Amen Khalid Penyambung Legasi Allahyarham Mamat Khalid, Sempurnakan Karya Terakhir ‘KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI’ | ‘Di Pawagam Rumah Anda, Astro First Bermula 3 Mac Ini’ 

Sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan sebuah legasi cukup besar buat industri penyiaran, perfileman Malaysia serta masyarakat. Kejayaan- kejayaan yang dicipta turut menyumbang kepada corak perubahan perfileman tempatan, antaranya filem Hantu Kak Limah menjadi filem pertama negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta, francais filem komedi No 1 tanah air ‘Kampong Pisang’ telah dikembangkan dari filem ke drama siri  premium,  telemovie  serta  filem  pendek,  dan  lebih  unik  menjadi  satu-satunya  jenama  filem tempatan  yang  masih  menerima  reaksi  positif  serta  relevan  hingga  ke  hari  ini  meskipun  telah diperkenalkan  sejak  lebih  sedekad  lalu.  

Bagi  meneruskan  perjuangan  seni  dan  legasi  Allahyarham Mamat Khalid, anak keempatnya iaitu Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali. 

Ke  mana  tumpahnya  kuah  kalau  tidak  ke  nasi.  Pastinya  filem  ini  akan  menjadi  kebanggaan  buat keluarga dan peminat. Amen Khalid sering di samping bapanya dalam penghasilan karya-karya lalu, telah  menyahut  cabaran  menyempurnakan  tanggungjawab  bapanya  mengarahkan  filem  Kampong Pisang  Berbuah  Dua  Kali  dan  ini  merupakan  pertama  kali  dia  menggalas  tanggungjawab  sebagai pengarah filem. Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem ‘Sis Ngensot’ dan ‘Pochong’ yang ditayangkan di saluran BOO (404)

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 3 Mac hadapan. Mengekalkan  tunggak  utama  dalam  meneraju  watak  sebagai  penduduk  Kampong  Pisang,  seperti Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri  (Cik  Purnama),  Ahmad  Yassin  (Yassin),  Rasydan  Zakaria  (Adan),  Nizam  Mok  Ram  (MA  Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati).   

Menerusi filem terbaru ini, buat julung-julung kalinya Pak Karim yang dikenali sebagai mantan guru silat yang di segani dalam kampung itu  mempamerkan taring dan ketangkasannya dalam bersilat yang tidak pernah disajikan menerusi sekuel terdahulu. Selain itu, memperlihatkan juga semangat tidak putus asa Barkoba untuk mendapatkan cinta Yati kesinambungan daripada ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’.  

Setiap  naskhah  Kampong  Pisang  pasti  diwarnai  dengan  watak  wanita  dengan  karakter  tersendiri. Kehadiran  pelakon Datin Paduka Eina Azman   memegang  watak  sebagai  Cik  Mek  sudah  pasti menambahkan kegamatan dalam kampung ini. Beliau juga turut menyanyikan sebuah lagu bersama watak  baru  Cik  Gerhana  lakonan  Azman  Mantra  personaliti  media  sosial  yang  pernah  tular  kerana nyanyiannya.  Selain mereka, watak baru yang turut diperkenalkan adalah Yaakob Kangkong lakonan oleh pengacara Dollah Cantik. Cukup menarik juga, watak daripada ‘Kampong Pisang Bersiri Siri’, iaitu Khuda serta Teck Zee (Kampong Pisang Kita Setandan) turut kembali dalam filem ini.   

Tampil  sedikit  berbeza,  ini  adalah  kali  pertama  menyaksikan  universe  Kampong  Pisang  meletakkan elemen memperkasakan golongan wanita (women’s empowerment) dalam memperkukuhkan jalan cerita.  

“Alhamdulillah,  akhirnya  filem  ini  akan  menemui  penonton tidak  lama  lagi.  Meskipun  teruja  untuk  mempersembahkan  karya daripada legasi peninggalan arwah ayah saya, namun dalam masa yang sama saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton terutamanya peminat Kampong Pisang. Ini merupakan taruhan pertama saya sebagai pengarah  filem,  tentunya  saya  cuba  mengekalkan  elemen  yang  ada dalam Kampong Pisang dan dalam masa yang sama turut menerapkan elemen baru agar gabungan tersebut  dapat  memberikan  pengalaman  segar  kepada  penonton  seperti  karya-karya  sebelumnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang  banyak  memberi  kerjasama  dan  bertukar  pendapat  dalam  menjayakan  setiap  babak.  Saya berharap menerusi filem ini akan menjadi permulaan yang baik untuk saya memperjuangkan seni dan teruskan legasi ayah saya.” - Pengarah  Filem  Kampong  Pisang  Berbuah  Dua  Kali,  Amen  Khalid

 “Kehilangan  Allahyarham  Mamat Khalid  merupakan  satu  kehilangan  permata  dalam  industri.  Namun  kami percaya peminat-peminat Kampong Pisang bersetuju tiada siapa yang lebih layak  meneruskan  perjuangan  Allahyarham,  selain  anak  beliau  sendiri, Amen  Khalid.  Selaku  penerbit,  kami  rasa  amat  bertuah  dan  merupakan kenangan  manis  di  atas  kepercayaan  yang  diberikan  serta  peluang  bekerjasama  dengan  seorang sutradara  berbakat  besar  dan  dikagumi  ramai,  iaitu  Allahyarham  Mamat  Khalid.  Kampong  Pisang Berbuah  Dua  Kali  cukup  istimewa  kerana  ia  adalah  idea  asal  oleh  Allahyarham  dan  kami  percaya  Amen Khalid mampu meneruskan legasi dengan cara serta gayanya tersendiri. Kami harap peminat dan rakan industri dapat  memberi  sokongan dan semangat kepada pengarah baru yang  berbakat. Astro Shaw sentiasa bersedia menyediakan ruang dalam mengetengahkan bakat-bakat kreatif baru untuk mempersembahkan karya seni mereka. Insyallah, banyak lagi perancangan Astro Shaw bersama produksi Enjit Enjit Semut kelak, jadi nantikan.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw,  Raja Jastina  Raja  Arshad 

SINOPSIS KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI :

Kampong Pisang dilanda misteri lagi! Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18  dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka. 

Saksikan  komedi  seram,  Kampung  Pisang  Berbuah  Dua  Kali  yang  akan  berada  di  Pawagam  Rumah Anda, Astro First bermula 3 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di  Astro  Go  atau  On  Demand.  Dengan  hanya  RM15,  anda  boleh  menonton  selama  48  jam  (2  hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.  



Terima lebih ganjaran dengan Shopee pada ShopeePay Day yang akan berlangsung pada 1 Mac 2022. Terhad untuk satu hari, pengguna ShopeePay boleh menikmati 12% pulangan tunai syiling apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 luar talian dengan ShopeePay di kedai-kedai seperti Ninjaz, Tiger Sugar, GSC, Hometown Hainan Coffee, Ninso, dan banyak lagi. 

ShopeePay juga menawarkan pulangan tunai 100% bagi baucar 1 Sen ShopeePay. Baucar-baucar ini boleh didapati pada ikon ShopeePay Near Me di dalam aplikasi Shopee. Pulangan tunai 100% ini akan berlangsung buat masa terhad dari jam 12 pagi sehingga 2 pagi dan dari 12 tengah hari sehingga 2 petang pada 1 Mac 2022. Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuklah; CU Malaysia, Sangkaya, Black Whale, Lotus’s, MR. DIY, Econsave, Guardian, KK Mart, FamilyMart, myNEWS, Eco-Shop, MR Dollar, Hero Market, Dao Desserts, A&W, dan Dunkin Donuts. 

Selain tawaran pulangan tunai, ShopeePay juga menawarkan ganjaran sehingga 39,393 syiling Shopee kepada pengguna apabila mereka menambah nilai minimum RM30 ke dalam e-dompet pada 1 Mac 2022. Tambahan, sepanjang tempoh ini, ShopeePay juga bakal memberikan potongan 50% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM5 bagi pengguna telekomunikasi untuk baucar tambah nilai dan potongan 20% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM4 bagi setiap pembayaran bil menggunakan ShopeePay. 

Berita baik bagi penggemar makanan, anda juga kini boleh menikmati tawaran istimewa ShopeeFood yang kini beroperasi di Johor Bahru. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Promosi Super sehingga potongan 50% ketika melakukan pesanan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mac, layari, https://shopee.com.my/m/shopeepayday. 

Tertakluk kepada terma & syarat. 

Blog Performance Februari 2022


Tema bulan Februari ialah 'Kita mampu merancang, Tuhan tentukan segalanya'. 

1. PV


Jatuh teruk views bulan Februari padahal dah target nak cecah 10k pv sehari. Sehari dapat 1k ada lah. Ada lah sesekali dapat cecah 4k itupun boleh kira dengan jari je. Tak pasti nak bertahan dengan template ni ataupun tukar baru. Tengok dah cun cun dah dekat mobile dengan desktop tapi kacau pv pulak. 

2. Posts


Banyak entry lama naik balik bulan lepas nak bandingkan dengan bulan Januari yang lebih kepada entry baru. Mungkin sebab bulan lepas tak banyak review movie Melayu atau Indonesia baru kot. Macam bulan Januari ada movie Backstage dengan drama Layangan Putus. Movie Sa Balik Baju pun still ramai yang mencari so berbekas lah tempiasnya dekat Popular Post tu. 

3. Keywords 

I cakap nak stop letak keywords sebab muncul keywords sama je tapi still lagi tempek dalam report card sebab banyak keywords baru muncul untuk bulan Februari. I nampak ada yang cari makanan Family Mart maka I akan buat banyak lagi sharing sebab stok senang dapat haha. Cun jugak kalau buat senarai apa yang sedap dan berbaloi dimakan kat situ. 

4. Bilangan Entri

Walaupun bulan Februari ada 28 hari je dan tak ada banyak public holiday tapi berjaya jugak cecah entry sebanyak 44 buah entry kalahkan bulan Januari punya. I nak lenjan saampai 60 tapi ada content yang terpaksa hold masuk bulan Mac sebab Wavve re-release program tu. Ada banyak jugak drama yang tengah layan sekarang akan habis pada bulan 3 so yuppp hopefully boleh cecah 60 atau lebih dari tu. 

Anyway, thanks untuk yang tinggalkan komen. I hope bulan Mac boleh membalas kunjungan tersebut kalau tak ada gangguan atau task mengejut sampai kena stayback dekat office. Semoga target dan impian you guys tercapai di bulan Mac ni and stay safe everyone. Please pray for Pantai Timur people. Semoga mereka semua tabah hadapi ujian bencana luar biasa ni.

Movie Review | Akhirat : A Love Story (2022)

Sunday 27 February 2022


Pengarah : Jason Iskandar
Penulis Skrip : Jason Iskandar
Pelakon :  Adipati Dolken, Della Dartyan, Verdi Solaiman, Windy Apsari, Ayu Dyah Pasha, Arswendi Nasution, Nungki Kusumastuti
Syarikat Produksi :   BASE Entertainment, Studio Antelope, Ivanhoe Pictures, Surya Citra Media, Trinity Optima Production
Pengedar : Netflix
Genre :  Romantik / Drama
Durasi Tayangan :  112 minit
Tarikh Tayangan :  28 November 2021 (JAFF), 2 Desember 2021 (Indonesia), 2 Februari 2022 (Netflix)
Trailer :


Akhirat: A Love Story mengisahkan tentang Timur (Adipati Dolken), seorang akuntan muda yang jatuh cinta kepada perempuan bernama Mentari (Della Dartyan). Kisah cinta mereka terhalang oleh kedua belah keluarga kerana perbezaan agama juga taraf hidup. 

Rahayu (Ayu Dyah Pasha), ibu Mentari adalah AJK Masjid sementara ibu Timur pula orang kuat di gereja. Masing-masing mempunyai pandangan yang sama tentang perkahwinan berbeza agama. Kalau satu agama sudah banyak pergaduhan tercetus, apatah lagi bila berbeza agama? 


Dalam perjalanan pulang ke rumah Timur dan Mentari dilanggar oleh lori dan keduanya dimasukkan ke hospital dan disahkan koma. Sementara di dunia lain, mereka berdua sembunyikan diri dari penjaga pintu Akhirat. Mentari dan Timur perlu masuk melalui pintu yang berbeza kerana berbeza pegangan agama. Di dunia tersebut mereka berjumpa Edith (Windy Apsari) dan roh lain. Masing-masing punya alasan yang tersendiri untuk merayau di alam tersebut sebelum menuju ke pintu. 


Idea perbezaan agama yang diketengahkan oleh dua watak utama nampak menarik dan segar namun olahan cerita masih lagi klise dan terlalu santai. Kita tak dihidangkan konflik yang mendalam ataupun apa-apa solusi selain dari berkorban. Jadi tertanya-tanya target audience filem ini buat siapa? 

Kalau targetnya adalah dewasa yang mempunyai konflik yang sama lantas solusinya apa? Kalau target audience adalah ibu bapa, mesej apa yang penulis dan pengarah Jason Iskandar cuba sampaikan? Tak ada langsung babak penerimaan dari mana-mana keluarga. Hanya ada babak penjelasan kenapa si ibu-ibu menegah perhubungan tersebut. Tegahan itu relevan. 


Mungkin penceritaan lebih kuat kalau sama-sama cari jalan untuk pulang ke dunia nyata dan fight kisah cinta mereka berdua. Tak perlu rasanya buat ending macam tu untuk hidupkan elemen dramatik sedangkan watak Timur berulang kali bagitahu keluarga dia tak perlukan dia. Kalau macam tu tak ada masalah lah untuk dia convert agama. 

Chemistry Adipati Dolken dan Della Dartyan tampak kuat tapi pace cerita terlampau perlahan dan tak banyak momen menarik untuk kita berada dalam dunia mereka berdua. Baik di dunia nyata mahupun dunia akhirat. Apa yang syoknya hidup ke sana ke sini berdua tapi tak ada arah tuju. Untuk tempoh masa sebulan dua mungkin bahagia tapi sepuluh tahun? 50 tahun? Tak ada ertinya. 


Transition yang digunakan dalam filem Akhirat oleh Fahrul Tri Hikmawan disunting dengan kemas, begitu juga dengan lighting dan beberapa shot untuk menghidupkan suasana romantik. Tak banyak yang perlu team visual fokus pada alam akhirat sebab pengarah cuma guna beberapa tempat dalam hutan yang berkabus. 


Lagu tema yang digunakan pun membantu menghidupkan babak sedih ataupun romantik antaranya Sayup Menjauh — Adikara Fardy, Jarak — Agustin Oendari & Ivan Gojaya dan Pilu Membiru — Kunto Aji. Filem Akhirat ada beberapa faktor kekuatan untuk jadikan naskhah romantik ni lebih menarik sayangnya skrip tak dikembangkan dengan lebih meluas dan hanya bergantung semata pada pengorbanan tipikal yang boleh dielakkan. Tak salah pun kalau pengarah keluar dari kebiasaan, cerita dia punya, imaginasi dia punya selagimana tak melampaui batas. 


Sayang lah bila filem yang menerima suntikan dana dari Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia untuk membantu industri perfileman yang terjejas dek Covid-19 tak digunakan sebaiknya. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.5/10

My Kpop Favorite Songs 2021

Saturday 26 February 2022

Bila lagu Hindustan tak banyak yang syok, lagu Melayu pun ala kadar je, maka kepada Kpop lah kita menempel haha. Tahun 2021 patutnya comeback album iKON menjelmakan diri tapi ramalanku gagal belaka. Tapi okay lah sebab idol group, solo artist dengan band berlumba release lagu best. I mungkin tak letak Youtube videos dekat dalam entry ni sebab lagu pilihan untuk tahun 2021 banyaaaaaaak sangat. Dan ulasan juga terhad kalau I dah pernah buat review. 

List ni boleh cecah 100 tau so bear with me....

1. Why Why Why - iKON

Sorry not sorry, lagu ni memang teratas dalam carta pilihan I dari tahun lepas sampai lah sekarang. Lagu balada tentang putus cinta ni memang terus menusuk ke hati lah dengan suara DK mendominasi. Lirik pun sendu, no wonder lah single track ni trending #1 dekat Youtube selama 2 minggu dekat Malaysia. 

2. At Ease - iKON

Lagu ciptaan Mino WINNER dipilih untuk berentap di Kingdom : Legendary War (2021) dan jadi favorite song bila I lemau dekat office. I mean 'Endorphin energy running deep to my brain' activates my system everytime Bobby rap this. 

3. U Mad - Bobby

Lagu ni punca I beli album Lucky Man. 

4. Ur SOUL Ur BodY - Bobby feat DK

Sebab ada DK, enough said

5. LiLaC - Bobby

Lagu Bobby jatuh cinta dengan Mrs Jiwon

6. Raining - Bobby

JunBob always create magic with rock ballad genre. Second fav song after Deep Night.


7. BrEAk It DoWn - Bobby

8. LiAr - Bobby

9. DeViL -  Bobby

Lagu ni ada potential sebagai soundtrack utama drama The Devil Judge but director slept on it

10. Let iT Go -  Bobby

Setiap kali I stress dengan kerja atau bad day, pasang je lagu ni automatic happy balik

11. GorGeous - Bobby

Dia nyanyi untuk tunang dia tapi I yang angau setiap kali dengar lagu ni. 

12. No TiMe - Bobby

13. illa illa - B.I

My comfort song for 2021. Lirik dia tepat menggambarkan kesedihan dunia yang tak adil ni. 

14. Remember Me - B.I

Lagu ni trending dekat TikTok tahun lepas

15. Gray - B.I

16. Daydream - B.I

17. Help Me - B.I

18. Numb - B.I

19. Re-Birth - B.I

One of favorite songs in the album sebab melancholic lyrics and emotion. Lepas tahu lirik lagi lah rasa nak nangis sebab related teruk.

20. Then - B.I

21. Waterfall - B.I

Whattt??? I kata favorite songs, tak kata favorite album so I list je lah semua lagu dalam album Waterfall. I literally sings each songs at B.I's oncon okayyyyy.

22. Got It Like That - B.I feat Destiny Rogers

23. Next Level - AESPA

Tahu lagu ni gara-gara iKON buat hand signature masa KCONTACT 2021. Punyalah pulun buat sampai jadi curious lagu apa ni. Dari suka part chorus sampai addicted dengan full song. Lagu Next Level ni antara top song Korea untuk tahun 2021. Ada potential untuk menang Best Song tu. 

24. Only - Lee Hi

Lee Hi nampak lagu ni trending dekat Indonesia tapi dia tak sedar ke IGstory Malaysians bersepah guna lagu ni. Sesuai untuk soundtrack drama romantik. Lagu ni pun romantik, setia hingga hujung nyawa vibe. 

25. Savior - Lee Hi feat B.I

Dua orang best friend ni tengah kemaruk release lagu lepas keluar dari YGE so banyak lah lagu diorang tahun ni. Beat dari gitar elektrik dekat chorus antara kekuatan lagu Savior selain rap dengan ayat puitis dari B.I


26. Ping Pong - Hyuna feat DAWN

Jarang lah I nak suka lagu Hyuna but this one is exception sebab gabungan suara diorang da bomb. Lagu ni pun comel sebab diorang couple IRL. 

27. Booku Ddong - Shy Ddoong feat RAVI (VIXX)

Lagu ni fun, lirik dia pun kelakar. Sebab lagu ni I nampak RAVI



28. Hate That - Key SHINEE feat Taeyon SNSD

First mini album Key release pertengahan tahun 2021 dan tak sangka I boleh suka dengan main track ni. Chemistry Key dengan Taeyeon dalam lagu romantik balada yang menguatkan lagi emosi dan penceritaan lagu putus cinta ni.

29. Bad Love - Key SHINEE

Lagu ni rancak sikit berbanding Hate That... I suka bila Key nyanyi part 'Cut it out... Domuji can't control andwae!' Comel betul dia sebut sebijik sebijik

30. I Know I Love You - TXT feat Seori



Thanks to JOOX, I discover this gem. First time dengar terus jatuh cinta dengan lagu ni. MV pun comel. 

31. Lo$er = Lover - TXT

I know this song is dedicated to me. Thanks :')

32. Anti- Romantic - TXT

Sebab JOOX jugak paksa dengar hari-hari lepastu Yunhyeong guna dalam video dia. Lirik yang berunsurkan sendu melankolik untuk lari dari cinta digubah dalam genre electric pop. 

33. Frost - TXT 

Sebab adik I jumpa lepas I paksa dia layan lagu I Know I Love You - TXT feat Seori. Lagu ni ada vibe horror pastu ada part diorang menjerit like wow I'm sold

34. Everyday - Treasure

Chorus lagu ni comel even lirik dia sweet sebab Treasure tuju kepada Teumes.

35. Cosmos - B.I

Hehe B.I release dua album so.......


36. Nineteen - B.I

Thanks to guru vokal YG Entertainment, B.I berjaya cipta intro yang melekat dalam kepala. Lirik yang menggambarkan zaman rebel dan persepsi masyarakat diceritakan dengan tepat menggunakan genre rock, hip-hop.

People like to judge me
I'm no different from them
The things I don't wanna keep piling up
Don't expect much from me

37. Lover - B.I feat Colde

38. Alive B.I

39. Flame - B.I

40. NERD - B.I

41. Buddy Buddy - B.I

42. Jessi - What Type Of X

Lepas Nunu Nana, lagu diss ex-boyfriend dengan genre kotemporari pop ni syok gak nak layan. Savage vibe Jessi masukkan dalam lagu ni naikkan aura bitchy tu. 

“I’m a different kind of beast, but it’s okayyyy,”



43. Dumb Dumb - Jeon Somi

Lagu ni comel walaupun I tak suka Teddy tapi chorus dengan whistle tu melekat dalam kepala

44. XOXO - Jeon Somi

45. Anymore - Jeon Somi

Lagu ciptaan Sweat Pinks ni soft pop dan berkisar tentang keadaan putus cinta. Suara Somi fit just nice dengan melodi tapi MV dia macam pinjam set lagu Gone - Rose Blackpink.

46. Gone - Rose Blackpink

Alang-alang dah sembang pasal Rose kan, antara dua lagu yang dia release tahun lepas, lagu Gone lebih melekat di hati sebab lagu sendu sebabak dengan genre EDM pop. Suara Rose ni unik sebab sengau yang sedap macam Park Bom

47. After School - Weekly

Lagu fun dari 4th gen girl group melekat dalam kepala tapi bila 10 kali ulang dekat radio dalam masa sehari, I pun jelak dah dengar lagu sama. Pertengahan tahun tu dah mula hilang dah. But still everytime pasang mesti rasa nak menari especially part chorus tu. 

48. Deja Vu - ATEEZ


ATEEZ muncul balik dengan lagu elektro pop dan vibe yang lebih kurang sama dengan Fireworks. 

49. Turbulence - ATEEZ

50. LMLY - Jackson Wang

Single track Jackson menggunakan elemen 80-an yang terarah pada retro dan gabungkan dengan dance pop. Hasilnya, jatuh cinta. 

51. Where Are We Now - MAMAMOO

Perfect for emo mood 

52. Anyone - Seventeen

One of my favorite rock genre in Your Choice - Seventeen album. Tapi bukan one of lah, boleh kata the only song yang I suka sebab kekuatan vokal dan lirik lagu Anyone. 

53. Rock For You - Seventeen

“I wanna rock with you, I wanna stay with you." 

Walaupun ada pelat Korea tapi I sukaaaaaa



54. Money - Lisa Blackpink

Money hit me hard every end of the month. Give me that money money money. Kalau tanya mana lagu Lalisa, I would say nope... the lyrics just hmmm Teddyish??

55. Counting Stars - BE'O feat Beenzino

Another great talent I discovered last year. Ni semua sebab DK nyanyi lagu Counting Stars dekat konti Station Z. Lirik lagu genre soft hip hop ni pun mencuri hati. 

56. Bad Love - BE'O

Lagu ni unik sangat sebab BE'O tunjuk betapa sakitnya dia sebab cinta. Dekat beberapa rangkap ada bunyi BE'O batuk. Bukan sebab covid tapi sebab cinta tu menyesakkan dada gittewwww. Sebab tu dekat hujung lagu Be'O ajar cara bernafas. Worth it. 

57. Melody - Ash Island

I discovered Ash too tapi I suka lagu Melody je lah sebab lirik dia berkisar tentang patah hati with cool beats and strong rap. Lagu Melody menang anugerah Mnet Asian Music Award for Best Hiphop & Urban Music tahun lepas. So give it a try okay? 

58. Drunk-Dazed - ENHYPEN 

59. Polaroid Love - ENHYPEN 

Ada yang claim lagu ni boleh kalahkan Love Scenario but heyyy stop right there. Lagu ni comel tapi bukan kids anthem okay? 

60. Peaches - Kai (EXO)

Finally ada juga lagu Kai yang I suka walaupun I tak berapa gemar dengan MV dia sebab muka dia macam stim je. Anyway thanks Kai for bringing R&B genre. 

61. IVE - ELEVEN

Lagu debut dari girl group baru under Starship Entertainment sounds catchy. 

62. NAKKA - AKMU feat IU

Suara Soohyun bergabung dengan suara lembut IU hasilkan karya yang mengasyikkan. 

63. Celebrity - IU

64. Lilac - IU

65. Weekend - Taeyeon SNSD

66. My Universe - Coldplay feat BTS

67. Butter - BTS

Sebab Jungkook cool, what else?


68. Permission To Dance - BTS

69. Kingdom Come - The Boyz

Sesuai betul lagu ni dengan suasana finale Kingdom. Rasa semangat betul setiap kali dengar. 

70. Thrill Ride - The Boyz

Perfect for summer vibe!

71. Believer - SF9

72. Tear Drop - SF9

Vibe yang sama SF9 deliver lepas lagu Good Guy, Tear Drop lebih highlight instrument dengan lirik yang berulang. Walaupun lagu ni berkisar tentang perasaan emosi lepas putus cinta tapi rentak bass yang addictive buat kita lupa dengan kesedihan. Kalau dengar beat je mesti ingat lagu ni untuk groove dekat party. 



73. Trauma - SF9

Thanks to Mnet Kingdom, SF9 develop this eerie feeling and composed a song with honest tagline 'I don't like this trauma!'

74. Addicted - Monsta-X

Monsta-X buat comeback dengan album One of a Kind tapi lagu ni je yang berjaya mencuri perhatian sebab guna konsep sexy. Intro pun dah berjaya buatkan I stay untuk dengar full song apatah lagiuntuk repeat. 

75. Beautiful - NCT

I dengar lagu ni masa makan dekat Kfry. Tak sangka boleh terjebak dengan lagu NCT walhal kenal Lucas je. Lirik lagu Beautiful ada kata-kata positif dengan melodi menghangatkan jiwa. 

76. Dun Dun Dance - Oh My Girl

Summer pop dari girl group Oh My Girl dengan melodi yang comel.

78. Rose - D.O (EXO)

Hanya dengan gitar akustik dan suara merdu D.O berjaya curi hati dengan kisah jatuh cinta dia dari album Empathy.

79. Luna - ONEUS

80. Winter Falls - Stray Kids



Masa lagu ni keluar I ulang dengar sampai tertidur. Bukan sebab tak best tapi sebab nak jumpa Bang Chan dalam mimpi. Lagu berentak balada dengan lirik sendu sebabak rindukan cinta hati yang tak kesampaian gubahan Han yang pernah belajar dekat Malaysia ni memang sesuai untuk orang single yang sambut Krismas tanpa salji. 

81. Wolfgang - Stray Kids

82. Christmas EveL - Stray Kids

83. Red Lights - Bang Chan feat Hyunjin

84. Star Lost - Stray Kids

85. Shoot! - ITZY

Dalam album GUESS WHO, paling suka dengan lagu Shoot! sebab berbeza genre dengan yang lain bila ITZY guna genre R&B dan guna konsep flirty.

86. Aurora - ONEWE

87. Rain To Be - ONEWE

88. STAR - ONEWE

The best out of the best from ONEWE


89. Universe_ - ONEWE

90. Language - Mino WINNER feat Bobby iKON

91. Sober - N.Flying

92. U - Gray

Lepas 9 tahun menyepi, Gray keluarkan album berjudul grayground. dan lagu U mencuri perhatian sebab lirik yang romantik dialunkan oleh suara merdu serak Gray. 

93. Winner - RAVI feat Ash Island

94. Guns - RAVI

95. Virus - RAVI feat JUSTHIS

96. Warrior - RAVI

97. ANI - RAVI feat Soyeon GI-DLE

Bukan setakat lagu je yang unik dan menarik malah konsep anime yang digunakan memukau. 

98. riBBon - BamBam GOT7 

99. Side By Side - The 8

First time tahu kewujudan group The 8 sebab lagu yang comel ni. Lagu dance pop gubahan SEVENTEEN ni menceritakan pengalaman mengurat si gadis. Suara lunak Minghao buatkan I sekali jadi angau. Lirik dia pun melekat dekat kepala sebab comel dan kreatif

"do you hate me?"
"no no no"
"can you love me?"
"um um um"

100. Bittersweet - Mingyu and Wonwoo SEVENTEEN feat Lee Hi



101. Zombie - Purple Kiss

I discover lagu ni gara-gara Joox! Tak pernah tahu pun kewujudan girl group ni. Dah dengar banyak lagu diorang but this one je yang melekat dalam kepala. Mungkin sebab chorus tu repetitive dengan melody yang catchy. 

102. BEcause - Dreamcatcher

Lagu kedua I suka dari girl group ni lepas Scream. Lirik dia melekat terus masa first time dengar. Because I like you...I like you. Sama lah macam lagu ni, sebab suka dah tak perlu bagi alasan kenapa.

103. Beautiful - Treasure


Lagu balada gubahan Yoshi merupakan soundtrack kepada anime Black Clover. Lagu Beautiful adalah lagu debut Treasure di Jepun sekaligus menempatkan album pertama mereka di tangga pertama dalam Oricon Music Chart. 

Any future
It will spread if I am with you
A stretch of hope
Wherever you go
Don’t let go of my hand
I want you to continue forever
The world is so beautiful…   - Beautiful, Treasure

106. My Treasure - Treasure

107. Slowmotion - Treasure

Masa awal-awal dengar macam tak suka lagu ni tapi lepas tengok Treasure Map lepastu tengok lirik macam sweet sangat makna di sebalik lagu. Thanks AKMU Chan-hyuk sebab bagi hadiah kepada Treasure. 

108. ONEUS - No Diggity

I tak bergurau kan bila kata lagu Korea perform teruk tahun lepas? Tak sangka jugak boleh layan 100 lebih lagu dari pelbagai genre. Hit my comment box for your favorite songs of 2021 :)

My Bollywood Favorite Songs 2021

 

Lepas pandemik Covid-19, tak banyak movie dari industry Bollywood ditayangkan tapi tetap ada juga lah beberapa lagu yang jadi kegemaran. Ada single track, ada juga soundtrack movie. Let's see ada tak lagu Hindustan yang sama dalam playlist kita. 

1. Matlabi Yariyan - The Girl On The Train


Music : Vipin Patwa
Lyric : Kumaar
Singer : Neha Kakkar

‘Haariyaan, yaara matlabi thi teri yariyaan’ (I feel defeated, you’re so selfish, my love)

Masa dengar lagu ni keluar dalam movie pun rasa sedih, dengar lagu ni je pun tetap sedih jugak sebab suara Neha Kakkar merintih sampai menusuk ke hati. I mean, siapa je tak relate dengan rasa kecewa kena tipu dengan partner sendiri? Vipin Patwa lebih highlight kepada suara nyaring Neha instead lebihkan kepada music. 

2. Panghat - Roohi


Music : Sachin–Jigar
Lyric :  Amitabh Bhattacharya, IP Singh, Jigar Saraiya
Singer : Asees Kaur, Divya Kumar, Sachin–Jigar, Mellow D (Rap)


3. Kiston - Roohi 


Music : Sachin–Jigar
Lyric :  Amitabh Bhattacharya, IP Singh, Jigar Saraiya
Singer : Jubin Nautiyal, Sachin-Jigar

The only saving grace dalam movie Roohi ialah music album yang dihasilkan oleh Sachin-Jigar walaupun tak semua lagu jadi pilihan. Dua lagu ni I gabungkan terus lah sebab dari movie yang sama walaupun berbeza genre. Panghat lebih kepada pop electro dan Kiston kepada romantic pop. Melodi Kiston simple je dengan alunan biola. Lirik pun comel. 

3. Thode Kam Ajnabi - Pagglait



Music: Arijit Singh
Lyrics: Neelesh Mishra
Singer: Himani Kapoor, Arijit Singh

Lagu ni special sikit sebab Arijit Singh pertama kali debut sebagai music director. Lirik lagu Thode Kam Ajnabi mengisahkan tentang dunia baru yang diterokai oleh Sandhya. Alunan melodi sesuai dengan watak Sandhya yang baru bertatih untuk kenal dunia luar. Genre soft ballad kedengaran lunak dinyanyikan oleh Himani dan Arijit Singh. 

4. Main Hoon Na Tere Saath - Saina



Music : Amaal Mallik
Lyric : Kunaal Vermaa
Singer : Armaan Malik

Vibe lagu Main Hoon Na Tere Sath ni sama dengan lagu Dil Mein Ho Tum dari movie Why Cheat India (2019) dan Bol Do Na Zaara dari movie Azhar (2016) since komposer dan penyanyi sama. Serve as romantic ballad, I'm sold right after haha. Lirik pun memainkan peranan jugak sebab janji nak setia bersama susah dan senang. 

5. Har Funn Maula - Koi Jaane Na 



Music : Tanishk Baghchi
Lyric : Amitabh Bhattacharya
Singer : Vishal Dadlani, Zara Khan

Terkejut tengok Aamir Khan buat cameo dalam lagu ni lepastu chemistry dia dengan Elli Avram pun nampak hot. A song to groove, a must have song at party. Tapi lepas Covid-19 ni mana boleh party so guna lagu ni buat peneman masa workout lah supaya dapat body macam Elli Avram. Suara Vishal Dadlani sesuai betul dengan Aamir Khan. 

6. Param Sundari - Mimi



Music : A.R. Rahman
Lyric : Amitabh Bhattacharya
Singer : Shreya Ghoshal

Jarang lah lagu dari A.R. Rahman tak mencuri perhatian setiap tahun dan untuk tahun 2021, A.R. Rahman release lagu yang berunsur etnik setempat menerusi lagu Param Sundari. Lirik lagu ni boleh kata masuk bakul angkat sendiri sebab sembang pasal kecantikan Mimi. Sesuai betul kalau menyanyi masa tengah bersiap sebelum pergi kerja. 

7. Rataan Lambiyan - Shershaah



Music : Tanishk Bagchi
Lyric : Tanishk Bagchi
Singer : Jubin Nautiyal, Asees Kaur

Menggunakan elemen melodi Punjabi, gabungan suara Jubin Nautiyal dan Asees Kaur menghidupkan suasana romantik. Lagu Rataan Lambiyan bukan saja famous di India malah di US dan tersenarai dalam carta musik Billboard untuk tempoh yang lama. Definitely Best Song for 2021.

8. Sakhiyan 2.0 - Bell Bottom



Music : Babbu, Maninder Buttar, Tanishk Bagchi
Lyric : Tanishk Bagchi
Singer : Maninder Buttar, Zara Khan

Walaupun lagu Sakhiyan 2.0 adalah lagu remake tapi olahan dari Taniksh Bagchi berikan nafas baru dengan rentak yang lebih laju dan catchy. Ada alunan instrument yang comel, addictive vibes sesuai lah dengan choreography dance yang senang nak follow.

9.  Shiddat - Shiddat


Music : Manan Bhardwaj
Lyric : Manan Bhardwaj
Singer : Manan Bhardwaj

Title track dari movie romantik drama yang mengisahkan tentang kedalaman cinta dan lirik menerangkan sejauh mana lelaki tu sanggup pergi atau buat. Suara Manan sarat dengan emosi sesuai dengan genre balada yang diketengahkan.

Kismat bana loon meri chahat bana loon
I’d make you my fate and the love of my life.
Dil se main mangoon ibadat bana loon
I would ask for you and pray for you from the bottom of my heart.
Chhute kabhi na wo adat bana loon
I’d have a habit for you that would last a lifetime
Aa shiddat bana loon tujhe
I’d make you my deepest desire

10. Barbaadiyan - Shiddat



Music : Sachin-Jigar
Lyric : Priya Saraiya
Singer :  Sachet Tandon, Nikhita Gandhi, Madubanti Bagchi 

Lagu paling best dalam music album Shiddat dengan rentak yang rancak dan lirik berulang-ulang menerangkan keadaan jatuh cinta. Beat yang secocok untuk  senario “madhoshiyan hain madhoshiyan….”. 

11. O Yaara Dil Lagana - Sanak



Music : Chirantan Bhatt
Lyric : Manoj Yadav
Singer : Stebin Ben, Deeksha Toor

Another remake untuk tahun 2021 tapi I happy dengan version baru sebab beat dia lebih rancak dan lagu lebih pendek berbanding original version dalam movie ‘Agnisakshi’ (1996). Suara Stebin Ben sepadan sangat dengan suara Vidyut. Suka dengan rangkap pertama bila Deeksha nyanyi dengan auto-tune. 

12. Najaa - Sooryavanshi



Music : Tanishk Bagchi
Lyric : Dharia, Manav Sangha, Don Jaan
Singer : Pav Dharia, Nikhita Gandhi

Lagu asal Pav Dharia, penyanyi Punjabi ni diterbitkan pada tahun 2018 dan komposer Tanishk Bagchi pilih untuk dijadikan salah satu lagu dalam movie Sooryavanshi. I tak dengar lagi original version sebab dah jatuh cinta dengan latest version. Suara Nikita Gandhi sesuai dengan suara Katrina Kaif so I rasa macam sexy dengan koreografi Najaa yang diinspirasikan dari kolar baju. 

13. Tip Tip - Sooryavanshi



Music : Tanishk Bagchi
Lyric : Anand Bakshi, Tanishk Bagchi
Singer : Udit Narayan, Alka Yagnik 

Lagu Tip Tip jadi perhatian sejak Akshay Kumar bagitahu nak remake lagu ikonik dia dalam movie Mohra (1994). 25 tahun I dengar original version tapi tetap jatuh cinta dengan latest version dari  Tanishk Bagchi. Jarang lah tak suka dengan hasil karya dia walaupun dia suka remake lagu lama. Dalam lagu Tip Tip ni dia guna suara asal tapi bagi nafas baru pada musik dan guna instrumen tabla dan dholak untuk bunyi yang lebih menggoda. 

14. Mere Yaara - Sooryavanshi



Music : Kaushik-Guddu-Akash (JAM8)
Lyric : Rashmi Virag
Singer : Arijit Singh, Neeti Mohan

Jarang lah movie dengan budget besar tak guna suara Arijit Singh dan Rohit Shetty decide untuk letak lagu romantik dengan lirik yang mencurahkan perasaan kasih sayang untuk scene perkahwinan watak utama. Gemersik suara Arijit mendominasi lagu Mere Yaaraa dengan alunan instrument dholak, sarangi dan tabla.

15. Luv Ju - Bunty Aur Babli 2


Music : Shankar-Ehsaan-Loy
Lyric : Amitabh Bhattacharya
Singer : Arijit Singh

Tak sangka Arijit Singh keluar dari kebiasaan dan nyanyikan lagu rancak dengan slow tempo. Cool vibe dalam lagu Luv Ju dan beat yang moden sesuai untuk mood pada weekend. Lagu ni bersifat santai dan sesuai untuk chilling mode. Intro beat dia pun addictive macam lagu-lagu YRF sebelum ni. Perfect!

16. Kusu Kusu - Satyameva Jayate 2



Music : Tanishk Bagchi
Lyric : Rashmi Virag,Tanishk Bagchi
Singer : Zahrah S Khan, Dev Negi

Lepas famous dengan lagu Dilbar dalam movie Satyameva Jayate (2018), Nora dapat item song baru berjudul Kusu Kusu dan guna kekuatan dia - belly dance. Berbeza dengan lagu sebelumnya, lagu Kusu Kusu tak ada lirik yang vulgar ataupun menagih cinta lelaki haha. Part chorus addictive dan bridge tambahkan lagi impak pada lagu tersebut. Nora nailed it again!

17. Tumse Bhi Zyada - Tadap



Music : Pritam
Lyric :  Irshad Kamil, Ashish Pandit
Singer : Arijit Singh

Trust Pritam for a good music. Lagu Tumse Bhi Zyada antara lagu romantik tahun 2021 yang tinggalkan kesan mendalam. Satu sebab suara merdu Arijit Singh, satu lagi sebab lirik dan melodi dia yang menggunakan steady tempo dan alunan gitar. 

18. Maafi - Chandigarh Kare Aashiqui



Music : Sachin-Jigar
Lyric : Priya Saraiya
Singer : Ayushmann Khurrana

Sesuai dengan tajuk lagu, suara Ayushmann seolah memujuk dan melodi yang menenangkan buatkan hati jadi lembut lepas dengar lagu Maafi. 

Menu maafi de menu maafi
Please, forgive me
Menu maafi de menu maafi
Menu maafi de menu maafi
Saaja bhugti mai kaafi
I get punished enough

19. Chaka Chak - Atrangi Re



Music : A.R. Rahman 
Lyric : Irshad Kamil 
Singer : Shreya Ghoshal

Berlatarkan suasana majlis kahwin tradisional masyarakat Tamil, lagu Chaka Chak yang rancak menggunakan instrumen nadaswaram, shehnai dan seruling bawa keunikan dan identiti tersendiri. Tak boleh imagine penyanyi selain dari Shreya nyanyikan lagu rancak dan fun ni.

20. Rait Zara Si - Atrangi Re



Music : A.R. Rahman 
Lyric : Irshad Kamil 
Singer : Arijit Singh, Shashaa Tirupati

Lagu yang menggambarkan perasaan gembira dan sedih dalam percintaan dalam satu masa yang sama. Humming part dari Shashaa Tirupati menambahkan elemen melodrama tersebut. Iringan seruling mewujudkan suasana yang bercampur-baur. Duduk tepi tingkap dalam kereta lepastu dengar lagu ni confirm hanyut.

21. Vaada Machaney - Meenakshi Sundareshwar



Music : Justin Prabhakaran 
Lyric : Raj Shekhar
Singer : Benny Dayal, Romy

Lagu berdurasi 2 minit ni sesuai untuk party sebab beat dia rancak. Lirik dia tak banyak pun sebab dok ulang sebut Vaada Machaney. What I love the most apart from the groovy music is Benny Dayal! He got the perfect vibe and emotion for this song. 

22. Mann Kesar Kesar - Meenakshi Sundareshwar



Music : Justin Prabhakaran 
Lyric : Raj Shekhar
Singer : Shashwat Singh, Aanandi Joshi, Goldie Sohel 

Gabungan melodi dua masyarakat yang berbeza - India Utara dan India Selatan berhasil mencipta rentak melodi romantik. Lirik yang romantik menggambarkan senario perkahwinan dengan tepat. Perasaan yang diceritakan mencuri perhatian. 

Done with all songs from 2021! Kebanyakan lagu dalam playlist tahun lepas didominasi oleh Arijit Singh walaupun banyak juga Jubin Nautiyal jadi penyanyi latar dalam movie besar. Jubin ada charm dia tersendiri tapi I lagi terbuai dengan suara lunak Arijit. 

Wall's Ovaltine Crunchy Pop Ice Cream


Sejak makan Ovaltine spread yang En. Fendy beli dekat Pangkor tu rasa sedap pulak dengan chocolate Ovaltine ni padahal sebelum ni tak pernah pandang pun. Sebelum ni dah pernah beli dah aiskrim Ovaltine ni dekat 7E. This time beli satu kotak terus sebab dalam rumah ni ada 3 orang. Haaa ada lah sorang dapat makan lebih walaupun mengundang kemarahan. 

Wall's Ovaltine Crunchy Pop Ice Cream ni dikeluarkan oleh Wall's pada Julai 2021 so kira baru lagi lah produk ni. Baru keluar dah curi hati orang. 

“Wall’s Malaysia have brought joy to Malaysians with our vast range of exciting and delicious ice creams. With this new ice cream experience from the Wall’s Ovaltine Crunchy Pop ice cream, we hope we can put smiles on the faces of everyone in Malaysia, especially during such challenging times. As you enjoy the nostalgic taste of Ovaltine, you will also be surprised by a #CrunchyKawKaw experience that is sure to inject some noise and fun to shake up your everyday snacking,” - Shiv Sahgal, Marketing Director of Foods & Refreshments category for Unilever Malaysia. 


Harga untuk sebatang aiskrim Ovaltine Crucnhy Pop ni dalam RM3.50 macam tu tapi depends lah dekat mana dijual. Kalau untuk sekotak ni RM11.80 tapi yang ni beli dekat Foodpanda Mart so kena tambah untuk delivery charge lah. 

Berbaloi tak beli semahal tu? 

Haruslah berbaloi! Bahagian luar crunchy dengan Ovaltine chocolate flakes. Bila makan krup krap, sesuai lah dengan tagline #CrunchyKawKaw tu. Bahagian dalam pula mampat dengan aiskrim vanila dengan syrup chocolate. Perfect remedy for stress eating. Pastu lemak bertambah hahaha but that's okay.. I'm okay. Thanks Wall's for this great product. 

Aiskrim Ovaltine ni ada juga dalam bentuk container ataupun dalam cup kecil tu tapi I tak jumpa lagi. Harga pun not sure berapa. Tapi both of them tak ada lah coating crunchy dekat luar macam aiskrim batang ni. I rasa ada la crunchy dia macam spread tu. Entahlah.. kena beli dulu gamaknya baru tahu ye dak? Anyway, happy Saturday everyone :)

Nice to C U Beef Bulgogi Gimbap

 

Masa jalan-jalan cari makan dekat area HELP University, Subang Bestari baru perasan ada outlet Nice to C U baru buka dekat situ. Dia ambil satu lot kedai je tapi okay lah sebab boleh extend sampai ke luar untuk ruang makan. Bijak jugak lah buka dekat situ sebab berhadapan je dengan universiti. Students dekat situ selalu singgah beli makanan sebelum balik rumah. 

Kawasan ni agak jauh lah dengan rumah so jarang lah ke sini sebab malas nak hadap jam dekat sini. Kalau peak hours memang ramai orang especially malam. Memandangkan adik kerja dekat area situ, pesan dekat dia belikan gimbap dengan goguma. Nak jugak lah merasa gimbap kat sini macam mana. 

Ada 3 pilihan gimbap - ayam, tuna dengan daging lembu. Ayam bosan, tuna tak best so ambil daging je lah kan. Tengok bahan dia letak pun macam banyak, so dengan harga RM 7.99 tu kira okay lah kot sebab mana-mana pun memang jual gimbap per roll dengan harga tu. 


In terms of rasa yang bersifat subjektif tu, I tak nak sembang banyak tapi gimbap ni tawar walaupun banyak bahan. Nama pun bulgogi kan, patutnya terasa lah sos BBQ tu tapi tak ada pun. Bau apatah lagi. I pernah makan gimbap dekat banyak restoran macam Kfry, Seoul Garden, AEON ataupun gerai tepi jalan still they taste wayyy better than this. Lepastu annoying jugak lah dia macam tak melekat elok. Senang sangat terburai. Ni bukan I potong ea, memang CU dah sediakan macam tu. Horror experience for me lah. Lepas ni beli tteokbokki je lah kot dekat situ selagi CU tak resolve masalah ni.