang comel dan aneh. Just like Harry, I feel some sort of comfort watching her space. 


Walaupun beberapa watak annoying mendominasi tapi beberapa babak nampak kelakar macam Severus Snape kantoi kena buli dengan James Potter dan mungkin sebab tu juga dia menyampah dengan Sirius dan Remus Lupin. Babak Severus kena soal dengan Dolores tentang achievement dia sampai Ron tahan gelak pun kelakar juga. 

Tak pasti lah dalam buku macam mana tapi Alan Rickman berjaya kukuhkan watak Severus Snape yang mempunyai alasan kukuh untuk menyampah dengan kehadiran Harry Potter. Menyampah pun tetap tolong sebab budak tu tak buat salah tapi bila tolong dituduh jahat pula. Mungkin sebab tu juga dia selalu backup Draco Malfoy yang cuba untuk buli Harry tapi gagal. They made him looks so weak in this franchise. 


‘I'm afraid you have used up all my stores interrogating students, the last of it on Miss Chang. Unless you wish to poison Potter - and I assure you, I would have the greatest sympathy if you did - I cannot help you.’ – Severus Snape

Tak pasti kenapa plot Kementerian tak percaya dengan kehadiran Voldemort perlu ada sedangkan 10 Death Eaters terlepas dari Azkaban, sah lah ada sesuatu yang besar akan berlaku. Lagipun sepatutnya dari awal lagi dah patut pelik sejak banyak unicorn jadi korban dalam The Philosopher's Stone tu. Ada beza Kementerian lemah buat kerja dengan Kementerian tak nak rakyat panik. 


Kenapa Harry letak nama kumpulan dia 'The Dumbledore's Army' bukannya 'Harry Potter's Army? Sebab Sirius bagitahu dia akan jadi pelapis kepada organisasi The Order of the Phoenix ke? So it's a tribute to the founder of the organisation? 

Bermula dari Prisoner of Azkaban (2004) kemudian Goblet of Fire dan the Order of the Phoenix, franchise Harry Potter makin lama makin membosankan dengan olahan yang kurang menarik. Mungkin sebab I suka cara dan vibe dunia magis dari Chris Columbus. Slowly I feel Harry Potter series can do wonder.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 6.2/10

Director: Mike Newell
Writers: J.K. Rowling, Steve Kloves
Cast : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Robbie Coltrane, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Brendan Gleeson, Jason Isaacs, Gary Oldman, Alan Rickman, Maggie Smith, Timothy Spall
Production Companies: Warner Bros. Pictures, Heyday Films
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy, Action, Thriller
Running Time: 157 minutes
Release Dates: 6 November 2005 (Odeon Leicester Square), 18 November 2005 (United Kingdom and United States)
Trailer :


Dalam filem Harry Potter and the Chambers of Secret (2002), Harry Potter dapat dengar suara Basilisk, ular gergasi yang dahagakan darah Mudblood, dalam installment keempat arahan Mike Newell, Harry Potter dapat melihat Voldemort (Ralph Fiennes) dalam vision. 

Lord Voldemort semakin lama semakin kuat berbanding pertemuan mereka sebelumnya malah mempunyai pengikut yang baru. Salah seorangnya ialah Peter Pettigrew yang hampir dibunuh oleh Lupin dan Black sebelum ni. Sepertimana yang Firenze bagitahu Harry tentang darah Unicorn yang mampu bagi kehidupan baru dalam naskhah Harry Potter and Soccerer’s Stone (2001).


J.K Rawling membawa sesuatu yang baru ke dunia Hogwart di mana kejohanan Goblet of Fire diadakan. Pertandingan antara sekolah-sekolah ahli sihir di dunia tersebut. Kiranya bukan Hogwart sahaja yang wujud untuk melatih ahli sihir muda. Durmstrang Institute dari benua tengah Eropah sementara Beauxbatons Academy dari Perancis. 

Kejohanan Goblet of fire tidak dibuka untuk semua pelajar kerana terdapat had usia untuk peserta. Hanya pelajar berusia 17 tahun iiatu pelajar tahun ketujuh sahaja yang layak untuk meletakkan nama dan hanya seorang sahaja wakil dari ketiga-tiga sekolah tersebut akan dipilih. Anehnya nama Harry Potter, pelajar tahun keempat dimasukkan dalam senarai peserta dan Kementerian terpaksa bersetuju dengan keputusan tersebut.

 
‘Why so tense, Potter? My father and I have a bet, you see. I don't think you're going to last ten minutes in this tournament. He disagrees. He thinks you won't last five!’ – Draco Malfoy

Kekuatan filem Harry Potter and the Goblet of Fire terletak pada kejohanan antara sekolah tersebut yang agak merbahaya dan mencabar kekuatan setiap peserta. Boleh nampak kenapa Profesor Dumbledore (Michael Gambon) dan Minerva McGonagall (Maggie Smith) risau bila nama Harry dalam piala tersebut. Kalau sebelum ni Neville Longbottom kelihatan lemah tapi dalam naskhah ni dia dapat strong charm yang membantu Harry walaupun olahan tak berapa menarik.


Kehadiran watak-watak sampingan baru kali ni mencorakkan lagi penceritaan franchise Harry Potter seperti Alastor Mad-Eye Moody (Brendan Gleeson), Fleur (Clemence Poesy), Cho Chang (Katie Leung), Viktor Krum (Stanislav Ianevski) juga Cedric Diggory (Robert Pattinson). Selain pertandingan, penulis kembangkan tiga sekawan yang mula merasa pengalaman bercinta buat pertama kali. 

Watak sampingan dalam previous installments juga dibawa masuk kembali seperti Moaning Mrtyle (Shirley Henderson), Sirius Black (Gary Oldman), Peter Pettigrew (Timothy Spall) dan Voldemort. Tak hairanlah kalau pengarah panjangkan durasi tayangan sedikit panjang dari sebelumnya untuk bagi ruang kepada kesemua watak ni walaupun ada yang muncul sekejap sahaja. 


Memandangkan naskhah keempat mempunyai tetamu dari akademi sihir lain dan mempunyai majlis tari-menari, pereka kostum kena bekerja keras sikit lah dari biasa. Pakaian seragam Beauxbatons Academy mempamerkan sisi feminin pelajar perempuan di sekolah tersebut. Dress Hermione juga cantik dan serlahkan kecantikan fizikal Emma Watson. 

Tak berapa berkenan dengan pakaian Ron sebab penulis nak masukkan elemen kelakar. Dah lah gaya rambut dia tak sesuai dari installment sebelumnya lagi padahal watak-watak lain dapat ubah penampilan yang lebih menarik. Sinematografi yang suram pun mengganggu penceritaan yang sepatutnya lebih seronok sebab bawa sesuatu yang baru kepada penonton. Suasana pertandingan pun nampak menggerunkan walhal berkisar remaja sekolah yang tengah seronok bercinta. 


Penceritaan Harry Potter and the Goblet of Fire pun ada perubahan besar bila watak Profesor Dumbledore menjerit lantang panggil nama Harry Potter sedangkan Albus Dumbledore yang kita kenal lebih tenang dan penuh dengan kata-kata hikmah. Tak sepatutnya dia melenting bila dia sendiri tahu ancaman Voldemort terhadap Harry bermula dari awal lagi. Tak perlu fikir jauh pun untuk tahu nama Harry diletak oleh sekutu Voldemort. 

Sama juga dengan dinamik persahabatan Ron Weasley dan Harry Potter sebab dua sahabat baik ni dari awal lagi memang akrab tapi dalam filem ni Ron merajuk sampai jarakkan diri dari Harry. Semata-mata sebab nama Harry ada dalam buku sedangkan dalam filem the Chamber of Secret bila dia dapat tahu tentang Parseltongue, dia tetap ada untuk support Harry. Takut tapi dia tetap bagi ruang untuk Harry jelaskan. 


Hermione pula dengan konflik perasaan cinta pada Ron yang jenis tak faham bahasa bila dia mengamuk Ron jadikan dia last option untuk pergi ke majlis tari-menari. Of course, I appreciate the way director make it an angsty scene and explained a lot for their love interest but it just too sudden and forced. Kenapa Harry suka Cho pun tak diceritakan padahal hero jatuh cinta. Mesti lah ada something yang menarik untuk ditonjolkan sebab watak Hermione tak mampu tawan hati Harry. 

Kalau dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004) terasa mendadak sangat perubahan tu, dalam Goblet of Fire mencanak teruk sampai hancur momentum franchise yang dibina cantik sejak dari awal. Untuk watak tiga sekawan tu boleh lah cover dengan puberty syndrome tapi yang dewasa tu macam mana pulak? 

Kejohanan tu pula terasa tawar bila tak ada rasa saspen atau berdebar walaupun lawan Harry lebih bagus. Setiap acara dah boleh nampak Harry akan menang sebab dia watak utama bukan sebab kelebihan dan ilmu yang dia ada. It just feel rushed. 


Babak pertemuan semula Harry Potter dengan Voldemort pun nampak lemah sangat seolah-olah Neville Longbottom yang ada dekat situ dan bukannya Harry Potter. Watak yang pernah lawan troll pada tahun pertama, labah-labah gergasi pada tahun kedua dan sekumpulan Dementor di tahun ketiga terlihat lembik dalam kejohanan sehingga lah berjumpa dengan musuh utama. Mungkin dalam series Harry Potter nanti lebih jelas penerangannya dan cantik alur penceritaannya memandangkan team production ada ruang yang cukup. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.4/10

Director : Alfonso Cuarón
Writers: J.K. Rowling, Steve Kloves
Cast : Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, John Cleese, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Richard Griffiths, Michael Gambon, Gary Oldman, Alan Rickman, Fiona Shaw, Maggie Smith, Julie Walters
Production Companies: Warner Bros. Pictures, Heyday Films, 1492 Pictures
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy
Running Time: 142 minutes
Release Dates: 23 May 2004 (Radio City Music Hall), 31 May 2004 (United Kingdom), 4 June 2004 (United States)
Trailer :


Beberapa bulan sebelum tayangan Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002), pelakon Richard Harris meninggal kerana sakit Hodgkin. Disebabkan pelakon Albus Dumbledore perlu dicari pengganti, pengarah dua filem pertama, Chris Columbus undur diri sebagai pengarah supaya dapat luangkan masa dengan keluarga maka produser ambil masa untuk terbitkan installment ketiga. 

Bermula dengan Harry Potter (Daniel Radcliffe) yang sakit hati dengan keluarga Dursleys dan larikan diri ke kota London. Di sana dia berjumpa dengan Cornelius Fudge (Robert Hardy) dari Kementerian dan pastikan Harry tak akan dihukum kerana menggunakan magis di dunia Muggle. 


Ron Weasley (Rupert Grint) dan Hermione Granger (Emma Watson) maklumkan kepada Harry tentang Sirius Black (Gary Oldman) yang melarikan diri dari penjara Azkaban. Sirius Black adalah kawan baik kepada Lily (Geraldine Somerville) dan James Potter (Adrian Rawlins) namun mengkhianati mereka berdua dengan memberi maklumat kepada Voldemort. 

Ketika dalam perjalanan ke Hogwart, Harry diserang oleh Dementors yang memakan roh manusia dan mengambil cebisan kebahagiaan mereka. Nasib baik Harry Potter diselamatkan oleh cikgu baru, Remus Lupin (David Thewlis) yang menguasai subjek ilmu sihir Patronus Charm. 


‘A word of caution: dementors are vicious creatures. They will not distinguish between the one they hunt and the one who gets in their way. Therefore I must warn each and every one of you to give them no reason to harm you. It's not in the nature of a dementor to be forgiving. But you know happiness can be found even in the darkest of times, when one only remembers to turn on the light.’- Profesor Albus Dumbledore

Seperti sebelumnya Hogwarts sentiasa mempunyai perubahan sama ada pada peraturan ataupun warga guru. Selain Remus Lupin, Sybill Trelawney (Emma Thompson) sebagai guru subjek Tilikan, Profesor Albus Dumbledore (Michael Gambon) juga melantik Hagrid (Robbie Coltrane) sebagai Care of Magical Creatures dan memperkenalkan sejenis burung gergasi bernama Buckbeak. 


Selain berhati-hati dengan Sirius Black, Harry Potter dapat tahu tentang Peter Pettigrew (Timothy Spall) juga misteri Hermione yang selalu saja muncul secara tiba-tiba. 

Vibe installment ketiga tak sama dengan dua installment sebelumnya kerana lebih dark dengan kehadiran Dementor dan juga membuka kembali kisah tragedi kematian Lily dan James Potter. Fizikal ketiga-tiga watak utama juga makin ketara perubahan dengan suara makin dalam and strong facial features. Not I’m saying this in a bad way, it just a swift shift for me but sooner or later we need to face this too. 


Sama juga dengan Harry Potter yang terpaksa kuat untuk terima kehadiran Sirius Black dan Dementor jadi sebab itu lah dia belajar ilmu sihir Expecto Patronum. Sinematografi yang suram namun cantik dan music score dari John Williams menambahkan impak pada penceritaan the Prisoners of Azkaban. 

‘Listen, dementors are among the foulest creatures to walk this earth. They feed on every good feeling, every happy memory until a person is left with nothing but his worst experiences. The dementors affect you more than others because there are true horrors in your past, horrors your classmates can scarcely imagine. You are not weak, Harry. You have nothing to be ashamed of.’ - Professor Lupin


Dalam installment ketiga dari Warner Bros Pictures, pelajar tahun ketiga dapat berjumpa dengan Boggart yang boleh membaca minda manusia dan belajar sihir Riddikulus. Sihir ni bukan berguna untuk dunia sihir tapi dekat dunia Muggles juga hshs just kidding. Menarik tengok The Marauder's Map yang tunjuk entiti di kawasan sekitar. A bit disappointed on how they portrayed werewolf sebab serigala jadian dalam Teen Wolf ataupun Twillight lebih menarik. Werewolf dalam Harry Potter franchise jelas benar penggunaan VFX. 

Kalau Harry Potter bertemu kembali dengan Sirius Black yang menganggap Harry sebagai keluarga, Hermione pula semakin rapat dengan Ron. Banyak nampak fan theories tentang Hermione dengan Harry tapi dalam the Prisoners of Azkaban dah nampak pengarah dah bagi hint mereka berdua macam belangkas. 


‘It's cruel that I got to spend so much time with James and Lily, and you so little. But know this; the ones that love us never really leave us. And you can always find them in here. [puts his hand to Harry's heart]’ - Sirius Black

Perubahan pada pengarah sedikit sebanyak akan mempengaruhi franchise dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban tak terlepas dari perubahan tu. Plot cerita a bit rushed sebab ada banyak perkara baru tapi tak dikembangkan dengan baik. Watak Sirius Black adalah watak penting dalam hidup Harry tapi tak banyak sangat pun momen mereka berdua. Tak diceritakan juga kenapa Severus Snape (Alan Rickman) menyampah dengan Black. Kenapa Kementerian lepaskan Harry Potter dengan mudah bila dia guna sihir di dunia Muggle ataupun dari mana Hermione jumpa jalan untuk belajar lebih banyak.


Anyway, Tom Felton looks great in this movie after he ditched his hair wax. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10