TV Show Review | The Idol Ramyeonators (2022) Episode 1🍜

Sunday 26 June 2022


Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (29:32 minutes for episode 1)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video :


Selepas ramyeon test dalam Episod 0, team production contact Hyunsuk dengan Jihoon supaya practice untuk first shoot yang akan dibuat di Pantai Jukdo. Hyunsuk minta bantuan Yoshi untuk sediakan Bibim Men sebab anak sulung Treasure ni duduk satu dom dengan dia. Walaupun clumsy masa prepare menu dia tapi Yoshi approve Bibim Men sebab sedap. Sementara Jihoon pula prepare Jin Jjampong seorang diri di dorm dia. Bahan yang Jihoon guna kebanyakannya seafood yang segar. Dia yang masak, dia yang puji masakan dia sedap. 


Sampai je dekat Pantai Jukdo, Hyunsuk dengan Jihoon kena suruh tukar baju renang sebab diorang akan meluncur air. Aktiviti ni akan dikawal oleh peluncur terkenal, Jeonhoon Choi yang mempunyai pengalaman sejak 2014. Jihoon kata dia selalu meluncur air dekat Busan tapi angkat papan luncur pun dah gagal. Geleng kepala je Na PD tengok perangai dia. 


Jihoon : Why am I tired already? I’m done for the day. 
Na PD : Where did all your passion go? 
Jihoon : My passion dies pretty fast. 

Lepas dah berlatih selama 200 kali dengan instructor, diorang pergi dekat laut untuk meluncur. Kebetulan tengah hujan renyai masa tu jadi ombak besar sikit, sesuai lah untuk meluncur. Comel betul muka Hyunsuk bila berjaya seimbangkan badan atas papan luncur. Actually bukan pengalaman baru pun untuk Hyunsuk sebab Treasure pernah main luncur air masa diorang bercuti dekat Bali lepas shooting YG Treasure Box (2019). 


Na PD bagi cabaran memandangkan Hyunsuk dengan Jihoon dah boleh meluncur dengan bagus sebagai beginner. Mereka berdua perlu pergi ke rumah api dan patah balik ke pantai dalam masa 13 minit. Kalau berjaya, Na PD akan bagi daging mentah Korea masa BBQ nanti. Jihoon kata dia boleh buat dalam masa 10 minit je, lagi hebat dan pantas dari lifeguard. Berjaya ke tak diorang buat cabaran ni kena tengok sendiri lah dekat Channel Fullmoon Youtube account. 


Lepas selesai cabaran tersebut, Hyunsuk dengan Jihoon pergi ke khemah untuk masak ramyeon mengikut menu dan resipi mereka sendiri. Kesemua bahan mentah dah dibeli di pasar sebelum sampai ke Pantai Jukdo. 

Jihoon akan prepare ramyeon pedas dengan tofu lembut sementara Hyunsuk akan masak Kodolkodol, ramyeon dengan kerang dan juga beef brisket. Na PD sediakan dua Treasure box yang penuh dengan bahan masakan untuk mereka berdua. Kedua-dua resipi mereka berdua ada soju tapi Hyunsuk minta kebenaran Na PD untuk minum soju sebab muka masing-masing baby face walaupun dah cecah had umur. 

Jihoon : To proceed smoothly, remove the strings that are sticking out. Now is the next seafood. It’s Michael Tyson. Tyson’s shrimps.
Na PD : Tiger shrimps.


Antara kedua resipi ni, resipi Hyunsuk yang paling renyah walaupun bahan sikit sebab kekutan resipi Kodolkodol ni pada sos dia. I tak rasa I boleh prepare sos yang dia buat tu sebab ada bahan yang memang ada dekat Korea je. Tapi resipi dia lebih kurang maggi goreng lepastu gaul kerrang dengan sos dan daun kucai. Mungkin kalau perap kerang dengan sos Buldak lepastu perah limau Kasturi sikit dah jadi kot. 

Resipi Jihoon, Bbongto Ramyeon pula senang je sebab resipi dia lebih kurang Maggi Seafood ataupun Jjampong. Macam Jihoon cakap lah, resipi dia habiskan masa dekat part nak sediakan bahan je sebab nak siang semua bahan tapi bila masak tinggal campak je. I dah buat banyak kali resipi dia so dah boleh agak level sedap resipi tu macam mana. 


Sepanjang episod ni boleh dengar Na PD dengan crew lain tergelak tengok perangai Jihoon dengan Hyunsuk. Happy bila semua orang happy dengan diorang. Hyunsuk dengan Jihoon pun boleh spend time lebih banyak lepas penat jaga anak-anak since diorang eomma dengan appa Treasure. Kelakar bila Hyunsuk kata dia ambil masa 5 tahun nak faham perangai Jihoon. Cara dia membebel macam mak-mak sangat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (14:12 minutes for episode 0)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video :


Gara-gara rancangan Game Caterer YG Family, Na PD tertarik dengan kelincahan dan karakter kelakar Choi Hyunsuk dan Park Jihoon dalam program tersebut. Jadi dia jemput kedua-dua orang ketua kumpulan idol group Treasure ke rancangan dia, The Idol Ramyeonators. 

“We notice you guys dont act like idols. You guys are weirdos" – Na PD


Kalau ikutkan pada preview Rakkidol, rancangan ni dah wujud sejak 2019. Sebelum ni tak pernah tahu pula tentang rancangan ni selain Journey To The West dan 2 Days 1 Night yang dah jadi variety show terkenal kelolaan Na PD. Happy lah bila dapat tahu Hyunsuk dengan Jihoon dapat peluang muncul dalam rancangan PD kegemaran diorang sejak zaman sekolah. 

Objektif rancangan The Idol Ramyeonators ni adalah untuk merakam pengembaraan penggemar baru ramyeon untuk mencari ramyeon kegemaran mereka. Dalam masa yang sama bina karakter yang baru terhadap ramyeon. Maksudnya Hyunsuk dan Jihoon bersama team Na PD mencari bahan apa yang sesuai dimasukkan dalam ramyeon supaya dapat hasilkan resipi atau kombinasi terbaik. 


Dalam group Treasure, Takata Mashiho yang pandai masak dan bagi makan semua member yang lain. Park Jihoon boleh memasak juga tapi limited lah. Hyunsuk selalunya makan ramyeon yang mak dia masak dekat rumah je. Hyunsuk dengan Jihoon dipanggil untuk test kepakaran memasak ramyeon mereka pada bulan Mac sebab tu rancangan ni bermula dengan Episod 0. 

Jihoon : My father adds a lot of stuff in his ramyeon. I don’t like that
Na PD : Then shall we cancel this show?


Hyunsuk dengan Jihoon punya lah excited dapat join program The Idol Ramyeonators sampai cakap diorang boleh naik bot di tengah lautan luas, pergi ke pulau terpencil dan buat unggun api untuk memasak, tidur dalam gua ataupun sesuatu yang tak dijangka. Jihoon berhajat untuk pergi meluncur dalam program ni sebab dia pandai berenang. Ramyeon paling sedap dimakan lepas habis berenang sebab badan dah penat jadi nak makan makanan yang sedap. 

Memandangkan Hyunsuk dengan Jihoon dipanggil untuk ujian memasak ramyeon, jadi Na PD sediakan pelbagai jenama mi segera untuk mereka berdua masak. Dalam peti ais pula ada beberapa bahan yang diorang boleh pilih untuk masukkan dalam ramyeon. Jihoon dengan Hyunsuk pilih ramyeon jenama Buldak, Jin Jajang dan Neoguri. 


‘Based on what I saw so far, Jihoon looks like a clean guy from his appearance, but he keeps making a mess. Hyunsuk is actually tidy. Jihoon has a problem. Everything he does is always for show.’ – Na PD

Tak ambil masa yang lama pun untuk Jihoon dengan Hyunsuk masak ramyeon sebab pilih resipi yang mudah. Jihoon guna sirloin sementara Hyunsuk guna fried dumpling. Lepas ramyeon dah siap masak, masing-masing boleh rasa ramyeon yang disediakan. Comel sangat masa Hyunsuk rasa ramyeon sirloin kepunyaan Jihoon. 


Baru tengok Episod 0 dah berdekah dengan ragam dua orang leader ni. Na PD dengan team dia pun gelak besar sepanjang ramyeon test ni. Boleh nampak lah kenapa diorang jemput Hyunsuk dengan Jihoon join program mencari ramyeon tersedap di Seoul, Korea. 

Poster dengan thumbnail pun comel dan kelakar, sesuai lah dengan genre variety show yang tak putus dengan hiburan. Tak sabar nak tengok Episode 1 sebab preview mengundang sangat. By the way masa Episod 0 ni keluar, Na PD bagitahu kalau view untuk episod ni mencecah 1.5 juta, setiap kali hujan Jihoon dengan Hyunsuk akan buat vlive makan ramyeon. Pulun lah stream dalam masa seminggu and we achieved it! Yeayyyy

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Misi Mencari LEGO Treasure di KLCC

Saturday 25 June 2022

Bulan ni kecoh bila LEGO habis stok gara-gara Jaehyuk, Hyunsuk dengan Jihoon pergi ke Legoland Korea lepastu ukir nama dekat keychain Lego. Sebelum ni Jaehyuk Treasure update gambar dia dengan keychain ada ukiran nama TM which stands for Treasure Maker. 


Maka ramai lah yang pergi serbu LEGO Malaysia, Indonesia dengan Filipina untuk beli keychain supaya dapat ukir nama. Yang bukan Teumes pun join the trend sebab nak ukir nama sendiri ataupun nama bias diorang dari idol group lain. LEGO pun rajin update dekat socmed diorang dan buat pengumuman akan restock secepat mungkin untuk mana-mana stor yang kehabisan keychain. Dekat Indonesia pula ramai yang beratur panjang sampai kena tunggu selama 3 jam untuk siap. 


I terbaca komen dekat Twitter ramai yang kata keychain ni ada dekat LEGO KLCC maka minggu lepas berjalan lah ke sana. Kebetulan pula Kerajaan umumkan tambang percuma menggunakan pengangkutan awam. Kira langkah kanan lah kan? Dari Kwasa Sentral nak ke stesen KLCC, kena tukar tren dekat stesen Pasar Seni untuk naik LRT ke KLCC. 


Tapi disebabkan kitorang tersalah ambil laluan, terpaksa berjalan dari Avenue K ke KLCC padahal silap simpang je. But that's okay lah sebab boleh bergambar dekat sini. Dapat vitamin D sikit sementara berjalan tu hihu. Mood tengah happy nak pergi beli barang yang kita suka kan, jadi apa pun takpe, semua okay je haha

To be honest I tak pernah minat dengan LEGO pun sebab tak ada tempat pun nak display lepas dah siap bina lepastu mana ada masa nak cantum semua blocks. Ada satu design tu sampai 3,000 unit, kecil pulak tu. Hyunsuk yang suka main LEGO pun spend time sampai 3 jam lebih nak cantum semua. But who knows in future I nak spend time alone and destress dengan LEGO hihi


LEGO store dekat KLCC ni kecil je dan sedikit tersorok. Masa datang tu tak ramai orang lagi tapi yang sedihnya bila tanya staff dia kata keychain dengan engrave name tu dekat Lego store Pavillion. Hmmm terpaksa lah patah balik ke LRT lepastu tukar MRT menuju ke stesen Bukit Bintang. Nasib baik lah mencari hadiah untuk orang juga so tak kisah pun lah kena pergi Pavillion. Dah alang-alang keluar kan, takkan nak balik macam tu je. Lagipun tambang tengah free haha


Excited masa sampai dekat LEGO Pavillion Bukit Bintang ni sebab store dia besar sikit dari KLCC so I assume mesti ada lah keychain tu dekat sini. Masuk je terus dekat bahagian kiri store sebab ada nampak keychain section dekat situ. 3 kali jugak lah pusing dekat situ mencari tapi tak jumpa pun. 


Cari lagi, pusing lagi tetap juga tak jumpa maka ambil keputusan tanya staff LEGO pasal keychain LEGO siap tunjuk gambar yang stans post dekat Twitter. Staff tu buat muka penat nak jawab. Dia kata dah habis. Dalam minggu tu entah berapa kali dia kena jawab soalan yang sama. Haihhhhh kecewa lagiiiii.

Memandangkan yang dicari tak jumpa, rehat kejap dengan belek semua koleksi LEGO dekat sini lepastu bergambar untuk Instagram haha









Amazed tengok semua LEGO dalam bekas kaca ni sebab staff mesti ambil masa yang lama nak siapkan semua ni. Tak sure lah semua ni dari edition mana sebab lupa nak tengok tag nama dekat bawah tu. 


Excited tengok LEGO display yang ni sebab Jaehyuk beli edisi ni 







Masa dok belek semua edisi dan display dekat LEGO Pavillion ni baru perasan yang dinding dia penuh dengan blok LEGO. Kreatif betul sampai I rasa nak transform dinding rumah jadi macam tu jugak tapi kalau satu papan LEGO tu RM60 untuk saiz A5, hmmm elok lupakan je lah di waktu inflasi ni. Minyak masak naik harga, tarif elektrik naik, harga ayam, telur, ikan, daging dan sayur pun naik. Jadi kita bergambar je lah dekat dinding sebagai tanda Pana was here. 


Surprisingly tudung I on point masa tu so rasa kecewa tu hilang lah sikit bila tengok gambar hihu. Nasib baik jumpa jugak hadiah yang dicari dekat Parkson maka tak lah rasa tersia sangat masa tu. Kalau tak jumpa, dah satu hal nak kena menapak ke One Utama pulak. Done sunning, done 11,000 langkah sehari. Hari tu je lah, lagi 6 hari tu yillekkkkk

Lega Dapat Makan Potato Corndog Di CU

Craving nak makan potato corndog ni gara-gara nampak video live Felix Stray Kids makan sambil buat ASMR. Sebelum ni pernah makan corndog dekat Family Mart tapi dekat CU je ada jenis potato ni. Tak tau lah kalau ada dekat tempat I memang tak ada so I gamble je beli dekat CU. 

Bahagian belakang

Bahagian depan bersalut dengn sos samyang dan cheese

Selalunya tekstur corndog lembut sebab sosej bersalut tepung je tapi bila ada potato ni dia jadi rangup so bila makan ada feel dalam sikit bila kunyah. Tu yang terliur teruk bila tengok Felix makan. Masa taip ni pun terliur balik. Mungkin esok kena pergi CU lagi untuk beli potato corndog. 

Harga untuk satu potato corndog ni RM8.99 and personally for me memang worth it sebab saiz dia besar lepastu sosej dia pun besar. Tepung dengan kentang memang karbohidrat makanya bila makan akan terasa kenyang lah. Sebelum ni makan untuk breakfast, kenyang sampai waktu lunch. Cuma sos samyang dengan cheese tu lah I tak suka banyak macam tu. Lepas ni kena order supaya letak sikit je sebab tak suka belemoih atau banjir. 


Alang-alang dah menyinggah CU, I try juga minum iced latte dia. Well, not bad lah dia bancuh dan coffee beans dia sesuai dengan tekak. Cup dia pun comel jugak. Lepas ni kalau pergi CU dah tahu nak beli apa hehehe


Masa menyinggah dekat CU ni ternampak Jeju Series promo. Menarik jugak K-Corn Sausage Party Pack tu sebab boleh jimat RM10. Nanti macam nak try Burger hitam CU ataupun chiffon cake dia. Looks nyummmm!

SHOPEE Bantu Penjual Tempatan Tingkatkan Jualan Dengan Lebih Banyak Ciri Kolaboratif

Friday 24 June 2022

Shopee bantu penjual tempatan tingkatkan jualan dengan lebih banyak ciri kolaboratif | Shopee kongsikan inisiatif dan sumber untuk menyokong perniagaan tempatan di Seller Summit 2022

Shopee berusaha untuk membantu para penjual tempatan menarik lebih ramai pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada untuk kembali membuat pembelian pada platform dengan alat pemasaran penjual baharu dan bersifat lebih kolaboratif.

Pengarah Shopee Malaysia Kavan Sito menekankan bahawa platform tersebut kekal komited untuk membantu lebih ramai orang dan perniagaan mengakses manfaat ekonomi digital melalui teknologi.

Menurut Kavan Sito, Pengarah Shopee Malaysia, mulai S3 tahun ini, semua penjual bakal meluaskan jangkauan mereka menerusi lebih 13,000 rakan affiliate Shopee untuk menambahbaik keterlihatan serta meningkatkan jualan melalui Shopee Affiliate Marketing Solution (AMS).

Rakan kongsi affiliate termasuk influencer media sosial, platform kupon dan pulangan tunai, platform perbandingan harga dan penerbit kandungan. Penjual terpilih yang menyertai AMS antara bulan Oktober dan Disember tahun lalu mencapai hingga 16 kali ganda pulangan atas pelaburan pengiklanan mereka.

Berucap di Shopee Seller Summit pada 16 Jun, Sito berkata bahawa ulasan atau review daripada pengguna adalah penting untuk membantu mewujudkan kepercayaan dan daya tarikan untuk produk dalam talian. Oleh itu, Shopee juga akan membolehkan para penjual memberi ganjaran kepada pengguna yang memberi ulasan produk yang berguna.

Selain itu, platform itu juga akan mempertingkatkan ciri baucarnya yang akan membolehkan para penjual memberi insentif kepada pembeli baharu serta memberi ganjaran kepada pembeli sedia ada yang kembali membuat pembelian atas kesetiaan mereka.

“Ini adalah antara banyak ciri pemasaran penjual inovatif yang akan dilancarkan oleh Shopee dalam beberapa bulan akan datang untuk membantu para penjual memacu pertumbuhan perniagaan jangka panjang,” kata Sito.

Shopee Seller Summit yang bertemakan “Level Up: Driving Growth Together” telah diadakan di Sunway Resort, Petaling Jaya. Acara tersebut telah menarik 500 peserta fizikal dan hampir 2000 peserta maya.

Sito berkata, “Shopee kekal komited untuk meningkatkan kemahiran dan memperkasakan perniagaan tempatan. Selain daripada modul latihan percuma yang disediakan melalui Shopee University, Shopee berbesar hati menjadi rakan kepada agensi kerajaan yang dipercayai untuk menyokong komuniti tempatan serta memacu inisiatif latihan yang membantu meningkatkan kemahiran perniagaan tempatan. Ini termasuk memberi sokongan kepada semua jenis penjual, malah kira-kira 5,000 usahawan pelajar universiti memulakan perjalanan perniagaan dalam talian mereka melalui inisiatif Siswa Mall dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.”

Shopee Seller Summit juga merupakan sebahagian daripada inisiatif #ShopeeSapotLokal yang bertujuan memacu inklusiviti dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti tempatan. Kelvin Yam, 46 tahun, seorang penjual di Shopee yang mengendalikan kedai alat tulis, CX Trading merupakan seorang pengguna tegar program-program Shopee seperti Facebook Collaborative Ads (CPAS) dan Seller Affiliate Programme. Beliau berkata bahawa program-program tersebut bukan sahaja memberi insentif kepadanya untuk memasarkan produk Shopee di Facebook, tetapi turut membantu meningkatkan purata jualan bulanannya sebanyak lebih daripada dua kali ganda.

“Program-program ini sangat membantu dalam meningkatkan perniagaan Shopee saya kerana saya melihat peningkatan jualan hampir 5 kali ganda. Saya kini menjana purata jualan bulanan sebanyak kira-kira RM50,000,” kata Yam.

Seorang lagi penjual, Ammar Izzuddin, 33, percaya bahawa selain menambah ilmu, seseorang juga perlu menjalin rangkaian kenalan dan belajar daripada penjual lain untuk menimba lebih banyak pengalaman dalam penjualan. Ammar yang menjual produk bayi di Shopee berkata, “Melalui peluang meluaskan rangkaian kenalan di Shopee Seller Summit, saya memperoleh pandangan tentang cara para penjual lain menyusun strategi dan meramalkan peluang perniagaan, serta mengurus sumber mereka. Ini semua sangat bermanfaat demi membantu kami memahami cara kami dapat melakukan yang lebih baik dan mengembangkan perniagaan dalam jangka panjang.” Ammar merupakan peserta setia Shopee Seller Summit selama empat tahun berturut-turut.

Para penjual yang ingin menyampaikan kemahiran dan pengetahuan mereka boleh menyertai program ShopeeXperts, di mana permohonan program akan dibuka pada awal bulan Ogos tahun ini. Melalui program ini, penjual berprestasi tinggi terpilih akan diberi latihan selama sebulan dalam kemahiran pemasaran, operasi, jualan dan pembentangan. Ini merupakan peluang untuk mewujudkan kredibiliti sebagai seorang jurulatih yang berkelayakan serta dapat membantu para penjual lain dalam memacu pertumbuhan perniagaan mereka.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang. Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

'JEJAK 3' kembali meneruskan paparan aktiviti amal kebajikan dan menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama menerusi musim ketiganya di Astro Prima.

Musim ketiga yang membawakan tema ‘Kita Jejak Kita Bantu’ memaparkan babak-babak belakang tabir kerja amal yang dilakukan oleh selebriti-selebriti yang berbeza dengan kerjasama Pertubuhan Badan Kerajaan (NGO) pada setiap episod. Sepanjang siaran musim ketiga, selebriti-selebriti ini menziarahi golongan yang memerlukan dan memberi bantuan asas serta sumbangan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menampung keluarga.

Program yang menyayat hati ini menyelit kisah-kisah perit yang dihadapi masyarakat kita yang hidup dalam serba kekurangan serta sukar untuk menjalani kehidupan harian mereka kerana kesempitan kewangan.

Program realiti ’Jejak 3’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam sebanyak 13 episod mulai 27 Jun 2022 hingga 19 September 2022 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

“Astro sentiasa bersedia menggalas tugas untuk membawa paparan realiti masyarakat kita yang terhimpit dengan kesukaran serta kedaifan kehidupan. Sesungguhnya realiti perit ini tidak seharusnya diselindungi, malah patut dijadikan paparan untuk membantu mereka yang memerlukan serta membawa kesedaran di kalangan masyarakat kita, apatah lagi ramai dalam komuniti di negara kita terkesan dengan bencana alam.

Norzeha Mohd Salleh - Pengurus Saluran Astro Prima

‘Jejak 3’ menyelami kisah-kisah mereka diselubungi kesempitan kehidupan termasuk kehilangan harta benda, keupayaan serta kesihatan. Malah, mereka yang terkesan bukan sahaja golongan dewasa tetapi jua kanak-kanak. Di sebalik kesedihan yang dikongsikan, semangat mereka dalam meneruskan perjuangan amatlah luar biasa terutamanya di kalangan anak-anak yang kecil.

Adik Suki, Adik Iman dan Adik Raisya antara mereka yang menunjukkan kegigihan berjuang, tidak kira kekangan kewangan atau fizikal yang dihadapi. Semangat waja seperti ini menjadi nadi mengapa kami meneruskan program Jejak. 

Penglibatan rakan-rakan selebriti mewarnai hari-hari mereka yang terbabit. Barisan artis yang bersama turut menyumbangkan bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk kewangan serta barangan keperluan. Mereka juga merasai impak daripada apa yang mereka lihat, yakni kesusahan dan keperitan yang dihadapi sehinggakan ada sesetengah mereka berlinangan air mata mahupun berada dalam tangisan ketika penggambaran dijalankan. 

Program ini juga menyingkap sisi-sisi barisan selebriti tanah air yang tidak pernah dipertontonkan untuk dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 

Kerjasama dengan badan bukan kerajaan atau NGO amatlah kami hargai sepanjang produksi ‘Jejak 3’. Kesungguhan dan kecekalan mereka membantu kami membolehkan segala bantuan yang dihulur dilakukan dengan lancar. Badan bukan kerajaan ini merupakan refleksi keprihatinan masyarakat kita yang mahu membantu tanpa mengharapkan apa jua balasan.

Kami berharap apa yang kami telah saksikan secara nyata bakal terjemah di skrin untuk penonton-penonton Astro. Sudah semestinya sesiapa sahaja yang menonton epsiod-episod ‘Jejak 3’ bakal tersentuh lantas tergerak hati untuk membantu mereka yang dipaparkan mahupun golongan kurang bernasib baik yang lain. ‘Jejak 3’ pasti akan membuka mata, minda dan hati semua.”

Johan Shahputra Johny Anwar - Pengarah Program Realiti ‘Jejak 3’

“Antara cabaran penerbitan Jejak musim ketiga ini adalah untuk mencari kes-kes yang sesuai untuk kita berikan bantuan dan dipertontonkan kepada orang ramai. Justeru, kami bekerjasama dengan pelbagai pihak NGO untuk membantu kami dalam memilih kes-kes yang kita ingin melakukan penggambaran memandangkan pihak NGO ini rapat dengan mereka dan lebih mengetahui kisah-kisah mereka.

Sudah semestinya mereka adalah kumpulan-kumpulan NGO yang kami berbesar hati untuk bekerjasama kerana mereka dipilih berdasarkan portfolio mereka serta penceritaan kes-kes yang mereka cadangkan kepada kami. Saya sangat berbangga dengan usaha dan semangat mereka dalam mengendalikan misi ini kerana mereka lebih berpengalaman, lebih-lebih lagi dalam pengurusan golongan yang kurang bernasib baik.

Program ‘Jejak 3’ kali ini membawa sedikit kelainan di mana kami menampilkan selebriti-selebriti yang berbeza untuk setiap episod. Perbezaan ini dapat menyerlahkan sisi-sisi mereka yang tidak pernah dilihat oleh peminat-peminat sekaligus memberi pengalaman baharu kepada selebriti yang terlibat terutamanya dalam menziarahi mereka yang dalam kesusahan.

Kami juga bekerjasama dengan pelbagai NGO yang berlainan pada setiap episod untuk memberikan sumbangan dan bantuan kepada yang memerlukan. Program ini diharap dapat membuka mata penonton serta memberi pendedahan kepada mereka bahawa di luar sana masih ramai yang memerlukan pertolongan kita, tidak kira tua atau muda. Kami juga berharap penonton akan dapat sama-sama memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mereka agar kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.”

TRIVIA MENARIK PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’

1. Ketika pihak krew memberi makanan kepada golongan gelandangan, mereka dikerumun dan dihempap.

2. Terdapat tujuh Pertubuhan Badan Kerajaan (NGO) yang terlibat bersama-sama team Jejak untuk menjalankan misi membantu orang-orang yang memerlukan.

3. Ketika penggambaran, Pak Nil takut untuk meneruskan penggambaran kerana khuatir monyet datang menyerang.

4. The Helmis (Heliza & Hazwani Helmi) berpeluang untuk bekerja mengutip dan menjual barang terpakai.

5. Pada mulanya, Che Ta dan krew Jejak yang lain menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan Adik Iman kerana keadaan kesihatan beliau. Oleh sebab itu juga, Che Ta dan krew Jejak mengambil masa 3 jam untuk betul-betul serasi dengan Adik Iman.

6. Percaya atau tidak, semasa membuat penggambaran bersama Adik Iman, team Jejak perlu bergerak ke tiga lokasi berbeza dan penggambaran memakan masa selama 12 jam.

7. Ketika mencari peniaga kecil di sekitar kawasan Sungai Buloh, hujan turun dengan sangat lebat menyebabkan krew Jejak terpaksa meredah banjir kilat dan melambatkan penggambaran sehingga ke lewat malam.

8. Yana merupakan selebriti yang paling mudah tersentuh hati dan menangis hampir sepanjang perjalanan penggambaran kerana mengenangkan nasib Adik Raisya dan mengingatkan anak beliau yang sebaya dengan Adik Raisya di rumah.

9. Ketika membuat penggambaran di pantai Sekinchan, kaki Yana hampir digigit ketam.

10. Kisah Pak Cik Ariffin pernah viral apabila The Helmi’s bertemu dengannya ketika banjir melanda Hulu Langat. Oleh kerana air yang telah mencecah paras muka, Pak Cik Ariffin terpaksa menginap di stesen bas berdekatan dan di situlah beliau bertemu dengan The Helmi’s.

SENARAI SELEBRITI DALAM PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’

1. Rozita Che Wan

2. Yana Samsudin

3. Datin Seri Heliza Helmi

4. Hazwani Helmi

5. Datuk Aznil Hj. Nawawi

6. Fikry Ibrahim

7. Liza Hanim


LOGLINE PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’

Menampilkan selebriti yang berbeza mengikut setiap episod di mana mereka akan menjalani misi bersama ‘Team Jejak’ di samping bekerjasama dengan NGO yang berbeza dalam setiap episod bagi memastikan kejayaan misi kemanusiaan yang meliputi pelbagai aspek seperti bantuan sosial, bantuan kewangan, bencana alam dan meraikan 'unsung heroes'.

SINOPSIS PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’

Program ini merupakan sebuah program inisiatif Astro yang mengutamakan keperluan dan kebajikan masyarakat dalam memberi bantuan kepada golongan terkesan yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang. Dalam setiap episod, selebriti-selebriti yang berbeza akan mendekati golongan yang memerlukan dan memberikan sumbangan kepada mereka dengan kerjasama pihak NGO .